Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen

dokumen-dokumen yang mirip
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Katakunci : faktor, tuisyen Bahasa Inggeris

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Akademik, Disiplin, dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Asrama Penuh Di Negeri Pahang.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Katakunci :makmal komputer, guru

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Katakunci : amalan pengurusan, peniaga kedai runcit

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

Kurikulum Kebangsaan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2.0 PENYATAAN MASALAH

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

Persepsi Guru Terhadap Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen Di Sekolah SJK ( C ) Zon Selatan Daerah Kulai Johor Abdul Rahim Bin Hamdan & Kho Bee Chin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen di enam buah sekolah SJK (C) Zon Selatan, Daerah Kulai. Seramai 80 orang responden, dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrument adalah 0.89. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara perisian Statistical Package for Social Scinece (SPSS 11.5 for Windows). Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis tahap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. Faktor kendiri merupakan faktor yang kedua pentingnya dengan min keseluruhan 3.18 iaitu pada tahap sederhana, manakala faktor rakan sebaya pula mencatat min keseluruhan 3.02, dan juga pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi guru-guru terhadap sebab utama ibu bapa menghantarkan anak-anak ke kelas tuisyen kerana mereka mementingkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk dan juga kekurangan kepakaran untuk membimbing anak-anak mereka. Katakunci : persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk membentuk perkembangan kanakkanak secara menyeluruh dari segi perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor. Kurikulum pendidikan Malaysia dibentuk untuk menanam nilai-nilai murni demi menghasilkan tenaga kerja mahir dan berkualiti supaya pembangunan negara terjamin. Demi pembentukan perkembangan seimbang jasmani, emosi, rohani dan interlek setiap warganegara, sistem pendidikan di Malaysia perlu sentiasa berubah mengikut keperluan dan kesesuaian masa, seiring dengan perubahan zaman dan juga permintaan masyarakat setempat. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, system pendidikan telah mengalami banyak perubahan yang dramatik. Perubahan seperti ini berlaku adalah selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, bidang pendidikan sentiasa memainkan peranan yang amat penting. Wawasan 2020 berhasrat menjadikan Negara kita sebagai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara-negara maju di rantau dunia. Masyarakat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga akan menjadi penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi semasa. Sebagai langkah memenuhi hasrat tersebut, tenaga rakyat yang berilmu pengetahuan, berwibawa dan berketrampilan hendaklah dilahirkan (Ee Ah Meng, 1997). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenakan secara percubaan pada tahun 1982 dan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1988. Tujuan KBSR adalah untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi manusia dengan

alam sekelilingnya dan juga untuk perkembangan diri. Aspek-aspek yang dititikberatkan dalam KBSR adalah kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam penilaian KBSR, murid-murid diuji dalam pelbagai bentuk penilaian samada secara formatif atau sumatif Persoalannya, kenapa masih terdapat kekurangan, ketidakpuasan dan seterusnya menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembangan pesat bagai cendawan selepas hujan. Adakah ini berpunca dari faktor-faktor seperti kemerosotan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan negara, ataupun faktor-faktor datang dari diri murid-murid sendiri ataupun berpunca dari persepsi ibu bapa murid-murid berkenaan? Pernyataan Masalah Pada zaman sekarang, ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kelas tuisyen. Masa di luar persekolahan mereka dipenuhi dengan jadual waktu tuisyen samada di pusat-pusat tuisyen, di bawah anjuran persatuan-persatuan atau di rumah persendirian. Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran yuran yang tinggi. Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi guru-guru terhadap faktor-faktor iaitu faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan faktor kendiri yang menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat. Selain itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor dan penyebab utama ramai pelajar mengikuti kelas tuisyen. Objektif Kajian Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa objektif iaitu : i) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor ibu bapa sebagai pendorong pelajar ke kelas tuisyen. ii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor rakan sebaya sebagai pendorong pelajar ke kelas tuisyen. iii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor kendiri sebagai pendorong pelajar ke kelas tuisyen. iv) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Kepentingan Kajian Dari hasil kajian nanti, diharapkan dapat mendatangkan manfaat kepada semua pendidik khususnya pendidik-pendidik di sekolah kerajaan, samada sekolah rendah atau sekolah menengah. Sehubungannya, kajian ini juga boleh dijadikan garis panduan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerajaan dan seterusnya dapat mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pelajarpelajar. Kajian ini juga dapat membantu para ibu bapa dalam usaha mengenalpasti keperluan anak-anak mereka dalam pembelajaran dan seterusnya membantu mengurangkan paksaan serta stres terhadap anak-anak mereka. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian tentang pandangan dan pendapat guru-guru terhadap popularnya kelas tuisyen ini merupakan satu kajian berbentuk statistik deskriptif dan jenis tinjauan. Menurut Gall, Borg dan Gall (1996), kaedah penyelidikan deskriptif adalah kaedah yang terasas dalam penyelidikan kuantitatif. Terdapat dua jeins penyelidikan deskriptif utama iaitu kajian berjenis tinjauan dan kajian berjenis kolerasi. Menurut Allison et al. (1997), kebanyakan penyelidikan

menggunakan kaedah deskriptif dengan penyataan yang jelas mengenai apa dia iaitu satu prasyarat penting untuk memahami mengapa dia sedemikian dan apa dia akan jadi. Kaedah penyelidikan deskriptif juga boleh dikatakan sebagai asas kepada semua penyelidikan dan kaedah ini bertujuan mencari penghuraian yang cukup dan tepat mengenai aktiviti, objek, proses dan manusia. Dalam kajian ini, kaedah tinjauan digunakan di mana penyelidik mengedarkan borang soal selidik untuk dijawab oleh responden-responden yang telah dipilih. Kajian ini dilakukan untuk mengumpul data terkini mengenai perspektif guru-guru terhadap sebab-sebab popularnya kelas tuisyen, dan juga mengenalpasti apakah faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Kajian ini juga bertujuan untuk member penerangan tentang sebab-sebab berlakunya sesuatu fenomena dalam dunia pendidikan. Kajian berbentuk tinjauan juga merupakan salah satu kaedah yang spesifik dan berkesan untuk mengumpulkan maklumat mengenai sampel dan populasi. Data-data statistic akan dibina kemudian untuk memberi huraian tentang perkara yang dikaji secara pemeratusan, sebab-sebab, pandangan dan pendapat. Sampel Kajian Sampel ialah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun sebaliknya. Proses persampelan merupakan proses pemilihan sampel daripada populasi yang didefinisikan. Tugas ini adalah penting supaya sampel yang dipilih tepat dan sah, supaya objektif kajian tidak terpesong. Saiz sampel juga sangat penting untuk menjamin ketepatan hasil kajian. Saiz sampel yang semakin besar, akan menghasilkan ketepatan kajian yang semakin tinggi. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih saiz sampel berjumlah 80 orang guruguru tahun 6. Pemilihan saiz sampel ini berdasarkan Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W., (1970) yang menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi (Jadual 1). Jadual 1 : Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970) Sampel merupakan sumber untuk mendapatkan data daripada populasi. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini merupakan Teknik Persampelan Rawak Mudah jenis Persampelan Kelompok Atas Kelompok. Persampelan Kelompok Atas Kelompok

melibatkan beberapa peringkat pemilihan sampel secara pengkelasan sehingga memenuhi matlamat penyelidikan. Contoh pemilihan sampel : secara rawak mengikut zon, jenis sekolah, dan tahun mengajar. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Zon Selatan Daerah Kulai. Daripada jumlah guru sekolah-sekolah terpilih ini, 80 orang guru tahun 6 diberi borang soal selidik. Borang soal selidik tidak diberikan kepada semua guru di sekolah terpilih supaya lebih menjimat kos penyelidikan dan juga menjamat masa mengumpul semula borang soal selidik itu. Instrumen Kajian Instrumen kajian bermaksud alat yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data-data serta maklumat-maklumat yang diperlukan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik dan diberikan kepada guru-guru yang telah dikenalpasti sebagai responden. Kaedah ini dipilih kerana teknik soal selidik merupakan cara yang senang dikelolakan, lebih mudah mengumpulkan maklumat dan lebih berkesan. Selain itu, arahan-arahan dalam borang soal selidik telah ditulis dengan ayatayat yang mudah difahami dan yakin tidak membebankan responden kajian. Data-data yang diperolehi dari teknik soal selidik adalah lebih lengkap dan tepat untuk memenuhi kehendak objektif kajian serta senang dianalisis. Tuckman (1988) telah menyarankan bahawa kelebihan teknik soal selidik adalah lebih mudah mendapat kerjasama dari responden. Responden diberi kebebasan menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soalan kajian. Oleh kerana identiti setiap responden tidak akan dikenal pasti secara spesifik, maka maklum balas yang diberikan oleh setiap responden akan lebih benar dan tepat. Responden kurang menghadapi tekanan semasa menjawab soal selidik kajian. Dalam pelaksanaan kajian ini, penyelidik telah menyediakan soalan kajian dalam dua bahagian utama iaitu Bahagian A: Maklumat diri atau latar belakang responden dan Bahagian B: Soal selidik tentang persepsi guru terhadap factor-faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Semua soalan kajian dibina dengan menggunakan Bahasa Malaysia memandangkan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan yang dapat difahami oleh semua warga sekolah termasuk responden kajian ini. Analisis Data Jadual 2 : Analisis Item Berkaitan Faktor Terutama Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen Bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan Apakah faktor utama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen? Bagi menjawab persoalan ini, data yang diberikan oleh responden bagi setiap

Seksyen A, B dan C perlu dikaji secara mendalam. Rumusan keseluruhan skor min yang diperolehi adalah seperti data yang terpapar dalam Jadual 2 di atas. Analisis data menunjukkan purata min bagi faktor ibu bapa mendorong pelajar ke kelas tuisyen berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.68. Manakala, purata min bagi faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen pada tahap sederhana, iaitu 3.02. Bagi faktor kendiri pula, purata min bernilai 3.18, iaitu pada tahap sederhana juga. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa responden kajian ini berpersepsi bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen, diikuti dengan faktor kendiri dan seterusnya faktor rakan sebaya. Perbincangan Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, persepsi guru terhadap faktor ibu bapa yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen pada keseluruhannya adalah pada tahap yang tinggi dengan jumlah purata min 3.68. Sementara itu, antara item-item dalam seksyen ini, 60 peratus item berskor min lebih daripada 3.66 (tahap tinggi). Hasil kajian menunjukkan pernyataan Ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen kerana mereka mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka, mendapat persetujuan responden yang tinggi dengan min skor tertinggi iaitu 4.29. Majoriti responden (72 daripada 80, 90.1 peratus) telah bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Jamaliah Rahmat (1999), yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar menghadiri tuisyen adalah untuk memenuhi kehendak ibu bapa mereka yang berkehendakkan anak-anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bagi ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya, sama ada mahu atau tidak, anak-anak mereka akan dipaksa menghadiri kelas-kelas tuisyen. Hasil kajian dalam Seksyen B ini menunjukkan pernyataan Pelajar ke kelas tuisyen supaya dapat bersaing dengan rakan sebayanya mencatat min tertinggi iaitu 3.54. Pernyataan Pelajar ke kelas tuisyen kerana pembelajaran bersama rakan sebaya lebih berkesan merupakan pernyataan yang kedua tinggi minnya dengan catatan min 3.38, diikuti dengan pernyataan Rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen yang mempunyai skor min 3.28. Min keseluruhan bagi seksyen ini adalah bernilai 3.02, iaitu pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini adalah berselaras dengan pernyataan yang dibuat oleh Ee Ah Meng (1996), yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya yang bertanggungjawab dan bersopan santun akan turut menghayati nilai-nilai yang positif itu. Pergaulan dengan rakan-rakan yang menghadiri kelas tuisyen menyebabkan diri seseorang pelajar dipengaruhi oleh tingkah laku rakan sebaya. Ini akan mendorong dirinya mengikuti jejak langkah rakan-rakan dan turut menghadirkan diri ke kelas tuisyen. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbukti bahawa faktor kendiri juga menyumbang sebagai pendorong pelajar ke kelas tuisyen. Purata min bagi persoalan kajian ini mencatat nilai 3.18, iaitu pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan pernyataan Pelajar ke kelas tuisyen kerana ingin menguasai sesuatu mata pelajaran dengan cemerlang merupakan pernyataan yang memperolehi nilai min paling tinggi iaitu 3.78. Pernyataan Pelajar ke kelas tuisyen kerana ingin meningkatkan pencapaian akademik dirinya dan Pelajar ke kelas tuisyen kerana ingin mendapat pembelajaran tambahan merupakan pernyataan yang kedua tinggi minnya, dan masing-masing mencatat nilai min 3.70.

Pelajar ke kelas tuisyen sebagai persediaan awal untuk dirinya menghadapi peperiksaan merupakan pernyataan yang mencatat nilai min (3.60) ketiga tinggi. Analisis data menunjukkan seramai 55 responden (68.8 peratus) bersetuju dengan pernyataan ini, 14 responden (17.6 peratus) tidak setuju manakala 11 responden (13.8 peratus) lagi tidak pasti dengan pernyataan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan faktor kendiri merupakan faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Antaranya 3 faktor tersebut, faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Dapatan kajian menunjukkan persoalan kajian 1 (Persepsi Guru Terhadap Faktor Ibu Bapa Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen) mencatat purata min yang tertinggi (3.68) berbanding dengan persoalan kajian 2 (Persepsi Guru Terhadap Faktor Rakan Sebaya Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen) dengan purata min 3.02 dan persoalan kajian 3 (Persepsi Guru Terhadap Faktor Kendiri Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen) yang bernilai min 3.18. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan pendapat Ahmad Kamil Mohamed, Pensyarah UiTM, yang menyatakan tidak ada siapa yang dapat menafikan bahawa sudah menjadi kecenderungan di kalangan ibu bapa zaman ini untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen atau mendapatkan khidmat tutor secara peribadi untuk anak mereka di rumah. Beliau berpendapat bahawa dorongan yang menebal untuk melihat kejayaan anak-anak mereka setanding dengan anak-anak orang lain dalam pencapaian akademik di sekolah selalunya menjadi faktor utama mengapa sebahagian besar ibu bapa sanggup berbelanja lebih asalkan anak mereka tidak ketinggalan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Rujukan Atan Long (1991). Pedagogi : Kaedah Am Mengajar. Pertaling Jaya : Amiza Publisling. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1993). Pedagogi II, Amaran Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti. Gan Chin Guan (2000). Kajian Mengenai Pandangan Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Keberkesanan Kelas Tambahan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai : Projek Sarjana Muda Hishamuddin Md. Som (2005). Panduan Mudah Analisis Data Menggunakan SPSS Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Mazliyana Makhtar (2006). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Berkenaan Faktor-faktor Yang Mendorong Mereka Mengikuti Tuisyen Swasta Di Daerah Kota Bahru Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Mudah. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak, dan Noor Shamshinar Zakaria (2006). Merancang Kejayaan. Kuala Lumpur : PTS Professional Sdn. Bhd. Persekitaran Sekolah Berubah, Tingkah Laku Pelajar Bertukar. Pendidik. 2008. Bilangan 46 : M/S 62, 63 dan 64. Yusof Boon (2007). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelidikan Tindakan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Yusof Ismail (2006). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen. Zaidatun Tasir, dan Mohd. Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 115 For Windows. Kuala Lumpur : Venton Publishing.