Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran"

Transkripsi

1 Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

2 PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: sesi pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu. 51

3 ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: - berehat - membuat kerja rumah - bersukan - membantu ibu bapa - melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan. iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu? Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: Mengurangkan pembaziran waktu Lebih memberi fokus kepada pelajaran Pengurusan masa lebih teratur Mengambil kira semua mata pelajaran Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja 52

4 GAYA PEMBELAJARAN i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya belajar tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. 53

5 ii. Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini: Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik ) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 1. GAYA VAK Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik 1.1 Gaya Pembelajaran Visual Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 54

6 Murid visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. 1.2 Gaya Pembelajaran Auditori Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. 1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktivitimelalui hands-on. 55

7 2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut: MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS UNSUR CIRI Alam Sekitar Bunyi Cahaya Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai. Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu diransang oleh guru. Emosi Ketabahan Tanggung jawab Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan guru. Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. 56

8 STIMULUS UNSUR CIRI Sendiri Suka belajar sendiri. Pasangan Suka belajar secara berpasangan. Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya. Sosiologi Pasukan Suka belajar dalam kumpulan. Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya. Pelbagai cara Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas. Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Fizikal Makan Waktu Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. 57

9 STIMULUS UNSUR CIRI Global atau Analitik Murid global suka belajar secara menyeluruh; murid analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Psikologi Otak kiri atau Otak kanan Murid ini lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; murid yang lebih cenderung memproses maklumat di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Reflektif Murid yang impulsif bertindak secara spontan manakala murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak. 58

10 3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid. Nama :.. Kelas :. Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut: SS Sangat Setuju S Setuju TP Tidak Pasti TS Tidak Setuju STS Sangat Tidak Setuju Bil. Item SS (5) 1. Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahaminya dengan baik. S (4) TP (3) TS (2) STS (1) 2. Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas. 3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan jika saya melakukannya bersama dengan murid lain. 4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan. 5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan murid yang lain. 6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. 7. Saya belajar dengan lebih baik jika seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu. 8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik. 59

11 9. Saya lebih mengingati perkara yang saya dengar dikelas daripada perkara yang saya baca. 10. Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik. 11. Lebih banyak yang saya pelajari dengan membuat model bagi sesuatu perkara. 12. Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan. 13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian. 14. Lebih banyak yang saya pelajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas. 15. Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas. 16. Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu. 17. Saya belajar dengan lebih baik jika guru menyampaikan penerangan. 18. Jika saya belajar bersendirian saya belajar dengan lebih baik. 19. Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil bahagian dalam main peranan. 20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya mendengar sesuatu perkara. 21. Saya genar membuat tugasan bersama dengan dua atau tiga orang rakan yang lain. 22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih mengingati sesuatu yang saya pelajari dengan lebih baik. 23. Saya lebih gemar belajar dengan seseorang. 24. Saya belajar dengan lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu. 25. Saya seronok membuat sesuatu untuk projek kelas. 60

12 26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas apabila saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan. 27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri. 28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu projek secara bersendirian. 29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru. 30. Saya suka bekerja bersendirian. (Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984) Lembaran Permarkahan Kendiri Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada ruang yang betul. Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Visual Kecekatan Tangan Auditori Skor Skor Skor 61

13 Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan Jumlah Skor = Jumlah x 2 Berkumpulan Kinestetik Bersendirian Skor Skor Skor SKOR Gaya pembelajaran utama Gaya pembelajaran kedua Gaya pembelajaran yang tidak penting

14 Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Gaya Pembelajaran Penerangan Utama 1. Visual Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat. 2. Auditori Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan kelas. 3. Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru. 4. Kecekatan Tangan Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. 5. Berkumpulan Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru. 6. Bersendirian Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian. Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran. (Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas). 63

PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN MASTERI Pentingnya Pembelajaran Masteri PEMBELAJARAN MASTERI Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian minimum

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR NordinTahir IPG Kampus Ipoh Jenis-jenis Gaya Belajar Gaya Belajar Visual Gaya Belajar Audiotory Learners Gaya Belajar Tactual Learners Gaya Belajar Kinestatik Gaya Belajar

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Penilaian Kendiri Sekolah TUJUAN: Instrumen ini diguna pakai oleh sekolah untuk mengukur tahap

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk 8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

REFLEKSI ERLLEY LILLEY REFLEKSI ERLLEY LILLEY Pertama sekali, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana tugasan yang diberikan kepada saya dapat disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu DR. Tey

Lebih terperinci

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang hamid_awang@oum.edu.my Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak 07 Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus Zarina Sidik zarina_sidik@moe.edu.sg Nur Adawiyah Rosli nur_adawiyah_rosli@moe.edu.sg Sekolah Rendah Ang Mo Kio Abstrak Murid

Lebih terperinci

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2015 Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Kandungan Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu (BM) Model Kemahiran Teras Bahasa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Bahan

Lebih terperinci

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG SEKOLAH RENDAH YANGZHENG 1 PROGRAM BAHASA MELALUI MUZIK @MUZIK BOOMZ! PENGENALAN Berdasarkan rekod pencapaian murid Darjah 5, kemahiran mendengar dan bertutur mereka perlu dipertingkatkan. Penguasaan kosa

Lebih terperinci

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK OH, ITUNYA DARAB! Oleh Chai Mei Ling ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu Liu menguasai kemahiran mendarab. Dalam kajian ini, teknik yang digunakan untuk membantu Liu menguasai kemahiran mendarab adalah

Lebih terperinci

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh Simdrom Down Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut

Lebih terperinci

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) 1 DIMENSI KUALITI TADBIR URUS 1. Menyediakan dokumen pernyataan visi dan misi prasekolah. 2. Menyediakan senarai harta modal dan inventori peralatan.

Lebih terperinci

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN Satu KONSEP proses MEDIA sistematik untuk merekabentuk, membangun,melaksana & menilai pengajaran ~ Media / medium saluran (Dick & komunikasi

Lebih terperinci

OBJEKTIF PENGENALAN

OBJEKTIF PENGENALAN .. OBJEKTIF Bagi membolehkan guru-guru: a. Membina satu modul portfolio. b. Menentukan kriteria penilaian portfolio. c. Membina instrumen dan item penilaian. d. Memantau pembelajaran melalui peta perkembangan

Lebih terperinci

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN Sukacita dimaklumkan anda telah dipilih untuk kajian ilmiah ini yang bertujuan mendapatkan fakta berhubung dengan gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan anda, khususnya

Lebih terperinci

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Seseorang pendengar yang baik ialah apabila dia dapat mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka. Kemahiran mendengar

Lebih terperinci

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C. ARAHAN KEPADA CALON: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: Bahagian B: Bahagian C: 30 soalan objektif 3 soalan struktur 4 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

Unit 5 Pendekatan Tematik

Unit 5 Pendekatan Tematik Unit 5 Pendekatan Tematik Pengajaran dan Pembelajaran KBSR Yang Bersepadu dan Tematik Modul Lati han Guru Tahun 1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun I 67 PERANCANGAN SESI PENDEKATAN TEMATIK Unit

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM TAJUK 2: FALSAFAH, KONSEP & MATLAMAT KOKURIKULUM Tumpukan kepada BAB 2 halaman 18 32 sahaja. Menjelaskan konsep kokurikulum Menganalisis falsafah kokurikulum sekolah Membincang

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

Lebih terperinci

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, psikologi dan pengalaman murid. Kemahiran

Lebih terperinci

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN 8 MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN Mohamad Khair Johari Noraini Abdullah Hee Zubaidah Zainal Abidin Sekolah Rendah Rivervale Abstrak Jabatan

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR 2 Bahan ini dibangukan dan diterjemahkan berdasar nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education, United Kingdom Beri masa untuk merancang bagaimana anda hendak memperkenalkan

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal Topik 5 Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan konsep kemahiran interpersonal; 2. Menerangkan konsep kemahiran intrapersonal;

Lebih terperinci

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN OLEH : NUR ALIA ASYURA BINTI HARUN & KUMPULAN KAEDAH MENGAJAR BM 1 PERKARA Modul Tatabahasa Tema/Tajuk

Lebih terperinci

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN 1. PEMUSATAN GURU: Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit. Strategi pemusatan guru meletakkan

Lebih terperinci

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017 Bahasa Melayu Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017 1 Matlamat Taklimat Kurikulum BM Penilaian Holistik Panduan Ibu Bapa guna buku CEKAP 2 Kurikulum

Lebih terperinci

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada Soalan 2 Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut : Teori-teori perkembangan manusia

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR) S/KANDUNGAN 4.1 Interaksi antara Haiwan S/PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyatakan maksud interaksi antara haiwan ialah bentuk hubungan yang berlaku dalam TAJUK intraspesies dan interspesies bagi memperoleh keperluan

Lebih terperinci

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN SENARIO (BOLEH SESUAIKAN IKUT PROGRAM PELAJAR) Anda merupakan seorang guru baru di sebuah sekolah yang terpencil, tetapi mempunyai segala kemudahan

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) Subjek: Bahasa Melayu Tingkatan/Tahun: Tingkatan 2 Bilangan murid: Masa: Tajuk: Kemahiran/tajuk kecil: Standard Pembelajaran: 12 orang 9.00 pagi 10.00

Lebih terperinci

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara Latar Belakang Sejarah Kurikulum Prasekolah Bahan Program Pukal Pendidikan Prasekolah 1993 2010

Lebih terperinci

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA TAJUK 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA 7.1 Sinopsis Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan.

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENGAJARAN BERPASANGAN LAMPIRAN 2-2 PENGAJARAN BERPASANGAN 1. Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas

Lebih terperinci

Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan VISI KURIKULUM SEKOLAH BERKUALITI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA MISI Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Panel penggubal kurikulum untuk sekolah menengah menekankan ciri-ciri pendidikan berikut: pengukuhan kemahiran asas

Lebih terperinci

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH INISIATIF PPPM PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR Nordin Tahir, IPG Ipoh KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur merupakan cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada

Lebih terperinci

Taklimat untuk Guru BM

Taklimat untuk Guru BM Taklimat untuk Guru BM Memahami Kandungan Subjek dan Matlamat Memahami Pelajar dan Pembelajaran Amalan-amalan Pedagogi Memahami Pengajaran Amalan Pengajaran Singapura (STP) Falsafah Kurikulum Singapura

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS KRITERIA TAHAP 1 CS1 Kemahiran Penyampaian idea tidak Penyampaian Lisan dan yakin, tidak jelas dan Bertulis tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing 58 BAB 5 Skim Guru Pembimbing 1.0 Pengenalan Skim Guru Pembimbing telah lama diperkenalkan dalam program latihan mengajar. Ia sudah menjadi sebahagian daripada program latihan mengajar atau praktikum bagi

Lebih terperinci

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR No. Soalan Dapatan Temubual Dapatan Pemerhatian Dapatan Dokumen-Dokumen Berkaitan P&P Kesimpulan

Lebih terperinci

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

Lebih terperinci

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 8 Khidmat Masyarakat dalam HASIL PEMBELAJARAN Kegiatan Kokurikulum Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan matlamat khidmat masyarakat; 2. Mengenal pasti tumpuan projek khidmat

Lebih terperinci

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN 3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN 44 3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN 3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran

Lebih terperinci

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP MODEL KURIKULUM Nordin Tahir IPIP Pembentukan Model Kurikulum Tyler Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: 1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? 2. Apakah pengalaman Pendidikan yang

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? LATIHAN 5.1 SOALAN 1 KAJIAN TEMPATAN Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut? Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga komponen

Lebih terperinci

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-07 KOD AMALAN PENILAIAN

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN (5) REFLEKSI P&P YG LALU GELUNGAN KEDUA MEMBUAT REFLEKSI TERHADAP KEBERKESANAN TINDAKAN Mengenal pasti Masalah Amalan, Isu/ Situasi 1) MENENTUKAN ISU KEPRIHATINAN /

Lebih terperinci

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU JADUAL WAKTU Bahagian Pendidikan Khas Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jadual waktu perlu diurus dengan baik dan seimbang

Lebih terperinci

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan

Lebih terperinci

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN SEKOLAH MEE TOH PENGENALAN Murid-murid yang mengambil subjek Bahasa Melayu di Sekolah Mee Toh merangkumi kurang daripada 3%. 70% daripada mereka lebih kerap

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid

Lebih terperinci

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN JAWI Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Lebih terperinci

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 20 BAB 2 Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar 1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar 1.1 Menghadiri Taklimat Latihan Mengajar Taklimat Latihan Mengajar diadakan oleh Jawatankuasa

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti

Lebih terperinci

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat Soalan 3 Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan cirriciri positif

Lebih terperinci

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik Darjah 1 & 2 Penilaian Holistik (HA) Darjah 1 & 2 HA merujuk kepada pengumpulan maklumat yang berterusan dari pelbagai sumber dalam pelbagai aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Pengenalan BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk,

Lebih terperinci

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID 24 PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID Haryati Surana Suriati Djuahir Sekolah Rendah West View Abstrak Perisian Toondoo dapat membantu murid dalam kemahiran menulis khususnya pembinaan pelbagai

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 Pusat Perkembangan Kurikulum .%60 KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH

Lebih terperinci

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG SEKOLAH RENDAH PEI TONG 1 PROGRAM YOK KITA TEROKA! PENGENALAN Berdasarkan keputusan penilaian Semester 1 2010, 64.5% murid mendapat 10-15 markah. Peratusan yang mendapat 16-20 markah hanya 9.7%. Keputusan

Lebih terperinci

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR Versi : 13 Mac 2009 0 ISI KANDUNGAN Halaman SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN

Lebih terperinci

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR Sehingga 2013 - PMR Peperiksaan Pusat 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Sejarah 6. Geografi 7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 8. Pendidikan Islam 9. Bahasa Tambahan Bahasa

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR) S/KANDUNGAN 5.1 Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan. S/PEMBELAJARAN 5.1.1 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan menjalankan penyiasatan iaitu: 5.1.2

Lebih terperinci

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Kementerian Pelajaran Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum

Lebih terperinci

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 1. Nama Guru : Rohaiza Azlina Binti Zakaria 2. Nama Sekolah : Sk. Syed Ibrahim, Pendang, Kedah 3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 6. Tajuk : Tulis, Sapu dan Kira 7. SINOPSIS

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN 1. KONSEP Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

PENDIDIKAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KOKURIKULUM 0 Program Klinik Bola Jaring yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid terutama ahli Kelab Bola Jaring untuk mempelajari asas- asas dan teknik dalam

Lebih terperinci

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAMPIRAN 1-1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk

Lebih terperinci

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.0 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan pendekatan

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh MODEL PENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh Model Ekspositori Model Pemprosesan maklumat Model Inkuiri Model Projek. Model Ekspositori Istilah ekspositori diperoleh daripada konsep penjelasan, yang bermakna

Lebih terperinci