Kesan Aplikasi Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Di Dalam Bilik Darjah Tinjauan Di Sekolah Kebangsaan Ledang.

dokumen-dokumen yang mirip
Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

LAPORAN PENYELIDIKAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hj. Mustapha Kamal Hj. Ahmad Kassim Jabatan hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Ilmu Khas, KL & Dr. Hjh. Zahiah Hj. Harith Jabatan Pendidikan Islam

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

KAEDAH KUMPULAN KECIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Kajian Impak Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BPPT)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

Sustainable Education 54

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Transkripsi:

Kesan Aplikasi Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Di Dalam Bilik Darjah Tinjauan Di Sekolah Kebangsaan Ledang. Norhasna Binti Yaakob Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Corak pendidikan negara mengalami transformasi dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang di bangunkan untuk melahirkan murid mempunyai kemahiran seperti mana yang di gariskan di dalam 6 aspirasi yang perlu ada di dalam diri setiap murid. Salah satunya adalah kemahiran berfikir. Rentetan daripada itu, maka usaha Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Peta Pemikiran i-think ini kepada murid dalam usaha mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesan aplikasi penggunaan Peta Pemikiran i-think di dalam bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor. Pengkaji meninjau dari segi aspek peranan guru dan murid, kekerapan penggunaan dan peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi pada setiap murid. Rekabentuk kajian berbentuk kuantitatif. Seramai 150 oarang murid di tinjau dan di analisis dari segi peningkatan kemahiran berfikir. Hasil kajian dan juga cadangan akan melihat keberkesanan aplikasi penggunaan peta pemikiran i-think di kalagan murid. Kata kunci: peta pemikiran i-think, bilik darjah PENGENALAN Perkembangan teknologi terkini menjadikan pendidikan di negara mengalami transformasi ke arah pendidikan bertaraf antarabangsa. Justeru itu, corak pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di dalam bilik darjah turut mengalami transforma si dalam menjayakan pendidikan negara. Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat tersebut. Kaedah pengajaran juga turut menjadi peranan utama dalam melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran setanding dengan negara antarabangsa. Apabila, negara kita telah menduduki ujian Programme International Student Assessment(PISA) yang telah diperkenalkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian malaysia mendapat tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains. Dan purata prestasi murid yang mengambil bahagian di taksir dari segi kemahiran berfikir aras tinggi dna kebolehan menyelesaikan masalah. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Rentetan daripada peristiwa tersebut, kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan negara perlu setanding dengan negara luar untuk bersaing dari segi ekonomi dan juga kesejahteraan masyarakat. Dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencorak generasi anak muda supaya berfikiran kreatif dan kritis, maka terlahirlah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selaras menuju ke arah wawasan 2020. Negara memerlukan generasi yang mempunyai kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) dan mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang mantap untuk menjadikan impian wawasan 2020 tercapai. Maka, titik bermula daripada itu, peta pemikiran i-think telah di bangunkan untuk merealisasikan hasrat tersebut selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang terdapat di dalam 6 aspirasi murid iaitu setiap murid harus mempunyai kemahiran berfikir. 340

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DI DALAM BILIK DARJAH Titik permulaan bagi peta pemikiran I think ini adalah datangnya daripada peta yang berbentuk visual, melalui penglihatan dan pendengaran seseorang murid dari segi penerimaan maklumat yang terus di proses di bahagian otak. Penggunaan peta minda i-think ini di aplikasi terhadap mata pelajaran yang di ajar oleh guru. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) Kaedah pengajaran kini lebih bersifat pembelajaran kendiri. Di mana, guru bertindak sebagai fasilitator manakala, murid di beri peluang belajar secara penemuan kendiri. Ini menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran tidak menjadi satu hala sahaja malah menjadi lebih kepada satu hala. Peta pemikiran i-think terbahagi kepada 8 jenis iaitu peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir, dan peta titi, Setiap peta pemikiran mempunyai fungsi masing-masing mengikut kategori. Peta bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks. Manakala, peta buih digunakan untuk memperkayakan kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian. Peta buih berganda pula digunakan untuk membandingkan beza sesuatu, dan peta pokok pula diginakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.manakala, peta dakap pula untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek, Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama. Peta alir pula digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Manakala peta pelbagai alir pula digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut. Dan peta yang terakhir adalah peta titi digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.(kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). PERNYATAAN MASALAH Guru menggunakan peta minda i-think dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Murid mengaplikasikan peta minda tersebut di dalam pembelajaran mereka. Adakah penggunaan peta pemikiran i- think ini dapat memberikan kesan pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah: i. Meninjau peranan guru dan murid dalam penggunaan peta pemikiran i-think semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. ii. Mengesan aplikasi penggunaan peta pemikiran i-think di kalangan murid. iii. Melihat kesan penggunaan peta minda i-think dalam peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi (Kbat) di kalangan murid. PERSOALAN KAJIAN i. Apakah peranan guru dan murid dalam penggunaan peta pemikiran i-think semasa di dalam bilik darjah? ii. Sejauh manakah kesan aplikasi penggunaan peta pemikiran i-think di kalangan murid? iii. Apakah kesan penggunaan peta pemikiran i-think dalam peningkatan kemahiran aras tinggi (Kbat) di kalangan murid? 341

HIPOTESIS KAJIAN Ho 1 :Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara peranan guru dan murid dalam penggunaan peta pemikiran i-think semasa dalam bilik darjah. Ho 2 :Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan aplikasi penggunaan peta pemikiran i- think di kalangan murid. Ho 3 :Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara kesan penggunaan peta pemikiran i-think dengan peningkatan kemahiran aras tinggi (Kbat) dikalangan murid. BATASAN KAJIAN Kajian ini dihadkan kepada murid sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor sahaja. Jumlah sampel kajian ialah sebanyak 150 orang. Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua keadaan. Dapatan kajian ini hanya relevan pada aspek tempat dan kumpulan yang dikaji sahaja. TINJAUAN LITERATUR Teknik pengajaran dan pembelajaran kini telah bertransformasi ke arah pembelajaran abad ke 21. Di mana guru menggunakan pedagogi berasaskan pembelajaran abad 21 yang menjurus penggunaan teknologi maklumat serta penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam setiap soalan yang di ajukan kepada murid. Manakala, murid mengalami proses pembelajaran dengan menggunakan alat-alat teknologi sebagai medium pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan peta pemikiran ini juga membawa impak positif kepada guru dan muridmurid di mana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak menjadi 1 hala. Murid boleh berkolaborasi dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain daripada itu, suasana kelas juga tidak memberikan tekanan kepada murid malah membuatkan murid lebih seronok di dalam kelas. Menurut Noradinah Jaidi et. al (2013) kesan penggunaan perisian imindmap dalam penulisan karangan jenis rencana hasil dapatan daripada kajiannya menunjukkan kesan positif dimana terdapat perbezaan di antara min pencapaian pelajar. Ini membuktikan bahawa keberkesanan penggunaan peta pemikiran dapat memberikan impak positif terhadap murid. Malah membantu murid dalam menguasai subjek yang lemah. Tambahan itu juga, melatih murid dalam menyusun idea, mencari maklumat serta menghubungkait tajuk dengan isi kandungan pembelajaran. Penggunaan peta pemikiran ini juga boleh di olah mengikut tajuk di dalam subjek yang di pelajari oleh murid. Berdasarkan kepada latihan, dan akses kepada pengetahuan yang baru (Ivana Simonova, 2014).di mana ianya merupakan diagram yang menunjukkan hubungan yang signifikan di antara sesuatu isi kandungan di dalam satu pernyataan. Penggunaan peta pemikiran juga memudahkan kepada tenaga pengajar untuk menghubung kaitkan sesuatu definisi di dalam suatu pernyataan supaya murid boleh memahami keseluruhan isi kandungan yang di nyatakan di dalam sesuatu tajuk. Menurut Lim Kui Lik (2012) penggunaan peta pemikiran dapat menguatkan daya ingatan murid. Di dalam kajiannya untuk menguat daya ingtan murid bagi mata pelajaran sains, penggunaan bahan media dapat merangsang pemikiran murid untuk mengingati serta memahami isi kandungan pembelajaran. Hasil daripada kajian yang di lakukan mendapati murid dapat menjawab soalan sains yang di berikan oleh guru selepas menggunakan peta pemikiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding sebelum ini murid tidak dapat memberikan jawapan yang tepat dan sukar untuk memahami isi kandungan pembelajaran. Kaedah penggunaan peta pemikiran ini juga mempergunakan ke enam- enam deria manusia iaitu melihat, mendengar, menghidu, menyentuh, merasa dan memikir. Konsep peta 342

pemikiran menggunakan keupayaan ke enam-enam deria manusia di dalam pembelajaran dapat membantu penguasaan dan kefahaman dalam proses pembelajaran. (Lim Kui Lik, 2012) Kegunaan peta pemikiran juga merupakan salah satu langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Yahya et.al, 2012) Guru seharusnya mempelbagaikan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan murid berdasarkan keperluan murid. Kegunaan peta pemikiran juga sebagai jalan penyelesaian dalam isu pedagogi pengajaran (Mohd. Mahzan Awang, 2014). Ini kerana pedagogi pengajaran berkait rapat dengan pencapaian murid. Jika guru tidak mempunyai pedagogi yang baik dan berkesan, ini akan memberikan impak negatif terhadap pencapaian murid. Peta pemikiran mengadaptasi daripada teori pembelajaran konstruktivisme di mana proses pembelajaran bergerak secara aktif dan bersifat sosiobudaya. Pembelajaran di dalam bilik darjah sudah tidak menjadi satu hala malah boleh menjadi dua atau lebih hala. Ini juga boleh melatih kemahiran kominikasi murid apabila belajar bergerak secara aktif di dalam bilik darjah. Harkirat et.al (2010) gabungan peta minda dengan teori pembelajaran konstruktivisme adalah sesuai oleh kerana pembelajaran menerusi teori konstruktivisme memberi penekanan terhadap penglibatan aktif murid yang memanfaatkan struktur pengetahuan yang sedia ada dan mengkonstruk pengetahuan baru yang diperoleh dan menggabungjalinkan pengetahuan serta kefahaman di dalam ingatan murid. Selain daripada itu juga, penggunaan teori konstruktivisme dalam peta pemikiran juga dapat menggalakkan murid belajar secara koperatif dan kolaboratif yang dapat meningkatan pencapaian murid. Muhammad Syahir (2012) kesan penggunaan peta pemikiran juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid di dalam pembelajaran. Ini kerana, berdasarkan hasil kajiannya iaitu penggunaan peta i-think (peta pokok) dalam membantu meningkatkan kefahaman murid tahun 5 Alpha bagi tajuk tiga dalam jirim menunjukkan refleksi guru sebelum menggunakan peta pemikiran i-think murid kelihatan tidak berminat dan selalu tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembelajaran berlansung. Setelah guru menggunakan peta pemikiran i-think, analisa kajian menunjukkan murid memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas. Selain daripada itu, penglibatan murid di dalam kelas memberikan kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Ini kerana murid tidak melakukan kerja lain selain daripada memberikan penumpuan semasa guru memberikan penerangan. Penggunaan peta pemikiran di jadikan bahan bantu mengajar dalam menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. (Wahidah Abu Bakar, 2011). Tambahan itu juga, menggantikan corak pengajaran dan pembelajaran yang lama yang tidak menggalakkan murid untuk berfikir. Selain daripada itu juga, peta pemikiran dapat mengukuhkan ingatan murid dalam suatu pembelajaran dan memberikan impak terhadap pencapaian pelajar. Menurut Muhammad Sidek Said et.al (2013) penggunaan peta pemikiran i -Think ini merupakan satu alternatif kepada perubahan pedagogi kepada seorang guru. Teknik pengajaran menggunakan peta pemikiran ini dapat mewujudkan satu suasana yang menyeronokkan kepada murid-murid, ringkas, berinformasi, dan menjimatkan masa dna bahan. Oleh kerana, konsepnya berpusatkan murid, sacara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk belajar secara kolaboratif. Daripada kaedah pembelajaran seperti ini, dapat melatih sikap keyakinan di dalam diri murid-murid. Berdasarkan kajian Nik Harmi et.al (2014) pembelajaran menggunakan peta pemikiran (i-think) dapat meningkatkan keberkesanan dalam pencapaian murid. Ini terbukti dalam analisis kajian menunjukkan min bagi pencapaian, sikap, kesediaan dan penerimaan selepas pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu (KOMSAS) adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa, peta pemikiran (i -Think) dapat meningkatkan motivasi pelajar serta menarik minat murid dalam mempelajari subjek-subjek yang pada mereka sukar dan membosankan. Tambahan 343

itu juga, membantu menringankan murid yang lemah dalam mempelajari subjek-subjek yang mencabar pemikiran mereka. METODOLOGI KAJIAN PENDAHULUAN Metodologi kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan bagaimana sesuatu maklumat diperolehi. Perancangan yang teliti dapat membantu memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisa dan seterusnya dinilai. Bab ini membincangkan dan,menghuraikan secara terperinci tentang rekabentuk penyelidikan, sampel kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, prosedur mendapatkan data pemprosesan data dan penganalisisan data. REKABENTUK KAJIAN Rekabentuk kajian merupakan teknik atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah. Kajian yang akan dijalankan ini merupakan kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif, iaitu menggambarkan sesuatu fenomena yang akan berlaku. Kajian yana dijalankan ini adalah berbentuk kajian lapangan. Di dalam kajian lapangan, penyelidikan dilakukan dalam persekitaran semulajadi dan situasi yang realistik. Satu soal selidik berbentuk soalan tertutup digunakan bagi mengetahui kesan aplikasi penggunaan peta pemikiran i-think di kalagan murid serta soalan berstruktur digunakan bagi mengumpul data di kalagan guru yang mengajar muridmurid ini menggunakan peta pemikiran (i -Think). Item dalam soal selidik disesuaikan daripada Hazura Mohamed (2012). 3.3 RESPONDEN/SAMPLE KAJIAN Metodologi kajian adalah kajian kuantitatif. Satu tinjauan dilakukan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data. Dalam kajian ini juga, satu temu bual dijalankan kepada beberapa orang guru yang mengajar murid-murid dengan menggunakan peta pemikiran (i -Think). Tujuan temu bual ini adalah untuk memastikan kebolehpercayaan terhadap soal selidik yang dijalankan kepada murid-murid. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan peta pemikiran i-think di dalam bilik darjah satu tinjau di Sekolah Kebangsaan Ledang, Johor. Respoden di dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid tahap dua di aliran perdana oleh kerana sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu satu aliran perdana dan Program Intergrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kaji selidik dijalankan pada 150 orang murid tahap dua dimana mereka telah mengaplikasikan peta pemikiran i- Think semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jenis teknik persampelan di pilih ialah persampelan rawak sistematik. Setiap sampel yang dipilih daripada setiap kelas. Setiap pemilihan murid berdasarkan alphabetical order setiap tahun dalam tahap dua. Kelas yang disenaraikan ialah Arif, Bijak dan Cemerlang. Faktor-faktor dalam menentukan saiz sample ialah dalam anggaran minimum adalah 30 orang murid. LOKASI KAJIAN Lokasi kajian ialah di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor. Dimana murid-murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5, dan 6. Oleh kerana murid-murid telah di dedahkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta pemikiran (i-think). INSTRUMEN KAJIAN Kaedah mengumpulkan data dengan menggunakan soal selidik. Satu bentuk soalan tertutup di bentuk bagi memudahkan murid menjawab soalan tersebut. Soalan tertutup dibahagikan kepada dua bahagian. Di bahagian A, murid diminta memberi maklumat data demografi. Dua soalan demografi 344

digunakan iaitu jantina,dan umur murid. Bahgian B pula terdiri empat elemen, antaranya elemen yang pertama pengetahuan asas peta pemikiran (i-think), manakala elemen kedua adalah kekerapan penggunaan peta pemikiran (i -Think), elemen ketiga ialah sikap murid dalam penggunaan peta pemikiran (i -Think) dan elemen keempat adalah manfaat peta pemikiran (i-think) dalam pembelajaran. Instrumen menunjukkan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi oleh kerana data yang dikumpul adalah berbentuk soalan yang tertutup membolehkan murid berada di thun 4 dan 5 dapat menjawab dengan tepat. Satu kajian rintis telah dilakukan sebelum kajian di lakukan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diragui. Kajian rintis telah dilakukan semasa hari kokurikulum diadakan disekolah. PROSEDUR PEMEROLEHAN DATA Kajian ini bersifat kuatitatif maka, soal selidik di jalankan semasa persekolahan dimana murid tahap dua di kumpulkan di dalam dewan dan di berikan masa. Anggaran masa di berikan kepada murid dalam menjawab soalan soal selidik ini adalah di antara 10-20 minit. TATACARA PENGANALISISAN DATA Data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi menghasilkan statistik deskriptif bagi menerangkan data. Penemuan yang di dapati daripada analisis ini di jadikan bukti kepada isu yang ditengahkan di dalam kajian ini. ANALISIS DESKREPTIF Analisis Deskriptif dilakukan untuk melihat taburan kekerapan dan peratusan data ianya melibatkan penghuraian secara menyeluruh berkaitan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.(kesan Penggunaan Peta Pemikiran i-think di dalam bilikdarjah)dalam bentuk carta atau histogram dan sebagainya. DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan 150 orang murid untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda i-think di dalam bilik darjah. Jadual 1 menunjukkan data demografi setiap responden. Kategori jantina, lelaki menunjukkan (43.3%, n:65) manakala, perempuan (57%, n:85). Bagi umur pula murid yang berumur 10 tahun adalah (37.3%, n:56), manakala murid yang berumur 11 tahun pula (40%, n: 60) dan murid yang berumur 12 tahun pula (23%, n:34). Jadual 1: Demografi Responden Kategori Peratusan dan Frekuensi Jantina Lelaki 43.3% (n:65) Perempuan 57% (n:85) Umur 10 Tahun 37.3% (n:56) 11 Tahun 40% (n:60) 12 Tahun 23% (n:34) Berdasarkan jadual di atas, peratus pengguna yang paling tinggi adalah murid tahun 4 di mana bilangan murid tahun 4 adalah lebih ramai berbanding 2 kelas yang disenaraikan. Oleh itu, bilangan peratusnya lebih banyak daripada 2 kelas yang telah diberikan borang soal selidik. 345

Jadual 2: Pengetahuan Asas Peta i-think Item Ya Tidak 1. Adaka kamu tahu mengenai peta i-think 100% (n: 150) 0%(n:0) 2. Adakah kamu mengingati jenis-jenis peta i-think 64% (n:94) 37.3%(n:56) 3. Adakah kamu tahu untuk menggunakan peta i-think didalam kelas60%(n:90)40% (n:60) 4. Adakah kamu tahu menulis sumber di dalam peta i-think 99%(n:148) 1.3%(n:2) 5. Adakah kamu tahu untuk melukis setiap peta i-think 99%(n:148) 1.3%(n:2) 6. Adakah kamu tahu bilangan setiap peta i-think 99%(n:148) 1.3%(n:2) Berdasarkan jadual 2 menunjukkan pengetahuan asas peta i-think. Berdasarkan item yang pertama menunjukkan 100% murid mengetahui tentang i-think. Ini bermakna keseluruhan murid tahap 2 mengetahui tentang peta i-think. Iaitu peta pembelajaran yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 64% daripada responden mengingati jenis-jenis peta i-think manakala 37.3% daripada responden tidak dapat mengingati keseluruhan jenis-jenis peta minda i-think. Item yang ketiga menunjukkan 60% daripada responden tahu untuk menggunakan peta i- Think semasa di dalam kelas, manakala hanya 40% daripada responden tidak tahu menggunakan peta i-think ketika di dalam kelas dan mereka memerlukan bimbingan daripada guru utnuk menggunakan peta i-think diaplikasikan di dalam pembelajaran mereka. 99% responden tahu untuk menulis sumber di dalam peta i-think manakala 1.3% pula perlukan bimbangan untuk menulis sumber yang ada di dalam peta i-think. Berdasarkan item yang kelima pula, 99% daripada responden tahu untuk melukis setiap peta i-think tanpa bimbingan guru. Manakala 1.3% daripada responden memerlukan bimbingan untuk melukis peta i-think. Item yang terakhir adalah responden tahu bilangan peta i-think yang perlu di gunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu 99% responden mengetahui bilangan peta i-think manakala 1.3% daripada responden memerlukan bimbingan untuk mengetahui bilangan peta i-think yang wajib meraka ketahui. Jadual 3: kekerapan penggunaan peta i-think Item 1-2 kali Lebih dari 2kali 1.Dalam sehari berapa kalikah menggunakan peta i-think 64%(n:94) 37.3%(n:56) 2.Dalam sehari berapakah kali guru menggnakan peta i-think 30%(n:20) 80%(n:120) 3.Berapakah kali kamu menggunakan peta i-think dalam memahami64%(n:95) 37.3%(n:56) Isi kandungan pembelajaran Berdasarkan jadual 3 menunjukkan kekerapan penggunaan peta i-think yang di uji keatas murid-murid dan Sekolah Kebangsaan Ledang. 64% daripada responeden menggunakan peta i-think dalam sehari lebih daripada 2 kali. Manakala 37.3 % daripada responden hanya menggunakan sekali hingga 2 kali sehari peta i-think. Manakala, 80% daripada guru menggunakan peta i-think lebih dari 2 kali dalam sehari semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Soalan bagi item yang ketiga di berikan kepada guru, sebanyak 64% responden menggunakan peta i-think dalam memahami isi kandungan pembelajaran. 346

Jadual 4: Sikap murid dalam penggunaan peta i-think Item Tidak Ya 1. Saya suka belajar menggunakan peta minda i-think 93%(n:140) 7%(n:10) 2. Peta minda menyusahkan saya dalam belajar di dalam kelas 30%(n:20 80%(n:120) 3. Saya suka menggunakan peta minda apabila membuat latihan 26%(n:40) 73%(n:110) 4. Peta minda membuatkan saya suka untuk belajar subjek yang saya82%(n:123) 18%(n:27) Sukar untuk fahami 5. Saya suka menggunakan peta minda i-think apabila membuat nota 75%(n:112) 25%(n:38) 6. Saya suka menggunakanpeta minda ketika membuat ulang kaji 80%(n:120) 30%(20) 7. Saya suka menggunakan peta minfa i-think ketika peperiksaan 80%(120) 30%(n:20) Berdasarkan jadual 4 menunjukkan sikap murid dalam penggunaan peta i-think. Berdasarkan item yang pertama adalah 93% daripada responden menyukai penggunaan peta i-think manakala hanya 7% sahaja tidak menyukai penggunaan peta i-think ketika aktiviti pembelajaran.ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang meluas tentang peta i-think. 30% daripada responden mengatakan peta minda menyusahkan mereka di dalam proses pembelajaran berlaku.. Manakala 80% daripada responden peta i-think tidak menyukarkan mereka apabila belajar di dalam kelas. Bagi item yang ketiga 73% daripada responden menggunakan peta i-think dalam membuat latihan. Oleh kerana, mereka menggunakan peta i-think dapat memperkukuhkn ingatan murid malah dapat mengasah sikap berdikari di dalam pembelajaran mereka. Jadual 5: Manfaat Peta Minda Dalam Pembelajaran Item Tidak Ya 1.Peta i-think membantu saya mengingati apa yang di ajarkan oleh guru 97%(n:145) 3%(n:5) 2.Peta i-think kurang berguna ketika proses belajar 3.Pembelajaran menggunakan peta minda mudah dan menyeronokkan 3%(n:5) 97%(n:145) 96%(n:144)0.6%(n:1) 4. Saya dapat mengingat fakta dan formula yang di pelajari 97%(n:145) 3%(n:5) 5.Peta i-think membantu saya dalam matapelajaran yang lemah 3%(n:5) 6.Peta i-think dapat membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran 97%(n:145) 97%(n:145) 3%(n:5) Berdasarkan jadual 5, menunjukkan manfaat penggunaan peta minda dalam pembelajaran. Sebanyak 97% daripada responden bersetuju mengatakan peta i-think dapat membantu murid dalam pembelajaran.. Manakala, 3% daripada responden tidak bersetuju penggunaan peta i-think dalam kaedah pembelajaran mereka. Sebanyak 97% daripada responden tidak bersetuju bahawa peta i-think kurang berguna ketika proses pembelajaran. Manakala, 3% daripada responden bersetuju mengatakan bahawa peta i-think kurang berguna ketika proses pemnbelajaran. Sebanyak 96% daripada responden bersetuju mengatakan pembelajaran menggunakan peta i- Think memudahkan dan menyeronokkan ketika proses pembelajaran di dalam kelas. Makala, 97% daripada responden bersetuju bahawa peta i-think dapat mengingati fakta dan formula yang dipelajari di dalam kelas. Sebnayak 97% daripada responden bersetuju pata i-think dapat membantu dalam matapelajaran yang lemah. Manakala 3% daripada responden tidak bersetuju bahawa peta i- Think dapat membantu mereka dalam matapelajaran yang lemah. Begitu juga bagi item peta i-think dapat membantu responden mengulangkaji pelajaran sebanyak 97% daripada responden bersetuju dan 347

35 daripada responden tidak bersetuju bahawa peta i-think dapat membantu mereka dalam mengulangkaji matapelajaran. KESIMPULAN Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan aplikasi penggunaan peta pemikiran i-think di dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian di dalam jadual 2 menunjukkan 100% responden mempunyai pengetahuan tentang peta pemikiran i-think. Manakala, dari segi kekerapan penggunaan peta i-think di dalam kelas menunjukkan sebanyak 64% murid menggunakan sebanyak lebih daripada 2 kali dalam sesi pembelajaran. Berdasarkan jadual 4 pula, sebanyak 93% daripada responden memilih untuk menggunakan peta i-think di dalam sesi pembelajaran mereka, ini kerana penggunaan peta minda i-think dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Menurut Yahyaet.al(2012) menyatakan bahawa penerapan elemen peta minda ini dapat menvariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu juga, menjadikan murid belajar secara kaedah konstruktivisme Harkirat et.al (2010) menjadikan murid lebih aktif dan berdikari dalam menimba ilmu pengetahuan. Selaras dengan matlamat pelan pembangunan pendidikan Negara dalam melahirkan murid aktif dan mempunyai sifat daya saing di dalam diri mereka. RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Pembelajaran Abad 21, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr.Kuntari Eri Murti,MM Widayaiswara Madya.2013. Pendidikan Abad 21 dan Implementasinya pada Pembelajaran di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK). Artikel Kurikulum 2013 SMK. Harkirat, S.D., Makarimi Kasim & Anderson, O.R. (2010 ). Constructivist-Mind Map Teaching Approach And The Quality Of Students Cognitive Structures. Journal Science Education and Technology (2011) 20:186-200.doi: 10.1007/s10956-010-9245-4 Ivana Simonova (2015). E-Learning In Mind Of Czech And Kazakhstan University Students, Procedia Social And Behavioral Sciences 171(2015) 1229-1234 Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Peta Pemikiran, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013 ). Membudayakan Kemahiran Berfikir, Kementerian Pendidikan Malaysia. Lim Kui Lik (2012). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 31-45. Muhammad Syahir Yaakop, Marzuki Ngah (2012). Penggunaan Kaedah I-Think (Peta Pokok) Dalam Membantu Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Alpha Bagi Tajuk Tiga Keadaan Jirim, IPG Kampus Dato Razali Ismail. Mohan Rathakrishnan, Balan Rathakrishnan (2012 ). Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat, Universiti Malaysia Sabah. Mohd Mahzan awing, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Muhaimi Abdul Rahman (2014). Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam Pembelajaran Sejarah, Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2) (2014):95-100 Noradinah Jaidi, Yusri Abdullah, Suraya Tarasat, Sri Kartika Rahman (2014). Kesan Penggunaan Perisian I-Mindmap Dlam Penulisan Karangan Jenis Rencana, Procedia-Sosial Behavioral Sciences 134( 2014) 389-398. Susie Tiong (2011). Kajian Perbandingan Kesan Penggunaan Kaedah Peta Konsep Dan Kaedah Kuliah Terhadap Pencapaian Esei Biologi Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat, Universiti Utara Malaysia. Wahidah Abu Bakar (2011). Keberkesanan Konsep Peta Minda Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah, Universiti Tun Hussien Onn. Yahya Othman, Azmey Hj. Othman (2012). Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Agrumentatif Di Sebuah Sekolah Menengah Arab Di Negara Brunei Darussalam, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, vol, 2 bil.2 (35-42 348