BAB 1 PENDAHULUAN. Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

dokumen-dokumen yang mirip
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAHASA MELAYU 910/1. BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu) Disediakan oleh, Yillson Yanggun

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

KEJOHANAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN 1MURID 1SUKAN 2014 BALAPAN DAN PADANG BAHAGIAN SUKAN, KPM

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. Kemasukan leksis dari satu bahasa ke dalam bahasa lain menyebabkan berlakunya

PELAKSANAAN LIMA HARI BEKERJA SEMINGGU

Taklimat. Kementerian Pelajaran Malaysia

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

2.0 PENYATAAN MASALAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

KERTAS KERJA PENDIDIKAN DINAMIK INTELEK. ANJURAN : MALTIVO MALAYSIA dan PERTUBUHAN KEBAJIKAN MELATI MALAYSIA

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

PANDUAN PELAN DATA GURU 2GB SEKOLAH-SEKOLAH 4G PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Memorandum Pendidikan DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PERAK 2020

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN (PHPP) TAHUN 2017

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

PENERAJU TUNAS GELIGA 6 (2017) Borang Permohonan Atas Talian di

Kejohanan Sukan Ekstrem Paintball Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN MENGENAI JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM HUBUNGAN ETNIK

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN. Pendidikan di Malaysia

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

1. SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PENERAJU TUNAS POTENSI

2. Mata-mata pelajaran teras dan tambahan bagi peringkat Sekolah Menengah Atas dalam rancangan KBSM adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini :

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang dapat berkomunikasi dengan orang lain tanpa halangan. Bahasa juga melambangkan sesuatu bangsa. Di dunia ini, terdapat lebih daripada 3000 bahasa. Antara bahasa-bahasa di dunia, bahasa Tamil merupakan salah satu bahasa yang tertua. Bahasa Tamil berasal daripada selatan India. Kajian menunjukkan bahawa bahasa Tamil telah wujud sejak tahun 2000 s.m. Bahasa Tamil juga mempunyai tatabahasa dan sastera yang lengkap lebih 2000 tahun dahulu.(srinivasan, 2007) Di Malaysia penggunaan bahasa Tamil adalah sangat meluas. Rakyat Malaysia berpeluang mempelajari bahasa Tamil tanpa halangan. Dalam pada itu bahasa Tamil menjadi bahasa penghantar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil. Bahasa Tamil juga diajar sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah menengah. Pelajar juga boleh mengikuti pengajian bahasa Tamil di universiti Malaya. 18

Di dalam perlembagaan Malaysia, walaupun perkara 152 menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu, tetapi dalam perkara 152(1a dan 1b)) menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apaapa bahasa lain Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan Perkara ini terus memberi rangsangan kepada kaum lain di Malaysia terutamanya kaum India untuk terus mempelajari bahasa Tamil di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kaum India meneruskan perjuangan mereka dalam memartabatkan bahasa Tamil di Malaysia. 1.1 Hubungan Malaysia dengan India Hubungan antara Malaysia dengan negara India telah wujud sejak kurun ke empat. Jarak sejauh 1,920 kilometar (1200 batu) tidak menghalang para pedagang India datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Sejak kurun keempat dan kelima pedagang dari India telah datang ke Kedah dan Perak untuk berdagang. Seterusnya mereka telah mengembangkan agama Hindu dan Buddha di Kedah dan Perak. Hal ini terbukti melalui candi-candi yang terdapat di Lembah Bujang. Tradisi ini diteruskan semasa Kesultanan 19

Melayu Melaka. Pedagang dari India, telah datang ke Melaka untuk berdagang.(arasaratnam, 1979) Zaman kemasukan imigren India moden dengan bilangan yang besar telah bermula di Negeri-negeri Selat sejak Pulau Pinang diduduki oleh British bagi pertama kalinya pada tahun 1786. (Saraswathi, 2003) Menjelang tahun 1907, penduduk berketurunan India di NNS dan NNMB sudah mencecah lebih kurang 120,000 orang.(rajeswary, 1981) Pada abad ke sembilan belas, perkembangan industri getah di Tanah Melayu menyebabkan British membawa masuk ramai pekerja India Selatan ke Tanah Melayu. Pembukaan ladang-ladang getah secara besar-besaran memerlukan tenaga kerja yang ramai. Maka, British telah menggunakan pekerja dari India Selatan untuk kepentingan mereka. British dengan senangnya telah membawa masuk pekerja India Selatan kerana India merupakan tanah jajahan British pada ketika itu. Jadual 1: Populasi kaum di Tanah Melayu dari tahun 1911-1941 Tahun Melayu % Cina % India % 1911 1,437,000 55 916,000 35 267,000 10 1921 1,651,000 50 1,174,000 36 471,000 14 1931 1,926,000 46 1,609,000 40 624,000 14 20

1941 2,278,000 42 2,379,000 44 744,000 15 (Sumber: adaptasi Santhiram.R ) Jadual di atas menunjukkan jumlah penduduk India di Tanah Melayu dari tahun 1911-1941. Jika pada tahun 1911, terdapat 267,000 orang India iaitu 10% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu tetapi angka ini telah meningkat kepada 744,000 pada tahun 1941 iaitu 15% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Jadual juga menunjukkan peratus kaum Melayu yang menurun berbanding kaum lain, walaupun jumlah mereka masih ramai berbanding dengan kaum lain. Pada tahun 1911 kaum Melayu adalah 55%. Manakala pada tahun 1941 peratus mereka adalah 42%. Jumlah ini berkurang sebanyak 13%. Seterusnya, di bahagian semenanjung, Orang India telah ditempatkan di ladangladang getah, berdekatan dengan tempat mereka dikerjakan. Maka, pihak British terpaksa menyediakan kemudahan asas seperti tempat penginapan bagi para pekerja di estate-estate, pusat kesihatan, tempat beribadat dan sekolah. Namun, semuanya berada dalam keadaan serba kekurangan. Walau bagaimanapun, kesemua kemudahan ini diberikan kepada mereka bagi menjaga hati mereka supaya tidak memberontak. Selepas merdeka 1957, seruan penduduk India supaya mendapatkan hak yang sama rata semakin memuncak. Seruan mereka ada yang dilaksanakan dan ada pula masih dalam proses pelaksanaan. Kini, penduduk India adalah 8% dari jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia iaitu 27 juta orang. 21

Jadual 2 : Populasi Penduduk Malaysia mengikut kaum di Semenanjung Malaysia dari 1947 hingga 2006 2006 1996 1987 1970 1957 1947 Melayu 16,451,820 9,591,963 7,827,095 4,685,838 3,125,474 2,427,834 (63%) (58.2%) (57.3%) (53.3%) (48.8%) (49.5%) Cina 6,789,640 4,586,087 4,377,097 3,122,350 2,333,756 1,884,543 (26%) (27.8%) (32.1%) (35.4%) (37.2%) (38.4%) India 2,089,120 1,511,709 1,365,061 932,629 735,038 530,638 (8%) (9.3%) (10.0%) (10.6%) (11.7%) (10.8%) Lain-lain 783,420 437,749 86,808 69,531 84,450 65,080 (3%) (2.7%) (0.6%) (0.8%) (1.3%) (1.3%) Jumlah 26,114,000 16,481579 13,653,061 8,810,348 6,278,718 4,908,086 Sumber: Jabatan Perangkaan Negara Jika kita bandingkan populasi kaum India di Tanah Melayu dalam jadual 1 dan 2, kita dapati bahawa ia menunjukkan penurunan. Pada tahun 1941 terdapat 744,000 orang India di Tanah Melayu berbanding dengan tahun 1947 iaitu 530,638 orang. Faktor utama yang mendorong penurunan ini adalah, larangan yang dikenakan oleh kerajaan India ke atas syarikat-syarikat yang membawa pekerja ke luar negara. Dalam pada itu pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga menyebabkan penurunan tersebut. (Arasaratnam, 1979) 22

Carta 1 : Penduduk Malaysia Mengikut Kaum di Semenanjung Malaysia dari 1947 Hingga 2006 Berdasarkan Peratus. 70.0% 60.0% 50.0% 40.0% 30.0% 20.0% Melayu Cina India Lain-lain 10.0% 0.0% 1947 1057 1970 1987 1996 2006 Sumber: Jabatan Perangkaan Negara Carta menunjukkan peratusan penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia dari tahun 1947 hingga 2006. Walaupun bilangan penduduk kaum India meningkat tetapi dari segi peratusnya ia menunjukan penurunan. Masyarakat India yang bermastautin di sini menganggap Malaysia adalah tanah air mereka. Walaupun nenek moyang mereka berasal dari India, tetapi orang India di Malaysia sanggup bergadai nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan Malaysia. Maka, kini mereka berharap tahap pendidikan anakanak mereka hendaklah terjamin. Mereka juga beranggapan bahawa adat resam dan budaya mereka hanya akan dipelihara jika pendidikan Tamil disediakan kepada anak-anak mereka. Kini, dengan jumlah penduduk India sebanyak 8% mereka berharap bahawa, masa depan 23

anak-anak mereka akan terjamin jika pendidikan Tamil dipelihara dan diberi ruang yang secukupnya di tanah air ini. 1.2 Pendidikan Bahasa Tamil di Malaysia Selepas Parti Perikatan menang dalam pilihan raya pada tahun 1955, pendidikan menjadi matlamat penting di Tanah Melayu.. Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran Tanah Melayu. Dengan bantuan 15 orang ahli legislatif, beliau telah mengkaji sistem pendidikan di Tanah Melayu. (Santhiram.R,1999) Selepas kemunculan Laporan Razak pada tahun 1956, keadaan pendidikan Tamil di Tanah Melayu telah memasuki era baru. Boleh dikatakan Pendidikan Tamil telah diselamatkan oleh Laporan Razak. Laporan Razak memberi peluang kepada kaum India untuk terus belajar bahasa Tamil di Tanah Melayu di peringkat rendah iaitu bagi kanak-kanakk yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Di sekolah Rendah Kebangsaan Tamil bahasa Tamil dijadikan bahasa penghantar. Pelajar akan diajar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di dalam jadual waktu. Malangnya pendidikan Tamil hanya dapat pelajari setakat sekolah rendah sahaja. Sekolah Tamil menengah tidak dapat wujudkan selepas merdeka. 24

1.2.1 Perkembangan Terkini Jadual 3: Bilangan sekolah Tamil, jumlah pelajar dan guru mengikut negeri di Malaysia pada Januari 2008 Bil Negeri Sekolah Murid Guru 1. Perak 134 18,192 1,365 2. Selangor 97 34,759 1,921 3. Pahang 37 4,117 364 4. Kelantan 1 30 6 5. Johor 70 14,605 1,118 6. Kedah 58 11,205 794 7. Melaka 21 3,469 271 8. Negeri Sembilan 61 11,144 809 9. Pulau Pinang 28 6785 441 10. Perlis 1 137 11 11. Terengganu 0 0 0 12. Kuala Lumpur 15 3836 241 Jumlah 523 108,279 7341 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia Kini, di Malaysia terdapat 523 buah sekolah Tamil, 108,279 orang pelajar dan 7341 orang guru. Semasa negara kita merdeka, terdapat 888 buah sekolah Tamil dengan bilangan murid 50,766 orang. Bilangan sekolah Tamil berkurangan dalam tempoh masa 50 tahun yang lalu akibat daripada pembangunan kawasan-kawasan ladang sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. 25

Tambahan pula, kebanyakan penduduk India telah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar. Oleh itu, pada tahun 2007 hanya terdapat 523 buah sekolah Tamil dengan bilangan murid seramai 105,618 orang. Walaupun bilangan sekolah telah Tamil menurun, namun bilangan murid di sekolah Tamil semakin meningkat. Jadual yang dipaparkan di atas, jelas menunjukkan pertambahan pelajar di sekolah Tamil saban hari kian meningkat. Pengkaji berpendapat bahawa, jika kemudahan yang disediakan diperbaiki, sudah tentu lebih ramai lagi akan belajar di sekolah Tamil. Ini kerana dari 523 buah sekolah Tamil, hanya 150 buah sekolah sahaja mendapat bantuan penuh kerajaan pusat. Baki 373 buah sekolah adalah bantuan modal. Sekolah bantuan modal ini terpaksa mengharungi pelbagai masalah untuk terus hidup. Antara masalahnya yang dihadapi adalah kekurangan bilik darjah, bangunan yang usang, dan tiada kemudahan asas seperti air dan elektrik. Jika kesemua sekolah ini dijadikan bantuan penuh kerajaan, sudah tentu masa depan sekolah Tamil lebih terjamin lagi. 1.3 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di Sekolah Rendah dan Menengah Pada tahap satu SJK(T) jumlah masa yang diperuntukan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil adalah 450 minit. Manakala pada tahap dua pula, sebanyak 300 minit diperuntukan. Dalam pada itu, mata pelajaran seperti Moral, Pendidikan Seni, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani diajarkan dalam bahasa Tamil.(Mok Soon Sang, 2005) 26

Pelajar juga dibenarkan mengambil bahasa Tamil sebagai satu mata pelajaran peperiksaan di dalam UPSR. Jadual di bawah menunjukkan bilangan calon dan peratus kelulusan pelajar dalam Mata Pelajaran bahasa Tamil peringkat UPSR dari tahun 2003 hingga 2007. Jadual 4: Keputusan UPSR Bahasa Tamil peringkat kebangsaan dari tahun 2003-2007 TAHUN BILANGAN CALON PERATUS KELULUSAN Kefahaman Penulisan Kefahaman Penulisan 2003 13,900 13898 85.6% 78.0% 2004 14,183 14184 84.9% 79.1% 2005 - - 87.9% 79.5% 2006 14,706 14,711 86.5% 80.3% 2007 15,216 15124 86.4% 80.8% (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia) Berdasarkan jadual 5, pencapaian pelajar India di dalam mata pelajaran bahasa Tamil menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2003 peratus kelulusan di dalam kefahaman adalah 85.6%. Manakala di dalam penulisan pula peratus kelulusan adalah 78.0%. Dalam pada itu, pada tahun 2007 pula peratus kelulusan kefahaman adalah 86.4%. Ia adalah peningkatan sebanyak 1.2% berbanding tahun 2003. Di dalam penulisan pula, pada tahun 2007 peratus kelulusan adalah 80.8%. Ia adalah peningkatan sebanyak 2.8%. 27

Pengkaji berharap, peratus kelulusan bahasa Tamil peringkat UPSR akan terus meningkat pada masa akan datang. Jika prestasi kelulusan baik, tentu akan menggalakkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah Tamil. Selepas tamat darjah enam, pelajar Tamil boleh mempelajari bahasa Tamil, sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah. Jika terdapat permintaan daripada 15 orang ibu bapa India untuk mewujudkan kelas bahasa Tamil, Maka Pengetua hendaklah membenarkan pelaksanaan kelas bahasa Tamil. Perkara ini terkandung di dalam Penyata Razak 1956. Pelajar yang mengambil bahasa Tamil sebagai mata pelajaran pilihan boleh mengambilnya dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM dan seterusnya di peringkat universiti. Peluang untuk mempelajari bahasa ibunda di Malaysia, adalah sesuatu yang sangat dihargai oleh masyarakat India di Malaysia. Jadual 6 menunjukkan bilangan calon dan peratus kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Tamil peringkat PMR dari tahun 2003 hingga 2007. Jadual 5: Keputusan PMR Bahasa Tamil peringkat kebangsaan dari tahun 2003-2007 TAHUN BILANGAN CALON PERATUS KELULUSAN 2003 10,646 73.93% 2004 9,834 75.4% 2005 10,191 75.3% 2006 10,336 73.9% 2007 10,252 74.3% (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia) 28

Jadual 7 menunjukkan bilangan calon dan peratus kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Tamil peringkat SPM dari tahun 2003 hingga 2007. Jadual 6: Keputusan SPM Bahasa Tamil peringkat kebangsaan dari tahun 2003-2007 TAHUN BILANGAN CALON PERATUS KELULUSAN 2003 90.1% 2004 8092 94.4% 2005 7933 92.9% 2006 7859 93.6% 2007 7483 93.5% (Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia) Jadual 7: Bilangan calon yang mengambil Bahasa Tamil dalam peperiksaan awam dari tahun 2003-2007 2003 2004 2005 2006 2007 UPSR 13,900 14,184 14,655 14,711 15,126 PMR 10646 9834 10191 10336 10252 SPM 7985 8092 7933 7859 7483 STPM 1214 1518 2141 1712 1380 (Sumber: Lembaga Peperikssan Malaysia & Majlis Peperiksaan Malaysia) 29

Carta 2: Bilangan calon yang mengambil Bahasa Tamil dalam peperiksaan awam Malaysia dari 2003-2007 Bilangan calon peperikssan awam Malaysia dari 2003-2007 Bilangan calon 16,000 14,000 12,000 10,000 8,000 6,000 4,000 2,000 0 2003 2004 2005 2006 2007 Tahun UPSR PMR SPM STPM (Sumber: Lembaga Peperikssan Malaysia & Majlis Peperiksaan Malaysia) Carta 2, menunjukkan bahawa bilangan calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil dalam peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM adalah amat berbeza. Calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil di Peringkat UPSR pada tahun 2003 adalah 13,900 orang. Keadaan ini berubah di peringkat PMR iaitu hanya 10,646 calon sahaja yang mengambil Bahasa Tamil. Keadaan yang sama boleh kita melihat dalam peperiksaan SPM dan STPM. Menyedari hal ini pelbagai pihak seperti Kelab Bell Belia Tamil Malaysia, Malaysia Hindu Sangam telah menyarankan kepada kerajaan bahawa, Bahasa Tamil seharusnya dijadikan mata pelajaran wajib kepada pelajar-pelajar India.(Makkal Osai, 2008) 30

Mereka berpendapat begitu kerana mata pelajaran Bahasa Tamil hanya diajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil sebagai bahasa penghantar. Sebalikya di sekolah menengah pula, Bahasa Tamil menjadi mata pelajaran pilihan. Pelajar mempunyai pilihan untuk mengambil atau tidak mata pelajaran tersebut. Jika Bahasa Tamil dijadikan sebagai mata pelajaran wajib, maka bilangan pelajar keturunan India yang boleh mempelajarai Bahasa Tamil sehingga tingkatan 5 akan meningkat. (Makka Osai, 2008) 1.4 Pernyataan Masalah. Di sekolah menengah Malaysia Bahasa Tamil diajar dari tingkatan Peralihan hingga tingkatan enam. Sebanyak 4 waktu atau 160 minit diperuntukan dalam seminggu bagi kelas Peralihan. Manakala bagi tingkatan satu hingga enam pula, sebanyak 3 waktu atau 120 minit diperuntukan dalam seminggu (Supramani, 2007). Sehubungan dengan itu, di sekolah menengah Bahasa Tamil diajar dengan dua cara. Cara pertama adalah, pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam jadual waktu iaitu di dalam kelas biasa. Pengajaran di dalam kelas biasa bermaksud pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil akan dimasukkan dalam jadual waktu harian. Sebanyak 120 minit atau 3 waktu diperuntukkan dalam seminggu. Guru terlatih Bahasa Tamil mengajar sekolah berkenaan. Cara kedua ialah pengajaran dan pembelajaran dijalankan di luar jadual waktu. Pengajaran dan pembelajaran kelas ini juga dikenali sebagai kelas POL. (People Own Language). Melalui Cara ini pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil dilakukan di 31

luar waktu sekolah selama 2 jam seminggu. Guru POL ijazah dibayar RM60.00 sejam. Manakala Guru POL bukan ijazah dibayar RM50.00 sejam. Guru POL dilantik dari sekolah lain. Guru Bahasa Tamil dari sekolah yang sama tidak dibenarkan mengajar kelas POL. Guru yang sudah bersara juga dibenarkan mengajar kelas ini. Guru POL yang dipilih akan mengadakan kelas Bahasa Tamil selepas waktu sekolah. Biasanya kelas akan diadakan pada hari Jumaat ataupun Sabtu. 1.4.1 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil sebelum tahun 2000 Sebelum tahun 2000, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di negeri Johor secara amnya dan secara khususnya di daerah Muar dijalankan selepas waktu persekolahan iaitu sebagai kelas POL. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah ketika itu dikendalikan oleh guru-guru sekolah rendah Tamil yang kebanyakannya hanya memiliki sijil SPM dan Diploma Perguruan. Guru POL ini juga adakalanya dari kalangan guru yang sudah bersara. Keadaan ini wujud kerana ketiadaan guru Bahasa Tamil yang terlatih ketika itu di sekolah menengah. Dalam soal pemantauan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di negeri Johor, kelas POL dan guru POL ini dipantau oleh seorang pegawai Bahasa Cina di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dalam masa yang yang sama, pegawai berkenaan juga memantau kelas POL Bahasa Mandrin. Dalam pada itu, jika sekolah berkenaan mempunyai guru berketurunan India beliau akan menyelia dan memantau kelas dan guru 32

POL. Jika tiada guru berketurunan India, seorang guru yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Tamil ditugaskan untuk menyelia dan memantau guru POL dan kelas POL. Menurut Rajagopal Kuladasamy (1991), pelbagai cadangan dan pendapat telah diutarakan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah. Antaranya adalah, pada tahun 1987, satu jawatankuasa bebas telah ditubuhkan. Jawatankuasa berkenaan diketuai oleh YB En. Woo See Chin (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu ). Antara cadangan jawatankuasa itu ialah 1) Pengetua harus mengambil langkah yang positif bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil dan Mandrin di sekolah menengah. 2) Memulakan kelas-kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Mandrin sebaik sahaja sekolah dibuka bagi penggal pertama dan pengajaran dan pembelajaran kedua-dua bahasa ini diadakan dalam waktu sekolah. 3) Murid-murid India dan Cina diwajibkan mengambil bahasa Tamil dan Mandrin dalam peperiksaan SRP dan SPM 4) Meningkatkan taraf guru-guru Bahasa Tamil dan Mandrin melalui latihan khas atau tambahan. 33

Pada tahun 2000 iaitu selepas 13 tahun cadangan jawatankuasa berkenaan, dapat dilihat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah. 1.4.2 Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil selepas tahun 2000 Mulai tahun 2000 perubahan mula berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah Malaysia. Pada tahun itu, seorang pegawai Bahasa Tamil dengan jawatan Penolong Pengarah DG 41 telah dilantik dan ditempatkan di semua negeri kecuali Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. (Supramani, 2007) Penolong pengarah yang dilantik telah memainkan peranan yang penting dalam usaha memartabatkan Bahasa Tamil di sekolah menengah. Menurut Pegawai Bahasa Negeri Johor, selepas tahun 2000, jumlah guru bahasa Tamil sepenuh masa di sekolah menengah negeri Johor telah menunjukkan peningkatan. Tambah beliau lagi, jumlah sekolah yang menawarkan kelas bahasa Tamil juga meningkat. Di daerah Muar, tempat pengkaji melakukan kajian, terdapat 35 buah sekolah menengah. Dari 35 buah sekolah hanya 15 buah sekolah mempunyai pelajar yang mempelajari Bahasa Tamil. Sebelum tahun 2000 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil dalam di kesemua 15 buah sekolah berkenaan dijalankan sebagai kelas POL iaitu 34

di luar jadual waktu. Mulai tahun 2000, hanya 7 buah sekolah sahaja yang menawarkan kelas Bahasa Tamil sebagai kelas POL dan 8 buah sekolah lain telah menjalankan kelas Bahasa Tamil di dalam kelas biasa. Mengambil kira dua situasi yang berbeza iaitu pengajaran dan pembelajaran dalam dalam kelas biasa dan kelas POL, maka pengkaji telah mengambil keputusan untuk mengkaji dan membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Tamil. Kajian akan dijalankan secara perbandingan antara pelajar yang belajar Bahasa Tamil di dalam kelas biasa dan kelas POL. Pengkaji ingin memastikan sama ada pencapaian pelajar yang belajar di dalam kelas biasa dengan pencapaian pelajar yang belajar dalam kelas POL berbeza. Semasa membandingkan pencapaian pelajar, sikap pelajar terhadap mata pelajaran dan guru Bahasa Tamil akan diambil kira. Di akhir kajian, pengkaji berharap dapat memberikan satu keputusan yang relevan mengikut peredaran masa kini. 1.5 Objektif kajian Objektif-objektif kajian ini adalah untuk: 1.5.1 Mengetahui tahap pencapaian pelajar sekolah menengah Daerah Muar terhadap pengajaran Bahasa Tamil di dalam kelas biasa dan kelas POL. 1.5.2. Membandingkan tahap pencapaian Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar yang belajar di dalam kelas biasa dan kelas POL. 35

1.5.3. Membandingkan tahap penguasaan kemahiran iaitu kemahiran menulis dan membaca Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar yang belajar di dalam kelas biasa dengan kelas POL. 1.5.4 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas biasa dengan kelas POL yang mempengaruhi pencapaian. 1.6 Persoalan kajian 1.6.1 Apakah tahap pencapaian Bahasa Tamil dalam kalangan pelajar yang diajar di dalam kelas biasa dengan kelas POL? 1.6.2. Adakah kumpulan pelajar yang diajar di dalam kelas biasa dapat memperolehi prestasi yang baik berbanding dengan kumpulan pelajar yang diajar dalam kelas POL? 1.6.3. Adakah tahap penguasan kemahiran Bahasa Tamil iaitu kemahiran menulis dan kemahiran membaca berbeza dalam kalangan pelajar yang diajar di dalam kelas biasa dengan kelas POL? 36

1.6.4. Adakah terdapat perbezaan dari segi sikap dalam kalangan pelajar yang diajar di dalam kelas biasa dengan kelas POL yang mempengaruhi pencapaian pelajar? 1.7 Kepentingan kajian 1.7.1 Hasil daripada kajian akan menunjukkan kedudukan sebenar pencapaian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil. 1.7.2 Hasil kajian ini juga boleh membantu pihak penggubal polisi khususnya di peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sekolah supaya menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil. 1.7.3 Hasil kajian juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk memartabatkan Bahasa Tamil di Malaysia. 1.8 Batasan kajian 1.8.1 Kajian ini terbatas kepada: a) Bilangan sampel terhad kepada 100 orang pelajar sekolah menengah yang belajar Bahasa Tamil di daerah Muar, Johor. 37

b) Pengkaji ingin memilih daerah Muar kerana berdekatan dengan tempat tinggal. Cara ini akan memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian. c) Di daerah Muar terdapat 35 buah Sekolah Menengah. Daripada jumlah itu Bahasa Tamil hanya diajar di 15 buah sekolah sahaja. Daripada 15 buah sekolah tersebut, di 8 buah sekolah Bahasa Tamil diajar di dalam kelas biasa manakala di 7 buah sekolah Bahasa Tamil diajar di luar jadual waktu sebagai kelas POL 1.9 Definisi 1. Pencapaian Menurut Kamus Dewan pencapaian didefinisikan sebagai keputusan ataupun kejayaan. 2. Kelas POL People Own Language adalah bahasa ibunda diajarkan kepada pelajar-pelajar India dan Cina di sekolah rendah dan menengah jika terdapat permintaan lebih dari 15 orang ibu bapa. Jika di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi 15 orang pelajar, pelajar kelas tersebut boleh bergabung dengan kelas lain supaya menjadikan lebih dari 15 orang pelajar. 38

3. Kelas biasa Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam waktu persekolahan iaitu dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang jika sesi pagi atau 1.00 hingga 6.40 jika sesi petang. 120 minit atau 3 waktu diperuntukan setiap minggu. 4. Kelas POL Pengajaran dan pembelajaran dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan iaitu sebelum pukul 1.00 tengah hari jika sesi petang dan selepas pukul 2.00 petang jika sesi pagi. Kelas dijalankan selama 2 jam setiap minggu. 39