Penulisan Cadangan dan Etika dalam Penyelidikan

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Kesetiaan kepada Syarikat

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MELAHIRKAN PELAJAR CELIK MAKLUMAT (THE ROLE OF SCHOOL RESOURCE CENTRE IN INCULCATING INFORMATION LITERATE STUDENTS)

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

Model Pengurusan Strategik

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Analisis keperluan latihan: teori dan praktis. Sinopsis:

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Program Sarjana Dan Kedoktoran

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

Kriteria Belanjawan Modal

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Inovasi dan Perubahan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Polisi Privasi. Pengenalan

11-13 Mac 2015 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 2015

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

Pengenalan Makroekonomi

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

B A H A G I A N C BORANG-BORANG YANG BERKAITAN RELATED FORMS

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

Program Doktor Pendidikan Tinggi

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

ARAHAN: ( )

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK dan SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN ll KOD KURSUS : MTE PELAPORAN (WAJARAN 70%)

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengurusan Bilik Darjah

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh: keselamatan, kesihatan, dan daya saing dalam pasaran global

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

Transkripsi:

Topik 10 Penulisan Cadangan dan Etika dalam Penyelidikan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan apa itu cadangan penyelidikan; 2. Menyenaraikan lapan perkara yang perlu ada dalam cadangan penyelidikan; 3. Mengenal pasti panduan penulisan cadangan penyelidikan; 4. Menghuraikan tiga kelemahan biasa dalam cadangan penyelidikan; dan 5. Membincangkan etika dalam penyelidikan. PENGENALAN Sebelum memulakan projek penyelidikan, pelajar perlu mempunyai pelan keseluruhan yang menyatakan bagaimana permasalahan kajian perlu dikaji, objektif kajian, kepentingan kajian, strategi bagi mendapatkan jawapan untuk permasalahan kajian serta jadual perlaksanaan projek penyelidikan. Perancangan keseluruhan ini dipanggil cadangan penyelidikan. Adalah amat penting bagi pelajar menulis cadangan penyelidikan yang baik kerana tanpanya pelajar tidak mungkin mendapat penyelia ataupun mendapat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan. Pelajar juga perlu tahu tentang etika penyelidikan kerana ia mengawal tingkah laku pengkaji.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 175 10.1 APA ITU CADANGAN PENYELIDIKAN? Topik ini akan membincangkan panduan penulisan cadangan penyelidikan. Semua pelajar diwajibkan untuk menulis cadangan penyelidikan sebelum memulakan kerja-kerja penyelidikan. Cadangan penyelidikan ialah dokumen bertulis yang menyatakan tujuan penyelidikan yang dicadangkan dan kajian yang hendak dilakukan. Cadangan penyelidikan dapat memberi maklumat tentang konseptualisasi keseluruhan proses penyelidikan yang ingin dijalankan dan kesesuaiannya kepada penyelia akademik atau penaja geran penyelidikan. Cadangan penyelidikan ialah perancangan keseluruhan, skema, struktur dan strategi untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian yang menjadi asas projek penyelidikan. Cadangan penyelidikan boleh ditolak sekiranya penyelia atau jawatankuasa pasca siswazah mendapati ia tidak dibuat dengan betul. Oleh yang demikian, anda perlu mempunyai cadangan penyelidikan yang dirancang dengan baik sebelum melaksanakan sebarang tugas penyelidikan. Sekiranya cadangan penyelidikan direka bentuk dengan baik, ia akan membantu merangka keseluruhan proses penyelidikan dan penyediaan tesis atau disertasi mengikut turutan yang betul. 10.2 KANDUNGAN CADANGAN PENYELIDIKAN Dalam bahagian ini, kita akan menjelaskan dengan terperinci kandungan cadangan penyelidikan. Sila rujuk Rajah 10.1 yang menunjukkan kandungan cadangan penyelidikan.

176 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Rajah 10.1: Kandungan cadangan penyelidikan Sekarang, mari kita lihat cadangan-cadangan tersebut satu persatu. (a) Pengenalan (i) Dalam bahagian ini, anda seharusnya memberi gambaran keseluruhan isu-isu yang ingin anda kaji. Kandungan pengenalan mestilah ringkas, tepat dan jelas. Selepas memberi gambaran keseluruhan atas skop penyelidikan, anda perlu memfokuskannya kepada perkara tertentu yang menjadi perhatian. (ii) (iii) (iv) Huraikan tema utama yang perlu diberi perhatian. Kenal pasti jurang yang ada dan persoalan kajian akan muncul secara semula jadi. Takrif persoalan kajian dalam cadangan penyelidikan. Ini akan memberi persepsi yang jelas kepada pembaca isu yang anda ingin selesaikan. Bagaimanapun, permasalahan kajian yang ditulis masih lagi tentatif kerana kajian masih belum dijalankan. Gunakan ayat-ayat yang mudah dan pastikan isu kajian diperincikan agar ia memfokuskan kepada bidang yang benar-benar spesifik.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 177 (b) Objektif Kajian (i) (ii) Senaraikan objektif kajian yang menonjolkan tema utama dalam penyelidikan yang ingin anda lakukan. Gunakan kata kerja apabila menulis objektif seperti Âuntuk mengenal pastiê, untuk menentukanê dan Âuntuk memastikanê, dan mestilah disenaraikan menggunakan nombor. (c) (d) Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah soalan yang dibina bagi menangani objektif kajian dan bagi memecahkan objektif kajian kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Persoalan kajian akan mempengaruhi metodologi penyelidikan dan jenis analisa yang akan digunakan. Kepentingan Kajian (i) (ii) (iii) (iv) Nyatakan dengan ringkas mengapa penyelidikan perlu dilakukan dan justifikasinya. Anda mungkin ingin menghuraikan kepentingan kajian berdasarkan kriteria tertentu, sebagai contoh, masalah yang dapat diselesaikan atau dipengaruhi oleh dapatan kajian. Anda juga boleh memberikan justifikasi tentang kaedah baru yang anda gunakan dan bagaimana kajian anda menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang baru. Kriteria lain yang boleh dimasukkan ialah pemboleh ubah yang akan digunakan, jangkaan dapatan serta pengaruhnya terhadap model atau reka bentuk. (e) Sorotan Literatur (i) (ii) (iii) Dalam bahagian ini, kajian-kajian lepas serta kajian terkini yang sedang dilakukan oleh pengkaji lain dalam bidang berkaitan perlu diringkaskan. Baca tesis dalam bidang yang ingin dikaji bagi mendapat kefahaman. Adalah baik sekiranya anda mengkritik beberapa kajian yang berkaitan dalam cadangan penyelidikan. Ini akan memberi tanggapan yang baik kepada pembaca bahawa anda telah membuat pembacaan awal.

178 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN (iv) (v) Memperkenalkan definisi-definisi istilah-istilah utama. Merumuskan sorotan literatur dengan latar belakang teoretikal yang menjelaskan model yang akan digunakan dalam penyelidikan. (f) Metodologi (i) (ii) Umumnya, metodologi tidak perlu dijelaskan dengan terperinci. Walau bagaimanapun, anda perlu memberi justifikasi mengapa ia dipilih daripada metodologi-metodologi yang lain. Anda mungkin perlu menjelaskan mengapa teori atau model tertentu digunakan, sama ada pendekatan penyelidikan adalah kualitatif atau kuantitatif atau kombinasi kedua-duanya. (iii) Jelaskan pemboleh ubah, teknik pensampelan dan kaedah pengumpulan data. (iv) Terangkan jenis data yang terlibat, jenis analisa dan ujian yang akan dilakukan. (g) Jadual Projek Sediakan Carta Gantt (rujuk Rajah 10.2) atau jadual waktu yang memperincikan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja penyelidikan anda. Nyatakan juga tempoh masa bagi data dikumpulkan, di analisa dan penulisan laporan atau dokumen. Sesetengah cadangan penyelidikan memerlukan tarikh-tarikh penting bagi memberi gambaran jelas jangkaan pencapaian-pencapaian.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 179 Rajah 10.2: Carta Gantt untuk projek penyelidikan (h) Rujukan (i) (ii) Senarai rujukan mesti disertakan mengikut panduan akademik atau ilmiah. Rujukan boleh meyakinkan pembaca bahawa cadangan penyelidikan adalah menyeluruh dan menunjukkan kefahaman anda tentang bidang kajian. Gunakan stail petikan APA (Manual of the American Pscyhological Association) atau standard bibliografi lain yang diterima dalam bidang masing-masing. SEMAK KENDIRI 10.1 1. Apakah kandungan utama cadangan penyelidikan? 2. Apakah yang patut anda tulis dalam sorotan literatur dalam cadangan penyelidikan?

180 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 10.3 PANDUAN PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN Terdapat beberapa langkah dan panduan yang perlu diikuti semasa menyediakan cadangan penyelidikan: (a) (b) (c) (d) (e) Biasakan diri anda dengan perisian pemproses kata (seperti Microsoft Word, Open Office) dan belajar ciri-ciri perisian sebagai contoh bagaimana memasukkan jadual, graf, nota kaki dan format-format lain. Ini akan membantu anda menyediakan laporan penyelidikan pada akhir proses. Panduan penulisan oleh institusi, organisasi dan agensi penaja dana perlu dipatuhi apabila menghantar cadangan penyelidikan. Tulis mengikut panduan dan format yang diberikan. Semasa menulis cadangan penyelidikan buat pertama kalinya, sampaikan idea secara berperingkat dengan memfokuskannya. Sampaikan maklumat dengan cara yang menarik. Anda perlu ingat bahawa cadangan anda mesti jelas dan menyatakan secara keseluruhan tujuan kajian. Tulis dan terangkan permasalahan kajian pada awal kandungan cadangan (contohnya dalam pengenalan). Ini penting bagi mendapatkan perhatian pembaca kerana keseluruhan proses penyelidikan ditentukan oleh permasalahan kajian. Tulis metodologi yang akan anda laksanakan secara ringkas dan tepat. Amalan yang baik ialah dengan menggariskan kaedah dan sumber data pada peringkat cadangan lagi. Ini akan meletakkan cadangan anda di kedudukan yang lebih baik dalam menentukan nilai dan potensi sumbangan. SEMAK KENDIRI 10.2 Kenal pasti panduan yang terlibat bagi menulis cadangan penyelidikan.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 181 10.4 KELEMAHAN BIASA DALAM CADANGAN PENYELIDIKAN Sebagai pelajar, anda perlu memastikan cadangan penyelidikan anda memenuhi kehendak dan panduan yang diberikan oleh institusi dan universiti. Ia adalah penting bagi membantu anda merancang proses penyelidikan dan memudahkan penyediaan tesis atau disertasi. Terdapat beberapa kelemahan biasa yang dihadapi oleh pengkaji semasa menyediakan cadangan penyelidikan (Allen, 1960). Cadangan yang dihantar oleh pengkaji dan pelajar bagi projek akademik cenderung mengandungi kelemahan seperti di dalam Jadual 10.1. Jadual 10.1: Kelemahan Cadangan Penyelidikan Kelemahan Justifikasi permasalahan kajian Kaedah penyelidikan Penjelasan Penjelasan projek tidak fokus dan arah penyelidikan tidak jelas. Permasalahan kajian tidak cukup signifikan untuk menyokong atau memberi justifikasi pencarian ilmu baru. Permasalahan kajian hanya menarik minat kumpulan tertentu dan mempunyai banyak kekangan. Permasalahan kajian terlalu kompleks dari apa yang difikirkan oleh pengkaji. Hipotesis diragukan atau tidak mempunyai cukup bukti. Reka bentuk dan kaedah penyelidikan terlalu samar dan tidak fokus. Data yang ingin dikumpulkan oleh pengkaji sukar diperoleh atau tidak sesuai dengan permasalahan kajian. Kaedah dan pengukuran instrumen tidak sesuai dengan reka bentuk kajian. Cadangan penyelidikan tidak menyatakan alat akan digunakan atau mengetengahkan alat yang ketinggalan zaman untuk digunakan dalam kajian. Pendekatan statistik yang dicadangkan tidak dipertimbangkan dengan baik, terlalu mudah atau tidak memberikan keputusan yang tepat.

182 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Penulis cadangan Penulis tidak mempunyai latihan dan pengalaman yang mencukupi dalam topik cadangan penyelidikan. Oleh itu, adalah penting untuk memilih topik yang anda tahu dan biasa dalam bidang tertentu. Penulis tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan projek penyelidikan Penulis tidak mengulas kajian-kajian lepas dengan kritis dan hanya menulis balik literatur yang sedia ada. Penulis tidak memetik atau merujuk rujukan yang perlu berdasarkan jurnal akademik atau kertas-kertas penyelidikan. SEMAK KENDIRI 10.3 1. Jelaskan kelemahan biasa yang sering dihadapi semasa menulis cadangan penyelidikan. 2. Bagaimana cadangan penyelidikan baik ditandai aras? 10.5 ETIKA PENYELIDIKAN Etika ialah norma-norma atau tingkah laku standard yang memberi panduan apabila kita membuat pilihan atau apabila kita berhubungan dengan orang lain. Ia merujuk kepada kesesuaian tingkah laku pada hak-hak subjek dalam penyelidikan atau mereka yang mungkin terkesan daripada penyelidikan yang dibuat. Pengkaji perlu mempertimbangkan isu-isu etika apabila menjalankan penyelidikan dan memastikan tiada yang tercedera atau menderita daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Pengkaji perlu sensitif pada kesan kerja penyelidikan terhadap mereka yang memberikan data, mereka yang memberikan kerjasama secara terus atau sebaliknya, mereka yang memberikan akses, dan mereka yang terkesan dengan dapatan kajian.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 183 10.6 ISU UTAMA ETIKA Antara isu-isu utama etika yang mungkin timbul ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Privasi peserta yang menyertai penyelidikan atau yang mungkin menyertai penyelidikan; Kerelaan penyertaan dan hak untuk menarik diri dari sebahagian atau keseluruhan proses; Persetujuan atau kemungkinan penipuan di kalangan peserta; Mengekalkan kerahsiaan data yang diberikan oleh individu, identiti mereka dan kehendak mereka agar mereka kekal tidak dikenali; Reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengumpul data; Kesan terhadap peserta dari segi penyelidik menggunakan, menganalisis dan melaporkan data; dan Tingkah laku dan objektiviti pengkaji. Privasi ialah isu utama etika dan harus dihadapi oleh pengkaji apabila melaksanakan projek penyelidikan. Hampir semua aspek etika, termasuklah persetujuan, kerahsiaan, reaksi peserta, kesan dari penggunaan, analisa dan laporan penyelidikan boleh menjejaskan dan berkaitan dengan privasi peserta. 10.7 ISU ETIKA SEMASA PERINGKAT PERMULAAN PROSES PENYELIDIKAN Semasa peringkat permulaan proses penyelidikan, pengkaji perlu mendapatkan akses ke dalam agensi, organisasi atau individu. Masalah etika yang mungkin timbul ialah apabila peserta tidak jelas tentang objektif kajian dan apabila pengkaji memberi tekanan mendapatkan akses. Isu juga timbul apabila pengkaji menelefon atau mendekati peserta pada masa yang tidak atau kurang sesuai. Akses kepada data sekunder juga mempunyai kesan etika, sebagai contoh, apabila pengkaji mengumpul data peribadi individu yang tidak memberikan persetujuan untuk terlibat dalam projek penyelidikan.

184 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Persetujuan untuk menyertai projek penyelidikan bukanlah satu perkara yang mudah kerana apabila seseorang individu bersetuju untuk terlibat, ia tidak bermakna mereka benar-benar bersetuju. Sifat persetujuan boleh dibezakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.3. Rajah 10.3: Perbezaan sifat persetujuan AKTIVITI 10.1 Pada pandangan anda, mengapakah isu etika menjadi kebimbangan utama dalam proses penyelidikan? Jelaskan bagaimana isu ini boleh ditangani.

TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN 185 SEMAK KENDIRI 10.4 Tandakan Betul atau Salah pada kenyataan berikut: No. Soalan Betul Salah 1. Cadangan penyelidikan dalaman disediakan oleh unit atau bahagian penyelidikan bagi klien dari jabatan atau bahagian lain di dalam syarikat. 2. Cadangan penyelidikan akan menyatakan dapatan kajian. 3. Instrumen pengumpulan data mestilah dimusnahkan sekiranya data boleh digunakan. Bahagian penyataan masalah menyatakan masalah dan menjelaskan kesan-kesannya. 4. Sorotan literatur adalah kajian ke atas laporan yang telah diterbitkan dan data sekunder. 5. Antara bahagian penting dalam cadangan penyelidikan luaran ialah objektif, reka bentuk dan kelayakan. 6. Yuran bagi agensi penyelidikan luar mesti dibayar terlebih dulu sebelum kerja penyelidikan dimulakan. 7. Etika ialah norma-norma tingkah laku yang memberi panduan moral. 8. Data eksplorasi membina semula latar belakang responden atau mengenal pasti mereka. 9. Adakah seseorang penasihat perlu berpegang teguh dengan dengan rumusan yang dibuat dari kajian dan data sebenar, walaupun ini bermakna beliau tidak akan mendapat kontrak lagi pada masa hadapan? 10. Hak terhadap privasi bermaksud responden tidak boleh menolak untuk memberi jawapan apabila soalan-soalan adalah berkenaan kepentingan awam.

186 TOPIK 10 PENULISAN CADANGAN DAN ETIKA DALAM PENYELIDIKAN Cadangan penyelidikan ialah perancangan keseluruhan, struktur dan strategi untuk mendapatkan jawapan bagi permasalahan kajian yang menjadi asas projek penyelidikan. Cadangan penyelidikan seharusnya padat, tepat dan mengetengahkan permasalahan kajian sebagai tema utama. Carta Gantt adalah penting untuk menunjukkan perancangan dan jadual projek penyelidikan sepanjang proses penyelidikan dijalankan. Proses membina dan memperjelaskan topik penyelidikan adalah bahagian yang paling kritikal dalam proses penyelidikan. Menulis cadangan penyelidikan membantu pengkaji menyusun idea dan boleh dilihat sebagai kontrak antara pengkaji dan klien. Kandungan cadangan penyelidikan perlu mengandungi apa yang ingin dikaji, mengapa dan apa yang ingin dicapai dan bagaimana untuk mencapainya untuk pemahaman pembaca. Etika penyelidikan mestilah diiktiraf dan dipertimbangkan pada permulaan projek penyelidikan. Ia juga digunakan untuk menilai cadangan. Isu etika wujud dalam peringkat penyelidikan seperti mendapatkan akses kepada data, waktu pengumpulan data, semasa menganalisis data dan apabila melaporkan dapatan kajian. Cadangan Etika Jadual projek Kepentingan kajian