SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

dokumen-dokumen yang mirip
PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

2.0 PENYATAAN MASALAH

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh: keselamatan, kesihatan, dan daya saing dalam pasaran global

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

INSTRUMEN PEMANTAUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TARIKH PEMANTAUAN HARI / MASA 1...

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Tutor: En Md Yusoff b Daud

1

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

6.0 SENARAI SEMAK OPERASI HEADCOUNT

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Transkripsi:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, 77000 JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011 TAJUK: PERSEPSI AHLI-AHLI TENTANG KEBERKESANAN AKTIVITI BULAN SABIT MERAH SMK DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KAJIAN DIJALANKAN OLEH: 1. NOORAINAH BT MD SOM 2. SEET SHAO LEONG 3. NUR HIDAYU BT ABD SAMAD 4. THIVAKARAN A/L ANANDARAJAH

JADUAL KANDUNGAN muka surat Abstrak... i 1.0 Pengenalan... 1 1.1 Matlamat kajian... 1 1.2 Objektif kajian... 1 1.3 Persoalan kajian... 2 1.4 Kepentingan kajian... 2-3 1.5 Batasan kajian... 3 1.6 Definisi istilah... 3 2.0 Sorotan kajian... 4 3.0 Metodologi kajian... 5 3.1 Reka bentuk kajian... 5 3.2 Persampelan... 5 3.3 Instrumen kajian... 5-6 3.4 Prosedur kajian... 6 3.5 Kaedah analisis data... 6 4.0 Perbincangan dapatan kajian... 7 4.1 Faktor ibu bapa... 8 4.2 Faktor guru... 8-9 4.3 Faktor murid... 9-10 5.0 Cadangan kajian... 11 5.1 Cadangan untuk ibu bapa... 11 5.2 Cadangan untuk guru penasihat... 12 5.3 Cadangan untuk pentadbir... 12 5.4 Cadangan kajian lanjutan... 12 Rujukan... 13 Lampiran 1 Soal selidik kajian... 14

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi ahli-ahli Bulan Sabit Merah SMK Datuk Bendahara tentang keberkesanan aktiviti yang dijalankan.subjek kajian terdiri daripada 120 ahli Bulan Sabit Merah dari tingkatan 3,4 dan 5. Borang soal selidik yang digunakan terdiri daripada 18 item tentang persepsi murid terhadap aktiviti Bulan Sabit Merah. Item yang diberikan untuk mendapatkan respons daripada respondan berdasarkan tiga aspek iaitu penglibatan ibu bapa, guru penasihat dan murid. Kajian yang dijalankan adalah secara deskriptif. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa faktor guru penasihat dan murid memainkan peranan dalam ketidakberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di sekolah ini. i

1.0 Pengenalan Sekolah merupakan sebuah institusi yang menyediakan aktiviti dan pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti dan pengalaman ini dilakukan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan di dalam bilik darjah, makmal, atau di luar bilik darjah. Dua konsep yang dikaitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermaksud aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum, mengikut Warta Kerajaan bertarikh, 28 Disember 1997, No.5652 (Kursus Pengajian) Sekolah 1956, bermaksud kegiatan kumpulan. Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan kokurikulum sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Tuntasnya, kurikulum dan kokurikulum saling melengkapi untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.1 Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, Jasin, Melaka. 1.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1.2.1 Mengenal pasti faktor keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah dari sudut pandangan murid. 1.2.2 Mengenal pasti faktor keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah dari sudut pandangan murid berkaitan dengan kepimpinan guru penasihat. 1

1.2.3 Mengenal pasti faktor keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah dari sudut pandangan murid berkaitan dengan sokongan ibu bapa. 1.3 Persoalan kajian Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5 yang menjadi ahli Bulan Sabit Merah. Maklum balas yang diterima daripada murid-murid berkenaan akan memberi gambaran tentang keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, Jasin, Melaka. Kajian ini akan menggambarkan persepsi murid tentang aktiviti Bulan Sabit Merah dan peranan guru serta ibu bapa dari kaca mata ahli Bulan Sabit Merah. 1.4 Kepentingan kajian Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti badan beruniform untuk menyemai dan memupuk prisnsip, kaedah, dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid. Untuk mencapai hasrat ini, aktiviti badan beruniform di sekolah mestilah berkesan mencapai matlamatnya. Kajian ini sangat bermakna kepada pengetua, unit kokurikulum yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru penasihat, dan ahli jawatankuasa Bulan Sabit Merah merangka dan menjana program dan aktiviti yang dapat memikat hati ahli-ahli mereka dan seterusnya membantu merealisasikan visi dan misi sekolah. Selain itu, kajian ini juga penting kepada pengkaji dan penyelidik pada masa depan kerana kajian yang lebih menyeluruh di peringkat daerah dan 2

negeri harus dijalankan. Kajian seumpama ini sudah pasti mengambil masa yang lebih panjang. Walau bagaimanapun, usaha seumpama ini penting untuk memastikan aktiviti kokurikulum khususnya Bulan Sabit Merah dapat dijalankan secara berkesan. 1.5 Batasan kajian Kajian ini dijalankan dalam kalangan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara, Jasin, Melaka yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5. 1.6 Definisi istilah Di bawah ini akan saya bincangkan beberapa istilah penting yang akan digunakan sepanjang penulisan kajian ini. Istilah-istilah berkenaan adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini. 1.6.1 Persepsi Dalam Kamus Dewan edisi keempat persepsi bermakna gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu); pandangan; tanggapan. 1.6.2 Bulan Sabit Merah Bulan Sabit Merah merupakan salah satu badan beruniform yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Pertolongan cemas dan kawad kaki merupakan antara komponen utama yang diajar dalam Bulan Sabit Merah. 3

2.0 Sorotan Kajian Dalam bahagian ini, saya akan membentangkan beberapa pandangan dan kajian yang mempunyai hubungan yang erat dengan bidang yang dikaji. Mohd Suzli Bin Abdullah, 1997 dalam kajiannya yang bertajuk, Permaslaahan dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan Daerah Pasir Mas menyatakan bahawa faktor kewangan, kemudahan peralatan yang tidak mencukupi dan penglibatan guru sebagai faktor murid kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah agama di daerah Pasir Mas. Dalam kajian ini, 7 orang pengetua, 70 orang guru kokurikulum dan 280 orang murid telah menjadi sampel kajian ini. Daripada kajian ini didapati bahawa sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan peralatan yang tidak mencukupi, di samping guru penasihat yang kurang berkemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Ahmad Bin Ismail, 1998 telah membuat kajian yang bertajuk, Hubungan kokurikulum dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar perempuan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mencari penglibatan pelajar perempuan dalam kegiatan kokurikulum, faktor yang mendorong murid perempuan aktif dalam kegiatan kokurikulum, dan membandingkan standard pencapaian akademik murid perempuan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan mereka yang tidak aktif dalam kegiatan kokurikulum. Seramai 237 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dipilih sebagai respondan. Mereka diminta untuk menjawab soal selidik tentang personaliti mereka khususnya latar belakang keluarga dan juga tahap penglibatan mereka dalam kokurikulum. Dapatan menunjukkan bahawa ada perbezaan yang signifikan antara murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan mereka yang tidak aktif dalam aktiviti itu. Terdapat juga perbezaan dalam pencapaian akademik antara atlet yang tinggal di asrama sekolah dengan atlet yang tidak menetap di asrama sekolah. Namun, tiada perbezaan dalam pencapaian akademik antara atlet daripada keluarga yang berpendapatan rendah dengan kumpulan atlet daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. 4

3.0 Metodologi Kajian 3.1 Reka bentuk kajian Oppenhan (1996) menyatakan bahawa fungsi reka bentuk kajian adalah untuk membantu pengkaji mendapatkan jawapan yang jelas terhadap masalah kajian. Kerlinger (1970) menyatakan salah satu tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian. Reka bentuk kajian ini akan membimbing pengkaji ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Kami telah menggunakan reka bentuk deskriptif untuk menjalankan kajian ini. Reka bentuk deskriptif ini membolehkan kami membuat kajian dan menemukan fakta tentang persepsi murid-murid berkaitan dengan keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah di sekolah ini. Reka bentuk ini juga membolehkan kami menemui sebab-sebab murid-murid meminati atau menjauhi aktiviti Bulan Sabit Merah. 3.2 Persampelan Populasi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid dari tingkatan 3, 4, dan 5 yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah sekolah ini. Dalam kajian ini sampel yang dipilih adalah secara rawak. 3.3 Instrumen kajian Soal selidik kajian ini telah diubahsuai daripada instrumen yang digunakan oleh Mohd Suzli Bin Abdullah(1997). 5

Instrumen kajian ini mengandungi 18 item yang berkaitan dengan aktiviti Bulan Sabit Merah dan hubungannya dengan penglibatan murid, guru dan ibu bapa. Kedudukan skor adalah seperti berikut: 5 Sangat Setuju 4 Setuju 3 Kurang Setuju 2 Tidak Setuju 1 Sangat Tidak Setuju Soal selidik ini merupakan item pangkalan Likert. Setiap item dijawab dengan menandakan satu daripada pilihan jawapan antara Sangat Setuju, Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. 3.4 Prosedur kajian Kajian dijalankan oleh kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang. Kami telah memperoleh kebenaran daripada tuan pengetua untuk menjalankan kajian ini dalam kalangan ahli-ahli Bulan Sabit Merah di sekolah ini. Kajian ini telah dijalankan pada 19 April 2011 bertempat di dewan sekolah jam 3.00 petang. Kami telah memilih 120 orang ahli Bulan Sabit Merah secara rawak dan respondan ini dikumpulkan di dewan sekolah. Soal selidik telah kami tadbirkan dengan pengawasan guru penasihat kami. 3.5 Kaedah analisis data Kumpulan pengkaji akan menyemak semua data yang diperoleh melalui soal selidik terlebih dahulu agar semua arahan yang diberikan diikuti dengan betul. Data yang diperoleh akan diproses dengan menggunakan kaedah mencari Min. 6

4.0 Perbincangan dapatan kajian Berikut ialah analisis soal selidik yang ditadbirkan dalam kalangan ahli-ahli Bulan Sabit Merah di sekolah kami: Kod Faktor KF1 KF 2 KF 3 KF 4 KF 5 KF 6 KF 7 KF 8 KF 9 KF 10 KF 11 KF 12 KF 13 KF 14 KF 15 KF 16 KF 17 KF 18 Perkara n Skala - 1 2 3 4 5 Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membosankan. 120 2 8 86 14 10 3.18 KS Ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya. 120 14 12 10 72 12 3.47 S Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuang masa. 120 4 6 78 20 12 3.25 KS Penglibatan dalam Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah. 120 2 8 16 82 12 3.78 S Saya malas mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. 120 2 4 88 14 12 3.25 KS Ibu bapa memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah. 120 0 14 12 76 18 3.82 S Penglibatan dalam aktiviti Bulan Sabit Merah menjejaskan prestasi pembelajaran. 120 92 8 12 8 0 1.47 STS Guru-guru Bulan Sabit Merah berkemahiran mengendalikan aktiviti. 120 9 9 75 12 15 3.13 KS Ibu bapa kurang memberi galakan kepada saya untuk menyertai aktiviti Bulan Sabit Merah. 120 24 65 18 8 5 2.21 TS Saya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. 120 12 35 58 11 4 2.67 KS Guru-guru Bulan Sabit Merah kurang mahir mengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. 120 4 9 11 22 74 4.28 SS Ibu bapa kurang menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya. 120 12 84 14 8 2 2.20 TS Aktiviti Bulan Sabit Merah tidak menjanjikan masa depan saya sebagai murid. 120 14 82 11 7 6 2.24 TS Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangat menarik. 120 7 15 78 12 8 2.99 KS Bilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramai sedangkan bilangan guru penasihat kecil. 120 1 5 18 18 78 4.39 SS Aktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran saya. 120 5 15 80 14 6 3.01 KS Bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukup untuk mengendalikan aktiviti. 120 82 28 8 2 0 1.42 STS Aktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedah kepada saya sebagai murid. 120 1 5 16 83 15 3.88 S X TAHAP 1 = STS 2 = TS 3 = KS 4 = S 5 = SS Julat min: 1.00-1.80 (STS) 1.81-2.60 (TS) 2.61-3.40 (KS) 3.41-4.20 (S) 4.21-5.00 (SS) 7

4.1 Faktor ibu bapa 4.1.1 Berdasarkan item KF2 dan KF12, respondan menyatakan bahawa ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk mereka. Untuk item KF2, skor Min ialah 3.47, iaitu rata-ratanya mereka bersetuju bahawa ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Badan Beruniform ini untuk mereka, manakala skor Min untuk KF12 ialah 2.20, iaitu mereka tidak bersetuju bahawa ibu bapa kurang menyedari kepentingan aktiviti ini untuk mereka. 4.1.2 Berdasarkan item KF6 dan KF9, respondan menyatakan bahawa ibu bapa memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk item KF6, skor Min ialah 3.82, iaitu rata-rata murid bersetuju bahawa ibu bapa memberi galakan, manakala skor Min untuk KF9 ialah 2.21, iaitu murid tidak bersetuju bahawa ibu bapa kurang memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah. 4.1.3 Kesimpulan: Hal ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa bukan faktor penghalang dalam hal penglibatan murid dalam aktiviti ini. 4.2 Faktor Guru 4.2.1 Berdasarkan item KF8 dan KF11, respondan menyatakan bahawa guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah kurang mahir dalam mengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk item KF8, skor Min ialah 3.13, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa guru-guru Bulan Sabit Merah berkemahiran mengendalikan aktiviti, manakala skor Min untuk KF11 ialah 4.28, iaitu mereka sangat setuju bahawa guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah kurang mahir mengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. 8

4.2.2 Berdasarkan item KF15 dan KF17, respondan menyatakan bahawa bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah tidak mencukupi untuk mengendalikan aktiviti berbanding dengan bilangan ahli yang ramai. Untuk item KF15, skor Min ialah 4.39, iaitu respondan berpendapat bahawa bilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramai sedangkan bilangan guru penasihat kecil, manakala skor Min untuk KF17 ialah 1.42, iaitu respondan sanagat tidak setuju bahawa bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukup untuk mengendalikan aktiviti. 4.2.3 Kesimpulan: Bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah yang tidak seimbang dengan bilangan ahli dan faktor guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah yang kurang berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti dianggap sebagai faktor yang menyebabkan murid tidak meminati aktiviti Bulan Sabit Merah. 4.3 Faktor Murid 4.3.1 Berdasarkan item KF1 dan KF14, respondan menyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah kurang menarik. Untuk item KF1, skor Min ialah 3.18, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membosankan. Untuk item KF14, skor Min ialah 2.99, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangat menarik. 4.3.2 Berdasarkan item KF3 dan KF18, respondan menyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini berfaedah kepada mereka. Untuk item KF3, skor Min ialah 3.25, iaitu mereka kurang bersetuju bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuang masa, 9

manakal skor Min untuk KF18 ialah 3.88, iaitu respondan menyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedah kepada mereka. 4.3.3 Berdasarkan item KF4 dan KF13, respondan menyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah. Untuk item KF4, skor Min ialah 3.78, iaitu respondan bersetuju bahawa penglibatan mereka dalam Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah, sementara untuk item KF13, skor Minnya ialah 2.24, iaitu mereka tidak bersetuju bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah tidak menjanjikan masa depan mereka. 4.3.4 Berdasarkan item KF5 dan KF10, respondan menyatakan bahawa mereka sekadar mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk item KF5, skor Min ialah 3.25, iaitu mereka kurang bersetuju bahawa faktor malas menyebabkan mereka kurang mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. Untuk item KF10, skor Min ialah 2.67, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa mereka aktif mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. 4.3.5 Berdasarkan item KF7 dan KF16, respondan menyatakan bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran mereka. Untuk item KF7, skor Minnya ialah 1.47, iaitu respondan sangat tidak bersetuju bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti Bulan Sabit Merah menjejaskan prestasi pembelajaran mereka, manakala skor Min KF16 ialah 3.01, iaitu respondan kurang bersetuju bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran mereka. 10

4.3.6 Kesimpulan: Para respondan berpendapat bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini tidak menarik. Selain itu, juga didapati bahawa mereka sekadar mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah kerana aktiviti yang dijalankan tidak dapat memikat hati mereka. Mereka menyedari bahawa aktiviti Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan mereka dan juga membantu dalam proses pembelajaran. Namun begitu, mereka kurang meminati aktiviti ini. Dalam hal ini, ahli jawatankuasa Bulan Sabit Merah dan guru penasihat didapati tidak prihatin dengan kehendak ahli-ahli mereka. 5.0 Cadangan kajian Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan seperti di bawah adalah dikemukakan untuk memantapkan keberkesanan aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini. 5.1 Cadangan untuk ibu bapa Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah dan ibu bapa bertindak sebagai pendorong kepada anak mereka untuk menyertai aktiviti Bulan Sabit Merah. Walau bagaimanapun adalah diharapkan ibu bapa akan terus memberi sokongan dan dorongan agar anak-anak terus giat dalam kegiatan Bulan Sabit Merah. Dalam hal ini, PIBG sekolah ini turut memainkan peranan dalam mendapatkan sokongan mereka. 11

5.2 Cadangan untuk guru penasihat Guru penasihat Bulan Sabit Merah perlu sentiasa meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendalikan aktiviti badan beruniform ini. Mereka juga perlu kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Bulan Sabit Merah supaya dapat memikat hati para ahlinya. Sekiranya ada peluang, mereka sepatutnya menghadiri kursus yang berkaitan dengan aktiviti Bulan Sabit Merah. 5.3 Cadangan untuk pentadbir Pentadbir sekolah harus memantau aktiviti Bulan Sabit Merah dan memastikan aktiviti Bulan Sabit Merah berjalan dengan lancar. Mereka juga seharusnya memastikan bahawa guru penasihat yang dilantik merupakan mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan minat dalam Bulan Sabit Merah. Pentadbir juga boleh mendapatkan kerjasama daripada guru-guru penasihat Bulan Sabit Merah dari sekolah berhampiran untuk menjayakan program keilmuan untuk guru penasihat yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. Pentadbir juga seharusnya memberi insentif untuk guru penasihat Bulan Sabit Merah yang membimbing pasukannya sehingga mencapai prestasi yang cemerlang di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. 5.4 Cadangan kajian lanjutan Dengan ini dicadangkan agar satu kajian yang lebih mendalam dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam melaksanakan aktiviti Bulan Sabit Merah di peringkat daerah dan negeri. Dengan ini kita dapat menghasilkan penemuan yang mempunyai keesahan yang lebih tinggi lagi tepat. 12

Rujukan Ahmad B Ismail, 1998. Hubungan kokurikulum dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar perempuan. Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Suzli B Abdullah, 1997. Permasalahan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah agama Yayasan Islam Kelantan, Daerah Pasir Mas. Zulkeflee Daud, 2003. Panduan kokurikulum akademik dan bukan akademik. JPM, Melaka. 13

Soal Selidik Lampiran 1 Terima kasih kerana menyertai kajian ini. Saudara / saudari tidak perlu menulis nama. Semua maklumat saudara / saudari adalah rahsia dan tidak akan dihebahkan kepada sesiapa pun. Semua maklumat akan diproses secara berkumpulan melalui komputer untuk tujuan akademik semata-mata. Kerjasama saudara / saudari amat dihargai. Arahan: Sila baca dengan teliti setiap kenyataan di bawah. Fikir dan amati sama ada kenyataan itu benar mengikut pendapat anda sendiri. Sila tandakan (/) pada pilihan anda. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4.Setuju 5. Sangat Setuju Kod Faktor KF 1 KF 2 KF 3 KF 4 KF 5 KF 6 KF 7 KF 8 Faktor Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membosankan. Ibu bapa menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya. Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini membuang masa. Penglibatan dalam Bulan Sabit Merah menjanjikan masa depan yang cerah. Saya malas mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. Ibu bapa memberi galakan untuk menceburi aktiviti Bulan Sabit Merah. Penglibatan dalam aktiviti Bulan Sabit Merah menjejaskan prestasi pembelajaran. Guru-guru Bulan Sabit Merah berkemahiran mengendalikan aktiviti. Penilaian 1 2 3 4 5 KF 9 Ibu bapa kurang memberi galakan untuk menyertai aktiviti Bulan Sabit Merah. KF 10 Saya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti Bulan Sabit Merah. KF 11 Guru-guru Bulan Sabit Merah kurang mahir mengendalikan aktiviti Bulan Sabit Merah. KF 12 Ibu bapa kurang menyedari kepentingan aktiviti Bulan Sabit Merah untuk saya. KF 13 Aktiviti Bulan Sabit Merah tidak menjanjikan masa depan saya sebagai murid. KF 14 Aktiviti Bulan Sabit Merah sekolah ini sangat menarik. KF 15 Bilangan ahli Bulan Sabit Merah terlalu ramai sedangkan bilangan guru penasihat kecil. KF 16 Aktiviti Bulan Sabit Merah membantu proses pembelajaran saya. KF 17 KF 18 Bilangan guru penasihat Bulan Sabit Merah cukup untuk mengendalikan aktiviti. Aktiviti Bulan Sabit Merah sangat berfaedah kepada saya sebagai murid. 14