PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI

dokumen-dokumen yang mirip
1.0 PENGENALAN PANDUAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD UNIVERSITI 1.1 TUJUAN

PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNIT LATIHAN PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR RAHSIA

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PROSEDUR KAWALAN REKOD DAN DOKUMEN SOKONGAN PK.UiTM.FKM.(PA).02

KAWALAN REKOD. Jawatan: Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

JABATAN PEGUAM NEGARA

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

PTSS PK PS-03 TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 SALINAN TERKAWAL

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PENGURUSAN REKOD PMM-PK-PS-09

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

GARISPANDUAN PENGURUSAN DOKUMEN TERPERINGKAT

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KAWALAN REKOD. PK.UiTM.CNS(P).02

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN REKOD

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.8 TAHUN 1982 Peraturan-Peraturan Bilik Rekod Di Jabatan Ukur Negeri

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Arkib Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

SISTEM PELUPUSAN REKOD SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN DATA PEJABAT PENDAFTAR, UPM

SISTEM FAIL & KLASIFIKASI FAIL

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTM.APB.(P).02

SISTEM PENGURUSAN FAIL DAN REKOD SEKSYEN PENGURUSAN REKOD DAN DATA PEJABAT PENDAFTAR, UPM

POLITEKNIK KOTA BHARU

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PENGELASAN SURATAN RASMI

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

KERAJAAN MALAYSIA. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

PROSEDUR PENGELASAN, PENGELASAN SEMULA & BUKU DAFTAR SURATAN RAHSIA RASMI

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AK01/ ARAHAN KERJA PERMOHONAN PAS SEMENTARA

SKOP CERAMAH : Objektif Pengenalan Definisi Pengurusan Dokumen Terperingkat Peringkat Keselamatan Tanda Keselamatan

PERKARA RASMI : BUKU ARAHAN KESELAMATAN. Perkara Rasmi. Dokumen Terperingkat. Bahan Rasmi. Dokumen Rasmi. Maklumat Rasmi

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P009. PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Tarikh: 08/08/2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

Arkib Negara Malaysia

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

SURAT PEKELILING BENDAHARI

AUDIT DALAMAN PMM-PK-PS-07

PENGURUSAN ARKIB Pelupusan Fail

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PENGELASAN & PENGELASAN SEMULA MENGIKUT AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN SURAT PEKELILING AM Bil. 2 TAHUN 1987

AKTA PILIHAN RAYA 1958

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AK01/PELEKAT ARAHAN KERJA PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

1. Kenal pasti pegawai yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Pengawal Dokumen. MEWUJUDKAN DOKUMEN SPK ISO 9001:2008 dan RUJUKAN DALAMAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

LAPORAN NILAIAN KERJA KAKITANGAN

PENGURUSAN. PROSEDUR KOMUNIKASI Tarikh: 20/02/2014

FORMAT PEPERIKSAAN PROFIL JAWATAN. kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas mereka seperti peralatan dan lain-lain

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEPERIKSAAN POLITEKNIK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

BORANG LAPORAN PENGESAHAN/ PELANJUTAN/ PENAMATAN (STAF BUKAN AKADEMIK)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/AK03/TANDA ARAHAN KERJA PERMOHONAN PAPAN TANDA

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/OSH/P002

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGELASAN DAN PENGELASAN SEMULA SURATAN RASMI

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: OPR/PSAS/GP03/BP GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BILIK PERBINCANGAN. 1.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/OPR/PEND/P009. PROSEDUR PEMBERIAN TARAF BERPENCEN Tarikh: 30/04/2013

Kata-Kata Aluan BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Transkripsi:

Siri Pengurusan Rekod Kerajaan PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, 50568, Kuala Lumpur (www.arkib.gov.my) 1

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Prakata BAHAGIAN I 1. Pengenalan : 1.1 Latarbelakang 1.2 Tujuan 1.3 Skop 1.4 Definisi BAHAGIAN II 2. Kaedah Pembukaan Fail: 2.1 Pembukaan Fail 2.1.1 Jenis Kulit Fail 2.1.2 Pembukaan Kulit Fail Baru 2.2 Mencatat Butiran pada Kulit Fail 2.2.1 Tajuk Fail & No. Rujukan Fail 2.2.2 Kertas-kertas Yang Berhubung 2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara 2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama 2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir 2.2.6 Dihantar Kepada & Tarikh Dihantar 2.3 Memfail atau mendaftarkan dokumen ke dalam fail 2.4 Penyediaan Kertas Minit: 2.4.1 Merekodkan Surat Masuk & Surat Keluar 2.4.2 Penulisan Minit Tindakan 2.4.3 Minit Bebas 2

2.5 Kad Pergerakan Fail 2.6 Kulit Fail Rosak 3. Kaedah Penutupan Fail 4. Kegunaan Sampul Kecil: 4.1 Fail Tak Dapat Dikesan 4.2 Dua Orang Pegawai Menggunakan Fail Pada Masa Yang Sama 5. Khidmat Nasihat 6. Lampiran: 6.1 Carta Aliran Pembukaan Fail 6.2 Carta Aliran Penutupan Fail 3

PRAKATA Pengendalian fail adalah suatu kaedah pengurusan yang perlu dilakukan dengan betul oleh setiap pegawai dan kakitangan di jabatan dan agensi kerajaan. Untuk menyumbang ke arah mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan tumpuan yang lebih padu terhadap seluruh proses pendokumentasian, pengurusan maklumat, dokumen, rekod dan pengendalian fail rasmi kerajaan hendaklah ditangani dengan lebih profesional. Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah diamalkan secara berlainan antara satu agensi dengan satu agensi yang lain dan sering dianggap sebagai tugas mudah, remeh, serta jarang mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pegawai yang bertanggungjawab. Keadaan ini menyebabkan kehilangan kawalan ke atas dokumen penting untuk membuat sesuatu keputusan dan dirasakan semakin ketara kerana kerencaman setiap jabatan dan agensi kerajaan yang sering menimbulkan tanggapan dan amalan yang berlainan seperti; pembukaan fail, penggunaan kulit fail, mengandungkan surat ke dalam fail, meminitkan surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul kecil, penutupan fail dan pembukaan kulit fail baru (jilid sambungan), dan berbagai lagi urusan sudah tidak lagi diamalkan secara standard. Justeru, bagi mengelak berlakunya amalan sebegini berterusan, panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai kaedah atau tatacara dan amalan pengendalian fail rasmi di jabatan dan agensi kerajaan. Panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan MS 2223-1:2009 dan MS 2223-2-:2009. Panduan bagi pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan fail rasmi jabatan dan agensi kerajaan serta Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) selaku pegawai penyelia bagi Program dan Aktiviti Pengurusan Rekod Kerajaan. Adalah diharapkan Panduan ini, akan dapat membantu pejabat awam dan syarikat perusahaan kerajaan (GLC) dalam mengendali fail rasmi dengan lebih berkesan dari peringkat pewujudan sehingga ke peringkat pelupusan. Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian VII dan VIII) Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2007, dan panduan-panduan lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Arkib Negara Malaysia. Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Januari 2012 4

BAHAGIAN I 1. PENGENALAN 1.1 Latarbelakang Fail kerajaan mengandungi dokumen rasmi yang telah didaftar dan disusun dengan teratur. Setiap fail diberi tajuk yang spesifik berasaskan klasifikasi fail yang telah dibangunkan. MS2223-1:2009 menyarankan agar klasifikasi fail dibangunkan berdasarkan fungsi sesebuah agensi. Penggunaan fail telah bermula sejak era pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai satu kaedah kawalan yang teratur dan sistematik pada peringkat dokumen dan juga fail. Kaedah pengendalian fail ini diwarisi oleh Pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga dewasa ini. Kesinambungan ini menjadi asas kepada pengurusan rekod kerajaan yang cekap serta menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti Perkhidmatan Awam. Namun demikian, kebelakangan ini pejabat awam didapati kurang memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan fail terutamanya kepada Kaedah Pengendalian Fail Rasmi. 1.2 Tujuan Panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai tatacara dan amalan pengendalian fail di Pejabat Awam. Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian VII dan VIII). 1.3 Skop Panduan ini hendaklah diguna pakai oleh semua penjawat awam dalam pengendalian fail kerajaan. Panduan ini merangkumi kaedah pembukaan fail, penggunaan kulit fail, memfailkan surat, meminitkan surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul kecil, penutupan fail dan pembukaan kulit fail baru (Jilid sambungan). 5

1.4 Definisi 1.4.1 Fail Rasmi - Dokumen rasmi kerajaan yang dikandung, disusun dengan teratur dan didaftarkan. Fail ini diberi tajuk spesifik sepertimana yang telah ditetapkan dalam Klasifikasi Fail. 1.4.2 Kertas Minit Kertas atau format yang dilampirkan di sebelah kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat lampiran. Ia boleh digunakan sebagai indeks kepada lampiran yang terkandung di dalam fail. Kertas minit juga digunakan untuk memberi arahan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan. 1.4.3 Sampul Kecil - Kulit fail yang menepati format Am 435A Pin. 1/82. Kulit fail yang digunakan sebagai fail sementara apabila fail asal tidak dapat dikesan atau apabila lebih daripada seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera ke atas fail yang sama. 1.4.4 Klasifikasi Fail - Proses mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat secara logikal ke dalam kategori/kumpulan yang sama atau seakan-akan sama, di mana setiap satu kategori/kumpulan rekod itu dikenali dengan identitinya sendiri. 1.4.5 Daftar Fail Format yang disediakan bagi mendaftar Fail Rasmi. 1.4.6 Kad Keluar Fail / Kad Pergerakan Fail - Kad kawalan yang merekodkan pergerakan fail di registri. 1.4.7 Indeks Alat atau kaedah silang rujuk bagi membolehkan sesuatu dokumen dikenalpasti atau dicapai dengan pantas. 1.4.8 SDP/BF - Simpan Dalam Perhatian/ keep in view (KIV) Arahan yang dikeluarkan oleh mana - mana pegawai kepada kakitangan registri untuk menyimpan sementara sesebuah fail dan memajukan kembali fail tersebut kepadanya pada tarikh yang ditetapkan, disebut juga sebagai bring forward (BF) 1.4.9 Registri - Unit atau bahagian khusus di sesebuah pejabat yang bertanggungjawab terhadap urusan surat-menyurat, dokumen dan fail-fail. 6

1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan pengawalan fail-fail (rekod) aktif sahaja. 1.4.11 Bilik Rekod Bilik atau ruang khusus sebagai tempat simpanan bagi menempatkan rekod-rekod separa aktif dan tidak aktif sementara menunggu rekod-rekod tersebut dikaji dan ditentukan tindakan pelupusan yang perlu diambil ke atasnya. 1.4.12 Bilik Fail Keselamatan - Sebuah bilik yang diperkuatkan untuk menempatkan fail-fail dan dokumen terperingkat jabatan dan agensi kerajaan. 1.4.13 Bilik Kebal - Bilik khas yang kukuh binaannya di mana ia tidak mudah untuk dipecahkan atau dirobohkan. Sesebuah Bilik Kebal dibina bertujuan untuk melindungi aset-aset penting, aset-aset berharga, dokumen-dokumen keselamatan, wang atau barang berharga kerajaan. 1.4.14 Pejabat Awam Sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri atau sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perusahaan Kerajaan. 1.4.15 Penjawat Awam Seseorang yang memegang jawatan atau pekerjaan dalam mana-mana perkhidmatan awam. 1.4.16 Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) Seseorang pegawai yang dilantik di kalangan gred 27 atau setaraf dengannya dan pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Arkib Negara Malaysia. Pegawai Rekod Jabatan bertanggungjawab dalam merancang, memantau dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pengurusan rekod di jabatan masingmasing. 1.4.17 Pegawai Pengelas Seseorang pegawai yang dilantik oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri melalui suatu perakuan di bawah suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai Rahsia, Sulit, atau Terhad mengikut mana yang berkenaan selaras dengan Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972. 7

BAHAGIAN II 2. PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL Pembukaan fail meliputi aktiviti pembukaan fail baru, fail sementara, memasukkan kandungan, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan fail. Manakala penutupan fail pula meliputi aktiviti mengenalpasti fail-fail yang boleh ditutup, penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan. 2.1 PEMBUKAAN FAIL 2.1.1 Fail dibuka apabila: i. Fail yang diperlukan belum ada; ii. Fail asal ditutup dan bersambung pada kulit fail jilid baharu; iii. Fail asal tidak dapat dikesan; iv. Fail asal didapati rosak dan perlu digantikan dengan kulit baharu; v. Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; dan vi. Skima klasifikasi fail dirombak atau bertukar kepada sistem klasifikasi yang baharu. Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima hendaklah dikandungkan dengan segera ke dalam fail yang betul supaya ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil tindakan. Sebelum fail baharu dibuka, semak rujukan tuan atau baca isi kandungan surat atau semak klasifikasi fail. Sekiranya fail berkenaan telah ada, kandungkan surat atau dokumen tersebut ke dalamnya (sila lihat 2.3.1 Memfail atau mendaftarkan dokumen ke dalam fail); Sekiranya fail berkenaan belum ada, fail baharu hendaklah dibuka. 8

2.1.2 Jenis Kulit Fail Terdapat lima (5) jenis kulit fail yang digunakan oleh pejabat awam. Jenis kulit fail tersebut adalah seperti berikut: (i) a. TERBUKA : Kulit fail berwarna putih (Am 435 - Pin. 1/80) gambar 1; b. SAMPUL KECIL : Kulit fail berwarna kuning (Am 435A Pin. 1/82) gambar 2; (ii) TERHAD : Kulit fail berwarna putih (Am 435 Pin. 1/80) dengan cop TERHAD gambar 3; (iii) SULIT: Kulit fail berwarna hijau (Am 436) gambar 4; (iv) RAHSIA : Kulit fail berwarna merah jambu berpalang merah (Am 437) gambar 5, dan (v) RAHSIA BESAR : Kulit fail berwarna kuning muda, berpalang merah (Am 438) gambar 6. 9

LAMPIRAN GAMBAR GAMBAR 1 : KULIT FAIL TERBUKA GAMBAR 2 : SAMPUL KECIL (AM 435 - Pin. 1/80) (AM 435A Pin. 1/82) 10

GAMBAR 3 : KULIT FAIL TERHAD GAMBAR 4 : KULIT FAIL SULIT (AM 435 - Pin. 1/80) (AM 436) 11

GAMBAR 5 : KULIT FAIL RAHSIA GAMBAR 6 : KULIT FAIL RAHSIA BESAR (AM 437) (AM 438) 12

2.1.3 Pembukaan Fail Baharu 2.1.3.1 Semakan teliti perlu dibuat sebelum sesebuah fail baharu dibuka bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut; (i) (ii) (iii) Pewujudan dua fail dengan tajuk dan nombor rujukan fail yang sama; Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi nombor rujukan fail yang berlainan; dan Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi nombor rujukan fail yang sama. 2.1.3.2 Bagi mengelakkan perkara i, ii dan iii di atas berlaku, langkah-langkah berikut hendaklah diambil: (i) (ii) (iii) Baca isi kandungan surat dengan cermat dan semak perkara utama dalam surat; Semak Klasifikasi Fail bagi menentukan tajuk fail dan nombor rujukan fail; dan Buka kulit fail baharu menggunakan jenis kulit fail yang sesuai, catatkan tajuk fail dan nombor rujukan fail selaras dengan (ii) di atas; 2.1.3.3 Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 2.5 sm dari penjuru kiri dan atas. 2.1.3.4 Masukkan tali hijau dan kertas minit. 2.1.3.5 Daftarkan fail baharu dibuka ke dalam Daftar Fail. 2.2 MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL 2.2.1 Tajuk Fail Dan Nombor Rujukan Fail Tajuk fail dan Nombor Rujukan Fail hendaklah dicatatkan pada kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna hitam atau biru seperti gambarajah di bawah. 13

Rajah 2.2.1: Contoh Kulit Fail (Am 435-Pin. 1/80) ANM.600-23/2/1 Kertas-kertas Yang Berhubung....... Didaftarkan di bawah perkara ANM.600-23/2/1.. PERKARA KURSUS PENGURUSAN REKOD PNB.,K.L. Tarikh Kandungan pertama.. Tarikh Kandungan Akhir Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar APABILA FAIL INI TELAH DITUTUP MAKA TINDAKAN SETERUSNYA HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM KULIT FAIL BAHARU 14

2.2.2 Kertas-Kertas yang Berhubung: Catatkan nombor rujukan fail lain yang ada hubungkait dengan fail ini umpamanya fail dasar, mesyuarat, jawatankuasa, undang-undang, peraturan dan sebagainya bagi tujuan rujuk silang. Di samping itu sekiranya ada rombakan kepada skima klasifikasi fail catatkan nombor rujukan fail lama di kulit fail baharu dan nombor rujukan fail baharu di kulit fail lama. 2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara : Catatkan indeks perkara utama bagi sesuatu fail yang baharu dibuka di ruang ini selaras dengan sistem klasifikasi fail 2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama : Catatkan tarikh dokumen kandungan pertama di ruang ini. Tarikh kandungan adalah tarikh surat atau dokumen dan bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh kandungan didaftarkan ke dalam fail ini. 2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir: Tarikh dokumen kandungan terakhir dicatat di ruang ini apabila fail ditutup. Tarikh kandungan terakhir adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh kandungan didaftarkan ke dalam fail ini. 2.2.6 Dihantar kepada dan Tarikh Dihantar: Butiran ini adalah perihal pergerakan fail. Catatkan dengan jelas singkatan nama jawatan pegawai yang menggunakan fail ini untuk mengambil tindakan dan tarikh fail itu dihantar kepada beliau. Butiran yang sama perlu juga dicatatkan pada Kad Pergerakan Fail (Registri 1) seperti di rajah 2.5. 15

Singkatan nama jawatan Pegawai KPSUK = Ketua Pegawai Setiausaha Kanan, PSU = Penolong Setiausaha R= Registri Rajah 2.2.6: Contoh Butiran Pergerakan Fail Pada Kulit Fail Dihantar kepada Tarikh dihantar KPSUK 3/5/11 PSU1 4/5/11 R 9/5/11 PSU1 17/5/11 R - SDP 30/5/11 PSU1 30/5/11 Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar R SDP = Registri Simpan Dalam Perhatian 16

2.3 MEMFAIL ATAU MENDAFTARKAN DOKUMEN KE DALAM FAIL: 2.3.1 Dokumen yang hendak difailkan perlu : i. Cap tarikh terima surat/dokumen di ruang yang kosong; ii. Daftar surat dalam buku daftar penerimaan surat; iii. Ditebuk di penjuru atas sebelah kiri (sila rujuk contoh di bawah); iv. Kandungkan dokumen di sebelah kanan fail menggunakan tali Hijau (green tag); dan v. Catatkan nombor kandungan di penjuru atas sebelah kanan sebagai nombor kandungan fail. Dokumen terawal diberi nombor kandungan. Dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor kandungan seturut dan dibulatkan. Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis dengan pen berdakwat merah, manakala Nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam. vi. Surat/dokumen diminit atau direkodkan ke dalam kertas minit (Rujuk perkara 2.4.1 dan 2.4.2) 17

Rajah 2.3.1: Contoh Memfailkan Surat/Dokumen ke dalam Fail Kertas Minit Lubang yang ditebuk di penjuru atas sebelah kiri kulit fail Surat/Dokumen contoh sahaja Kertas Minit No. Helaian No. O 1. O Ketua Pengarah Jabatan Inovatif Malaysia 50568 KUALA LUMPUR Tuan, KURSUS PENGURUSAN REKOD ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA Ruj. Kami:ANM600-23/2/1 Tarikh: 30 May 2011 Saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan sukacita memajukan bersama-sama ini risalah Kursus Pengurusan Rekod untuk makluman dan tindakan tuan. Juga turut dilampirkan ialah borang pencalonan bagi mengikuti kursus tersebut. Nombor Kandungan Surat/Dokumen dibulatkan 2. Semua borang-borang pencalonan untuk mengikuti kursus tersebut hendaklah sampai ke Jabatan ini sebelum tarikh akhir pencalonan yang dinyatakan dalam program tersebut. Salinan borang permohonan juga boleh digunakan sekiranya tidak mencukupi. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, Kulit Fail 18

2.4 PENYEDIAAN KERTAS MINIT: 2.4.1 Merekodkan surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada peringkat dokumen seperti berikut: (i) Kandungan (surat masuk) hendaklah dicatatkan Surat daripada (Surat drp...) bertarikh (bth...) difailkan pada (d/f pd...) Ditulis menggunakan pen dakwat merah sebagaimana berikut: Surat drp. bth. d/f pd. (ii) Kandungan (surat keluar) hendaklah dicatatkan Surat kepada (Surat kpd...) bertarikh (bth...) difailkan pada (d/f pd...) Ditulis menggunakan pen dakwat biru/hitam sebagaimana berikut: Surat kpd. bth. d/f pd. Format di atas boleh ditulis tangan atau menggunakan cap getah. 19

Rajah 2.4.1: Contoh Kertas Minit (Am. 6) Kertas Minit No. ANM.600-23/2/1 Helaian No. 1 1 Surat kpd. Jab. Inovasi bth. 30/5/2011 d/f pd. 31/5/2011 2 Surat drp. Jab. Alam Sekitar bth. 13/6/2011 d/f pd.14/6/2011 3 Minit bebas drp. Sek. Kew. bth. 17/6/2010 d/f pd.20/6/2011 PNMB., K.L (Kertas Minit ini dalam ukuran Metrik ISO A4 = 210mm x 297 mm) 20

2.4.2 Penulisan Minit Tindakan: Kebiasaan menulis minit tindakan di atas dokumen masuk/keluar yang diamalkan sekarang perlu diubah. Kertas Minit hendaklah digunakan oleh pegawai untuk mencatat arahan, keputusan atau maklumbalas ringkas yang berkaitan dengan sebarang kandungan yang terdapat di dalam sesebuah fail untuk tindakan pegawai yang lain. Penulis minit perlu: i. Nyatakan nombor lampiran yang dirujuk; ii. Catatkan singkatan nama jawatan pegawai yang diminitkan; iii. Minit tindakan ditulis dengan ringkas dan jelas. Minit tindakan ini boleh ditulis dengan tangan atau ditaip. iv. Penulis minit perlu menandatangan ringkas serta mencatat singkatan nama jawatan pegawai dan tarikh; dan v. Minit tindakan tidak boleh ditulis di atas surat /dokumen masuk atau keluar. 2.4.3 Minit Bebas: Sekiranya arahan, keputusan atau maklumbalas ini perlu diperincikan dan melebihi separuh kertas minit ianya hendaklah ditaip di kertas lain sebagai Minit Bebas. Minit Bebas ini hendaklah didaftarkan dan difailkan sebagai kandungan berikutnya di dalam fail tersebut. 2.5 KAD PERGERAKAN FAIL: 2.5.1 Kad pergerakan fail yang digunakan untuk mengawal pergerakan fail hendaklah dimasukkan ke dalam fail di antara kertas minit dengan lampiran menggunakan tali hijau semasa fail tersebut disimpan di registri. 2.5.2 Apabila fail tersebut diminta oleh pegawai untuk tindakannya kad ini hendaklah dikeluarkan dan dicatatkan butiran pergerakan fail. 2.5.3 Apabila fail dikembalikan ke registri kad ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam fail. 21

Rajah 2.5 : Contoh catatan butiran di Kad Pergerakan Fail KAD PERGERAKAN FAIL No. Fail : ANM.600-23/2/1 Indeks perkara : LATIHAN Tajuk Fail : KURSUS PENGURUSAN REKOD Registri 1 Dihantar Dihantar Kepada Tarikh Oleh Kepada Tarikh Oleh KPSUK 3/5/11 PSU1 4/5/11 R 9/5/11 PSU1 17/5/11 R-SDP 30/5/2011 PSU1 30/5/11 Hendaklah dikandungkan ke dalam fail sebelum fail disimpan 2.5 KULIT FAIL ROSAK Kulit fail rosak perlu diperbaiki atau diganti dengan kulit fail baharu. Sekiranya terdapat catatan penting di atas kulit fail yang rosak, kulit hadapan fail berkenaan hendaklah dipotong dan dimasukkan ke dalam kulit fail yang baharu dibuka. Sekiranya tidak ada apa-apa catatan penting kulit fail yang rosak itu boleh dimusnahkan. 22

3. KAEDAH PENUTUPAN FAIL: Fail ditutup apabila : 3.1 Mencapai ketebalan 4sm ; atau 3.2 Kandungannya sudah mencapai 100 lampiran; 3.3 Fail yang tidak dirujuk dalam masa 5 tahun dan tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian; 3.4 Fail telah tamat tindakan dan tiada tindakan lanjut yang perlu diambil ke atas fail tersebut; 3.5 Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; 3.6 Skima klasifikasi fail dirombak semula dan bertukar kepada sistem baharu; dan 3.7 Sesuatu pejabat awam ditamatkan fungsi dan tidak lagi beroperasi; Penutupan fail perlu dibuat berasaskan kriteria penutupan fail seperti berikut: 23

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.1 & 3.2 (Am 435-Pin. 1/80) ANM.600-23/2/1 Kertas-kertas Yang Berhubung....... ANM.600-23/2/1 Didaftarkan di bawah perkara.. PERKARA PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama.. Tarikh Kandungan Akhir 24

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.3-3.5 (Am 435-Pin. 1/80) ANM.600-23/2/1 Kertas-kertas Yang Berhubung......... PERKARA ANM.600-23/2/1 Didaftarkan di bawah perkara PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama.. Tarikh Kandungan Akhir 25

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.6 (Am 435-Pin. 1/80) ANM.600-23/2/1 Kertas-kertas Yang Berhubung......... PERKARA ANM.600-23/2/1 Didaftarkan di bawah perkara PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama.. Tarikh Kandungan Akhir 26

4. SAMPUL KECIL Sampul kecil dibuka apabila : 4.1 Fail Tidak Dapat Dikesan. 4.1.1 Apabila surat yang diterima memerlukan tindakan segera tetapi fail tidak dapat dikesan, sampul kecil hendaklah dibuka sebagai fail sementara menggantikan fail asal; 4.1.2 Sampul kecil yang dibuka perlu menggunakan nombor dan tajuk yang sama dengan fail asal; 4.1.3 Sekiranya fail asal telah dijumpai, sampul kecil hendaklah dimasukkan ke dalam fail tersebut sebagai satu kandungan; 4.1.4 Sekiranya fail asal masih lagi tidak dapat dikesan dalam tempoh 3 bulan, satu kulit fail baharu hendaklah dibuka dan diberi nombor Jilid berikutnya. Sampul kecil dimasukkan ke dalam fail baharu ini sebagai kandungan berikutnya; dan 4.1.5 Sekiranya fail asal dijumpai selepas fail baharu sudah dibuka, fail asal tersebut hendaklah ditutup dan diikat bersama untuk satu jangka waktu yang bersesuaian sebelum diasingkan untuk tindakan pelupusan. 4.2 Dua atau lebih pegawai menggunakan fail pada masa yang sama. 4.2.1 Apabila sesuatu surat perlu diambil tindakan segera oleh lebih daripada seorang pegawai pada masa yang sama, sampul kecil boleh dibuka untuk kegunaan pegawai. 4.2.2. Lampiran yang diperlukan oleh pegawai sahaja yang dibuat salinan dan dimasukkan ke dalam sampul kecil untuk tindakan pegawai berkenaan. 4.2.3. Selepas tindakan selesai, sampul kecil dimasukkan ke dalam fail sebagai satu kandungan. 27

5. KHIDMAT NASIHAT Keterangan lanjut mengenai sebarang kemusykilan berkaitan dengan panduan ini boleh dikemukakan kepada: Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Jalan Duta 50568 KUALA LUMPUR Email : skl@arkib.gov.my 28

6. LAMPIRAN: 6.1 LAMPIRAN 1: CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL 6.2 LAMPIRAN 2: CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL 29

LAMPIRAN 1 CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL Mula Semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi Rujuk dengan pegawai pengelas jika fail terperingkat Buka kulit fail baharu: 1. Tebuk Lubang pada kulit fail dan kertas minit 2. Tulis tajuk fail dan nombor rujukan fail 3. Masukkan tali hijau dan kertas minit Masukkan kandungan, catat nombor kandungan dan minitkan lampiran pada kertas minit Daftarkan fail baharu dalam Buku Daftar Fail dan sediakan Indeks Tamat 30

LAMPIRAN 2 CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL Mula Pastikan fail memenuhi kriteria penutupan fail Cap atau tuliskan DITUTUP PADA...(sila lihat contoh di perenggan 3, kaedah penutupan fail) Fail yang ditutup diikat bersama fail baharu selama 3 bulan atau untuk tempoh tertentu Fail yang ditutup dan tidak digunakan lagi diasingkan daripada fail Jilid baharu Tamat 31

1