PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

dokumen-dokumen yang mirip

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kesetiaan kepada Syarikat

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Model Pengurusan Strategik

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

PRUcash premier. Inilah yang kami mahu memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! SIMPANAN. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Salah faham tentang maksud IKHLAS

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek


SOAL SELIDIK. Kurang dari 18 tahun [ ] 19 tahun [ ] 20 tahun [ ] 21 tahun [ ] 22 tahun [ ] 23 tahun [ ] 24 tahun [ ] 25 tahun [ ]

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Rahsia! Bagaimana seorang guru mendapat 5 keuntungan apabila membeli emas secara konsisten 1 gram setiap bulan.

Penawar Penyakit Waswas

8 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

FACT SHEET

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Soalan Kaji Selidik. Langsa. Berkenaan Pengajian Usul Fiqh. kosong bergaris yang disediakan. Semua maklumat akan dirahasiakan.

SKRIP HANDLING REJECTION

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Mengapa anda perlu membuat perancangan awal untuk pendidikan anak anda?

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

Sejarah Penting 100 Tahun Dahulu

PruBSN PROTECT LINDUNGI HAK DAN KEUTAMAAN KITA. LINDUNGILAH YANG TERSAYANG.

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

7 Kaedah Efektif Mendidik Anak Dalam Zaman Penuh Fitnah

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Kajian kes dan transkrip consulting:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MOTIVASIKAN DIRI ANDA Bahagian satu

Polisi Privasi. Pengenalan

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan


SIKAP ADALAH SEGALANYA!

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2 Teknik Close-Sales Lain Macam.

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Transkripsi:

PRINSIP KEKAYAAN Oleh : Ir. Ezwan Laman web - http://www.rahsiamindajutawan.com 1

BLUEPRINT WANG ANDA Adakah anda suka untuk memiliki wang yang banyak dalam kehidupan anda? Adakah anda anda ingin memiliki lebih kebahagiaan dalam kehidupan anda? Jika anda mahu, anda sememangnya telah menemui tempat yang betul. Mengapa? Kerana dalam ebook ini, anda akan ketahui punca sebenar, saya ulangi Punca Sebenar tentang orang berjaya dalam kewangan, orang yang sederhana atau orang yang gagal. Nama saya Ir.Ezwan dan merupakan pengasas Rahsia Hukum Tarikan di http://www.rahsiatarikan.com yang telah menghasilkan ebook terlaris tentang Hukum Tarikan iaitu Rahsia Menarik Kekayaan & Kejayaan Melalui Hukum Tarikan. Setiap daripada kita mempunyai Blueprint wang yang berada di minda bawah sedar dan blueprint ini yang menentukan seluruh kewangan anda. Blueprint di sini bermaksud rekabentuk atau format. Anda boleh menjadi seorang usahawan berjaya, seorang ejen pemasaran terbaik, seorang jurujual terbaik, atau seorang pengurus terbaik. Anda boleh 2

menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi. Anda boleh tahu setiap strategi dalam bidang hartanah. Anda boleh tahu setiap teknik pelaburan saham dan kewangan. Namun jika blueprint di minda bawah sedar anda tidak diset untuk tahap yang tinggi dalam kejayaan, anda tidak akan mendapat kejayaan dan wang yang banyak. Dan jika anda ada peluang, walau bagaimanapun anda akan terlepas peluang itu. Biar saya berikan contoh. Kita biasa dengar dengan bilionair hartanah dunia iaitu Donald Trump. Beliau pernah kehilangan segalanya, namun dalam masa 2 tahun kemudian, beliau mendapat kembali hartanya, malah mendapat lebih lagi. Mengapa? Kerana blueprint beliau telah diset pada tahap yang tinggi. Dalam kisah yang lain, ada pemenang loteri yang menang berjuta-juta, namun 5 tahun kemudian, mereka kembali kepada tahap kewangan asal. Mengapa? Kerana blueprint mereka adalah di tahap rendah. Bagaimana saya tahu semua ini? Mudah saja Saya pernah kerja bersusah-payah suatu ketika dulu, bekerja lebih 12 jam sehari, kerana ingin mendapat hasil terbaik. Saya telah mengkaji setiap strategi perniagaan dan juga menghadiri setiap program motivasi. Tiada apa yang menjadi sehingga saya pelajari tentang blueprint wang dan bagaimana untuk mengubahnya. Itulah dia bagaimana saya mengubah 3

kehidupan saya. Kini, ia menjadi satu misi untuk berkongsi prinsipprinsip itu dengan semua orang. Dengan itu, mereka boleh mula berhenti daripada bersusah-payah, kebimbangan dan mula hidup dengan potensi kewangan yang maksimum. Apakah blueprint wang anda dan bagaimana ia dibentuk? Seperti satu blueprint untuk pembinaan rumah, yang mana ia adalah satu rekabentuk yang telah ditetapkan bagi rumah tersebut. Blueprint wang anda adalah rekabentuk yang ditetapkan di mana ia berhubung kepada wang. Ia terdiri daripada kombinasi pemikiran, perasaan dan tindakan anda. 4

Saya akan memperkenalkan kepada anda tentang Proses Manifestasi, ia adalah seperti formula berikut: Thought Feeling Action = Result Prinsip Kekayaan: Thought (Pemikiran) menghasilkan perasaan Feeling (Perasaan) menghasilkan tindakan Action (Tindakan) menghasilkan hasil/kesan Pemikiran anda menghasilkan perasaan, yang akan menghasilkan tindakan, yang akan menghasilkan kesan. Jadi, apakah pemikiran, kepercayaan dan tabiat anda? Bagaimana perasaan anda tentang diri anda? Berapa banyak tahap keyakinan diri yang ada dalam diri anda? Apakah kesanggupan anda untuk mengambil tindakan walaupun berada dalam keadaan tidak selesa atau ketakutan? Yang sebenarnya adalah pemikiran anda, sikap anda dan kepercayaan anda adalah kritikal untuk menentukan tahap kejayaan anda. 5

Jadi, dari mana datangnya pemikiran dan kepercayaan anda? Ia datang daripada maklumat atau programming yang anda telah terima pada masa lampau, terutamanya ketika anda masih kecil. Siapakah yang terlibat dalam memberi sumber maklumat/programming ini? Mereka adalah ibubapa, adik-beradik, penjaga, cikgu, media, budaya, persekitaran dan sebagainya. Cuba kita lihat kepada budaya. Adakah ia benar bahawa budaya tertentu mempunyai cara pemikiran dan urusan tertentu dengan wang, dan budaya-budaya lain mempunyai cara yang berlainan? Sudah tentu. Saya ada satu soalan untuk anda. Adakah seorang kanak-kanak berurusan terus dengan wang atau mereka diajar bagaimana menggunakan wang? Faktanya adalah kita semua diajar bagaimana menggunakan wang. Dan ramai di antara kita diajar oleh orang yang tidak mempunyai banyak wang, atau mempunyai kepercayaan, tabiat atau isu emosional negatif yang banyak disekelilingnya. Cara pemikiran mereka telah menyerap ke dalam diri kita dan menjadi tabiat atau cara semulajadi secara automatik tentang pemikiran terhadap wang. Kita juga tidak mengetahui mengapa kita membuat keputusan. Kita hanya lakukan yang terbaik daripada apa yang kita ada. Dan 6

masalahnya ialah pemikiran ini sebenarnya menghalang kita daripada mencapai semua kejayaan yang kita inginkan. Prinsip Kekayaan: Melatih dan menguruskan minda anda adalah kebolehan yang amat penting yang perlu anda perolehi, dari segi kebahagiaan dan kejayaan. Jadi, bagaimana kita diajar? Berikut adalah tiga pengaruh yang terlibat. Pertama : Programming Secara Lisan Ini semua adalah tentang apa yang anda dengar sejak anda masih kecil. Kedua : Model / Contoh Ini adalah tentang apa yang anda lihat sejak anda masih kecil. 7

Ketiga : Keadaan Tertentu Ini adalah tentang apa yang anda alami di sekitar wang, kejayaan, kekayaan dan orang kaya di masa lalu. Pengaruh Pertama : Programming Secara Lisan Apakah perkataan-perkataan yang anda dengar tentang wang, kejayaan dan orang kaya apabila anda sedang membesar? Ramai orang menyatakan seperti berikut: - Wang adalah sumber kejahatan - Orang kaya tamak - Kamu perlu kerja kuat untuk mendapatkan wang - Kamu tidak boleh jadi kaya - Wang tidak boleh membawa kebahagiaan - Wang tidak boleh membeli cinta - Wang tidak tumbuh pada pokok - Kami tidak mampu - Tak pernah cukup wang 8

Ada segelintir orang tua berkata begini apabila anaknya meminta sesuatu : Kau ingat aku ni cop duit? Semua pernyataan yang anda dengar akan diserap oleh minda bawah sedar dan menjadi sebahagian blueprint yang menjalani kehidupan anda dan anda tidak perasan langsung. Saya ada seorang rakan yang memperolehi pendapatan RM500,000 dalam masa 5 tahun. Dia tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan wang. Walaupun dia mendapat pendapatan yang tinggi dan konsisten, wang tersebut tidak pernah melekat padanya. Nilai simpanannya kosong! Dia berkongsi dengan saya, semasa dia masih kecil, ibunya selalu berkata, Orang kaya selalu tamak. Kamu tak perlu jadi orang kaya. Cukuplah apa yang ada. Sebab itulah rakan saya itu tidak kaya-kaya. Dia telah diprogramkan secara lisan oleh ibunya yang mana dia percaya orang kaya itu adalah tamak. Dan sejak dia tidak mahu menjadi tamak dan tidak setuju dengan ibunya, secara tidak sedar, dia tidak akan menjadi kaya. Setelah dia mengetahui dan menggunakan beberapa teknik yang berkesan, blueprint dia berubah serta-merta. Akhirnya dia faham pada 9

tahap bawah sedar yang mana kepercayaan yang lama adalah daripada ibunya, bukan dia yang menjadikan kepercayaan itu. Dengan menggunakan teknik yang dipelajari, dia telah berubah menjadi bebas kewangan selepas 2 tahun. Pengaruh Kedua : Model / Contoh Bagaimana hubungan ibubapa/penjaga anda dengan wang apabila anda masih kecil? Adakah mereka menguruskan kewangan mereka dengan baik, atau mereka tidak boleh menguruskan wang? Adakah mereka suka membelanja atau mereka adalah penyimpan? Adakah mereka melabur ataupun tidak? Adakah wang datang kepada anda dengan mudah atau anda bersusahpayah mendapatkan wang? Adakah wang menjadi sumber kegembiraan dalam rumah anda, atau adakah ia sumber perbalahan? Mengapa ia sangat penting? Ramai daripada kita selalu mengikut sikap ibubapa kita apabila berurusan dengan wang. Walau bagaimanapun, ada di antara kita yang tidak sehaluan dengan dengan ibubapa kita apabila berurusan dengan wang. Kenapa ia berlaku? Ia semua bergantung kepada tahap tidak 10

puas hati anda kepada mereka atau terhadap tahap kewangan anda sekarang. Pengaruh Ketiga : Keadaan Tertentu Apakah yang anda alami di sekeliling wang, kejayaan, kekayaan dan orang kaya apabila anda masih kecil? Ada satu cerita tentang seorang wanita di mana ketika dia berumur 7 tahun, dia mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim bermotor. Dia mendapatkan ibunya dan meminta wang daripada ibunya. Kemudian, ibunya berkata, Maaf nak. Mak takde wang. Pergi mintak dengan ayah. Ayah ada banyak wang. Kemudian dia terus mendapatkan ayahnya dan ayahnya memberinya wang untuk membeli aiskrim. Dia sangat gembira. Pada minggu seterusnya dia mendengar loceng aiskrim lagi. Dia meminta wang daripada ibunya lagi dan ibunya berkata, Maaf nak. Mak takde wang. Pergi mintak dengan ayah. Ayah ada banyak wang. Kemudian dia terus mendapatkan ayahnya dan ayahnya memberinya wang untuk membeli aiskrim. Dia gembira lagi. Dengan itu, apakah yang dia pelajari tentang wang? Baiklah, perkara pertama yang dia belajar adalah hanya lelaki yang mempunyai wang. 11

Jadi, apabila dia berkahwin, apakah yang dia sangka tentang suaminya? Dia akan mendapat wang semuanya daripada suaminya! Perkara kedua yang dia pelajari adalah perempuan tiada wang. Ibunya tidak mempunyai wang. Secara tidak sedar, keadaan telah mempengaruhinya yang mana dia perlu habiskan wang yang dia ada. Perempuan ini juga sering bertengkar dengan suaminya pasal wang. Kemudian dia telah menemui blueprint wang yang terbaik dan sekarang, tidak berlaku lagi perbalahan tentang wang. Ada juga kisah lain yang menceritakan seorang anak yang mendengar ibubapanya bergaduh pasal wang. Bapanya amat marah sehingga penyakit darah tingginya datang dan terus pengsan. Melalui pengalaman ini, minda anak tersebut mempunyai tanggapan bahawa wang ada kaitan dengan kesakitan. Jadi, apabila dia dewasa, secara tidak sedar dia menghabiskan semua wangnya. Mengapa? Kerana ingin membuang semua kesakitan. Apabila dia menemui blueprint wang dan memprogram semula mindanya, kini dia telah mencapai kebebasan kewangan. 12

Prinsip Kekayaan: Pendapatan anda boleh berkembang hanya dengan menambah usaha anda! Apakah Blueprint Wang yang Anda Tetapkan? Persoalan di sini adalah: Apakah Blueprint wang anda sekarang? Bagaimana anda ingin tetapkan? Mudah saja Lihat hasil anda sekarang. Adakah anda mendapat RM30,000, RM50,000, RM70,000, RM100,000, RM200,000, RM500,000 atau RM1 Juta setahun? Apa saja nombornya, ia adalah hasil daripada blueprint wang anda. Adakah anda bekerja kuat dan lebih masa untuk mendapatkan wang atau adakah anda mempunyai keseimbangan dalam kehidupan anda? Itu adalah hasil daripada blueprint wang anda. Adakah pendapatan anda konsisten atau tidak? Adakah anda seorang penyimpan atau anda pemboros? Adakah anda pengurus wang yang baik atau tidak? Adakah anda seorang pelabur atau tidak? Adakah perniagaan anda bagus atau tidak? Semuanya adalah hasil daripada blueprint wang anda. 13

Adakah anda bimbang tentang wang atau anda tidak kisah pasal wang? Adakah anda percaya kepada orang lain pasal wang? Anda tahu jawapannya. Semua ini adalah hasil daripada blueprint wang anda. Blueprint anda adalah seperti thermostat. Jika suhu bilik adalah 27 darjah Celsius, thermostat diset pada suhu 27 darjah Celsius. Apabila anda membuka tingkap dan cuaca di luar sangat panas. Sudah tentu suhu di dalam bilik juga akan meningkat kepada 30 darjah Celsius. Tetapi, apa yang berlaku kepada thermostat? Ia akan menendang dan kembali semula kepada suhu 27 darjah. Ini bermakna bahawa hanya satu cara untuk mengubah suhu di dalam bilik dengan cara set semula thermostat itu. Sama juga seperti anda. Hanya ada satu cara untuk mengubah tahap kewangan anda adalah dengan set semula thermostat kewangan anda- dengan kata lain adalah blueprint wang anda. Prinsip Kekayaan: Hanya ada satu cara untuk mengubah tahap kewangan anda adalah dengan menetapkan semula thermostat kewangan anda 14

Masalahnya adalah blueprint wang anda akan tetap bersama anda di sepanjang hidup anda melainkan anda mengenalpasti dan mengubahnya. Dan itulah yang akan saya programkan dalam Ebook yang bakal saya keluarkan nanti bertajuk Rahsia Minda Jutawan 15

Ebook ini akan mengubah tahap kewangan anda dan akhirnya akan mengubah seluruh hidup anda. Dan blueprint tersebut akan kekal bersama-sama anda selamanya. Ubahlah Blueprint Wang Anda Anda telah pun mengambil langkah pertama dengan membaca buku ini ke arah kejayaan kewangan yang lebih baik. Anda mampu mengubah hidup anda Demi kejayaan anda, Ir. Ezwan http://www.rahsiamindajutawan.com http://facebook.com/ir.ezwanpage email : rahsiatarikan@gmail.com PS : Sila lihat mukasurat seterusnya. Ada rahsia yang harus anda ketahui. 16

Kaedah mudah untuk Menarik Rezeki TERBUKTI Dengan hanya memprogramkan minda anda Melalui Kaedah HIPNOSIS Sila lihat maklumat lanjut di http://www.rahsiahipnosis.com 17