tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

dokumen-dokumen yang mirip
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Polisi Privasi. Pengenalan

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kod pengendalian perniagaan

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kesetiaan kepada Syarikat

Tatakelakuan. Pembekal

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan. Sebagai 3M. Buku Panduan Global Kod Etika

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Tata Kelakuan Perniagaan

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Polisi Privasi Smiggle

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Cara Yang Tepat Tatakelakuan Pekerja Oktober

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

PIAWAIAN TATAKELAKUAN PERNIAGAAN GLOBAL

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Tataniaga dan Tataetika Sedunia

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Prinsip Panduan Kami. Tatakelakuan Cargill

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

GARIS PANDUAN TINGKAH LAKU KORPORAT

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Transkripsi:

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Pesanan daripada Pengerusi: Di Laureate, kita berbangga dengan reputasi kita di seluruh dunia sebagai organisasi yang dan tatakelakuan etika. Melalui tatakelakuan kita, kita telah memperoleh kepercayaan daripada para pelajar dan keluarga mereka, rakan niaga serta masyarakat sekitar kita. Hakikat nya, kebolehan kita mendapat kepercayaan itu menjadi aset kita yang paling penting. Adalah menjadi tugas kita untuk melindungi aset ini di Laureate. Dengan tujuan itulah kita menyemak semula Tatakelakuan Niaga dan Etika kita. Kod ini menetapkan prinsip integriti dan kelakuan beretika serta tanggungjawab kita terhadap satu sama lain, para pelajar, pemberi pinjaman pelajar, pembekal, pemegang saham dan orang ramai. Kod ini menetapkan garis dasar: ia tidak meliputi setiap isu yang mungkin timbul, tetapi menyediakan prinsip-prinsip asas dan perkaedahan bagi membimbing kita dalam mencapai matlamat bersama ini. Bacalah Kod ini dan sentiasa rujuk padanya. Jika anda tidak pasti tentang tindakan betul yang perlu diambil, atau jika anda memerhatikan terdapat kelakuan yang mungkin melanggar Kod, dapatkan bimbingan. Tiada yang lebih penting daripada reputasi kita. Dengan mematuhi Kod dan bertindak secara beretika, kita akan terus dipercayai oleh semua yang berhubungan dengan kita. Komitmen serius anda terhadap Kod, dan semua yang dinyatakannya, amat penting untuk kejayaan jangka panjang kita. Terima kasih terlebih dahulu kerana sudi meluangkan masa dan memberikan perhatian. Douglas L. Becker Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Kandungan Tanggungjawab Kita... 2 Peranan Pengurus... 4 Bersuara... 5 Tiada Tindakan Balas... 7 Rekod dan Pelaporan yang Tepat... 8 Penyimpanan dan Pengekalan Rekod... 9 Aset dan Maklumat... 10 Perlindungan dan Penggunaan Betul Aset Laureate.... 10 Maklumat Sulit... 11 Perdagangan Orang Dalam............................................................... 12 Privasi... 14 Forum Awam Dalam Talian dan Media Sosial... 15 Percanggahan Kepentingan dan Peluang Korporat... 16 Kepentingan Luar... 17 Pekerjaan Luar... 18 Berurusan dengan Pihak Lain... 19 Urus Janji Adil... 19 Antitrust dan Persaingan... 19 Perdagangan Antarabangsa dan Anti Boikot... 21 Sogokan dan Rasuah... 22 Hadiah, Jamuan Makan, Hiburan, Perjalanan yang Ditaja, serta Ihsan Perniagaan yang Lain.... 24 Pentadbiran Kod... 26 1

Kita mematuhi undang-undang dan Kod. Membina Kepercayaan Di Laureate, setiap hari kita diamanahkan oleh insan yang berhubungan dengan kita: diamanahkan oleh para pelajar supaya membantu mereka mencorakkan masa depan mereka, diamanahkan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka, diamanahkan oleh para pembekal supaya menjadi rakan yang adil dan diamanahkan oleh masyarakat sekitar kita untuk mendidik warganya, mematuhi undang-undang dan bertindak sebagai ejen untuk pembangunan ekonomi. Kita wajar memenuhi kepercayaan tersebut. Kita memperolehnya melalui tindakan kita, dengan menunjukkan komitmen kita terhadap kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang kita berikan. Bertahun-tahun mungkin diambil untuk memperoleh kepercayaan ini, dan kepercayaan ini boleh lenyap dalam sekelip mata sahaja kerana kelalaian. Kejayaan kita bergantung pada pelbagai cara orang lain berharap pada kita dan sejauh mana kita memikul tanggungjawab itu. Pusat pengajian dan operasi kita di seluruh dunia memperoleh kepercayaan itu. Tindakan baik kita yang berterusan dibina atas kepercayaan itu. Tatakelakuan dan Etika tersebut menjadi panduan penting untuk membina kepercayaan. Kod tersebut menentukan aspek penting mengenai cara kita harus berkelakuan. Kod menangani tanggungjawab kita kepada Laureate, kepada satu sama lain dan kepada semua pihak yang berurusan dengan kita. Kita hendaklah mencapai hasil positif secara berterusan, tetapi tidak sekali-kali melalui tindakan yang tidak boleh dipercayai. Kita hendaklah mengikut undang-undang, bertindak secara beretika sepanjang masa dan mendapatkan bantuan apabila kita tidak pasti. Tanggungjawab Kita Kita mematuhi undang-undang dan Kod. Laureate komited bertindak secara jujur dan beretika. Ini bermakna bahawa kita semua hendaklah memikul tanggungjawab untuk menggalakkan kelakuan berintegriti dan beretika dalam semua kegiatan kita. Kita hendaklah: Mematuhi maksud yang tersurat dan tersirat dalam undang-undang dan peraturan di semua negara tempat kita menjalankan perniagaan. Membaca Kod dan berpegang teguh kepada piawaiannya. Mengelakkan kegiatan yang boleh menjejaskan integriti Laureate. Meminta panduan jika kita tidak pasti tentang tindakan yang wajar diambil. Bersuara jika kita memerhatikan terdapat kelakuan yang boleh melanggar undang-undang atau Kod. 2

Kod dan Keperluan Lain Laureate komited mematuhi semua undang-undang yang dikenakan kepada operasinya, walau di mana sahaja di dunia. Dalam keadaan-keadaan tertentu, undang-undang tempatan boleh mewujudkan keperluan yang berbeza daripada Kod ini. Sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang tempatan dan Kod ini, kita hendaklah mematuhi undang-undang. Manakala kita tidak dijangka mengetahui setiap undang-undang atau peraturan, kita diharapkan agar menggunakan pertimbangan yang wajar dan mendapatkan nasihat atau penjelasan. Selain Kod dan dasar korporat Laureate yang lain, dalam banyak kes, dasar tempatan dan tatakelakuan akademik di institusi kita boleh mengenakan keperluan tambahan pada kelakuan kita. Kita hendaklah mengikut garis panduan ini. Sekiranya terdapat percanggahan, kita hendaklah mengikut piawaian yang lebih ketat. Kelakuan yang wajar tidak selalunya jelas diketahui. Kuncinya ialah dengan membuat pertimbangan yang baik. Ini bermakna perlu menurut maksud yang tersirat dalam Kod ini dan undang-undang, melakukan perkara yang betul dan bertindak secara beretika walaupun apabila undang-undang tidak menyatakannya secara khusus. Apabila kita menghadapi keadaan yang mana kita perlu menentukan perkara betul yang perlu dilakukan, kita harus bertanya soalan berikut: Adakah saya menurut maksud yang tersirat dan tersurat dalam sebarang undang-undang dan dasar Laureate atau institusi yang berkaitan dengan saya? Adakah saya mahu tindakan saya dilaporkan dalam akhbar atau di Internet? Apakah yang akan difikirkan oleh rakan sekerja, keluarga, rakan-rakan dan jiran saya tentang tindakan saya? Adakah tindakan saya boleh menjejaskan Laureate atau institusi saya? Jika kita masih belum pasti, kita harus mendapatkan bimbingan sebelum bertindak. 3

Peranan Pengurus Pengurus menjadi teladan dan bertanggungjawab mengarahkan tindakan pekerja lain. Setiap pengurus dan penyelia hendaklah: Menjadi teladan bagi kelakuan beretika dan tindakan wajar pada sepanjang masa. Mengambil langkah untuk memastikan bahawa orang bawahan mereka memahami dan mematuhi Kod. Jangan sekali-kali mendorong atau mengarahkan orang lain mencapai hasil secara melanggar undangundang atau Kod. Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi setiap orang untuk mengemukakan kebimbangan. Membimbing dan membantu orang lain menyelesaikan persoalan berkaitan Kod. Mendapatkan bantuan apabila perlu untuk menjawab soalan atau memberi maklum balas terhadap kebimbangan tentang undang-undang atau Kod. SiapaKAH yang Perlu Mematuhi Kod? Kod dikenakan kepada setiap pegawai, pengarah, kakitangan sepenuh masa atau pekerja sambilan, ahli fakulti, kontraktor dan pelajar yang bekerja untuk Laureate. Rujukan-rujukan dalam Kod ini kepada Laureate merangkumi Laureate Education, Inc., anak syarikat dan syarikat sekutunya, termasuk semua ahli rangkaian Universiti Antarabangsa Laureate. Kita juga mengharapkan mereka yang berurus niaga dengan kita (termasuk ejen, perunding dan pembekal kita) akan mematuhi Kod ini. 4

Jika kita terlihat sesuatu, katakan sesuatu mengenainya. Bersuara Jika kita terlihat sesuatu, katakan sesuatu mengenainya. Kita semua bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Laureate dari segi kelakuan beretika dan perlu terus mendapatkan kepercayaan daripada semua pihak yang menerima kesan daripada operasi kita. Ini bermaksud mengambil tindakan untuk menghalang pelanggaran undang-undang atau Kod. Kita hendaklah bersuara jika ada persoalan tentang kelakuan yang wajar atau jika kita perhatikan terdapat kelakuan yang membimbangkan kita. Apabila kebimbangan dikemukakan, Laureate berpeluang menangani isu tersebut dan membetulkannya, sebaik-baiknya sebelum perkara itu melanggar undang-undang atau mendatangkan risiko kepada orang lain. Sekiranya kita ada persoalan, atau mengesyaki bahawa terdapat pelanggaran undang-undang atau Kod kita, maka kita boleh mengemukakan isu tersebut kepada penyelia kita. Kita juga boleh menghubungi: Pihak pengurusan peringkat lebih tinggi. Pegawai Pematuhan Tempatan Kita. Jabatan Undang-undang. Ketua Pegawai Pematuhan Laureate. Kakitangan Kanan Sumber Manusia. Untuk isu berkaitan pekerjaan seperti gangguan, diskriminasi, buli atau percanggahan hubungan antara perseorangan, kita harus menghubungi Sumber Manusia atau mengemukakan isu tersebut kepada penyelia kita. Talian Bantuan Etika Laureate Kita boleh menggunakan Talian Bantuan Etika Laureate pada bila-bila masa sahaja di www. laureateethics.net atau menghubungi Talian Bantuan bebas tol menggunakan salah satu nombor yang disenaraikan pada laman web tersebut untuk mengemukakan soalan mahu pun melaporkan kemungkinan pelanggaran. Talian Bantuan boleh dihubungi sepanjang masa, dan laporan boleh dibuat dalam apa jua bahasa. Talian Bantuan mempunyai kakitangan dari pembekal perkhidmatan profesional, yang akan memajukan soalan dan kebimbangan kepada kakitangan Laureate yang sesuai untuk diuruskan oleh mereka. 5

Apabila mengemukakan kebimbangan, kita digalakkan memperkenalkan diri bagi memudahkan penyiasatan dan perhubungan lanjut. Sekiranya kita memperkenalkan diri, Laureate akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk merahsiakan pengenalan diri kita, sejajar dengan menjalankan penyiasatan menyeluruh dan adil. Laporan-laporan berkenaan pelanggaran yang disyaki harus dibuat dengan jujur. Tuduhan palsu yang sengaja dibuat jelas sekali melanggar Kod ini. Laureate menganggap serius semua laporan kemungkinan salah laku, dan akan menyiasat perkara tersebut, menentukan sama ada berlaku pelanggaran Kod atau undang-undang dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya kita mengesyaki berlakunya pelanggaran, kita tidak harus mencuba menyiasat atau menyelesaikannya sendiri. Pendedahan segera kepada pihak yang berkenaan adalah penting bagi memastikan penyiasatan dan penyelesaian menyeluruh dapat dijalankan dengan kadar segera. Jika kita terlibat dalam penyiasatan Kod, kita hendaklah bekerjasama sepenuhnya dan menjawab semua soalan dengan lengkap dan jujur. Dipercayai Pengurus saya meminta saya melakukan sesuatu yang saya fikir melanggar Kod. Apakah yang saya harus lakukan? Bincang mengenainya dengan pengurus anda. Anda mungkin salah faham mengenai perkara yang anda dikehendaki melakukannya, atau pengurus anda mungkin terlupa mengambil kira fakta atau keadaan yang berkaitan. Sekiranya ini tidak dapat menyelesaikan perkara tersebut, atau anda berasa kurang selesa untuk mengemukakan isu tersebut kepada pengurus anda, sila bersuara: Kemukakan isu tersebut kepada peringkat pengurusan yang lebih tinggi, Pegawai Pematuhan Tempatan anda, Jabatan Undang-undang atau Ketua Pegawai Pematuhan Laureate, atau pun menggunakan Talian Bantuan Etika Laureate. Anda tidak harus mengambil sebarang tindakan yang melanggar Kod dalam apa jua keadaan. Hakikat bahawa pengurus anda meminta anda melakukan sesuatu tidak boleh dijadikan alasan untuk mempertahankan diri daripada dikenakan tindakan disiplin sekiranya anda melanggar Kod. 6

Tiada Tindakan Balas Kita menghargai dan menghormati semua individu yang mengemukakan kebimbangan yang perlu ditangani oleh Laureate. Kita tidak membiarkan sesiapa dilayan dengan buruk akibat daripada mengemukakan isu dengan jujur. Sebarang tindakan balas terhadap individu yang mengemukakan kebimbangan dengan jujur atau individu yang menyertai penyiasatan dianggap sebagai pelanggaran Kod. Sekiranya kita berurusan dengan seseorang yang mengemukakan kebimbangan atau memberikan maklumat dalam penyiasatan, kita harus terus melayan individu tersebut dengan berhemah dan penuh hormat. Sekiranya kita mempercayai bahawa seseorang mendapat tindakan balas, kita harus melaporkan perkara tersebut. Siapakah Pegawai Pematuhan Tempatan Saya? Pegawai Pematuhan Tempatan anda ialah kakitangan di institusi anda atau di kawasan geografi anda yang dilantik untuk menjawab sebarang persoalan tentang Kod, untuk menerima laporan tentang kemungkinan salah laku, untuk membantu menyelesaikan sesuatu isu dan untuk memberikan kelulusan tertentu di bawah Kod. Tanyalah wakil Sumber Manusia atau rujuk kepada intranet tempatan anda untuk mendapatkan nama dan maklumat hubungan Pegawai Pematuhan Tempatan anda. 7

Kita perlu memastikan bahawa semua rekod Laureate tepat dan lengkap. Rekod dan Pelaporan yang Tepat Kita perlu memastikan bahawa semua rekod perniagaan Laureate tepat dan lengkap. Ketepatan buku dan rekod kita merupakan aspek genting dalam memastikan kita boleh dipercayai. Rekodrekod ini diperlukan untuk membuat keputusan dalaman dan membentuk asas pelaporan kita kepada para pelabur, agensi kerajaan dan pihak-pihak lain. Kita semua bertanggungjawab untuk: Memastikan bahawa semua rekod Laureate yang bukan sahaja merangkumi akaun kewangan, malah semua rekod elektronik atau bertulis seperti gred pelajar dan rekod kedatangan, laporan perbelanjaan dan lembar masa menggambarkan transaksi dasar dengan tepat dan saksama. Jangan sekali-kali memalsukan sebarang dokumen. Rekodkan semua peristiwa atau transaksi kewangan di dalam akaun, jabatan dan tempoh perakaunan yang betul. Ikut semua kawalan kewangan dalaman. Kemukakan sebarang kebimbangan mengenai ketepatan rekod kita kepada pihak pengurusan atau melalui saluran lain yang sesuai. 8

Semua laporan dan dokumen yang Laureate serahkan kepada mana-mana agensi kerajaan atau pihak ketiga yang lain, dan semua komunikasi awam lain yang dibuat oleh Laureate, hendaklah penuh, adil, tepat, tepat pada waktunya dan boleh difahami. Kita semua dikehendaki memberi jawapan yang segera dan tepat kepada semua pertanyaan yang diajukan kepada kita berkenaan persediaan laporan awam dan pendedahannya. Dipercayai Perbelanjaan pemasaran saya melebihi peruntukan belanja, tetapi sekiranya saya melewatkan penyerahan beberapa invois vendor sehingga suku tahun berikutnya, saya dapat menampung sebahagian lebihan tersebut. Bolehkah begitu? Tidak. Kita hendaklah sentiasa merekodkan perbelanjaan dalam tempoh perakaunan sebenar bila perbelanjaan itu dilakukan. Penyimpanan dan Pengekalan Rekod Kita hendaklah sentiasa mengekalkan semua rekod untuk suatu tempoh yang ditetapkan dalam jadual pengekalan rekod yang digunakan dan kemudian melupuskan dengan betul menurut dasar pengekalan rekod yang digunakan. Kita juga hendaklah mematuhi semua notis untuk mengekalkan rekod sekiranya diperlukan untuk litigasi atau penyiasatan kerajaan. 9

Kita melindungi aset Laureate dan memastikan penggunaannya untuk tujuan yang betul. Aset dan Maklumat Perlindungan dan Penggunaan Betul Aset Laureate Kita melindungi aset Laureate dan memastikan penggunaannya untuk tujuan yang betul. Aset Laureate, baik dalam bentuk aset ketara mahu pun tidak ketara, bertujuan untuk faedah operasi kita, dan harus digunakan hanya untuk tujuan operasi yang sah dan hanya oleh kakitangan, ahli fakulti atau kontraktor yang dibenarkan. Kecurian atau kemusnahan aset-aset ini, atau juga kelalaian dalam penggunaannya, boleh menjejaskan Laureate. Apakah yang Dianggap Sebagai Aset Laureate? Aset ketara merangkumi harta fizikal, wang dan sistem komputer Laureate. Aset tidak ketara termasuklah harta intelek seperti rahsia perdagangan, paten, tanda dagangan dan hak cipta, rancangan perniagaan, pemasaran dan perkhidmatan, kurikulum, rekaan, pangkalan data, rekod Laureate (termasuk rekod pelajar), maklumat gaji, dan sebarang data dan laporan kewangan yang tidak diterbitkan. Laureate membekalkan komputer, telefon, e-mel dan capaian Internet kepada para pekerja bagi tujuan mencapai matlamat Laureate. Kita boleh menggunakan aset-aset ini untuk kegunaan peribadi secara terhad seperti sekali-sekala menerima panggilan telefon atau e-mel peribadi atau membuat carian di Internet jika tidak mengganggu operasi Laureate. Kita tidak boleh menggunakan aset-aset ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau tidak wajar termasuk berjudi, pornografi atau mengembangkan perniagaan di luar Laureate atau dalam sebarang cara yang bercanggah dengan dasar atau Kod Laureate. Laureate boleh mengakses, menerbitkan atau mengekalkan sebarang maklumat pada manamana komputer atau sistem e-mel Laureate, sebagaimana yang dibenarkan oleh dasar Laureate dan undangundang yang dikenakan. Kita tidak boleh memindahkan sebarang data atau maklumat ke mana-mana komputer Laureate selain untuk kegunaan perniagaan, dan tidak boleh memuatkan sebarang perisian pada mana-mana komputer Laureate tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Teknologi Maklumat. 10

Kita melindungi maklumat sulit Laureate daripada penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Dipercayai Kita juga melindungi aset dan harta intelektual pihak lain dan tidak harus membuat salinan, atau menjual semula atau memindahkan, penerbitan berhak cipta, termasuk perisian, rencana, buku, kurikulum dan pangkalan data, melainkan kita dibenarkan berbuat demikian di bawah perjanjian lesen yang digunakan. Jika kita ada persoalan mengenai penggunaan aset dan harta intelektual Laureate yang betul, atau milik individu atau organisasi lain, kita harus merujuk kepada Jabatan Undang-undang atau Pegawai Pematuhan Tempatan kita. Maklumat Sulit Kita melindungi maklumat sulit Laureate daripada penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Pendedahan maklumat sulit Laureate yang tidak wajar boleh menjejaskan Laureate dan para pelajarnya, atau memberikan kelebihan yang tidak adil kepada para pesaing kita. Maklumat sulit merangkumi semua maklumat proprietari atau bukan awam, sama ada dihasilkan dalam Laureate atau diamanahkan kepada kita oleh para pelajar atau pihak lain. Kita tidak boleh berkongsi maklumat sulit ini dengan sesiapa, baik dengan pihak dalam atau luar Laureate, melainkan mereka mempunyai tujuan perniagaan untuk mengetahui atau pendedahan dikehendaki oleh undang-undang. Kita hendaklah mematuhi semua dasar yang digunakan berkaitan dengan perlindungan dan pengelasan maklumat sulit. Apabila berkongsi maklumat sulit di luar Laureate, kita hendaklah mengambil tindakan yang sesuai, seperti membuat perjanjian kerahsiaan, untuk melindunginya daripada penyalahgunaan. 11

Kita tidak sekali-kali memperdagangkan sekuriti berdasarkan maklumat sulit yang diperoleh melalui hubungan kita dengan Laureate. Apakah yang Dianggap Maklumat Sulit? Antara contoh maklumat sulit ialah: Rahsia perdagangan Laureate; maklumat berkaitan setiap kakitangan, ahli fakulti, atau para pelajar; arah aliran dan unjuran; maklumat mengenai prestasi kewangan; sasaran dan peruntukan belanja; rancangan pemasaran baharu; arah aliran pendaftaran; aliran bakal pelanggan, penukaran dan kadar yang mendapat ijazah; program akademik atau ijazah yang sedang dibangunkan; rancangan pertumbuhan atau pengembangan; maklumat tentang kemungkinan pemerolehan, pemberhentian dan pelaburan; penawaran sekuriti; perubahan kakitangan yang ketara; dan kontrak, pesanan, pembekal atau sumber kewangan besar yang sedia ada atau berpotensi. Tanggungjawab kita berkenaan maklumat sulit menjangkau tempat kerja anda. Ia merangkumi komunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dan ianya berlanjutan sehingga kita menamatkan pekerjaan atau hubungan dengan Laureate. Dipercayai Kita semua memang rasa bersemangat untuk bercerita tentang Laureate, dan mungkin ingin berkongsi berita Laureate dengan keluarga dan rakan-rakan, tetapi kita tidak sepatutnya mendedahkan maklumat sulit Laureate kepada sesiapa tanpa sebab yang sah untuk mengetahuinya sebelum maklumat tersebut didedahkan kepada orang ramai. Perdagangan Orang Dalam Kita tidak sekali-kali memperdagangkan sekuriti berdasarkan maklumat sulit yang diperoleh melalui hubungan kita dengan Laureate. Undang-undang dan dasar Laureate melarang pembelian atau penjualan saham atau sekuriti, secara langsung atau tidak langsung, berdasarkan maklumat bukan awam yang penting. Sekiranya kita mempunyai maklumat bukan awam yang penting mengenai Laureate, kita tidak sepatutnya melakukan urus niaga yang melibatkan sekuriti Laureate sehinggalah maklumat ini telah diedarkan kepada orang ramai. Pengedaran maklumat sedemikian kepada rakan atau ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang membolehkan mereka memperdagangkan sekuriti sememangnya dianggap menyalahi undang-undang. 12

Secara amnya, maklumat penting ialah maklumat yang dijangkakan boleh menjejaskan keputusan pelaburan oleh pelabur yang wajar. Maklumat bukan awam ialah maklumat yang belum diumumkan kepada orang ramai melalui pendedahan yang dibenarkan. Contoh maklumat bukan awam yang penting merangkumi: Pemerolehan dan pemberhentian. Data atau arah aliran pendaftaran. Unjuran dalaman. Sasaran dan belanjawan. Hasil kewangan. Pengembangan atau rancangan pertumbuhan. Perubahan kepada pasukan pengurusan kanan. Program akademik yang baharu dalam pemajuan. Strategi pemasaran. Aliran bakal pelajar, kadar pertukaran dan kadar yang mendapat ijazah. Kita juga harus menahan diri daripada memperdagangkan saham syarikat lain, seperti pemberi pinjaman pelajar atau pembekal yang sedia ada atau bakal pelajar, berdasarkan maklumat bukan awam yang penting, yang diperoleh sepanjang hubungan kita dengan Laureate. Soalan mengenai transaksi sekuriti boleh diajukan kepada Jabatan Undang-undang atau Pegawai Pematuhan Tempatan. 13

Kita menghormati hak privasi rakan sekerja, para pelajar dan semua rakan niaga kita, dan kita melindungi maklumat peribadi mereka. Privasi Kita menghormati hak privasi rakan sekerja, para pelajar dan semua rakan niaga kita, dan kita melindungi maklumat peribadi mereka. Kita hendaklah mengendalikan data peribadi dengan penuh bertanggungjawab dan menurut semua undang undang privasi yang dikenakan. Sesiapa antara kita yang ada kebenaran mencapai dan mengendalikan data peribadi orang lain, hendaklah: Mengendalikan data menurut undang-undang yang dikenakan dan sebarang dasar privasi atau kewajipan kontraktual. Menghalang pendedahan tanpa kebenaran. Mengumpulkan, menggunakan dan memproses maklumat sedemikian hanya untuk tujuan yang sah. Membataskan capaian kepada maklumat tersebut supaya hanya boleh dilihat oleh individu yang mempunyai tujuan yang sah dan terlatih dalam mengendalikan maklumat sebegini dengan betul. Apakah yang Dianggap "Data Peribadi"? Antara contohnya ialah: alamat, umur, bangsa, agama, orientasi seksual, maklumat pekerjaan dan gaji, gred pelajar dan rekod-rekod pelajar yang lain, maklumat perubatan, nombor akaun kewangan, nombor pengenalan keluaran kerajaan, sabitan jenayah dan sekutu politik. Forum Awam Dalam Talian dan Media Sosial Sekiranya kita menggunakan media sosial, kita menggunakannya secara peribadi, dan bukan dalam 14

Sekiranya kita menggunakan media sosial, kita menggunakannya secara peribadi, dan bukan dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan Laureate, rakan sekerja, para pelajar atau rakan niaga kita. apa jua cara yang boleh menjejaskan Laureate, rakan sekerja, para pelajar atau rakan niaga kita. Media sosial menawarkan peluang yang menarik, tetapi banyak mendatangkan kemudaratan. Kita hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan semua forum awam dalam talian, termasuk blog, wiki, laman sembang, rangkaian sosial (contohnya Facebook, Twitter), audio dan video yang dijana pengguna (contohnya YouTube) serta media-media sosial yang lain. Kerana media sosial cenderung mengaburi ruang antara awam dan sulit, malah kelakuan peribadi dalam talian boleh tertakluk kepada Kod ini. Hanya individu yang dibenarkan secara khusus oleh Laureate boleh menyiarkan kandungan sebagai wakil Laureate, dan individu ini hendaklah sentiasa mengenal pasti hubungan mereka dengan Laureate. Apabila menyiarkan sebarang perkara, kita harus bersikap jujur, benar dan hormat. Sekiranya kita tidak membuat siaran bagi pihak Laureate, kita harus menjelaskan bahawa siaran kita dibuat secara peribadi, dan bahawa sebarang pendapat itu menggambarkan pendapat kita sendiri. Kita tidak boleh menyiarkan maklumat sulit Laureate atau maklumat sulit para pelajar atau rakan niaga kita. Begitu juga, kita tidak boleh menggunakan logo, tanda dagangan, maklumat berhak cipta dan harta intelek Laureate yang lain tanpa kebenaran khusus. Di samping itu juga, kita tidak sekali-kali boleh menyiarkan maklumat yang boleh mengenal pasti para pelajar kita pada laman terbuka. 15

Apabila melakukan sebarang tindakan sepanjang bekerja dengan Laureate, kita melakukannya demi kepentingan Laureate. Kita mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan kepentingan peribadi kita bercanggah, atau kelihatan bercanggah, dengan kepentingan Laureate atau kemampuan kita membuat keputusan bagi pihak Laureate. Percanggahan Kepentingan dan Peluang Korporat Apabila melakukan sebarang tindakan sepanjang bekerja dengan Laureate, kita melakukannya demi kepentingan Laureate. Kita mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan kepentingan peribadi kita bercanggah, atau kelihatan bercanggah, dengan kepentingan Laureate atau kemampuan kita membuat keputusan bagi pihak Laureate. Percanggahan kepentingan timbul apabila kegiatan atau hubungan peribadi kita menjejaskan, atau kelihatan menjejaskan, kemampuan kita untuk bertindak demi kepentingan Laureate. Ini merangkumi sebarang kegiatan yang boleh menyebabkan orang lain meragui kesaksamaan kita atau kegiatan yang bersaing dengan Laureate. Sekiranya terdapat kemungkinan suatu keadaan yang pada pandangan umum dianggap sebagai percanggahan kepentingan, kita hendaklah mendedahkannya kepada penyelia kita atau Pegawai Kepatuhan Tempatan kita dan mengambil langkah menyelesaikannya. Antara keadaan percanggahan kepentingan yang biasa berlaku ialah: Mempunyai kepentingan kewangan dalam syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Laureate. Mendapat ganjaran atau insentif lain daripada syarikat yang menjalankan perniagaan dengan Laureate. Mempunyai kerja kedua yang menjejaskan kemampuan anda untuk melaksanakan tugas di Laureate. Mengupah pembekal yang diuruskan atau dimiliki oleh saudara-mara atau rakan karib. Membenarkan hubungan peribadi di tempat kerja untuk mempengaruhi keupayaan kita untuk bertindak demi kepentingan Laureate. Selain itu, kebanyakan kita mempunyai saudara-mara atau rakan yang menjalin hubungan perniagaan dengan Laureate, pembekal kita, pemberi pinjaman pelajar atau pesaing. Keadaan ini boleh menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana orang lain mungkin memikirkan bahawa kita mementingkan hubungan ini berbanding kepentingan Laureate. Kita hendaklah mendedahkan sebarang keadaan sedemikian yang mungkin boleh menimbulkan percanggahan kepentingan. Percanggahan kepentingan boleh berlaku dalam banyak cara. Kod tidak dapat menyatakan setiap kemungkinan keadaan percanggahan kepentingan, oleh itu kita hendaklah menggunakan pertimbangan yang baik dan mendapatkan bimbingan apabila tidak pasti mengenainya. 16

Kita mengelakkan pelaburan atau kepentingan kewangan lain yang boleh menjejaskan, atau kelihatan menjejaskan, kemampuan kita untuk membuat keputusan demi kepentingan Laureate. Kepentingan Luar Kita mengelakkan pelaburan atau kepentingan kewangan lain yang boleh menjejaskan, atau kelihatan menjejaskan, kemampuan kita untuk membuat keputusan demi kepentingan Laureate. Kita tidak sepatutnya: Mempunyai kepentingan kewangan dalam mana-mana pembekal atau pemberi pinjaman pelajar Laureate sekiranya kita berurusan dengan mereka bagi pihak Laureate. Menerima pinjaman peribadi atau jaminan pinjaman daripada pemberi pinjaman pelajar, pembekal atau pesaing, selain pinjaman daripada pemberi pinjaman pelajar atau institusi kewangan yang dibuat dalam urusan biasa perniagaan pemberi pinjaman. Merebut sebarang peluang untuk faedah sendiri, termasuk memperoleh kepentingan dalam pemilikan seperti harta tanah atau hak harta intelektual yang lain, yang mana Laureate ada, atau mungkin ada, kepentingan yang sah. Dipercayai Saya perlu memilih pembekal baharu untuk menyediakan perkhidmatan teknologi tertentu di kampus. Saudara lelaki saya memiliki syarikat teknologi yang saya tahu akan melakukan tugas dengan baik, malahan akan memberikan kita tawaran harga yang menarik. Bolehkah saya mengupah syarikat saudara lelaki saya? Anda tidak harus terlibat dalam proses pemilihan, memandangkan perkara ini mungkin dilihat oleh orang lain sebagai seolah-olah anda melebihkan saudara lelaki anda berbanding membuat keputusan yang objektif. Anda harus memberitahu penyelia anda atau Pegawai Pematuhan Tempatan mengenai kemungkinan percanggahan kepentingan dan menarik diri daripada terlibat dalam proses membuat keputusan. Orang lain boleh membuat keputusan pemilihan, dan sekiranya syarikat saudara lelaki anda menawarkan perkhidmatan yang bagus pada harga yang menarik, pasti beliau akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. 17

Sekiranya kita bekerja di luar Laureate, kita perlu memastikan bahawa tugas lain ini tidak menjejaskan kemampuan kita untuk melaksanakan tugas kita di Laureate. Pekerjaan Luar Sekiranya kita bekerja di luar Laureate, kita perlu memastikan bahawa tugas lain ini tidak menjejaskan kemampuan kita untuk melaksanakan tugas kita di Laureate. Kita tidak sepatutnya: Bekerja dengan, atau menerima sebarang ganjaran daripada, pembekal atau pemberi pinjaman pelajar Laureate sekiranya kita berurusan dengan mereka bagi pihak Laureate. Bekerja dengan, atau menerima sebarang ganjaran daripada mana-mana pesaing Laureate. Satu-satunya pengecualian ialah untuk fakulti sambilan yang mengajar di pusat-pusat pengajian lain. Berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah bagi mana-mana pertubuhan bukan untung atau sebarang institusi pendidikan tinggi di luar Laureate tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pegawai Pematuhan Tempatan anda. Kelulusan tidak diperlukan untuk berkhidmat dalam perniagaan milik keluarga atau profesional, kemasyarakatan atau badan amal, melainkan perniagaan atau organisasi tersebut menjadi pembekal, pemberi pinjaman pelajar atau pesaing Laureate. Fakulti sambilan hanya perlu mendapatkan kelulusan untuk berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah bagi institusi pendidikan tinggi. Dipercayai Saya akauntan, dan salah satu pemberi pinjaman pelajar yang sering berhubung dengan saya meminta saya melakukan kerja perakaunan sambilan untuk mereka pada waktu petang dan hujung minggu. Saya mahukan pendapatan tambahan. Bolehkah saya menerima tawaran kerja tersebut? Tidak. Menerima kerja daripada pemberi pinjaman pelajar yang anda berhubung bagi pihak Laureate mungkin menggambarkan keadaan yang mana pemberi pinjaman itu cuba mempengaruhi anda dalam membuat keputusan bagi pihak Laureate. 18

Kita menjalankan perniagaan kita dengan integriti. Berurusan dengan Pihak Lain Urusan Adil Kita bertindak dengan integriti. Dipercayai bermaksud berurusan secara jujur dengan para pelajar, pemberi pinjaman pelajar, pembekal dan pesaing Laureate serta satu sama lain. Kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap sesiapa melalui manipulasi (seperti menggunakan pengaruh yang tidak sesuai), menyembunyikan, menyalahgambarkan fakta, atau sebarang urusan lain yang tidak adil. Antara contoh kelakuan yang dilarang ialah: Sogokan atau ganjaran untuk meningkatkan operasi kita atau mendorong pelanggaran kontrak oleh orang lain. Memperoleh rahsia perdagangan atau maklumat sulit pesaing melalui sogokan, pencurian atau penyalahgambaran. Membuat dakwaan palsu, mengelirukan atau mengecil-ngecilkan atau membuat perbandingan dengan pesaing atau dengan produk mahupun perkhidmatan mereka. Melabel produk atau perkhidmatan secara tidak tepat. Antitrust dan Persaingan Kita bersaing dengan sengit tetapi secara adil. Kita menggalakkan persaingan adil dan mengikut semua undang-undang antitrust dan persaingan yang dikenakan. Undang-undang antitrust Amerika Syarikat dan negara-negara lain dirancang untuk melindungi pengguna dan pesaing daripada amalan yang tidak adil dan untuk menggalakkan serta memelihara persaingan. Dasar kita ialah untuk bersaing dengan sengit tetapi beretika disamping mematuhi semua undang-undang antitrust dan persaingan yang dikenakan. 19

Umumnya, undang-undang antitrust A.S. melarang persetujuan atau tindakan "mengawal perdagangan". Kita semua perlu memahami dan mematuhi prinsip umum A.S. dan undang-undang antitrust dan persaingan tempatan yang dikenakan. Antara tindakan yang dilarang ialah: Penetapan Harga. Laureate tidak boleh bersetuju dengan pesaingnya untuk menaikkan, menurunkan atau menstabilkan harga atau sebarang unsur harga, termasuklah diskaun dan syarat kredit. Sebagai contoh: Laureate dan universiti lain tidak boleh bersetuju untuk menetapkan suatu harga tetap bagi jenis kursus tertentu yang ditawarkan. Pengehadan Bekalan. Laureate tidak boleh bersetuju dengan pesaingnya untuk mengehadkan pengeluarannya atau menghalang bekalan bagi perkhidmatannya. Sebagai contoh: Laureate dan universiti lain tidak boleh bersetuju untuk menawarkan hanya sesetengah kursus atau program dan tidak menawarkan kursus yang lain. Pembahagian Perniagaan. Laureate tidak boleh bersetuju dengan pesaingnya untuk membahagikan atau memperuntukkan pasaran, wilayah atau pelanggan. Sebagai contoh: Laureate tidak boleh bersetuju dengan universiti lain untuk mengambil pekerja hanya dari kawasan geografi tertentu sebagai balasan mendapatkan persetujuan dari universiti itu untuk menumpukan perhatian pada kawasan lain. Boikot. Laureate tidak boleh bersetuju dengan para pesaingnya untuk enggan menjual atau membeli produk daripada pihak ketiga. Selain itu, Laureate tidak boleh menghalang pelajar daripada membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatan bukan dari Laureate. Sebagai contoh: Laureate tidak boleh menghalang pelajarnya daripada mengambil kursus di universiti lain semasa mengambil kursus di institusi Laureate. 20

Kita berhati-hati dalam urusan antarabangsa kita dan mematuhi semua undang-undang perdagangan yang dikenakan. Kita hendaklah bersikap berhati-hati apabila berjumpa pesaing, memandangkan sebarang perjumpaan dengan pesaing boleh menimbulkan keadaan yang tidak wajar. Sekiranya kita percaya ada keperluan untuk berjumpa pesaing, kita hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pegawai Pematuhan Tempatan kita. Kandungan sebarang perjumpaan anda dengan pesaing sepatutnya didokumenkan dengan penuh. Dipercayai Kita hendaklah mengelakkan daripada melakukan sebarang komunikasi dengan pesaing mengenai harga, kos, bahagian pasaran, pembahagian wilayah, hasil, terma dan syarat pembekal, penawaran produk atau perkhidmatan, bidaan untuk sebarang kontrak atau program, pemilihan dan pengekalan pelajar, atau kaedah atau saluran pengedaran dan pemasaran. Kita harus berhati-hati apabila menghadiri perjumpaan organisasi profesional dan persatuan perdagangan di mana terdapat kehadiran para pesaing. Menghadiri mesyuarat organisasi profesional dan persatuan perdagangan adalah sah dan wajar jika mesyuarat sedemikian mempunyai tujuan yang sah. Tetapi, kita tidak sepatutnya membincangkan dasar penentuan harga atau syarat bersaing, rancangan bagi penawaran atau pengembangan baharu mahu pun sebarang pemilikan lain serta maklumat yang sensitif secara bersaingan. Sekiranya kita berasa ragu tentang kesahan sesuatu tindakan atau aturan, kita hendaklah merujuk kepada Jabatan Undang-undang atau Pegawai Pematuhan Tempatan kita. Perdagangan Antarabangsa dan Anti Boikot Kita berhati-hati dalam urusan antarabangsa kita dan mematuhi semua undang-undang perdagangan yang dikenakan. Peraturan Perdagangan Antarabangsa Banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, kadangkala mengenakan sekatan ke atas eksport dan urusan lain dengan negara, individu atau kumpulan lain yang tertentu, biasanya kerana golongan ini dipercayai menyokong keganasan, penyeludupan narkotik atau jenayah-jenayah lain. Undang-undang eksport boleh mengawal perdagangan komoditi, teknologi atau perkhidmatan yang mungkin boleh digunakan bagi tujuan ketenteraan. Undang-undang juga melarang perjalanan ke atau dari negara yang disekat, import atau eksport, pelaburan baharu dan transaksi berkaitan yang lain. 21

Kita tidak menawarkan atau menerima sogokan atau pun bayaran tidak wajar yang lain. Kita mematuhi segala undang-undang yang melarang pemberian sogokan kepada pegawai kerajaan dan individu dalam sektor swasta. Undang-undang ini memang rumit dan tertakluk kepada perubahan yang kerap. Sesiapa antara kita yang kerjanya melibatkan pemindahan produk, teknologi atau perkhidmatan merentasi sempadan antarabangsa, atau yang terlibat dalam mendaftarkan pelajar yang tinggal di negara-negara lain, harus merujuk kepada Jabatan Undang-undang atau Pegawai Pematuhan Tempatan kita bagi memastikan sebarang undang-undang atau sekatan yang mungkin dikenakan itu dipatuhi. Dasar Anti Boikot Menurut undang-undang, Laureate tidak boleh menyokong atau bekerjasama dengan boikot yang tidak disekat di negara lain yang "rapat' dengan Amerika Syarikat. Laureate hendaklah melaporkan kepada kerajaan A.S. mengenai sebarang permintaan untuk menyokong boikot sedemikian. Kita mungkin menerima permintaan sebegini dalam jemputan bida, kontrak pembelian, surat kredit atau secara lisan. Kita hendaklah memberitahu Jabatan Undang-undang atau Pegawai Pematuhan Tempatan kita dengan serta-merta sekiranya kita mengetahui tentang permintaan untuk menyokong boikot sedemikian. Sogokan dan Rasuah Kita tidak menawarkan atau menerima sogokan atau pun bayaran tidak wajar yang lain. Kita mematuhi segala undang-undang yang melarang pemberian sogokan kepada pegawai kerajaan dan individu dalam sektor swasta. Organisasi yang dipercayai tidak memberi sogokan. Ada kalanya, kita mungkin terdorong untuk memberi sogokan kerana cara itu kelihatan lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Lagipun pemberian sogokan didapati sering berlaku dalam kebanyakan tempat di dunia. Namun begitu, di Laurate, memudahkan sesuatu perkara atau "begitulah caranya perniagaan dijalankan di sini" tidak sekali-kali boleh dijadikan alasan untuk memberi sogokan atau melibatkan diri dalam bentuk rasuah yang lain. Di Laureate, kita tidak memberi sogokan, walaupun ini bermakna kita mungkin kehilangan wang atau menghadapi kelewatan projek. Kita mengamalkan dasar yang tidak bertolak ansur dalam hal memberi atau menerima rasuah mahupun sogokan. Kita hendaklah mematuhi sepenuhnya semua undang-undang anti rasuah yang dikenakan kepada operasi kita, serta Dasar Anti Rasuah Laureate dan semua garis panduan dan tatacara anti rasuah yang boleh dikenakan kepada operasi tempatan kita. Pelanggaran undang-undang anti rasuah boleh menyebabkan seseorang dikenakan penalti berat, termasuk denda yang besar jumlahnya serta dipenjarakan. 22

Kita tidak sepatutnya menawarkan, memberi atau membenarkan sebarang bentuk sogokan kepada pegawai kerajaan (termasuk kakitangan kerajaan pada sebarang peringkat dan kakitangan entiti milik kerajaan atau dikawal kerajaan) untuk tujuan memperoleh kelebihan tidak adil. Kita tidak sepatutnya terlibat dalam sogokan komersial dengan menawarkan rasuah atau sogokan kepada syarikat atau individu lain untuk mendapatkan kelebihan tidak adil. Kita tidak sepatutnya meminta atau menerima rasuah mahupun sogokan. Kita hendaklah memberitahu Pegawai Pematuhan Tempatan kita dengan serta-merta sekiranya terdapat sesiapa yang meminta sogokan daripada kita. Antara contoh sogokan ialah pembayaran atau pemberian apa-apa sahaja yang bernilai untuk: Memperoleh layanan cukai atau kastam yang mendatangkan faedah. Memperoleh permit atau kelulusan kawal selia. Melangkau undang-undang yang dikenakan kepada Laureate. Mempengaruhi pemberian kontrak atau transaksi perniagaan yang lain. Sogokan Boleh Berlaku Dalam berbagai bentuk Tidak semestinya dibayar dalam bentuk wang tunai. Sogokan boleh jadi dalam bentuk sahaja yang bernilai kepada penerima. Contohnya, hadiah, jamuan makan, hiburan, peluang perniagaan, biasiswa, tawaran kerja, malah sumbangan amal, kesemuanya boleh dianggap sogokan sekiranya ditawarkan untuk tujuan yang tidak wajar. Tiada tahap permulaan; walau apa jua jumlah bayaran boleh dianggap sogokan. Satu-satunya pengecualian kepada dasar tidak bertolak ansur ini ialah apabila pembayaran perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan diri atau laluan yang selamat. Walaupun dalam hal sedemikian, kita hendaklah memberitahu Pegawai Pematuhan Tempatan sebaik sahaja selepas membuat pembayaran sedemikian. 23

Kita boleh memberi dan menerima hadiah, hiburan dan ihsan perniagaan yang lain, tetapi kita melakukannya hanya jika selaras dengan undang-undang dan dasar yang dikenakan dan tanpa mengharapkan atau kelihatan terdapat pengaruh tidak wajar. Laureate tidak boleh melaksanakan secara tidak langsung, iaitu melalui pihak ketiga, sebarang perkara yang tidak dibenarkan dilakukan secara langsung. Kita tidak sepatutnya membenarkan pihak ketiga seperti ejen atau perunding terlibat dalam rasuah, sogokan atau pembayaran tidak wajar yang lain bagi pihak Laureate. Kita hendaklah mengikut tatacara usaha ketelitian Laureate sebelum berurusan dengan pihak ketiga, dan memantau aktiviti pihak ketiga bagi memastikan hanya pihak ketiga yang bertindak secara beretika boleh bertindak bagi pihak kita. Dipercayai Pihak berkuasa cukai mendakwa bahawa pusat pengajian kita mempunyai bayaran tertunggak untuk cukai tertentu dan kita dikehendaki membayar penalti yang tinggi jumlahnya. Perunding kita mencadangkan bahawa sekiranya kita mengundang pesuruhjaya cukai dan isterinya untuk jamuan makan malam, isu tersebut dapat diselesaikan. Kos jamuan makan tersebut pasti lebih rendah daripada kos penalti. Apakah yang saya harus lakukan? Jangan tanggung perbelanjaan untuk jamuan makan malam tersebut. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah kita cuba mendapatkan kelebihan yang tidak wajar. Rujuk kepada Jabatan Undangundang atau Pegawai Pematuhan Tempatan anda dan berusaha menangani isu cukai dengan cara yang betul, walaupun perlu membayar kos yang lebih. Sekiranya pernah terlintas di fikiran kita sama ada sebarang bayaran atau pemindahan nilai ialah sogokan, kita hendaklah merujuk kepada penyelia atau Pegawai Pematuhan Tempatan kita. Hadiah, Jamuan Makan, Hiburan, Perjalanan yang Ditaja, serta Ihsan Perniagaan yang Lain Kita boleh memberi dan menerima hadiah, hiburan dan ihsan perniagaan yang lain, tetapi kita melakukannya hanya jika selaras dengan undang-undang dan dasar yang dikenakan dan tanpa mengharapkan atau kelihatan terdapat pengaruh tidak wajar. Hadiah, jamuan makan, hiburan, perjalanan ditaja dan bentuk ihsan yang lain sering dijadikan alat untuk mengukuhkan hubungan, tetapi kita tidak sekali-kali patut menerima tawaran atau menerima ihsan sedemikian dalam keadaan yang boleh menjejaskan, atau kelihatan menjejaskan, keputusan yang diambil. Kita boleh memberi atau menerima ihsan sedemikian hanya apabila selaras dengan undang-undang dan dasar yang dikenakan. 24

Umumnya, ihsan perniagaan sebegini yang diberikan kepada atau diterima daripada pembekal, pelajar dan pihak lain di luar Laureate hendaklah berkaitan dengan tujuan yang sah dan diberi atau diterima tanpa mengharapkan sebarang keputusan yang menguntungkan atau kelebihan yang tidak wajar. Ihsan perniagaan sepatutnya munasabah, tidak kerap dan bernilai sederhana, serta selaras dengan undangundang, kelaziman dan amalan tempatan. Kita tidak sekali-kali boleh memberi atau menerima hadiah wang tunai atau yang setara dengan wang tunai berhubung dengan sebarang aktiviti Laureate. Kita tidak sekali-kali boleh memberikan pegawai kerajaan, atau individu dalam sektor swasta, hadiah, jamuan makan, hiburan atau perjalanan yang ditaja dalam usaha untuk mendapatkan atau mengekalkan sebarang jenis perniagaan atau kelebihan tidak wajar. Dipercayai Saya dalam proses memilih pembekal untuk projek penting, dan wakil jualan dari salah satu pembekal yang membida projek tersebut ingin mengundang saya untuk jamuan makan malam bagi membincangkan cadangan tersebut. Bolehkah saya membiarkan beliau membayar kos makan malam tersebut? Tidak. Jamuan makan malam urusan yang bernilai sederhana umumnya boleh diterima, tetapi dalam keadaan ini yang mana anda berperanan aktif dalam memilih pembekal menerima undangan makan malam tersebut akan menggambarkan seolah-olah terdapat pengaruh yang tidak wajar. 25

Pentadbiran Kod Tanggungjawab. Pentadbiran Kod menjadi tanggungjawab Ketua Pegawai Pematuhan Laureate Education Inc. dan sesiapa yang dilantik oleh Ketua Pegawai Pematuhan, termasuk Pegawai Pematuhan Tempatan. Ketua Pegawai Pematuhan ketika ini ialah Naib Presiden Kanan, Peguam Am dan Setiausaha. Laureate juga mungkin menubuhkan Jawatankuasa Etika & Pematuhan pada peringkat korporat, serta jawatankuasa tempatan, untuk memberikan arahan, membimbing penyiasatan dan menyelesaikan perkara berkenaan Kod. Capaian kepada Kod. Kod ada disiarkan di laman web Laureate iaitu www.laureate.net. Selain itu, Laureate akan memberikan setiap kakitangan, ahli fakulti dan kontraktor yang sedia ada sesalinan Kod ini. Dari masa ke semasa, Laureate akan menaja program latihan mengenai Kod dan dasar Laureate yang lain. Penyiasatan. Laureate mengambil berat tentang semua laporan kemungkinan pelanggaran Kod dan akan menjalankan siasatan. Ketua Pegawai Pematuhan atau orang yang dilantik olehnya akan menilai keadaan tersebut dan menentukan tindakan yang sesuai diambil. Dalam beberapa kes, Jawatankuasa Audit dari Lembaga Pengarah Laureate akan turut terlibat membuat penyiasatan. Sesiapa yang disiasat kerana kemungkinan pelanggaran Kod berpeluang bersuara sebelum penentuan dibuat mengenainya. Keputusan dan Disiplin. Umumnya, Ketua Pegawai Pematuhan atau orang yang dilantik olehnya, selepas berunding dengan kakitangan Sumber Manusia dan pengurusan yang berkaitan, akan menentukan sama ada seseorang itu telah melanggar Kod, dan tindakan disiplin yang sesuai diambil. Sekiranya pelanggaran dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit, jawatankuasa itu harus bertanggungjawab dalam membuat keputusan ini atau memberikan kuasa ini kepada orang lain. Sebarang pelanggaran terhadap undang-undang atau Kod akan menyebabkan tindakan disiplin dikenakan, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan atau hubungan berkontrak. Selain mengenakan tindakan disiplinnya sendiri, Laureate boleh membawa perkara berkaitan pelanggaran undang-undang kepada perhatian pegawai penguat kuasa undang-undang yang berkenaan. Pengecualian. Sebarang pengecualian bagi Kod ini yang berkaitan dengan pegawai atau pengarah eksekutif hanya boleh dibuat selepas kelulusan oleh Lembaga Pengarah dan akan dilaporkan dengan segera seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Kod ini ialah kenyataan matlamat dan harapan terhadap kelakuan individu dan institusi. Kod ini tidak mewujudkan hubungan pekerjaan atau membentuk janji pekerjaan yang berterusan, mahupun memberikan sebarang hak kepada mana-mana individu. Kod ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut budi bicara Laureate. Februari 2012 26