secara khas, didapati bahawa 53.0% pelajar berpersepsi BA adalah bahasa yang susah,

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

ARAHAN: ( )

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

LAPORAN PENYELIDIKAN

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Transkripsi:

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN 5. 0 Pendahuluan Bab ini ialah bahagian yang terakhir dalam kajian yang telah dijalankan ini yang akan merumuskan mengenai persepsi pelajar terhadap subjek BA, pembelajaran BA dan pembelajaran menggunakan komik BA. Selain itu, bab ini juga akan merumuskan masalah dan pendapat guru tentang pembelajaran BA dan komik, di samping merumuskan mengenai keberkesanan komik dalam pembelajaran BA. Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada hasil dapatan dan fakta yang telah diperolehi. Beberapa cadangan diutarakan untuk menguatkan lagi rumusan yang telah dilakukan dan memberi penambahbaikan dalam bahan tambahan dalam pembelajaran BA. 5. 1 Rumusan Secara keseluruhannya, kajian keberkesanan komik dalam pembelajaran BA ini mendapati bahawa komik adalah bahan bantu mengajar dan bahan tambahan yang berkesan dalam pembelajaran BA. Perkara ini dibuktikan dengan hasil ujian daripada skor min kumpulan rawatan lebih tinggi sebanyak (67.6%) berbanding skor min pencapaian pelajar yang berada dalam kumpulan kawalan yang hanya sebanyak (44.9%). Dalam mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA secara am dan komik secara khas, didapati bahawa 53.0% pelajar berpersepsi BA adalah bahasa yang susah, 62% daripada responden adalah bersetuju bahawa mereka cepat lupa apa yang telah 1

dipelajari dan 83% responden berpesepsi bahawa komik memberi banyak faedah kepada mereka. Dapatan ini menunjukkan penggunaan komik dalam pembelajaran BA adalah alternatif yang sesuai dalam usaha untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar di samping menyaingi televisyen dan telefon pintar yang banyak mencuri perhatian remaja masa kini. Namun begitu, terdapat 18% responden yang tidak meminati penggunaan komik BA sebagai bahan pembelajaran. Hal ini kerana mereka ini berpendapat komik tidak membuatkan mereka berasa santai ketika belajar dan tidak membantu mereka memperoleh perkataan baru dalam BA. Persepsi pelajar terhadap BA ialah mereka merasakan bahawa BA merupakan subjek yang susah dan mereka menghadapi kesusahan untuk menghafal subjek ini. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersetuju untuk mengunakan pelbagai cara untuk meningkat penguasaan BA dan akan tetap belajar BA walau terpaksa mengulangkajinya selalu. Dari segi persepsi pelajar terhadap pembelajaran BA pula, mereka bersetuju guru dan sekolah memberi bantuan dan melakukan tanggungjawab yang sepatutnya dalam membantu mereka mempelajari BA, termasuklah sikap guru yang kreatif semasa mengajar, membantu, memberi latihan, galakan, dan juga program-program BA yang dianjurkan oleh sekolah. Masalah guru dalam pembelajaran BA pelajar ialah sesuatu yang perlu dititikberatkan juga dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam BA. Walaupun menjadi tanggungjawab guru dalam mengajar dan mendidik pelajar, tugas akan kelihatan kelompangan disebabkan masalah pembelajaran pelajar yang dihadapi berlanjutan tanpa diatasi segera. 2

Dalam kajian ini, masalah yang diselidik ialah yang berkaitan pembelajaran BA sahaja. Didapati bahawa guru BA di sekolah ini menghadapi beberapa masalah iaitu dalam menggunakan komunikasi BA dengan pelajar, pelajar yang kurang berminat dengan BA, kurangnya pengetahuan sedia ada yang telah dipelajari pelajar tentang BA, pelajar yang tidak mamahami penerangan guru, dan pelajar tidak mengingati perbendaharaan kata BA yang merupakan asas utama untuk mempelajari BA dengan baik. Namun begitu, masalah-masalah ini adalah daripada masalah yang dihadapi keseluruhan pelajar yang pernah diajar mereka dan bukan semata-mata merujuk kepada pelajar dalam kajian ini sahaja. Manakala, dalam aspek penggunaan komik dalam pembelajaran BA pula guru kebanyakkannnya bersetuju dan berpendapat bahawa ia merupakan langkah yang baik untuk membantu pelajar di samping menjadi bahan tambahan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran BA. Daripada hasil ujian yang dijalankan ke atas kedua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan rawatan dalam kajian ini, skor min kumpulan rawatan lebih tinggi sebanyak (67.6%) berbanding skor min pencapaian pelajar yang berada dalam kumpulan kawalan yang hanya sebanyak (44.9%) sahaja. Perbezaan skor min kedua-dua kumpulan adalah sebanyak (-22.7%). Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan ialah.004 iaitu p<.05. Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara komik menarik minat pelajar dengan pencapaian pelajar dalam BA pada tahap signifikan.000. Secara keseluruhan daripada hasil dapatan ujian yang telah dijalankan, soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar, temu bual bersama guru-guru BA, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pasca bagi kumpulan 3

kawalan dan rawatan. Ini menunjukkan penggunaan komik dalam pembelajaran BA adalah sesuai dan boleh diterapkan dalam pembelajaran BA di sekolah sama ada sebagai bahan bantu mengajar atau bahan tambahan dalam pembelajaran BA. Begitu juga dengan soal selidik terhadap pelajar, majoritinya penggunaan komik dalam pembelajaran BA mendapat tindakbalas yang positif daripada pelajar. Mereka sangat tertarik dengan komik BA dan mengatakan komik BA amat membantu mereka dalam mempelajari BA. Di samping itu, dapatan hasil soal selidik membuktikan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran dan subjek BA. Secara khususnya kajian ini mendedahkan implementasi komik BA dalam pembelajaran BA yang mampu menarik minat pelajar dengan lebih berkesan dan sesuai dengan konsep pembelajaran terkini. Berdasarkan temubual bersama guru pula, dapat dikatakan bahawa guru sedikit sebanyak memerlukan bahan pengajaran yang boleh menarik minat pelajar mereka dalam mempelajari subjek BA yang rata-ratanya dianggap susah oleh para pelajar. Namun, setiap sesuatu pastilah mempunyai positif dan negatifnya, begitu juga dengan komik. Menurut penulis, unsur negatif ini mestilah dijauhi dan hanya mengambil kesan positifnya sahaja untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia. Komik seperti bahan bertulis lain berkait rapat dengan imaginasi penciptanya. Komik boleh memberi kesan positif jika pesanan yang terdapat di dalam komik direka dalam bentuk beretika dan menitikberatkan kesopanan dalam menjaga sensitiviti agama serta menjauhi unsur-unsur negatif seperti pornografi dan ganas. 4

Komik adalah alat yang berkuasa untuk pengajaran membaca dan analisis sastera di semua peringkat. Jika tidak ada yang sesuai, komik adalah satu lagi sumber bacaan yang boleh meningkatkan keyakinan pelajar dalam kebolehan mereka dan mungkin juga menguatkan lagi aktiviti membaca pelajar. Bagaimanapun, seperti mana-mana sumber pengajaran, penggunaannya hanya dihadkan oleh imaginasi guru sahaja. Maksudnya, jika guru tidak menggunakan sumber ini di dalam kelas, maka tidak akan adalah kelebihan penggunaan sumber ini kepada pelajar. Dari aspek linguistik, komik dikatakan merupakan bahan yang menggunakan komunikasi verbal dan amat berkaitrapat dengan semantik yang merupakan salah satu kajian makna dalam kajian linguistik. Gambar di dalam komik yang mempunyai maksud semantik yang pelbagai dapat memberi gambaran dan maksud yang dapat difahami contohnya dengan berbagai jenis mimik muka yang boleh digambarkan di dalam komik. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan pengaplikasian komik BA dalam pembelajaran BA seiring dengan penggunaannya dalam subjek-subjek lain yang telah digunakan di banyak Negara luar termasuk Malaysia sendiri. 5. 2 Cadangan Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan ingin disarankan sebagai panduan agar banyak lagi penambahbaikan dalam pembelajaran BA yang lebih berkesan supaya dapat mengisi kelompangan yang wujud dalam kaedah pembelajaran yang sedia ada. 5

5. 2. 1 Pelajar 1. Pelajar menyemai minat dan berusaha dengan lebih gigih lagi dalam mempelajari BA memandangkan kebanyakkan responden mempunyai semangat yang tinggi dalam mempelajari BA. 2. Pelajar perlu menggunakan komik BA yang telah disediakan atau mebuat sendiri komik BA untuk mana-mana subjek yang dirasakan susah untuk difahami dan dihafal. 3. Pelajar juga perlu memberi kerjasama dan membantu guru dalam sesi pembelajaran agar apa yang dipelajari dapat difahami dengan baik. 4. Pelajar perlu berusaha dan mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu dan bukan sekadar minat dan semangat sahaja. 5. 2. 2 Guru 1. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti di dalam kelas dengan kaedah yang dapat menarik perhatian pelajar dalam mempelajari BA. Aktiviti yang sesuai dan pelbagai dapat menghindarkan pelajar daripada membuat hal sendiri dan lewa dalam proses pembelajaran berlangsung. 2. Guru perlu memainkan peranan yang penting dan mencari jalan sendiri bagi memastikan peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam Bahasa Arab, contohnya guru perlu mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat mengenai kaedah pembuatan komik di dalam kelas dengan pelajar. 6

3. Guru perlu memastikan proses pembelajaran di kelas berlangsung dengan dua hala iaitu guru memberi dan pelajar bertindakbalas dengan aktiviti di dalam kelas. 4. Guru perlu lebih banyak menggunakan bahan tambahan yang sesuai pembelajaran BA. Namun, penggunaan bahan-bahan ini harus dipelbagaikan mengikut kesuaian pelajar, objektif dan manfaatnya. 5. Guru harus cuba memandang sikap pelajar secara positif walaupun pada dasarnya pelajar seperti tidak berminat. Ini kerana cara guru berfikiran akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada pelajar itu sendiri. 5. 2. 3 Sekolah dan Pentadbir 1. Kementerian Pendidikan mestilah menyediakan kemudahan yang secukupnya kepada sekolah, guru dan pelajar dalam memperbaiki kualiti pembelajaran dari masa ke semasa untuk membolehkan dan memudahkan guru dalam mencari maklumat yang terkini untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga supaya pelajar dapat memanfaatkan teknologi untuk membantu mereka dalam mencari maklumat. 2. Selain bahan bantu mengajar, pihak yang terbabit juga perlu mempelbagaikan bahan bacaan tambahan seperti komik untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari BA. 7

3. Mencadangkan diadakan bengkel untuk menambahkan kemahiran guru dalam mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan teknik yang terkini dan sesuai untuk para pelajar. 4. Selain bengkel ini, bengkel untuk memovasikan guru juga perlu diadakan oleh pihak yang terbabit supaya hal ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada para guru daripada tekanan dan masalah dengan tugas mereka. 5. Segala bahan bantu mengajar atau bahan sampingan pembelajaran yang disediakan juga harus dipantau dari semasa ke semasa untuk mengelak pembaziran dan fungsinya kepada pelajar sendiri. 6. Sekolah juga perlu memastikan terdapat keperluan yang mencukupi untuk guru dan pelajar untuk memudahkan sebarang aktiviti pembelajaran dilakukan. 7. Buku teks perlu dikemaskini semula agar mempunyai banyak bentuk gambar komik yang bersesuaian dengan subjek dan dapat menarik perhatian pelajar apabila menggunakannya. 5. 2. 4 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini merupakan kajian eksperimental yang cuba untuk mengkaji keberkesanan penggunaan komik dalam pembelajaran BA. Demikian, tidak dinafikan terdapat kelemahan atau kekurangan dalam kajian ini yang tidak dapat dielakkan dan belum diterokai oleh penulis. Oleh itu, penulis ingin mengemukakan cadangan kajian lanjutan dalam menambahbaik lagi kajian dalam bidang ini. Di antaranya ialah:- 8

1. Menambah instrumen pemerhatian dan temu bual ke atas pelajar bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada pelajar. 2. Menambah bilangan responden yang lebih besar supaya dapat digeneralisasikan kepada kesuluruhan pelajar sekolah menengah. 3. Melakukan kajian rintis kepada sebilangan pelajar sebelum menjalankan kajian kerana hal ini akan dapat memastikan kajian lebih terjamin. 4. Mengkaji secara khusus tentang komik BA yang dipelbagaikan ke dalam BA seperti nahu dan sorof. 5. Menjalankan kajian dalam tempoh yang lebih lama untuk membantu dan mengetahui kesannya ke atas pelajar. 5. 3 Penutup Dalam bab ini, penulis telah menyimpulkan dan merumuskan semua hasil dapatan kajian yang diperolehi. Semua hasil dapatan ini adalah bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang telah dibuat untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan komik dalam pembelajaran BA dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan. Penggunaan komik BA juga mendapat persepsi yang baik dan positif daripada berdasarkan soal selidik yang telah diberikan. Hasil daripada kajian ini juga menjelaskan bahawa penggunaan komik Bahasa Arab dalam pembelajaran Bahasa Arab dapat membantu di samping menarik minat pelajar dalam mempelajari BA. 9

10