DASAR AUTOMOTIF NASIONAL

dokumen-dokumen yang mirip
dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Usaha Sama Inisiatif SPOTS. Menjamin Kemampanan Minyak Sawit dan Kebolehkesanan dengan Pekebun Kecil di Sabah

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

WWF-MALAYSIA SKIM USAHASAMA KONSERVASI

Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Tuan yang Di Pertua, DEW AN RAKYAT. M A LA YSIA. YB D ATUK HAJI DATU N ASRUN BIN DATU M A N SUR (SILAM ) 14 M ac 2016

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

Soalan Lazim Ditanya Liberalisasi Tarif Insurans/Takaful Motor

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

KRITERIA AKNC 2017 Berdasarkan Kriteria Pendidikan Malcolm Baldridge 2011

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PROFIL SYARIKAT. CDS Pilihan Anda. Kami Memahami Perniagaan anda adalah Perniagaan Kami

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ELEKTIF : BAB 3 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN. Kandungan 2/24/2011 LOGO. 3.1 Asas Keusahawanan Pengertian Keusahawanan Ciri Utama Usahawan

Koperasi Pengangkutan

BUKAN LISAN : DR. AZMAN BIN ISMAIL KUALA KEDAH 421

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN GOODS AND SERVICES TAX

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

BAB 7 Dasar Infrastruktur

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

Bab 7: Struktur Sistem

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA BUKAN LISAN TUAN LIEW CHIN TONG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

Pengenalan kepada Ekonomi

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

Akaun Pelaburan Wafiyah

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

MEMESATKAN PERDAGANGAN PENGEDARAN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

ffiegeqo.mo.to.tl do.tl ffiegiko.to.tl CPeke/[1o.m,: guo.tu CPe/[kOtlggio.tl V o.tl99utl91o.wo.b

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

Akaun Pelaburan Waheed

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Akaun Pelaburan Bertempoh

Transkripsi:

DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 1A. PENGENALAN Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dibuat atau dipasang di dalam negara. Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini. Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi. Seterusnya dasar dan sokongan Kerajaan akan ditumpukan kepada peserta industri automotif yang memberi sumbangan ekonomi yang mapan. Pemacu utama untuk sumbangan ekonomi tersebut adalah skala yang ekonomik, rantaian industri dan aktiviti nilai tambah yang kompetitif. B. OBJEKTIF DASAR AUTOMOTIF NASIONAL Objektif keseluruhan Dasar Automotif Nasional adalah untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan. Ini akan memaksimumkan sumbangan jangkamasa panjang sektor automotif ini kepada ekonomi negara dan pada masa yang sama menguntungkan pengguna Malaysia. Oleh itu industri ini masih memerlukan sokongan dari segi dasar Kerajaan supaya ia menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk menghasilkan transformasi dan integrasi optimum industri nasional ini ke dalam jaringan industri serantau dan global. Persekitaran global yang semakin liberal dan kompetitif memerlukan transfomasi ini disegerakan. Oleh itu Kerajaan telah menggariskan objektif-objektif sektor automotif nasional seperti berikut:

1. Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional 2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidangbidang khusus 3. Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan 4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia 5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan 6. Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan C. TERAS DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 1. Pemberian sokongan dan insentif Kerajaan berasaskan sumbangan ekonomi yang mapan Kerajaan akan terus memupuk dan menyokong pembangunan sektor automotif tempatan melalui pakej geran dan insentif yang komprehensif. Sokongan dan insentif Kerajaan ini bertujuan mengoptimumkan sumbangan ekonomi yang mapan, terutamanya dari segi skala operasi, rangkaian industri dan pembangunan keupayaan tempatan dan Bumiputera. Tahap sumbangan ekonomi yang mapan mestilah berasaskan jenis dan tahap aktiviti tambah nilai yang kompetitif untuk pasaran tempatan serta eksport dalam persekitaran yang semakin liberal. Manakala tahap aktiviti tambah nilai yang tidak berdaya tahan dan mapan adalah tidak konsisten dengan dasar ini. Sokongan-sokongan akan diberi berasaskan tahap sumbangan ekonomi serta tambah nilai. Dalam konteks ini, pengeluaran berskala tinggi bersertakan eksport dan rangkaian industri yang luas akan diutamakan berbanding operasi pemasangan tulen yang mempunyai aktiviti tambah nilai yang kurang. Aktiviti jualan, pengedaran dan aktiviti lepas jualan juga akan lebih dititikberatkan berbanding pengimpotan kenderaan semata-mata. Bantuan untuk pengeluaran adalah terutamanya Dana Penyesuaian Industri dan geran R&D (Research and Development). Geran dan insentif ini akan diberi berasaskan syarat-syarat yang telah dipersetujui serta pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPIs) dalam masa yang ditetapkan.

2. Menambah skala melalui rasionalisasi untuk meningkatkan daya saing Kesemua peserta dalam rantaian nilai industri akan digalakkan untuk memberi tumpuan kepada pencapaian skala operasi yang boleh menjamin daya tahan dan daya saing yang berterusan. Kerajaan akan menggalakkan inisiatif rasionalisasi untuk mewujudkan struktur industri yang lebih mantap dan mapan. Struktur industri yang mantap di sepanjang rantaian nilai membolehkan peserta industri mencapai tahap skala yang menaikkan daya saing. Dalam hal ini, Kerajaan akan memberikan galakan melalui geran dan insentif kepada dua pengeluar nasional dalam segmen pengeluaran tinggi ( high volume ) untuk memastikan skala dan menjana rangkaian industri yang mencukupi. Oleh itu pengeluar-pengeluar nasional ini perlu mampu untuk merasionalisasikan portfolio model dan platform mereka. Rasionalisasi pada tahap pengeluar kenderaan ini secara tidak langsung akan mendorong rasionalisasi sektor komponen dan seterusnya meningkatkan skala, tahap kemahiran dan kualiti. Dengan ini, bilangan vendor akan berkurangan namun kesemua vendor ini akan beroperasi pada skala, kos dan tahap kualiti yang akan membolehkan mereka terus berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengeksport. 3. Menggalakkan usahasama strategik dengan rakan kongsi antarabangsa Skala dan fokus diperlukan untuk meningkatkan daya saing tetapi dua faktor ini sahaja tidak mencukupi. Selain dari dua faktor ini, amalan terbaik global dan rangkaian industri adalah faktor kejayaan lain yang penting untuk industri automotif. Justeru itu, Kerajaan akan terus menggalakkan peserta industri untuk berkerjasama dengan pihak luar untuk menubuhkan usahasama strategik. Selain daripada berkongsi skala dan sumber, usahasama strategik ini dapat meluaskan peluang dan menyediakan akses kepada peserta industri tempatan untuk menyertai rangkaian bekalan automotif global dan sebaliknya. Di samping itu, usahasama strategik ini akan turut mendorong peserta industri tempatan untuk mengamalkan pengurusan, proses dan prosedur yang terbaik bagi mencapai piawaian kualiti yang lebih tinggi, penting untuk menembusi pasaran antarabangsa. 4. Menjadi hab serantau dengan menumpu kepada aktiviti niche dan pelengkap Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pemasangan serantau dengan menggalakkan peserta sedia ada meningkatkan komitmen mereka di Malaysia. Pemasang kenderaan yang sedia ada digalakkan untuk merasionalkan modelmodel yang dipasang di Malaysia, meningkatkan skala pengeluaran secara berfokus dan meninggikan rangkaian industri, supaya dapat mengeksport dengan lebih kompetitif. Pemasang-pemasang kenderaan ini dijangka tidak akan bersaing secara langsung dengan pengeluar-pengeluar nasional dalam segmen pengeluaran tinggi ( high volume ) dari segi harga atau sasaran pasaran.

Perkembangan peserta-peserta tersebut dan peningkatan rangkaian industri akan meningkatkan skala dan kualiti sektor komponen, seterusnya meningkatkan daya tahan industri ini. D. INSTRUMEN-INSTRUMEN DASAR 1. Struktur duti eksais Struktur duti eksais telah diselaraskan yang seterusnya mengurangkan kadar cukai efektif untuk kebanyakan kenderaan bermotor serta pengurangan perbezaan kadar antara kategori kenderaan yang berbeza (sebagai contoh kereta, MPV, 4WD; dan juga antara enjin yang berbeza kapasiti). Penyelarasan struktur duti ini bertujuan untuk menggalakkan ketelusan dalam penentuan harga kenderaan. 2. Pewartaan nilai kenderaan-kenderaan yang diimport Dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan, Kerajaan akan mewartakan nilai kenderaan yang diimport untuk tujuan pengiraan duti. Dengan kerjasama industri dan masyarakat umum, masalah tax underdeclaration dijangka akan dapat ditangani dengan berkesan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan untuk membanteras tax underdeclaration. 3. Duti import CEPT ASEAN Untuk menggalakkan integrasi dengan industri automotif ASEAN, Malaysia akan mengurangkan duti import CEPT ASEAN kepada 5% untuk kenderaan yang berkelayakan. Walaupun ini akan meningkatkan persaingan kepada industri tempatan, namun ia adalah konsisten dengan teras polisi untuk merasionalisasikan model-model serta meningkatkan skala melalui ekspot. 4. Dana Penyesuaian Industri (Industrial Adjustment Fund) Geran Dana Penyesuaian Industri ini akan ditawarkan kepada kesemua syarikat samada syarikat tempatan, asing atau usahasama yang memberi sumbangan ekonomi yang bermakna kepada negara. Geran ini akan ditawarkan berasaskan dua kriteria utama: tahap skala pengeluaran dan rangkaian industri, tertakluk kepada tahap kapasiti keseluruhan yang mapan. Geran akan diberi berasaskan setiap model kenderaan, tertakluk kepada paras minima untuk kedua-dua kriteria skala pengeluaran dan rangkaian industri. Geran R&D yang khusus juga akan ditawarkan berasaskan kepada potensi daya maju serta sumbangan ekonomi projek yang dicadangkan. Pertimbangan selanjutnya akan diberi kepada syarikat yang menggalakkan penyertaan Bumiputera yang mapan dan berdaya saing. 5. Lesen Pengilang Lesen pengilang yang baru hanya akan diberi apabila lebihan kapasiti di dalam industri automotif tempatan dapat diatasi. Buat masa ini, syarikat pemasang kenderaan tidak

dibenarkan untuk menggunapakai atau menawarkan lebihan kapasiti mereka kepada pihak ketiga untuk memasang jenis atau model kenderaan baru yang bersaing secara langsung dengan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta nasional. Apabila peningkatan kapasiti diperlukan, syarikat di dalam segmen pengeluaran tinggi ( high volume ) dan pengeluaran sederhana tinggi ( medium volume ) akan digalakkan untuk menggunapakai lebihan kapasiti yang sedia ada. Pembinaan kemudahan pemasangan yang baru hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes. 6. Approved Permits Sistem AP sedia ada yang digunakan terutamanya sebagai langkah pemantauan dan pengumpulan data, akan dimansuh pada 31 Disember 2010. Sehingga tempoh tersebut, AP akan mengambil kira sumbangan kepada ekonomi negara. Keutamaan akan diberi kepada pemasang kenderaan yang komited untuk meningkatkan tahap pengeluaran secara signifikan (dengan eksport yang signifikan) untuk sesuatu model dan memerlukan AP untuk mengimport model kenderaan yang dapat melengkapkan tawaran produk mereka untuk pasaran Malaysia. AP akan diberi untuk mengimport sejumlah terhad kenderaan yang tidak dipasang di Malaysia agar pilihan produk yang mencukupi dapat ditawarkan kepada pengguna. Pengimportan kereta terpakai (selain import peribadi individu) akan dikurangkan secara progresif sehingga dimansuhkan sepenuhnya pada 2010, untuk merangsang permintaan kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan pemasang tempatan. Syarika-syarikat pemegang AP terbuka (ahli Pekema) akan diberi galakan dan bantuan untuk beralih ke bidang perniagaan lain yang berkaitan, contohnya pemasaran, dan pengedaran kenderaan serta pengeluaran komponen atau vendor. 7. Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval) Proses dan prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan akan dilaksanakan secara komprehensif, untuk mencegah pengimpotan dan penjualan kenderaan yang tidak menepati piawaian. Proses ini akan memastikan pematuhan ketat dari segi roadworthiness, keselamatan dan piawaian emisi. E. PENUTUP Hasil daripada perlaksanaan langkah-langkah dasar ini, Kerajaan menjangka untuk melihat sebuahindustri yang mempunyai dua pengeluar kenderaan nasional yang mantap dan dilengkapi oleh sejumlah pengeluar kenderaan asing (terutamanya yang menjalinkan usahasama rakan kongsi tempatan) yang akan meningkatkan operasi pemasangan mereka dan pada masa yang sama merasionalkan modelmodel yang dipasang, untuk memacu rantaian industri yang mapan.

Dalam pada itu, sektor komponen juga akan menjadi lebih berdaya tahan  bilangan syarikat akan berkurangan (disebabkan penggabungan peserta sediaada ), namun pengeluaran mereka adalah lebih tinggi dan jaringan dalam industri automotif global juga adalah lebih mendalam. Liberalisasi berperingkat akan mengurangkan skop untuk pengimpot, tetapi pengedar yang sahih akan menerima faedah daripada jumlah jualan yang lebih tinggi. Dasar Automotif Nasional bertujuan untuk memberi halatuju yang telus dan jelas untuk kesemua peserta industri untuk membolehkan mereka membuat perancangan dan keputusan pelaburan yang optimum untuk masa hadapan. Pada masa hadapan, mana-mana dasar dan langkah Kerajaan yang diperkenalkan untuk sektor automotif tempatan akan berasaskan Dasar Automotif Nasional ini. Dasar Automotif Nasional akan menjadi asas jangkamasa panjang untuk sektor automotif tempatan, tertakluk kepada pengubahsuaian dan penambahbaikan yang akan ditentukan oleh persekitaran industri automotif global. Kerajaan percaya bahawa Dasar Automotif Nasional akan menjadi langkah utama dalam memacu transformasi sektor automotif tempatan kepada sektor yang mapan, kompetitif dan berdaya tahan, untuk faedah semua perserta industri, pengguna dan ekonomi Malaysia.