Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus

dokumen-dokumen yang mirip
KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Sebab-sebab pembiayaan Kewangan Politik di Malaysia memerlukan pengubahsuaian

Kertas Laporan Kepada Bank Negara Malaysia

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

VISI CETAK BIRU ASEAN DEMOKRASI, PILIHANRAYA BEBAS DAN ADIL

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

Koperasi Pengangkutan

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Perlembagaan PARTI KEADILAN RAKYAT

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Kesannya Kepada Pengguna

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

PERUTUSAN TAHUN BAHARU OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Pentingnya pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia *RESOLUSI

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

ANTARA BELANJAWAN NEGARA DAN BELANJAWAN ALTERNATIF Zulkifli Hasan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN 29 MAC 2017

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

بسم هللا الرحمن الرحيم

Panggilan Sedunia untuk Bertindak ke atas Hak Tanah Orang Asal dan Masyarakat. Persoalan Dasar

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Model Pengurusan Strategik

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Pengalaman Majlis Belia Malaysia Terhadap Implementasi Dasar Belia Malaysia. Koresponden: Jufitri Joha (

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

Kesetiaan kepada Syarikat

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

PILIHANRAYA UMUM KE-12: TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Transkripsi:

Regulasi pembiayaan politik ke arah iklim politik yang lebih adil dan telus Oleh: JUFITRI JOHA, Naib Presiden MBM Malaysia dikecohkan dengan pendedahan isu derma 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Polemik ini berterusan dan berpanjangan menjadi bualan rakyat sehingga menimbulkan keributan dan kemerosotan keyakinan (deficit of trust) terhadap pemerintah dan parti politik. Tidak terkecuali pimpinan belia akar umbi juga turut berasa resah dan prihatin dengan senario yang berlaku dalam iklim politik Negara. Bertindak sebelum bertambah parah serta mengurus masa hadapan yang lebih baik untuk pembiayaan politik maka Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada 14 Ogos 2015 yang terdiri daripada tokoh-tokoh ternama, ahli akademik, ahli pemikir, ahli politik dan pemimpin belia daripada Majlis Belia Malaysia (MBM). Saudara Jufitri Joha dilantik atas kapasiti individu dan juga kapasiti mewakili pertubuhan terpenting belia negara iaitu MBM. Ini merupakan pengiktirafan dan bukti relevensi kepada peranan MBM dalam menyumbang ke arah masa hadapan yang lebih baik untuk Kerajaan, parti dan ahli politik dan rakyat Malaysia. Walaupun sesetengah pihak menganggap sinis penubuhan JKNMPP ini namun ianya memberikan harapan baharu kepada iklim politik tanahair. Pengerusi JKNMPP Y.B.Senator Datuk Paul Low Seng Kuan memberikan penegasan bahawa Jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa rakyat di mana segala dapatan dan cadangan yang diperolehi adalah dating dari bawah (akar umbi) ke atas (pihak Kerajaan) khususnya membuat syor kepada Jemaah Menteri bagi memperbaiki mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti di Negara ini. Walaupun begitu, cabaran yang paling besar yang

ditimbulkan oleh sesetengah pihak ialah cabaran komitmen penerimaan dan perlaksanaan oleh pihak pemerintah tentang segala cadangan-cadangan yang dirumuskan oleh JKNMPP kelak secara adil dan menyeluruh. Secara umumnya, JKNMPP berperanan bagi 1.) membincang dan merumuskan isu-isu berkaitan pembiayaan politik parti-parti dan ahli politik; 2.) mencari dan menggabungkan amalan terbaik (best practice) daripada Negara-Negara lain yang sudah mempunyai peraturan berkenaan pembiayaan politik seperti Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan, Hong Kong dan Kanada untuk dijadikan amalan besar (big practice) di Malaysia dalam membendung dan mencegah rasuah dalam pembiayaan politik; 3.) menganalisa institusi dan rangka kerja sokongan yang berkesan bagi memantau isu ini 4.) menggubal keperluan perundangan kerana Malaysia masih tidak mempunyai peraturan khusus untuk memandu pembiayaan politik; 5.) membuat rundingan dan konsultasi bersama pihak-pihak pemegang taruh dan berkepentingan bagi mendapatkan input dan; membuat syor dan cadangan kepada Jemaah Menteri bagi memperbaiki sistem pembiayaan politik Negara. Ini merupakan suatu tugasan dan amanah besar yang terpaksa dipikul oleh Jawatankuasa bagi membasmi ibu segala rasuah iaitu rasuah politik dan melakukan transformasi dalam sistem pembiayaan politik. Parti politik dan calon individu yang terlibat dalam politik kepartian dan proses pilihanraya memerlukan bukan sedikit perbelanjaan untuk mewarnai sistem dan proses demokrasi negara namun kawalan dan peraturan diperlukan bagi menegakkan keadilan dalam memilih pemimpin Negara yang terbaik dan bersih. Terdapat beberapa isu-isu yang perlu diberikan perhatian dan diperhalusi oleh Jawatankuasa dan masyarakat sivil bagi merungkai permasalahan berkaitan pembiayaan politik. Antara isu-isu tersebut ialah 1.) kelemahan sistem kawalan yang menyebabkan kemerosotan akauntabiliti, ketelusan, dan penguatkuasaan; 2.) padang permainan yang tidak rata dan adil

untuk semua parti politik; 3.) tabung pembiayaan politik rahsia dan dana politik asing; 4.) parti politik yang memiliki entiti perniagaan secara langsung atau proksi bagi membiayai aktiviti politik mereka; 5.) hubungan yang tidak sihat antara perniagaan dan politik yang meningkatkan budaya naungan (patronage culture) di mana hanya segelintir individu perniagaan yang menguasai dan mempengaruhi dasar dan polisi sesebuah parti pemerintah mahupun pembangkang demi menjaga kepentingan mereka dan bukan kepentingan rakyat terbanyak; 6.) peluang akses media arus perdana yang adil dan saksama untuk semua parti; dan 7.) parti yang memerintah mempunyai kelebihan untuk menggunakan penjawat, dana dan infrastruktur awam secara tidak langsung untuk menjayakan kempen plilihanraya mereka. 7 Disember 2015 lepas, pihak MBM juga tidak melepaskan peluang menyumbang input membincangkan permasalahan berkenaan pembiayaan politik yang turut dihadiri tetamu undangan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr. Anis Yusal Yusoff, Presiden MBM, saudara Mua amar, badan gabungan MBM dan sayap pemuda parti-parti politik tanahair. MBM menjadi medan penyatu dalam menyediakan platform bagi anak-anak muda pelbagai latarbelakang kepercayaan dan pegangan politik bagi membincangkan isu-isu Negara seperti pembiayaan politik. Dalam pertemuan tersebut perkara dan keprihatinan yang sama seperti yang dinyatakan di atas diutarakan oleh peserta perbincangan. Antara isu dan cadangan menarik yang ditimbulkan adalah peruntukkan dana politik khas dari pihak Kerajaan kepada parti-parti dan individu bebas yang bertanding dan berpartisipasi dalam sistem demokrasi pilihanraya; pendidikan literasi politik kepada rakyat agar cakna untuk mengetahui peranan sebenar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menjayakan kerberkesanan demokrasi; penetapan akaun parti yang sah bagi tujuan derma politik; penghakupayaan akta yang sedia ada bagi mengawal pembiayaan politik; dan mobilisasi dana daripada masyarakat awam (crowd funding) kepada parti politik.

JKNMPP mempunyai masa kurang daripada setahun untuk menyediakan syor kepada pihak Kerajaan bagi memperbaiki kawalan derma politik di Malaysia. MBM akan terus membantu memberi dan mendapatkan input daripada pemimpin belia dan belia akar umbi khususnya yang terlibat dalam politik kepartian bagi disalurkan kepada JKNMPP bagi memastikan masa depan politik Negara yang lebih baik pada masa hadapan. Penulis secara peribadi amat mengalu-alukan inisiatif yang penting ini bagi memastikan semua parti politik dapat berpencak secara adil dan saksama demi manfaat untuk rakyat memilih pemimpin mereka yang terbaik untuk menerajui pemerintahan Negara. InsyaAllah kita akan dapat melihat secara telus dan jelas para pemberi derma politik, penerima derma politik, jumlah derma politik dan aliran perbelanjaan derma politik. Dengan kejelasan ini akan membantu proses ketelusan bagi mengelakkan sebarang rasuah politik dan pemimpin yang benar-benar layak dan berkredibiliti akan terpilih menerajui Negara. Paling penting perlu ditekankan di sini ialah para penderma di kalangan individu, syarikat, kesatuan sekerja dan entiti masyarakat yang lain bebas menderma kepada parti pilihan mereka tanpa rasa takut dan dikenakan akibat negatif dikemudian hari. Undang-undang akan menjamin hak kebebasan memilih dan menderma mereka selama mana ia dilakukan dengan baik dan telus. Ini merupakan saat yang genting dan getir bagi Malaysia mempunyai pimpinan Negara yang bersih dan kompeten bagi membawa Malaysia memasuki gerbang Negara maju menjelang tahun 2020 yang tinggal kurang 5 tahun sahaja dari sekarang. Segala cadangan bertulis boleh disalurkan kepada pihak Sekretariat Majlis Belia Malaysia atau secara langsung kepada: Urusetia JKNMPP d/a Institut Integriti Malaysia

Email: integrity@iim.org.my atau langsung kepada: Jufitri bin Joha Naib Presiden & Ahli JKNMPP Email: jufitri1979@yahoo.com