KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN KLINIK 1MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Koperasi Pengangkutan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Pengenalan kepada Ekonomi

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAHAGIAN 1 : Demografi

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAHAGIAN 1 : Demografi

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK KEBERKESANAN BANTUAN MODAL DALAM PENGAGIHAN ZAKAT: KES ASNAF FAKIR DAN MISKIN

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Transkripsi:

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PELAKSANAAN KLINIK 1MALAYSIA Hanum Hassan 1, Razli Ahmad 2 & Lt. Kol (B) Azuddin Bahari 3 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) P.O. Box 77, d/a Pejabat Pos Besar, 01007 Kangar, Perlis Email: hanum@unimap.edu.my 1, razli@unimap.edu.my 2 & azuddin@unimap.edu.my 3 ABSTRAK Perasmian 50 buah klinik 1Malaysia pada tahun 2010 di seluruh Malaysia memberi makna besar akan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Komitmen yang tinggi diberikan oleh kerajaan dalam hal ini bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat. Malah, pelaksanaan klinik 1Malaysia jelas menunjukkan bahawa pembangunan sosial menjadi agenda utama kepada kerajaan dalam pembinaan sesebuah negara. Impak kepada pelaksanaan ini dilihat dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Justeru, satu penyelidikan dilakukan untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan klinik 1Malaysia. Data dan maklumat di kumpul melalui kaedah tinjauan yang melibatkan pelbagai ras, pendapatan dan umur. Penyelidikan yang dijalankan di negeri utara Malaysia juga cuba meninjau bagaimana klinik 1Malaysia membantu memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat di samping menilai komitmen kerajaan terhadap rakyat. Kata Kunci: Pembangunan sosial, kesihatan 1 Hanum Hassan: Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi, UniMAP 2 Razli Ahmad : Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi, UniMAP 3 Lt. Kol.(B) Azuddin Bahari : Pusat Pengajian inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan, UniMAP 1

PENGENALAN Selepas Dato' Sri Hj. Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mentadbir negara selama 100 hari, beliau telah mengumumkan 11 langkah mesra rakyat. Antaranya memberi diskaun bagi pengguna jalan bertol, memperkenalkan Program Perumahan Rakyat, meningkatkan prasarana di kawasan luar bandar, mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia. Beliau juga turut mengumumkan pengagihan RM100 juta dalam bentuk amanah saham secara percuma kepada golongan miskin terutama miskin tegar di bandar bagi tujuan pelaburan untuk membantu menambah pendapatan mereka. Selain itu, kerajaan di bawah pimpinan beliau turut menubuhkan Klinik 1Malaysia yang telah menunjukkan satu lagi komitmen kerajaan kepada rakyat berjaya dilaksanakan. KLINIK 1MALAYSIA Klinik 1Malaysia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai terutama yang berpendapatan rendah untuk menjalani rawatan dengan kos yang rendah iaitu hanya RM1. Lokasi Klinik 1Malaysia terletak di kawasan kejiranan yang bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah. Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital yang mana pihak kerajaan membenarkan pembantu hospital memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Walau bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Bagi kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Masa bagi operasi klinik ini ialah tujuh hari seminggu yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Jabatan Penerangan Malaysia, 2011). KOMITMEN KERAJAAN KEPADA RAKYAT Perasmian 50 buah klinik 1Malaysia pada tahun 2010 di seluruh Malaysia memberi makna besar akan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Komitmen yang tinggi diberikan oleh kerajaan dalam hal ini bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di 2

negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat. Malah, pelaksanaan klinik 1Malaysia jelas menunjukkan bahawa pembangunan sosial menjadi agenda utama kepada kerajaan dalam pembinaan sesebuah negara. Hal ini kerana kesihatan penduduk yang baik adalah satu input penting bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan. Di samping itu, keadaan ini juga menunjukkan bahawa pelaburan ke atas kesihatan merupakan komponen utama yang diberi perhatian oleh kerajaan (Zulkarnain, Sivamurugan & Azeem Fazwan, 2008). Dalam strategi keseluruhan pembangunan, pelaksanaan klinik 1Malaysia ini selari dengan pembangunan ekonomi yang membolehkan status kesihatan turut diperbaiki. Sejak 1957, program pembangunan telah berusaha memajukan sektor kesihatan termasuklah memberi tumpuan ke atas perkhidmatan kesihatan yang komprehensif baik di peringkat penjagaan awal, pertengahan dan atasan. Yang jelas, matlamat kerajaan adalah untuk memastikan pembangunan sosial berpaksikan kepada rakyat; masyarakat dan sumber ekonomi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia secara efektif. Maka, pembangunan sosial menjadi kunci kepada membina kehidupan yang berkualiti (Zulkarnain, Sivamurugan & Azeem Fazwan, 2008). Menurut Raja Dr. Nazrin, indeks kesihatan rakyat adalah antara pengukur tahap kemajuan sesebuah negara dan Malaysia amat berbangga dengan pencapaian pembangunan prasarana fizikal terbaik. Menurut baginda, Kejayaan fizikal ini perlu diimbangkan dengan pembangunan selari komponen perisian, antaranya tahap kesihatan warganya. Menurut baginda lagi, adalah janggal dan tempang kepada karakter sesebuah negara apabila berlakunya ketidakseimbangan antara pencapaian positif indeks pertumbuhan ekonomi, perdagangan dan pembangunan prasarana, sedangkan kualiti alam sekitar, pencemaran, kebersihan udara dan air, kesihatan serta kesejahteraan warga menunjukkan indeks negatif (Berita Harian, 2008). Penubuhan klinik 1Malaysia juga dilihat sebagai barangan unggul iaitu barangan yang amat penting di dalam kehidupan manusia dan kerajaan sesebuah negara mengambil tanggung jawab untuk memastikan perkhidmatan ini disediakan untuk digunakan oleh semua ahli masyarakat. Impak kepada pelaksanaan ini juga dilihat dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hal ini kerana kerajaan memberi jaminan bahawa setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, 3

agama,budaya,gender atau fahaman politik dapat menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. Justeru artikel ini akan mengenal pasti persepsi masyarakat kepada aspek-aspek pembangunan sosial khusus kepada sektor kesihatan. Keadaan ini perlu diterokai untuk mengenal pasti adakah pelaksanaan klinik ini berupaya membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Hasil kajian amat penting bagi mengetahui pandangan masyarakat bagi mendapatkan maklumat bagaimana kaedah untuk membentuk atau memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan yang sedia ada di negara ini di samping menilai komitmen kerajaan kepada rakyat. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan klinik 1Malaysia. Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk mengetahui: 1. Mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap faktor-faktor seperti lokasi klinik, akses kepada klinik, adap interpersonal kakitangan klinik, hasil yang diperoleh dan pelaksanaan klinik 1Malaysia. 2. Mengenal pasti sama ada wujudnya hubungan di antara faktor-faktor seperti lokasi klinik, akses kepada klinik, adap interpersonal kakitangan klinik, hasil yang diperoleh terhadap pelaksanaan klinik 1Malaysia. METODOLOGI KAJIAN Kajian secara korelasi digunakan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh mana hubungan di antara faktor lokasi, akses, adab interpersonal dan hasil yang diperoleh dengan pelaksanaan klinik 1Malaysia. Responden kajian yang terdiri daripada 232 pengunjung klinik yang mempunyai pelbagai komposisi etnik, daripada kedua-dua jantina, mempunyai pelbagai latar belakang taraf sosioekonomi dan pekerjaan. Teknik yang digunakan ialah persampelan bukan kebarangkalian dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan memandangkan responden yang dipilih adalah terdiri daripada pengunjung klinik 1Malaysia sahaja. Data diperoleh ketika responden sedang menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan dan selepas mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia di negeri utara tanah air. 4

Kajian ini menggunakan soal selidik piawai yang diubah suai dan diadaptasi oleh pengkaji daripada kajian lepas yang dilakukan oleh Haliza, Rizal dan Raja Jamaluddin (2003) yang selaras dengan kehendak dan tujuan kajian. Soal selidik mengandungi 25 item untuk menjawab objektif kajian yang dinyatakan. Skala lima poin digunakan untuk menyatakan tahap persetujuan responden terhadap pernyataan yang disediakan iaitu, 1- sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju. Min bagi item-item dalam persoalan kajian dianalisis dan dikategorikan mengikut tahap seperti 1.00 2.33 merujuk kepada tahap rendah, 2.34 3.67 merujuk kepada tahap sederhana dan 3.68 5.00 merujuk kepada tahap tinggi. Sebelum kajian yang sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen soalan yang dibentuk. Selain itu, kajian rintis dilakukan untuk memastikan bahawa soalan yang dikemukakan mudah difahami, konsep yang digunakan adalah jelas, tidak mengelirukan dan menjurus kepada menjawab objektif kajian. Data yang di kumpul dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS Versi 13. Analisis data kajian menggunakan analisis deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min. Analisis korelasi juga digunakan dalam kajian ini bagi menjawab objektif kajian. DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Demografi Responden Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pengunjung klinik 1Malaysia di negeri utara tanah air. Berdasarkan Jadual 1 di bawah, hasil kajian menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada113 orang lelaki (48.7%) dan 119 orang perempuan (51.3%). Dari segi bangsa pula, kebanyakan responden terdiri daripada bangsa Melayu iaitu 194 orang (83.6%) berbanding bangsa Cina iaitu 29 orang (12.5%), India 8 orang (3.4%) dan seorang bagi lain-lain bangsa (0.4%). Bagi status responden pula, kebanyakan terdiri daripada responden yang telah berkahwin seramai 158 orang (68.1%), berstatus bujang seramai 62 orang (26.7%), lain-lain status seramai 12 orang (5.2%). Hasil kajian juga menunjukkan responden yang mengunjungi klinik kebanyakannya bekerja sendiri iaitu seramai 68 orang (29.3%), disusuli oleh pelajar seramai 49 orang (21.1%), suri rumah 5

seramai 41 orang (17.7%). Pendapatan responden dalam kajian ini berada di sekitar RM500 ke bawah (44.8%). Disusuli oleh pendapatan keluarga sebanyak RM501-RM1000 (18.1%) dan RM1001-RM1500 (16.4%). Hanya 1.7% sahaja menunjukkan pendapatan responden berada di sekitar RM3501 dan ke atas. Bagi analisis data kekerapan kunjungan ke klinik pula menunjukkan responden kajian ini telah mengunjungi klinik lebih dari dua kali iaitu sebanyak 44%. Disusuli kunjungan pertama kali sebanyak 33.6% dan kunjungan kali kedua sebanyak 22.4%. Jadual 1: Analisis Profil Responden Kajian Profil Responden N Peratus Jantina Lelaki 113 48.7 Perempuan 119 51.3 Jumlah 232 100 Bangsa Melayu 194 83.6 Cina 29 12.5 India 8 3.4 Lain-lain 1 0.4 Jumlah 232 100 Status Berkahwin 158 68.1 Bujang 62 26.7 Lain-lain 12 5.2 Jumlah 232 100 Pekerjaan Sektor kerajaan 39 16.8 Sektor swasta 19 8.3 Bekerja sendiri 68 29.3 Pesara 8 3.4 Suri rumah 41 17.7 Pelajar 49 21.1 Lain-lain 8 3.4 Jumlah 232 100 Pendapatan RM 500.00 dan ke bawah 104 44.8 RM 501.00 - RM 1000.00 42 18.1 RM 1001.00 - RM 1500.00 38 16.4 RM 1501.00 - RM 2000.00 15 6.5 RM 2001.00 - RM 2500.00 12 5.2 RM 2501.00 - RM 3000.00 8 3.4 RM 3001.00 - RM 3500.00 9 3.9 RM 3501.00 dan ke atas 4 1.7 Jumlah 232 100 6

Objektif Kajian 1 Persepsi Responden Terhadap Lokasi Klinik Jadual 2 menunjukkan kekerapan, peratus dan min terhadap setiap item untuk menjawab objektif kajian 1. Analisis menunjukkan keseluruhan min bagi faktor lokasi ialah 3.24. Ini menggambarkan bahawa persepsi masyarakat terhadap lokasi klinik adalah pada tahap sederhana baik. Daripada 5 pernyataan yang mengukur persepsi masyarakat terhadap lokasi klinik, dua daripadanya berada pada tahap min yang tinggi. Min tertinggi ialah pada item 1 iaitu 4.02. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju 87.1 % bahawa lokasi klinik 1Malaysia terletak pada lokasi yang sesuai. Ini diikuti dengan item 5 dengan min 3.68, di mana seramai 69.7% bersetuju bahawa papan tanda mengenai klinik 1Malaysia diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Jadual 2: Peratus Dan Min Respons Aspek Lokasi Klinik ITEM Pernyataan STS TS TP S SS MIN 1 Klinik ini terletak di lokasi yang sesuai 3.9 3.9 5.2 59.9 27.2 4.02 2 Terdapat kemudahan awam untuk pergi ke klinik 3 Anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk ke klinik ini 4 Amat sukar untuk meletakkan kereta di kawasan klinik ini 5 Papan tanda mengenai klinik 1Malaysia diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dilihat 4.7 13.4 28.9 44.4 8.6 3.38 11.6 46.6 21.1 17.2 3.4 2.54 13.8 46.1 13.4 22.0 4.7 2.57 3.9 11.2 15.5 51.7 17.7 3.68 Bagi item 2 dengan nilai min 3.38, responden bersetuju bahawa untuk ke klinik tersebut terdapat pengangkutan awam yang melalui kawasan ke klinik 1Malaysia. Manakala bagi item 3, data menunjukkan responden tidak bersetuju dengan pernyataan yang mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk ke klinik dengan jumlah peratusan sebanyak 58.2% dengan nilai min sebanyak 2.54. Dapatan yang sama juga berlaku pada item 4 iaitu sebanyak 59.9% responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa amat sukar untuk meletakkan kereta di kawasan klinik ini. 7

Persepsi Responden Terhadap Akses Kepada Klinik Berdasarkan jadual 3, didapati daripada 5 pernyataan yang mengukur persepsi masyarakat terhadap akses terhadap klinik, dua daripadanya berada pada tahap min yang tinggi. Min tertinggi ialah pada item 6 iaitu 4.15. dapatan ini menunjukkan responden bersetuju 94 % bahawa waktu perkhidmatan klinik ini iaitu yang bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia. Ini diikuti dengan item 9 dengan min 4.00, di mana seramai 87.8% bersetuju bahawa suasana persekitaran di klinik membuatkan mereka berasa selesa ketika mendapatkan rawatan di klinik. Jadual 3: Peratus Dan Min Respons Aspek Akses Klinik ITEM Pernyataan STS TS TP S SS MIN 6 Waktu perkhidmatan klinik ini memudahkan untuk mendapatkan rawatan 7 Sekiranya berlaku kecemasan anda sukar untuk mendapatkan rawatan 8 Anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik ini 9 Suasana persekitaran klinik membuatkan anda selesa 10 Kemudahan perubatan di sini adalah terhad 0.9 3.0 2.2 67.7 26.3 4.15 8.6 31.5 34.1 22.0 3.9 2.81 12.5 56.9 17.2 11.6 1.7 2.33 0 5.2 6.5 70.7 17.1 4.00 3.0 11.6 37.1 42.7 5.6 3.36 Bagi item 7 dengan nilai min 2.81, sebanyak 40.1% responden tidak bersetuju bahawa sekiranya berlaku kecemasan anda sukar untuk mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia. Manakala 34.1% berada pada tahap yang tidak pasti. Dapatan yang sama juga berlaku pada item 8 iaitu sebanyak 69.4% responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik. Keadaan ini menunjukkan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh klinik 1Malaysia sangat memuaskan hati para pengunjung kerana mereka tidak perlu membuang masa dan tenaga bagi mendapatkan rawatan. Bagi item 10 pula, sebanyak 48.3% responden bersetuju bahawa kemudahan perubatan yang disediakan oleh klinik adalah terhad. Manakala 37.1% berada pada tahap yang tidak pasti. Secara keseluruhannya analisis menunjukkan 8

keseluruhan min bagi faktor akses kepada klinik ialah 3.33. Ini menggambarkan bahawa persepsi masyarakat terhadap akses klinik adalah pada tahap sederhana baik. Persepsi Responden Terhadap Adap Interpersonal Kakitangan Klinik Layanan mesra daripada pegawai perubatan dan kakitangan klinik melayan pengunjung dengan ramah memainkan peranan penting dalam memastikan pengunjung untuk terus mendapatkan rawatan pada masa akan datang. Ini kerana nilai min purata bagi item 11 dan 12 berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.02 dan 4.03. Pernyataan ini di sokong atau mencatat nilai setuju yang tinggi iaitu sebanyak 88% dan 87.5% responden. Jadual 4: Peratus Dan Min Respons Aspek Adap Interpersonal Kakitangan Klinik ITEM Pernyataan STS TS TP S SS MIN 11 Pegawai perubatan melayan dengan mesra 12 Kakitangan klinik melayan anda dengan ramah 13 Kakitangan klinik memandang rendah terhadap anda 14 Pegawai perubatan memahami dan menghormati perasaan anda 15 Anda rasa dihargai setiap kali datang ke klinik ini 0.9 1.7 9.5 70.3 17.7 4.02 0.4 3.4 8.6 67.2 20.3 4.03 23.3 48.3 18.1 7.8 2.6 2.18 2.2 3.0 16.8 65.9 12.1 3.82 0.4 2.2 17.7 62.9 16.8 3.93 Selain itu item 1 dan 15 juga menunjukkan nilai min yang berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.82 dan 3.93 di mana responden bersetuju bahawa pegawai perubatan memahami dan menghormati perasaan mereka dan rasa dihargai setiap kali datang ke klinik. Responden juga tidak bersetuju dengan pernyataan kakitangan klinik memandang rendah terhadap mereka. Jumlah peratus tidak bersetuju adalah 73.6%. Secara keseluruhannya analisis menunjukkan keseluruhan min bagi faktor adap interpersonal ialah 3.60. Ini menggambarkan bahawa persepsi masyarakat terhadap adap interpersonal kakitangan klinik adalah pada tahap sederhana baik. 9

Persepsi Responden Terhadap Hasil Yang Diperoleh Persepsi responden terhadap hasil yang diperoleh selepas mendapat rawatan di klinik 1Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini menunjukkan responden yang mendapat rawatan di klinik sangat berpuas hati dengan hasil diperoleh mereka. Pernyataan ini di sokong atau mencatat nilai setuju yang tinggi pada semua item (16, 17, 18, 19 dan 20) dengan peratusan setuju yang berada pada lingkungan 75.0% hingga 90.5% (Jadual 5). item 20 mencatatkan nilai min yang paling tinggi iaitu 4.11 dengan sebanyak 90.5% responden bersetuju bahawa mereka akan mengunjungi lagi klinik mendapatkan perkhidmatan di masa akan datang. Jadual 5: Peratus Dan Min Respons Aspek Hasil Yang Diperoleh ITEM Pernyataan STS TS TP S SS MIN 16 Perkhidmatan yang diberikan dapat 0 2.6 13.8 68.1 15.5 3.9655 mengurangkan masalah anda 17 Ubat yang diberikan adalah berkesan 0 1.7 23.3 61.6 13.4 3.8664 18 Rawatan yang diberikan adalah bersesuaian 19 Kakitangan klinik sentiasa ada untuk menawarkan perkhidmatan. 20 Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan di masa akan datang, anda akan ke klinik ini lagi 0.9 2.2 13.8 72.0 11.2 3.9052 1.7 7.8 9.5 65.5 15.5 3.8534 0 0.4 9.1 69.4 21.1 4.1121 Persepsi Responden Terhadap Pelaksanaan Klinik 1Malaysia Pelaksanaan klinik 1Malaysia adalah bukti komitmen kerajaan kepada rakyat yang menekankan tagline Rakyat di Dahulukan Pencapai Diutamakan. Menariknya dapatan kajian membuktikan bahawa komitmen yang diberikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya telah membuahkan hasil. Hal ini kerana persepsi responden terhadap pelaksanaan klinik 1 Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan purata nilai min berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.17. Ini menggambarkan bahawa persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan klinik 1 Malaysia adalah pada tahap yang tingi dan sangat baik. 10

Jadual 6: Peratus Dan Min Respons Aspek Pelaksanaan Klinik 1Malaysia ITEM Pernyataan STS TS TP S SS MIN 21 Penubuhan klinik ini dapat membantu masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. 22 Penubuhan klinik ini adalah contoh komitmen kerajaan kepada rakyatnya. 23 Penubuhan klinik ini menunjukkan kerajaan mementingkan penjagaan kesihatan rakyatnya 24 Kewujudan klinik ini tepat dengan moto Rakyat di Dahulukan. 25 Layanan yang diberikan adalah setara tanpa membezakan latar agama, budaya dan keturunan. 0 0.9 5.6 49.1 44.4 4.3707 0 0.4 13.8 55.6 30.2 4.1552 0.4 1.3 12.9 54.7 30.6 4.1379 0 3.0 21.1 46.1 29.7 4.0259 0 3.4 9.1 55.2 32.3 4.1638 Jadual 6 di atas menunjukkan item 21 berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu 4.37. Sebanyak 93.5% responden yang bersetuju bahawa penubuhan klinik ini dapat membantu masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disusuli oleh item 25 yang dengan nilai min 4.16 dengan peratusan responden yang bersetuju bahawa Layanan yang diberikan di klinik 1Malaysia adalah setara tanpa membezakan latar agama, budaya dan keturunan sebanyak 87.5%. Objektif Kajian 2 Hubungan Di Antara Faktor-faktor Seperti Lokasi Klinik, Akses Kepada Klinik, Adap Interpersonal Kakitangan Klinik, Hasil Yang Diperoleh Terhadap Pelaksanaan Klinik 1Malaysia. Bagi tujuan menjawab objektif kajian kedua, pengkaji telah memilih penggunaan analisis inferensi iaitu korelasi Pearson. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada lokasi klinik, akses kepada klinik, adap interpersonal kakitangan klinik, hasil yang diperoleh terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu pelaksanaan klinik. Dalam kajian ini juga, kekuatan dan bentuk hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah ini juga dilihat. Kaedah analisis ini memberikan nilai pekali Pearson r yang memberi pengukuran kekuatan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Menurut Green dan Salkind (2008), 11

kekuatan nilai pekali korelasi diukur berdasarkan nilainya seperti.00 (tiada korelasi),.01 hingga.30 atau -.01 hingga -.30 (sangat lemah),.31 hingga.50 atau -.31 hingga -.50 (Lemah),.51 hingga.70 atau -.51 hingga -.70 (sederhana),.71 hingga.90 atau -.71 hingga -.90 (Kuat) dan.91 hingga 1.00 atau -.91 atau -1.00 (Sangat kuat). Jadual 7: Analisis Korelasi dan Peratusan Perubahan Bersandar yang Disebabkan oleh Pemboleh ubah Bebas Faktor-faktor r P Lokasi klinik -.072 Tidak signifikan Akses klinik -.052 Tidak signifikan Adap interpersonal.235 0.01** Hasil yang diperoleh.420 0.01** Jadual 7 di atas menunjukkan hasil analisis korelasi Pearson yang digunakan untuk melihat perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Analisis menunjukkan hubungan yang tidak signifikan atau tidak terdapat korelasi antara faktor lokasi klinik dan akses klinik terhadap pelaksanaan klinik 1Malaysia. walaupun nilai r =.072 dan r =.052. keadaan ini menunjukkan faktor lokasi klinik dan akses klinik tidak mempengaruhi kejayaan pelaksanaan klinik 1Malaysia. Analisis juga menunjukkan terdapatnya korelasi positif yang lemah tetapi signifikan antara faktor adap interpersonal dengan pelaksanaan klinik 1Malaysia (r =.235, p<.01). ini membuktikan faktor adap interpersonal kakitangan klinik mempengaruhi kejayaan pelaksanaan klinik 1Malaysia. Analisis seterusnya juga mendapati terdapatnya korelasi positif yang lemah dan signifikan antara hasil yang diperoleh dengan pelaksanaan klinik 1Malaysia (r =.420, p<.01). ini menunjukkan bahawa kesan hasil yang diperoleh setelah mendapat rawatan mempengaruhi kejayaan pelaksanaan klinik 1Malaysia. CADANGAN Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pelaksanaan klinik 1Malaysia adalah berjaya dan mencapai objektif penubuhannya iaitu memberikan perkhidmatan kepada orang ramai terutama yang berpendapatan rendah untuk menjalani 12

rawatan dengan kos yang rendah. Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan klinik 1Malaysia klinik ini perlu diperluaskan di kawasan-kawasan luar bandar agar mereka juga berpeluang untuk menikmati projek-projek pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana perkhidmatan kesihatan yang berkualiti harus dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat di negara ini. KESIMPULAN Keputusan kajian ini secara keseluruhannya menyimpulkan bahawa persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan klinik 1Malaysia adalah positif. Malah kajian ini juga menunjukkan pelaksanaan klinik 1Malaysia di kawasan-kawasan yang terpilih adalah berkesan dan diterima oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah yang menjadi responden kajian ini. Pelaksanaan klinik 1Malaysia sangat bertepatan dengan perjuangan untuk mengukuhkan perpaduan serta simbol pembelaan rakyat di negara ini. Malah sambutan meluas yang diberikan oleh masyarakat terhadap Klinik 1Malaysia juga membuktikan bahawa pelaksanaan klinik 1Malaysia berjaya dalam usaha membantu mengurangkan beban dan meningkatkan keselesaan rakyat di negara ini terutamanya yang melibatkan aspek kesihatan rakyat. 13

RUJUKAN Berita Harian (2008). 10 November 2008. Kajian Impak Sosial, Politik Perlu Dalam Pelan Pembangunan. Green, S.B., & Salkind, N.J (2008). Using SPSS for Windows and Macintosh (5th edition). Prentice Hall. Haliza, A. M., A. M., Rizal & R. A. M., Raja Jamaluddin (2003). Kajian Kepuasan Pelanggan Di Kalangan Pesakit Klinik Swasta Di Seremban, Negeri Sembilan, Jurnal Kesihatan Masyarakat, Jilid 9. Jabatan Penerangan Malaysia (2011). Klinik 1Malaysia dari laman web pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/426-produk 1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian & Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan, Bil. 12. 14