MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)"

Transkripsi

1 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Oleh: Nor Salhana Mohd Arshad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam Bukit Kayu Hitam, Kedah ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar di kalangan murid tahun 3 Genius melalui pendekatan kaedah Jabal (bukit). Kemahiran membundar merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam Matematik. Seramai 10 orang murid Tahun 3 Genius dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam membundar. Kesukaran memahami konsep bundar dan tidak dapat membayangkan bagaimana membundar dengan kaedah garis nombor menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pembundaran. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran membundar ini. Sesi bimbingan dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran selama seminggu pada hari Ahad hingga Khamis selama 10 minit bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasar saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam kemahiran membundar. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 3 Genius. Kelas 3 Genius merupakan kelas yang pertama dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan ini perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah membundar dengan betul. Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan membundar secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan membundar, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka salah memberikan jawapan. Hal ini amat mengecewakan saya. Sepuluh orang (31.25%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dengan betul kesemua 6 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan, mungkin mereka boleh menjawab dengan tepat. 2.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 3 Genius iaitu seramai 10 orang. Kemahiran membundar adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya, kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan membundar nombor dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 1

2 Saya menggunakan kaedah Jabal (bukit) dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran membundar dan juga supaya kaedah ini dapat digunakan dalam penyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Di samping itu, kajian ini secara tidak langsung dapat memupuk minat murid-murid terhadap Matematik kerana membundar menjadi lebih mudah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran membundar di kalangan murid-murid Tahun 3 Genius dengan cepat dan tepat dan mampu menarik minat murid untuk mempelajarai mata pelajaran Matematik 3.2 Objektif Khusus Murid dapat memberikan jawapan dengan tepat dan cepat iaitu menjawab semua 6 soalan dengan betul apabila ditanya dalam bentuk soalan bertulis dalam tempoh masa 10 minit KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 10 murid Tahun 3 Genius yang didapati mempunyai masalah membundar terutamanya yang tidak menguasai cara membundar kaedah garis nombor. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid cemerlang. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temubual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran membundar Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan kemahiran membundar. Borang ini diisi oleh murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian muridmurid dalam subtopik bundar. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 10 soalan NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 2

3 subjektif dan murid-murid dikehendaki menjawab di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tempoh masa menjawab adalah 10 minit. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah membundar kaedah garis nombor menjadi masalah kepada 10 orang murid Tahun 3 Ganius. Teknik membundar berbeza-beza (pelbagai cara mengikut pemahaman masing-masing) antara seorang murid dengan murid yang lain. Pada pendapat saya, kaedah Jabal (bukit) merupakan jalan yang paling baik Temu Bual Hasil temu bual dengan kumpulan sasaran, saya dapati 10 orang (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. 4 orang mengaku tidak tahu membundar dan selebihnya mengatakan tahu sedikit tentang membundar Soal selidik Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Membundar BIL PERKARA SETUJU TIDAK SETUJU BIL % BIL % 1 Minat mata pelajaran Matematik Minat subtopik bundar dalam topik Nombor Bulat Berupaya membundar kepada puluh terdekat Mudah lupa kaedah membundar untuk rumah yang lebih besar Bosan dengan kaedah yang diajar oleh guru Berupaya menjawab dengan tepat soalan membundar sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 3

4 5.2.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 3 Genius Dalam Ujian Pra Bilangan soalan yang betul (10 soalan) UJIAN PRA BILANGAN % menguasai tidak menguasai JUMLAH MURID TINDAKAN YANG DIJALANKAN Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak 2 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar di kalangan murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti tersebut ialah: AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH JABAL (BUKIT) a) Aktiviti ini melibatkan guru menerangkan kepada murid-murid cara membundar menggunakan kaedah Jabal (bukit). b) Guru menggunakan medium ict iaitu powerpoint dan juga kad imbasan rajah bukit. c) Pendekatan ini diulang sebanyak 2 kali iaitu 2 hari pdp di dalam kelas. d) Pendekatan ini dilaksanakan dan murid berjaya menguasai kaedah ini dengan betul. AKTIVITI 2: PEMANTAPAN KAEDAH JABAL (BUKIT) a) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid diberikan 10 soalan setiap sesi. b) Murid perlu menjawab 10 soalan membundar dalam tempoh masa 10 minit. c) Murid dikehendaki menyelesaikan soalan membundar dengan merujuk kad rajah bukit. d) Aktiviti ini diulang setiap hari dengan set soalan yang berbeza selama 3 hari berturut turut. 5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH BUKIT Murid didedahkan dengan kaedah Jabal (bukit) selama 1 minggu iaitu hari Ahad dan Isnin. Aktiviti ini dijalankan selama 10 minit setiap hari. Pertama sekali, penerangan tentang cara membundar menggunakan kaedah Jabal (bukit) ini. Kemudian, murid dilatih untuk menyelesaikan soalan bundar dengan menggunakan kaedah Jabal (bukit) dengan betul, NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 4

5 Contoh membundar kaedah Jabal (bukit) Soalan: bundarkan 346 kepada ratus terdekat Bulatkan nombor di rumah ratus dan gariskan nombor di rumah puluh, iaitu 3 4. Maka dapat nombor Tambahkan angka 3 pada sebelah nombor 4 dalam rajah bukit. (sebelah kiri nombor 4) 3. Bayangkan jika menaiki basikal sehingga nombor 4 dan tak larat berkayuh. Basikal akan mengelongsor ke belakang. 4. Maka, nombor akan berpatah balik dari 34 ke 33, 32, 31 sehingga Gantikan nombor 34 kepada Jawapan akan menjadi PEMANTAPAN KAEDAH JABAL (BUKIT) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi Aktiviti 2. i. Guru meminta murid menjawab 10 soalan bundar di dalam lembaran kerja yang diberikan. ii. Murid-murid diminta menjawab soalan masing-masing dalam tempoh 10 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama sama murid. PEMERHATIAN: Aktiviti 1 dijalankan selama 2 hari berturut-turut dan aktiviti 2 juga dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran berjaya menjawab kesemua 10 soalan bundar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga dapat menjawab soalan bundar dengan betul sambil merujuk kad rajah bukit. Mereka dapat menjawab dengan tenang. REFLEKSI: Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dilaksanakan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka dapat menjawab dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut. NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 5

6 5.5 REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang dijakankan ini telah memberi impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membundar. Hasil dapatan dari kajian tindakan ini menunjukkan peningkatan murid dalam ujian pasca. Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca Bilangan soalan yang betul UJIAN PRA UJIAN PASCA (10 soalan) BILANGAN % BILANGAN % menguasai tidak menguasai Jumlah murid CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam kajian tindakan ini mampu menarik minat dan meningkatkan kemahiran membundar murid, saya bercadang untuk melaksanakan kajian tindakan tentang menambah atau menolak tahap 1. Kesemua ini akan dijalankan pada tahun hadapan. Insyaallah. BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Tahun 3, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD 6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Oleh: Aida Ibrahim Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah 86000 Kluang, Johor ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh Janting anak Ringkai Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bertujuan

Lebih terperinci

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk 8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV Oleh Abdillah Bin Nurdin Asis ABSTRAK Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK OH, ITUNYA DARAB! Oleh Chai Mei Ling ABSTRAK Kajian ini bertujuan membantu Liu menguasai kemahiran mendarab. Dalam kajian ini, teknik yang digunakan untuk membantu Liu menguasai kemahiran mendarab adalah

Lebih terperinci

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan

Lebih terperinci

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian saya bermula apabila tumpuan saya diberi terhadap seorang murid tahun 5 ketika

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP BADLEH Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS) HAISA BINTI OSMAN 1 & MOHD NOOR BIN HASHIM 2 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji menggunakan dua kaedah dalam penyelidikan ini. Dua kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji

Lebih terperinci

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK 5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK 71 5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PRESTASI AKADEMIK 5.1 Post-Mortem 5.1.1 Post-mortem ialah pemeriksaan sesuatu rancangan yang gagal

Lebih terperinci

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Kandungan 1 Kajian Tindakan : Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam

Lebih terperinci

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak.

MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT. Oleh. Philip anak Pupur Sk St John Taee, Serian, Sarawak. MENGATASI MASALAH MENDARAB SEBARANG NOMBOR 4 DIGIT DENGAN NOMBOR 2 DIGIT Oleh Philip anak Pupur Sk St John Taee, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bermula apabila saya mendapati murid X dan murid

Lebih terperinci

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 1. Nama Guru : Rohaiza Azlina Binti Zakaria 2. Nama Sekolah : Sk. Syed Ibrahim, Pendang, Kedah 3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor 6. Tajuk : Tulis, Sapu dan Kira 7. SINOPSIS

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH JABATAN PELAJARAN PERAK PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2009 PROGRAM GANDEN - PEMBINAAN AYAT YANG EFEKTIF DALAM BAHASA TAMIL OLEH PN. KOMATHI A/P SINNIAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Lebih terperinci

SK (2) TAMAN KERAMAT

SK (2) TAMAN KERAMAT SK (2) TAMAN KERAMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh: NAZRI BIN SAMSUDIN (No. KP: 780304-10-6075) Guru Pendidikan Islam j-qaf (Opsyen

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK DARI BURUK KE BAIK Oleh June Sim Mei Lin ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati ramai murid dalam kelas pemulihan yang sudah pandai mengganggu rakan mereka yang lebih lemah dengan bercakap

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan teknik ENIS untuk membantu murid menguasai kemahiran dan kefahaman konsep pendaraban bagi sifir darab 2 hingga 5. Saya telah memberi

Lebih terperinci

2.0 PENYATAAN MASALAH

2.0 PENYATAAN MASALAH Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Penilaian Keperluan Penggunaan Buku Kerja Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Tahap II Di Sekolah

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) MODUL PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN PENGUKUHAN Terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan

Lebih terperinci

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian, untuk menjelaskan perkaitan antara objektif

Lebih terperinci

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar Abstrak Kajian Tindakan

Lebih terperinci

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak 39 Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit Melati Hallel melati_hallel@moe.edu.sg Noor Aisyah Buang noor_aisya_buang@moe.edu.sg Sekolah Rendah Si Ling Abstrak Dua isu

Lebih terperinci

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis TAJUK 5 PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES 5.1. Sinopsis Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic)

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK PROGRAM: PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) NAMA GURU PELATIH: KURSUS: Penyelidikan Tindakan II Matematik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) SEMESTER:

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini

Lebih terperinci

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3 Mata pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 3 Inovatif Tarikh / Hari : 6 Jamadil Awal 1436 /25 Februari 2015/Rabu Masa : ( 8.10 9.10 pagi ) 60 minit

Lebih terperinci

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN DISEDIAKAN OLEH : KHADIJAH BINTI MD AHAD PENSYARAH: DR. ASWATI HAMZAH REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN 1.0 PENGENALAN Berdasarkan Berdasarkan tugasan yang diberikan dalam pengajaran mikro,

Lebih terperinci

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan 9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Soalan 1 : Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5? Hasil dapatan kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan markah

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi (2015-2025) Guru Abad Ke-21

Lebih terperinci

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan

Lebih terperinci

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak 12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran

Lebih terperinci

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3. Tajuk : Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3. Sinopsis :Saya telah diamanahkan berdampingan dengan guru mata pelajaran Bahasa

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA SOAL SELIDIK KECERDASAN EMOSI DAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH KRBANGSAAN DI NEGERI SEMBILAN Saya amat

Lebih terperinci

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) Bahagian Pembangunan Kurikulum Peneraju Pendidikan Negara Latar Belakang Sejarah Kurikulum Prasekolah Bahan Program Pukal Pendidikan Prasekolah 1993 2010

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK. Nombor dan Operasi TAHUN 2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Nombor dan Operasi TAHUN 2 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011 Cetakan Pertama 2011

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi

Lebih terperinci

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek Setiap projek / program yang ingin dilaksanakan merupakan

Lebih terperinci

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Bab ini akan membentangkan dapatan data berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah digunakan iaitu soal selidik, ujian kemahiran menulis, dan temu bual.

Lebih terperinci

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 8 BAB 1 Matlamat dan Komponen Rancangan Pendidikan Guru PPIP 1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia pada ketika ini sedang menawarkan

Lebih terperinci

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap. 28 BAB 3 Panduan Mengisi Buku Persediaan Mengajar 1.0 Matlamat Buku Persediaan Mengajar Buku Rancangan Pengajaran mesti dimiliki oleh setiap guru sekolah, seperti yang termaktub dalam undang-undang sekolah

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pengenalan 2 3. Proses Kerja Penilaian 4 4. Kaedah Penilaian 5 5. Penetapan

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini membincangkan mengenai kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian. Penyelidik tertumpu pada reka bentuk kajian, pensampelan, prosedur pengumpulan data

Lebih terperinci

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak 17 Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan Manisah Osman manisah_osman@moe.edu.sg Sekolah Rendah Yio Chu Kang Abstrak Hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan, murid didapati mempunyai

Lebih terperinci

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP. 3. PRAKTIKUM 3.1 Konsep Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

Lebih terperinci

LAPORAN PENYELIDIKAN

LAPORAN PENYELIDIKAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kumpulan SE 1 / K6 Nor Afira Binti Ahmad (A150582) Norshahidatul Ashima Binti Rifin (A 149874) Noradibah Binti Ibrahim (A150676) TAJUK KAJIAN: Penggunaan Mobile Learning (M-Learning)

Lebih terperinci

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini. BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam

Lebih terperinci

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan. Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak

BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP. Oleh. Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian, Sarawak. Abstrak BATU PERMATA YANG PERLU DIGILAP Oleh Jimmy Achaw Sekolah Kebangsaan Parun Suan, 94750 Serian, Sarawak Abstrak Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati bahawa seorang daripada murid Tahun Lima Wawasan

Lebih terperinci

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAMPIRAN 1-1 PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional / kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk

Lebih terperinci

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John Jamrah Sibin jamstjc@gmail.com Jeswenny Fresshila John jazzfrezz@yahoo.com 1. TAJUK INOVASI RODA KERAJINAN (Penyertaan Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF a. Menghasilkan alat bantu mengajar yang dapat

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PENYEBARAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN

PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PENYEBARAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN PANDUAN PELAKSANAAN BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAGI PENYEBARAN MODUL TEKNOLOGI HIJAU ASAS KELESTARIAN Oleh: PROF MADYA DR HASHIMAH MOHD YUNUS Disediakan oleh : Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Lampiran PBS PISMP LAMPIRAN 1-1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI 1. Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak

Lebih terperinci

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja

Lebih terperinci

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR - MANUAL PENGGUNA - PELAJAR - 1.0 Pendaftaran Sistem Pelajar perlu mendaftar sebagai pengguna di sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar dengan menekan butang Pelajar pada paparan PENDAFTARAN SISTEM. Pelajar

Lebih terperinci

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran

Lebih terperinci

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

Lebih terperinci

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran

Lebih terperinci

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya. RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) Subjek: Bahasa Melayu Tingkatan/Tahun: Tingkatan 2 Bilangan murid: Masa: Tajuk: Kemahiran/tajuk kecil: Standard Pembelajaran: 12 orang 9.00 pagi 10.00

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Berkuat kuasa mulai Januari 2009) Kemas kini 2014 NO. RUJUKAN: KP (BPG) 9561/Jld. 76

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Secara realitinya, telah banyak inovasi diperkenalkan memandangkan ledakan teknologi yang semakin pesat dalam dunia pendidikan pada masa kini. Hal ini sekaligus telah memberikan

Lebih terperinci

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base zulaina_zulkifli@moe.edu.sg

Lebih terperinci

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci. BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci. Memandangkan kajian ini merupakan kajian lapangan yang dianalisis menggunakan

Lebih terperinci

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017 LP/UPSR/ LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI). Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman

Lebih terperinci

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna pakai bagi menjayakan penyelidikan ini. Antara aspek yang disentuh ialah prosedur penyelidikan, reka

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan cara kaedah itu dikendalikan. Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi adalah suatu

Lebih terperinci

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR No. Soalan Dapatan Temubual Dapatan Pemerhatian Dapatan Dokumen-Dokumen Berkaitan P&P Kesimpulan

Lebih terperinci

PENGAJARAN BERPASANGAN

PENGAJARAN BERPASANGAN LAMPIRAN 2-2 PENGAJARAN BERPASANGAN 1. Konsep Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas

Lebih terperinci

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 1 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 3 APRIL 2013 KAEDAH PELAKSANAAN Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 21 30 April 2013

Lebih terperinci

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH Guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan PENGAJARAN 6 2.0 PERWAKILAN DATA 2. Sistem Nombor Perduaan 2.. Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan Kandungan Muka Surat Rancangan Pengajaran 72 Lampiran 6-77 Lembaran Kerja 6-82 Lembaran

Lebih terperinci