Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 11/2013

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Sustainable Education 54

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Tujuan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Abstrak PENGENALAN. Latar belakang Kajian

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Program Sarjana Dan Kedoktoran

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

STATISTIK ASAS. Nordin Tahir Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ipoh

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN MBE UJIAN T

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

UNlVERSlTl SAlNS. Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 2003/2004. April Masa : 3 jam

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Khashimah bt. Hj. Ismail No. Matrik : EDMA 1-19 Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

ATW Statistik Perniagaan ATW Kaedah Kuantitatif

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 2016

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Transkripsi:

KEBERKESANAN BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN PENULISAN RUJUKAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS SENARAI RUJUKAN DAN RUJUKAN DALAM TEKS Dr. Khoo Chwee Hoon dan Tan Seok Kiang Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dalam meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks. Sampel kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden dari sebuah Instititut Pendidikan Guru di negeri Sabah. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca. Satu sesi bengkel yang merangkumi input dan hands on berstesen telah dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Selain itu, bengkel yang dilaksanakan juga berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 dalam kalangan responden. Ini bererti pengajaran dan pembelajaran secara formal melalui bengkel sebegini perlu diperkenalkan kepada semua pelajar guru dan bukan sahaja kepada pelajar tahun akhir sahaja. Melalui bengkel sebegini, pelajar-pelajar dapat didedahkan cara penulisan rujukan yang tepat. Justeru mereka tidak perlu membuang masa membuat pembetulan yang banyak akibat kesilapan yang dilakukan. Bengkel ini juga dapat mengurangkan beban pensyarah dari segi memberi bimbingan secara individu sewaktu menyelia pelajar menulis laporan penyelidikan. PENDAHULUAN Pelaksanaan penyelidikan tindakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru. Melalui penyelidikan tindakan, amalan pengajaran berkesan dapat dipertingkatkan. Untuk menghasilkan laporan penyelidikan yang berkualiti, penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan standard profesionalisme adalah sangat penting. Justeru, penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks perlu dititikberatkan dan dikuasai oleh para pelajar guru. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis rujukan berdasarkan format American Psychological Association (APA) edisi ke-6 (Anonymous, 2012) melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Penyelidik berharap bengkel yang dilaksanakan dapat memantapkan pengetahuan penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks supaya pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam penyediaan laporan penyelidikan. 15

PERNYATAAN MASALAH Penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks merupakan satu bahagian yang sangat penting dalam penulisan laporan penyelidikan. Kegagalan memberi rujukan bererti sama ada penyelidik tidak membuat penyelidikan yang menyeluruh tentang bidang yang dikaji atau telah melakukan plagiat. Lantaran itu, penulisan rujukan dalam teks dan senarai rujukan sangat dititikberatkan oleh semua kolej dan universiti terutamanya dalam penulisan ilmiah dan laporan penyelidikan. Menurut Hunter (n.d.), penulisan rujukan adalah penting sebab ia merupakan asas kepada akademik. Rujukan boleh dibayangkan sebagai tanda lokasi iaitu ia memberitahu pembaca tentang lokasi sumber. Selain itu, penulisan rujukan juga bererti penghargaan telah diberi kepada penulis yang melahirkan idea-idea asal. Melalui pengalaman pengajaran dan menyemak tugasan-tugasan pelajar guru, didapati pelajar guru sering menghadapi masalah menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks. Antara masalah-masalah yang ditemui ialah i) pelajar guru tidak boleh menulis senarai rujukan mengikut format APA yang betul, oleh itu banyak kesilapan dari segi penulisan rujukan telah dibuat dalam tugasan yang dihantar, ii) senarai rujukan dan rujukan dalam teks sering tidak sama contohnya, rujukan dalam teks tidak disenaraikan dalam senarai rujukan. iii) tidak sedar bahawa adalah penting memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penulis asal. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilaksanakan terhadap 40 orang responden, didapati penguasaan responden dalam penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks adalah rendah dan kurang memuaskan. Keputusan Ujian Pra menunjukkan penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 masih kurang mantap. Berikut menunjukkan contoh-contoh hasil ujian pra responden. Contoh hasil ujian pra responden 1(menulis senarai rujukan): 16

Contoh hasil ujian pra responden 3 (menulis rujukan dalam teks): Kesilapan dalam penulisan rujukan merupakan satu perkara yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar. Menurut kajian yang dilakukan oleh Vainre (2011) ke atas kertas kerja yang dihantar untuk terbitan Journal of European Psychology Students (JEPS) Edisi ke 4, didapati selain daripada kesilapan ejaan, tatabahasa, kesilapan menulis rujukan merangkumi 37% daripada kesilapan yang dijumpai. Antara kesilapan yang dipaparkan dalam kajian tersebut, kesilapan dalam menulis senarai rujukan ialah 46%, rujukan dalam teks ialah 25% dan masalah senarai rujukan tidak setara dengan rujukan dalam teks ialah 5%. Hasil kajian beliau menunjukkan kesilapan menulis rujukan merupakan satu masalah yang sering dijumpai dan perlu dibendung. Disebabkan pelajar guru menghadapi masalah dalam menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks, serta tiada pengajaran dan pembelajaran yang formal dalam konteks ini diberikan, maka penyelidik berasa sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah ini. Justeru fokus kajian ini adalah untuk membantu pelajar guru meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 melalui kaedah Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Selain daripada itu, kajian ini juga ingin melihat keberkesanan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dalam meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 dalam kalangan responden. OBJEKTIF KAJIAN Empat objektif kajian telah dibentuk seperti berikut: i) meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis senarai rujukan berdasarkan format APA edisi ke-6 ii) meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 17

iii) iv) melihat keberkesanan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dalam meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan berdasarkan format APA edisi ke-6 melihat keberkesanan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dalam meningkatkan kemahiran menulis rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 SOALAN KAJIAN Kajian ini cuba menjawab empat soalan seperti berikut: i) Sejauh manakah peningkatan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis senarai rujukan berdasarkan format APA edisi ke- 6? ii) iii) iv) Sejauh manakah peningkatan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan senarai rujukan melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan rujukan dalam teks melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan? HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis nol dibentuk berdasarkan soalan kajian (iii) dan (iv) yang telah dinyatakan di atas. Aras keertian, p <.05 adalah ditetapkan untuk tujuan analisis data dengan menggunakan statistik inferensi. Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan senarai rujukan melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan Ha 1 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan senarai rujukan melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan rujukan dalam teks melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan Ha 2 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi ujian pra dengan min markah bagi ujian pasca dalam penulisan rujukan dalam teks melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan 18

DEFINISI OPERASIONAL Dalam kajian ini, definisi operasional yang digunakan adalah seperti berikut: Senarai Rujukan Dalam kajian ini, senarai rujukan merujuk kepada i) menulis rujukan buku yang terdiri daripada seorang pengarang; ii) menulis rujukan buku yang terdiri daripada beberapa orang pengarang; iii) menulis rujukan jurnal; dan iv) menulis rujukan bab tertentu dalam sebuah buku (Chapter in a book), Rujukan Dalam Teks Dalam kajian ini, rujukan dalam teks merujuk kepada i) Direct quotation yang terdiri daripada teks pendek dan teks panjang ii) Mengulas idea-idea yang terkandung dalam petikan sesebuah buku (paraphrasing) iii) menulis rujukan sekunder iv) menulis rujukan dalam teks berulang kali dalam buku yang sama (melibatkan beberapa pengarang) Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan Dalam kajian ini, Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan merujuk kepada satu sesi bengkel yang merangkumi input dan hands-on berstesen. Sesi input merupakan penerangan berkaitan penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks serta penggunaan Buku Panduan Penulisan Rujukan berdasarkan format APA edisi ke-6 (Anonymous, 2012) melalui persembahan MS Power Point. Sesi Hands-on berstesen melibatkan lapan stesen dengan lapan tugasan yang setara dengan item-item dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Reka Bentuk Kajian METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif. Kajian ini memerlukan responden menjawab dua set ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca yang berbentuk subjektif. Persampelan Kajian Pada peringkat populasi, populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 4 di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus di negeri Sabah. Saiz populasi kajian adalah 19

seramai 65 orang pelajar guru PISMP Tahun 4. Sampel kajian pula dipilih daripada populasi pelajar guru yang berdaftar pada awal tahun 2012. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar guru Tahun 4 yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil kursus Sains Pendidikan Rendah dan Matematik Pendidikan Rendah di sebuah Institut Pendidikan Guru di negeri Sabah. Bilangan pelajar guru yang terlibat ialah 40 orang responden iaitu 15 (37.5%) orang lelaki dan 25 (62.5%) orang perempuan. Kaedah Pengumpulan Data dan Instrumentasi Data-data dalam kajian ini dikutip melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca. Keduadua instrumen tersebut merupakan ujian kertas dan pensel. Sebanyak lapan item telah dikemukakan dalam ujian-ujian tersebut iaitu empat item subjektif (item 1 hingga 4) untuk mengukur kemahiran menulis senarai rujukan dan empat item subjektif (item 5 hingga 8) untuk mengukur kemahiran menulis rujukan dalam teks. Item-item tersebut telah dikategorikan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Taburan Item Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Kategori Rujukan No. Kategori Rujukan Item 1 Menulis rujukan buku yang terdiri daripada seorang pengarang 2 Menulis rujukan buku yang terdiri daripada beberapa orang pengarang 3 Menulis rujukan jurnal 4 Menulis rujukan bab tertentu dalam sebuah buku (Chapter in a book) 5 Direct quotation yang terdiri daripada teks pendek dan teks panjang 6 Mengulas idea-idea yang terkandung dalam petikan sesebuah buku (paraphrasing) 7 Menulis rujukan sekunder 8 Menulis rujukan dalam teks berulang kali dalam buku yang sama (melibatkan beberapa pengarang) Ujian Kenormalan Bagi Taburan Data Kajian Sebenar Ujian kenormalan telah dilakukan terhadap semua data bagi instrumeninstrumen kajian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) yang digunakan dalam kajian sebenar agar memastikan data-data yang dikutip tertabur secara normal. 20

Dalam hal ini, ukuran kepencongan dan kurtosis telah digunakan untuk mengesan sebarang penyimpangan daripada taburan normal. Nilai kepencongan dan kurtosis yang terletak di dalam julat -1 dan +1 menunjukkan bahawa taburan data adalah normal. Data bagi sesuatu pemboleh ubah yang tertabur secara normal mempunyai nilai sifar bagi ukuran kepencongan dan kurtosis (Hair, Anderson, Tatham, & Black, 1998). Memandangkan nilai kepencongan dan kurtosis bagi taburan data yang diperoleh daripada instrumen Ujian Pra (senarai rujukan) (kepencongan =.336, kurtosis = -.331) dan Ujian Pasca (senarai rujukan) (kepencongan = -.340, kurtosis = -.915), terletak di dalam julat -1 dan +1, maka dapat disimpulkan bahawa semua data yang dipungut melalui instrumen Ujian Pra (senarai rujukan) dan Ujian Pasca (senarai rujukan) adalah tertabur secara normal dalam populasi. Manakala, Ujian Pra (rujukan dalam teks) (kepencongan = 1.303, kurtosis = 3.178), dan Ujian Pasca (rujukan dalam teks) (kepencongan = -1.318, kurtosis = 3.968) terletak di luar julat -1 dan +1, maka dapat disimpulkan bahawa semua data yang dipungut melalui instrumen Ujian Pra (rujukan dalam teks) dan Ujian Pasca (rujukan dalam teks) adalah tidak tertabur secara normal dalam populasi. Ringkasan nilai kepencongan dan kurtosis bagi instrumen kajian ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Ringkasan Nilai Kepencongan dan Kurtosis Bagi Instrumen Kajian (Kajian Sebenar) Instrumen Kepencongan Kurtosis Ujian Pra (senarai rujukan) 0.336-0.3319 Ujian Pasca (senarai rujukan) -0.340-0.915 Ujian Pra (rujukan dalam teks) 1.303 3.178 Ujian Pasca (rujukan dalam teks) -1.318 3.968 Tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 ditentukan mengikut lima tahap penguasaan yang telah disenaraikan dalam Jadual 3. Jadual 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Rujukan Skor Ujian Tahap Penguasaan 0 20 Sangat Rendah 21 40 Rendah 41 60 Sederhana 61 80 Memuaskan 81 100 Baik Kaedah Penganalisisan Data Data-data yang dikumpul daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca dianalisis secara kuantitatif melalui perisian SPSS versi 16.0. Data-data kuantitatif dianalisis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif dianalisis berdasarkan frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai. Statistik inferensi telah dianalisis berdasarkan 21

Ujian t untuk dua kumpulan sampel bersandaran (berpasangan) (senarai rujukan) dan Ujian-t Wilcoxon (rujukan dalam teks) digunakan untuk membandingkan min bagi dua set data yang diperoleh daripada kumpulan sampel yang sama. Menurut Lay dan Khoo (2009), kajian yang menggunakan reka bentuk ujian pra-pasca biasanya dianalisis dengan menggunakan Ujian t untuk dua kumpulan sampel bersandaran (berpasangan) atau Ujian-t Wilcoxon. Menurut Lay dan Khoo (2009), statistik inferensi merangkumi kaedahkaedah yang boleh digunakan untuk membuat keputusan, inferens, ramalan dan jangkaan mengenai ciri-ciri populasi berdasarkan data yang diperoleh daripada sampel. Dalam hal ini, statistik inferensi menggunakan hukumhukum kebarangkalian untuk membuat inferens dan kesimpulan statistik mengenai ciri-ciri populasi berdasarkan data sampel. Sebelum statistik inferensi boleh digunakan untuk menganalisis data kuantitatif, perlu memastikan data-data yang diperolehi daripada sampel adalah memenuhi andaian kenormalan iaitu data adalah tertabur secara normal dalam populasi (Lay & Khoo, 2009). Justeru, kajian ini telah menggunakan sukatan taburan (kepencongan dan kurtosis) untuk memastikan data yang diperolehi daripada sampel adalah memenuhi andaian kenormalan. DAPATAN KAJIAN Jadual 4: Taburan Peningkatan Tahap Penguasaan Responden Dalam Kemahiran Menulis Senarai Rujukan Berdasarkan Format APA Edisi ke-6 Tahap Penguasaan Sangat Rendah Ujian Pra (a) Ujian Pasca (b) Perbandingan (b) (a) Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus 17 42.5 0 0.0-42.5% Rendah 16 40.0 3 7.5-32.5% Sederhana 6 15.0 2 5.0-10.0% Memuaskan 1 2.5 20 50.0 +42.5% Baik 0 0.0 15 37.5 +37.5% Jumlah 40 100.0 40 100.0 Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan meningkat selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Dapatan kajian (Jadual 4) menunjukkan bahawa 82.5% responden berada pada tahap penguasaan kemahiran menulis senarai rujukan rendah atau sangat rendah. Selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan, didapati 87.5% responden berada pada tahap memuaskan atau baik. 22

Jadual 5: Taburan Peningkatan Tahap Penguasaan Responden Dalam Kemahiran Menulis Rujukan Dalam Teks Berdasarkan Format APA Edisi ke-6 Tahap Penguasaan Sangat Rendah Ujian Pra (a) Ujian Pasca (b) Perbandingan (b) (a) Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus 36 90.0 1 2.5-87.5% Rendah 3 7.5 0 0.0-7.5% Sederhana 1 2.5 11 27.5 +25.0% Memuaskan 0 0.0 18 45.0 +45.0% Baik 0 0.0 10 25.0 +25.0% Jumlah 40 100.0 40 100.0 Berdasarkan hasil kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 5, dari segi kemahiran menulis rujukan dalam teks, didapati bahawa 90.0% responden berada pada tahap penguasaan sangat rendah. Selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan, didapati 95.0% responden berada pada tahap sederhana, memuaskan atau baik. Ini membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran menulis rujukan dalam teks meningkat selepas responden mengikuti Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan. Jadual 6: Keputusan Ujian t untuk Dua Kumpulan Sampel Bersandaran Min N Sisihan Piawai t p Ujian Pra senarai rujukan Ujian Pasca senarai rujukan ** p<.01 28.7500 40 13.70898-20.600.000** 77.2115 40 9.44675 Hasil analisis melalui Ujian-t untuk dua sampel bersandaran menunjukkan bahawa min skor ujian pasca ialah 77.2115, manakala min skor ujian pra=28.7500, nilai t = -20.600 dengan nilai p kurang daripada 0.01 (Jadual 6). Oleh itu, Ho 1 berjaya ditolak. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi Ujian Pra dengan min markah bagi Ujian Pasca dalam penulisan senarai rujukan melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan (t = -20.600; p=.000). Secara rumusan, Pelaksanaan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dapat meningkatkan kemahiran menulis senarai rujukan berdasarkan format APA edisi ke-6 dengan berkesan. 23

Jadual 7: Keputusan Ujian Wilcoxon (N = 40) Min Sisihan Piawai z p Ujian Pra rujukan dalam teks Ujian Pasca rujukan dalam teks ** p<.01 12.9167 10.24104-5.499 68.2812 16.84921.000** Hasil analisis melalui Ujian Wilcoxon menunjukkan bahawa min skor ujian pasca ialah 68.2812, manakala min skor ujian pra = 12.9167, nilai z = -5.499 dengan nilai p kurang daripada 0.01 (Jadual 7). Oleh itu, Ho 2 berjaya ditolak. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah bagi Ujian Pra dengan min markah bagi Ujian Pasca dalam penulisan rujukan dalam teks melalui Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan (z = -5.499; p=.000). Secara rumusan, Pelaksanaan Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan dapat meningkatkan kemahiran menulis rujukan dalam teks berdasarkan format APA edisi ke-6 dengan berkesan. IMPLIKASI KAJIAN Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan yang dilaksanakan dalam kajian adalah berkesan dan berjaya meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks. Ini bererti pengajaran dan pembelajaran secara formal melalui bengkel sebegini perlu diperkenalkan kepada semua pelajar guru pada semua peringkat dan bukan sahaja kepada pelajar guru tahun akhir sahaja. Hasil dapatan menunjukkan sekiranya pelajar guru didedahkan cara menulis rujukan dengan merujuk kepada buku panduan rujukan APA, kesilapan dalam penulisan rujukan dapat dikurangkan kepada tahap minimum. Hal ini amat penting dalam proses penulisan laporan penyelidikan sebab mereka tidak perlu membuang masa membuat pembetulan yang banyak akibat kesilapan yang dilakukan. Kemahiran yang diperoleh oleh pelajar guru dengan secara tidak langsung juga dapat mengurangkan beban pensyarah dari segi memberi bimbingan secara individu sewaktu menyelia pelajar menulis laporan penyelidikan. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan bengkel yang dilaksanakan dalam meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis senarai rujukan dan rujukan dalam teks mengikut item-item yang tersenarai dalam Jadual 1. Namum item-item senarai rujukan dan rujukan dalam teks yang disediakan dalam ujian Pra-pasca adalah berasingan. Lantaran itu, adakah pelajar guru dapat menghasilkan rujukan dalam teks dan senarai rujukan yang setara tidak dapat dikesan melalui kajian ini. Ini bererti kajian ini tidak dapat mengesan sama ada semua rujukan dalam teks telah disenaraikan dalam senarai rujukan ataupun rujukan dalam teks dan senarai rujukan merupakan 24

dua set rujukan yang berbeza. Format rujukan APA juga merangkumi jadual dan rajah. Begitu juga kajian ini tidak dapat mengesan sama ada pelajar boleh mengikuti format yang betul dalam hal ini. Dengan itu dicadangkan kajian terhadap manuskrip laporan penyelidikan yang sebenar perlu dilaksanakan untuk meneroka tahap masalah tersebut supaya langkah-langkah penambahbaikan dapat dirancang untuk mengatasi masalah tersebut. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Bengkel Peningkatan Kemahiran Penulisan Rujukan telah berjaya menghasilkan intervensi yang memberi kesan positif kepada para responden dari segi penulisan senarai rujukan dan rujukan dalam teks. RUJUKAN Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., & Black, W. C. (1998). Multivariate data analysis, (5 th ed.). New Jersey: Prentice Hall, Inc. Hunter, J. (n.d.). The importance of citation. Diakses dari http://web.grinnell.edu/dean/tutorial/eus/ic.pdf Lay, Y. F. & Khoo, C. H. (2009). Pengenalan kepada analisis data berkomputer dengan SPSS 16.0 for Windows. Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing. Anonymous. (2012). APA Referencing. The University of Waikato: The Library- Te Whare Pukapuka. Diakses dari http://www.waikato.ac.nz/library/study/guides/apa.shtml Vainre, M. (2011). Common mistakes made in APA style. Journal of European Psychology Students Bulletin (JEPS Bulletin). Diakses dari http://jeps.efpsa.org/blog/2011/11/20/common-mistakes-made-in-apastyle/ 25