UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2(19) 24 November 2014 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2014

dokumen-dokumen yang mirip
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 1 TAHUN 2014

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2014 PINDAAN TATACARA PEROLEHAN (PEMBELIAN TERUS) SEJAJAR LANGKAH PENJIMATAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/2008

BEN-PKL( 02/2007 )D PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/ 2007 PINDAAN TEMPOH BAYARAN DAN PENYENGGARAAN DAFTAR BIL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 (11 ) Tarikh: 6 April 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 (1) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2016

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

KURSUS INDUKSI UMUM BIL. 2/2009. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL Oktober 2009

PEROLEHAN BERKAITAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) DAN RANGKAIAN INTERNET

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 08 ) 05 Februari 2014 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/2014

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL : 10/2009 PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

PEKELILING BENDAHARI

KUiTTHO.PB/10.12/04 Jld II (13 ) Tarikh: 29 September 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 06 / 2006

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 ) 14 November 2011 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4 Tahun 2010 PEJABAT BENDAHARLILING PEJABAT BENDAHARI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

FADZILLAH BINTI RAHMAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

SURAT PEKELILING BENDAHARI

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

KEMENTERIAN KEWANGAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2013

Pengenalan PRINSIP PEROLEHAN

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 5 TAHUN 2014 TATACARA PEROLEHAN UNIVERSITI BAGI AKTIVITI YANG MENGGUNAKAN DANA PENYELIDIKAN

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

PEKELILING BENDAHARI BIL : 3/2008 PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.APB.(P).09

GARIS PANDUAN PEROLEHAN KERJA BAGI JUMLAH SEHINGGA RM100, Kod Dokumen : SOK/KEW/GP010/BUY

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK DI BAWAH MAKSUD PEMBANGUNAN P.16 (02) DAN (03)

PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2000. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan aturcara perolehan yang perlu dipatuhi oleh semua Jabatan/Fakulti.

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

BAB 11 PINJAMAN Berikut adalah pihak berkuasa melulus mengikut kategori: 2) Pinjaman Komputer Bendahari

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah

PEMERIKSAAN MENGEJUT KUTIPAN HASIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

Transkripsi:

BEN-SPKL(9 /2014) PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2(19) 24 November 2014 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2014 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia YBhg. Dato /Prof./Tuan/Puan, PINDAAN SERTA TAMBAHAN KEPADA PEKELILING BENDAHARI BIL. 5/2009 BERKENAAN TATACARA PEROLEHAN BEKALAN, PERKHIDMATAN DAN KERJA DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan mengenai pindaan pada Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009, Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan Dan Kerja Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 1.2 Garis Panduan tambahan serta pindaan pada Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009 adalah selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 1 Tahun 2014 mengenai Perubahan Had Nilai Dan Syarat-Syarat Pembelian Terus Bagi Bekalan / Perkhidmatan Dan Had Nilai Kerja Requisition. 1.3 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 2/2014 telah meluluskan tambahan serta pindaan garis panduan berkenaan perkara di atas. 2.0 PINDAAN KEPADA PEKELILING BENDAHARI BIL. 5/2009 BERKENAAN TATACARA PEROLEHAN BEKALAN, PERKHIDMATAN DAN KERJA DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2.1 TAKRIFAN Bagi maksud pemakaian Surat Pekeliling ini:- (i) Setiap Jenis Item adalah ditafsirkan sebagai sesuatu barangan/perkhidmatan yang mempunyai fungsi yang sama dan/atau boleh diperolehi daripada satu punca bekalan serta 1

(ii) perolehan tersebut boleh dirancang. Contoh-contoh pengkelasan setiap jenis item adalah seperti di Lampiran 1. (iii) Kerja Requsition adalah ditafsirkan sebagai kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dengan menggunakan Jadual Kadar Harga. 2.2 HAD NILAI, KAEDAH DAN SYARAT PEROLEHAN BAGI PEROLEHAN BEKALAN, PERKHIDMATAN DAN KERJA 2.2.1 Tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan secara Pembelian Terus untuk nilai sehingga RM50,000.00 bagi Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan dan nilai sehingga RM20,000.00 bagi Perolehan Kerja adalah dipinda sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran 2. 2.2.2 Bagi program yang melibatkan konsultan untuk program pembangunan diri pelajar dan staf serta program-program lain yang melibatkan konsultan DAN untuk pakej lawatan ke dalam atau pun luar negara yang mengandungi tiket penerbangan, penginapan dan lainlain oleh staf atau pelajar perlu mematuhi syarat-syarat berikut:- (i) Semua pemohon perlu melengkapkan borang Permohonan Pembelian (RO) dan hendaklah diluluskan oleh Pengurus Bahagian; (ii) PTJ dikehendaki mendapatkannya sekurangkurangnya tiga (3) sebutharga dari tiga (3) pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera; (iii) (iv) Ketiga-tiga sebutharga dari 3 pembekal tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan kertas kerja untuk kelulusan program tersebut. PTJ dikehendaki memastikan agar baki peruntukan mencukupi sebelum proses kelulusan dibuat. 2.2.3 Syarat-syarat perolehan lain yang perlu dipatuhi oleh PTJ adalah seperti berikut:- (i) Harga tawaran yang paling menguntungkan Kerajaan hendaklah dipilih; 2

(ii) (iii) Perolehan tidak tertumpu kepada satu syarikat pembekal sahaja dan syarikat-syarikat lain yang berkelayakan hendaklah diberi peluang untuk menyertai perolehan tersebut. Bagi perolehan /perkhidmatan yang sukar ditentukan harga pasaran, PTJ boleh menggunakan harga pembelian lampau sebagai perbandingan. (iv) Syarat-syarat lain adalah sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009. 2.3 HAD NILAI PEROLEHAN KERJA-KERJA REQUISITION 2.3.1 Kerja-kerja bernilai melebihi RM20,000.00 hingga RM50,000.00 boleh dipelawa secara Requisition dengan menggunakan Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam dan Bangunan. 2.3.1 Pemilihan kontraktor hendaklah dibuat secara adil melalui undian atau pusingan di di kalangan kontraktor bangunan / awam Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan. 2.3.4 Bagi kerja-kerja requisition yang melebihi RM50,000.00 sebutharga hendaklah dipelawa di kalangan kontraktor bangunan/awam yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai PPK serta SPKK dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan. 2.4 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL / PENGURUS BAHAGIAN / UNIT AUDIT DALAM Bagi memastikan perolehan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti, peranan Pegawai Pengawal, Pengurus Bahagian dan Audit Dalam adalah penting dalam memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi sepenuhnya:- 2.4.1 Merancang perolehan tahunan dan memastikan pembelian terus tidak dipecah kecil untuk mengelak sebut harga atau tender. 2.4.2 Memastikan perolehan jenis item yang sama dalam setahun yang melebihi had nilai pembelian terus dibuat mengikut peraturan perolehan semasa yang ditetapkan. 3

2.4.3 Mengambil tindakan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 (berkaitan dengan pembayaran bagi barang-barang dan perkhidmatan yang dibekal dengan suci hati tidak boleh ditahan) sekiranya pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan gagal mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan. 2.4.4 Unit Audit Dalam bertanggungjawab memantau pelaksanaan perolehan secara pembelian terus dan perolehan selanjutnya bagi jenis item yang sama agar PTj mematuhi peraturan ini dan tidak memecah kecil perolehan. 3.0 TATACARA PEMBAYARAN BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BERNILAI SEHINGGA RM 50,000.00 3.1 PEROLEHAN BERNILAI MELEBIHI RM100.00 SEHINGGA RM500.00 3.1.1 Semasa penghantaran dokumen bayaran, PTJ dikehendaki mengemukakan bersama perkara-perkara berikut- (i) (ii) (iii) (iv) (v) Salinan borang kelulusan Pembelian Terus oleh Pengurus Bahagian iaitu BEN/UP/009C - Pin 1; Invois; Pesanan Tempatan (Jika ada); Nota Penghantaran(DO) ;dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 3.1.2 Peraturan-peraturan pembayaran lain adalah sepertimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. 3.2 PEROLEHAN BERNILAI MELEBIHI RM500.00 SEHINGGA RM10,000.00 3.2.1 Semasa penghantaran dokumen bayaran, PTJ dikehendaki mengemukakan bersama perkara-perkara berikut- (i) (ii) (iii) (iv) (v) Salinan borang kelulusan Pembelian Terus oleh Pengurus Bahagian iaitu BEN/UP/009C Pin 1; Pesanan Tempatan; Invois; Nota Penghantaran(DO); dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 3.2.2 Peraturan-peraturan pembayaran lain adalah sepertimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. 4

3.3 PEROLEHAN BERNILAI MELEBIHI RM10,000.00 SEHINGGA RM50,000.00 3.3.1 Semasa penghantaran dokumen bayaran, PTJ dikehendaki mengemukakan bersama perkara-perkara berikut- (i) Salinan borang keputusan Jawatankuasa Penilaian Sebutharga PTJ iaitu BEN/UP/009A-Pin 1; (ii) Pesanan Tempatan; (iii) Invois; (iv) Nota Penghantaran(DO) ; (v) Borang Rekod Prestasi Pembekal; dan (vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 3.3.2 Peraturan-peraturan pembayaran lain adalah sepertimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. 4.0 TATACARA PEMBAYARAN BAGI PEROLEHAN KERJA BERNILAI SEHINGGA RM 100,000.00 4.1 PEROLEHAN BERNILAI SEHINGGA RM20,000.00 4.1.1 Semasa penghantaran dokumen bayaran, PTJ dikehendaki mengemukakan bersama perkara-perkara berikut- (i) (ii) (iii) (iv) (vi) Salinan borang kelulusan perolehan kerja oleh Pengurus Bahagian iaitu BEN/UP/009C1; Inden; Invois; Borang Perakuan Siap Kerja atau Borang Rekod Prestasi Pembekal; dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 4.1.2 Peraturan-peraturan pembayaran lain adalah sepertimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. 4.2 PEROLEHAN BERNILAI MELEBIHI RM20,000.00 SEHINGGA RM100,000.00 4.2.1 Semasa penghantaran dokumen bayaran, PTJ dikehendaki mengemukakan bersama perkara-perkara berikut- (i) (ii) (iii) Salinan borang kelulusan Jawatankuasa Penilaian Sebutharga PTJ iaitu BEN/UP/009A-Pin1; Inden atau Tempahan; Invois; 5

(iv) (v) Borang Perakuan Siap Kerja atau Borang Rekod Prestasi Pembekal; dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 5.0 PEMBATALAN 4.2.2 Peraturan-peraturan pembayaran lain adalah sepertimana peraturan yang sedang berkuatkuasa. Bab B berkenaan Tatacara Perolehan secara Pembelian Terus di dalam Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009 adalah dipinda seperti dinyatakan dalam Lampiran 2. 6.0 KUATKUASA SURAT PEKELILING Surat pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Dato /Prof./Tuan/Puan adalah diharapkan agar dapat memanjangkan perkara ini kepada staf di bahagian masing-masing. Sekian, terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar, MISRO BIN JERUT Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 07-4537050 s.k - YBhg. Naib Canselor - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) - YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Ketua Audit Dalam 6

Lampiran 1 CONTOH-CONTOH SETIAP JENIS ITEM Bil. Jenis Item Keterangan/Contoh 1 Alat ganti Pelbagai alat ganti yang boleh diperoleh daripada pembekal (punca bekalan ) yang sama adalah dikategorikan sebagai satu jenis item 2 Item pelbagai saiz 3 Set sofa 4 Toner Item pelbagai saiz hendaklah ditafsirkan sebagai satu jenis item. Contoh : Pembelian pelbagai saiz paku ( 1 inci atau 1 1/2), mentol, lampu kalimantang, cermin dan lain-lain. Set sofa yang merangkumi pelbagai jenis kerusi (sama ada kerusi 1 tempat duduk atau 3 tempat duduk) bersama meja, ditafsirkan kepada satu jenis item. Jika pembelian perabot terdiri daripada kerusi banquet dan set sofa boleh dianggap item yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika kedua-duanya boleh dibeli daripada pembekal (punca bekalan) yang sama, ianya boleh ditafsirkan sebagai satu jenis item. Pembelian pelbagai toner ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (punca bekalan) yang sama. 5 Alatulis Pembelian alatulis seperti pen, pensel, pembaris, gunting, stapler, pemadam, gam dan sebagainya. 6 Kertas Pelbagai saiz kertas (A4, A3) dan kertas pelbagai warna adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item. 7 Peralatan ICT Komputer, printer, scanner, monitor, key board dan CPU adalah satu jenis item. 8 Ubat Pelbagai ubat adalah satu jenis item 9 Bahan-bahan binaan 10 Barangan elektrik Bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, papan, batu, cat, siling, paku adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item. Pelbagai barangan elektrik seperti cerek, kipas angin, televisyen, radio, seterika, pengisar, peti sejuk adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada pembekal (kedai elektrik) yang sama. 11 Catuan kering / Bahan mentah Pembelian pelbagai jenis catuan kering/bahan mentah seperti rempahratus, asam jawa, sayur-sayuran, ikan dan lain-lain adalah ditafsirkan sebagai satu jenis item kerana boleh diperoleh daripada satu pembekal (pasar) yang sama.

12 Perkhidmatan pengangkutan Setiap perolehan perkhidmatan bas/pengangkutan untuk setiap majlis/program adalah berbeza kerana setiap majlis/program mempunyai tujuan/peserta/masa yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kes perlu ditentukan berdasarkan case by case. 13 Percetakan 14 Sewaan mesin penyalin/fotostat 15 Aksesori pakaian seragam Setiap percetakan adalah berbeza kerana setiap risalah yang dicetak mempunyai isi kandungan yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi percetakan yang boleh dirancang setiap tahun, perolehan percetakan tersebut dianggap satu jenis item perkhidmatan. Perkhidmatan penyewaan mesin penyalin/fotostat pelbagai keupayaan (heavy duty, medium duty, light duty) dan pelbagai fungsi (berwarna/hitam putih) adalah satu jenis item perkhidmatan. Perolehan kelengkapan/aksesori pakaian seragam adalah dikategorikan sebagai satu jenis item memandangkan fungsinya yang sama iaitu sebagai pakaian seragam. Selain itu, ia boleh dirancang setiap tahun berdasarkan bilangan pegawai. 16 Kursus i. Bagi kursus yang mempunyai modul/tajuk kursus sama ( boleh dirancang) dianggap satu jenis item dan kaedah perolehan hendaklah ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan perolehan setahun. Contoh: Kursus Kewangan dilaksanakan 4 kali setahun untuk peserta berlainan. ii. Bagi kursus yang dilaksanakan secara bersiri (boleh dirancang) dianggap satu jenis item dan kaedah perolehan hendaklah ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan perolehan setahun. Contoh: Kursus Excel (Tahap I, Tahap II, Tahap III dan Tahap IV) dilaksanakan 4 kali setahun untuk peserta berlainan/sama. iii. Bagi kursus yang mempunyai modul/tajuk yang berbeza, dianggap perolehan berasingan kerana isi kandungan kursus berlainan. Contoh: Kursus Kepimpinan (bulan Jan) dan Kursus Pembangunan Sahsiah (bulan Mei) untuk peserta berlainan/sama. Maksud 'setahun' atau 'sesuatu kontrak' bererti perolehan sehingga RM10,000 setahun atau sesuatu kontrak. Contoh 1: Perolehan kawalan keselamatan untuk setahun bernilai RM9,000 boleh dilaksanakan secara pembelian terus. Walau bagaimanapun sekiranya PTj merancang untuk mengadakan kontrak bagi tempoh dua (2) tahun di mana nilainya berjumlah RM14,000 (melebihi RM10,000), maka tatacara perolehan seperti yang dimaksudkan didalam pekeliling hendaklah di patuhi.

Lampiran 2 TATACARA PEROLEHAN UNIVERSITI BAB 2 PEMBELIAN TERUS

BAB 2 PEMBELIAN TERUS 1.0 PENGENALAN Pembelian Terus merupakan perolehan bagi satu jenis barangan yang boleh dibeli terus daripada mana-mana syarikat tidak kira sama ada berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera tertakluk kepada syarat syarat dan had nilai yang telah ditetapkan. 2.0 HAD NILAI PEMBELIAN TERUS Pembelian Terus bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja adalah tertakluk kepada tatacara dan syarat mengikut had nilai perolehan sepertimana berikut:- 2.1 Bekalan dan Perkhidmatan 2.1.1 Bernilai RM100.00 dan kurang Perolehan yang bernilai RM100.00 dan kurang untuk satu jenis barangan boleh dibuat melalui Panjar Wang Runcit. 2.1.2 Melebihi RM100.00 sehingga RM500.00 a. Perolehan bernilai melebihi RM100.00 sehingga RM500.00 bagi satu jenis barangan boleh dibeli terus daripada mana-mana syarikat tidak kira sama ada berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera; 2.1.3 Melebihi RM500.00 sehingga RM10,000.00 a. Perolehan bernilai melebihi RM500.00 sehingga RM10,000.00 bagi satu jenis barangan boleh dibeli terus daripada mana-mana syarikat tidak kira sama ada berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera; b. Walau bagaimanapun, untuk mempastikan harga yang ditawarkan berpatutan, PTJ dikehendaki mendapatkan sebut harga sekurang-kurangnya daripada tiga (3) syarikat; dan c. Pesanan Tempatan perlu dikeluarkan selepas syarikat yang berjaya diluluskan oleh Pengurus Bahagian. 2

2.1.4 Bernilai melebihi RM10,000.00 sehingga RM50,000.00 a. Perolehan bernilai melebihi RM10,000.00 sehingga RM50,000.00 hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya tiga (3) pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera; b. Semua perolehan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal PTJ terlebih dahulu sebelum diiklankan; c. Tempoh notis pengiklanan sebutharga adalah selama sekurang-kurangnya tiga (3) hari dan mempamerkannya di papan kenyataan PTJ dan Pej. Bendahari; d. Naskah pembelian terus ini dijual dengan harga RM10.00 dan di jual di Pejabat Bendahari; e. Pesanan Tempatan perlu dikeluarkan selepas syarikat yang berjaya diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Sebutharga PTJ. 2.1.5 Semua pembelian terus di para 2.1.3 dan 2.1.4 di atas bagi bidang khusus yang memerlukan lesen/permit yang sah atau keperluan yang disyaratkan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan, PTJ hendaklah memastikan bahawa pembekal yang dipilih mematuhi syarat-syarat tersebut. Oleh itu, PTJ hendaklah mendapat pengesahan senarai nama syarikat dari Pejabat Bendahari sebelum dipamerkan atau di pelawa, contohnya memiliki lesen daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk perkhidmatan kawalan keselamatan dan percetakan, lesen farmasi daripada Kementerian Kesihatan bagi bekalan bahan farmasi dan sebagainya. 2.1.6 Bagi perolehan yang menggunakan Geran Penyelidikan, perolehan boleh dibuat terus dengan mana-mana syarikat tidak kira sama ada berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera sehingga nilai RM 50,000.00 dengan syarat syarikat tersebut menawarkan harga yang rendah dan munasabah. Walaubagaimanapun ianya tidak terpakai untuk perolehan Perisian yang mana ianya perlu menggunapakai Pekeliling Bendahari Bil. 1/2012 yang sedang berkuatkuasa. 3

2.2 Kerja 2.2.1 Perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal sehingga RM20,000 bagi satu projek boleh dibuat secara lantikan terus dikalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dibawah kepala dan sub kepala yang berkaitan di daerah Batu Pahat sahaja. Inden perlu dikeluarkan selepas kontraktor yang berjaya diluluskan oleh Pengurus Bahagian. 2.2.2 Proses kerja untuk perolehan kerja ini adalah seperti berikut:- (a) Semua pemohon perlu melengkapkan borang Permohonan Pembelian (RO) dan hendaklah diluluskan oleh Pengurus Bahagian; (b) (c) (d) Perolehan kerja bernilai sehingga RM20,000.00 boleh dibuat secara lantikan terus dikalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dibawah kepala dan sub kepala yang berkaitan di daerah Batu Pahat sahaja atau mempamerkannya di papan kenyataan PTJ; Semua perolehan kerja untuk nilai ini perlu diluluskan oleh Pengurus Bahagian terlebih dahulu dengan menggunakan Borang/BEN/009C1 sebelum Inden dikeluarkan dengan memastikan baki peruntukan mencukupi; dan Inden perlu dikeluarkan selepas syarikat yang berjaya diluluskan oleh Pengurus Bahagian. 3.0 PROSES KERJA BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN 3.1 Bernilai RM100.00 dan kurang Semua PTJ perlu mematuhi proses kerja yang berikut bagi nilai seperti di atas:- 3.1.1 Semua permohonan pembelian hendaklah diluluskan oleh Pengurus bahagian atau pegawai yang dibenarkan dengan melengkapkan borang permohonan Panjar Wang Runcit sebelum pembelian dibuat;dan 3.1.2 PTJ dikehendaki memastikan agar wang tunai mencukupi sebelum proses kelulusan dibuat dan resit pembelian dikemukakan oleh pemohon ke Unit Kewangan PTJ selepas pembelian untuk direkup semula. 4

3.2 Melebihi RM100.00 sehingga RM500.00 Semua PTJ perlu mematuhi proses kerja yang berikut bagi nilai seperti di atas:- 3.2.1 Semua pemohon perlu melengkapkan borang Permohonan Permohonan Pembelian (RO) yang perlu diluluskan oleh Pengurus Bahagian sebelum perolehan dibuat; 3.2.2 Perolehan bernilai melebihi RM100.00 sehingga RM500.00 bagi satu jenis barangan boleh dibeli terus daripada mana-mana syarikat tidak kira sama ada berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kewangan dan sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera; dan 3.2.3 Semua perolehan untuk nilai ini perlu diluluskan Pengurus Bahagian terlebih dahulu dengan menggunakan Borang/BEN/009C-Pin 1 sebelum arahan pembekalan dibuat kepada syarikat dibuat. 3.3 Melebihi RM500.00 sehingga RM10,000.00 Semua PTJ perlu mematuhi proses kerja yang berikut bagi nilai seperti di atas:- 3.3.1 Semua pemohon perlu melengkapkan borang Permohonan Pembelian (RO) dan hendaklah diluluskan Pengurus Bahagian sebelum mendapatkan sebutharga daripada syarikat dikeluarkan atau mempamerkannya; 3.3.1 PTJ dikehendaki mendapatkan sebutharga sekurang-kurangnya tiga (3) tawaran harga daripada syarikat; 3.3.2 Pemohon dikehendaki membuat penilaian dan pengesyoran ke atas kesemua sebut harga yang diterima dari syarikat dan seterusnya menyerahkan kepada Unit Kewangan PTJ untuk mendapat kelulusan Pengurus Bahagian. 3.3.3 Semua perolehan untuk nilai ini perlu diluluskan Pengurus Bahagian terlebih dahulu dengan menggunakan Borang/BEN/009C-Pin 1 sebelum arahan pembekalan dibuat kepada syarikat dibuat dan pesanan tempatan dikeluarkan dengan memastikan baki peruntukan mencukupi. 3.3.4 Pesanan Tempatan perlu dikeluarkan selepas syarikat yang berjaya diluluskan oleh Pengurus Bahagian. 5

3.3 Bernilai melebihi RM10,000.00 sehingga RM50,000.00 Semua PTJ perlu mematuhi proses kerja yang berikut bagi nilai seperti di atas:- 3.3.2 Semua Permohonan Pembelian (RO) hendaklah diluluskan oleh Pengurus Bahagian sebelum surat pelawaaan kepada syarikat dikeluarkan dan dipamerkan di papan kenyataan PTJ; 3.3.3 Semua perolehan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal PTJ terlebih dahulu sebelum diiklankan; 3.3.4 PTJ dikehendaki mempelawa di kalangan sekurang-kurangnya tiga (3) syarikat dan mempamerkannya seperti di perenggan 2.1.4 (a) di atas; 3.3.5 Tempoh notis pengiklanan sebutharga adalah selama sekurangkurangnya tiga (3) hari dan mempamerkannya di papan kenyataan PTJ dan Pejabat Bendahari; 3.3.6 Naskah pembelian terus ini dijual dengan harga RM10.00 dan dijual di Pejabat Bendahari; 3.3.7 Oleh itu, PTj perlu menyerahkan naskah pembelian terus ini ke Pejabat Bendahari sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum ianya diiklankan; 3.3.8 Semua sebut harga yang diterima dari syarikat hendaklah di kawal selia dan dipantau oleh Unit Kewangan PTJ sebelum ia diserahkan semula kepada pemohon untuk dibuat penilaian; 3.3.9 Pemohon dikehendaki membuat penilaian dan pengesyoran ke atas kesemua sebut harga yang diterima dari syarikat dan seterusnya menyerahkan kepada Unit Kewangan PTJ untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Sebutharga PTJ;dan 3.3.10 Pesanan Tempatan perlu dikeluarkan selepas syarikat yang berjaya diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga PTJ. 4.0 Semua penggunaan borang untuk kaedah perolehan ini adalah seperti yang sedang berkuatkuasa. 6