1511/2 SAINS 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN. Kod Mata Pelajaran : 1511/2 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 70 Masa : 2 jam 30 minit

dokumen-dokumen yang mirip
S T U. Arnab S T U Jisim (g) Saiz arnab S lebih besar daripada arnab U. Saiz arnab T lebih kecil daripada arnab U

Bahagian A. [2 markah] Jawab semua soalan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1511/2

UJIAN PERCUBAAN UPSR (AR3) DAERAH MERADONG 2016 SAINS Julai 2016 Kertas 2 1 Jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017 TAHUN 6 SAINS JULAI Kertas 2

SAINS KERTAS 2 Tingkatan Satu

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

015/025/035 MATEMATIK

JABATAN PELAJARAN KELANTAN MODUL G-CAKNA SPM 2015 SET 3. SAINS KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 1 018/2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX SAINS 018/2 Kertas 2 September 1 jam Satu jam

MODUL GENIUS SAINS UPSR 2016 (SET 6)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM. Bersama: Cikgu Haryanto Salamat Cikgu Mohd Khairul Pupong Cikgu Mahali Endalan

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2017

UJIAN TAHUN 6 (MEI 2016) DAERAH KENINGAU SAINS 018/2 Kertas 2 Mei jam Satu jam

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

(a) Nyatakan satu cara bagaimana haiwan mengekalkan spesisnya daripada diancam kepupusan?

SULIT /3. Skema Pemarkahan Dapat merekod ketiga-tiga jarak pergerakan gelembung udara dari P ke Q (cm)

Tingkatan 4 Sains Bab 7: CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN. EzLearn2U.my. Soalan. 1 Rajah sinar yang manakah betul?

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

a. Keupayaan hidupan untuk mengekalkan spesiesnya di kenali sebagai... (1 markah)

SULIT Skima Permarkahan Sains / 1511/ SUMATIF

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

3756/1 PRINSIP AKAUN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

SULIT SAINS UD KERTAS 2 UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN ENAM 2017 KERTAS 2 1 JAM SAINS JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

SAINS TAHUN 6 KERTAS 2 (40 markah) 1 Manusia dan haiwan bernafas untuk mendapatkan oksigen.

A B AB. Blood group. Kumpulan darah. Number of students. Bilangan murid. c. Variasi tak selanjar

SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NIBONG TEBAL, SPS, PULAU PINANG UJIAN 2 TAHUN EMPAT KERTAS 2

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU

KOLEKSI MODUL PECUT 2015 SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUMPAT. PKBS II 4551/3 BIOLOGI /2 jam Satu jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

PBS DUNIA SAINS & TEKNOLOGI TAHUN 3 ( BUKU AKTIVITI )

Teknik Menjawab Soalan SPM Oleh: Gan Chee Meng, P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, Merangkap, Ketua Panitia Pendidikan Moral,

KOLEKSI PECUT ZAZOLNIZAM ZAKARIA GURU CEMERANG SAINS SULIT 018 SAINS OGOS 2015 KOLEKSI SOALAN PECUT 2015 SAINS

1 Mikroorganisma merupakan hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan terdapat di sekeliling kita.

LATIH TUBI SAINS PT3. Aktiviti 1. Gariskan jawapan yang tepat bagi semua soalan dibawah. kotak. telur. kuali. Aktiviti 2

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

NAMA :. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD BOESTAMAM SITIAWAN, PERAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TINGKATAN 2 SAINS 2 JAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

Teknik Menjawab Soalan SPM 2015

SAINS 55 PENTAKSIRAN 2 MEI SMK SRI AMAN. 2 Jam ARAHAN

Bab 2. Perwakilan Data. 2.1 Sistem Nombor Perduaan. (b) Kaedah ambil daripada baki:

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017 TAHUN 5. SAINS Kertas 2

1. Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan.

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

Sustainable Education 54

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 6

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

I I I I I I I I -I I I I I I I

KSSR SAINS TAHUN 4 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KSSR SAINS TAHUN 4

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Padankan. Padankan. Padankan

GEOGRAFI TINGKATAN III

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Rajah 1.1. (a) Nyatakan kegunaan objek dalam Rajah (a)

TAHAP PENGUASAAN Mengeksperimen. 1 Menyatakan persoalan berdasarkan masalah yang dikenal pasti.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2002 SAINS. Satu jam lima belas minit

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

3 Dapat mengira dan merekodkan bilangan siput dalam semua tangkapan dalam Jadual 1 dengan betul (6 item) Bilangan siput dalam tangkapan pertama/ekor

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

EzLearn2U.my. Tingkatan 2 Sains Bab 5: Soalan. 1. Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji komposisi air.

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

RANCANGAN MENGAJAR TAHUNAN SAINS TAHUN 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)


BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

2.0 PENYATAAN MASALAH

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Transkripsi:

1511/2 SAINS 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 1511/2 Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 70 Masa : 2 jam 30 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas 2 terdiri daripada tiga bahagian: A, B dan C. Bahagian A, mengandungi 4 soalan yang menguji kemahiran proses sains. Setiap soalan diperuntukan dengan 5 markah. Jumlah markah bahagian A ialah 20. Bahagian B, mengandungi 5 soalan. Setiap soalan diperuntukan 6 markah. Jumlah markah bahagian B ialah 30. Bahagian ini menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi berkaitan dengan konsep, prinsip dan hukum Sains. Bahagian C, mengandungi 3 soalan berbentuk esei. Setiap soalan diperuntukan 10 markah. Pelajar wajib menjawab soalan 10 dan pilih salah satu soalan 11 atau 12. Soalan Nombor 10, menguji kemahiran calon dalam mereka bentuk eksperimen. Soalan nombor 11 dan 12, menguji calon bagaimana menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi. Sains 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

PRESTASI TERPERINCI BAHAGIAN A Soalan 1 Soalan ini memerlukan calon mengasingkan kumpulan darah bagi sekumpulan murid dan menentukan taburannya. Soalan 1(a) Kemahiran proses sains yang diuji di sini ialah kemahiran mengkelas. Calon diminta menentukan bilangan murid bagi setiap kumpulan darah. Sains 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Contoh Jawapan Calon dapat melengkapkan Jadual 1.2 dengan bilangan murid bagi setiap kumpulan darah dengan tepat. Sains 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 1(b) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini bertujuan untuk menguji kebolehan calon mempersembahkan maklumat dalam bentuk carta bar. Soalan ini memerlukan calon menggunakan kemahiran mereka untuk memindahkan titik dan seterusnya melukis bar berdasarkan data yang telah dilengkapkan dalam jadual. Sains 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon menguasai kemahiran memindah titik dan seterusnya melukis bar. Soalan 1(c) Soalan memerlukan calon mengenal pasti jenis variasi berdasarkan carta bar yang telah dibina. Kemahiran yang diuji ialah kemahiran mentafsir data. Calon dapat menyatakan jenis variasi dengan tepat berdasarkan carta bar yang telah dibina. Sains 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 2 Soalan ini memerlukan calon mengkaji kesan haba terhadap empat jenis objek yang direndam dalam air mendidih selama satu jam. Soalan 2(a)(i) Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti kumpulan objek yang menjadi lembut apabila di panaskan dalam air mendidih. Jawapan yang diberi menunjukkan calon dapat memilih objek yang menjadi lembut apabila dipanaskan. Sains 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 2(a)(ii) Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti kumpulan objek yang tidak berubah. Calon dapat memilih objek yang tidak berubah apabila dipanaskan. Soalan 2(b) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran membuat inferens. Inferens ialah pernyataan sebab berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen. Calon diminta memberi sebab kenapa objek pada 1(a)(ii) tidak berubah bentuk. Jawapan yang diberikan menunjukkan calon berjaya menyatakan sebab mengapa objek di (a)(ii) tidak berubah apabila dipanaskan. Sains 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 2(c) Calon dikehendaki memadankan objek mengikut jenis plastik. Contoh Jawapan Calon berjaya memadankan objek mengikut jenis plastik dengan tepat. Sains 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 3 Soalan ini memerlukan calon membuat pemerhatian ke atas imej yang dihasilkan oleh sebuah cermin satah. Soalan 3(a) Kemahiran proses sains yang disoal ialah kemahiran memerhati. memerlukan calon menulis ciri-ciri imej yang terbentuk. Soalan ini Jawapan yang diberikan oleh calon adalah tepat dengan menyatakan dua ciri imej. Sains 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 3(b) Soalan ini memerlukan calon menyatakan hubungan antara jarak objek dengan jarak imej. Jawapan yang diberi menunjukkan calon dapat membuat pernyataan yang menghubungkan antara jarak objek dengan jarak imej. Soalan 3(c) Kemahiran proses sains yang disoal ialah meramal. Calon perlu meramal imej nombor 18 yang kelihatan dalam cermin satah. Contoh Jawapan Calon dapat menulis nombor 18 menjadi 81. Sains 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 3(d) Kemahiran proses sains yang disoal ialah kemahiran mengelas. Calon perlu mengenal pasti alatan optik yang menggunakan cermin satah dan seterusnya menanda jawapan dalam kotak yang disediakan. Contoh Jawapan Calon dapat memilih alatan optik dengan tepat dan dapat menanda jawapan pada ruangan yang betul. Sains 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 4 Soalan ini memerlukan calon mengkaji kesan halaju troli terhadap sesaran blok kayu yang dilanggar. Sains 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 4(a) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran mengukur. Calon diminta mengukur sesaran blok kayu dalam Rajah 4.1 dengan menggunakan pembaris. Contoh Jawapan Jawapan yang dipamerkan menunjukkan calon dapat mengukur sesaran blok kayu menggunakan pembaris dan menulis jawapan dengan tepat. Sains 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 4(b) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran membuat inferens. Soalan ini bertujuan untuk menguji calon membuat pemerhatian dan seterusnya boleh membuat inferens. Inferens ialah sebab mengapa blok kayu mengalami sesaran yang berbeza. Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon telah berjaya membuat pemerhatian dengan teliti dan seterusnya dapat menyatakan sebab mengapa sesaran blok kayu berbeza. Soalan 4(c) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran membuat hipotesis. Calon diminta menyatakan hubungan di antara halaju troli dengan sesaran blok kayu. Contoh Jawapan Calon dapat membuat pernyataan yang menghubungkan halaju troli dengan sesaran blok kayu dengan tepat. Sains 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 4(d) Kemahiran proses sains yang diuji ialah mengenal pasti pemboleh ubah yang dimalarkan. Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah faktor atau ciri yang ditetapkan sepanjang eksperimen untuk mendapat keputusan yang tepat. Calon dapat menentukan pemboleh ubah yang dimalarkan dengan betul. Soalan 4(e) Kemahiran proses sains yang diuji ialah kemahiran meramal. Calon diminta meramal momentum yang lebih besar berdasarkan fakta yang diberi. Sains 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon dapat menentukan kenderaan yang mempunyai momentum yang lebih besar dan dapat menanda jawapan pada ruangan yang betul. Sains 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 5 Calon diminta menyatakan dua sistem koordinasi badan yang terlibat dalam situasi di atas. Contoh Jawapan Jawapan yang dipamerkan menunjukkan calon dapat menyatakan dua sistem koordinasi badan dengan betul. Soalan 5(b) Calon dikehendaki menyatakan satu organ deria yang terlibat dalam situasi cemas. Contoh Jawapan Calon berjaya menamakan organ deria yang terlibat dalam situasi cemas di rajah 5.1 dengan betul. Sains 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 5(c) Calon perlu menyatakan fungsi kelenjar endokrin dalam situasi yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1. Calon dapat menyatakan fungsi kelenjar adrenal dengan tepat. Sains 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 5(d) Calon diminta melengkapkan carta alir yang menunjukkan hubungan antara dua sistem dengan menggunakan perkataan yang diberi. Contoh Jawapan Jawapan yang diberikan oleh calon menunjukkan hubungan antara dua sistem yang tepat. Sains 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 6 Calon diminta menamakan kaedah pelupusan plastik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Contoh Jawapan Calon berjaya menamakan kaedah pelupusan plastik dengan tepat. Soalan 6(b) Calon diminta menyatakan dua kelebihan kaedah kitar semula. Sains 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Jawapan yang diberi adalah betul kerana calon telah menyenaraikan dua kelebihan kaedah kitar semula. Soalan 6(c) Calon diminta menulis sekurang-kurangnya tiga cadangan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar akibat pembuangan plastik dan kertas di kawasan sekolah. Sains 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Calon berjaya menulis tiga cadangan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar akibat pembuangan plastik dan kertas di kawasan sekolah. Soalan 7 Calon diminta menamakan bahan X yang menyebabkan arteri tersumbat. Jawapan yang dipamerkan oleh calon adalah tepat dimana bahan X ialah bahan yang menyebabkan arteri tersumbat. Sains 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 7(b) Calon perlu menyatakan satu kesan yang disebabkan oleh arteri yang tersumbat. Calon berjaya menyatakan satu kesan akibat arteri tersumbat dengan bahan X. Soalan 7(c)(i) Calon diminta memberi pandangan dan penjelasan bagaimana amalan pemakanan boleh menyebabkan keadaan dalam Rajah 7. Calon dapat menuliskan pandangan dan penjelasan berkenaan kesan pengambilan lemak atau kolesterol yang berlebihan terhadap penyempitan salur arteri dengan tepat. Sains 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 7(c)(ii) Calon diminta mencadangkan sekurang-kurangnya dua cara mengatasi masalah arteri tersumbat atau arteriosklerosis. Jawapan yang dipamerkan oleh calon menunjukkan calon berjaya memberi dua cara untuk mengatasi masalah arteri tersumbat atau arteriosclerosis. Sains 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 8 Calon diminta menyusun organisma dalam Rajah 8 ke dalam piramid nombor yang disediakan. Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon berjaya menyusun organisma dengan tertib yang betul dalam piramid nombor. Sains 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 8(b)(i) Calon diminta menyatakan kesan terhadap populasi padi apabila tikus membiak dengan banyak. Contoh Jawapan Calon dapat menyatakan kesan terhadap populasi padi apabila tikus membiak dengan banyak. Soalan 8(b)(ii) Calon diminta menyatakan kesan terhadap populasi ular apabila tikus membiak dengan banyak. Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon dapat menyatakan kesan terhadap populasi ular apabila tikus membiak dengan banyak. Sains 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 8(c) Calon diminta mencadang dan menerangkan satu kaedah yang boleh dilakukan oleh peladang untuk mengawal populasi tikus tanpa menggunakan racun perosak. Calon dapat mencadangkan dan menerangkan satu kaedah kawalan biologi untuk mengawal populasi tikus. Sains 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 9 Calon diminta melukis susunan zarah stim dalam petak yang disediakan. Calon dapat melukis susunan zarah stim yang sama saiz dengan jarak yang berjauhan. Jawapan yang diberi menunjukkan calon berjaya melukis gambaran molekul air yang tepat dan berjauhan antara satu sama lain. Sains 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 9(b) Calon diminta menamakan proses perubahan keadaan jirim air dalam Rajah 9.2. Contoh Jawapan Calon dapat menamakan proses perubahan keadaan jirim dengan betul. Soalan 9(c) Calon diminta menjelaskan mengapa zarah-zarah stim mempunyai tenaga kinetik yang tinggi dan bergerak bebas. Jawapan menunjukkan calon berjaya memberi sekurang-kurangnya dua alasan mengapa zarah-zarah stim mempunyai tenaga kinetik yang tinggi dan bergerak bebas. Sains 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 9(d)(i) Calon diminta menyatakan kesan kehadiran garam terhadap takat lebur ais. Contoh Jawapan Jawapan yang diberi menunjukkan calon dapat menyatakan kesan kehadiran garam terhadap takat lebur ais dengan betul. Sains 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 9(d)(ii) Calon diminta menyatakan satu sebab mengapa ikan yang disimpan dalam peti ais kekal segar. Calon dapat menyatakan sebab mengapa ikan kekal segar dalam peti ais dengan tepat. Sains 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

BAHAGIAN C Soalan 10 Soalan ini memerlukan calon merangka satu eksperimen berdasarkan pernyataan yang diberikan. Calon perlu memberikan semua kriteria yang diperlukan dengan jelas supaya eksperimen ini dapat dijalankan dengan jayanya. Soalan 10 (a) Soalan ini memerlukan calon membuat hipotesis iaitu membuat satu pernyataan yang menghubungkan antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas berdasarkan situasi yang diberikan. Calon dapat memberikan hubungan yang betul dengan mengaitkan kedua-dua pemboleh ubah dalam satu ayat yang lengkap. Sains 2 32 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 10 (b) (i) Calon dikehendaki menuliskan tujuan eksperimen dengan memastikan kedua-dua pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas dinyatakan dengan betul. Calon ini menjawab dengan baik untuk menyatakan tujuan eksperimen dengan menggunakan kata kunci menyiasat dan kedua-dua pemboleh ubah dinyatakan dengan jelas. Jawapan yang diberi oleh calon ini adalah baik dimana calon menyatakan tujuan eksperimen dengan menggunakan kata kunci mengkaji dan kedua-dua pemboleh ubah dinyatakan dengan jelas. Sains 2 33 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 10(b) (ii) Calon perlu menyatakan mana-mana dua pemboleh ubah yang lengkap dengan parameternya. Calon yang cemerlang dapat memberikan ketiga-tiga pemboleh ubah dengan betul walau pun cuma dua markah diperuntukan. Kebanyakan calon dapat menyatakan dua pemboleh ubah dengan betul dan ini memenuhi kehendak soalan dan markah yang diperuntukkan. Namun terdapat calon yang tidak dapat menyatakan pemboleh ubah yang ketiga dengan betul dan menganggap alat atau radas sebagai pemboleh ubah. Ini jelas menunjukkan calon masih tidak dapat mengenalpasti pemboleh ubah tersebut semasa melakukan eksperimen. Soalan 10 (b) (iii) Soalan ini memerlukan calon menyenaraikan semua radas dan bahan yang telah diberikan dalam soalan. Calon dikehendaki menambahkan satu alat radas yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen tetapi tidak tersenarai dalam soalan. Contoh Jawapan Calon ini telah berjaya memberikan jawapan yang baik dengan menambahkan satu alat yang amat diperlukan untuk menjayakan eksperimen ini iaitu termometer. Sains 2 34 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 10 (b) (iv) Dalam bahagian ini calon dikehendaki menyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menjalankan eskperimen supaya mendapat keputusan yang betul. Langkah-langkah ini melibatkan susunan radas, cara menjalankan eksperimen, cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasi, menetapkan pemboleh ubah dimalarkan dan merekodkan pemboleh ubah bergerak balas. Contoh Jawapan Calon memberikan kaedah yang lengkap dengan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menjalankan eksperimen sehingga data dikumpul. Selain itu paparan gambar rajah yang dilukis oleh calon banyak membantu dalam meningkatkan kefahaman untuk menjalankan eksperimen. Sains 2 35 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 10 (b) (v) Calon dikehendaki membina jadual yang diperlukan untuk merekod data bagi eksperimen ini. Jadual ini perlu dilengkapkan dengan pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Keputusan eksperimen tidak perlu dimasukkan kerana ini merupakan soalan merangka eksperimen dan bukannya laporan amali. Calon dapat membina jadual dengan betul dan lengkap dengan kedua-dua pemboleh ubah. Calon dapat membina jadual yang betul dengan penambahan satu lajur yang tidak menjejaskan jawapan. Sains 2 36 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 11 Soalan 11(a) meminta calon menerangkan maksud keimunan aktif buatan dengan menggunakan perkataan vaksin dan antibodi. Calon dapat menjelaskan maksud keimunan aktif buatan dengan menggunakan perkataan vaksin dan antibodi di dalam jawapan yang diberi. Sains 2 37 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 11(b) Soalan ini meminta calon menyelesaikan masalah kes peningkatan wabak demam denggi di Malaysia. Calon dikehendaki mengenal pasti masalah, menerangkan puncanya dan memberikan kaedah penyelesaian. Sains 2 38 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Calon dapat mengenalpasti masalah dan punca demam denggi dengan betul. Calon juga dapat memberi dua kaedah penyelesaian serta penjelasannya dengan betul. Sains 2 39 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 12 Soalan ini memerlukan calon menerangkan dua perbezaan antara sinar alfa dan sinar beta. Calon dapat menyatakan perbezaan ciri-ciri sinar alfa dan beta dengan tepat. Sains 2 40 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Soalan 12(b) Soalan ini meminta calon membuat pemilihan kesesuaian penggunaan sinar gama dalam pemprosesan makanan. Jika calon bersetuju, calon perlu memberi hujah kelebihan penggunaan sinar gama untuk menyokong pendapatnya. Jika calon tidak bersetuju, calon perlu menyatakan kesan buruk penggunaan sinar gama. Calon ini bersetuju dengan penggunaan sinar gama dalam pemprosesan makanan dan berjaya menyatakan lebih daripada lima kelebihan penggunaan sinar gama. Sains 2 41 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

Calon ini tidak bersetuju dengan penggunaan sinar gama dalam pemprosesan makanan dan berjaya menyatakan lebih daripada lima kesan buruk penggunaan sinar gama. Sains 2 42 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

SARANAN KEPADA CALON 1. Menguasai pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep dan fakta sains yang terkandung dalam sukatan pelajaran Sains Tingkatan 4 dan 5 serta menjadikan buku teks Tingkatan 4 dan 5 sebagai bahan rujukan utama. 2. Menguasai dan mengetahui penggunaan kesemua kemahiran proses Sains. 3. Memahami tujuan eksperimen dijalankan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti amali Sains di makmal, seterusnya mempunyai kemahiran membuat pelaporan amali. 4. Memperbanyakkan latih tubi dengan soalan-soalan mirip kepada soalan peperiksaan supaya membiasakan diri dengan bentuk atau format soalan. 5. Menguasai dan memahami istilah-istilah Sains dengan ejaan dengan betul. Sains 2 43 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mahir dengan teknik pembinaan item yang betul terutamanya soalan berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya boleh membimbing calon untuk memahami kehendak soalan peperiksaan dan cara menjawab yang betul. 2. Guru perlu mempelbagaikan sumber rujukan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata. Ini seiring dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi terkini. 3. Guru perlu membimbing pelajar semasa menjalankan kerja amali kerana ia dapat mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains para pelajar. 4. Guru perlu menguasai teknik menjawab soalan dengan mendalam supaya maklumat yang disampaikan kepada pelajar adalah tepat dan seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan. 5. Guru perlu memahami dan menguasai kemahiran proses sains untuk membolehkan mereka mengajar dengan betul kemahiran tersebut kepada pelajar. 6. Perbincangan profesional sesama guru dan perkongsian kolaboratif dengan guru-guru sains dari sekolah lain amat perlu untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Sains 2 44 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2016