Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

Sustainable Education 54

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENDIDIKAN KESIHATAN

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Transkripsi:

MENEROKA TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 DAN TAHUN 5 DI DAERAH TUARAN Tan Seok Kiang Salina Abdullah Sangguro ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 206 murid di empat (4) buah sekolah kebangsaan iaitu seramai 103 orang murid Tahun 4 dan 103 orang murid Tahun 5. Penguasaan kemahiran proses sains asas diterokai dengan menggunakan kaedah ujian berbentuk objektif. Fokus kajian adalah kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal dan membuat inferens seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah Tahap Satu. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan kemahiran proses sains asas untuk keduadua kumpulan murid-murid Tahun 4 (55.9%) dan Tahun 5 (60.0%) adalah berada pada tahap memuaskan. Justeru satu kajian lanjut perlu dilaksanakan supaya masalah sebenar yang dihadapi dapat dikenal pasti. Kata Kunci: Kemahiran proses sains, memerhati, mengelas, membuat inferens, mengukur dan menggunakan nombor, berkomunikasi, meramal PENGENALAN Malaysia berwawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat ini, pendidikan sains memainkan peranan penting untuk melengkapkan model insan dengan pengetahuan dan kemahiran sains yang amat diperlukan dalam dunia moden yang amat bergantung kepada perkembangan sains dan teknologi. Oleh sebab itu, sains telah menjadi satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah rendah. Falsafah Pendidikan Sains Negara menyatakan pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Selaras dengan falsafah pendidikan sains negara, kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pengetahuan sains. Pada masa yang sama sikap saintifik dan nilai-nilai murni diterapkan supaya murid yang progesif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan. Kemahiran proses sains (KPS) merupakan salah satu aspek penting dalam mempelajari Sains. Ini adalah disebabkan proses-proses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Dengan itu, penguasaan kemahiran proses sains dapat membantu murid mengkaji sains dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian secara saintifik. Untuk memastikan murid-murid berkemahiran proses sains, 97

pada tahun 1997, Penilaian Kerja Amali (PEKA) telah diperkenalkan. Untuk tujuan tersebut, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan menerbitkan Panduan Penilaian Kerja Amali (Lembaga Peperiksaan, 1997) yang merupakan penilaian kerja amali yang diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 6. Tujuan utama PEKA adalah untuk membimbing murid-murid melaksanakan siasatan dengan cara saintifik. Penekanan utama penilaian PEKA adalah memberi bimbingan sehingga sesuatu kemahiran itu dikuasai dengan baik. Penguasaan KPS begitu dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga setiap sekolah perlu membuat laporan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia tentang pencapaian murid-murid dalam Penilaian Kerja Amali. Lantaran itu, kajian tentang penguasaan kemahiran proses sains muridmurid amatlah diperlukan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang penting ini jika terdapat sebarang kelemahan. Isu Kajian Berdasarkan kajian, penguasaan murid dalam kemahiran proses sains masih kurang memuaskan. Atas kesedaran ini, pihak KPM berpendapat sekiranya kemahiran ini tidak ditulis dengan jelas dalam hasil pembelajaran, maka masalah ini akan berterusan. Kegagalan mengatasi masalah ini boleh mewujudkan satu jurang di antara hasrat kurikulum dengan pelaksanaan PdP di bilik darjah. Oleh sebab itu, untuk memastikan murid dapat menguasai setiap kemahiran proses sains secara eksplisit, setiap kemahiran proses sains ini telah dijadikan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Oleh itu adalah wajar kita meneroka hasil awal keberkesanan kurikulum KSSR dengan membandingkan penguasaan KPS murid-murid Tahun 4 (mengikuti KSSR) dengan murid-murid Tahun 5 (mengikuti KBSR). Fokus kajian ini adalah meneroka penguasaan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam kemahiran proses sains asas iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi. Dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pada sasaran kajian dan ujian ditadbirkan pada awal tahun, maka adalah sesuai hanya kemahiran proses sains asas dijadikan fokus kajian kerana pada masa tersebut murid-murid Tahun 4 masih belum didedahkan dengan kemahiran proses sains bersepadu. Soalan Kajian Walaupun kemahiran proses sains asas iaitu kemahiran membuat pemerhatian, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi telah dipelajari pada kurikulum sains sekolah rendah Tahap I iaitu pada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, namun adakah murid-murid telah menguasai kemahiran-kemahiran tersebut seperti yang digariskan dalam kurikulum sains sekolah rendah? 98

Dengan itu soalan kajian ini adalah seperti berikut: (1) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 4? (2) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 5? (3) Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dengan Tahun 5? (4) Apakah tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 4? (5) Apakah tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 5? Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk : (1) meneroka tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan muridmurid tahun 4, (2) meneroka tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan muridmurid tahun 5, (3) membandingkan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dengan Tahun 5, (4) meneroka tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 4, (5) meneroka tahap penguasaan setiap KPS asas murid-murid Tahun 5. Hipotesis Kajian Hipotesis nol dibentuk berdasarkan soalan kajian (3) yang telah dinyatakan di atas. Tahap keertian, p <.05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data dengan menggunakan statistik inferensi. Ho: Ha: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam penguasaan KPS asas. Terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam penguasaan KPS asas. Kesignifikan Kajian Dapatan kajian ini boleh memberi satu gambaran tentang tahap penguasaan kemahiran proses sains asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Hasil kajian bukan sahaja dapat membantu para pensyarah merancang PdP yang dapat meningkatkan kemahiran bakal guru dalam bidang ini, bahkan ia juga dapat menimbulkan kesedaran guru sains supaya mencari kaedah yang lebih sesuai untuk membantu murid-murid menguasai KPS asas yang merupakan asas kepada kemahiran menyiasat. Batasan Kajian Keputusan kajian ini adalah berdasarkan ujian berbentuk objektif. Untuk mendapat gambaran yang lebih sah lagi, analisis dokumen laporan amali, temu 99

bual dan pemerhatian semasa murid-murid mengaplikasikan kemahiran proses sains sewaktu melakukan kajian atau siasatan seharusnya dijalankan. Kajian ini hanya melibatkan murid-murid sekolah kebangsaan Tahun 4 dan Tahun 5 di sekitar daerah Tuaran sahaja. Pengertian Kemahiran Proses Sains TINJAUAN LITERATUR Proses sains adalah cara seorang ahli sains bekerja, berfikir dan mengkaji masalah. Dalam erti kata yang lain, proses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan sains. Kaedah penyiasatan yang melibatkan kemahiran yang spesifik ini adalah seperti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membina hipotesis dan mengeksperimen. Kemahiran tersebut dikenali kemahiran proses sains (Poh, 2002). Kurikulum Sains Sekolah Rendah di Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1993 dan disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global, sekali lagi transformasi pendidikan dilaksanakan dan KBSR telah digubal semula dan ditambah baik menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini telah mula dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia pada tahun 2011. Dalam kurikulum KBSR, kurikulum sains sekolah rendah memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam. Tidak lain daripada KBSR, matlamat kurikulum Sains sekolah rendah KSSR juga bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini adalah disebabkan penerapan ketiga-tiga komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai ini tidak boleh dijalankan secara berasingan tetapi ianya haruslah dijalankan secara beriringan. Keadaan ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pada ketika itu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (2009), KSSR tidak menggantikan kurikulum sedia ada tetapi seiringan dengan KBSR. Lantaran itu, Kurikulum Sains KSSR tetap memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Proses Sains dalam Kurikulum KBSR dan KSSR Dalam kurikulum KBSR Sains, buku amali sains telah disediakan sebagai satu pakej buku teks sains berdasarkan falsafah pendidikan negara yang 100

berfokuskan kepada perkembangan model insan yang menyeluruh. Dalam buku amali, setiap amali adalah direka untuk mencapai hasil pembelajaran yang termaktub dalam spesifikasi kurikulum. Setiap amali juga mengandungi tugasan dan aktiviti untuk membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran sains di samping sikap saintifik dan nilai-nilai murni (Md. Arris et al., 2007). Ini bererti, kemahiran proses sains adalah diterapkan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh murid-murid. Berbanding dengan kurikulum KSSR, setiap kemahiran proses sains telah dijadikan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Oleh itu berbeza dengan KBSR, Modul Kemahiran Proses Sains telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu murid menguasai setiap kemahiran sains yang perlu dikuasai seperti yang tercatat dalam Dokumen Standard Sains. Dengan memandangkan KSSR adalah dilaksanakan secara berperingkat, maka, murid-murid Tahun 5 dan 6 pada masa sekarang, 2014 masih mengikuti kurikulum KBSR manakala murid-murid Tahun 1 hingga 4 adalah belajar berdasarkan kurikulum KSSR. Dengan lain perkataan, muridmurid Tahun 5 dan 6 belajar kemahiran proses sains sewaktu melaksanakan penyiasatan manakala murid-murid Tahun 3 dan 4 diperkenalkan setiap kemahiran proses sains secara formal dan berasingan berdasarkan panduan dan standard yang direka. Kemahiran Proses Sains (KPS) Asas Berdasarkan KBSR dan juga KSSR, kurikulum sains sekolah rendah memerlukan murid-murid belajar kemahiran proses sains asas pada Tahap I dan kemahiran proses sains bersepadu pada tahap II. Di sini kemahiran proses sains asas adalah merujuk kepada kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, meramal, membuat inferens dan berkomunikasi. Manakala kemahiran proses sains bersepadu adalah menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir maklumat, mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimenkan. Jadual 1 di bawah menerangkan kemahiran proses sains asas yang dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah Tahap I. Jadual 1 : Kemahiran Proses Sains Asas dan Huraiannya Kemahiran Huraian Memerhati Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. 101

Mengelas Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. (Dipetik daripada Pusat Perkembangan Kurikulum: Modul Kemahiran Proses Sains Asas, 2001) Reka bentuk Kajian METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif yang memerlukan responden menjawab satu set ujian kertas-pensel berbentuk objektif. Instrumen Instrumen kajian ini merupakan satu ujian kertas-pensel yang mengandungi 16 item soalan objektif. Soalan yang disediakan adalah berdasarkan fokus kajian iaitu menguji 6 kemahiran proses sains asas bernama (1) memerhati, (2) mengelas, (3) mengukur dan menggunakan nombor, (4) meramal, (5) membuat inferens dan (6) berkomunikasi. Soalan ujian digubal berdasarkan kandungan dan standard pembelajaran seperti dalam Modul Kemahiran Proses Sains Tahun 3, kurikulum Sains KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan item yang disediakan untuk setiap kemahiran yang diuji. 102

Jadual 2: Bilangan item untuk setiap kemahiran yang diuji Kemahiran Bilangan Item Item dalam soalan ujian Memerhati 3 Item 1, 3 dan 4 Mengelas 4 Item 2, 5, 7 dan 9 Mengukur dan 3 Item 6, 8, dan 10 menggunakan nombor Meramal 2 Item 11, dan 12 Membuat inferens 2 Item 15 dan 16 Berkomunikasi 2 Item 13 dan 14 Untuk menentukan kesahan kandungan instrumen ini, soalan yang digubal telah dimurnikan oleh dua orang pensyarah sains. Satu ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas semua 16 item dan nilai alpha croncbach yang diperoleh adalah 0.555. Sampel Populasi sampel ialah 49 buah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Tuaran, Sabah (Statistik Emis, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Sampel yang dikaji adalah seramai 206 murid daripada 4 buah sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Dari jumlah ini, 103 orang (50%) adalah murid-murid Tahun 4 dan 103 orang (50%) adalah murid-murid Tahun 5. Rasional sasaran dipilih adalah disebabkan kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah belajar kemahiran proses sains asas pada kurikulum Sains Tahap I. Kaedah Menganalisis Data Ujian yang dijalankan adalah untuk meneroka tahap penguasaan keenamenam kemahiran proses sains asas terpilih iaitu: (1) memerhati, (2) mengelas (3) mengukur dan menggunakan nombor, (4) meramal (5) membuat inferens dan (6) berkomunikasi. Data dianalisis melalui pengiraan secara frekuensi dan peratusan untuk mengenal pasti respon murid-murid yang menjawab dengan betul terhadap setiap soalan berkaitan kemahiran proses sains asas. Dengan menggunakan skala, tahap penguasaan kemahiran proses sains asas secara keseluruhan dan untuk setiap kemahiran dapat ditentukan. 103

(i) Penguasaan KPS asas secara keseluruhan Penguasaan KPS asas secara keseluruhan ditentukan melalui markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam menjawab kesemua 16 item yang diberikan dengan betul bagi ujian kemahiran proses sains asas tersebut. Jadual 3 mempamerkan skor ujian dan tafsiran tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan. Jadual 3: Skor ujian dan tafsiran tahap penguasaan KPS asas Skor ujian Tafsiran tahap penguasaan 0-20 Sangat Lemah 21-40 Lemah 41-60 Memuaskan 61-80 Baik 81-100 Cemerlang (ii) Penguasaan untuk setiap kemahiran proses asas Penguasaan untuk setiap kemahiran ditentukan melalui peratusan murid yang menjawab dengan betul bagi setiap kemahiran proses sains asas tersebut. Jadual 4 menujukkan peratus murid yang menjawab dengan betul dan tafsiran tahap penguasaan untuk setiap kemahiran. Jadual 4: Tahap penguasaan untuk setiap kemahiran proses sains Peratusan murid (%) Tafsiran tahap penguasaan 0-20 Sangat Lemah 20.1-40 Lemah 40.1-60 Memuaskan 60.1-80 Baik 80.1-100 Cemerlang HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Tahap Penguasaan KPS murid-murid Tahun 4 dan keseluruhan Tahun 5 secara Data dalam Jadual 5, Jadual 6 dan Rajah 1 di bawah adalah digunakan untuk menjawab soalan kajian 1, 2 dan 3 iaitu: (1) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 4? (2) Apakah tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan murid-muird Tahun 5? (3) Adakah terdapat perbezaan dari segi tahap penguasaan KPS asas antara murid-murid Tahun 4 dengan Tahun 5? 104

Jadual 5 menunjukkan taburan skor ujian dan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Manakala Rajah 1 mempamerkan graf perbandingan tahap penguasaan KPS murid-muird Tahun 4 dan Tahun 5. Jadual 5: Taburan skor ujian dan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan tahun 5 Skor Ujian (%) Tahap Penguasaan Tahun 4 (a) Tahun 5 (b) f % f % Perbandingan (b)-(a) 2 1.93% 1 0.97% -0.96 0-20 Sangat lemah 21-40 Lemah 14 13.6% 14 13.6% 0.00 41-60 Memuaskan 45 43.7% 36 35.0% -8.70 61-80 Baik 37 35.9% 38 36.9% 1.00 81-100 Cemerlang 5 4.85% 14 13.6% 8.75 Analisis data taburan skor ujian murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dalam Jadual 5 menunjukkan tahap penguasaan KPS asas kedua-dua kumpulan adalah lebih kurang sama. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam Rajah 1 di mana graf untuk murid Tahun 4 dan Tahun 5 menunjukkan pola yang sama. Jadual 5 menunjukkan peratus murid yang masih berada di tahap sangat lemah adalah 2.91% (Tahun 4) dan 0.97% (Tahun 5). Murid yang berada di tahap lemah adalah 13.6% untuk kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Sebilangan besar murid berada di tahap memuaskan iaitu 43.7% (Tahun 4) dan 35.0% (Tahun 5) dan tahap baik iaitu 35.9% (Tahun 4) dan 36.9% (Tahun 5). Namun peratus murid yang berada di tahap cemerlang adalah amat kecil iaitu 4.85% (Tahun 4) dan 13.6% (Tahun 5). 105

Peratus Murid 50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 0-20 21-40 41-60 61-80 81-100 Julat Markah Tahun 4 Tahun 5 Rajah 1: Perbandingan Tahap Penguasaan KPS Muridmurid Tahun 4 dan Tahun 5 Jadual 6: Keputusan ujian t untuk dua kumpulan sampel tak bersandaran Murid Tahun 4 Murid Tahun 5 **p<.05 Min skor N Sisihan piawai t p 55.8519 103 14.23035-1.924 0.056 60.0121 103 16.70507 Hasil analisis melalui Ujian-t untuk dua sampel tak bersandaran menunjukkan bahawa min skor ujian murid Tahun 4 ialah 55.8519, manakala min skor ujian murid Tahun 5 ialah 60.0121, nilai t= -1.924 dengan nilai p lebih daripada 0.05 (Jadual 6). Oleh itu Ho gagal ditolak. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian murid Tahun 4 dengan murid Tahun 5 (t= -1.924; p=.056). Secara rumusan, tahap penguasaan KPS asas murid Tahun 4 dan Tahun 5 adalah setanding dan berada pada tahap memuaskan sahaja. Tahap Penguasaan setiap kemahiran KPS asas Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 Untuk menjawab persoalan kajian 4 dan 5 iaitu: (4) Apakah tahap penguasaan setiap kemahiran KPS asas murid-murid Tahun 4? 106

(5) Apakah tahap penguasaan setiap kemahiran KPS asas murid-murid Tahun 5? Jadual 7 di bawah mempamerkan peratus murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang menjawab dengan betul untuk setiap kemahiran proses sains asas yang diuji serta tahap penguasaan untuk kemahiran tersebut. Perbezaan tahap penguasaan KPS asas murid-murid Tahun 4 dan tahun 5 mengikut setiap KPS asas juga dianalisis dan dibandingkan. Jadual 7 : Taburan peratusan murid dan tahap penguasaan untuk setiap KPS asas murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 Tahun 4 Tahun 5 Tahap Peratus penguasaan murid Peratus Tahap Kemahiran murid penguasaan (a) (b) Memerhati 63.1 Baik 62.1 Baik -1.0 Perbezaan (%) (b)-(a) Mengelas 66.0 Baik 68.9 Baik 2.9 Mengukur dan 53.4 Memuaskan 64.1 Baik 10.7 menggunakan nombor Meramal 48.5 Memuaskan 55.3 Memuaskan 6.8 Membuat inferens 18.4 Sangat lemah 20.4 Lemah 2.0 Berkomunikasi 55.3 Memuaskan 66.0 Baik 10.7 Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 4 mencapai tahap penguasaan yang baik untuk dua kemahiran proses sains asas iaitu memerhati (63.1%) dan mengelas (66.0%). Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (53.4%), meramal (48.5%) dan berkomunikasi (55.3%) hanya mencapai tahap penguasaan memuaskan dan kemahiran membuat inferens (18.4%) masih berada pada tahap penguasaan yang sangat lemah. Data dalam Jadual 7 juga menunjukkan bahawa murid-murid Tahun 5 mencapai tahap penguasaan yang baik untuk empat kemahiran proses sains asas iaitu memerhati (62.1%) dan mengelas (68.9%), mengukur dan menggunakan nombor (64.1%), dan berkomunikasi (66.0%). Manakala kemahiran meramal (55.3%) berada di tahap penguasaan memuaskan dan kemahiran membuat inferens (20.4%) masih berada pada tahap lemah. Meskipun kemahiran membuat inferens merupakan satu kemahiran proses sains asas, namun kajian ini menunjukkan tahap penguasaan keduadua kumpulan murid terletak pada aras yang sangat lemah dan lemah. Ramai dalam kalangan murid tidak boleh membuat kesimpulan awal berdasarkan data atau rajah yang dikemukakan. Keputusan kajian ini sebagaimana dengan dapatan kajian yang diperoleh oleh Abu Hassan dan 107

Rohana (1996), bahawa pelajar tingkatan 4 juga berada di aras tahap penguasaan yang sederhana dalam kemahiran membuat inferens. Hasil keputusan ini menunjukkan membuat inferens adalah satu kemahiran yang sukar dan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menguasainya. Jadual 7 juga menunjukkan perbezaan peratus murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang menjawab dengan betul bagi setiap kemahiran adalah sangat kecil. Bagi kemahiran memerhati, mengelas, meramal dan membuat inferens, perbezaan adalah kurang daripada 10 %. Ini bererti tahap penguasaan KPS asas untuk empat kemahiran tersebut bagi kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5 adalah lebih kurang sama. Manakala tahap penguasaan KPS kemahiran mengukur dan menggunakan nombor dan kemahiran berkomunikasi murid-murid Tahun 5 adalah lebih baik sebab peratusan murid-murid Tahun 5 menjawab dengan betul untuk kemahiran tersebut adalah 10 % lebih tinggi daripada murid-murid Tahun 4. Data menunjukkan tahap penguasaan bagi kedua-dua kemahiran mengukur dan menggunakan nombor dan berkomunikasi murid-murid Tahun 4 berada pada tahap memuaskan sedangkan tahap penguasaan murid-murid Tahun 5 berada pada tahap baik. Hasil kajian juga menunjukkan kedua-dua kumpulan murid sangat lemah dalam membuat inferens. Sebagai kesimpulan, tahap penguasaan KPS asas keseluruhan murid-murid Tahun 4 dan 5 masih di tahap memuaskan sahaja. KESIMPULAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan KPS asas dalam kalangan murid Tahun 4 dan Tahun 5 melalui menjawab 16 soalan objektif yang digubal berdasarkan kurikulum Sains KSSR Tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPS asas secara keseluruhan muridmurid Tahun 4 dan Tahun 5 berada pada tahap memuaskan. Selain daripada kemahiran memerhati dan mengelas yang menunjukkan tahap penguasaan yang baik, kemahiran-kemahiran yang lain masih di tahap memuaskan atau lebih rendah. Tiada satu kemahiran telah mencapai tahap cemerlang. Lebihlebih lagi dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam membuat inferens adalah sangat lemah untuk kedua-dua kumpulan murid Tahun 4 dan Tahun 5. Keputusan kajian agak membimbangkan pengkaji kerana KPS asas adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk menjalankan penyiasatan sebelum mereka bersedia belajar KPS bersepadu. Kegagalan menguasai kemahiran proses sains boleh menjejaskan murid-murid menjalankan penyiasatan yang amat diperlukan dalam meneroka ilmu sains. Menurut perkembangan kognitif kanak-kanak, murid Tahun 5 sepatutnya mempunyai tahap penguasaan yang lebih baik berbanding dengan murid-murid Tahun 4. Ini adalah disebabkan dalam kurikulum sains, kemahiran proses sains adalah diterapkan dalam semua peringkat kurikulum iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Oleh sebab itu murid Tahun 5 telah belajar lebih berbanding murid Tahun 4. Sekiranya kita kaji dari segi struktur kurikulum, penguasaan kemahiran proses sains telah dijadikan standard yang perlu dicapai. Ini terbukti dalam kurikulum sains KSSR, standard kurikulum menuntut setiap kemahiran proses sains asas perlu dipelajari oleh murid melalui Modul 108

Kemahiran Proses Sains Tahun 3 (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012) yang khas diterbitkan untuk tujuan tersebut. Maka adalah tidak hairan sekiranya murid Tahun 4 lebih berkemahiran berbanding Tahun 5. Namun, keputusan kajian tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan antara murid Tahun 4 dan Tahun 5. Namun dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kumpulan adalah setaraf dan masih berada di tahap memuaskan. Dapatan kajian sebegini membawa implikasi bahawa pelaksanaan pedagogi PdP dalam bilik darjah perlu diperkarakan agar tahap penguasaan KPS muridmurid sekolah rendah dapat dipertingkatkan. Sebagai kesimpulan, kegagalan murid-murid menguasai KPS asas ini tidak harus dipandang ringan memandangkan kurikulum telah ditambah baik. Pencapaian standard dan kehendak kurikulum terletak pada tangan guru yang merupakan barian pertama dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid. Oleh itu disyorkan kajian-kajian lanjutan dijalankan untuk mengenal pasti punca-punca yang menyumbangkan kepada kegagalan penguasaan kemahiran KPS asas supaya langkah-langkah penambahbaikan yang membina dapat dilaksanakan untuk mengatasi keadaan ini. RUJUKAN Abu Hassan Kassim & Rohana Hussin. (2003). Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/2345/1/seminar_2003_2.doc Curiculum Development Centre (2003). Curriculum spesifications: Science Year Kuala Lumpur: Minitry of Education Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Senarai sekolah rendah negeri Sabah. Data seperti pada 30 April 2014, diperoleh dari www.emisportal/moe.gov.my Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2012). Modul kemahiran proses sains: Dunia sains dan teknologi Tahun 3. Putrajaya, Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan (1997). Sains: Panduan penilaian kerja amali (PEKA). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Md. Arris Abu Yamin, Sopia Md. Yassin, Mohd. Yatim Dolir, Naziyah Khalid & Toh, K. K. (2007). Science Year 6 practical book. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Poh, S. H. (2002). Pedagogi sains 3: Kemahiran proses sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Pusat Perkembanagn Kurikulum (1994). Pukal latihan sains rendah (PuLSaR) Modul 2: Kemahiran saintifik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 109

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pukal latihan kursus orientasi SSR Tahap 1: Kemahiran proses sains asas. Kementerian Pendidikan Malaysia. 110