BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

KEBERKESANAN ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR MELAYU SOAL SELIDIK PELAJAR

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Bahagian A (40 markah) menqambil kira latar belakang sosio-ekonomi mereka. Pernyataan ini lebih tepat merujuk kepada?

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Padankan. Padankan. Padankan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

LAPORAN PENYELIDIKAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

2.0 PENYATAAN MASALAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

015/025/035 MATEMATIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN. mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik.

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Katakunci : mata pelajaran vokasional

Abd. Wahid Bin Mukhari & Ruslaili Bt Md. Amin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

PENGENDALIAN MAKLUMBALAS PELANGGAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sustainable Education 54

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

Transkripsi:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat. Perkara-perkara yang disentuh dalam bab ini antaranya reka bentuk kajian, responden kajian, tempat dan lokasi kajian, pembolehubah operasional, instrumen kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data. 3.1 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana kesan penggunaan perisian animasi sebagai bahan bantu mengajar terhadap pembelajaran bahasa Arab kepada pelajar Melayu peringkat permulaan mempelajari bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, Terengganu. Pengkaji telah membuat perbandingan dua kaedah pengajaran iaitu pengajaran berbantukan perisian animasi dan kaedah pengajaran biasa (tradisional). Oleh itu, reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini ialah kajian berbentuk eksperimental. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif yang diguna pakai 76

oleh pengkaji dalam kajian ini untuk mengumpul data primer ialah melalui instrumen ujian pra dan pasca serta soal selidik. Selain daripada itu, pendekatan kualitatif juga digunakan dalam kajian ini iaitu dengan pemerhatian dan menemu bual beberapa orang responden dan juga guru-guru bahasa Arab untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang didapati. Bagi pengkaji, kedua-dua kaedah ini dapat memberi maklumat yang tepat dan jelas serta berpotensi memenuhi kehendak soalan kajian yang dibuat. Pemilihan Subjek Kajian (pelajar) Pengagihan secara rawak Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan Ujian pra Ujian pra Pembelajaran bahasa Arab tidak menggunakan bahan bantu animasi Ujian pasca Pembelajaran bahasa Arab menggunakan bahan bantu animasi Ujian pasca Analisis perbezaan prestasi ujian antara kumpulan Rajah 3.1: Reka bentuk perbandingan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan 77

3.2 Lokasi Kajian Kajian disertasi ini dijalankan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) Kampus Gong Badak, Terengganu. Universiti ini merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam. Universiti ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan mempunyai keluasan seluas 350 ekar (144 hektar) di Gong Badak, Kuala Terengganu. Jabatan Bahasa Arab adalah salah satu jabatan di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA Kampus Gong Badak. Jabatan Bahasa Arab ini menawarkan kursus-kursus umum universiti dan kini sedang merangka untuk menawarkan program Ijazah Bahasa Arab dengan Kepujian. Jabatan ini terdiri daripada 21 orang pengajar dan 6 daripadanya sedang menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana dan kedoktoran di dalam dan luar negara. Kursus bahasa Arab yang ditawarkan oleh jabatan ini ialah UBA 1012 (Bahasa Arab Kebangsaan), UBA 1022 (Bahasa Arab Agama), UBA 3012 (Pengantar Bahasa Arab Kebangsaan), UBA 3022 (Pengantar Bahasa Arab Agama), UBL 1012 (Bahasa Arab Untuk Undang-undang), BAL 1022 (Bahasa Arab Untuk Undangundang II), BAK 2023 (Bahasa Arab Kebangsaan II), BAU 2012 (Bahasa Arab Undang-undang III) dan BAA 2023 (Bahasa Arab Agama II). Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada lelaki dan perempuan yang datang dari seluruh Malaysia dan kalangan mereka ada yang belum mempelajari bahasa Arab dan yang telah pun mempelajarinya sebelum melanjutkan pelajaran ke UniSZA. 78

Pengkaji memilih UniSZA sebagai lokasi kajian atas sebab berikut : 1. Universiti tersebut menawarkan pembelajaran bahasa Arab. 2. Universiti tersebut mempunyai kemudahan ICT. 3. Matlamat penubuhan jabatan ini adalah untuk membantu pelajar mendalami dan menguasai bahasa Arab dalam empat cabang kemahiran: bertutur, mendengar, membaca dan menulis selain matlamat utamanya untuk menjulang bahasa al-quran. 3.3 Persampelan dan Responden Kajian Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Bagi kajian ini, sampel kajian terdiri dari pelajar program diploma teknologi maklumat, diploma teknologi maklumat (multimedia), diploma pengurusan sumber manusia dan diploma pengurusan perniagaan dan perakaunan. Seramai 40 orang pelajar dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Sampel kajian ini merupakan pelajar peringkat permulaan mengikuti pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Mereka adalah pelajar yang mengikuti kod kursus UBA 1012. Pelajarpelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sekumpulan mengikuti pembelajaran dengan menggunakan kaedah bahan bantu animasi (kumpulan rawatan) dan sekumpulan lagi menggunakan kaedah biasa dalam pembelajaran (kumpulan kawalan). Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang pelajar. 79

3.4 Pembolehubah Operasional Pembolehubah dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pembolehubah (variabel) bebas dan pembolehubah bersandar. a. Variabel bebas dalam kajian ini ialah persembahan animasi. b. Variabel bersandar pula ialah pembelajaran bahasa Arab. Kajian yang dilakukan ini akan memanipulasikan variabel bebas (persembahan animasi) pada kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan bahan bantu animasi dan memerhatikan kesannya iaitu perubahan pada variabel bersandar (pembelajaran bahasa Arab). Kesannya dikenal pasti melalui perbezaan keputusan ujian pasca subjek kajian antara dua kumpulan tersebut. Beberapa hipotesis telah dibentuk untuk menunjukkan andaian hubungan antara kedua-dua variabel kajian ini iaitu : 1. Tiada perbezaan antara kedua-dua kumpulan 2. Penggunaan animasi memberi kesan kepada pembelajaran bahasa Arab 3. Penggunaan animasi tidak memberi kesan kepada pembelajaran bahasa Arab 3.5 Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis ini dilaksanakan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian sebenar yang akan dijalankan di samping meningkatkan keabsahan dalam instrumen kajian. Pengkaji telah melakukan ujian rintis di UniSZA. Walaupun 80

kajian rintis ini dilaksanakan di tempat yang sama dengan kajian yang sebenar, namun pengkaji menggunakan subjek kajian yang berlainan dengan populasi subjek untuk kajian yang sebenar. Ia dilakukan dengan menggunakan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ciri-ciri subjek populasi kajian. Ciriciri tersebut termasuk peringkat umur, latar belakang pendidikan, tahap penguasaan bahasa Arab dan sebagainya. Subjek untuk kajian rintis ini terdiri daripada 17 orang pelajar diploma TESL, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA. Tujuan utama diadakan kajian ini ialah untuk mengetahui kesahan soalan sama ada pelajar berkenaan memahami soalan yang diberikan atau sebaliknya. Ujian rintis ini telah dijalankan sendiri oleh pengkaji. Sebelum ujian rintis ini diadakan, pengkaji telah meminta kebenaran rasmi daripada dekan dan ketua jabatan bahasa Arab di fakulti berkenaan. Pengkaji juga telah mendapatkan kerjasama daripada pensyarah bahasa Arab di jabatan tersebut. Hasil daripada ujian rintis ini pengkaji mendapat maklum balas seperti berikut: 1) Pelajar memahami kandungan soalan ujian dan soal selidik. Responden dapat membaca dengan jelas setiap soalan dan tidak berlaku kekeliruan, cuma ada sedikit penambahan soalan pada soal selidik. Pengkaji menerima maklum balas ini melalui penyeliaan semasa ujian berkenaan berjalan dan perbincangan dengan pelajar selepas ujian. 2) Masa yang diberikan untuk menjawab soalan mencukupi dan sesuai. 81

3.6 Instrumen Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Terdapat beberapa instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur. Instrumen ujian pra dan pasca serta soal selidik dipilih adalah untuk mendapatkan data dalam kajian ini manakala temubual dan pemerhatian adalah untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang didapati. 3.6.1 Ujian pra-pasca Instrumen utama dalam kajian ini ialah ujian yang dibina berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Arab untuk pelajar peringkat permulaan yang meliputi semua tajuk yang diajar sepanjang kajian yang mempunyai aras yang sesuai dengan pelajar (mudah, sederhana dan susah) dan mempunyai binaan soalan iaitu pemahaman dan pengetahuan (Lampiran 3). Ujian ini mengandungi 50 soalan dan setiap satu jawapan yang betul bagi soalan ini akan diberikan 2 markah. Jumlah markah keseluruhan adalah 100%. Soalan-soalan yang dibuat adalah dalam bentuk subjektif dan objektif. Masa yang diperuntukkan untuk ujian ini ialah 1 jam. Kedua-dua kumpulan responden mendapat soalan yang sama sahaja. Reka bentuk ujian pra-pasca menggunakan dua kali pengukuran (pengukuran yang sama) ke atas variabel bersandar (pembelajaran bahasa Arab) iaitu sebelum dan selepas variabel bebas (persembahan animasi) dimanipulasi. Dengan instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui serta membuat perbandingan antara kedua-dua kumpulan tersebut seterusnya dapat menentukan sama ada penggunaan animasi dapat memberi kesan dalam pembelajaran bahasa Arab atau tidak. 82

3.6.2 Soal selidik Soal selidik ini dijalankan ke atas responden kajian bagi mendapatkan data dan pandangan pelajar tentang penggunaan BBM dalam pembelajaran bahasa Arab. Menurut Mohd Majid Konting (1990), instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan bagi tujuan pengumpulan data. Satu set soal selidik yang terdiri daripada 36 item telah dikemukakan kepada responden untuk dilengkapkan. Item yang digunakan dalam soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu demografi, minat responden terhadap penggunaan animasi, kesan penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab kepada responden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh responden sepanjang penggunaan bahan animasi tersebut (Lampiran 2). Soal selidik ini dibina bagi meninjau tahap keberkesanan pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan bahan bantu animasi. Responden diberi tempoh 45 minit untuk menjawab soal selidik dan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut. Set soalan dalam soal selidik ini terdiri dari enam item aneka pilihan, dua item terbuka dan selebihnya digubal dengan menggunakan Skala Likert sebagai pilihan jawapan responden. Untuk skala likert, para responden hanya perlu menyatakan darjat persetujuan mereka dengan menandakan nombor pilihan mereka berdasarkan arahan dan keterangan skala yang dinyatakan pada awal set soal selidik. Penggunaan skala likert ini memudahkan responden memberikan respons mereka. Soal selidik juga memudahkan pengkaji mengkodkan data dan seterusnya menganalisis data tersebut. 83

Sebelum soal selidik dijalankan ke atas responden sebenar, soal selidik tersebut telah diserahkan kepada penyelia terlebih dahulu untuk semakan kemudian diuji ke atas sekumpulan pelajar diploma TESL, UniSZA. Hasil daripada semakan dan ujian rintis tersebut satu pembetulan dan penambahbaikan telah dilakukan. 3.6.3 Temu bual Kajian ini juga mendapat maklumat dengan menggunakan kaedah temu bual. Tujuan diadakan temu bual ialah untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik. Item-item dalam soal selidik yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran guru menjadi asas kepada soalan temu bual. Soalansoalan temu bual adalah tidak berstruktur. Sampel temu bual terdiri daripada beberapa orang pelajar (responden) dan guru bahasa Arab. Temu bual ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan tentang kaedah pengajaran guru mereka dalam pengajaran bahasa Arab. Temu ramah ini menyentuh perkara-perkara seperti minat terhadap penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab, faedah-faedah yang diperolehi daripada pengajaran yang menggunakan BBM umumnya dan animasi khususnya dan cadangan-cadangan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan penggunaannya. 3.6.4 Pemerhatian Selain daripada kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi, pengkaji juga boleh mendapatkan data melalui penilaian dan pemerhatian pengkaji sendiri di kawasan kajian. Beberapa maklumat berkenaan dengan kemudahan-kemudahan BBM yang 84

terdapat di sekolah serta sejauhmana penggunaannya dalam pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua boleh diperolehi secara umum. Berdasarkan pemerhatian juga, pengkaji dapat melihat sendiri bentuk-bentuk permasalahan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta maklum balas responden sepanjang proses pembelajaran berlangsung. 3.7 Prosedur Pengumpulan Data Sebelum kajian dapat dijalankan, beberapa langkah awal perlu diambil antaranya ialah mendapatkan surat sokongan dari Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya untuk memohon kebenaran dari pihak universiti menjalankan kajian di universiti tersebut. Seterusnya pengkaji berjumpa dengan Dekan fakulti di universiti yang dijadikan lokasi kajian dan seterusnya pengkaji berbincang dengan ketua jabatan dan pensyarah bahasa Arab untuk mendapat kebenaran, bantuan dan pandangan pensyarah yang terlibat bagi memudahkan pengkaji melaksanakan sendiri pengajaran bagi kedua-dua kumpulan berkenaan. Pengajaran bagi kedua-dua kelas iaitu kelas eksperimen dan kelas kawalan dilaksanakan sendiri oleh pengkaji bagi mengelakkan berlakunya pengaruh peribadi dan kemahiran guru. Langkah seterusnya ialah memberi taklimat kepada pelajar yang terlibat tentang pelaksanaan kajian dan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan menggunakan kaedah bahan bantu animasi dalam proses pembelajaran dan kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional dalam pembelajaran. Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang responden. Setiap kumpulan menjalani proses pembelajaran selama 5 jam seminggu dan berlangsung selama 2 minggu berturut-turut. Pelajar akan diberi 85

ujian pra terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran. Isi pelajaran yang disampaikan kepada kedua-dua kumpulan berkenaan adalah sama cuma perbezaan antara kedua-dua kumpulan tersebut hanyalah dari segi penggunaan bahan bantu mengajar sahaja. Pengkaji telah menjalankan ujian pasca sebaik sahaja kedua-dua kumpulan berkenaan selesai menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan pasca ujian ini sama dengan soalan pra ujian dahulu. Namun begitu, sampel tidak diberitahu bahawa mereka menerima kertas ujian yang sama. Markah pra ujian juga tidak diumumkan kepada mereka. Ujian ini adalah untuk melihat kesan kesesuaian kaedah pembelajaran bahasa Arab terhadap pelajar-pelajar peringkat permulaan mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Selain daripada itu, responden juga diminta menjawab soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Secara ringkasnya prosedur pengumpulan data ialah seperti berikut: 86

Mendapatkan surat kebenaran daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya Memohon kebenaran dari pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti Sultan Zainal Abidin Mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan dan pensyarah bahasa Arab Memilih responden, memberi taklimat dan membahagikan responden kepada dua kumpulan Responden mengikuti proses pembelajaran Mengedar dan mengumpul soalan ujian, soal selidik dan menjalankan temu bual Proses memasukkan dan menganalisis data Dapatan kajian Rajah 3.2: Prosedur pengumpulan data 3.8 Penganalisisan Data Data yang dikumpulkan terdiri daripada soal selidik dan data pencapaian ujian pra-pasca pelajar. Pakej (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis data ini. 87

Penganalisaan data melibatkan dua jenis iaitu Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi. Statistik Deskriptif digunakan adalah untuk menunjukkan markah min dan peratus digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden, soal selidik berkenaan dengan minat, masalah, kesan animasi dan keputusan ujian. Seterusnya Statistik Inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian tentang perbezaan pencapaian pelajar mengikut kaedah yang digunakan dan menggunakan analisis ujian taburan t. 3.9 Rancangan Pengajaran Kajian ini dijalankan selama dua minggu bermula 18 Julai 2010 sehingga 29 Julai 2010. Setiap kumpulan mengikuti pembelajaran selama 5 jam seminggu selama 2 minggu berturut-turut dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 10 jam. Sukatan pelajaran yang disampaikan kepada kedua-dua kumpulan berkenaan adalah sama seperti jadual 3.1 di bawah. Perbezaan antara kedua-dua kumpulan tersebut hanyalah dari segi pendekatan pengajaran iaitu penggunaan bahan bantu mengajar sahaja. Waktu pengajaran Minggu 1 Minggu 2 Tempoh masa (jam) 1 jam Jadual 3.1: Rancangan pengajaran Topik / kandungan Penerangan tentang kajian yang dijalankan dan ujian pra. 1 jam Pengenalan abjad bahasa Arab 1 jam Cara penulisan abjad bahasa Arab 1 jam Ahlan wasahlan (ucap selamat) 1 jam ÙaÑÉruf (perkenalan) 1 jam AÑdad (bilangan) 1 jam UÎrati (keluarga saya) 2 jam Ujian pasca dan soal selidik 1 jam Temu bual 88

Pengkaji membahagikan sampel yang dipilih kepada dua kumpulan iaitu : 1) Kumpulan eksperimen (rawatan) 2) Kumpulan kawalan Bagi kumpulan eksperimen, pendekatan pengajaran yang digunakan adalah kaedah penerangan guru dan dibantu dengan bahan bantu mengajar iaitu perisian animasi di samping buku modul. Sesi pengajaran untuk kumpulan ini dijalankan di makmal bahasa kerana bilik tersebut dilengkapi dengan BBM tersebut. Bagi kumpulan kawalan pula, kaedah pengajaran yang digunakan adalah secara tradisional iaitu kaedah penerangan dan syarahan dalam kelas semata-mata tanpa menggunakan sebarang bahan bantu mengajar yang lain kecuali buku modul, papan putih (whiteboard) dan artline. Sesi pengajaran untuk kumpulan ini hanya dijalankan di kelas biasa. 3.10 Sukatan pelajaran dan bahan bantu mengajar Sukatan pelajaran yang diajar dalam kajian ini adalah berpandukan sukatan lama yang diguna pakai oleh pihak UniSZA itu sendiri. Namun pengkaji hanya memilih empat tajuk yang bersesuaian dengan bahan animasi sahaja untuk tujuan pengajaran sepanjang kajian. Pengkaji telah mengubah suai, menambah serta memurnikan modul yang sedia ada mengikut keperluan kajian dan pengkaji terlebih dahulu memohon kebenaran dari ketua jabatan bahasa Arab untuk tujuan tersebut (Lampiran 4). Bahan bantu animasi yang digunakan dalam kajian ini bukan direka bentuk oleh pengkaji sendiri tetapi telah dimuat turun dari youtube. Pengkaji 89

3.11 Penutup Berdasarkan penerangan yang terperinci yang telah dinyatakan dalam bab ini, pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan. 90