DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN POLITEKNIK EDISI 2015

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

PEGAWAI PEREKA GRAFIK DGA 32/34 PPPLD

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PEGAWAI ELEKTRONIK MAKMAL DGA 32/34 PPPLD

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (HAL EHWAL PELAJAR) DG 34

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

POLISI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PASCA SISWAZAH SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PEGAWAI PENGURUSAN (PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN) DG 41

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PPP-PK-05 PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PETUNJUK PRESTASI 2017

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN DGA34

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN) DG 32/34

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Apakah ISO? pengujudan piawai antarabangsa. yang bermaksud sama rata, seragam.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

UNIT 1 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

ARAHAN: ( )

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Nota: Senarai Semak ini perlu dibaca bersama Standard dan Juruaudit dinasihatkan tidak terlalu terikat kepada senarai semak ini.

PENGURUSAN PRAKTIKUM DG34

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN) DG 41

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (HAL EHWAL PELAJAR)

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

POLITEKNIK MERLIMAU Penemuan Ketidakpatuhan Audit Dalaman ( Februari 2015 ) BIL PROSEDUR KERJA (PK) KETIDAKPATUHAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

KAPS-06 Kod Amalan Pentaksiran Pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM)

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua


UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

MESYUARAT KURIKULUM 1/2010 PENGURUSAN PANITIA : PERANAN DAN FUNGSI

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

Transkripsi:

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 1.0 PENGENALAN 1.1 Jabatan Pengajian Politeknik dan institusi dibawah kawalannya komited dalam memartabatkan pengajian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara dengan menghasilkan modal insan kompeten yang sedia bekerja, berkemahiran insaniah, berintegriti, beretika serta terus-menerus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui perancangan dan penyampaian kurikulum yang sistematik dan efektif. 1.2 Dasar dan Prinsip perancangan dan penyampaian kurikulum disediakan untuk memberi panduan kepada pemimpin, staf akademik (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi) dan staf sokongan bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka dalam merancang, menyedia melaksana, memantau dan menambahbaik aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P). 2.0 PERNYATAAN DASAR Politeknik komited dalam memastikan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran memenuhi keperluan kurikulum dan standard akreditasi dalam mencapai matlamat dan hasil pembelajaran program pengajian melalui kepelbagaian pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian, dinamik dan terancang. 3.0 SKOP Dasar ini digunapakai oleh semua pemimpin, staf akademik (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi) serta staf sokongan di Jabatan Pengajian Politeknik dan institusi di bawah kawalannya dalam melaksanakan program pengajian yang ditawarkan di politeknik Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 2

4.0 DEFINISI 4.1 Kurikulum Pengalaman pembelajaran pelajar yang dirancang dan dilaksana secara sistematik bagi mencapai matlamat dan hasil pembelajaran program pengajian. 5.0 PRINSIP PELAKSANAAN 5.1 Pematuhan Kurikulum Dan Standard Akreditasi Perancangan dan pelaksanaan aktiviti akademik mesti memenuhi keperluan kurikulum pengajian, standard akreditasi dan kerangka kelayakan yang ditetapkan. Aktivitii pembelajaran dan pengajaran (P&P) dilaksanakan untuk memenuhi spesifikasi program dan mencapai hasil pembelajaran dengan mematuhi silibus kursus, Cadangan Agihan Jam (RTA) setiap topik, kriteria penilaian, Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) dan lain-lain ketetapan dokumen kurikulum. 5.2 Takwim Akademik Takwim Akademik di politeknik yang terancang dan sistematik perlu dibangunkan berpandukan Kalendar Akademik JPP, Takwim Peperiksaan JPP, aktiviti Latihan Industri, aktiviti Kokurikulum dan lain-lain aktiviti berkaitan P&P. 5.3 Jadual Waktu Untuk Penggunaan Sumber Pembelajaran Secara Optimum Jadual waktu disediakan sebelum sesi pengajian bermula bagi memastikan penggunaan sumber pembelajaran secara optimum ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Penyediaannya mengambilkira kompetensi pensyarah, kemudahan fizikal serta keberkesanan Masa Pembelajaran Pelajar. 5.4 Rancangan Mengajar bagi Mencapai Hasil Pembelajaran Rancangan Mengajar disedia, dikemaskini dan disemak secara berkala supaya aktiviti P&P dilaksanakan dengan berkesan. Penyediaannya mengambilkira hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir setiap sesi pembelajaran, pendekatan kaedah P&P yang bersesuaian dan kepelbagaian instrumen penilaian di sepanjang semester pengajian. Refleksi ke atas aktiviti P&P dilaksanakan untuk penambahbaikan berterusan. Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 3

5.5 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan pendekatan utama pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi mencapai matlamat dan hasil pembelajaran program pengajian politeknik. Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian adalah berfokuskan kepada pelajar. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator dan pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri. 5.6 Penerapan Kemahiran Generik Kemahiran generik meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritikal, kemahiran sosial dan bertanggungjawab, kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keusahawanan dan pengurusan, profesionalisme, etika dan moral serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan perlu diterapkan dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) selain dari elemen pengetahuan dan kemahiran praktikal. 5.7 Kepelbagaian Penggunaan Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang bersesuaian dan dinamik perlu diaplikasikan secara terancang. Pelbagai kaedah yang yang diaplikasikan seperti pembelajaran koperatif atau pengajaran berasaskan masalah dan lain-lain kaedah yang terbukti berkesan perlu mengambilkira kepelbagaian pelajar dari aspek tahap pengetahuan, kemahiran, penguasaan bahasa, gaya pembelajaran, sosio-ekonomi dan lain-lain. 5.8 Pemantapan Penggunaan Teknologi Teknologi digunakan bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran (P&P). Aktiviti-aktiviti penggalakan penghasilan bahan pembelajaran dalam bentuk elektronik dan penggunaan e-pembelajaran dilaksanakan bagi mengembangkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran praktikal dan generik di kalangan pelajar dan staf akademik. 5.9 Pemantauan Kehadiran Pelajar Kehadiran pelajar setiap kursus direkod dan dianalisis bagi memantau proses pembelajaran berlaku secara berterusan. Peratus kehadiran pelajar dipantau secara berkala bagi mengenalpasti tindakan penambahbaikan bersesuaian untuk memastikan pelajar mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara aktif untuk mencapai hasil pembelajaran. Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 4

5.10 Pemantauan Penilaian Kerja Kursus Penilaian Kerja Kursus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk menilai pencapaian hasil pembelajaran. Pelaksanaannya sepanjang sesi pengajian dapat memberi maklumbalas status pencapaian hasil pembelajaran disamping mengenalpasti kelemahan dan kekuatan serta potensi pelajar dan mengambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya. 5.11 Perkongsian Pintar Industri Ke arah Graduat Sedia Bekerja Penglibatan industri dipertingkatkan dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi melahirkan graduat yang sedia bekerja (work ready). Tahap pencapaian matlamat dan hasil pembelajaran dimantapkan melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) bersama pihak industri samada di dalam atau di luar politeknik di sepanjang tempoh pengajian bagi membolehkan graduat bersedia melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam sesebuah organisasi. 5.12 Peningkatan Kompetensi Pelajar Melalui Latihan Industri Latihan Industri hendaklah dilaksanakan secara terancang, berstruktur dan diukur bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti. Latihan Industri dilaksanakan bagi memberi pengalaman sebenar alam pekerjaan dan membolehkan pelajar mempraktikan pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan hasil pembelajaran yang telah diperolehi sepanjang berada di politeknik. Penyeliaan Latihan Industri oleh pensyarah politeknik dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh Latihan Industri. Penilaian Latihan Industri ke atas pelajar melibatkan penilaian dari pihak industri dan penilaian oleh pihak politeknik. 5.13 Pentaksiran Pembelajaran Berkesan Aktiviti pentaksiran yang terbuka, boleh dipercayai, sah dan adil dilaksanakan bagi mengenalpasti pencapaian matlamat dan hasil pembelajaran program pengajian. Pentaksiran pembelajaran dilakukan menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen bagi menguji hasil pembelajaran dalam aspek kefahaman, kemahiran praktikal atau kemahiran generik. Penyelarasan kursus yang mempunyai lebih dari satu kelas / seksyen perlu dilaksanakan. Maklumbalas hasil pentaksiran yang diperolehi digunakan untuk menentukan pencapaian pembelajaran, gred dan prestasi pelajar / aktiviti akademik. Pelajar berhak untuk mengetahui markah dan maklumbalas dari pensyarah terhadap pentaksiran kerja kursus untuk tujuan penambahbaikan berterusan. Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 5

5.14 Maklumbalas Pencapaian Hasil Pembelajaran Kursus dan Program Pencapaian hasil pembelajaran kursus dan program dianalisa, dinilai dan dilaporkan untuk mengenalpasti kelemahan, kekuatan dan tindakan penambahbaikan yang sewajarnya. Penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan perlu mampu mendorong pembelajaran pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen. 5.15 Pemantapan Bahasa Pengantar Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) bagi kursus-kursus teknikal menggunakan Bahasa Inggeris. Langkah-langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi memastikan prestasi pelajar tidak terjejas disebabkan oleh bahasa pengantar yang digunakan. 5.16 Menghormati Harta Intelek dan Hak Cipta Politeknik tidak membenarkan sebarang unsur plagiat dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Pengiktirafan kepada individu asal perlu diberi apabila menggunakan karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan. Segala penemuan, reka bentuk atau paten adalah hak milik politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik. Walau bagaimanapun, politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik. 5.17 Pemantauan Pengajaran Pensyarah Ke arah Pembangunan Profesionalisme Pemantauan pengajaran pensyarah hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap semester bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P) mematuhi perancangan dan peraturan yang ditetapkan. Penilaian pengajaran pensyarah meliputi proses pencerapan semasa P&P berjalan, semakan dokumen dan pengukuran persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah. Maklumat pengajaran pensyarah dianalisa untuk tujuan penambahbaikan berterusan ke atas aktiviti P&P bagi meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah. 5.18 Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Sumber P&P yang diperlukan dalam proses mahupun pengurusan P&P hendaklah dirancang, disedia, diurus, dihasil dan digunakan dengan efisien dalam membantu meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P. Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 6

5.19 Infrastruktur, Peralatan dan Persekitaran Pembelajaran dan Pengajaran Politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik hendaklah menyediakan infrastruktur, peralatan dan persekitaran pembelajaran yang memberikan suasana pembelajaran yang kondusif serta sentiasa berusaha untuk melengkap dan menaiktaraf selaras dengan keperluan semasa supaya aktiviti P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. 6.0 DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN 6.1 Kurikulum Program Pengajian 6.2 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) 6.3 Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) 6.4 Prosedur Penilaian Kendiri Program Pengajian Politeknik. 6.5 Kod Amalan Audit Institusi (COPIA) 6.6 Standard Program 6.7 Garis Panduan Proses Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Politeknik. 6.8 Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik. 6.9 Garis Panduan Latihan Industri Politeknik (Pelajar). 6.10 Garis Panduan Pengurusan Latihan Industri Politeknik. 6.11 Industrial Training Handbook. 7.0 PERNYATAAN KUATKUASA Dasar dan Prinsip Jaminan Kualiti ini dikuatkuasakan kepada semua pemimpin, staf akademik (PPPT) serta staf sokongan di Jabatan Pengajian Politeknik KPT dan institusi di bawah kawalannya mulai sesi Disember 2011. Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 7

8.0 LAIN-LAIN 8.1 JPP berhak mengubah Dasar dan Prinsip ini dari semasa ke semasa. 8.2 Dasar dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum Program Pengajian Jabatan Pengajian Politeknik disemak sekurang-kurangnya setiap 3 tahun bagi memenuhi keperluan serta kehendak semasa dengan mengambilkira semua pihak berkepentingan. Disediakan oleh : Bahagian Kecemerlangan Instruksional Disokong oleh : Anggota Persidangan Pengarah-Pengarah Disahkan oleh : JK Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik Tarikh di sahkan : 8 November 2011 Dasar Dan Prinsip Perancangan dan Penyampaian Kurikulum 8