BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

dokumen-dokumen yang mirip
BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

SOAL SELIDIK PENGHAYATAN IBADAH DI KALANGAN PELAJAR ISLAM. KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA, SELANGOR

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KURSUS PENDEDAHAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KURIKULUM PERMATA. Puan Nani Menon Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dr. Azizah Lebai Nordin. kurikulum-june 2011

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

MELEPAK DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Sustainable Education 54

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

Transkripsi:

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membentangkan rumusan daripada analisis dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang. 5.2 RUMUSAN Dapatan kajian menunjukkan pelajar ada melakukan ibadah khusus harian. Bagaimanapun tahap penghayatan ibadah tersebut masih kurang memuaskan. Kebanyakan pelajar tidak melaksanakan ibadah khusus yang wajib dengan sempurna. Contohnya menunaikan solat fardu tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari. Begitu juga dalam bulan Ramadan masih terdapat pelajar yang mengaku tidak menyempurnakan ibadah puasa sebulan penuh. Penghayatan pelajar dalam ibadah khusus yang sunat juga kurang memuaskan. Dapatan menunjukkan bagi ibadat sunat harian ini kebanyakan pelajar jarang-jarang melakukannya. Kajian membuktikan sikap pelajar yang tidak menghayati ibadah dengan sempurna ini mempunyai kaitan kuat dengan pengaruh ibu bapa. Ini kerana dapatan kajian menunjukan pelajar mengakui peranan dan sikap ibu bapa sangat 177

mempengaruhi penghayatan mereka dalam ibadah. Pelajar juga menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model. Oleh itu sekiranya anak-anak tidak melihat contoh yang baik daripada ibu bapa atau mendapati ibu bapa mereka tidak prihatin sama ada mereka melakukan ibadah atau tidak maka anak-anak ini lama kelamaan akan hilang keinginan untuk beribadah malah tidak mustahil ada yang terus meninggalkan ibadah. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama responden tidak menghayati ibadah adalah disebabkan malas. Penyelidik berpendapat sifat malas ini adalah berpunca dari tiada atau kurangnya pemantauan dan contoh yang baik daripada ibu bapa sendiri. Anak-anak yang masih remaja ini sememangnya memerlukan bimbingan, perhatian dan sedikit tekanan daripada orang yang lebih dewasa kerana fitrah remaja yang belum memiliki jiwa yang mantap serta mudah mengikut hawa nafsu ke arah perkara yang melalaikan. Sebagai contoh kajian menunjukkan solat Subuh merupakan solat yang sering diabaikan oleh pelajar diikuti dengan solat Isyak, sedangkan pada kebiasaannya dalam kedua-dua waktu tersebut, seharusnya anakanak tersebut berada di rumah atau di bawah pengawasan ibu bapa. Oleh itu sekiranya ibu bapa sentiasa prihatin dan membuat pemantauan serta memberi contoh teladan, sudah tentu anak-anak ini tidak akan mengabaikan kedua-dua solat tersebut. Dapatan kajian mendapati kedua-dua responden lelaki dan perempuan mengakui ibu bapa mereka, guru Pendidikan Islam di sekolah, diri mereka sendiri, program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, persekitaran dan rakan ada memberi pengaruh untuk mereka menghayati ibadah. Bagaimanapun terdapat perbezaan tahap pengaruh rakan dalam menghayati ibadah antara responden lelaki 178

dan perempuan. Bagi responden lelaki, mereka mengakui rakan kurang mempengaruhi berbanding responden perempuan yang mengakui tahap pengaruh rakan agak tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak ada perbezaan dari segi tahap penghayatan ibadah antara responden lelaki dan responden perempuan, begitu juga penghayatan dalam ibadah tidak dipengaruhi dengan sama ada pelajar itu berminat dalam mata pelajaran agama atau tidak. Perbezaan dalam sosio ekonomi juga tidak mempengaruhi pelajar dari segi penghayatan ibadah. Bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ada mempengaruhi penghayatan dalam ibadah di mana pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang didapati lebih komited melaksanakan tanggungjawab dalam beribadah berbanding rakan mereka yang pencapaian kurang atau tidak cemerlang. Dapatan kajian juga menunjukan latar belakang ibu bapa responden yang sibuk bekerja menjadi antara faktor ibu bapa tidak mempunyai banyak masa luang untuk bersama atau memantau anak-anak, apatah lagi untuk menjadi role model kepada anak-anak. Walaupun dapatan kajian menunjukkan majoriti ibu responden merupakan suri rumah, yang pada tanggapan umum mereka mempunyai banyak masa untuk mengurus dan memantau anak-anak, namun hakikatnya kehidupan di bandar besar yang serba serbi memerlukan wang mendorong kebanyakan mereka mempunyai kerja sambilan sama ada untuk memenuhi masa yang terluang atau memang ingin menambah pendapatan seperti terlibat dengan perniagaan jualan 179

langsung atau sekurang-kurangnya mengasuh anak orang yang menjadikan jadual seharian mereka begitu sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk memantau aktiviti anak-anak sama ada telah melaksanakan kewajipan kepada Allah atau pun tidak. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar memahami dan mengakui penghayatan kepada ibadah mampu mendidik individu ke arah kebaikan rohani dan jasmani dan seterusnya melahirkan individu yang berketerampilan menepati kehendak syarak. Berdasarkan semua dapatan ini, menunjukkan para pelajar boleh dibimbing ke arah penghayatan ibadah yang lebih mantap. Ini kerana pelajar sememangnya mempunyai kefahaman tentang tanggungjawab melaksanakan ibadah. Oleh itu bimbingan dan pemantauan yang berterusan daripada golongan yang paling hampir dengan pelajar dapat membantu melahirkan golongan pelajar yang menghayati ibadah dalam kehidupan seharian. 5.3 CADANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian mendapati tahap penghayatan ibadah khusus harian dalam kalangan pelajar belum berada pada tahap memuaskan. Oleh itu langkah tertentu perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan khususnya yang terlibat secara langsung dengan golongan remaja atau pelajar ini. Berikut dikemukakan beberapa cadangan: 180

5.3.1 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia. i. Mengadakan kursus, bengkel atau seminar kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI) untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program dakwah di sekolah-sekolah. ii. Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan program dakwah yang dijalankan di sekolah-sekolah. Memberi penghargaan di peringkat kebangsaan kepada sekolah yang berjaya mewujudkan suasana keagamaan yang berkesan di sekolah berdasarkan pemantauan yang dibuat. Menghasilkan modul-modul program dakwah yang praktikal dan fleksibel yang dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman sesebuah sekolah. v. Mengkaji semula pelaksanaan ujian PAFA, waktu amali dan dua waktu tambahan untuk mengetahui tahap keberkesannnya. 5.3.2 Sektor Pendidikan Islam dan Moral (SPIM), Jabatan pelajaran Negeri dan Pejabat pelajaran Daerah. i. Sentiasa membuat pemantauan pelaksanaan program dakwah di sekolah. 181

ii. Mencalonkan sekolah yang berjaya menjadi role model kepada sekolah lain dari segi keberkesanan mewujudkan iklim dini di sekolah. Mengadakan bengkel tertentu untuk membantu GPI merancang dan mengelolakan program dakwah secara berkesan di sekolah masing-masing dengan mengambil kira modul-modul yang dibina oleh JAPIM. Membuat pemantauan pelaksanaan ujian PAFA, waktu amali dan dua waktu tambahan agar perlaksanaan dapat menepati objektif yang hendak dicapai. v. Memantau pelaksanaan dan keberkesanan kajian tindakan oleh Panitia Pendidikan Islam di sesebuah sekolah agar kajian tersebut mampu menghasilkan keberkesanan khususnya dalam membentuk kemenjadian murid di sekolah. 5.3.3 Pengurusan Sekolah. i. Memberi ruang yang sewajarnya kepada Panitia Pendidikan Islam atau Guru Pendidikan Islam untuk menjalankan program dakwah di sekolah. ii. Menggembleng tenaga seluruh warga sekolah untuk mewujudkan iklim dini di sekolah. Membudayakan iklim dini di sekolah kerana pembudayaan suasana keagamaan di sekolah merupakan cara terbaik untuk 182

pembersihan rohani dan pembentukan lahiriah yang berkesan kepada para pelajar. Bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menjalankan program dakwah seperti JKK Masjid dan JKK Kampung yang melibatkan penyertaan pelajar dan ibu bapa. 5.3.4 Guru Pendidikan Islam. i. Mempelbagaikan program dakwah di sekolah dan tidak bersifat stereotype. ii. Menampilkan sahsiah diri yang baik supaya dapat menjadi role model kepada pelajar khasnya dan warga sekolah amnya. Membuat penilaian terhadap program-program dakwah yang dijalankan untuk mengetahui tahap keberkesanannya dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan dapatan penilaian yang dibuat. Menghasilkan satu kajian tindakan dalam Panitia Pendidikan Islam yang mana hasil daripada kajian tersebut boleh digunapakai untuk meningkatkan keberkesanan dan kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Islam. 183

5.3.5 Ibu Bapa i. Menunjukkan contoh peribadi yang baik kepada anak-anak. ii. Perihatin dengan pendidikan agama anak-anak dan sentiasa memantau dari segi penghayatannya. Mengawasi pergaulan anak-anak. Menjalin hubungan yang baik dengan guru-guru untuk mengetahui perkembangan anak-anak. v. Menggalakkan anak-anak menyertai program-program dakwah anjuran sekolah atau NGO. vi. vii. Mewujudkan iklim dini di rumah. Meningkatkan ilmu berkaitan kemahiran keibubapaan mengikut acuan Islam yang meliputi tanggungjawab untuk memenuhi keperluan dunia dan akhirat anak-anak. 5.3.6 Pelajar-Pelajar Islam. i. Sentiasa berhati-hati dalam pergaulan. ii. Memahami dengan jelas bahawa belajar Pendidikan Islam bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi untuk diamalkan dan seterusnya dihayati. Berusaha meningkatkan ilmu agama. Menyertai program-program dakwah yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau NGO Islam. 184

5.4 CADANGAN CADANGAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG. i. Kajian ini hanya dijalankan di kawasan bandar. Oleh itu penyelidik mencadangkan, untuk penyelidikan yang berkaitan pada masa akan datang mengkaji perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar untuk menghasilkan dapatan yang lebih menyeluruh. ii. Pengumpulan data utama kajian ini adalah menggunakan soal selidik. Dicadangkan untuk penyelidikan yang berkaitan pada masa akan datang, lebih menekankan penggunaan kaedah lain seperti pemerhatian dan temubual dengan responden secara khusus untuk mendapatkan data daripada sudut yang berbeza. 5.5 PENUTUP Penghayatan kepada ibadah amat penting ditekankan kepada anak-anak. Senario semasa menunjukkan penghayatan kepada ibadah semakin diabaikan dalam kalangan remaja. Malah terdapat pelajar yang menganggap pembelajaran agama secara formal di sekolah atau di institusi pendidikan hanya untuk memenuhi syarat memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tidak dinafikan usaha-usaha tertentu telah diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk menekankan penghayatan beragama kepada anak-anak ini, contohnya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) mulai tahun 1983 dan 1989. Bagaimanapun usaha ke arah itu belum menampakkan hasil yang memuaskan. 185

Pengaruh globalisasi memberi impak besar kepada sikap dan sahsiah remaja Islam. Bagaimanapun menyalahkan pengaruh tertentu tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya tidak dapat membantu menyelesaikan masalah. Oleh itu kesepaduan tenaga untuk mendekatkan anak-anak kepada kehidupan beragama amat perlu. Setiap pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing semaksimum mungkin. Pemantauan dan pembaikan seharusnya sentiasa dilakukan terhadap dasar atau langkah yang djalankan untuk memastikan anak-anak pewaris umat ini sentiasa berada dilandasan yang betul. Usaha-usaha dakwah kepada golongan remaja ini perlu dipertingkatkan. Mereka perlu didedahkan dengan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai jalan kehidupan. Hasrat melahirkan dan membangunkan modal insan yang memiliki jati diri muslim mungkin sukar untuk dicapai seandainya penghayatan pada agama diabaikan. Sehubungan itu, ibu bapa yang merupakan tunjang utama kepada institusi keluarga perlu memainkan peranan sebaik mungkin sebagai guru pertama kepada anak-anak. Ini kerana sekolah dan guru hanya mengambil alih tanggungjawab setelah anak-anak mempunyai pendidikan asas. Menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah atau guru merupakan tindakan yang kurang wajar. Oleh itu kesedaran daripada ibu bapa amat perlu kerana dapatan kajian menunjukkan responden menjadikan ibu bapa sebagai faktor utama yang mendorong untuk melakukan ibadah. Begitu juga dengan anggota masyarakat, mereka perlu berkerjasama dan berganding bahu mewujudkan dan menghidupkan suasana keagamaan dalam komuniti masingmasing agar pelajar atau remaja ini sentiasa dalam persekitaran yang mendekatkan mereka kepada kehidupan beragama. 186

Sehubungan itu penyelidik berharap dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengenal pasti sejauh mana penghayatan golongan remaja masa kini di dalam ibadah khasnya dan agama amnya. Semoga usaha-usaha untuk membawa golongan remaja kembali kepada kehidupan yang bertunjangkan kepada agama dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan kesedaran semua pihak yang berkaitan. 187