Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar

dokumen-dokumen yang mirip
Kampanye Partisipasi Semua Orang untuk Kecelakaan Nol

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

Model Pengurusan Strategik

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Polisi Privasi. Pengenalan

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan Makroekonomi

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Tatakelakuan. Pembekal

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF. Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN D: PENGENALAN KEPADA HAZAD DAN KAWALAN RISIKO.

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

ISI KANDUNGAN. MAKLUMAT 1.0 Peraturan Am Jurukamera dan Juruvideo 2. PERALATAN 3.0 Pakaian Peralatan 2

PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KARANGAN EKSPOSITORI SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGENDALIAN MESYUARAT KIK

PERANCANGAN STRATEGIK UITM CAWANGAN JOHOR

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

FACT SHEET

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 4

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

BAHAGIAN PEYAKIN KESELAMATAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

1.0 Pendahuluan. 2.0 Skop

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

ARAHAN: ( )

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

ANALISIS KERJAYA DIRI

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Transkripsi:

Mengenai Kempen Penyertaan Semua Untuk Kemalangan Sifar 1. Kaedah Pelaksanaan Kempen Kemalangan Sifar Bahagian Promosi Kemalangan Sifar Teknik spesifik yang untuk dilaksanakan di tempat bekerja bagi merealisasikan idealogi menghormati orang lain dalam kempen kemalangan sifar adalah Latihan Ramalan Bahaya, Tunjuk dan Panggil dan sebagainya, yang merupakan cara menjangkakan keselamatan. Dan akitiviti-aktiviti seragam yang digabungkan dengan kaedah ini dipanggil Aktiviti-aktiviti Ramalan Bahaya. (1) Latihan Ramalan Bahaya *KYT (K: kiken (bahaya), Y: yochi (ramalan), dan T: training (latihan)) Ini adalah latihan untuk menjangkakan keselamatan sebelum mengambil tindakan, iaitu melalui perbincangan, pertimbangan dan pemahaman (atau bertanya soalan pada diri sendiri) mengenai faktor-faktor berbahaya yang tersembunyi di tempat kerja atau situasi kerja (tindakan tidak selamat atau situasi tidak selamat yang menyebabkan kemalangan industri atau kemalangan) dan fenomena (bentuk kemalangan) yang disebabkan oleh mereka dalam kumpulan kecil di tempat kerja, dan dengan menentukan perkara-perkara berbahaya dan matlamat tindakan, dan dengan menyebut sambil menunjukkan jari atau memastikan dengan memanggil sambil menunjukkan jari semasa menyuruh mereka bekerja atau menunjukkan mereka kerja yang sebenar di tempat kerja atau menggunakan ilustrasi yang menggambarkan keadaan tempat bekerja dan kerja-kerjanya. Latihan ramalan bahaya yang berasaskan pada kaedah 4-Fasa Asas KYT dan perjumpaan singkat adalah termasuk elemen-elemen berikut : Latihan STK Arahan Kerja pada peringkat penyeliaan, berasaskan pada perjumpaan singkat ; KY individu; KY dengan bertanya soalan; KY satu perkara pada peringkat pasukan; SKYT; KYT individu; KYT kad pertanyaan diri; KYT seorang 4-fasa; KYT trafik; KYT melalui perjumpaan; dan KYT dengan mengkaji contoh kemalangan. *STK(S: sagyo (kerja), T: team (pasukan), dan K: kiken-yochi (ramalan bahaya)) *SKYT (=Short Time (Masa singkat) KYT) Bagi Kaedah 4-Fasa Asas KYT yang menjadi asas teknik-teknik ini, ahli-ahli akan meneruskan langkah demi langkah 4-fasa penyelesaian masalah melalui perbincangan hati ke hati mengenai bahaya jenis apakah yang tersembunyi? di dalam situasi tempat kerja atau kerja-kerjanya yang dilakarkan dalam ilustrasi. Fasa Pertama (Memahami situasi sebenar) Bahaya jenis apakah yang tersembunyi? Fasa Kedua (Mencari intipati) Ini ialah perihal tentang bahaya Fasa Ketiga (Mengasaskan tindakan) Jika anda dalam keadaan itu, apakah yang patut anda buat? Fasa Keempat (Menetapkan sasaran) Ini ialah perihal tentang bahaya KYT bermaksud kaedah yang menguatkan sensitiviti untuk menyedarkan akan bahaya dan bersama-sama mempunyai maklumat terhadap bahaya, dan memperbaiki kebolehan penyelesaian masalah dengan menyelesaikannya melalui perjumpaan, dan meningkatkan daya tumpuan menerusi Tunjuk dan Panggil, dan menguatkan kemahuan untuk melaksanakannya dengan kerjasama sebuah pasukan. (2) Tunjuk dan Panggil Untuk meneruskan kerja dengan selamat tanpa kesilapan, perkara yang hendak dipastikan pada setiap perihal penting kerja itu mestilah ditunjukkan dengan jari dengan tangan yang lurus dan mengesahkannya dengan panggilan suara yang jelas,, OK, dan ini dipanggil sebagai Tunjuk dan Panggil. Tunjuk dan Panggil adalah langkah bagi penukaran gear peringkat kesedaran untuk menjadikannya normal serta jelas, dan untuk membuatkan kerjanya tepat dan selamat tetapi ia hanya akan diperkembangkan dengan teguh jikalau ia dipraktikkan di seluruh tempat perniagaan sebagai aktiviti-aktiviti praktikal untuk penyertaan semua pihak bagi memastikan keselamatan yang berteraskan idealogi menghormati orang lain.

Kaedah Tunjuk dan Panggil <Kaedah Pengesahan Perkara-Perkara Penting Bagi Tindakan> (Perihal tentang bahaya) Bentukkan genggaman! Genggaman menegak. Keluarkan jari telunjuk lurus Dengan pergerakan yang pantas! Tangan kiri di pinggang Dari genggaman menegak dengan ibu jari menutupi jari tengah, jika jari telunjuk dikeluarkan, ia membentuk genggaman kukuh. Tukarkan bentuk dan masukkan semangat Mulakan dengan bentuk, dan akhiri dengan bentuk Luruskan bahagian belakang badan (1) lihat objek (2) tunjuk jari (3) letak ke telinga (4) letak ke bawah Sambil menyebut butiran yang dipanggil sebagai OO Meluruskan tangan kanan Menunjukkan objek dengan jari Merenung ke arah objek Sambil angkat tangan kanan ke telinga Fikir dan pastikan sama ada ia benar-benar baik Selepas pengesahan Sambil menyebut OK! Letak ke bawah menghala ke objek yang disahkan (3) Sambil meletakkan tangan kanan ke telinga... bermaksud adakah ia patut dibuat semasa memikir dan memastikan sama ada ia benar-benar baik. Kaedah Tunjuk dan Sebut Sama dengan Kaedah Tunjuk dan Panggil Dengan pergerakan yang pantas! Fokuskan pada hujung jari Tangan kiri di pinggang Luruskan bahagian belakang badan Secara spesifik, panggil dengan menangkap setiap huruf objek dengan mata dan hujung jari. Menurut keputusan eksperimen pemeriksaan keberkesanan bagi Tunjuk dan Panggil yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Teknikal Keretapi pada tahun 1994, ia menunjukkan bahawa kadar berlakunya kesilapan kerja adalah lebih kurang satu per enam bagi kes yang menunjuk dan memanggil berbanding kes yang tanpa melakukan apa-apa.

(3) Tunjuk dan Sebut Pada dasarnya, Tunjuk dan Panggil dilakukan oleh satu orang, tetapi ianyadipanggil sebagai Tunjuk dan Sebut apabila dilakukan oleh beberapa orang. Ini merupakan kaedah yang mensasar untuk menyatukan semangat terhadap matlamat dengan menunjukkan jari, menyebut dan mengesahkan objek oleh semua ahli, dan untuk mengukuhkan kesatuan dan perpaduan pasukan. Apabila menunjuk dan menyebut, terdapat Sentuhan dan Panggilan (Jenis Sentuhan, Jenis Penindihan Tangan, Jenis Bulatan dan sebagainya) yang dilakukan oleh semua ahli dengan sentuhan fizikal. (4) Kaedah Pelaksanaan Lain Kesihatan KY, Latihan Pendengaran yang agresif, 1-minit Kaedah Meditasi, Hachidankin (latihan untuk menguatkan kekuatan fizikal yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat di China dan ia bermaksud 8 jenis pergerakan untuk menguatkan badan ) Perjumpaan untuk ramalan risiko dengan berkongsi pengalaman-pengalaman yang mendekati kesilapan-kesilapan dan dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah 4-fasa, KYT untuk kedekatan kesilapan Kitaran Pelaksanaan Menyeluruh Sistem Pembarisan, dan lain-lain 2. Untuk Mencegah Kemalangan Kesilapan Manusia Kesilapan manusia seperti yang dipanggil kesilapan operasi, kesilapan keputusan, kesilapan kerja dan sebagainya disebabkan oleh sifat-sifat manusia biasanya menjadi punca kemalangan dan kemalangan industri. Dan kebanyakan kesilapan-kesilapan itu dikatakan berkaitan dengan faktor psikologikal manusia. Jika kita lihat pada sistem berlakunya kemalangan industri, situasi tidak selamat, iaitu kemalangan-kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan fasiliti, mesin-mesin dan cara bekerja merangkumi 80% daripada keseluruhan, dan di mana ada kerja, di situ ada masalah kesilapan manusia. Apa yang dikenali sebagai tindakan tidak selamat boleh mengakibatkan kemalangan kerana teknik yang tidak cukup matang, tetapi kebanyakan kemalangan yang berpunca daripada kesilapan manusia telah mencecah lebih kurang 90% daripada keseluruhannya. Sifat-sifat tindakan manusia seperti kesilapan (ilusi), kecuaian dan sebagainya dipanggil sifat-sifat manusia, dan kesalahan-kesalahan yang disebabkan oleh sifat-sifat manusia dipanggil kesilapan manusia. Orang Yang Melakukan Tindakan Tidak Selamat Tindakan tidak selamat Kesilapan manusia(cuai) Pelanggaran Peraturan Kebolehan manusia terhad Kesilapan Lupa Tidak cukup pengetahuan dan skil (Pengambilan Risiko) Tak boleh lihat, tak boleh dengar, tak boleh ingat Silap, taksub, salah faham Khayal, cuai, kekadang terlupa Tak tahu, tak boleh buat Kerana leceh, mungkin baik, hanya sedikit saja, semua orang buat juga Untuk menempuhi kemalangan akibat kesilapan manusia, (1) Tindakan perkakasan (dalam aspek kebendaan) Untuk mencegah kesilapan manusia, pertama sekali ia adalah mustahak untuk meneruskan tindakan untuk keselamatan dan kesihatan dalam aspek kebendaan (fasiliti, mesin, persekitaran, bahan mentah, dan sebagainya).

(2) Tindakan perisian (dalam aspek orang X benda) Pada masa yang sama dengan tindakan perkakasan, daripada kedudukan orang, mesin dan sistem, ia perlu melaraskan hubungan orang dengan benda serta orang dengan kerja. (3) Tindakan insani Dengan bersatu bersama pengurusan keselamatan dan kesihatan yang kasar dan halus, Aktiviti Ramalan Bahaya termasuk kempen kemalangan sifar, Latihan Ramalan Bahaya (KYT), Panggilan Penunjukan Jari dan sebagainya adalah berkesan sebagai tindakan untuk kesilapan manusia bagi orang X minda (Insani). 3. Permulaan Kempen Kemalangan Sifar Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Jepun (selepas ini dipanggil sebagai (Japan Industrial Safety & Health Association (JISHA)) telah ditubuhkan pada tahun 1964, iaitu apa yang dipanggil tempoh pertumbuhan ekonomi yang pantas dengan matlamat menyokong aktiviti pencegahan kemalangan industri untuk pemilik perniagaan berdasarkan pada undang-undang pertubuhan pencegahan kemalangan industri dan 40 tahun sudah pun berlalu. Kita telah mengambil pelbagai tindakan berkaitan dengan pencegahan kemalangan industri semenjak ditubuhkan, tetapi selepas 10 tahun sejak penubuhan JISHA, kempen yang dipanggil Menuju Sasaran Keselamatan (mensasar kepada keselamatan) telah dijalankan oleh Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) di Amerika pada masa itu, dan kempen penyertaan semua bagi kemalangan sifar (singkatan: kempen kemalangan sifar) telah mengambil pakai idea tersebut dan menyusunkannya dengan merujuk kepada teknik aktiviti QC dan sebagainya supaya mereka boleh membangunkan kempen baru dalam aktiviti pencegahan kemalangan kerja dan telah memulakannya dengan kempen sokongan daripada kementerian industri yang lama pada tahun 1973.

4. Apa Itu Kempen Penyertaan Semua Bagi Kemalangan Sifar? Ini adalah kempen yang mensasarkan untuk menghasilkan persekitaran kerja yang terang dan ceria, mengambil berat tentang setiap individu dengan mengambil kira kedudukan mereka sebagai pekerja berdasarkan pada idealogi asas menghormati orang lain seperti setiap individu adalah sangat berharga, dan tidak akan membenarkan sebarang kemalangan berlaku sama sekali, dan menyelesaikan bahaya atau masalah di tempat kerja dengan penyertaan semua ahli dengan mengutamakan dahulu keselamatan dan kesihatan, dan mensasarkan kemalangan sifar serta penyakit sifar pada akhirnya. 5. Titik Mula Kempen Kemalangan Sifar Setiap individu orang yang berharga, ini merupakan setiap individu orang bagi nama khas. Tiada seorang pun yang boleh cedera atau mati. Dengan mengutamakan dahulu keselamatan dan kesihatan dengan semua ahli supaya tidak akan membuatkan sesiapa pun cedera di tempat kerja. Ini merupakan semangat dan titik mula bagi kempen kemalangan sifar. Dalam kempen kemalangan sifar, kita bukan mengambil kira idealogi menghormati orang lain sebagai kempen spiritual bagi hanya satu idealogi. Bagaimana merealisasikan idealogi itu dan meneruskannya secara terperinci merupakan satu teknik, dan mempraktikkan teknik tersebut merupakan pelaksanaan. Pada mulanya, jika kita mempunyai idealogi (semangat) dan teknik berkesan bersama, pelaksanaan akan muncul secara semulajadi. Kempen kemalangan sifar diteruskan sebagai gabungan 3 perkara, iaitu idealogi, teknik dan pelaksanaan, dan ia bukan kempen kemalangan sifar jika tanpa salah satu daripadanya. 6. 3 Prinsip Idea Asas Kempen Kemalangan Sifar Kempen kemalangan sifar adalah berdasarkan pada 3 prinsip sifar, pendahuluan dan penyertaan. Ini dipanggil sebagai 3 Prinsip Idealogi Asas. (1) Prinsip Sifar Sifar bukan bermaksud dengan mudahnya tiada kemalangan kematian atau kemalangan bercuti. Ia bermaksud cuba mencari, memahami dan menyelesaikan semua bahaya (masalah) yang tersembunyi dalam kehidupan harian individu pekerja, lebih-lebih lagi bahaya yang tersembunyi di tempat kerja ataupun kerjanya, dan cuba menghapuskan dari akar umbi semua kemalangan seperti kemalangan industri dan penyakit berkaitan dengan pekerjaan termasuk kemalangan jalanraya. (2) Prinsip Pendahuluan Pendahuluan bermaksud mencari, memahami serta menyelesaikan semua bahaya(masalah) yang tersembunyi dalam kehidupan harian individu pekerja, lebih-lebih lagi bahaya yang tersembunyi di tempat kerja ataupun kerja sebelum berlaku, dan mencegah kemalangan atau bencana daripada berlaku bagi merealisasikan kemalangan sifar, penyakit sifar dan tempat kerja yang terang dan ceria sebagai matlamat yang terakhir. (3) Prinsip Penyertaan Penyertaan bermaksud bekerjasama dengan semua ahli pengurusan pihak atasan, penyelia pengurusan, kakitangan, pekerja, dan melaksanakan tindakan untuk menyelesaikan masalah dengan kemahuan sendiri secara berdikari dan sukarela pada kedudukan setiap tugasan masing-masing bagi mencari, memahami dan menyelesaikan bahaya (masalah) yang tersembunyi di tempat kerja ataupun kerjanya.

7. Tiga Tonggak Utama Promosi Kempen Kemalangan Sifar Apabila kita ingin mempromosikan kempen kemalangan sifar, pada asasnya terdapat 3 tonggak penting, iaitu Sikap Pengurusan Pihak Atasan, Pelaksanaan Menyeluruh Sistem Pembarisan, Pengaktifan Aktiviti Sukarela Di Tempat Kerja. Kempen kemalangan sifar akan berkembang maju jikalau 3 tonggak ini saling berhubungkait dan menyokong di antara satu sama lain. (1) Sikap Pengurusan Pihak Atasan Keselamatan dan kesihatan bermula daripada sikap pengurusan pihak atasan yang tegas terhadap kemalangan sifar dan penyakit sifar. Kempen ini bermula daripada kesungguhan pengurusan pihak atasan untuk menghormati orang lain, iaitu setiap individu pekerja adalah penting, tidak akan membuatkan sesiapa pun cedera. Jika kesedaran pengurusan pihak atasan berubah, semuanya akan berubah. Perubahan idea ke arah sifar mestilah bermula daripada pihak atasan dahulu. (2) Pelaksanaan Menyeluruh Sistem Pembarisan Untuk mempromosikan kempen keselamatan dan kesihatan, ia tidak dapat dielakkan untuk penyelia pengurusan (barisan) mengambil inisiatif untuk mempraktikkan keselamatan dan kesihatan ke dalam kerja. Ini dipanggil sistem pembarisan untuk keselamatan dan kesihatan. Amalan menyeluruh pengurusan keselamatan dan kesihatan oleh barisan ini merupakan tonggak yang kedua. (3) Pengaktifan Aktiviti Sukarela Di Tempat Kerja Semua individu pekerja perlu memahami sedalam-dalamnya bahawa kebanyakan kemalangan industri adalah disebabkan oleh kesilapan manusia, dan tidak boleh meletakkan kesalahan kepada orang lain. Aktiviti kumpulan kecil kemalangan sifar bermula dengan kesedaran bahawa diri mereka adalah sangat berharga kerana mempunyai keluarga dan sanak saudara, dan mengambil berat akan keselamatan dan kesihatan sebagai masalah diri sendiri dan sesama kenalan. Kita tidak boleh menjamin keselamatan di tempat kerja jika setiap individu tidak melakukan aktiviti seperti jom kita cuba, buat macam ini dengan semua orang supaya kita pasti tidak akan cedera, saya tidak akan membuatkan orang lain cedera. 8. Operasi Berseragam Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Industri dan Kempen Kemalangan Sifar Oleh kerana pihak atasan mendedahkan polisi keselamatan dan kesihatan, merancang pelan bagi keselamatan dan kesihatan untuk mencapai sasarannya, memperjelaskan peranan, tanggungjawab serta otoriti penyelia bagi setiap peringkat, menggilirkan kitaran PDCA (Plan Do Check Act) pada setiap kedudukannya, mengenal pasti dan menghapuskan ataupun mengurangkan bahaya atau faktor-faktor berbahaya, maka sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan industri merupakan kaedah yang berkesan untuk memperincikan 3 tonggak untuk promosi kempen kemalangan sifar, iaitu Sikap Pengurusan Pihak Atasan, Pelaksanaan Menyeluruh Sistem Pembarisan, Pengaktifan Aktiviti Sukarela Di Tempat Kerja. Selagi sistem dijalankan oleh manusia, apa yang membuatkannya berfungsi sepenuhnya adalah kemahuan atau keazaman manusia, iaitu pihak atasan, barisan kerja dan orang-orang di tempat kerja. Kita percaya bahawa sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan industri akan lebih berkesan dan menyumbang kepada pencegahan kemalangan industri dengan menggerakkannya secara bersama dengan kempen kemalangan sifar yang menghasilkan persekitaran kerja yang memenuhi kemahuan dan keazaman mereka dan mengembangkan bakat individu.