KANDUNGAN SENARAI JADUAL. Latar belakang 1. Pernyataan masalah 8. Soalan penyelidikan 10. Kepentingan penyelidikan 10. Skop penyelidikan 11

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

Kurikulum Kebangsaan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

2. Mata-mata pelajaran teras dan tambahan bagi peringkat Sekolah Menengah Atas dalam rancangan KBSM adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KATERING DAN PENYAJIAN

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

KANDUNGAN Halaman SENARAI JADUAL viii BAB 1 PENGENALAN Latar belakang 1 Pernyataan masalah 8 Soalan penyelidikan 10 Kepentingan penyelidikan 10 Skop penyelidikan 11 Definisi 13 BAB 2 TINJAUAN PENULISAN BERKAITAN Analisis koleksi di perpustakaan dan PSS menengah 17 Penggunaan bahan di perpustakaan atau PSS menengah 32 Kaitan antara koleksi PSS menengah dengan pencapaian akademik pelajar 34 BAB 3 METODOLOGI Rekabentuk kajian 38 Populasi 38 Sampel 39 Instrumen 40 Prosedur memungut data 44

Memproses data 46 Keesahan dan kebolehpercayaan 46 BAB 4 ANALI SI S DATA Latar belakang PSS menengah 48 Ana!Isis jenis koleksi mengikut tahun dan usia 50 Analisis usia koleksi sains dan teknologi mengikut subjek 51 Analisis koleksi mengikut jenis bahan 56 Analisa koleksi mengikut bahasa 57 Pinjaman koleksi sains dan teknologi oleh guru dan pelajar 57 Penggunaan PSS menengah dan koleksi sains dan teknologi oleh guru 59 Penggunaan PSS menengah dan koleksi sains dan teknologi oleh pelajar 61 Kaitan antara buku yang dibaca dengan usia koleksi 63 BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN Ringkasan kajian 66 Ringkasan dapatan 68 Kesimpulan dan implikasi kajian 71 Cadangan untuk penyelidikan lanjutan 75

APENDIKS Apendiks A: Surat kebenaran menjalankan kajian 79 Apendiks B: Borang pengumpulan data koleksi 80 Apendiks C: Borang soal selidik untuk pelajar 106 Apendiks D: Borang soal selidik untuk guru 109 Apendiks E: Borang catatan pinjaman koleksi 112 RUJUKAN 117 vii

SENARAI JADUAL Jadual Halaman 1 Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey bagi Sains Tulen 13 2 : Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey bagi Teknologi 13 3 Maklumat bilangan pelajar dan koleksi buku dan bukan buku 49 4: Jeniskoleksi mengikutahundanusia 5 0 5: Usia koleksi sains dan teknologi mengikut pecahan subjek 51 6: Jenis bahan 5 6 7 : KoleksiMengikut bahasa 5 7 8 : Pinjamankoleksisains danteknologi olehguru5 8 9: Pinjaman koleksi sains dan teknologi oleh pelajar 59 10: PengunanPSmenengaholehguru 6 0 1: Peratus buku yang digunakan oleh guru dalam tempoh seminggu 61 12: Penggunaan koleksi sains dan teknologi oleh pelajar 62 viii

BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Lim (1989) telah merujuk PSS sebagai tempat kedua sumber rujukan bagi pelajar selain daripada nota guru dan buku teks. Kepentingannya semakin terserlah dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan pelajar cemerlang, berfikiran kreatif dan kritis bukan saja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum. Oleh itu PSS perlu dilengkapkan dengan bahan rujukan agar pelajar bersemangat untuk menyahut seruan kerajaan. Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) (1990), penyatuan Unit Perpustakaan dan Unit Perkhidmatan Teknologi Pendidikan pada tahun 1983 telah membentuk konsep PSS di mana perkhidmatan perpustakaan buku tradisional telah disatukan dengan perkidmatan Alat Pandang Dengar (APD). BTP berharap dengan perlaksanaan projek PSS di peringkat sekolah, sumber-sumber pendidikan dalam bentuk alat cetak, buku dan bukan buku akan lebih mudah digunakan oleh guru dan pelajar. Di samping itu, penubuhan PSS bertujuan membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran satu proses yang berbentuk interaktif dan inovatif.

Menurut Wan Mohd. Zahid (1995b) bahawa pendidikan yang utuh dan baik akan melahirkan bangsa yang kuat dan mulia. Peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan genarasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti dalam perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik negara mi. Berpandukan hasrat dan cita-cita ini, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dirumus dan dinyatakan seperti yang berikut:- " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dini serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" (dalam : Kementerian Pendidikan,1990, h.8) Wan Mohd. Zahid (1993) dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk," Pengisian Wawasan Pendidikan", menyatakan salah satu ciri utama warga Malaysia yang hendak dilahirkan ialah yang berbudaya ilmu. Kewujudan FPN ini diikuti pula dengan Wawasan 2020 yang menegaskan tentang keperluan melahirkan individu dan masyarakat yang kaya dengan maklumat. Ciri-ciri yang menonjol dalam FPN dan Wawasan 2020 ialah budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah negara dan bangsa yang maju, berwibawa dan cermerlang. Budaya sekolah yang positif yang berteraskan budaya ilmu perlu dipupuk di sekolah di mana pelajar perlu digalakkan untuk memupuk minat membaca, mencari maklumat, merujuk bahan-bahan di PSS dan membuat penyelidikan. Selaras dengan itu juga perancangan yang strategik telah dibuat secara formal 2

berdasarkan unsur-unsur futuristik untuk menyediakan satu hala tuju yang jelas bagi pendidikan negara. Perancangan ini juga menentukan dan menyediakan bentuk dan aktiviti pendidikan semasa dan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. PSS memainkan peranan atau fungsi yang boleh membantu membentuk masyarakat sekolah yang bercirikan budaya ilmu dan seterusnya membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Lim (1989) juga telah menyenaraikan beberapa fungsi PSS. Antaranya ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik di mana guru dan pelajar tidak bergantung sematamata kepada buku teks dan kaedah "chalk and talk" sahaja. Fungsi PSS yang lain ialah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berbeza antara satu sama lain serta melatih mereka menggunakan perkhidmatan mencari maklumat, membuat rujukan serta menggunakan alat-alat perkakasan. Pendapat di atas menekankan fungsi utama PSS sebagai sumber maklumat dan penting untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu aspek kehidupan yang lain tidak diabaikan seperti kualiti hidup dan rekreasi. Untuk mempastikan prestasi pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, koleksi bahan-bahan yang terdapat di PSS adalah elemen yang mesti diambil berat. Koleksi bahan-bahan ini memainkan peranan yang penting dalam mempastikan program PSS bersepadu dengan program sekolah. Koleksi tersebut mestilah memenuhi keperluan guru, pentadbir dan 3

pelajar di sesebuah sekolah. Selain daripada itu, koleksi bahan-bahan di PSS juga mestilah sesuai dengan tahap perkembangan dan stail pembelajaran pelajar di sekolah berkenaan. Menurut Diljit Singh (1985), koleksi adalah beberapa bahan yang dikumpulkan dengan tujuan tertentu. Bahan-bahan yang dikumpulkan dalam pusat sumber mestilah dengan tujuan atau matlamat tertentu dan biasanya matlamat ini adalah lanjutan daripada matlamat sekolah. Beliau berpendapat bahawa anggapan yang mengatakan bilangan koleksi yang banyak merupakan sesuatu yang baik adalah salah. Bilangan bahan-bahan tidak begitu penting. Menurut beliau yang lebih penting ialah mutu bahan-bahan dan bagaimana bahan tersebut digunakan. Suatu PSS yang mempunyai banyak bahan tidak semestinya lebih baik daripada PSS yang mempunyai bahan yang kurang. Apa yang penting ialah nilai pendidikan dalam mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Van Orden (1995) mendefinisikan koleksi secara lebih komprehensif iaitu koleksi termasuk bahan bercetak, audio visual dan dalam bentuk elektronik dengan kelengkapannya. Koleksi mestilah memenuhi keperluan sekolah dan pengguna. Bagi Doll dan Barron (1991), koleksi di perpustakaan mengandungi buku, jurnal, filem jaluran dan lain-lain. Secara amnya koleksi bahan-bahan di PSS meliputi bahan bercetak, bahan bukan cetak dan dalam bentuk elektronik yang diselenggarakan oleh pihak PSS. Bahan-bahan ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pengguna atau masyarakat, sekolah dan seterusnya memenuhi matlamat pendidikan negara mi. 4

Di Malaysia adalah penting bagi koleksi bahan di PSS memenuhi kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM dilaksanakan pada tahun 1989 kerana isi kandungan sesuatu pelajaran dalam kurikulum yang lama kurang menepati kehendak dasar keperluan ekonomi negara yang berasaskan teknologi dan industri. Perlaksanaan KBSM amat penting kerana pada masa yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan FPN dengan bertujuan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berteraskan kemajuan teknologi. Negara yang berteknologi tinggi memerlukan rakyat yang bertangggung jawab, berkemahiran, mempunyai ilmu yang bersepadu dan berkemampuan berkomunikasi dengan lebih luas. Mengikut Surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BS) 8591/JLD.II/(20) yang bertarikh 27 Disember 1983, bahan bacaan yang dipilih untuk PSS termasuk majalah dan akhbar hendaklah sesuai dari segi bahasa dan keperluan pelajaran dan pendidikan pelajar. Surat pekeliling ini mengkehendaki pemilihan bahan bacaan berpandukan senarai buku yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan atau senarai-senarai lain yang diperakukan. Penekanan kepada mata pelajaran yang berunsur sains dan teknologi mula menonjol di peringkat sekolah menengah. Pada peringkat sekolah rendah juga mata pelajaran Sains mula diperkenalkan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. 5

Kemudahan dan kesenangan yang dinikmati dalam kehidupan moden menjadi kenyataan hasil sumbangan sains dan teknologi. Menurut Wan Mohd. Zahid (1995a), dalam senario negara yang sedang bergelut untuk menjayakan Wawasan 2020. Kepentingan bidang sains dan teknologi semakin menyerlah dan kritikal. Kumpulan tenaga pekerja yang mahir dalam bidang ini amat diperlukan bagi menyahut cabaran melahirkan masyarakat Malaysia yang celik sains dan teknologi. Ternyata bidang pendidikan mempunyai tanggung jawab yang berat untuk melaksanakan tuntutan ini. Sebab itulah kerajaan mewujudkan mata pelajaran sains sebagai mata pelajaran tersendiri di peringkat sekolah rendah dan dilanjutkan di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran yang berasaskan sains dan teknologi menjadi teras kepada disiplin pengajian bidang berkenaan di peringkat pengajian tinggi seperti perubatan, kejuruteraan dan senibina. Dalam pembentangan kertas kerjanya di Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke 21, Wan Mohd. Zahid (1995b) menegaskan dalam usaha untuk mencapai hasrat mewujudkan masyarakat berasaskan sains dan teknologi dan informasi, antara perkara dasar yang diberi perhatian ialah mempertingkatkan penyertaan pelajar di semua peringkat persekolahan dalam bidang sains dan teknologi. Peratus penyertaan yang menjadi matlamat ialah 60: 40 ( Sains dan Teknologi : Sastera). Blosser dan Helgeson (1989) menyatakan bahawa salah satu penekanan sains dan teknologi adalah untuk menghasilkan pelajar yang memahami sains supaya mereka boleh berfikir secara kritikal, menyelesai 6

masalah dan membuat keputusan tentang kepentingan sains untuk mengubah masyarakat. Peranan guru sains pula adalah untuk membantu pelajar melihat sains dan teknologi boleh menyebabkan dan menyelesaikan masalah. Mohd. Salleh (1996) berpendapat sains diperkenalkan sebagai satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperolehi kefahaman tentang peraturan dan hukum alam. Dalam pelajaran sains, banyak aktiviti dijalankan bertujuan memberi peluang kepada pelajar mempelajari konsep sains secara aktif, menyeronokkan dan bermakna. Seterusnya applikasi sains melalui teknologi dan pelbagai aktiviti kehidupan dalam sains pertanian, pengangkutan, perubatan, perindustrian dan komunikasi juga didedahkan menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan teknologi dalam mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia. Secara amnya sans merupakan satu bidang ilmu yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif dan meneroka sesuatu yang baru untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu artikel bertajuk "Pembudayaan sains dan penerapan sistem pendidikan sains" (1997) yang diterbitkan dalam Dewan Masyarakat merumuskan bahawa perkembangan budaya saintifik dalam masyarakat merupakan agen penting dalam perubahan reformasi sosial dalam masyarakat membangun. Perkembangan ini menjadi asas kepada percambahan dan perkembangan tamadun sains dan teknologi pada masa depan. Perkembangan budaya sains dalam masyarakat Malaysia diharapkan dapat dicapai menerusi proses pendidikan. Minat terhadap sains cuba 7

dipupuk di kalangan pelajar sekolah rendah dengan cara memperkenalkan semula mata pelajaran sains. Minat ini seharusnya dibajai dan dikembangkan sehinggalah terpancar dan terbina suatu budaya yang sebati iaitu budaya saintifik dalam masyarakat agar dapat merealisasikan Wawasan 2020. Unsurunsur budaya saintifik perlu diterapkan dengan bersungguh-sungguh dalam proses pendidikan. Oleh itu segala bahan kurikulum dan bahan bacaan pelajar perlulah mengarah kepada pembinaan minda saintifik dan perintisan perubahan pemikiran saintifik di kalangan generasi muda. Jadi untuk mencapai hasrat ini, PSS menengah mesti mempunyai koleksi sains dan teknologi yang mengandungi maklumat yang terkini dan tepat. PSS menengah wajar membekalkan koleksi yang mampu menjayakan harapan dan cita-cita kerajaan. Penyelidikan ini dapat menunjukkan sama ada PSS menengah yang terpilih di Selangor mempunyai koleksi sains dan teknologi yang mencukupi dan memenuhi keperluan pelajar dan guru. Pernyataan Masalah Negara Malaysia sedang menuju ke era sains dan teknologi bagi menyahut cabaran Wawasan 2020. Pemimpin dan orang ramai sibuk memperkatakan tentang perkembangan teknologi dan teknologi maklumat seperti Koridor Raya Multimedia. Sejauh manakah penduduk Malaysia telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini dan bagaimanakah caranya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan yang sepatutnya? Persediaan dan cabaran dijangka dapat dicapai melalui pengetahuan yang cukup tentang 8

sains dan teknologi dan kepentingannya pada kehidupan mereka dan negara PSS haruslah menyahut cabaran ini dengan memperlengkapkan koleksi mereka supaya mengarah kepada pembinaan dan perkembangan budaya saintifik. Bahan-bahan yang ada boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat terbaru tentang sebarang perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada buku teks semata-mata kerana kadang-kadang kandungan dalam buku teks sudah ketinggalan zaman. Dengan menggunakan koleksi buku dan bukan buku, guru boleh membantu pelajar membuka minda mereka dan menjelajah ke dunia sains. Pelajar juga boleh menggunakan koleksi sains dan teknologi yang ada di PSS menengah untuk menyiapkan tugasan, membuat projek sains dan membuat rujukan. Koleksi ini harus mempunyai maklumat yang lebih daripada apa yang terkandung dalam buku teks. Masalahnya sekarang ialah adakah PSS menengah mempunyai kuantiti koleksi yang boleh menampung keperluan guru dan pelajarnya dan berapa usia koleksi tersebut? Aspek penggunaan koleksi tersebut oleh pelajar dan guru juga penting. Koleksi yang banyak dan baru tidak akan memberi apa-apa erti jika tidak digunakan secara maksima oleh warga sekolah. Untuk menjadikan sesuatu koleksi itu bermakna, bukan saja bilangan usia koleksi yang penting, tetapi penggunaan yang maksima dan menyeluruh oleh warga sekolah juga adalah penting. 9

Jadi untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara, koleksi sains dan teknologi di PSS mestilah mencukupi untuk menampung keperluan sekolah. Selain daripada itu usia koleksi tersebut mestilah kemaskini supaya isi kandungannya tidak ketinggalan zaman. Koleksi sains dan teknologi di PSS mestilah digunakan secara maksima oleh pelajar dan guru. Penggunaan koleksi ini oleh guru akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Manakala penggunaannya oleh pelajar pula akan dapat mempertingkatkan pencapaian akademik mereka dalam bidang tertentu. Soalan Penyelidikan Penyelidikan ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan utama yang berkaitan dengan koleksi sains dan teknologi di PSS menengah. Persoalan tersebut ialah : 1. Bagaimanakah aspek kuantiti dan usia koleksi sains dan teknologi di PSS menengah yang terpilih di negeri Selangor? 2. Sejauhmanakah penggunaan koleksi sains dan teknologi di PSS menengah oleh guru dan pelajar di sekolah-sekolah tersebut? Kepentingan Penyelidikan Hasil penyelidikan ini boleh digunakan oleh pihak sekolah yang dikaji untuk menilai semula koleksi yang terdapat di PSS mereka. Pihak sekolah boleh menilai sama ada koleksi tersebut mencukupi dan kemaskini. Seterusnya mereka boleh memilih buang mana-mana koleksi yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Sekolah-sekolah lain juga boleh menggunakan 10

kaedah yang dijalankan oleh penyelidik ini untuk menilai koleksi sains dan teknologi di PSS menengah mereka. Penyelidikan ini juga boleh menunjukkan sama ada terdapat perbezaan antara koleksi sains dan teknologi dengan koleksi lain di PSS menengah. Ini penting untuk melihat ke arah mana penekanan yang diberikan oleh sesebuah PSS menengah. Hasil penyelidikan ini juga boleh digunakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merangka polisi bagi menentukan peratusan sesuatu koleksi mengikut bidang tertentu di PSS menengah. Tujuannya untuk mempastikan PSS dapat membekalkan sumber yang betul-betul dapat memenuhi kehendak kurikulum dan matlamat pendidikan negara. Hasil penyelidikan ini juga boleh digunakan sebagai rujukan bagi penyelidik lain yang ingin membuat kajian lanjut dalam tajuk yang berkaitan. Skop Penyelidikan Penyelidikan ini hanya mengkaji koleksi sains dan teknologi di PSS menengah di negeri Selangor. Selangor dipilih sebagai tempat kajian kerana negeri ini merupakan sebuah negeri yang paling maju di Malaysia dan merupakan pusat perkembangan teknologi. Banyak rancangan pembangunan negara yang telah dan akan dijalankan di negeri in Antara rancangan pembangunan yang sedang dijalankan sekarang ini ialah pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Putra Jaya. Oleh itu penyelidik telah 11

membuat kajian untuk mengetahui sama ada koleksi sains dan teknologi di.pss menengah di negeri ini menepati kehendak pengguna iaitu pelajar dan guru dari segi kuantiti dan usia koleksi tersebut. Penyelidik juga telah mengkaji penggunaan koleksi ini oleh guru dan pelajar.. Penyelidik memilih mengkaji PSS menengah kerana mata pelajaran di sekolah menengah lebih banyak berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Sekolah menengah juga menyediakan pelajar untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu institusi pengajian tinggi. Di peringkat menengah atas pula, mata pelajaran teras yang di bawah bidang sains dan teknologi ialah Matematik dan Sains. Mata pelajaran elektif pula akan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kemanusiaan, teknologi dan vokasional, sains dan pengajian Islam. Mata pelajaran yang termasuk dalam bidang sains dan teknologi ialah Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Sains Pertanian, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan dan Sains Komputer. Koleksi sains dan teknologi yang dikaji merujuk kepada Sistem Pengelasan Dewey. Koleksi sains dikelaskan menggunakan nombor 500, iaitu Sains Tulen. Koleksi teknologi dikelaskan menggunakan nombor pengelasan Dewey 600. Penyelidik hanya mengkaji koleksi sains dan teknologi dari nombor Pengelasan Dewey 500 hingga 629 sahaja. Ini kerana penyelidik berpendapat bahawa bidang ini benar-benar berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bidang sains dan teknologi di sekolah 12

menengah. Jadual 1 menunjukkan Sistem Pengelasan perpuluhan Dewey bagi Sains Tulen dan Jadual 2 menunjukkan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey bagi Teknologi. Jadual 1 Sistem Penqelasan Perpuluhan Dewey Baqi Sains Tulen. Nombor pengelasan Perkara 500 Sains Tulen 510 Ilmu Hisab 520 Astronomi 530 Fizik 540 Kimia 550 Sains Bumi 560 Kaji Fosil 570 Sains Hayat 580 Sains Tumbuhan 590 Sains Haiwan Jadual 2 Sistem Penqelasan Perpuluhan Dewey baqi Teknoloqi Nombor pengelasan Perkara 600 Teknologi 610 Sains Perubatan 620 Kejuruteraan Definisi Penyelidik mendefinisikan koleksi sebagai bahan buku dan bahan bukan buku yang terdapat di PSS. Bahan bukan buku yang dikaji merangkumi carta (termasuk carta gulung), model, pita audio, pita video, transparensi, 13

slaid, kad imbas dan lain-lain. Kesemua koleksi ini mestilah disimpan atau diuruskan oleh pihak PSS sekolah tersebut. Penggunaan koleksi sains dan teknologi merangkumi menggunakan, membaca, merujuk dan meminjam koleksi tersebut oleh pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, rujukan, menyiapkan tugasan dan rekreasi. Kadar penggunaan koleksi ini pula merujuk kepada bilangan dan kekerapan meminjam dan mengguna koleksi tersebut oleh guru dan pelajar. Bab ini telah membincangkan secara ringkas tentang latar belakang PSS menengah,koleksi sains dan teknologi dan kepentingan bidang sains dan teknologi. Penyelidik juga telah membincangkan tentang pernyataan kepada masalah yang dikaji, soalan penyelidikan, kepentingan penyelidikan dan skop penyelidikan. Penyelidik juga telah menyenaraikan definisi kepada beberapa istilah yang digunakan dalam penyelidikan ini. Dalam bab seterusnya pula penyelidik telah membuat tinjauan kepada beberapa penulisan yang berkaitan dengan aspek yang dikaji. Penulisan yang dikaji meliputi kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik sama ada dari dalam atau luar negara. Hasil tinjauan ini telah dibahagikan kepada tiga sub topik untuk dibincangkan iaitu analisis koleksi di perpustakaan, penggunaan bahan di perpustakaan dan kaitan antara koleksi PSS dan pencapaian akademik pelajar. Bab ketiga pula membincangkan tentang metodologi yang telah digunakan oleh penyelidik dalam kajian mi. Seterusnya dalam bab keempat pula penyelidik telah melaporkan dapatan dan analisis data yang telah 14

diperolehi sepanjang kajian ini. Akhir sekali bab kelima membincangkan tentang kesimpulan, implikasi dan cadangan yang telah dikemukakan oleh penyelidik. Cadangan yang dikemukakan boleh dijadikan panduan oleh penyelidik lain untuk membuat penyelidikan yang lebih lanjut dalam tajuk berkaitan. 15