BAB 1 PENDAHULUAN. rumah. Pasangan yang kurang bijak mengendalikan urusan kerja dan keluarga dengan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

MANUSIA DAN MASALAH PANDANGAN TENTANG MAUNSIA; Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap I

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Pengenalan Makroekonomi

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

UCMMC SERIAL /2009 INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA)

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Faktor-faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : Nor Azlina binti Abd Rahim. No.Matrik : EDMH Program : Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan Konflik kerja-keluarga merupakan dwi peranan antara kerja dan keluarga. Ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada perkahwinan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak dan cermat. Pasangan yang berkahwin dan bekerja haruslah bijak menguruskan masa dan emosi dengan baik sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Pasangan yang kurang bijak mengendalikan urusan kerja dan keluarga dengan baik cenderung untuk menghadapi konflik kerja dan keluarga dan seterusnya mengurangkan kepuasan perkahwinan dan berpotensi mewujudkan masalah dalam perkahwinan yang boleh menyumbang kepada berlakunya perceraian. Perceraian boleh berlaku akibat ketidakserasian pasangan, tiada persefahaman, wujudnya 1

masalah dan konflik yang berpanjangan serta kurang rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Pada tahun 2009, kadar perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri beragama Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit (JAKIM). Statistik kes penceraian yang berlaku pada tahun 2002, menunjukkan terdapat 13,937 kes telah dicatatkan. Sepanjang tahun 2007 dan 2008, 75,299 kes penceraian rumahtangga direkodkan termasuklah kes tertunggak daripada tahun-tahun sebelumnya. Seterusnya, kajian JAKIM pada tahun 2007 mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Pada tahun 2009 sebanyak 27,116 kes perceraian telah dicatatkan daripada sejumlah 135,136 perkahwinan didaftarkan pada tahun yang sama. Statistik penceraian mengikut negeri pada tahun 2008, negeri Selangor mendahului dengan 3558 kes, diikuti negeri Kedah dengan 2407 kes, negeri Johor dengan 2329 kes, negeri Kelantan dengan 2266 kes dan negeri Perak dengan 1951 kes. Banyak perkara yang menjadi pencetus kepada penceraian. Antara alasan yang sering diberikan oleh pasangan-pasangan yang terlibat ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan gangguan orang ketiga. (JAKIM, Statistik Perceraian di Malaysia). B Bagi kes perceraian dalam kalangan orang bukan Islam pula, sebanyak 52,725 pasangan bukan Islam mendaftar perkahwinan di negara ini sepanjang tahun 2010 dan bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun 2011 mencatatkan sebanyak 16,261 pasangan bukan Islam. Secara purata, jumlah pendaftaran perkahwinan bukan Islam sehari di negara ini pada 2010 adalah 140 pasangan dan pernah mencecah sehingga 3,328 pendaftaran pada 10 Oktober 2010. Bagi tarikh 9 September 2009, sebanyak 4,608 perkahwinan telah didaftarkan. Jumlah mendadak naik berikutan ia merupakan 2

tarikh unik. Bagi rekod pengesahan perceraian atau pembatalan perkahwinan, masingmasing sebanyak 187 dan 23 permohonan sepanjang 2010. (Mingguan mstar, 2010) Konflik kerja-keluarga terus meningkat kerana bertambahnya persaingan suami isteri yang bekerja dan menjejaskan kualiti hubungan keluarga. Kesan daripada konflik kerja-keluarga jelas dapat diperhatikan secara langsung dengan kualiti kerja yang rendah, tekanan, tidak seronok bekerja dan meningkatnya burnout di tempat kerja (Burke, 1988; Frone, Russell, & Cooper, 1992; Greenhaus, 1988; Pleck et al.,1980). Kossek & Ozeki (1998) dan Thomas (1995) pula menyatakan kesannya yang lebih ketara ialah ponteng kerja, sering lambat, moral yang rendah, tahap ketidakpuasan kerja yang tinggi dan produktiviti yang rendah. Kajian menunjukkan peningkatan konflik kerja-keluarga lebih cenderung untuk ditemui di kalangan pekerja berpendapatan rendah (Cox Presser, 2000; Deitch Huffman, 2001). Konflik kerja-keluarga merujuk kepada satu bentuk interrole konflik di mana secara amnya menuntut, masa ditumpukan untuk, dan tekanan dicipta oleh kerja itu mengganggu tanggungjawab berkaitan keluarga. Konflik keluarga-kerja merujuk kepada satu bentuk interrole konflik di mana secara amnya menuntut masa ditumpukan untuk, dan tekanan dicipta oleh keluarga mengganggu tanggungjawab berkaitan kerja (Netemeyer, Boles, dan McMurrian 1996, 401). Konflik kerja-keluarga umumnya dikonsepkan sebagai berlaku dalam dua arah: gangguan kerja dengan keluarga (apabila tuntutan kerja mengganggu kesan fungsi dalam peranan keluarga) dan gangguan keluarga dengan kerja (apabila permintaan keluarga mengganggu kesan fungsi dalam peranan kerja) (Frone, Russell, & Cooper, 1997). 3

Bagi individu, konflik kerja-keluarga dikaitkan dengan faktor-faktor seperti kesusahan psikologi, rasa tidak puas hati kerja, kurang komitmen organisasi, perolehan, dan kurang kepuasan hidup (Allen, Herst, Bruck, & Sutton, 2000; Carlson, Kacmar, & Williams, 1999; Ford et al., 2007; Frone et al, 1992). Bilangan keluarga dengan pasangan yang bekerja hari ini adalah dua kali ganda bilangan keluarga yang hanya pasangan lelaki sahaja yang bekerja. Menurut kaji selidik banci, para bapa lebih terlibat dalam menyediakan keperluan rumah untuk kanak-kanak prasekolah apabila ibu bekerja dan termasuk apabila mereka mencapai umur bersekolah. Bapa menyumbang kira-kira satu pertiga tanggungjawab penjagaan kanak-kanak di rumah (Coltrane, 1997). Penyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk melihat perkaitan antara konlik kerja-keluarga dengan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pekerja berpendapatan rendah di Selangor. Kajian mengenai konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan tidak banyak dikaji di Malaysia. Jika ditinjau pada masa sekarang, banyak kes-kes perceraian dilaporkan dan jumlahnya semakin meningkat serta membimbangkan. Hal tersebut diakui oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perceraian yang semakin meningkat ini menunjukkan bahawa institusi kekeluargaan di negara tidak kukuh. Apakah yang menjadi punca kepada kegagalan sebuah perkahwinan sehingga menyebabkan perceraian? Menurut JAKIM, antara alasan wajib yang sering diberikan oleh pasangan-pasangan yang terlibat ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan 4

gangguan orang ketiga. Alasan-alasan tersebut menunjukkan terdapatnya konflik dalaman yang boleh menyumbang kepada perceraian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat apakah konflik kerja-keluarga turut menjadi faktor yang menimbulkan ketidakpuasan perkahwinan dan seterusnya mungkin membawa kepada masalah perceraian. Persoalan Kajian Kajian ini direkabentuk untuk menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan. Faktor-faktor yang akan difokuskan dalam kajian ini ialah faktor personal (jantina, jam bekerja dan pendapatan). Kajian ini juga akan menentukan perkaitan antara konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan. Persoalan-persoalan berikut akan dijawab oleh kajian ini : i. Apakah tahap konflik kerja-keluarga responden yang dikaji? ii. iii. Apakah tahap kepuasan perkahwinan responden yang dikaji? Adakah faktor personal (jantina, jam bekerja dan pendapatan) mempunyai perkaitan signifikan dengan konflik kerja-keluarga? iv. Adakah faktor personal (jantina, jam bekerja dan pendapatan) mempunyai perkaitan signifikan dengan kepuasan perkahwinan? v. Adakah konflik kerja-keluarga mempunyai perkaitan signifikan dengan kepuasan perkahwinan responden yang di kaji? 5

JANTINA JAM BEKERJA PENDAPATAN KONFLIK KERJA- KELUARGA KEPUASAN PERKAHWINAN Rajah 1: Rangka konsep konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pasangan berkahwin yang bekerja di Selangor Kepentingan kajian Kajian ini dijalankan bagi melihat perkaitan antara konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan dari segi kepentingan terhadap kerja, individu dan negara. Kepentingan kajian terhadap individu bermaksud kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kepuasan perkahwinan di Selangor semakin berkurangan kebelakangan ini. Ianya juga bagi mengenalpasti adakah masalah yang berpunca dari konflik kerja-keluarga boleh mempengaruhi sikap mereka terutamanya dirumah. Kajian yang dijalankan ini sangat berguna bagi pasangan berkahwin yang bekerja supaya mereka tidak terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah terutama terhadap pasangan dan anak-anak. Ini kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang yang terdekat dengan diri mereka. Hubungan yang baik dan mesra dapat mencipta persekitaran keluarga yang harmoni sekaligus ianya dapat meningkatkan tahap kepuasan perkahwinan seseorang. 6

Seterusnya, kajian ini juga melihat kepada kepentingan terhadap kerja. Melalui kajian ini, tumpuan terhadap kerja mampu menghasilkan prestasi dan persembahan kerja yang efektif seterusnya mengurangkan berlakunya konflik di tempat kerja. Konflik di tempat kerja boleh memberi kesan kepada seseorang seperti stres di mana ia boleh mempengaruhi seseorang berkelakuan kasar terhadap orang sekeliling terutama keluarga. Masalah ini sekiranya berterusan boleh mengurangkan tahap kepuasan perkahwinan disebabkan kurangnya komunikasi yang baik serta kemesraan di antara ahli keluarga. Ia juga boleh menyumbang kepada konflik keluarga dan juga memberi kesan buruk kepada prestasi kerja sekiranya tidak dapat ditangani dengan baik. Selain kepentingan terhadap individu dan kerja, kajian ini juga melihat kepentingan terhadap pihak yang lebih besar iaitu kerajaan dan negara. Melalui kajian yang dijalankan ini, pihak kerajaan boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah seumpama ini dari berlaku. Penyelesaian kepada masalah yang berlaku ini juga boleh difikirkan oleh pihak kerajaan sekiranya mereka mengetahui punca berlakunya masalah ini. Majikan seharusnya memantau pekerjanya serta mengambil tahu serba sedikit tentang keadaan pekerjanya. Pekerja yang berkeadaan baik dan berprestasi cemerlang mampu meningkatkan pencapaian sesebuah syarikat supaya dapat bersaing di dalam dunia perniagaan setanding dengan syarikat-syarikat dari negara-negara luar di mana pencapaian tersebut turut mengharumkan nama negara. Kajian ini juga bagi memberi kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab atau majikan supaya memastikan kesejahteraan pekerja adalah terjamin dengan cara atau melalui keseimbangan tugas di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah. 7

Objektif Kajian Objektif utama : Kajian ini direkabentuk untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pekerja berpendapatan rendah di Selangor. Objektif khusus : 1. Untuk memperihalkan faktor personal (jantina, jam bekerja dan pendapatan) responden. 2. Untuk memperihalkan konflik kerja-keluarga. 3. Untuk memperihalkan kepuasan perkahwinan. 4. Untuk menentukan hubungan antara jantina responden dengan konflik kerja-keluarga. 5. Untuk menentukan hubungan antara jam bekerja responden dengan konflik kerja-keluarga. 6. Untuk menentukan hubungan antara pendapatan responden dengan konflik kerja-keluarga. 7. Untuk menentukan hubungan antara jantina responden dengan kepuasan perkahwinan mereka. 8. Untuk menentukan hubungan antara jam bekerja responden dengan kepuasan perkahwinan mereka. 9. Untuk menentukan hubungan antara pendapatan responden dengan kepuasan perkahwinan mereka. 10. Untuk menentukan hubungan antara konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan. 8

Hipotesis Berikut adalah senarai hipotesis null : Ho1. Tiada perbezaan signifikan antara jantina responden dan konflik kerjakeluarga. Ho2. Tiada perkaitan signifikan antara jam bekerja responden dan konflik kerja-keluarga. Ho3. Tiada perkaitan signifikan antara pendapatan responden dan konflik kerja-keluarga. Ho4. Tiada perbezaan signifikan antara jantina responden dan kepuasan perkahwinan mereka. Ho5. Tiada perkaitan signifikan antara jam bekerja responden dan kepuasan perkahwinan mereka. Ho6. Tiada perkaitan signifikan antara pendapatan responden dan kepuasan perkahwinan. Ho7. Tiada perkaitan signifikan antara konflik kerja-keluarga dan kepuasan perkahwinan. 9

Definisi Terminologi Konflik Kerja-Keluarga Konseptual : Kahn et al. (1964) mendefinisikan konflik kerja-keluarga sebagai konflik antara peranan di mana tekanan peranan daripada kerja dan keluarga bercanggah antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan penglibatan seseorang di dalam peranan kerja lebih sukar disebabkan penglibatannya di dalam peranan keluarga dan begitu juga sebaliknya. Operasi : Merujuk kepada skor yang didapati daripada instrumen Work-to-Family Conflict Scale (Netemeyer, Boles, & McMurrian, 1996). Nilai kebolehpercayaan skala ini ialah 0.91. Kepuasan Perkahwinan Konseptual : Duvall & Miller (1985) menyatakan bahawa pada awal perkahwinan adalah puncak dari kepuasan perkahwinan. Hal ini seiring dengan yang dikemukakan Hurlock (1999) bahawa pada masa awal perkahwinan setiap pasangan memasuki tahap dimana mereka dituntut menyatukan banyak aspek yang berbeza dalam diri masing-masing. Kemampuan pasangan untuk menyatukan aspek yang berbeza ini akan menentukan tahap keharmonian sesebuah keluarga. Hurlock (1999) juga berpendapat bahawa kemampuan suami isteri 10

dalam menyatukan perbezaan ini ditentukan oleh kematangan dalam penyesuaian diri antara mereka sehingga mereka dapat membina hubungan baik dalam kehidupan perkahwinan di masa-masa akan datang yang juga akan mempengaruhi tahap kepuasan perkahwinan mereka. Operasi: Merujuk kepada skor yang didapati daripada instrumen Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm et al., 1983). Nilai kebolehpercayaan skala ini ialah 0.84.. Limitasi Kajian Merujuk kepada kajian yang dijalankan, masalah yang kemungkinan dihadapi ialah jumlah masa yang terhad dan juga ketepatan data yang bakal diperolehi kerana ianya bergantung kepada kefahaman responden dan paling penting kejujuran responden dalam menjawab borang soal selidik. Selain itu, lokasi kajian juga merupakan salah satu daripada limitasi kajian ini kerana kajian ini hanya dijalankan di Ampang, Petaling Jaya dan Seri Kembangan sahaja. Responden yang terlibat adalah pasangan berkahwin yang berpendapatan rendah. Berdasarkan pada Bajet 2010 yang dibentangkan pada Oktober 2009 telah menafsirkan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebagai golongan yang berpendapatan rendah (Kementerian Kewangan). Selain itu, responden lelaki sukar memberikan kerjasama bagi membantu memperolehi dapatan kajian yang saksama. 11