LAMPIRAN B PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pelajar UTHM diberikan peluang menjalani latihan industri di luar negara dan ia tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh universiti. 2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI 2.1 Latihan Industri (LI) LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan pelajar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda 3. KELAYAKAN MEMOHON Kelayakan pemohon adalah: 3.1 Pelajar UTHM yang memperolehi CPA/PNGK 3.00 dan ke atas. 3.2 Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET atau mana-mana yang setara dengannya. 3.3 pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti. 4. PENDAFTARAN PERMOHONAN Pendaftaran permohonan untuk menjalani latihan industri di luar negara mengambil kira peraturan dan proses yang sama dengan
latihan industri dalam negara. Walaupun begitu, terdapat perbezaan pendaftaran permohonan seperti dinyatakan di bawah: 4.1 Pejabat Hubungan Universiti dan Industri () Penempatan melalui Organisasi Malaysia yang beroperasi di luar negara (Dengan kerjasama organisasi kerajaan dan swasta di luar negara). 5. PROSES PERMOHONAN 5.1 Permohonan menjalani latihan industri di luar negara perlu dibuat 6 hingga 12 bulan lebih awal sebelum tarikh latihan industri. 5.2 Pelajar boleh mendaftar dengan melengkapkan borang Permohonan Latihan Industri Luar Negara (Lampiran B1) dan akan memaklumkan penerimaan borang tersebut. 5.3 Selepas melepasi proses saringan, pelajar perlu menghadiri sesi temuduga pertama yang dikendalikan oleh dan ia bergantung kepada negara yang dipilih oleh pelajar. 5.4 Pelajar yang berkelayakan perlu mendapat kelulusan daripada Naib Canselor UTHM. 5.5 Pelajar terpilih perlu menghantar surat pengesahan penerimaan menjalani latihan industri di luar negara melalui. 5.6 Surat makluman ke Wisma Putra akan dihantar oleh dan satu salinan surat akan dihantar ke Pejabat Antarabangsa UTHM. 5.7 Pelajar diwajibkan menghadiri taklimat lengkap tentang Latihan Industri Luar Negara yang dikendalikan oleh.
5.8 Pelajar dikehendaki memohon VISA/Permit Kerja/ pasport antarabangsa dengan kerjasama agensi, dan Pejabat Antarabangsa. 5.9 akan mengeluarkan surat penempatan latihan industri dan surat lepas tanggung kepada pelajar. 5.10 Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di agensi latihan industri. 5.11 Carta alir proses permohonan dan penempatan latihan industri di luar negara ditunjukkan di Lampiran B2. 6. TEMPOH LATIHAN INDUSTRI 6.1 Latihan industri perlu dijalankan mengikut spesifikasi program yang telah ditawarkan. 6.2 Tempoh minimum latihan industri luar negara adalah sama dengan tempoh minimum latihan industri dalam negara. 7. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Sepanjang tempoh penempatan latihan industri, pelajar layak untuk menerima elaun, sekiranya diberi oleh pihak agensi luar Negara semasa menjalani latihan industri di luar negara. 8. PENYELIAAN 8.1 Penyeliaan pelajar bagi latihan industri luar negara akan mengambil kira keadaan dan lokasi penempatan pelajar. 8.2 Lawatan penyeliaan menggunakan prosedur penyeliaan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Latihan Industri.
8.3 Jika lawatan dan penyeliaan fizikal tidak dapat dibuat, kaedah penyeliaan secara atas talian (online), teleconferencing dan penyeliaan oleh pihak agensi akan dibuat. 9. PERATURAN 9.1 Pelajar yang akan menjalani latihan industri luar negara adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan kaedah-kaedah serta panduan pelaksanaan yang dilaksanakan di bawah peraturan berkenaan. 9.2 Negara yang terlibat dengan peperangan dan tiada hubungan diplomatik termasuk Israel adalah tidak dibenarkan menjadi tempat untuk latihan industri. 10. INSURAN PERUBATAN / PERLINDUNGAN DIRI 10.1 Pelajar yang terpilih digalakkan memiliki insuran perubatan/perlindungan diri tambahan untuk melindungi mereka daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan semasa di luar negara. 11. PERBELANJAAN KEWANGAN 11.1 Perbelanjaan bagi menjalani latihan industri di luar negara adalah ditanggung oleh pelajar. Pihak universiti hanya mengurus dan meluluskan permohonan penempatan dan dokumentasi sahaja.
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri LAMPIRAN B2 Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI Pelajar UTHM ke Luar Negara Mula Tindakan Mendapatkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar PLIF Menyalurkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar PPA Menyemak pendaftaran pelajar dan kenal pasti bidang serta tarikh LI PLIF Mendapatkan maklumat tempat latihan PLIF Taklimat pertama LI kepada pelajar PLIF Mempamerkan senarai industri untuk pemilihan pelajar Memohon penempatan LI Persetujuan industri? Penerimaan permohonan Proses saringan kelayakan dan temuduga FAKULTI Saringan temuduga / FAKULTI/PAB A B
A B Kelulusan Naib Canselor Pengesahan tempat LI Surat makluman kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Wisma Putra dan Pejabat Antarabangsa UTHM Surat Makluman Penolakan Saringan kelayakan Taklimat kepada pelajar Permohonan Visa/Pasport Antarabangsa/Permit Kerja / AGENSI/ PAB Surat penempatan LI dan surat lepas tanggung Perjalanan ke Negara yang dipohon PELAJAR Melapor diri di agensi yang telah ditetapkan untuk LI PELAJAR Selesai *PAB - Pejabat Antarabangsa * - Pejabat Hubungan Industri *PLIF Penyelaras Latihan Industri Fakulti Jawatankuasa LI Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) Pengerusi Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Ahli Ketua Jabatan
PROSES SARINGAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA DI PERINGKAT FAKULTI Perkara terlibat untuk semakan/saringan di peringkat Fakulti: 1) Kelayakan Pelajar Memohon a) CGPA Pelajar (3.00 dan ke atas) b) Keputusan MUET Pelajar/Peperiksaan Bahasa Inggeris (Minimum Band 3) c) pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti 2) Hubungan Organisasi Latihan Industri - UTHM Semakan maklumat hubungan kerjasama UTHM dengan pihak luar boleh dilakukan melalui Total Campus Integrated System (TCIS) di bawah sub maklumat umum. Setelah itu, boleh merujuk kepada Pegawai Pemantau Sistem Kerjasama Universiti (SKU) di Fakulti/PHUI bagi memperolehi maklumat Pegawai Penyelaras MoU/MoA yang telah dilantik oleh universiti. Senarai Pegawai Pemantau Fakulti/PTJ adalah seperti berikut : Bil Nama Pegawai Pemantau Fakulti 1 Prof. Madya Dr. Ahmad Jais bin Alimin FKMP 2 En. Rodziman bin Saad FKEE 3 Prof. Madya Dr. Ismail bin Abdul Rahman FKAAS 4 Dr. Nureize Arbaiy FSKTM 5 Prof. Madya Dr. Tay Kim Gaik FSTPi 6 En. Mohd Lotfi bin Solihin FPTP
a) MoU dengan UTHM PLIF mendapatkan nama Pegawai Tanggungjawab/Penyelaras MoU daripada Pemantau di Fakulti/PHUI. PLIF berbincang dengan Pegawai Penyelaras untuk berhubung dengan Penyelia institusi/organisasi LI luar negara terlibat. Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya b) Tiada MoU dengan UTHM PLIF perlu mendapatkan pengesahan bahawa organisasi latihan industri luar negara yang dicadangkan pelajar itu adalah sah dan sesuai dengan program yang dijalani pelajar. Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya Pengesahan penempatan boleh dibuat secara email, surat, atau faks oleh organisasi terlibat Surat pengesahan penempatan ini perlu disertakan bersama borang permohonan menjalani latihan industri di luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM. 3) Maklumat Penyeliaan Latihan Industri a) PLIF perlu memastikan bahawa proses penyeliaan latihan industri pelajar boleh dilaksanakan. Kaedah penyeliaan termasuklah: Lawatan penyeliaan oleh Staf UTHM yang sedang cuti belajar atau terlibat dengan program sangkutan pengajian di
institusi/organisasi terlibat. (Maklumat boleh diperolehi daripada Unit Cuti Belajar) Teleconferencing (Skype, hoo Chat dan yang setaraf) b) Pengesahan kaedah penyeliaan oleh Penyelia boleh dibuat secara email, surat atau faks c) Surat tawaran penempatan perlu disertakan bersama borang permohonan menjalani latiahn industri luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM