Melindungi Anak-anak di Alam Siber

dokumen-dokumen yang mirip
KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

Menjamin Keselamatan Peranti Digital Anda. Melindungi Penyambungan Anda. Etika Penggunaan Peranti Mudah Alih

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet. Oleh Syahrir Mat Ali dan Fatin Hasnan

PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA?

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

Etika Komputer. undang

MODUL 3 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna.

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini


Penilaian Kempen Tak Nak. Dan. Tinjauan Polisi Pengawalan Tembakau Antarabangsa SOAL SELIDIK REMAJA ARAHAN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SOALAN-SOALAN LAZIM. 3. Adakah sexting atau menghantar gambar kemaluan satu bentuk gangguan dalam talian?

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

kita tidaklah selalunya seronok dengan keputusan yang telah kita ambil.

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

1.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DAN MASYARAKAT

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

LATIHAN PENGUKUHAN 4 1. Berikan perbezaan di antara wireframe dengan storyboard

30 TiPS LULUS TEMUDUGA

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

Hasrat Penjagaan Saya

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Panduan Mula Ringkas. Melihat atau bertukar antara akaun dalam talian Klik ID akaun anda untuk mengubah seting atau menukar akaun.

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Model Pengurusan Strategik

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

PENGENALAN muka surat 02. ANCAMAN DAN KEBIMBANGAN SIBER muka surat 04. ANCAMAN KESIHATAN SIBER muka surat 08

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Tutorial Mengakses dan Membaca Surat Khabar Secara Online : Contoh - Harian Metro

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

TAJUK 1 : PENGGUNAANN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASAA MELAYU

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Kenali Impak Negatif Virus Pornografi. V i r u s P o r n o g r a f i 1

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

Penapisan di New Zealand

PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) TEKA TEKAN. 2.0 MENONTON DAN MENYERTAI RANCANGAN TEKA TEKAN 2(a) Bagaimanakah saya boleh menonton rancangan Teka Tekan?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

Transkripsi:

Melindungi Anak-anak di Alam Siber Oleh: Redy Jeffry Mohamad Ramli CyberSecurity Malaysia (Artikel ini telah disiarkan di dalam Estidotmy, 27 Disember 2007) Ayah, gay itu apa? Apakah agaknya jawapan anda apabila anak perempuan anda yang berusia tujuh tahun mengajukan soalan tersebut? Anda mungkin mempunyai jawapan kepada soalan itu. Namun bagaimanakah anda akan memberitahunya? Sebagai ibubapa, anda perlu bersedia untuk mendengar dan menjawab soalan sebegini. Bagi kanak-kanak di peringkat usia ini, pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka dan ibu bapa adalah merupakan sumber utama bagi anak-anak untuk mendapatkan jawapannya. Kebiasaannya kanak-kanak akan terus bertanya mengenai sesuatu perkara yang bermain di fikiranya sehinggalah dia merasa puas dengan jawapan yang diberikan. Dalam sesetengah kes, ada ibu bapa memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab soalan daripada anak-anak. Apatah lagi jika soalan tersebut menyentuh isu berkaitan seksual yang dianggap tabu dalam masyarakat kita. Sama ada kerana malu atau tidak tahu jawapannya, ibu bapa tadi mengambil jalan mudah dengan melarang anak-anak daripada terus bertanya. Bagi ibu 1

bapa, tindakan menghalang anak-anak daripada terus bertanya adalah jawapan kepada soalan yang diajukan oleh anak-anak. Awas! Jika anda berhadapan dengan senario ini dan mengambil jalan mudah dengan melarang anak-anak daripada terus bertanya, anda sebenarnya bukan menamatkan rasa ingin tahu anak-anak sebaliknya membuat mereka terus ingin tahu. Rasa ingin tahu yang membuak-buak akan mendorong anak anda untuk mencari sumber lain yang boleh memberikannya jawapan. Anak anda mungkin akan bertanya pada adik-beradik atau keluarga terdekat yang lain untuk mendapatkan jawapan. Tapi bayangkan jika anak anda mencari jawapan tentang gay dengan menaip perkataan gay di laman web enjin gelintar Google. Mengungguli senarai carian Google apabila perkataan gay dicari ialah Gay.com, iaitu gerbang global bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup gay, lesbian, dan biseksual. Laman web ini diwujudkan bagi memberi informasi kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup songsang itu serta bagi mereka yang ingin tahu apa sebenarnya gaya hidup songsang tersebut. Bayangkan jika anak perempuan anda yang ingin tahu mengenai gay melayari laman web tersebut. Bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun, kebanyakan kandungan di laman web Gay.com itu sukar difahami sementelah ia menggunakan bahasa Inggeris. 2

Tapi jangan ambil mudah penemuan anak anda itu kerana dia sebenarnya telah diperkenalkannya dengan satu alam baru yang memberinya seribu macam lagi persoalan untuk dijawab. Sekiranya Gay.Com tidak memberi anak anda sebarang jawaban kepadanya, bayangkan pula senario ini. Menduduki tangga kedua carian Google tadi adalah laman web Wikipedia, yang menerangkan makna gay manakala tangga ketiga hingga kesembilan adalah laman-laman web yang mengandungi maklumat tentang homoseksual, filem, berita, premis hiburan, blog, video dan sukan yang kesemuanya khas untuk golongan yang mengamalkan cara hidup songsang gay. Anda sebagai ibu atau bapa, adakah senario di atas tidak mencetuskan kebimbangan di hati? Sesungguhnya anda wajib merasa bimbang apatah lagi jika anda mahu anak anda mengetahui apa yang perlu sahaja mengenai gay dan bukannya keseluruhan gaya hidup gay. Menerokai dunia internet tanpa persediaan baik dari segi ilmu, panduan dan perlindungan boleh diibaratkan seperti membuka `kotak pandora, apatah lagi bagi kanak-kanak. Jika senario di atas diambilkira dan anak-anak anda dibiarkan menerokai internet tanpa sebarang panduan, pengawasan dan perlindungan keselamatan, mereka bukan sahaja terdedah kepada maklumat mengenai dunia gay, malah pintu dunia pornografi sedikit demi sedikit terbuka hanya dengan satu klik tetikus. Isu pornografi di internet bukan baru semalam dibincangkan. Perjuangan untuk menangani isu pornografi di internet sama besar dan pentingnya dengan tanggungjawab memerangi ancaman seperti serangan virus, kod berbahaya, penipuan dalam talian, penggodaman, pencurian identiti, phishing dan pelaburan internet. 3

Namun sebagai seorang ayah atau ibu, kebimbangan terhadap pendedahan kepada dunia pornografi adalah lebih utama. Tidak seperti ancaman lain yang disebut di atas, pornografi baik dalam apa bentuk sekalipun hanya mendatangkan pengaruh negatif kepada penggemarnya, apatah lagi kepada kanak-kanak. Di Malaysia, pornografi di internet walaupun belum boleh dianggap di tahap serius, namun situasi sekarang cukup membimbangkan. Laman web lucah yang memaparkan gambar dan klip video khasnya yang berformat 3gp semakin mudah ditemui di alam siber. Apa yang mengaibkan ialah pelaku dalam gambar dan klip video tersebut adalah di kalangan rakyat tempatan, khasnya golongan remaja terutama remaja Melayu. Soal bagaimana rakaman klip video atau gambar tersebut dilakukan adalah soal lain. Persoalan utama sekarang ialah bagaimana kita sebagai pengguna dan ibu bapa mahu membendung anak-anak daripada melayari laman web ini yang bukan sahaja mudah diwujudkan malah memuat naik atau turun klip video atau gambar berkenaan boleh dilakukan dalam masa yang singkat khasnya melalui teknologi blog. Bayangkan jika anak-anak anda terjumpa klip video atau gambar lucah rakyat tempatan ini semasa membuat pencarian di Google. 4

Bermula dengan pertanyaan apa itu gay? anak anda akan menemui banyak lagi bahan-bahan berunsur negatif di internet jika anda tidak melakukan sesuatu untuk menghalang anak anda menemui bahan-bahan tersebut sedari mula. Apa pula yang akan anak anda temui jika dia menaip perkataan seks atau sex di Google? Anda tentu tidak mahu anak-anak anda mengklik senarai pertama hasil carian bagi kedua-dua perkataan tersebut kerana seperti juga perkataan gay, dua perkataan itu juga akan membawa anak anda menonton klip video yang mengandungi kelucahan yang melampau. Jadi sediakanlah jawapan bagi apa juga soalan tentang seks sebelum anak anda mencarinya di internet. Keupayaan anak-anak zaman sekarang menggunakan komputer kadang-kala membuat ibu bapa jauh ketinggalan dalam dunia internet ini. Jangan memandang rendah kebijaksanaan anak-anak anda walapun dia baru berusia tujuh tahun. Kanak-kanak zaman sekarang tidak seperti kanak-kanak yang lahir sekitar tahun 1970-an yang hanya baru mengenal komputer sekitar tahun 90-an. Komputer bagi kanak-kanak zaman ini bukanlah sesuatu yang asing. Apatah lagi sekiranya anda sebagai bapa atau ibu yang mempunyai komputer peribadi (PC) atau komputer riba berserta talian internet di rumah. Anda harus menerima hakikat bahawa hari ini internet memungkinkan anak anda mendapat apa juga jawapan kepada persoalan yang bermain di fikirannya. Ini sudah pasti memudahkan tugas anda sebagai ibu bapa kerana internet boleh menjawab soalan-soalan tersebut bagi pihak anda. 5

Namun persoalannya adakah anda bersedia menghadapi kesan daripada jawapan yang ditemui oleh anak anda di internet? Ini kerana jawapan di internet tidak diklasifikasikan mengikut betul atau salah. Internet ibarat sebatang sungai. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah yang memberi maanfaat dan tidak kurang juga yang memudaratkan. Jika anda mahu anak-anak anda terjun ke dalam sungai sama ada untuk mandi atau menangkap ikan, pastikan anda mengajarnya berenang atau memberitahunya tentang ikan-ikan mana yang boleh ditangkap terlebih dahulu. Begitu jugalah dengan internet. Lengkapkanlah anak anda dengan persediaan yang membolehkan dia membezakan antara yang betul dan salah atau setidaktidaknya sediakan perlindungan untuknya sebelum dia memasuki sungai yang bernama internet itu. 6