Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak"

Transkripsi

1 Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak Khairul Zuhairi Kalim Noria Anak Tugang Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak Pengenalan Tajau merupakan salah satu warisan tradisi yang berharga dalam kehidupan masyarakat Iban. Tembikar atau dikenali sebagai tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak sangat berbeza dengan tembikar-tembikar yang terdapat di negeri-negeri lain. Oleh itu, tajau bukan sahaja cantik dari segi corak ukirannya tetapi ia mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri serta penggunaannya yang lebih kepada mengikuti adat tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Tajau juga mempunyai fungsi dalam sektor perdagangan iaitu menerusi barangan objek tajau yang ditukarkan dengan penduduk setempat. Kepelbagaian fungsi tajau ini membuktikan tajau menjadi peranan penting dalam kehidupan seharian. Asal Usul Tajau Tajau (Tempayan) adalah warisan tradisi yang istimewa dalam budaya masyarakat Iban dari dahulu hingga kini. Menurut masyarakat Iban, tembikar bermaksud barangan berharga seperti tempayan yang digunakan sebagai adat tanda hormat dan keampunan, atau adat tunggu, (adat ketua rumah panjang untuk meleraikan pertengkaran) (Noria Tugang, 2011). Namun begitu, pada asalnya tajau ini digunakan oleh para pedagang untuk menyimpan barangan yang basah atau barangan yang cepat rosak. Permintaan tajau oleh masyarakat tempatan di Sarawak daripada pedagang luar menjadi fokus utama dalam kepentingan tajau bagi masyarakat setempat di Sarawak. Menurut Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970), kuasa lahiriah seseorang manusia terhadap alam sekeliling itu bertambah dengan pengurangan interaksi manusia terhadap pengaruh alam sekeliling secara berterusan. Masyarakat Iban percaya dan yakin bahawa tajau memiliki semangat dan mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengekalkan kesejahteraan antara hubungan komuniti dan tuhan. Walau bagaimanapun, tajau mempunyai sistem pengurusan yang tersendiri, yakni hierarki sosial masyarakat Iban di Sarawak seperti tajau singaraja, tajau guchi, tajau rusa (besar dan kecil), tajau ningka, tajau begiau, tajau menaga, tajau jabir, tajau sigi alah, tajau sigi panding, tajau mandoh dan tajau kebok. Tajau ini distrukturkan dalam beberapa peringkat berdasarkan nama dan saiz itu sendiri. Kini, tajau tidak dilihat bersifat materialistik malah, mengalami perubahan objek tajau dalam masyarakat Iban. Justeru itu, tajau dilihat bukan lagi dijadikan sebagai amalan yang berunsurkan ritual-ritual agama dan kepercayaan masyarakat Iban. Disebaliknya, objek tajau diubah menjadi peralatan perhiasan rumah yang diletakkan di anjung rumah. 1 Kebanyakan masyarakat Iban di Sarawak sudah jarang mengunakan objek tajau 1 Maklumat dari informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun 1

2 dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana pertembungan budaya global yang berkembang serta transformasi hidup yang semakin hari semakin membangun. Metodologi Penyelidikan Kertas kerja ini disediakan untuk membincangkan mengenai perubahan objek tajau dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Pada bahagian permulaannya, kertas kerja ini diterangkan secara ringkas mengenai asal-usul tajau, fungsi objek tajau, perubahan objek tajau pada zaman dahulu dan kini. Penyelidikan ini mengunakan pendekatan kualitatif khususnya exploratory research bertujuan untuk menambahkan maklumat tentang subjek penyelidikan. Kajian penyelidikan ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif di bahagian Sri Aman, Sibu dan Betong untuk memastikan data yang diperolehi akan menepati intipati penyelidikan. Oleh itu, perolehan data penyelidikan dari semua pakar informan yang ditemubual adalah penting. Dapatan dan Perbincangan Perubahan Objek Tajau dalam Budaya Masyarakat Iban Kehadiran objek tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak memberi keharmonian hidup mereka antara manusia dengan alam ghaib. Tajau mempunyai nilai mistik yakni memiliki kuasa luar biasa yang boleh mengubati dan menjaga keselamatan komuniti mereka. Perubahan objek tajau memberi kesan sangat besar dalam kehidupan sejagat mereka. Menurut Rahimah Abd. Aziz (2000), pada akhir abad ke-20, satu fasa baru yang memberi kesan dalam keseluruhan proses pembangunan sesebuah negara dikenali sebagai globalisasi. Perubahan objek tajau bukan berubah dari segi objeknya, malah perubahan dari segi pertembungan budaya global, perubahan penggunaannya, perubahan agama dan kepercayaan. a. Pertembungan Budaya Global Masyarakat Iban dahulu sangat kaya dengan memiliki tajau dalam setiap rumah panjang. Bagi masyarakat Iban jika banyak tajau di rumah, masyarakat akan melihat kepada kekayaannya dalam pelbagai sudut dan dihormati dalam kalangan masyarakat Iban itu sendiri. Pertembungan budaya ini mengubah cara pemikiran masyarakat Iban dengan mengklasifikasikan taraf pendidikan mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat Iban mempunyai sistem sosial yang menjadi asas kepada tajau dalam memelihara kesejahteraan masyarakat Iban. Perubahan juga dapat dilihat dalam sambutan perayaan Gawai yang kian mengendahkan ritual dengan mengunakan tajau dan sikap masyarakat kurang mengetahui tentang tajau dan asal-usul tajau. 2 Perubahan gaya hidup yang berbeza menjadi faktor perubahan sosial yang tinggi bagi masyarakat Iban. b. Perubahan Fungsi Objek Tajau Perubahan fungsi objek tajau mempunyai empat perubahan yang boleh dilihat kepada empat fasa iaitu fungsi pertama bersifat kegunaan seharian, kedua, perubahan tajau kepada mata wang, ketiga, perubahan tajau kepada adat istiadat mengikut hukum adat Iban dan keempat perubahan kepada barang perhiasan rumah. c. Perubahan Agama dan Kepercayaan 2 Maklumat dari Informan Jembu Anak Umpoh, 53 tahun 2

3 Sebelum kedatangan agama Kristian dan Islam, masyarakat Iban mempercayai ilmu alam dan kuasa-kuasa luar biasa. Kebanyakkan agama dan kepercayaan masyarakat Iban adalah agama Kristian dan Islam. 3 Hal ini kerana masyarakat Iban sudah mengenal tuhan yang satu. Mereka didedahkan dengan kehidupan yang bersistematik dan mempunyai matlamat mengikut agama dan kepercayaan mereka. Masyarakat Iban yang beragama Kristian dan Islam tidak mengamalkan dan meninggalkan kepercayaan ilmu ghaib dan kuasa-kuasa luar biasa serta ritual Iban dalam upacara mereka. Justeru itu, ianya menjejaskan kedudukan tajau yang dahulunya dilihat sebagai barangan utama bagi masyarakat Iban. Rajah 1: Tajau Lama masyarakat Iban di Sarawak Gambar A Gambar B Gambar C Gambar tajau A di Rumah Panjang Maja, Betong, gambar tajau B di Rumah Panjang Gua Sukat, Sri Aman, dan gambar tajau C di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu. Ketiga-tiga gambar tersebut merupakan gambar yang diambil semasa kerja lapangan. Gambar A, B, dan C masih digunakan oleh masyarakat Iban untuk melakukan sesuatu upacara ritual mereka. Gambar A merupakan tajau menaga yang diperolehi informan daripada Rumah Panjang Maja, Betong, Tajau ini bertujuan untuk menjaga kesejahteraan kehidupan masyarakat Iban. Walau bagaimanapun, tajau tersebut masih berkelihatan baik dan berfungsi pada musim perayaan. Gambar B dan C diperolehi daripada informan dari Sri Aman dan Sibu. Gambar tersebut menunjukkan kedudukan tajau yang diletakkan di dalam sebuah bilik yang berasingan daripada bilik lain dan dijaga dengan baik kerana ia berkaitan dengan kepercayaan ritual masyarakat Iban. 4 Fungsi Objek Tajau Tajau bukan hanya dilihat sebagai satu barang biasa yang digunakan untuk kegunaan seharian, malah dapat diaplikasikan dalam ritual dan kepercayaan masyarakat Iban. Di samping itu, fungsi objek tajau ini bukan dilihat pada kegunaannya semata-mata, malah ia berkaitan dengan aktiviti keagamaan terhadap konsep Tuhan (petara). 5 Pada zaman dahulu, tajau biasanya digunakan untuk menyimpan air, padi, beras, gula, barang kemas, pakaian dan wang, tetapi lama-kelamaan masyarakat Iban mempelbagaikan kegunaan objek tajau dalam upacara ritual. Objek tajau ini sangat penting dalam sebarang upacara ritual dan perayaan Gawai seperti Gawai Tajau dan 3 Maklumat informan Amin Bin Abdullah, 50 tahun 4 Informan daripada Amin Bin Abdullah, 50 tahun 5 Maklumat daripada informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun 3

4 upacara perayaan yang lain. Upacara ritual ini adalah bertujuan sebagai perubatan, pertanian, memohon hajat, memohon kesejahteraan rumah panjang Iban. Upacara ritual yang mengunakan objek tajau ini dapat dilihat menerusi komunikasi dua sehala antara kuasa ghaib melalui dengan upacara keagamaan masyarakat Iban. Objek tajau mempunyai semangat yang dapat dilihat oleh pemilik tajau tersebut, yakni tajau ini perlu disimpan rapi dan dijaga secara baik agar menjamin kesejahteraan masyarakat Iban yang mendiami di rumah panjang Iban. Masyarakat Iban percaya fungsi objek tajau mempunyai kaitan dengan kuasa-kuasa luar biasa akan meningkatkan lagi perpaduan masyarakat Iban yang sekian lama diwarisi oleh nenek moyang dan menjadi sebagai lambang kekayaan masyarakat Iban. Tajau Dahulu sebagai Mata Wang Primitif Barangan dari negeri China yang paling dihargai oleh kaum Dayak ialah tajau atau tempayan. Tajau atau dikenali sebagai tempayan yang bersaiz kecil dan besar untuk menyimpan barangbarang berharga. Setiap tajau ini mempunyai sistem fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, tajau yang digunakan oleh kaum Dayak khususnya masyarakat Iban sangat mementingkan aspek penjagaan tajau. Penjagaan tajau ini sangat teliti dan berhemah agar ianya tidak pecah, rosak dan ia dianggap musibah jika tajau ini tidak dipelihara. Tajau amat dihargai oleh kaum Iban sebagai harta pustaka yang bernilai. Tajau Sekarang sebagai Barang Perhiasan Rajah 2: Koleksi tajau Ambeng Anak Abong Pada masa kini, tajau bukan dilihat dalam upacara ritual lagi, malah ianya sudah menjadi sebagai barangan perhiasan yang sedia ada di setiap penjuru rumah. Rajah 2 merupakan koleksi tajau daripada Ambeng Anak Abong. Menurut informan, tajau kini dilihat sebagai barangan yang berbentuk perhiasan 6. Di samping itu, tajau tersebut dijadikan sebagai hadiah kepada sesorang sebagai tanda perhormatan dan perhargaan. Hal ini kerana dengan kewujudan teknologi terkini yang mengubahsuai rupa fizikal tajau tersebut dengan barangan plastik yang mudah dibawa dan digunakan tanpa mengenakan sebarang kos yang tinggi. Kilang perindustrian yang wujud 6 Maklumat daripada Infoman Ambeng Anak Abong, 56 tahun 4

5 memberi impak yang besar dalam kegunaan tajau. Jika dahulu masyarakat Iban beranggapan semakin banyak tajau yang dimiliki dan disimpan, semakin banyak harta kekayaan mereka. Ini menunjukan tajau merupakan simbol kekayaan dalam sistem sosial masyarakat Iban. Justeru itu, masyarakat Iban akan dipandang tinggi oleh golongan atasan dan bawahan kerana memiliki dan menyimpan tajau yang banyak. Walau bagaimanapun, tajau kini tidak seperti dahulu, perubahan tajau dari aspek nilai sudah berubah. Kesimpulan Kesimpulannya, warisan tajau merupakan warisan yang sangat berharga bagi masyarakat Iban dan penting dalam melestarikan warisan tajau ini sebagai satu produk warisan budaya. Warisan ini merupakan penerimaan sesuatu secara turun-temurun oleh seseorang individu atau kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Oleh itu, warisan tajau dikatakan sebagai harta warisan kebanggaan masyarakat Iban di Sarawak. Bibliografi Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970). Masyarakat: Satu Analisa Permulaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ms: 174 Rahimah Abd. Aziz, M. Y. (2000). Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ms: Tugang, N. (2011). Tembikar Dalam Budaya Iban Di Sarawak. Kota Samarahan, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak. Ms: 50 Informan Ambeng Anak Abong, 56 tahun, Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pemilik tajau dan Pengamal Adat Istidat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016 Amin Bin Abdullah, 50 tahun, di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016 Jembu Anak Umpoh, 53 tahun, di Rumah Panjang Majo, Betong, Pemilik tajau dan pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 4 Februari 2016 Ika Anak Awang, 86 tahun, di Rumah Panjang Kampung Gua Sukat, Sri Aman, Pemilik dan pengamal tajau, 16 Julai

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak BESAR dan kecil Oleh Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, 94700 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Joji, seorang murid tahun 5 menghadapi masalah menulis huruf

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan

Lebih terperinci

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian iaitu, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan

Lebih terperinci

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada projek-projek yang dikelolakan oleh masyarakat dan disokong oleh

Lebih terperinci

NAMA:NITHIYA MOGAN NO.MATRIX:

NAMA:NITHIYA MOGAN NO.MATRIX: NAMA:NITHIYA MOGAN NO.MATRIX:3141004151 Orang asli di Semenanjung Malaysia mempunyai kepercayaan dan tradisi mereka yang tersendiri sejak beratus-ratus tahun,sama seperti orang asli di Sabah dan Sarawak.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

CHIA CHONG YANG A143398

CHIA CHONG YANG A143398 PERANCANGAN PROJEK Mesyuarat bahagian mingguan diadakan sebanyak 8 kali pada setiap hari Jumaat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Tujuan perjumpaan diadakan adalah bagi: Memperkenalkan program

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan

Lebih terperinci

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11. TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.00am Tempat: DKP 1 (TEMA 1 MALAYSIA MELAMBANGKAN 1 BUDAYA ) Bismillahir Rahmanir Rahim

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Lebih terperinci

Sustainable Education 54

Sustainable Education 54 Sustainable Education 54 AMALAN PEMBUANGAN SAMPAH DALAM KALANGAN PENSYARAH, PELAJAR & PEKERJA KAFETERIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU- KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Fazida binti Haji Othman Jabatan Sains Sosial,

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna

Lebih terperinci

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN Nama : Chin Zhi Kei Nombor Matrik : A155198 Fakulti : FST/3 Sesi Pengajian : 2017/2018 Nama Aktiviti : Projek Rentas Sosial Jawatan : Exco Logistik Tempat Aktiviti

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA Tema ini mengisahkan rumah sebagai keperluan asas manusia. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat berlindung semasa petempatan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 5 JAYA DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA DAN KATA SOAL Oleh Zalekha binti Haji Elie Sek. Keb. Abang Aing, 95000 Sri Aman Abstrak Kajian tindakan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR PENGENALAN Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

Siti Nor Azzila Amit

Siti Nor Azzila Amit 1. TAJUK INOVASI Siti Nor Azzila Amit azzilaamit@gmail.com KIT TINGKAT KERJASAMA (Pendidikan Moral) (Penyertaan Kategori Pelajar Guru) 2. OBJEKTIF a. Menghasilkan alat bantu mengajar untuk pengajaran yang

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014 TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN 2014 6 NOVEMBER 2014 DEWAN BESAR, PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

Lebih terperinci

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU A. PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan dengan matlamat menjadi sebuah penerbit universiti yang terpandang

Lebih terperinci

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan

Bab 6. Kesimpulan. Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia. daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan Bab 6 Kesimpulan 6.1 Rumusan Kajian berhubung dengan budaya pemakanan masyarakat Malaysia daripada perspektif agama, polisi, sains dan teknologi dengan rujukan khusus kepada pengaruh Islam dalam penghasilan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)... Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Rumah merupakan suatu keperluan wajib bagi sesebuah keluarga dan individu. Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang memberi tempat berlindung

Lebih terperinci

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1. Calon mesti menjawab berdasarkan isi: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara Menjana pertumbuhan ekonomi 2.

Lebih terperinci

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015

INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA. LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015 INTEGRASI SISTEM SOLAR HIBRID DAN KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI MALAYSIA LAPORAN KEMAJUAN BERKALA PROGRAM Bil: 1 Tarikh: 01 Sept 2015 Green Energy Research Centre (GERC) Universiti Teknologi MARA

Lebih terperinci

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP Anisa Ani & Prof. Madya Dr Noorizan Mohamed Jabatan Senibina Landskap Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia PENDAHULUAN Kraf Malaysia amat terkenal

Lebih terperinci

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN

BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN BAB KELIMA RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN 392 BAB V 5.1 Rumusan Hasil Kajian Rumusan hasil kajian dalam bab ini berdasarkan analisis Bab 4. Bab 1, Bab 2, dan Bab 3 menjadi asas kepada perbincangan bagi Bab

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10 Berita Transformasi Pertanian Info Ketua Pengarah LPP Ke 10 MAKLUMAT PERIBADI Nama Tarikh Lahir : 2 November 1955 Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor KELULUSAN : Haji Arpan Shah bin Haji Satu Bachelor Sains

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Ekonomi

Pengenalan kepada Ekonomi Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan

Lebih terperinci

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005 MENULIS NOMBOR 0 HINGGA 10 Oleh Law Hie Hieng @ Law Hui Hui Sek. Jenis Keb. Cina Chung Hua Lingga, 94900 Lingga, Sri Aman. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Ah Yew, seorang murid Tahun

Lebih terperinci

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG Khairul Anwar bin Johari & Hanimarlia binti Hassan Kolej Komuniti Ledang anwar@kklej.edu.my, hanihassan@kklej.edu.my ABSTRAK: Pelajar

Lebih terperinci

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh Janting anak Ringkai Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bertujuan

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, BAB I PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini dijalankan untuk meninjau fenomena percampuran kod dalam bahasa Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini, jelas sekali

Lebih terperinci

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG Dasar atau polisi bahan nadir ini merupakan suatu pernyataan prinsip-prinsip dan garis panduan yang digunapakai oleh perpustakaan Tuanku Bainun dalam pemilihan, penilaian,

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pelaburan di dalam sektor harta tanah mempunyai perbezaan yang ketara dengan pelaburan di dalam sektor lain. Ini adalah kerana pelaburan harta tanah adalah

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA 27 JULAI 2017 I o,6 No. Soalan: 47 PR-1352-L02470 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN JAWAB LISAN DARIPADA TUAN SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN [ BUKIT KATIL ] TARIKH 27

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pelancongan didefinisikan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Isu kualiti telah hangat diperbincangkan ekoran daripada beberapa kejadian kegagalan dan keruntuhan beberapa bangunan yang berlaku seperti tragedi Highland Tower yang telah

Lebih terperinci

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan

Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan Globalisasi merupakan satu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat, Kamus Dewan. Konsep yang

Lebih terperinci

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

BAB 5 SUMBER KEWANGAN BAB 5 SUMBER KEWANGAN Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membentangkan rumusan daripada analisis dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang.

Lebih terperinci

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK TUNDUK PADI BERISI Oleh Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK Kajian ini saya jalankan apabila saya mendapati Siti, seorang murid Tahun 3 menghadapi masalah menulis perkataan dengan betul. Siti hanya boleh membaca

Lebih terperinci

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014 Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia 1.0 TAJUK PERTANDINGAN PROJEK INOVASI

Lebih terperinci

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir

PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU. Siti Norayu Mohd Basir PERPADUAN ETNIK MENERUSI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU Siti Norayu Mohd Basir Pendahuluan Malaysia didasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat pluraliti ini membawa bersama perbezaan kehendak dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hakmilik strata menurut kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 (Akta 318) adalah manifestasi pecah bahagi bangunan berbilang tingkat kepada petak-petak strata dalam

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI NO SOALAN : 179 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARI PAD A PERTANYAAN : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) : BERTULIS Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan

Lebih terperinci

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Kementerian Pelajaran Malaysia KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH +85$,$168.$7$13(/$-$5$1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Pusat Perkembangan Kurikulum +85$,$1 68.$7$1 3(/$-$5$1.%65 KANDUNGAN

Lebih terperinci

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Perdagangan Antarabangsa oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Sepanjang tahun lepas eksport kasar negara tumbuh pada kadar 1.9%. Ini merupakan satu

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK Organisasi menjadi lebih effisien dan berdaya saing apabila dapat menggunakan memori terkumpul dalam bentuk data, maklumat, dan pengetahuan terhadap masalah yang harus ditangani.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan bandar yang terancang adalah penting dalam setiap pembangunan hari ini yang memberi kesan drastik kepada perkembangan pada masa hadapan. Pembangunan yang

Lebih terperinci

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dasar Pendidikan Negara telah menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam pendidikan. Tetapi, menjelang akhir-akhir ini, timbul keresahan dan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

19/10/2016 PENGENALAN

19/10/2016 PENGENALAN PENGENALAN Memberi kefahaman tentang istilah sosiologi yang digunakan. Memudahkan seseorang memahami fenomena hubungan etnik di Malaysia. Sosiologi ilmu pengetahuan dalam bidang sains sosial a) Melihat

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. A. Kesimpulan

BAB V PENUTUP. A. Kesimpulan BAB V PENUTUP A. Kesimpulan Upacara adat Belian merupakan suatu bentuk kebudayaan asli Indonesia yang sampai saat ini masih ada dan terlaksana di masyarakat Dayak Paser, Kalimantan Timur. Sebagai salah

Lebih terperinci

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA 1 Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi: KETUA PENGARAH Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pada zaman era globalisasi yang menuju ke arah pemodenan teknologi, komunikasi, dan rangkaian pengkomputeran, negara kita telah melalui suatu titik penting dalam

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0 Pengenalan 10.2 Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan 10.3 Soalan penilaian 113 10.0 Pengenalan Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 MASYARAKAT TRADISIONAL, MODEN & PASCA MODEN KULIAH MINGGU 8 & 9 KEHIDUPAN SOSIAL LUAR BANDAR Tiada garis pembahagian yang khusus antara masyarakat bandar dengan desa.

Lebih terperinci

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA Nama : NUR SITI FATIMAH BINTI MOHAMAD JAMIL No Matrik : A144030 Program : UKM FLY HIGH AUSTRALIA

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 70 TAHUN MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 70 TAHUN MAJLIS BELIA MALAYSIA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 70 TAHUN MAJLIS BELIA MALAYSIA 1948-2018 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Tahun 2018 genaplah Majlis Belia Malaysia (MBM) berusia 70 tahun. Dalam usia ini semestinya MBM telah

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN SLOGAN AMALAN 5S FKM AJK Promosi FKM mewakili pihak Fakulti akan menganjurkan Pertandingan Merekacipta Logo 5S bersesuaian dengan aspirasi FKM untuk Membudayakan Amalan 5S

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri perumahan di Malaysia semakin berkembang maju selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemajuan industri pembinaan iaitu dengan meningkatkan sub industrinya

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sistem tangki simbah kitar semula adalah sebuah sistem kitaran semula air iaitu dengan cara menggunakan semula air basuhan buangan dari mesin basuh untuk digunakan sebagai

Lebih terperinci

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor. Salam sejahtera dan salam muafakat Johor, Tuan-tuan dan puan-puan

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang meningkat pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2012 berdasarkan pertumbuhan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia telah menjadi

Lebih terperinci

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL 5.0 PENDAHULUAN Pengkaji telah menjalankan tinjauan kedua kepada 70 orang pejajar yang telah mempelajari MABAUPUMS melalui soal selidik kedua (Sila rujuk Lampiran

Lebih terperinci

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM disediakan oleh KAJIDATARESEARCH KAJIDATARESEARCH KAJIAN PERSEPSI RAKYAT DALAM MEMBANTU USAHA KERAJAAN BAGI MERANGKA TRANSFORMASI NASIONAL 2050 Malaysia 8 Mac - 17 Mac 2017 1

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara

Lebih terperinci

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu

Lebih terperinci

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) CAWANGAN MELAKA DENGAN KERJASAMA JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN

Lebih terperinci

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak BACALAH CICI..! Oleh Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini dijalankan apabila saya dapati Cici seorang murid tahun 4 dalam kelas

Lebih terperinci