2.2.1 Laporan lengkap prestasi kewangan Universiti yang bersepadu berdasarkan perakaunan yang ditetapkan Perbendaharaan.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN (W27) TK1


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

TERIMAAN DAN PUNGUTAN

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL 7 TAHUN 2016 PROSEDUR TUNTUTAN HASIL

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW/P008. PROSEDUR PEMBAYARAN TUNTUTAN STAF Tarikh: 03/01/2011

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

TATACARA TERIMAAN WANG 2.0 TANGGUNGJAWAB BENDAHARI/ KETUA JABATAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

PENGENDALIAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

KERTAS KERJA AI 4 BINTANG (MARKAH PENUH 100%) OLEH UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

JUALAN BORANG SEBUTHARGA / TENDER

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

TAJUK 4 : JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA

BAHAGIAN 3 - PENGURUSAN BELANJAWAN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

FADZILLAH BINTI RAHMAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

AAW 3I4.PENGAUDITAN 1 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Kertas kerja menunjukkan status serta jenis kerja yang dijalankan seperti berikut: ...

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Terma dan Syarat OCBC SME Access

SOKONGAN KEWANGAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BYR/P008. PROSEDUR PEMBAYARAN TUNTUTAN STAF Tarikh: 18/08/2016

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK Kertas 3 Mac Mei 2018

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Proses Mewujudkan PWR 4.0 Tatacara Penyelenggaraan PWR 4.1 Buku Tunai PWR 4.2 Penerimaan PWR 4.3 Pembayaran PWR 4.

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 2008 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN PENGURUSAN KEWANGAN ASPEK RISIKO KAEDAH TINDAKAN PENCEGAHAN TANGGUNGJAWAB

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BAB 15 PENYATA KEWANGAN

Berurusan dengan Pengantara Takaful

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW/P010 PROSEDUR PENDAHULUAN DAN KAD KORPORAT

PENGURUSAN KUMPULANWANG AMANAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW/P010 PROSEDUR PENDAHULUAN DAN KAD KORPORAT

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

BAHAGIAN 1A : PENGENALAN

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-AKN/P007 PROSEDUR PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/OPR/BUR-BYR/P008 PROSEDUR PEMBAYARAN KEPADA PEMBEKAL

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

JAWATAN BAGI SKIM PERKHIDMATAN KEWANGAN (W)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PRINSIP PERAKAUNAN PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2015

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Polisi Privasi. Pengenalan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Transkripsi:

D. PENGURUSAN PERAKAUNAN 1.0 Pihak Berkuasa Melulus 1.1 Pihak Berkuasa Melulus adalah seperti yang diperincikan dalam Lampiran 1 Bab Governan, Bahagian Tadbir Urus Kewangan, Peraturan Kewangan dan Perakaunan Universiti. 2.0 Sistem Perakaunan 2.1 Universiti hendaklah melaksanakan satu sistem perakaunan yang bersepadu yang meliputi sistem pembayaran, penerimaan, perolehan, pinjaman, bajet, aset, kewangan pelajar dan lejar Universiti serta skop kewangan lain yang berkaitan. Sistem perakaunan berkomputer berkenaan perlu disokong oleh pelbagai sistem lain seperti sistem maklumat staf, sistem maklumat penyelidikan dan lain-lain. 2.2 Sistem perakaunan Universiti perlu mematuhi keperluan piawaian yang telah ditetapkan Jabatan Akauntan Negara bertujuan untuk menghasilkan perkara berikut: 2.2.1 Laporan lengkap prestasi kewangan Universiti yang bersepadu berdasarkan perakaunan yang ditetapkan Perbendaharaan. 2.2.2 Menyediakan maklumat kewangan dan laporan yang konsisten, lengkap dan mencukupi bagi memantau aktiviti kewangan Universiti seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pengurusan dan pemegang taruh (stakeholder). 2.2.3 Kawalan berkesan dan akauntabiliti ke atas sumber dan aset yang dipertanggungjawabkan. 2.3 Dokumentasi dan Kawalan Keselamatan 1

2.3.1 Dokumentasi sistem perakaunan hendaklah jelas dan dikemas kini serta tersedia untuk diperiksa. Dokumentasi hendaklah terperinci dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan dan semakan. 2.3.2 Sistem Perakaunan Universiti hendaklah mengambil kira prosedur yang melindungi perkakasan, perisian, data dan kawalan daripada kerosakan fizikal dan pencapaian tanpa kebenaran. 2.3.3 Integriti data dan perisian serta kerahsiaannya hendaklah dilindungi daripada pendedahan tanpa kebenaran dan pengubahsuaian. 2.3.4 Kawalan keselamatan sistem perakaunan hendaklah merangkumi perisian, sistem pengoperasian, pengkalan data dan sistem rangkaian. 2.3.5 Penilaian semula sistem perakaunan boleh dibuat secara berkala. Penilaian ini bertujuan untuk menyediakan pengukuran berkala atau berterusan mengenai kecekapan dan produktiviti bagi memastikan sama ada prestasi sistem adalah seperti yang dikehendaki. 3.0 Struktur Kod Akaun 3.1 Satu sistem perakaunan yang memenuhi beberapa keperluan berkaitan dengan pengelasan maklumat perakaunan, rekod perakaunan, maklumat pengurusan dan pelaporan perlu diwujudkan. 3.2 Struktur pengelasan perakaunan dilaksanakan dalam sistem perakaunan melalui penggunaan lejar am dan lejar subsidiari serta penggunaan struktur kod akaun yang ditetapkan. 3.3 Pejabat Bendahari bertanggungjawab merekodkan urusniaga dalam sistem perakaunan dan memastikan setiap urusniaga dipos dengan betul dan dikategorikan dengan konsisten mengikut kod/vot yang telah diwujudkan seperti di Lampiran Kod Vot. 3.4 Struktur Kod Akaun diklasifikasikan mengikut pengelasan seperti berikut: 2

3.4.1 Aset (semasa dan bukan semasa) 3.4.2 Liabiliti (tanggungan jangka pendek dan jangka panjang) 3.4.3 Ekuiti/ Kumpulan Wang 3.4.4 Hasil/ Pendapatan 3.4.5 Perbelanjaan 4.0 Kredit Perbelanjaan Tahun Lalu 4.1 Semua terimaan/ pulangan balik perbelanjaan tahun lalu bagi keadaan seperti berikut hendaklah dikreditkan kepada hasil tahun semasa: 4.1.1 melaras bayaran yang tidak dapat disampaikan; 4.1.2 bayaran lebih yang didapati balik; 4.1.3 wang yang tersalah dipertanggungkan; atau 4.1.4 membetulkan salah peruntukan. 4.2 Pulangan balik bagi perbelanjaan tahun semasa hendaklah diakaunkan sebagai penghutang dalam tahun semasa. 5.0 Lejar Am dan Lejar Subsidiari 5.1 Semua urusniaga hendaklah direkodkan ke dalam Lejar Am yang menjadi rekod utama dalam akaun Universiti. 5.2 Setiap catatan di dalam Lejar Am hendaklah berasaskan dokumen resit, baucer, invois dan jurnal yang diluluskan dan disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa. 3

5.3 Apa-apa pelarasan ke atas akaun hendaklah dibuat melalui penyediaan jurnal yang diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa. 5.4 Pegawai bertanggungjawab hendaklah memastikan pada akhir setiap hari, baki tunai di bank tidak berbaki negatif walaupun Lejar Tunai berbaki debit atau kredit. 5.5 Akaun subsidiari hendaklah diselenggara bagi mencatatkan urusniaga untuk setiap penghutang/ pemiutang. 5.6 Akaun tersebut hendaklah bersamaan dengan jumlah yang tercatat di dalam Lejar Am dan disuaikan setiap akhir bulan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 6.0 Penyata Penyesuaian Bank 6.1 Penyesuaian Bank hendaklah dilakukan untuk memastikan transaksi di dalam Lejar Am adalah selaras dengan transaksi di dalam Penyata Bank. 6.2 Penyata Penyesuaian Bank perlu disediakan setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan untuk menyelaraskan dan memadankan urusniaga Lejar Tunai/ Bank (maklumat terimaan dan pembayaran) dengan urusniaga dalam Penyata Bank. 6.3 Baki akhir yang ditunjukkan di dalam Penyata Bank hendaklah disesuaikan dengan baki akhir di Lejar Am setiap bulan. Transaksi terimaan dan pembayaran hendaklah dibandingkan satu persatu dengan transaksi pada Penyata Bank. Transaksi yang tidak dapat dipadankan hendaklah disenaraikan untuk semakan selanjutnya. 6.4 Penyata Penyesuaian Bank hendaklah disemak dan disahkan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 7.0 Had Kuasa Jurnal Pelarasan/ Pembetulan 7.1 Kuasa untuk meluluskan jurnal pelarasan atau pembetulan hendaklah ditentukan oleh Bendahari Universiti. 4

8.0 Akaun Bank Universiti - Akaun Semasa 8.1 Akaun bank Universiti hanya boleh dibuka di bank berlesen tempatan dan institusi kewangan yang dibenarkan menerima deposit oleh Kementerian Kewangan Malaysia. 8.2 Akaun yang hendak dibuka atau ditutup perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus. 8.3 Pemilihan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet atau atas talian perlu dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan bagi memastikan bank yang dipilih adalah yang tepat dan memenuhi objektif perbankan internet dilaksanakan seperti: 8.3.1 Mudah digunakan dan mesra pengguna i. Kriteria ini menentukan sama ada kemudahan perbankan internet yang ditawarkan adalah mudah digunakan oleh pengguna atau sebaliknya. ii. Ia melihat daripada segi tatacara penggunaan aplikasi yang mudah, cepat dan tepat untuk disesuaikan dengan urusan pembayaran di Pejabat Bendahari. iii. Kebolehan bank untuk menguruskan pinjaman PTPTN di antara akaun UTeM dan akaun pelajar. 8.3.2 Tahap risiko dan keselamatan transaksi i. Kriteria ini adalah kritikal kerana ia mengukur sejauh mana transaksi yang dibuat secara atas talian adalah selamat dan dilindungi oleh perisian-perisian yang diiktiraf. ii. Hak dan kewajipan pelanggan dan bank 5

iii. UTeM sebagai pelanggan kepada bank perlu memastikan kedudukan terma dan syarat-syarat perjanjian mengenai hak dan kewajipan antara pelanggan dan bank, dipatuhi mengikut garis panduan yang telah dimeterai. iv. Ia dilihat dari sudut maklumat tentang kewajipan institusi perbankan melindungi hak pelanggan. Maklumat tentang siapa yang harus dipertanggungjawabkan jika berlaku transaksi palsu atau penipuan. 8.3.3 Faktor kos i. Melihat kos transaksi yang bakal dikenakan oleh pihak bank kepada pelanggan yang menggunakan kemudahan perbankan internet. 8.3.4 Reka bentuk dan kandungan laman i. Reka bentuk sesuatu laman yang menarik dan berinformasi memainkan peranan penting kerana ia merupakan medan komunikasi antara para pelanggan dan pihak perbankan. ii. Kriteria ini dapat dilihat melalui penggunaan navigation tools, graphical user interface, domain names, gaya bahasa, ciri-ciri paparan dan format laporan yang terkini untuk kemudahan pelanggan-pelanggan. 9.0 Had Kuasa Pengeluaran Wang 9.1 Kuasa untuk meluluskan pengeluaran wang dari akaun bank Universiti sama ada melalui cek/ pindahan wang/ arahan debit atau sebagainya hendaklah ditentukan oleh Bendahari Universiti. 9.2 Sebagai kawalan dalaman, pegawai yang menandatangani cek bayaran adalah selain daripada pegawai yang telah meluluskan baucer bayaran. 6

9.3 Had nilai pindahan wang adalah tertakluk kepada nilai setiap baucer atau penerima, yang mana lebih rendah. 9.4 Bagi pembayaran atas talian, baucer dikumpulkan secara batching. Setiap baucer di bawah RM10,000.00 adalah terhad kepada RM50,000.00 bagi setiap batch. 10.0 Pengurusan Cek 10.1 Menandatangani cek 10.1.1 Cek mestilah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. 10.1.2 Bendahari hendaklah memberitahu pihak bank mengenai had yang dibenarkan dan pegawai yang diberi kuasa. 10.1.3 Pegawai yang menandatangani cek dan membuat pemindahan wang adalah bertanggungjawab secara bersama dan masing-masing bagi memastikan bahawa cek itu adalah dikeluarkan dengan sepatutnya. 10.2 Pembayaran dengan cek berpalang 10.2.1 Semua pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan cek yang dipalang Akaun Penerima Sahaja atas nama penerima yang berhak menerima. 10.2.2 Pegawai yang diberi kuasa menandatangani cek boleh dengan budi bicaranya membatalkan palang dengan menandatangani batal palang tersebut sekiranya perlu. 10.3 Pembatalan cek 10.3.1 Cek yang hendak dibatalkan atas apa-apa tujuan/ sebab tertentu seperti tersilap cetak, kesilapan nama atau pembatalan pembayaran hendaklah dicap BATAL bagi mengelakkan cek ditunaikan. 7

10.3.2 Cek yang dibatalkan perlu direkodkan dan proses penggantian cek atau pembatalan baucer hendaklah disediakan. 10.4 Kehilangan cek yang dibayar 10.4.1 Jika sesuatu cek yang dibayar hilang atau salah letak sebelum ditunaikan/ diniagakan, maka bayaran boleh didapati jika penerima bayaran mengemukakan satu perakuan bertulis bahawa cek tidak diterimanya. 10.4.2 Pegawai bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan bagi menahan cek itu daripada ditunaikan. 10.5 PTj boleh membuat permohonan Draf Bank/ Pindahan Telegraf mengikut keperluan. 11.0 Cek Tamat Tempoh dan Wang Tak Dituntut 11.1 Semua cek yang dikeluarkan laku hanya dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh cek. Mana-mana cek yang tidak ditunaikan pada akhir tempoh tiga bulan daripada tarikh ia dikeluarkan hendaklah disifatkan sebagai terbatal/ cek tamat tempoh dan dilaraskan dengan mendebitkan Akaun Tunai/ Bank dan mengkreditkan Akaun Tabung Amanah Cek Batal. 11.2 Sekiranya ada tuntutan mengenai cek yang telah dibatalkan itu, maka suatu cek baru hendaklah dikeluarkan dan didebitkan kepada Akaun Tabung Amanah Cek Batal. Borang penggantian cek perlu dilengkapkan bagi permohonan atau tuntutan balik cek gantian bagi cek yang telah tamat tempoh. 11.3 Cek dalam akaun yang tidak diurusniaga atau tiada penggantian bagi satu tempoh masa tidak kurang dari 2 tahun dikenali sebagai Wang Tak Dituntut dan tertakluk kepada tatacara di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. 11.4 Perihal wang tak dituntut hendaklah direkod dalam Borang Daftar UMA-3 dan UMA-4 untuk dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut bersama cek 8

bayaran setelah diluluskan Bendahari Universiti. Satu salinan dikemukakan untuk diwartakan. 9