AKAUNTABILITI AKADEMIA

dokumen-dokumen yang mirip
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Taklimat untuk Guru BM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

Prinsip, Etika, dan Rukun Etika

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

INTEGRITI MENURUT HADITH NABI : KAJIAN APLIKASINYA TERHADAP. KEUTUHAN PERIBADI KAKITANGAN PENTADBIRAN UiTM SHAH ALAM BORANG SOAL SELIDIK OLEH

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERSONALITI GURU SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR DAERAH KUANTAN, PAHANG.

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Pengajar Cemerlang Dan Anugerah Pengajar Cemerlang (Muda)

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) PENSYARAH IPG

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Transkripsi:

1.0 PENGENALAN AKAUNTABILITI AKADEMIA Zulkifli Hasan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia E-mel: zul361977@yahoo.com Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com Peranan ahli akademik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Dalam melaksanakan tanggunjawab ini ahli akademik yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Ini telah dirakamkan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam surah al-mujadalah ayat 11 yang bermaksud: Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi di kaca mata Islam 1 lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan seperti ahli akademik sama ada di peringkat rendah mahu pun di institusi pengajian tinggi. Sebagai seorang ahli akademik yang diberkati Allah, mereka mestilah menjaga akauntabilitinya selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan. Secara umumnya, para sarjana Islam telah mengemukakan bahawa ahli akademik perlu memainkan fungsi seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudaris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan) 2. 2.0 Akauntabiliti Akademia Akauntabiliti akademia merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap ahli akademik. Secara umumnya akauntabiliti akademia merujuk kepada tanggungjawab seorang ahli akademik kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya. Sebagai seorang yang profesional, ahli akademik perlu memelihara dan melaksanakan tanggunggjawabnya dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Ini adalah kerana ahli akademik merupakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan sumber manusia yang baik dalam pelbagai bidang demi keperluan negara bahkan umat seluruhnya. Secara ringkasnya akauntabiliti akademik ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu 1 Rujuk Al-Ghazali. Ihya Ulumuddin. (Terjemahan). 2006. Kuala Lumpur: Darul Fajar. Hlm 1-14. 2 Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Hlm 122-123. 1

kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan sama ada dalam hal ehwal pengajaran, penyelidikan, persidangan, penerbitan dan khidmat masyarakat. 2.1 Kepimpinan Aspek kepimpinan ini merangkumi pengajaran, penyelidikan, persidangan, penerbitan dan khidmat masyarakat. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah keupayaan mencorak, mengemudi dan memandu dalam proses pencapaian matlamat kecemerlangan institusi. Ahli akademik yang mempunyai ciri kepimpinan yang baik akan dapat mengatur strategi institusi dan berusaha mempertingkatkan kualiti, berusaha penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu dan proses penyebaran ilmu pengetahuan. 2.2 Profesionalisme Profesionalisme juga merangkumi aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan, persidangan dan khidmat masyarakat. Profesionalisme dalam konteks ahli akademik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran. Di dalam melaksanakan sesuatu perkara seorang ahli akademik yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran. Sebagai contoh seorang ahli akademik perlu menyerlahkan elemen-elemen penjagaan tingkahlaku seperti, cara berpakaian, berkomunikasi, tidak mengadakan hubungan dengan pelajar, mematuhi masa, menghormati rakan sejawat, mengelak plagiarisme, kerja berpasukan dan menjaga kerahsiaan. Para ahli akademik juga menjaga amanah ilmu bukan sahaja bertindak untuk memperkayakan ilmu dalam diri sebaliknya sentiasa menyalurkan idea-idea dan ilmu yang ada pada mereka baik kepada pelajar mereka disamping mempunyai integriti yang tinggi Profesionalisme juga menitikberatkan aspek ketelusan dan kerahsiaan. Ahli akademik mesti sanggup menerima teguran-teguran dan ini akan dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek kerahsiaan, ahli akademik perlu menjaga hal kerahsiaan ini umpamanya soal penyediaan soalan peperiksaan dan juga maruah pelajar yang mempunyai masalah peribadi. 2.3 Pembudayaan Kualiti Adalah menjadi kewajipan seorang ahli akademik untuk memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan, persidangan dan khidmat masyarakat. Kualiti ini dapat dinilai melalui penerimaan hasil penyelidikan, persidangan dan penerbitan sama ada diperingkat tempatan mahu pun antarabangsa. Oleh itu ahli akademik perlu mempergiatkan aktiviti ilmiah dalam perkongsian ilmu, perluasan ilmu dan rangkaian tokoh-tokoh keilmuan, diinstitusi tempatan dan luar negara. 2

3.0 CIRI-CIRI AHLI AKADEMIK UNGGUL Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri ahli akademik unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua ahli akademik untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala pada setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:- a) Mudaris. Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Ahli akademik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan. b) Mualim. Ahli akademik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahu Wataala dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar. c) Murabbi. Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Ahli akademik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka. Ahli akademik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar. d) Muaddib. Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Ahli akademik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Ahli akademik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Ahli akademik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja. e) Murshid. 3

Ahli akademik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahu Wataala dan khalifahnya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Ahli akademik mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi ahli akademik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar. Kesemua ciri-ciri seorang ahli akademik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara berterusan dan dengan penuh iltizam. Ahli akademik perlu ada sifat mendidik pelajar kerana Allah Subhanahu Wataala, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja ciri-ciri ini perlu diamalkan dan diserlahkan dari semua aspek termasuk kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku, pembudayaan kualiti dan khidmat masyarakat. 4.0 LANGKAH MEMELIHARA AKAUNTABILITI AKADEMIA a) Mendidik Kerana Mencari Keredhaan Allah Subhanahu Wataala 3. Seorang ahli akademik perlu memastikan niatnya untuk bersifat ikhlas terhadap Allah Subhanahu Wataala dalam segala amal pendidik yang dilakukannya. Allah Subhanahu Wataala telah merakamkan dalam al-quran surah al-bayyinah ayat 5 yang bermaksud Dan tiadalah mereka itu diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepadanya dan yang ditujukan hanya untuknya. (Riwayat Abdu Daud dan an-nasai). Ahli akademik hendaklah menunjukkan setiap pekerjaan yang dilaksanakan itu hanya semata-mata kerana Allah kerana hanya dengan keikhlasan beliau akan mendapat keredhaan dan keberkatan bahkan akan dikasihi dan dihormati oleh pelajar mahupun masyarakat. b) Peribadi Mulia 4. 3 Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar- Rahmaniah. Hlm. 122-123. 4 Ibid hlm 128. 4

Ahli akademik bukan sahaja menjadi role model atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menerusi sifat-sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan peribadi mulia, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam al-quran surah thaha ayat 43 yang bermaksud:- Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan. c) Menjaga Kehebatan dan Kehormatan diri 5. Sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang ahli akademik adalah seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah semestinya ahli akademik untuk beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimilikinya. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih bertakwa kepada Allah Subhanahu wataala. Ahli akademik tidak sepatutnya melakukan perkara yang berlawanan dengan ilmu yang dimiliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhahanahu Wataala di dalam surah al-maidah ayat 44 yang bermaksud:- Adakah patut kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal. d) Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran 6. Ahli akademik sememangnya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya ahli akademik benar-benar menguasai ilmu tersebut. Selain itu, ahli akademik juga perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan kaedah atau teknik pengajaran berkesan. Dalam dunia moden masa kini, ahli 5 Ulwan Abdullah Nasih. (1981). Tarbiyatul Awlad Fi Islam. Juzuk 1. Darul Salam dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Hlm 126-127. 6 Supra nota 3 hlm 126. 5

akademik perlu arif dalam penggunaan teknologi dan dalam masa yang sama sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar. e) Bersifat kasih sayang. 7 Pelajar merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik mereka. Oleh itu ahli akademik mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati ahli akademik dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra di antara pelajar dan ahli akademik dan seterusnya akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia. 5.0 KESIMPULAN. Secara umumnya, seorang ahli akademik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu murabbi, mudaris, mualim, muaddib dan mursyid. Kedudukan seorang ahli akademik yang mursyid menjadikan setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan akan menjadi lebih berkesan dan mudah diterima oleh para pelajar. Terdapat beberapa ciri utama seorang ahli akademik yang membolehkan mereka dapat membimbing pelajar dengan baik dan berkesan. Ini termasuk mendidik kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Akauntabiliti akademia merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap ahli akademik dan ini meliputi dari aspek kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan sama ada dalam hal ehwal pengajaran, penyelidikan, persidangan, penerbitan dan khidmat masyarakat. Sesungguhnya sebagai seorang ahli akademik, beliau mestilah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri seorang pendidik yang mursyid di mana mampu untuk membimbing pelajar bukan sahaja untuk mendalami ilmu pengetahuan yang disampaikan malahan dapat memberi panduan kepada mereka untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya. Akauntabiliti akademia mesti dipelihara demi menjamin keutuhan institusi keilmuan yang sememangnya dipandang tinggi oleh Islam. 7 Yaakub Isa. (1994). Guru dan Pengajaran yang efektif dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Hlm 126-127. 6