Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan TIP 2009:

dokumen-dokumen yang mirip
Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan Tip 2008: MALAYSIA (SENARAI PEMERHATIAN TINGKAT 2)

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tatakelakuan. Pembekal

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

FACT SHEET

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

KONTRAK PEKERJAAN. 2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan berdasarkan sebulan sekali tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikut.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LIS AN TUAN TEO KOK SEONG [ RASAH ] {RABU)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

DASAR ANTI RASUAH RGIS

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Polisi Privasi. Pengenalan

CARTA ALIR PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) UNTUK PATI KATEGORI A (i)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Undang-Undang Malaysia

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Kod Tatakelakuan Jula AB

DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN LISAN 24 MAC 2015

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

Anita Abdul Rahim Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia, 2013, 309 halaman, ISBN

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Aduan Kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Polis Dalam Mengendalikan Perhimpunan Aman BERSIH 5

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Malaysia. Kebebasan Bersuara JANUARI 2015

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

SASARAN KERJA TAHUNAN ( 2014 )

Kesetiaan kepada Syarikat

TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

Undang-Undang Malaysia

MANIFESTO PEKERJA MALAYSIA

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 1 D.R. 6/2017 RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI)

Sila layari laman web Anda perlukan Kata Nama dan Kata Laluan MYEG untuk mengisi maklumat PATI. Jika tiada, klik sini.

MALAYSIA. Kuasa Tahanan Pencegahan JANUARY 2013

NTPM HOLDINGS BERHAD ( U) POLISI DATA MAKLUMAT PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LIS AN 11 JUN 2014

SKOP PERLINDUNGAN. Amaun Lebihan [RM] Sekeluarga* [Limits RM] Individu [Limits RM] Manfaat

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KETIGA BELAS, MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT LIS AN

TOPIK 2 : TARAF MASTATUTIN (INDIVIDU)

SOALAN NO: 504 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Transkripsi:

Teks Ulasan Negara Malaysia Dalam Laporan TIP 2009: MALAYSIA (TAHAP 3) Malaysia merupakan sebuah negara destinasi. Malaysia juga merupakan sebuah negara sumber dan negara transit bagi wanita dan kanak-kanak untuk didagangkan bagi tujuan mengeksploitasi mereka untuk tujuan seks komersil, manakala lelaki, wanita, dan kanak-kanak pula didagangkan untuk tujuan buruh paksa dan ini telah menyebabkab Malaysia telah turun ke tahap 3 dalam laporan TIP 2009. Malaysia secara umumnya adalah sebuah negara destinasi bagi lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang berhijrah secara sukarela dari Indonesia, Nepal, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, India, dan Vietnam untuk mendapatkan pekerjaan biasanya sebagai buruh kontrak yang sah tetapi kemudian dipaksa bekerja di sektor-sektor domestik, pertanian, perkhidmatan makanan, pembinaan, peladangan, industri, dan perikanan. Ada di kalangan wanita dan gadis muda asing yang menjadi mangsa eksploitasi seks komersil. Sesetengah pekerja asing ini ditindas oleh majikan, ejen pekerjaan, atau pedagang manusia yang menjadi pembekal buruh asing dan mangsa perdagangan seks. Mangsa akan mengalami penderaan fizikal dan seksual, penggunaan dadah secara paksa, ikatan tebus hutang, tidak dibayar gaji, diugut, dikurung, dan dokumen perjalanan ditahan untuk menyekat mereka daripada bergerak bebas. Ada di kalangan pembantu rumah wanita dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Mongolia, dan China dipaksa melacurkan diri setelah ditipu untuk datang ke Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan yang sah untuk mereka. Ejen-ejen pekerjaan individu yang kadang kala digunakan sebagai topeng bagi perdagangan manusia, menjual wanita dan gadis-gadis muda kepada rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat hiburan karaoke, atau menyerahkan mereka kepada pedagang seks. Terdapat beberapa laporan tentang warga Malaysia, khususnya golongan wanita dan gadis muda dari kalangan orang asli dan penduduk luar bandar, yang telah diperdagangkan di dalam negara bagi tujuan buruh dan eksploitasi seks komersil. Terdapat juga di kalangan para penghijrah dari negara Burma, termasuk yang berdaftar sebagai pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (status sah yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia), yang didagangkan untuk dijadikan buruh paksa. Malaysia juga berada pada tahap yang rendah ini kerana ada wanita Malaysia, terutamanya yang berketurunan Cina, orang asli, dan penduduk luar bandar, didagangkan ke luar negara termasuk 1

Singapura, Hong Kong, Perancis, dan United Kingdom bagi tujuan mengeksploitasi mereka sebagai mangsa seks komersil. 2

Terdapat beberapa laporan yang boleh dipercayai dan membabitkan penglibatan pihak berkuasa imigresen Malaysia dalam perdagangan pelarian Burma dari pusat tahanan imigresen ke sempadan Thailand-Malaysia. Beberapa sumber yang boleh dipercayai telah melaporkan bahawa para pegawai imigresen menjual pelarian-pelarian tersebut pada harga lebih kurang AS$200 seorang kepada pedagang manusia yang beroperasi di sepanjang sempadan selatan Thailand. Tauke pedagang manusia itu pula akan menuntut bayaran sebanyak AS$300 untuk kanakkanak dan sehingga AS$575 untuk orang dewasa sebagai tebusan bagi kebebasan mereka. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai telah menganggarkan kira-kira 20 peratus daripada mangsa tidak mampu membayar wang tebusan tersebut dan telah dijual bagi tujuan buruh dan eksploitasi seks komersil. Pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia tidak menggubal atau menggantikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara berkaitan pengambilan bekerja wanita-wanita Indonesia sebagai pembantu rumah di Malaysia. MoU tersebut memberi kuasa kepada majikan di Malaysia untuk merampas dan menyimpan pasport pekerja domestik sepanjang tempoh pekerjaan mereka. Walaupun MoU tersebut menyatakan bahawa gaji harus dibayar terus kepada pekerja domestik dan mereka diberi masa cuti sebagai mengganti kerja lebih masa, namun amalan kebiasaannya adalah majikan akan membayar gaji kepada agensi pekerjaan sebagai pembayaran hutang. Badan-badan bukan kerajaan melaporkan bahawa kebanyakan pekerja domestik Indonesia bekerja antara 14 hingga 18 jam sehari, tujuh hari seminggu. Kerajaan Malaysia tidak mematuhi sepenuhnya piawai minimum bagi menghapuskan perdagangan manusia dan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk berbuat demikian. Malah kerajaan juga tidak mahu mewujudkan sedikit kemajuan dalam mengubal undang-undang anti-perdagangan manusia yang baru. Walaupun ada tindakan awal yang dibuat di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia terhadap perdagangan seks, namun pihak kerajaan masih belum lagi menangani isu-isu perdagangan manusia dengan sepenuhnya, terutamanya berkaitan perdagangan buruh di Malaysia. Dakwaan tentang penglibatan pegawai-pegawai imigresen Malaysia dalam perdagangan dan pemerasan pelarian Burma, termasuk juga dakwaan yang dikeluarkan dalam laporan formal oleh Jawatankuasa Hubungan Asing Senat A.S. pada bulan April 2009, telah menidakkan usaha awal Jabatan Imigresen dalam menangani perdagangan manusia. Pihak Polis DiRaja Malaysia sedang menjalankan siasatan tentang 3

dakwaan tersebut dengan kerjasama Jabatan Imegresen, sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Namun begitu, belum ada mana-mana pegawai yang telah ditangkap, didakwa, atau dihukum atas tuduhan perdagangan manusia sepanjang tempoh laporan ini. Pihak kerajaan juga tidak membuat sebarang mekanisme untuk menyaring secara berkesan mangsa-mangsa perdagangan manusia di kalangan mereka yang mudah dipengaruhi. Pihak kerajaan juga masih membenarkan tindakan merampas pasport pekerja asing oleh majikan suatu amalan yang biasa di Malaysia. Amalan tersebut telah diakui oleh ramai di kalangan masyarakat anti-perdagangan manusia antarabangsa sebagai amalan yang boleh membawa kepada keadaan dagangan manusia. Amalan menahan gaji pekerja asing selama tiga hingga enam bulan supaya majikan mendapat balik levi yang dibayar bagi mendapatkan pekerja tersebut masih lagi diamalkan secara berleluasa. Sebagai sebuah negara peneraju ekonomi serantau yang sedang menuju ke arah status negara maju, Malaysia mempunyai sumber dan infrastruktur kerajaan yang cukup untuk meningkatkan lagi daya usaha dalam menangani masalah perdagangan manusia. Cadangan untuk Malaysia: Melaksana dan beri penguatkuasaan melalui undang-undang antiperdagangan manusia dengan menyeluruh; meningkatkan bilangan pendakwaan, sabitan, dan hukuman bagi perdagangan seks dan juga buruh; mengamalkan dan menyebarkan prosedurprosedur yang proaktif dalam mengenalpasti mangsa perdagangan manusia di kalangan kumpulan yang mudah dipengaruhi seperti pekerja asing, wanita dan kanak-kanak asing yang diberkas atas tuduhan melacur; menjatuhkan hukuman jenayah yang berat terhadap mereka yang terlibat dalam merekrut buruh melalui cara tipu muslihat atau eksploitasi buruh paksa; memastikan mangsa perdagangan manusia tidak diugut atau dihukum bagi jenayah yang dilakukan akibat diperdagangkan; mengkaji semula Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedia ada dengan negara-negara sumber supaya dimasukkan peruntukan untuk melindungi mangsa dan menarik balik kebenaran merampas pasport atau dokumen perjalanan; memperluaskan latihan untuk pihak-pihak penguatkuasa, imigresen, pendakwa, dan para hakim tentang pelaksanaan undang-undang anti-perdagangan manusia 2007; melaksana dan menyokong kempen kesedaran anti-perdagangan manusia terhadap majikan-majikan dan pelangganpelanggan perdagangan seks; dan meningkatkan usaha untuk mendakwa dan menyabitkan pegawai-pegawai awam yang mengaut keuntungan, atau terlibat dalam perdagangan manusia, atau mengeksploitasi mangsa. 4

5

Pendakwaan Kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha dalam siasatan bagi kesalahan perdagangan seks dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dalam tempoh laporan ini tetapi tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menyiasat, mendakwa, atau menyabit kesalahan bagi perdagangan buruh. Undang-undang Malaysia melarang sama sekali sebarang bentuk perdagangan manusia melalui undang-undang anti-perdagangan manusia Julai 2007 yang agak menyeluruh. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang cukup ketat dan setara dengan kesalahan berat yang lain seperti rogol. Pada bulan Disember 2008, pihak kerajaan telah menyabitkan kesalahan terhadap seorang pesalah perdagangan manusia buat pertama kalinya di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia 2007; seorang warga India telah disabitkan kesalahan atas tuduhan memaksa seorang pekerja domestik wanita melacurkan diri dan telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga lapan tahun. Pihak kerajaan juga telah mendakwa enam orang yang disyaki pedagang manusia; salah seorang daripada mereka telah melarikan diri semasa dalam ikat jamin. Walaupun terdapat laporan yang boleh dipercayai tentang penglibatan langsung pegawai-pegawai kerajaan dalam perdagangan manusia, namun masih belum ada pegawai-pegawai kerajaan yang telah diberkas, didakwa, atau dihukum bagi kesalahan perdagangan manusia. Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara melaporkan bahawa pihak kerajaan sedang giat menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut. Pada bulan Julai 2008, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen telah ditahan atas tuduhan rasuah yang melibatkan penerimaan sogokan untuk pengeluaran visa dan pas lawatan. Para pemerhati yang mengetahui berpendapat bahawa tindakan rasuah ini telah membawa kepada keadaan yang menggalakkan lagi aktiviti dagangan manusia. Terdapat juga laporan berkenaan sejumlah besar buruh asing yang diperdagangkan ke Malaysia dan juga laporan meluas oleh pihak media tentang keadaan yang dihadapi oleh ramai daripada pekerja itu. Pihak kerajaan tidak melaporkan sebarang pendakwaan terhadap majikan yang menganiaya pekerja asing atau perekrut buruh yang menggunakan tipu muslihat dan ikatan tebus hutang untuk memaksa pekerja asing bekerja di luar kemahuan mereka. Dalam tempoh laporan ini, terdapat beberapa buah badan bukan kerajaan dan pihak media yang telah membuat laporan tentang pekerja-pekerja asing yang bekerja sebagai buruh paksa di Malaysia. Pada bulan Ogos 2008 berikutan sebuah laporan berita siasatan, seramai lebih 1,000 6

pekerja asing di sebuah kilang pakaian milik sebuah syarikat A.S. didapati tinggal dalam keadaan yang teruk, pasport mereka dirampas, gaji ditahan, dan gaji dipotong dengan sewenangwenangnya iaitu, satu keadaan yang menjurus kepada keadaan buruh paksa. Berikutan dari siasatan dalaman yang dijalankan, syarikat A.S. yang terbabit telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kesalahan yang telah dilakukan oleh kilang tempatan tersebut. Seorang pegawai kerajaan Malaysia dilaporkan telah berkata bahawa tiada sebarang kesalahan undang-undang tempatan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kilang. Malah, pihak kerajaan Malaysia pula tidak mengambil sebarang langkah untuk menyiasat dakwaan tersebut. Pada bulan Februari 2009, sebuah akhbar tempatan telah melaporkan suatu kes di mana 140 pekerja Bangladesh telah dikurung di dalam sebuah pangsapuri kecil. Setiap pekerja dilaporkan telah membayar antara AS$5,000 hingga AS$13,000 seorang kepada perekrut untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, perekrut ini telah menyerahkan mereka kepada sebuah agensi pekerjaan di Malaysia dan setiba mereka di Malaysia, agensi ini telah merampas pasport dan permit kerja mereka, dan tidak membayar gaji selama tiga hingga enam bulan. Malah, ada antara mereka yang tidak dibayar gaji selama lebih daripada satu tahun. Kerajaan Malaysia sedang menjalankan siasatan ke atas kes ini tetapi hanya sebagai kes pertikaian buruh dan bukannya perdagangan manusia. Pada tahun 2008, sebuah badan bukan kerajaan telah bekerjasama dengan pihak polis di Sarawak bagi menyelamatkan 17 lelaki Kemboja yang telah dipaksa bekerja atas kapal memancing ikan komersil. Mereka kemudian telah dihantar pulang ke Kemboja. Pihak kerajaan tidak mendakwa mana-mana majikan yang merampas pasport atau mengurung pekerja hijrahan di tempat kerja. Terdapat juga majikan yang menahan gaji pekerja sehingga tamat kontrak (escrow). Perlindungan Walaupun usaha Malaysia dalam melindungi mangsa perdagangan seks sepanjang tempoh laporan ini agak memadai, namun usaha untuk melindungi mangsa perdagangan manusia masih belum mencukupi. Sebilangan besar kerajaan negara-negara sumber pekerja asing di Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pekerja asing, terutamanya mereka yang dipaksa bekerja di luar kemahuan mereka. Tiada usaha menyeluruh yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengenalpasti mangsa perdagangan 7

manusia di kalangan golongan pendatang yang mudah dipengaruhi seperti gadis-gadis muda dan wanita-wanita yang ditahan kerana terlibat dalam pelacuran atau ribuan pekerja asing tidak berdaftar yang diberkas oleh pasukan RELA, iaitu pasukan tambahan keselamatan awam yang ditaja oleh kerajaan. Oleh itu, ada di kalangan mangsa yang tidak dapat dikenal pasti, termasuk kanak-kanak, diberkas oleh pihak penguat kuasa imigresen, diproses sebagai pendatang haram, dan ditahan di penjara atau pusat tahanan pendatang haram sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam beberapa kes, terutamanya yang melibatkan penghantar pulang melalui sempadan darat, keadaan ini mendedahkan mangsa perdagangan manusia kepada risiko diperdagang semula oleh pedagang yang beroperasi di sempadan seperti sepanjang sempadan Malaysia- Indonesia di Borneo. Pihak polis melaporkan bahawa mereka berjaya menyelamatkan kira-kira 2,000 wanita dan kanak-kanak yang telah dipaksa bekerja sebagai pelacur semasa menjalankan serbuan di rumah-rumah pelacuran pada tahun 2008. Pihak kerajaan menghantar pulang secara sukarela sebahagian besar mangsa ke negara asal mereka, merujuk kepada sesetengah daripada mereka ke pusat perlindungan kedutaan masing-masing, dan memproses sebilangan kecil sebagai mangsa di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia. Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat masih mengendalikan dua buah pusat perlindungan yang menempatkan mereka yang disyaki dan dikenal pasti mangsa perdagangan manusia sehingga mereka dihantar balik ke negara asal. Pada tahun 2008, kementerian tersebut telah mengubah suai pusat perlindungan yang ketiga di Sabah. Pada tahun itu juga pihak polis telah merujuk seramai 98 orang yang dijangka berpotensi diperdagangkan kepada pusat-pusat perlindungan di Kuala Lumpur. Antara bilangan ini, 34 orang telah diperakui mangsa perdagangan manusia oleh pihak majistret. Pihak polis juga merujuk ratusan orang yang disyaki mangsa perdagangan manusia kepada pusat perlindungan tempatan dan pusat perlindungan yang dikendali oleh misimisi diplomatik; pihak kerajaan telah bekerjasama dengan pihak kedutaan yang berkaitan bagi menghantar balik mangsa ke negara asal tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan lain. Pekerja buruh asing, baik yang sah atau tidak sah, tidak diberi peluang mendapatkan nasihat undangundang berkaitan kes pencabulan peraturan kontrak dan penganiayaan, walaupun terdapat sebilangan kecil kes ini yang mana para pekerja telah memfailkan aduan di bawah undangundang buruh. Sesetengah mangsa perdagangan manusia masih ditempatkan di pusat-pusat tahanan imigresen sementara menunggu giliran untuk dihantar balik ke negara asal. Pihak kerajaan tidak menyediakan kemudahan bagi mangsa lelaki perdagangan manusia. Walaupun 8

mangsa boleh mengambil tindakan guaman terhadap pengeksploit di bawah undang-undang Malaysia, mereka tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh tindakan ini dipertimbangkan dan keadaan ini telah menawarkan hati kebanyakan mangsa untuk cuba mendapatkan restitusi. Pihak berkuasa imigresen tidak menyaring wanita-wanita asing yang diberkas atas kesalahan pelacuran untuk mengenal pasti mangsa perdagangan manusia tetapi sebaliknya, mereka ini diproses untuk dihantar balik ke negara asal dengan secepat mungkin. Pihak kerajaan tidak menyediakan pilihan alternatif undang-undang berkaitan penghantaran balik mangsa ke negara-negara di mana mereka akan menghadapi kesusahan atau dikenakan hukuman. Pencegahan Sepanjang tahun lepas, Malaysia telah mengambil tindakan yang agak terhad dalam usaha membenteras perdagangan manusia. Para pegawai kanan Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, dan Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Sosial, lebih kerap bersuara tentang jenayah perdagangan manusia dan pihak media yang menyokong kerajaan banyak membuat laporan bagi meningkatkan kesedaran tentang perdagangan manusia. Kementerian Wanita juga menyediakan brosur-brosur maklumat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia kepada badan-badan bukan kerajaan untuk diedarkan kepada masyarakat awam serta menyediakan talian penting bagi mangsa perdagangan manusia. Pihak kerajaan mengizinkan perampasan pasport oleh pihak majikan. Majikan melepaskan beban levi imigresen kerajaan kepada pekerja berkemahiran rendah yang mana tindakan tersebut boleh menggalakkan kejadian ikatan tebus hutang. Tiada sebarang tindakan ketara yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan permintaan bagi buruh paksa atau seks komersil. Pegawaipegawai perlindungan daripada Kementerian Wanita menerima latihan khas berkaitan khidmat bantuan untuk mangsa. Pihak kerajaan menyediakan latihan anti-perdagangan manusia di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson kepada pasukan tentera yang sedang membuat persiapan untuk dihantar ke misi keamanan antarabangsa. Malaysia masih belum memeterai Protokol Perdagangan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun 2000. 9