HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.

dokumen-dokumen yang mirip
AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

PERSEPSI GURU TERHADAP PROFESION PERGURUAN MASA KINI. Abdul Rahin Bin Hamdan Ahmad Johari Bin Hj Sihes Jamaluddin Bin Ramli Rosliza Binti Hamzah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR. Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan. Akademi Pengajian Bahasa

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

November 2015 (Kemas kini September 2017) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia

LAPORAN PENYELIDIKAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

KAPS 19 KOD AMALAN PELAKSANAAN PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA CAMPURAN SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PENGESAIIAN I'EN YE LI A

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

KAJIAN METAFORA DALAM PUISI TRADISIONAL BAHASA CINA LIEW FOOT YUEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PENCALONAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN BAHASA TAMIL DI DALAM KELAS BIASA DAN KELAS POL

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : faktor, masalah disiplin, pelajar sekolah menengah

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Transkripsi:

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR. NURAIN BINTI MION AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN EMOSI DENGAN PRESTASI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SKUDAI, JOHOR. NURAIN BINTI MION AHMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

ii Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) Tandatangan Nama Penyelia :. : Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar Tarikh : APRIL 2010

iii Saya akui bahawa karya ini adalah karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : NURAIN BINTI MION AHMAD Tarikh : APRIL 2010

iv DEDIKASI Teristimewa buat, Ayah dan ibu yang disayangi, Mion Ahmad bin Kulop Mat Piah Norriza binti Zainal Abidin Nasihat dan amanatmu sentiasa menjadi panduan. Adik-beradik, teman istemewa dan rakan seperjuangan, Pengorbanan, dorongan dan harapan dari kalian amat dihargai.

v PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Bin Abdul Ghafar di atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Buat ayah dan ibu serta keluarga tersayang, teman istimewa dan juga rakanrakan seperjuangan, terima kasih di atas pengorbanan, sokongan, dorongan dan kerjasama kalian.

vi ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan. Seramai 377 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPPP versi 11.00 untuk windows). Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi yang telah diambil dari Mohd Najib (2003). Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi responden adalah di tahap yang tinggi. Manakala analisis inferensi menunjukkan tidak wujud hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi tahap kecerdasan emosi pelajar.

vii ABSTRACT The study is carried out to find the relationship between emotional intelligence and the level of foundation of education skills. A total of 377 final year students of the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor was chosen as the study sample. The study was done by using questionnaire as an instrument to obtain data and and the data was analysed using descriptive statistical analysis Statistical Packages for Social Sciences (SPSS version 11 for windows). The instrument employed for this research was adapted from Mohd Najib (2003). The findings indicate that emotional intelligence of the respondents are at high level. The inferential analyses showed no significant relationship between emotional intelligence with the level of foundation of education skills. In addition, several recommendations were given to further improve the level of emotional intelligence of students.

x KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iv v vi vii viii xii xiv xv BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Konsep dan Operasional 8 1.8.1 Kecerdasan Emosi 8 1.8.2 Kemahiran Asas Pendidikan 9

ix BAB 2 SOROTAN PENULISAN 11 2.1 Pendahuluan 11 2.2 Konsep Kecerdasan 11 2.3 Teori Kecerdasan Emosi 12 2.4 Kemahiran Asas Pendidikan 17 2.5 Kajian-kajian Lepas Tentang Kecerdasan Emosi 20 BAB 3 METODOLOGI 24 3.1 Pendahuluan 24 3.2 Reka Bentuk Kajian 24 3.3 Populasi dan Sampel 25 3.4 Instrumen Kajian 27 3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 27 3.4.2 Bahagian B: Kecerdasan Emosi 27 3.5 Kajian Rintis 29 3.6 Analisis Data 29 3.7 Taqwim Penyelidikan 35

x BAB 4 DAPATAN KAJIAN 36 4.1 Pendahuluan 36 4.2 Analisis Deskriptif 36 4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 37 4.2.1.1 Jantina dan Etnik 38 4.2.1.2 Umur dan Program Pengajian 39 4.2.1.3 Prestasi Kemahiran Asas 41 Pendidikan 4.2.2 Analisis Tahap Kecerdasan Emosi 44 4.2.2.1 Konstruk Mengenal Emosi 44 4.2.2.2 Konstruk Mengurus Emosi 46 4.2.2.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 47 4.2.2.4 Konstruk Timbang Rasa 49 4.2.2.5 Konstruk Kemahiran Sosial 51 4.3 Analisis Inferensi 53 4.4 Rumusan Hasil Kajian 57

xi BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 59 5.1 Pendahuluan 59 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 60 5.2.1 Tahap Kecerdasan Emosi 60 5.2.1.1 Konstruk Mengenal Emosi 61 5.2.1.2 Konstruk Mengurus Emosi 62 5.2.1.3 Konstruk Motivasi Diri Sendiri 62 5.2.1.4 Konstruk Timbang Rasa 63 5.2.1.5 Konstruk Kemahiran Sosial 63 5.2.2 Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 63 5.2.3 Hubungan Antara Kecerdasan Emosi 64 Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 5.3 Implikasi Hasil Kajian 66 5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 67 5.5 Kesimpulan 68 RUJUKAN 69 LAMPIRAN A 72

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Sinopsis Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 18 3.1 Bilangan Pelajar mengikut Program 26 3.2 Skor Maklum Balas Skala Likert 27 3.3 Spsifikasi Jumlah Item Bagi Kategori Kecerdasan Emosi 3.4 Mata Nilai Gred Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 3.5 Jam Kredit bagi setiap Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 3.6 Cara Pengiraan PNGK Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 3.7 Kriteria untuk Mentaksir Kekuatan Hubungan Antara Dua Pembolehubah 28 30 31 32 34 4.1 Jadual Rentas Etnik dengan Jantina Responden 38 4.2 Jadual Rentas Umur dengan Program Pengajian Responden 4.3 Jadual Keputusan Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 4.4 Jadual Keputusan Keseluruhan PNGK Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 4.5 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Mengenal Emosi 4.6 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Mengurus Emosi 39 41 43 45 46

xiii 4.7 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Motivasi Diri Sendiri 4.8 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Timbang Rasa 4.9 Jadual Kekerapan Item mengikut Konstruk Kemahiran Sosial 4.10 Taburan Min Dan Tahap Penerimaan Responden Bagi Konstruk-Konstruk Kecerdasan Emosi Secara Keseluruhan 4.11 Hubungan Korelasi Antara Konstruk Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 4.12 Hubungan Korelasi Antara Kecerdasan Emosi Dengan Prestasi Kemahiran Asas Pendidikan 47 49 51 52 54 56

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kerangka Teori Kecerdasan Emosi 14 2.2 Aliran Ciri Kecerdasan Emosi 16 4.1 Taburan Min bagi gred pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 4.2 Taburan kekerapan (frekuensi) bagi PNGK Mata Pelajaran Kemahiran Asas Pendidikan 4.3 Taburan Min dan Tahap Penerimaan Responden Bagi Konstruk-konstruk Kecerdasan Emosi serta Kecerdasan Emosi Secara Keseluruhan 42 44 53

xv SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 72

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Ramai yang berpendapat bahawa kecerdasan intelek (IQ atau intelligence quotient) seseorang yang melambangkan kepada kejayaan individu itu sendiri dalam kehidupannya. Kebiasaannya sekolah akan menjalankan ujian IQ seperti peperiksaan akhir tahun untuk memilih kelompok pelajar yang bijak pandai bagi tujuan pengelasan. Bermakna pelajar yang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas dan yang kurang bijak akan ditempatkan dalam satu kelas yang lain dan begitulah seterusnya. Walaubagaimanapun, kecerdasan intelek bukanlah 100% faktor yang akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang itu. Kenyataan ini telah disokong oleh seorang psikologi iaitu Goleman yang telah mempopularkan kecerdasan emosi (EQ) pada tahun 1995 menyatakan IQ menyumbangkan hanya 20 peratus faktor yang membawa kepada kejayaan hidup dan selebihnya iaitu 80 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) seseorang (Goleman, 1995). Kenyataan ini sudah cukup jelas menggambarkan bahawa kecerdasan emosi bagi seseorang individu itu adalah sangat penting kerana apabila emosi stabil, seseorang itu dapat membuat suatu keputusan atau tindakan dengan bijak. Penilaian seseorang individu bukan sahaja berasaskan pada keintelektualannya (IQ) malah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

12 Menurut O Neil, (1996) dalam Recker (2001) kecerdasan emosi adalah satu jalan lain untuk menjadi seorang hebat. Kecerdasan emosi merangkumi keupayaan memahami dan menggunakan emosi dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat memotivasikan, bersifat empati serta berkeupayaan kemahiran sosial. Konsep kecerdasan emosi (EQ atau Emotional Quotient) ini adalah satu konsep kecerdasan yang luas dan mempunyai kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ (Koharuddin, 2004). Menurut pelopor yang mula-mula memperkenalkan konsep EQ, Mayer dan Salovey (1993) dalam Koharuddin (2004) menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan seseorang untuk berfikir secara kreatif dan menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kecerdasan emosi bagi individu itu merangkumi empat bahagian iaitu mengenal, menggunakan, memahami dan mengawal emosi. Ini jelas menunjukkan bahawa seseorang individu yang berupaya menjelaskan atau menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami emosinya, dan mengawal emosinya dianggap mempunyai kecerdasan emosi (EQ). Dalam konteks kajian pula, kemahiran asas pendidikan menjadi ukuran. Kemahiran asas pendidikan adalah kemahiran asas untuk menjadi guru. Kemahiran ini meliputi kemahiran mengajar, kurikulum, penilaian, tingkah laku pelajar dan cara menyelidik. Dengan kata lain, kemahiran asas pendidikan adalah adalah kursus yang perlu diambil oleh pelajar yang memilih bidang perguruan. Di UTM contohnya, pelajar Fakulti Pendidikan perlu mengambil kursus kemahiran asas pendidikan untuk membolehkannya memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan. Antara mata pelajaran bagi kursus Kemahiran Asas Pendidikan yang perlu di ambil adalah seperti berikut: i. Falsafah Pendidikan ii. Psikologi Pendidikan iii. Asas Pedagogi iv. Pengukuran dan Penilaian Pendidikan v. Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan vi. Kaedah Mengajar vii. Sosiologi dan Profesionalisme Pendidikan

13 Mohd Najib (2000) menyatakan bahawa seorang guru tidak seharusnya hanya mempunyai kecekapan mental dan fizikal tetapi juga emosi untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam alam pendidikan. Cabaran dalam sistem pendidikan kini memerlukan guru dan pendidik mempunyai kemahiran yang tinggi, bersemangat kental, mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Ini kerana guru bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah guru juga berperanan untuk membolehkan perubahan tingkah laku berlaku kepada seseorang pelajar iaitu berubah daripada menjadi seorang yang tidak berilmu kepada seorang yang berilmu. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Program pendidikan perguruan perlu mengambil kira semua aspek penting untuk melatih dan melahirkan bakal guru yang berdedikasi dan professional. Pelatih yang menjalani latihan perguruan tidak semuanya memenuhi kriteria seorang guru. Tugas untuk melengkapkan ciri seorang guru harus dipikul oleh program tersebut. (Mohd Najib, 2000).

14 1.2 Latar Belakang Masalah Profesion perguruan bukan semudah yang disangka umum. Tugas menjadi pendidik adalah satu tugas yang berat kerana memegang amanah ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang mulia sekaligus memegang harapan Negara untuk melahirkan genarasi yang berintelek serta bersahsiah mulia. Guru juga bertindak untuk pengurusan dan pengawalan disiplin di kelas khasnya dan di sekolah amnya. Kebelakangan ini banyak di laporkan di media massa tentang kes penderaan yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar. Guru dikatakan memberi denda yang malampau kepada pelajar. Sejauh manakah kebenarannya? Apakah punca kepada berlakunya masalah ini? Antara berita yang terbaru adalah siasatan kes guru memukul pelajar dimana tiga pelajar perempuan di Chendering yang mendakwa dipukul oleh guru mereka baru-baru ini. Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening dan pitam akibat pukulan guru tersebut (Utusan Malaysia, 3 Mei 2009). Selain itu, di Sibu, pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dipaksa oleh warden supaya berendam selama lebih kurang satu jam dalam kolam ketika hujan lebat selepas salah seorang pelajar membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah (Utusan Malaysia, 21 julai 2009). Menurut Aristotle dalam Goleman (1995), marah adalah suatu perkara yang mudah, maka sesiapa sahaja boleh menjadi marah. Walaubagaimanapun, untuk marah kepada orang, masa, tempat, tujuan dan pendekatan yang benar adalah susah dan bukan semua orang dapat melakukannya. Kenyataan di atas, menunjukkan sebagai manusia biasa, amat sukar untuk seseorang mengawal diri apabila berada dalam keadaan marah. Walaupun mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, sekiranya tidak mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, maka hidup tetap tidak bermakna. Pada masa kini, guru akan melayani pelbagai karenah generasi alaf baru, maka cabaran yang bakal ditempuhi di sekolah amatlah besar. Guru perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak

15 mengenakan hukuman ke atas pelajar. Apabila seorang guru itu bertindak mengikut emosi, maka berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya seperti penderaan dan memukul pelajar. Bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Hishamuddin (Utusan Malaysia, 21 Julai 2009) dalam kenyataanya berkata, pendekatan Kementerian Pendidikan ialah mendidik guru-guru baru agar dapat mengawal emosi mereka supaya kejadian mendera pelajar dapat dielakkan.berdasarkan kepada kenyataan tersebut, mahasiswa yang sedang mengambil pengajian dalam pendidikan haruslah bersedia dengan pelbagai ilmu bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga kecerdasan emosi agar dapat menguruskan palajar dengan sebaiknya kelak. Adakah bakal guru keluaran Universiti Teknologi Malaysia mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi untuk menghadapi cabaran semasa di alam pekerjaan kelak? Menurut Mohd Najib (2000), kecerdasan emosi ialah kebijaksanaan atau kepakaran dalam menggunakan emosi untuk mengarahkan sikap bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. 1.3 Penyataan Masalah Pengetahuan dalam kemahiran asas pendidikan adalah penting untuk kegunaan di alam pekerjaan kelak. Salah satu daripada ciri guru yang berkaliber adalah guru yang berjaya mengawal emosinya dengan baik agar tidak membuat sesuatu keputusan yang merugikan. Seni perguruan juga ini perlu disertakan dengan tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasasn emosi yang tinggi secara tidak langsung akan memiliki kestabilan emosi yang tinggi. Apabila mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi seseorang itu akan bijak mengawal masalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Dari sini, penyelidik ingin mengkaji tahap kecerdasan emosi serta prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar dan adakah terdapat kaitan antara kecerdasan emosi (EQ) dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

16 1.4 Objektif Kajian Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. ii. Mengenal pasti prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. iii. Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan palajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan bagi kajian ini adalah seperti berikut: i. Apakah tahap kecerdasaan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor? a. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengenal emosi? b. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk mengurus emosi? c. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajartahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk motivasi diri sendiri? d. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk timbang rasa (empati)? e. Apakah tahap kecerdasan emosi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai berdasarkan konstruk kemahiran sosial?

17 ii. iii. Apakah prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor? Adakah kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor? 1.6 Kepentingan Kajian Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu bakal-bakal guru, pihak Fakulti Pendidikan dan pihak Kementerian Pelajaran menyedari tentang kepentingan kecerdasan emosi ke atas bakal-bakal guru. Oleh itu, pihak-pihak yang berkenaan boleh membantu bakal-bakal guru ini untuk menerap dan memupuk aspek kecerdasan emosi dalam proses pembelajaran melalui kurikulum di universiti yang seterusnya akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kemahiran asas pendidikan. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini melihat hubungan kecerdasan emosi Goleman sahaja dengan kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan menerusi lima konstruk iaitu mengenal emosi sendiri, mengurus emosi, motivasi diri sendiri, empati dan kemahiran sosial. Kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja. Kesemua maklumat yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap kecerdasan emosi dengan prestasi kemahiran asas pendidikan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan. Oleh sebab sampel dipilih hanya daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja, maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua pelajar yang mengambil kursus pendidikan di dalam negara ini.