TANGGAPAN PELAJAR 4SPH (FAKULTI PENDIDIKAN) TERHADAP KERJA AMALI KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD RIDZWAN BIN ABD JALIL

dokumen-dokumen yang mirip
AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERMODELAN RERUANG GIS DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER ASLI WAN YUSRYZAL BIN WAN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Yahya Buntat, Muhammad Rashid Rajuddin, Kandar Selamat, Muammad Sukri Saud Jabatan Pendidikan Kejuruteraan Dan Teknikal Fakulti Pendidikan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PEMAPARAN IDEA DAN PENGUASAAN BAHASA DALAM KARANGAN PELAJAR LEMBAM: SATU KAJIAN KES

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KEPENTINGAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FAKULTI PENGAJIAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA OLEH: HANIFFAH BT AMIT

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : persediaan guru pelatih, keperluan modal insan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Program Doktor Pendidikan Tinggi

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENGGUNAAN PENANDA WACANA BAHASA ARAB DALAM TEKS KARANGAN PELAJAR STAM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

PENGAKUAN. Tandatangan : : NORHAYATI BINTI MOHAMAD AISA. No. Matrik : EDMB 2-16 : DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN)

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kurikulum Kebangsaan

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KAJIAN METAFORA DALAM PUISI TRADISIONAL BAHASA CINA LIEW FOOT YUEN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PEMINDAHAN LEKSIS BAHASA INGGERIS DALAM CERPEN TAMIL JAYANTHI A/P PALANANDY FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERISITI MALAYA KUALA LUMPUR

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

Faktor Mempengaruhi Kepuasan Kerja Dikalangan Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (Rajd) 3 Divisyen

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN ARAB BERIMBUHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA MOHD HARIS BIN SULAIMAN

Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah Muhammad Sukri Saud & Norhisham Monil

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Transkripsi:

TANGGAPAN PELAJAR 4SPH (FAKULTI PENDIDIKAN) TERHADAP KERJA AMALI KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD RIDZWAN BIN ABD JALIL Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL 2009

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan :. Nama Penulis : MOHD RIDZWAN BIN ABD JALIL Tarikh : APRIL 2009

iii DEDIKASI Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang Dengan keizinannya jua, Ku bersyukur atas rahmatnya, Deangan keizinannya jua maka dapatlah ku siapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Khas buat ayah dan bonda yang dikasih dan disayangi Abd Jalil Bin Hj. Jomri Dan Arbainah Binti Mohd Yusof Yang tidak pernah jemu menitipkan Kata-kata semangat buat anakmu ini Tanpa kalian perjuangan ini mungkin takkan berjaya Buat isteri dan anakku yang dicintai Noraliza Binti Mohamed Zulkifli, Dhiya Nur Auni Binti Mohd Ridzwan Yang sentiasa memberi dorongan dan galakan, Yang tidak pernah lekang menguntumkan senyuman Sebagai pembakar semangat untuk suami dan ayahmu ini. Buat kakak, adik-adikku yang dikasihi Yang senentiasa memberikan dorongan dan sokongan Yang tidak berbelah bahagi Rakan-rakan seperjuangan Jutaan terima kasih diatas sokongan kalian Yang sentiasa melahirkan buah fikiran dan idea yang bernas Terima kasih untuk segalanya

iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana memberi kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hanim Binti Sulaiman selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala tunjuk ajar, bantuan, bimbingan serta nasihat yang diberikan sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan disimpan dan dipergunakan untuk kajian akan datang. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada ayah dan bonda yang sentiasa diingati dan disayangi kerana banyak memberi galakan dan bantuan semasa menjalankan kajian ini. Buat isteri yang dicintai lagi disayangi, terima kasih diatas galakan dan sokongan yang diberi. Buat rakan seperjuangan yang dikasihi, yang banyak membantu, memberi kata semangat, dan juga galakan serta tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atupun tidak langsung dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggapan pelajar 4 SPH (Fakulti Pendidikan) terhadap kerja amali Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi Malaysia. Ianya merupakan kajian jenis desriktif. Responden terdiri daripada 110 orang pelajar daripada pelajar 4 SPH yang telah menjalani kerja amali kemahiran hidup di Universiti Teknologi Malaysia. Mereka telah diberikan satu set soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha 0.822. Data telah dianalisis secara desriktif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Sciences (SPSS 15.0) untuk menentukan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan pelajar tentang tanggapan pelajar 4SPH (Fakulti Pendidikan) terhadap kerja amali Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi Malaysia, adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu pada fungsi kerja amali Kemahiran Hidup kepada pelajar dan pengaruh persekitaran terhadap minat dalam kerja amali. Walaubagaimanapun, terdapat juga faktor yang berada pada tahap sederhana iaitu pengaruh latar belakang terhadap kecekapan bekerja. Dengan dapatan kajian yang diperolehi diharapkan mampu membantu mana-mana pihak dalam menambahkan lagi kegiatan-kegiatan yang dapat memberi kesan yang positif terhadap pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

vi ABSTRACT The purpose of this study is to identify students perception of 4 SPH students (Faculty Of Education) on Living Skills practical work in Universiti Technologi Malaysia. The study is of a descriptive survey. Respondents is comprised of 110 students from 4SPH who had undergone living skills practical work in University Technology Malaysia. They ware given a set of questionnaires which has been tested for its reliability with Cronbach Alpha's value of 0.822. Data have been analyzed by descriptive method by using Statistical Package For Social Sciences (SPSS software version 15.0) to determine frequency, percent and mean. Study results found that student's view of perception 4SPH student (Faculty Of Education) on Living Skills practical work in Universiti Teknologi Malaysia, are well to do in high-level that is on practical work function Living Skills to student and environmental influence on interest in practical work. However, also found well off factor at moderate levels namely background influence on efficiency work. With study findings achieved is hoped afford to help any inside party add more activities can provide positive effect on involved student in Living Skills subject.

vii KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT BORANG PENGESAHAN STATUS - PENGESAHAN PEMBIMBING - HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN vi ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL viii ` SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xvi SENARAI RAJAH xvii

viii BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 4 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Rasional Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 8 1.9 Definisi Istilah 1.9.1 Tanggapan / Persepsi 9 1.9.2 Pelajar (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan 9 1.9.3 Kerja Amali 10 1.9.4 Kemahiran Hidup 10 1.10 Rumusan 11 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Fungsi kerja amali 13 2.3 Faktor Persekitaran 14 2.4 Faktor Latar Belakang Pelajar 15 2.5 Rumusan 18

ix BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 19 3.2 Reka Bentuk Kajian 19 3.3 Populasi 20 3.4 Sampel Kajian 20 3.5 Tempat / Lokasi Kajian 22 3.6 Instumen Kajian 22 3.7 Prosedur Kajian 26 3.8 Kajian Rintis 26 3.8.1 Kesahan Instumen 27 3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 27 3.9 Analisis Data 28 3.10 Rumusan 29 BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 30 4.2 Bahagian A - Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina Responden 31 4.2.2 Bangsa 31 4.2.3 Bilangan Adik Beradik 32 4.2.4 Tahap Pendidikan Tertinggi 32 4.2.5 Pekerjaan Penjaga 33 4.3 Bahagian B - Analisa Inferens 4.3.1 Pandangan Fungsi Kerja Amali Kepada Pelajar 34 4.3.2 Pengaruh Persekitaran Terhadap Minant Dalam Kerja Amali 39

x 4.3.3 Pengaruh Latar belakang Terhadap Kecekapan Bekerja. 43 4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 47 4.5 Rumusan 48 BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 49 5.2 Rumusan Kajian 50 5.3 Rumusan Latar Belakang Responden 50 5.4 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian 51 5.5 Perbincangan Kajian 52 5.5.1 Pandangan Fungsi Kerja Amali Kepada Pelajar 52 5.5.2 Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat Dalam Kerja Amali 53 5.5.3 Pengaruh Latar Belakang Terhadap Kecekapan Bekerja 56 5.6 Cadangan 57 5.7 Cadangan kajian lanjutan 58 5.8 Penutup 59

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 3.1 Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi 20 3.2 Bilangan Respoden Mengikut Kursus. 22 3.3 Skala Likert 23 3.4 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap Responden 24 3.5 Taburan Item Soal Selidik, Mengikut Aspek Kajian 25 3.6 Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 28 3.7 Justifikasi tahap maklum balas terhadap kerja amali. 29 4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut jantina 31 4.2 Ttaburan bilangan dan peratusan mengikut bangsa 31 4.3 Taburan bilangan dan peratusan mengikut bilangan adik beradik. 32 4.4 Taburan bilangan dan peratusan mengikut tahap pendidikan tertinggi. 32 4.5 taburan bilangan dan peratusan mengikut pekerjaan penjaga. 33 4.6 Taburan responden mengikut peratusan bagi Pandangan fungsi kerja amali kepada pelajar 34

xii 4.7 Taburan peratusan dan frekuensi mengikut tahap rendah, sederhana, dan tinggi bagi Pandangan fungsi kerja amali kepada pelajar. 38 4.8 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi bagi Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat Dalam Kerja Amali 39 4.9 Taburan responden mengikut tahap rendah, sederhana dan tinggi bagi Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat Dalam Kerja Amali 42 4.10 Taburan responden mengikut peratusan dan frekuensi bagi Pengaruh Latar belakang Terhadap Kecekapan Bekerja. 42 4.11 Taburan peratusan dan min bagi soalan kajian tentang Pengaruh Latar belakang Terhadap Kecekapan Bekerja. 46 4.12 Analisis Keseluruhan Min Responden yang Menjawab Persoalan Kajian. 46

xiii SENARAI SINGKATAN Bil. PIPP KPM SMK STPM SPM FPN UTM KBKK SPSS SPH PKPG KHB N S ATS TS TP S AS F : Bilangan : Program Induk Pembangunan Pendidikan : Kementerian Pelajaran Malaysia : Sekolah Menengah Kebangsaan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia : Sijil Pelajaran Malaysia : Falsafah Pendidikan Negara : Universiti Teknologi Malaysia : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif : Standard Package For Social Sciences : Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup : Program Khas Pensiswazahan Guru : Kemahiran Hidup Bersepadu : Bilangan populasi : Bilangan Sampel : Amat Tidak Setuju : Tidak Setuju : Tidak Pasti : Setuju : Amat Setuju : Frekuensi

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT Lampiran A Borang Set Soal Selidik 63 Lampiran B Surat Pengesahan Item 68 SENARAI RAJAH RAJAH 1 Peratusan Responden Bagi Pandanga Fungsi Kerja Amali Pelajar 38 RAJAH 2 Peratusan Responden Bagi Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat Pelajar 43 RAJAH 3 Peratusan Responden Bagi Pengaruh Latar Belakang Terhadap Kerja Amali 47

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri).pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Wawasan 2020 yang diperkenalkan antara lain ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan perindustrian. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke era perindustrian sepenuhnya, maka unsur terpenting yang perlu dibina oleh Malaysia ialah modal insan. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Matlamat pembangunan modal insan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah merupakan teras utama di dalam

2 pembangunan negara. Pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan membekalkan kemahiran ikhtisas, pengurusan dan teknik yang diperlukan bagi pertumbuhan ekonomi Negara+ ( Kerajaan Malaysia, 2007). Tonggak utama untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang sejajar dengan kehendak wawasan negara adalah sistem pendidikan. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan ketika itu Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Nordin, arah tuju pembangunan negara dalam Wawasan 2020 mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan Negara. Di dalam Tajul Arifin dan Nor Aini,(1992), pendidikan yang maju akan melahirkan sumber tenaga manusia yang berilmu dan berketrampilan, di mana akan memberi kekuatan saingan dalam arena ekonomi antarabangsa kepada negara. Justeru itu, peranan pendidikan teknik dan vokasional serta kemahiran hidup menjadi semakin penting dalam melatih para pelajar untuk pekerjaan serta mendedahkan pelajar dalam suasana pekerjaan di industri kelak. Kepentingan pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran hidup dalam perindustrian dan perusahaan telah dinyatakan dengan jelas dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) iaitu,dalam keadaan pembangunan negara pula, hal ini yang menggalakkan penyertaan yang luas di dalam bidang perusahaan dan perindustrian, peranan pendidikan kemahiran hidup menjadi penting. Institusi pendidikan ini merupakan tempat melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang teknikal yang sangat diperlukan ke arah membawa Malaysia kepada taraf negara industri penting.untuk tujuan ini adalah diperakukan supaya pendidikan teknik dan vokasional serta kemahiran hidup hendaklah diperluaskan dan dimajukan. Ekoran daripada ini banyak institusi pengajian teknik dan vokasional telah ditubuhkan, misalnya sekolah vokasional dan teknik, politeknik, pusat latihan belia

3 dan institut latihan perindustrian, Institut Teknologi Negeri dan Institut Teknologi Pekerja. Lain-lain badan separuh kerajaan juga turut terlibat dalam menyumbangkan tenaga ke arah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini, sebagaimana yang disarankan dalam matlamat Wawasan 2020. Salah satu tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam bidang teknik dan vokasional ialah para pendidik, khususnya di institusi pendidikan teknik dan vokasional. Tanpa pendidik yang berkebolehan sudah tentu usaha ke arah melatih tenaga manusia yang mahir dalam bidang teknikal ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan (Aziz dan Mohamad Arif,1995). Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah institusi yang berorentasikan teknikal juga turut telibat melatih para pendidik yang akan mengajar di sekolah teknik dan vokasional, politeknik dan lain-lain institusi pendidikan teknik dan vokasional. Kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan yang mula ditawarkan pada tahun 1986, juga telah berjaya melahirkan ramai para pendidik yang mahir dalam bidang teknikal. Kesimpulannya, perlaksanaan pendidikan vokasional, teknik dan kejuruteraan serta kemahiran hidup memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan keupayaan tenaga kerja yang akan merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, penguasaan kemahiran teknologi terkini amatlah penting. Oleh itu, pendidik dan bakal pendidik yang bertanggungjawab terus dalam bidang teknikal dan kejuruteraan harus sedar tentang peranan ini agar misi nasional itu dapat dicapai.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan yang wujud di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tujuan kerja amali dilakukan ialah untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari daripada teori kepada keadaan yang sebenar. Melalui kerja-kerja amali juga, pelbagai kemahiran akan dapat diperolehi. Bagi pelajar tahun empat (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, kerja amali adalah merupakan perkara yang semestinya mereka jalankan dalam mana mengajar di sekolah kelak. Namun terdapat kemungkinan kelemahan dan permasalahan terhadap kerja amali Kemahiran Hidup yang melibatkan beberapa perkara. Pada peringkat awal, pelajar tahun satu (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dikehendaki mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia merangkumi kerja kayu dan kerja logam, jahitan, masakan dan beberapa mata pelajaran yang lain. Matapelajaran ini sekaligus menggantikan matapelajaran yang terdapat dalam teknik dan vokasional. Dalam mata pelajaran ini terdapat sesi kerja amali yang berbentuk projek. Tujuannya supaya pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran asas dalam bidang yang diambil. Antara kemahiran-kemahiran yang ditekankan ialah mengenai penggunaan alatan, penyelenggaraan alatan dan penggunaan bahan serta sumber. Sebagai bakal pendidik, pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan harus bersedia untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran semaksimum mungkin kerana segala yang diperolehi akan digunakan dan disampaikan kepada anak didiknya kelak. Kefahaman terhadap fungsi kerja amali dalam Kemahiran Hidup merupakan aspek yang penting. Pada kebiasaannya, penilaian kejayaan sesuatu pengajaran dibuat ke atas sejauh manakah berlakunya perubahan tingkahlaku terhadap pelajar

5 (Newable dan Canon, 1989). Pengajaran menggunakan srategi projek memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana kerjakerja praktikal dan amali ialah komponen penting dalam pembelajaran yang berteraskan sains dan kemahiran Newble dan Canon (1989). Persoalannya sekarang ialah apakah tanggapan pelajar (SPH) Sarjana Muda Serta Pendidikan terhadap kerja amali kemahiran hidup yang telah diikuti, dapat membantu mereka mengetahui beberapa faktor yang mempengaruhi dan boleh mempengaruhi kerja amali mereka. Bagi menjawab persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk melihat dan mengetahui apakah tanggapan mereka terhadap kerja amali Kemahiran Hidup yang telah diikuti di Universiti Teknologi Malaysia. 1.3 Penyataan Masalah Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali oleh bakal guru dalam pelbagai bidang. Salah satu bidang yang menjadi pilihan pelajar adalah bidang kemahiran. Dengan itu, pelajar perlulah menguasai sepenuhnya kemahiran daripada kerja amali yang telah dijalankan. Menyedari pentingnya kerja amali ini, maka terlebih dahulu kajian ini ditumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan aras kefahaman pelajar terhadap kepentingan kerja amali. Kajian ini juga dilakukan untuk meninjau dan mengenalpasti setakat mana pengaruh persekitaran terhadap minat dalam kerja amali samada mampu memberi kesan kepada pelajar ataupun tidak, serta pengaruh latar belakang latar belakang mereka terhadap kecekapan bekerja.

6 1.4 Objektif Kajian Kemahiran Hidup adalah merupakan mata pelajaran baru ataupun lanjutan bagi pelajar-pelajar (SPH) Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi peluang sama rata kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran teknikal. Justeru itu, semua pelajar perlulah bersedia supaya tidak ketinggalan dalam menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang secukupnya sebagai bekalan apabila menjadi tenaga pengajar kelak. Menyedari hakikat inilah, kajian dilakukan untuk : 1. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang fungsi kerja amali kemahiran hidup. 2. Mengenalpasti persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh persekitaran terhadap minat dalam kerja amali Kemahiran Hidup. 3. Mengenalpasti persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh latar belakang pelajar terhadap kecekapan bekerja. 1.5 Persoalan kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut. i. Apakah persepsi pelajar tentang fungsi kerja amali Kemahiran Hidup? ii. Apakah persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh persekitaran terhadap minat dalam kerja amali kemahiran hidup?

7 iii. Apakah persepsi pelajar (4SPH) tentang pengaruh latar belakang mereka terhadap kecekapan bekerja? 1.6 Rasional kajian Para pendidik, ibu bapa dan pelajar perlu mengetahui faktor-faktor yang mampu menyumbang kepada pencapaian dalam pelajaran seperti Kemahiran Hidup. Maklumat yang diperolehi membolehkan langkah-langkah yang bersesuaian dan berkesan diambil untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka. Terdapat pelbagai faktor yang sering dikaitkan dengan pencapaian dan kemahiran termasuklah pemahaman pelajr, pengaruh persekitaran dan latar belakang. Kajian seumpama ini wajar dilaksanakan, terutamanya apabila ianya melibatkan pencapaian dan kemahiran pelajar. Melaui dapatan ini secara tidak langsung boleh membantu guru, pembimbing dan penyelia termasuklah pelajar itu sendiri dalam memperbaiki dan memperbaharui mana-mana faktor atau punca sesuatu masalah dan kekurangan. 1.7 Kepentingan Kajian Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang bercorak amali yang dijalankan melalui aktiviti atau projek. Oleh itu kejayaan atau kegagalan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran amali banyak bergantung kepada pelajar kerana merekalah yang menjalankan kerja amali tersebut. Adalah menjadi harapan penyelidik kajian yang dijalankan ini dapat: