7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini."

Transkripsi

1 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal selidik dan ujian pasca. Saya juga telah menerangkan secara jelas tentang cara mengumpul data untuk setiap peringkat yang berbeza. Tujuan saya menggunakan kaedah pengumpulan data tersebut adalah untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah mencukupi supaya dapat memberi bukti dan sokongan yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.1 Ujian Dalam kajian tindakan ini, saya telah melaksanakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Setiap peserta diberi masa sebanyak 40 minit untuk menyiapkan kedua-dua ujian tersebut. Bentuk soalan ujian adalah melengkapkan jadual sifir 2-5. Setiap jadual sifir mempunyai sepuluh soalan sahaja. Murid dikehendaki duduk secara berasingan bagi mengelakkan berlakunya kes peniruan jawapan rakan sebaya semasa ujian sedang dijalankan. Sebelum memulakan pengajaran, saya telah menjalankan ujian pra kepada empat orang peserta kajian bagi melihat sejauh mana murid memahami tentang konsep pendaraban sebelum saya memperkenalkan teknik ENIS. Tujuan saya melaksanakan ujian pra sebelum memulakan pengajaran adalah untuk mengenal pasti betapa seriusnya murid-murid mengalami masalah tentang penguasaan kemahiran sifir 2 hingga 5 supaya saya boleh merancang pengajaran dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pemikiran mereka. 37

2 Pada peringkat pelaksanaan tindakan terakhir, saya telah menggunakan kaedah ujian pasca untuk mengumpul maklumat yang lebih lanjut dan kukuh. Daripada ujian pasca yang telah saya laksanakan, jawapan murid dapat menunjukkan keupayaan mereka menguasai konsep pendaraban. Justeru, prestasi pencapaian murid dijadikan sebagai salah satu bahan bukti dan sokongan untuk mencapai objektif kajian tindakan ini. Contoh soalan ujian pra dan pasca ditunjukkan dalam Lampiran G. 7.2 Pemerhatian Pada peringkat 1, 2 dan 3, saya telah menggunakan borang pemerhatian dan rakaman video untuk membuat pemerhatian. Setiap kali selepas sesi bimbingan dengan peserta, saya telah mencatatkan maklumat penting atau refleksi kendiri dalam borang pemerhatian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap perkembangan dan tingkah laku Janet, Zoey, Alex dan Brian. Borang pemerhatian juga terdapat catatan refleksi kendiri untuk mencatat kekuatan dan kelemahan murid semasa menguasai teknik ENIS. Pemerhatian ini juga mencatatkan tentang pendapat, perasaan dan pandangan saya terhadap sebelum dan selepas memperkenalkan teknik ENIS kepada empat orang peserta tersebut. Bagi peringkat 1, tujuan saya menggunakan borang pemerhatian ini adalah untuk mencatat keupayaan murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan teknik ENIS. Dengan ini, saya dapat membuat permerhatian yang lebih mendalam mengenai perubahan yang berlaku pada peserta saya dan peristiwa yang telah berlaku di luar jangkaan saya. Manakala di peringkat 2, murid diberi peluang melukis konsep pendaraban di papan paparan selepas saya menunjukkan teknik melukis tersebut. Saya juga telah 38

3 membuat permerhatian ke atas keupayaan murid melukiskan konsep pendaraban di papan paparan. Tujuan saya pada peringkat kedua ini adalah untuk melihat kebolehan murid menguasai konsep iaitu boleh melukis dengan kemas untuk mewakili kumpulan dan setiap ahli bilangan dalam kumpulan di peringkat konkrit. Dalam proses pemerhatian, saya telah mencatatkan kesilapan yang dilakukan oleh murid untuk menunjukkan bahawa mereka masih belum menguasai teknik melukis yang telah diajar. Setelah murid dibimbing pada setiap sesi bimbingan, saya telah mencatatkan perkembangan dan tingkah laku murid terhadap cara belajar sifir melalui teknik melukis serta membuat refleksi kendiri untuk membuat penilaian terhadap kesesuaian teknik melukis digunakan dalam kajian ini. Pada peringkat 3, saya telah membuat pemerhatian ke atas keupayaan murid menulis ayat matematik di papan paparan. Setelah murid menguasai konsep pendaraban melalui peringkat konkrit dan perwakilan, saya juga membuat pemerhatian ke atas kebolehan murid menyatakan ayat matematik dan jawapan secara spontan, cepat serta betul. Segala perkembangan dan tingkah laku murid yang saya perhatikan telah dicatat di borang pemerhatian dengan jelas dan teliti. Tujuan saya menggunakan teknik permerhatian ini di peringkat Simbolik ini adalah untuk menilai kesesuaian penggunaan teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Contoh borang pemerhatian saya adalah seperti di Rajah 8. 39

4 Rajah 8. Contoh borang pemerhatian. 7.3 Rakaman video Rakaman video juga digunakan di setiap peringkat untuk merakamkan keadaan murid menggunakan Joyboard, situasi murid melukis konsep pendaraban di papan paparan dan aktiviti permainan Jom Darab. Tujuan saya menggunakan rakaman video ini adalah untuk memudahkan saya merujuk semula proses pengajaran yang telah dilaksanakan supaya dapat melihat kekuatan dan kelemahan serta perkembangan peserta dalam menyusun objek melalui penggunaan Joyboard, dan keupayaan murid melukis konsep pendaraban. Kelebihan rakaman video ini membantu saya menganalisis semula keadaan pembelajaran murid dan membimbing saya membuat refleksi terhadap amalan pengajaran secara berkesan. 40

5 7.4 Temu bual Dalam proses pelaksanaan peringkat 1, saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk berkomunikasi dengan peserta secara berkumpulan. Tujuan saya menggunakan kaedah temu bual ini adalah untuk mendapatkan pendapat, pandangan, perasaan dan cadangan serta kefahaman peserta tentang kesesuaian penggunaan teknik ENIS dalam proses pembelajaran konsep pendaraban. Semasa sesi temu bual berlangsung, saya menggunakan rakaman video untuk merakamkan keseluruhan keadaan supaya saya boleh mendengar dan melihat semula serta menterjemahkan perbualan ke dalam bentuk transkrip. Contoh transkrip temu bual secara kumpulan antara pengkaji dengan peserta kajian adalah di Rajah 9. Rajah 9. Transkrip temu bual secara berkumpulan. Temu bual juga dijalankan pada peringkat ini sebanyak tiga kali. Bentuk soalan temu bual adalah separa struktur. Saya juga mengemukakan soalan tambahan kepada peserta saya untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut dan memahami pemikiran peserta dengan baik. Jawapan yang diberikan oleh peserta telah membantu saya membuat penilaian terhadap keupayaan murid menggunakan bahan manipulatif untuk menguasai konsep pendaraban dengan berjaya atau tidak. 41

6 Selepas berbincang hasil kerja murid, saya menemu bual peserta secara berkumpulan. Tujuan saya menggunakan kaedah temu bual ini di peringkat 2 adalah untuk membantu saya meneroka pemikiran peserta melalui perbualan tentang pendapat dan perasaan mereka terhadap kaedah melukis konsep pendaraban bagi sifir 2 hingga 5. Melalui sesi temu bual dengan peserta, saya dapat menilai sejauh mana kesesuaian teknik ENIS ini digunakan untuk membantu murid menguasai pemahaman konsep pendaraban. Setiap sesi temu bual dengan peserta, saya telah berusaha membina hubungan yang mesra dan baik dengan peserta supaya dapat menggalakkan peserta berani meluahkan perasaan dan idea terhadap keseluruhan proses pembelajaran melalui teknik ENIS. Pada peringkat 4, murid telah menduduki satu ujian pasca di Bilik Pemulihan Khas. Selepas itu, saya pun menjalankan sesi temu bual dengan empat orang peserta. Saya telah mengemukakan lima soalan yang berbentuk separa struktur untuk mengetahui tentang pengetahuan, pemahaman, perasaan dan pendapat peserta kajian selepas menguasai konsep pendaraban melalui teknik ENIS. Semasa murid berkongsi pengalaman mereka, saya memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mendengar dan cuba menggambarkan perasaan peserta serta benar-benar memahami perasaan dan fikiran peserta secara menyeluruh. Perbualan antara pengkaji dengan peserta kajian telah dirakam dan dicatat semula dalam bentuk transkrip supaya dapat membaca semula pandangan yang dikongsi oleh peserta kajian terhadap penggunaan teknik ENIS. Melalui transkrip yang ditunjukkan di Rajah 9, saya boleh mengkategorikan dan merumus isi-isi penting yang telah disampaikan oleh peserta dengan baik. Justeru itu, kaedah temu bual ini digunakan di setiap peringkat dapat membantu saya menganalisis persepsi 42

7 murid terhadap penggunaan teknik ENIS dengan baik. Jadual 3 menunjukkan rumusan tentang pelaksanaan temu bual pada peringkat 1, 2 dan 4. Jadual 3 Ringkasan Pelaksanaan Temu Bual Peringkat P1 P2 P3 P4 Jumlah Bilangan temu bual Bilangan transkrip temu bual Analisis dokumen Selain itu, analisis dokumen berbentuk lembaran kerja dan kuiz telah digunakan di peringkat 2 ini. Saya juga telah menyediakan lembaran kerja kepada murid dengan mengikut perancangan jadual pelaksanaan tindakan. Daripada hasil latihan dan lembaran kerja, saya boleh mengumpul data tentang perkembangan murid menguasai konsep mendarab melalui kaedah melukis. Data tersebut juga merupakan data yang penting dan boleh dipercayai untuk membuktikan tahap perkembangan murid dalam proses pembelajaran sifir darab. Setiap kali selepas saya menyemak hasil kerja murid, saya mesti berbincang dengan peserta kajian tentang kesilapan yang dilakukan oleh mereka semasa menjawab soalan serta membimbing mereka membetulkan kesilapan tersebut secara beransur maju. Oleh itu, kelemahan dan kekuatan murid belajar sifir melalui teknik melukis dapat ditonjolkan secara jelas daripada jawapan pada lembaran kerja dan kuiz yang diberi. Contoh hasil lembaran kerja bertulis pertama, kedua dan ketiga ditunjukkan dalam Lampiran H. 43

8 Apabila murid menguasai cara menulis ayat Matematik di peringkat ke-3, saya telah memberi latihan intensif kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran mengira. Selepas menyemak hasil latihan murid, saya mengumpul data dengan menganalisis lembaran kerja murid dari segi kekuatan dan kelemahan murid menjawab soalan. Kemudiannya, saya juga membuat perbandingan antara latihan yang lepas dengan latihan yang kini bagi keempat-empat orang peserta kajian. Sehubungan itu, ia dapat menunjukkan sejauh mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap konsep dan kemahiran bagi sifir 2 hingga 5 melalui teknik ENIS. Contoh lembaran kerja pertama dan kedua tentang menulis ayat matematik berpandukan gambar rajah bagi empat orang peserta seperti ditunjukkan dalam Lampiran I. 7.6 Soal Selidik Pada peringkat 4 ini, soal selidik telah digunakan untuk melihat persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS dalam penguasaan kemahiran bagi sifir darab 2 hingga 5. Terdapat jumlah sepuluh soalan disediakan dalam borang soal selidik. Item yang dibina dalam bentuk ayat pendek dan mudah difahami oleh peserta Tahun 3 supaya mereka dapat memberi gerak balas yang cepat dan tepat. Kandungan soal selidik yang digunakan adalah berkaitan dengan pengetahuan, minat, perasaan dan pemahaman terhadap pengunaan teknik ENIS. Maka, soalan-soalan disusun mengikut urutan yang bersesuaian dari peringkat awal sehingga ke peringkat akhir supaya dapat memandu peserta menjawab item-item soalan selidik secara berperingkat. Gerak balas dan maklumat yang diberi dalam soal selidik dapat menonjolkan pendapat dan pandangan peserta terhadap teknik baru yang diperkenalkan untuk mempelajari konsep pendaraban. Contoh soal selidik adalah 44

9 seperti dalam Lampiran J. Dengan itu, peserta hanya perlu memberi jawapan yang ringkas iaitu memilih Ya atau Tidak. Secara keseluruhannya, kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan pada setiap peringkat adalah untuk kegunaan menjawab soalan-soalan kajian ini. Saya juga telah meringkaskan jenis-jenis data yang telah dikumpulkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan pembaca memahami secara jelas dan berperingkat. Ringkasan bagi jenis-jenis data dikumpulkan untuk menjawab soalan kajian ada di dalam Lampiran K. 45

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk 8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK OH, ITUNYA DARAB! Oleh Chai Mei Ling ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu Liu menguasai kemahiran mendarab. Dalam kajian ini, teknik yang digunakan untuk membantu Liu menguasai kemahiran mendarab adalah

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENGAJARAN BERPASANGAN LAMPIRAN 2-2 PENGAJARAN BERPASANGAN 1. Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh Janting anak Ringkai Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bertujuan

Lebih terperinci

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

015/025/035 MATEMATIK

015/025/035 MATEMATIK 015/025/035 MATEMATIK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 035 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 40 Masa : 40 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas

Lebih terperinci

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah) No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P Bahagian A (30 markah) 1. A 2. D 3. A 4. C 5. D 6. B 7. C 8. B 9. C 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. C 16. D 17. B 18. A 19. B 20. D 21. B 22. B 23. C 24. D 25. B 26. D

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi

Lebih terperinci

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PENGENALAN Murid-murid yang mengambil subjek Bahasa Melayu di Sekolah Mee Toh merangkumi kurang daripada 3%. 70% daripada mereka lebih kerap

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA TAJUK 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA 7.1 Sinopsis Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan.

Lebih terperinci

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 1. Nama Guru : Rohaiza Azlina Binti Zakaria 2. Nama Sekolah : Sk. Syed Ibrahim, Pendang, Kedah 3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 6. Tajuk : Tulis, Sapu dan Kira 7. SINOPSIS

Lebih terperinci

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI REFLEKSI Refleksi Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL KEMAHIRAN ASAS MENGIRA ProTiM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM 3M ProTiM MODUL KEMAHIRAN ASAS MENGIRA (Edisi Ketiga) TERBITAN

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Lebih terperinci

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN APA YANG DI LIHAT 4.1 Penglibatan Murid Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3. Tajuk : Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3. Sinopsis :Saya telah diamanahkan berdampingan dengan guru mata pelajaran Bahasa

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04) Aspek 4.1 PANDUAN PENAN PENCERAPAN P & P (PK04) Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran Penglibatan murid dalam aktiviti P&P membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan Hampir keseluruhan murid terlibat

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid panduan kepada guru memberi pemeringkatan aras penguasaan berdasarkan hasrat kurikulum satu alat untuk menyokong pembelajaran

Lebih terperinci

ARAHAN: ( )

ARAHAN: ( ) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP. 3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. 3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara

Lebih terperinci

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pendekatan

Lebih terperinci

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam

Lebih terperinci

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai. 4. PRAKTIKUM 4.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak 29 Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT Haryati Surana haryati_surana@moe.edu.sg Nur Syahirah Sa adon nur_syahirah_saadon@moe.edu.sg Sekolah Rendah West View Abstrak Golongan kata merupakan

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak 12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran

Lebih terperinci

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit. Strategi pemusatan guru meletakkan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV Oleh Abdillah Bin Nurdin Asis ABSTRAK Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP MODEL KURIKULUM Nordin Tahir IPIP Pembentukan Model Kurikulum Tyler Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: 1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? 2. Apakah pengalaman Pendidikan yang

Lebih terperinci

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG SEKOLAH RENDAH YANGZHENG 1 PROGRAM BAHASA MELALUI MUZIK @MUZIK BOOMZ! PENGENALAN Berdasarkan rekod pencapaian murid Darjah 5, kemahiran mendengar dan bertutur mereka perlu dipertingkatkan. Penguasaan kosa

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-07 KOD AMALAN PENILAIAN

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Nombor dan Operasi TAHUN 2 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011 Cetakan Pertama 2011

Lebih terperinci

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan PENGAJARAN 6 2.0 PERWAKILAN DATA 2. Sistem Nombor Perduaan 2.. Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan Kandungan Muka Surat Rancangan Pengajaran 72 Lampiran 6-77 Lembaran Kerja 6-82 Lembaran

Lebih terperinci

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian saya bermula apabila tumpuan saya diberi terhadap seorang murid tahun 5 ketika

Lebih terperinci

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3 Mata pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 3 Inovatif Tarikh / Hari : 6 Jamadil Awal 1436 /25 Februari 2015/Rabu Masa : ( 8.10 9.10 pagi ) 60 minit

Lebih terperinci

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya. METAKOGNISI (Metacognition) Pengenalan Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya. Contoh: Omar sedar yang dia

Lebih terperinci

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN Oleh Cathy John ABSTRAK Kajian ini saya jalankan setelah mendapati Mark, seorang murid Tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran membaca khususnya suku kata KVKV. Setelah

Lebih terperinci

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base zulaina_zulkifli@moe.edu.sg

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Lampiran PBS PISMP LAMPIRAN 1-1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak

Lebih terperinci

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Penilaian Kendiri Sekolah TUJUAN: Instrumen ini diguna pakai oleh sekolah untuk mengukur tahap

Lebih terperinci

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan

Lebih terperinci

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Abstrak Kajian Tindakan

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI). Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman

Lebih terperinci

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial Teori Perkembangan Moral Kohlberg Penaakulan Moral Elemen-elemen Penaakulan Moral Peringkat-peringkat Penaakulan Moral Orientasi Moral Peringkat 1 Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 2 Timbal Balik Peringkat

Lebih terperinci

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? LATIHAN 5.1 SOALAN 1 KAJIAN TEMPATAN Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga komponen

Lebih terperinci

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Pelajar mengaplikasi konsep dan prinsip yang dipelajari Pelajar memformulasi masalah menggunakan maklumat yang diterima daripada pembacaan dan syarahan Pelajar menilai dengan kritis konsep dan prinsip

Lebih terperinci

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John Jamrah Sibin jamstjc@gmail.com Jeswenny Fresshila John jazzfrezz@yahoo.com 1. TAJUK INOVASI RODA KERAJINAN (Penyertaan Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF a. Menghasilkan alat bantu mengajar yang dapat

Lebih terperinci

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971) PENGAJARAN KONSEP PENGAJARAN Aktiviti / proses yg dirancang / dikelola / disampaikan / dibimbing / dinilai dgn tujuan penyebaran ilmu pengetahuan / kemahiran secara berkesan. Thomas F. Green : The Activitis

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN DISEDIAKAN OLEH : KHADIJAH BINTI MD AHAD PENSYARAH: DR. ASWATI HAMZAH REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN 1.0 PENGENALAN Berdasarkan Berdasarkan tugasan yang diberikan dalam pengajaran mikro,

Lebih terperinci

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU

KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS HJ SHA'ARI HJ OMAR KJ SAINS IPG KOTA BHARU KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Biasanya kesimpulan awal

Lebih terperinci

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi

Lebih terperinci

Objektif Umum. Peserta dapat mengetahui mengenai: Konsep refleksi Penilaian kendiri Jurnal reflektif

Objektif Umum. Peserta dapat mengetahui mengenai: Konsep refleksi Penilaian kendiri Jurnal reflektif PENULISAN REFLEKSI Objektif Umum Peserta dapat mengetahui mengenai: Konsep refleksi Penilaian kendiri Jurnal reflektif Refleksi Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji menggunakan dua kaedah dalam penyelidikan ini. Dua kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji

Lebih terperinci

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Sekolah Menengah Naval Base Pusat Bahasa Melayu Singapura Abstrak Memupuk minat membaca karya-karya dalam

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) Subjek: Bahasa Melayu Tingkatan/Tahun: Tingkatan 2 Bilangan murid: Masa: Tajuk: Kemahiran/tajuk kecil: Standard Pembelajaran: 12 orang 9.00 pagi 10.00

Lebih terperinci

OBJEKTIF PENGENALAN

OBJEKTIF PENGENALAN .. OBJEKTIF Bagi membolehkan guru-guru: a. Membina satu modul portfolio. b. Menentukan kriteria penilaian portfolio. c. Membina instrumen dan item penilaian. d. Memantau pembelajaran melalui peta perkembangan

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN (5) REFLEKSI P&P YG LALU GELUNGAN KEDUA MEMBUAT REFLEKSI TERHADAP KEBERKESANAN TINDAKAN Mengenal pasti Masalah Amalan, Isu/ Situasi 1) MENENTUKAN ISU KEPRIHATINAN /

Lebih terperinci

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAMPIRAN 1-1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk

Lebih terperinci

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN 1. KONSEP Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan,

Lebih terperinci

PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN MASTERI Pentingnya Pembelajaran Masteri PEMBELAJARAN MASTERI Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian minimum

Lebih terperinci

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 1. Ahli Jawatankuasa DASAR PENGURUSAN KURIKULUM Jawatankuasa Kurikulum diketuai oleh Guru Besar Penolong Kanan 1 (Kurikulum), Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum menjadi Urusetia Ketua-ketua

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci