BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Save this PDF as:
Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan"

Transkripsi

1 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan tempat kediaman yang bersifat sementara kepada pengunjung-pengunjung tersebut. Disebabkan dasar negara kita yang menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan pelaburan daripada pelaburpelabur asing, maka industri hotel juga telah menjadi semakin penting. Untuk bersaing dengan hotel-hotel yang lain, sesebuah hotel perlu memastikan perkhidmatan mereka adalah terbaik supaya pengunjung-pengunjung hotel mereka akan berasa bahawa kedatangan mereka adalah disambut dengan baik dan berasa selesa tinggal di hotelnya, hanya dengan ini reputasi hotel akan meningkat dan menarik pengunjung-pengunjung lain. Jadi, pihak pengurusan hotel memainkan peranan yang penting dalam menjayakan operasi sesebuah hotel dengan memuaskan pelanggan-pelanggannya.

2 2 Menurut Powers (1988), peranan pengurusan dalam industri hospitaliti ialah memastikan setiap pelanggan adalah disambut dengan baik, memastikan semua keinginan atau keperluan pelanggan adalah dipenuhi dan memastikan operasi hotelnya akan berterusan dalam membekalkan perkhidmatan dan mendapat keuntungan daripadanya. Daripada itu, didapati keuntungan daripada perkhidmatan adalah sangat penting kerana ia akan memastikan perusahaan hotel itu dapat terus beroperasi. Demi mengoperasikan sesebuah hotel dengan berkesan, organisasinya adalah bergantung kepada kualiti pekerja, objektif dan strukturnya serta sumber-sumber yang ada (Mullins, 1995). Sumber-sumber tersebut boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sumber bukan manusia dan sumber manusia. Sumber bukan manusia adalah merujuk kepada aset fizikal, bahan mentah dan perkakasan atau semuanya boleh disebut sebagai fasiliti-fasiliti hotel, manakala sumber manusia pula ialah kebolehan dan pengaruh ahli organisasi dan pengurusan hotel. Oleh itu, sumber bukan manusia dalam sesebuah hotel juga perlu diuruskan dengan berkesan untuk memaximumkan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan (Okoroh at al., 2002). Kualiti sumber bukan manusia atau sumber aspek fizikal adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hotel kepada pelanggannya. Dalam keadaan di mana fizikal sesebuah hotel adalah tidak memuaskan, tidak kira betapa mesranya pekerja-pekerja dalam hotel, pelanggan hotel masih akan menganggap bahawa kualiti perkhidmatan hotel adalah rendah. Dengan itu, didapati interaksi yang berlaku dalam sesebuah hotel bukan sahaja dihadkan pada peringkat manusia dengan manusia (perkhidmatan pekerja hotel kepada pelanggannya, hubungan pihak atasan dengan bawahan) sahaja, malah juga berlaku di antara manusia dengan aset fizikal hotel (penggunaan fasiliti hotel oleh pelanggan, penyelenggaraan aspek fizikal hotel). Pengurusan hotel harus memastikan hubungankait diantara manusia, aspek fizikal bangunan hotel dan proses

3 3 kerja adalah diuruskan dengan baik supaya kualiti perkhidmatan dan keperluan pelanggan dapat dicapai dan dipenuhi. 1.2 Penyataan Isu Di negara kita, disebabkan oleh galakan kerajaan melalui dasar pelancongan negara, industri pelancongan telah berkembang pesat dan ini juga menjanakan sumber pendapatan kepada negara. Industri pelancongan yang semakin berkembang ini pada masa yang sama juga telah menyumbang kepada perkembangan industri hotel di kawasannya. Ini kerana pengunjung-pengunjung yang melawat ke kawasan pelancongan tetap akan menginap di hotel-hotel yang membekalkan tempat tinggal dan perlindungan. Dengan itu, industri hotel juga menjadi semakin penting kerana perkhidmatan yang diberikan akan mempengaruhi perasaan dan pengalaman seseorang pengunjung yang mengunjungi sesuatu tempat. Pengalaman baik pengunjung yang disebarkan di negaranya sendiri akan terus membawa lebih ramai lagi pengunjung datang kembali. Jadi, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh hotel-hotel adalah penting. Negeri Sarawak turut menyambut dasar pelancongan negara dengan menguatkan industri pelancongannya lagi. Berdasarkan stastitik pelawat ke Sarawak dari tahun 1993 hingga 2003, bilangan pelawat ke negari Sarawak telah bertambah dengan pesat daripada jumlah 1,880,405 orang ke 3,283,119 orang (Sumber: Lembaga Pelancongan Sarawak 2004). Penambahan ini telah banyak merangsang industri hotel di Sarawak.

4 4 Walau bagaimanapun, terdapat satu bandar di Sarawak yang dinamakan bandar Sibu tidak mendapat sambutan yang baik daripada pelancong-pelancong kerana tidak mempunyai kawasan pelancongan yang menarik seperti bandar lain contohnya Kuching dan Miri. Sibu hanya menerima 101,379 orang pelawat pada tahun 2003, iaitu hanya 3% daripada jumlah pelawat yang melawat ke Sarawak. Walaupun pelawat ke Sibu adalah tidak ramai, tetapi hotel-hotel yang ada di Sibu dijangka adalah melebihi 40 buah, di antara hotel-hotel yang terbaik adalah seperti Kingwood Hotel (4 bintang), Premier Hotel (3 bintang), Tanahmas Hotel (3 bintang) dan Paramount Hotel (2 bintang). Semua hotel-hotel ini adalah merupakan hotel besar yang membekalkan jumlah bilik diantara 95 buah hingga 189 buah bilik. Fenomena ini berlaku kerana bandar Sibu mempunyai peluang perniagaan yang lain untuk hotel-hotel di Sibu, terutamanya bagi hotel-hotel Besar. Hotel-hotel besar di Sibu selain menyewakan bilik mereka, mereka juga membekalkan fasilitti mereka untuk mengadakan jamuan, komferens, mesyuarat dan lain-lain aktivitiaktiviti yang diadakan oleh syarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan di Sibu. Selain itu, budaya tempatan di Sibu yang gemar mengadakan jamuan di hotel-hotel semasa perayaan mereka seperti perkahwinan, hari jadi dan jamuan tahunan pertubuhan telah banyak mendatangkan keuntungan kepada hotel-hotel besar di Sibu. Dengan itu, hotel-hotel besar di Sibu adalah sangat bergantung kepada fasiliti-fasiliti hotel dalam menjayakan perniagaan mereka. Berdasarkan kepada temubual tidak formal dalam kajian awal, pihak pengurusan hotel di Sibu menyatakan bahawa walaupun hotel-hotel di Sibu mempunyai punca pendapatan daripada penduduk-penduduk tempatan tetapi mereka lazimnya lebih melihat kepada harga yang ditawarkan oleh hotel-hotel, iaitu mereka lebih gemar memilih hotel-hotel yang lebih murah. Tetapi, walaupun begitu, mereka masih ingin menikmati fasiliti-fasiliti hotel yang terbaik.

5 5 Selain itu, disebabkan pelanggan-pelanggan di hotel besar Sibu kebanyakan adalah terdiri daripada golongan peniaga dan bukannya pelawat-pelawat, syarikatsyarikat peniaga tersebut kebanyakan mempunyai hubungan yang baik dengan hotelhotel tersebut. Disebabkan pihak hotel ingin mengekalkan hubungan yang baik ini, supaya mereka akan kembali ke hotelnya, harga istimewa selalu diberikan. Oleh iu, hotel-hotel besar di Sibu sedang menghadapi cabaran di mana mereka perlu membekalkan perkhidmatan dan fasiliti-fasiliti yang terbaik pada masa yang sama juga perlu memberikan kadar sewa yang termurah untuk menarik pelangganpelanggannya. Jadi, kepentingan keadaan fasiliti adalah tidak dapat dinafikan kerana ini akan berpengaruhi terus terhadap perniagaan hotel-hotel di Sibu, begitu juga dengan kepuasan pelanggan dalam menikmati fasiliti-fasiliti hotel. Tetapi memandang kepada struktur organisasi hotel-hotel besar di bandar Sibu, pengurusan fasiliti seolah-olah belum diberikan perhatian yang mencukupi kerana dalam suatu struktur organisasi hotel, kerja-kerja pengurusan fasiliti yang ketara hanya pembersihan dan penyelenggaraan serta pembaikan sahaja. Keadaan ini adalah berkemungkinan besar disebabkan kurangnya pemahaman yang cukup terhadap pengurusan fasiliti yang sebenar. Amalan pengurusan fasiliti dalam kebanyakan organisasi di Malaysia belum lagi mencapai tahap yang memuaskan, iaitu fasiliti-fasiliti seolah-olah belum diberikan perhatian yang tinggi atau secukupnya. Kebanyakan organisasi hanya melihat pengurusan fasiliti pada tahap penyelenggaraan dan pembersihan sahaja dan belum lagi melaksanakan pengurusan fasiliti yang komprehensif. Keadaan ini sebenarnya akan meningkatkan kos dalam pengurusan fasiliti kerana tanpa perancangan dan pengurusan yang rapi dan komprehensif, kos-kos seperti pengubahsuaian, pengantian, kos tenaga dan sebagainya akan meningkat. Seperti yang disebut sebelum ini, perniagaan hotel adalah satu sektor perniagaan yang sangat bergantung kepada fasiliti-fasilitinya, maka dengan itu

6 6 bidang pengurusan fasiliti telah banyak diaplikasikan di hotel-hotel di luar negara seperi U.K, U.S.A dan sebagainya (Okoroh at al., 2002), tetapi ia belum didapati di kawasan kajian penulis, bandar Sibu dan kebanyakan hotel di Malaysia. Walaupun, hotel-hotel besar di Sibu mempunyai sistem pengurusan fasilitinya sendiri, tetapi ia bukan komprehensif berbanding dengan sistem pengurusan fasiliti yang profesional. Keadaan berkemungkinan besar adalah disebabkan kekurangnya kefahaman yang mencukupi terhadap pengurusan fasiliti. Menurut Chotipanich (2004), terdapat faktor-faktor yang akan mempengaruhi pengaplikasian pengurusan fasiliti termasuk sifat organisasi, ciri fasiliti, sektor perniagaan dan budaya tempatan. Pada pendapat penulis, sifat organisasi, ciri-ciri fasiliti dan sektor perniagaan hotel telah mencapai tahap yang sesuai untuk pengaplikasian pengurusan fasiliti, maka faktor budaya tempatan menjadi faktor kritikal kerana budaya yang berbeza akan mempengaruhi praktis dan perspektif terhadap pengurusan fasiliti. Dengan itu, penulis bercadang untuk menjalankan kajian terhadap perspektif pihak pengurusan hotel di bandar Sibu untuk menguji kesedaran mereka dan kebolehaplikasian bidang pengurusan fasiliti dari segi perspektif mereka. 1.3 Matlamat Kajian Matlamat kajian ini ialah untuk membuktikan bidang pengurusan fasiliti dapat diaplikasikan dalam pengurusan hotel untuk meningkatkan keberkesanan pengurusannya dalam menguruskan fasiliti.

7 7 1.4 Objektif Kajian Untuk mencapai matlamat kajian di atas, perspektif pihak pengurusan hotel tentang bidang pengurusan fasiliti harus diketahui supaya dapat mengetahuikan samada pihak pengurusan hotel adalah menerima atau tidak bahawa bidang pengurusan fasiliti akan membaiki keadaan pengurusan fasiliti mereka. Jadi, secara umumnya objektif kajian adalah seperti berikut: i) Mengenalpasti perspektif pihak pengurusan hotel terhadap bidang pengurusan fasiliti. ii) Mencadangkan pengaplikasian pengurusan fasiliti dalam pengurusan hotel. 1.5 Skop Kajian Kajian ini adalah dijalankan ke atas hotel-hotel dalam kawasan kajian sahaja dan ini tidak melibatkan resort, kem atau jenis tempat penginapan yang lain. Hotelhotel yang akan dikaji dalam kajian ini ialah hotel-hotel besar kerana hotel-hotel besar dijangka akan menyediakan lebih banyak fasiliti-fasiliti. Merujuk kepada kajian Okoroh at al. (2002) dan Jones (2002), hotel-hotel bersaiz sederhana adalah merujuk kepada hotel-hotel yang mempunyai bilangan bilik di antara 26 hingga 50 buah bilik, jadi pada pendapat penulis, hotel-hotel besar dalam kajian ini ialah hotelhotel mempunyai jumlah bilik lebih kurang 100 buah atau lebih. Skop kajian ini adalah ditumpukan kepada perspektif pihak pengurusan hotel terhadap bidang pengurusan fasiliti dan pengaplikasiannya dalam pengurusan hotel.

8 8 Manakala kawasan kajian yang dipilih ialah kawasan Bahagian Sibu di Sarawak kerana di kawasan ini, walaupun tidak banyak pengunjung yang mengunjunginya tetapi bilangan hotel-hotel adalah banyak dan hotel-hotel tersebut mengalami persaingan yang pesat diantara mereka terutamannya hotel-hotel besar. Dengan itu, keberkesanan dalam pengurusan fasiliti adalah penting bagi hotel-hotel di kawasan ini untuk menjamin fasiliti-fasiliti tersebut dapat diuruskan dengan baik pada kos yang paling minimum. Beberapa hotel-hotel besar yang dianggap sesuai di kawasan ini telah dipilih sebagai responden kajian untuk menjalankan kajian ini 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini secara amnya adalah berkepentingan kepada beberapa pihak seperti pihak pengurusan hotel, pengurus fasiliti, pelajar-pelajar, pemilik serta perusahaan perkhidmatan hospitaliti yang lain. a) Pihak Pengurusan hotel Kajian ini akan membantu pihak pengurusan hotel mendalami prinsip pengurusan fasiliti dan kepentingannya. Dengan itu, pihak pengurusan hotel dapat menggunapakai kaedah atau prinsip pengurusan fasiliti dalam menguruskan fasiliti-fasiliti hotel mereka. Jika, pihak pengurusan hotel berjaya meningkatkan keberkesanan pengurusan fasiliti melalui kajian ini, kebolehan atau kecekapan pengurusan mereka akan meningkat. b) Pengurus fasiliti Pengurus fasiliti dapat mengetahui perspektif pengurusan hotel dalam menguruskan fasiliti-fasiliti dalam hotel. Dengan itu, pengurus fasiliti akan

9 9 mempunyai kefahaman yang lebih baik jika beliau mendapat kerja di hotelhotel untuk menguruskan fasiliti-fasiliti hotel. c) Pelajar-pelajar Kajian ini juga akan membenefitkan pelajar-pelajar yang mengambil kursus yang berkaitan samada dalam pengurusan fasiliti atau pengurusan hospitaliti dengan menambahkan pengetahuan mereka. Pengetahuan mereka ini mungkin akan berguna kepada mereka pada masa depan. d) Pemilik hotel Melalui kajian ini, pemilik hotel akan mempunyai kefahaman yang lebih dalam terhadap kepentingan fasiliti dan pengurusan fasiliti dalam industri hotel. Selain itu, dengan cadangan yang diberikan, pemilik hotel akan mengetahui cara bagaimana untuk mengaplikasikan profesion pengurusan fasiliti dalam hotelnya. Dengan itu, kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan fasiliti-fasiliti hotelnya akan dapat ditingkatkan. e) Perusahaan perkhidmatan hospitaliti yang lain Kajian ini bukan sahaja mencadangkan cara untuk mengaplikasikan pengurusan fasiliti dalam industri hotel sahaja, cadangan tersebut juga boleh digunapakai oleh perusahaan perkhidmatan hospitaliti yang lain seperti resort-resort dengan sedikit perubahsuaian.

10 Metodologi Kajian Dalam kajian ini, metodologi kajian yang penulis pilih ialah kaedah kajian kes (case study). Proses kajian yang akan dilalui dalam kaedah ini dapat dibahagikan kepada 5 peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.1 dan dalam setiap bahagian, kaedah kajian yang berbeza telah digunakan. Peringkat-peringkat dalam kajian ini adalah seperti berikut: a) Peringkat Pertama: Pemahaman awal dan pembentukan isu kajian Dalam peringkat awal ini, isu permasalahan yang akan di kajian adalah difahami dan dibentukkan dalam penulisan. Untuk mendalami kefahaman penulis terhadap isu tersebut, pembacaan buku-buku, kajiankajian lepas dan bahan-bahan bacaan lain telah dilakukan. Selain itu, penanyaan dan temubual secara tidak formal juga dijalankan untuk memahami isu permasalahan yang akan dikaji. b) Peringkat Kedua: Kajian Literatur Kajian literatur bagi kajian ini adalah dilakukan dengan membuat pembacaan buku-buku, journal, penerbitan khas, kertas seminar, tesis lama dan lain-lain untuk mengumpulkan maklumat sekunder dan penemuan pengkaji-pengkaji yang lalu. Selepas membuat pembacaan, penulis akan membuat penulisan mengenainya. c) Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data Sumber data di mana data akan diperolehi dalam peringkat ini adalah terbahagikan kepada dua, iaitu sumber dokumentasi dan sumber temubual.

11 11 Data daripada sumber dokumentasi adalah merupakan data yang sedia ada tentang maklumat umum hotel-hotel yang dikaji di mana data ini akan diperolehi daripada risalah-risalah, laman web dan sebagainya tentang hotelhotel tersebut. Data primer pula akan dikumpulkan melalui temubual. Jenis temubual yang telah digunakan adalah temubual focused. Temubual telah dijalankan dengan wakil pihak pengurusan hotel untuk mendalami kefahaman terhadap isu yang akan dikaji. Penerangan yang lanjut mengenai pengumpulan data akan dijelaskan dalam bab 4 nanti. d) Peringkat Keempat: Analisis Data Data yang dikumpulkan kemudiannya akan dianalisiskan dengan kaedah pattern-matching. Setelah temubual-temubual telah dijalankan, hasilnya akan ditulis semula dalam penulisan dan maklumat-maklumat yang diperolehi akan dimanipulasi sebagai keputusan yang didapati. Keputusan ini akan dibandingkan dengan keputusan jangkaan penulis dan melihat samada jangkaan penulis adalah bersamaan atau berlainan. Penerangan yang lanjut mengenai kaedah analisis ini akan dibincangkan dalam bab 4 nanti. e) Peringkat Kelima: Cadangan dan Kesimpulan Melalui penemuan yang didapati dalam bahagian analisis data, cadangan dan kesimpulan telah dibuat dengan merumuskan pencarian yang didapati daripada kajian. Selain itu, batasan-batasan kajian, cadangan kajian lanjutan dan sebagainya juga telah dituliskan sebagai kesimpulan untuk mengakhiri kajian ini.

12 12 Pemahaman awal dan pembentukan isu Penentuan Matlamat, Objektif, Skop kajian, Kepentingan Kajian dan kaedah kajian. Peringkat Pertama Kajian Literatur Bahan-bahan Rujukan: Buku-buku Journal Internet Lain-lain Peringkat Kedua Pengumpulan Data Data Primer daripada Temubual Data Skunder daripada risalah perlancongan dan hotel Peringkat Ketiga Analisis Kajian Menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi daripada temubual Peringkat Keempat Memberi Cadangan dan Membuat Kesimpulan Kajian Peringkat Kelima Rajah 1.1: Carta Alir Kajian

APLIKASI PENGURUSAN FASILITI DALAM PENGURUSAN HOTEL TING KEE SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PENGURUSAN FASILITI DALAM PENGURUSAN HOTEL TING KEE SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APLIKASI PENGURUSAN FASILITI DALAM PENGURUSAN HOTEL TING KEE SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i APLIKASI PENGURUSAN FASILITI DALAM PENGURUSAN HOTEL TING KEE SAN Laporan Projek ini dikemukakan sebagai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri perumahan di Malaysia semakin berkembang maju selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemajuan industri pembinaan iaitu dengan meningkatkan sub industrinya

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Merujuk kepada Amy Nutt (2009), dalam artikel Ezine kedudukan restoran harus berada dikawasan mudah dilihat oleh orang ramai atau anda akan dapati langsung tiada pelanggan,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pelaburan di dalam sektor harta tanah mempunyai perbezaan yang ketara dengan pelaburan di dalam sektor lain. Ini adalah kerana pelaburan harta tanah adalah

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

Penglibatan dan Penyertaan Pekerja

Penglibatan dan Penyertaan Pekerja Topik 9 Penglibatan dan Penyertaan Pekerja HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara penglibatan dan penyertaan pekerja; 2. Menjelaskan bentuk penyertaan pekerja;

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pelancongan merupakan salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) utama di Malaysia yang mana ianya menyumbang terbesar yang berada ditangga ke 7

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan

Lebih terperinci

ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARAN

ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARAN ANALISIS PERSEKITARAN PEMASARAN PENGENALAN Apabila sesebuah syarikat mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang statik atau tidak berubah. Syarikat berada dalam satu persekitaran yang lebih

Lebih terperinci

Pengurusan fasiliti. Sinopsis:

Pengurusan fasiliti. Sinopsis: Pengurusan fasiliti Sinopsis: Pengurusan fasiliti merupakan satu bidang yang sedang pesat berkembang di Malaysia. Pembinaan projek mega di negara ini telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Isu kualiti telah hangat diperbincangkan ekoran daripada beberapa kejadian kegagalan dan keruntuhan beberapa bangunan yang berlaku seperti tragedi Highland Tower yang telah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar. Luar bandar juga dikenali

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Perkembangan industri pelancongan masa ini telahpun menunjukkan petanda positif. Ini dibuktikan dengan meningkatnya jumlah bilangan pelancong yang berkunjung di seluruh

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pelancongan didefinisikan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada

Lebih terperinci

Penggabungan dan Pengambilalihan

Penggabungan dan Pengambilalihan Topik 7 Penggabungan dan Pengambilalihan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan mengenai penggabungan dan pengambilalihan; 2. Membezakan jenis penggabungan dan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya Internet pada hari ini telah banyak menyumbang dalam kemajuan bidang perniagaan. Fungsi Internet yang paling utama

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pegawai Sistem Maklumat sektor awam adalah merupakan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam merangka strategi teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pertumbuhan penduduk yang pesat khasnya di kawasan-kawasan yang pesat membangun sedikit sebanyak telah memperkembangkan lagi industri perumahan di Malaysia khususnya. Didapati

Lebih terperinci

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dalam bidang komputer pada masa kini telah memberi banyak faedah kepada semua bidang termasuk bidang pentadbiran tanah. Hari ini, kita telah melihat kebanyakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, proses urbanisasi yang pesat telah berlaku terutamanya di bandar-bandar besar, semakin banyak bangunan yang didirikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1. Pengenalan Kanak-kanak adalah bakal pemimpin negara yang menentukan hala tuju negara. Pendidikan adalah saluran utama untuk pemupukan ilmu, sahsiah, emosi dan rohani kanak-kanak.

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kesedaran mengenai betapa pentingnya latihan di Malaysia menyebabkan organisasi-organisasi awam mahupun swasta mewujudkan pusat latihan untuk melatih tenaga kerja menurut

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 15 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1.0 Pengenalan Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Rumah merupakan suatu keperluan wajib bagi sesebuah keluarga dan individu. Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang memberi tempat berlindung

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Secara asasnya, aktiviti perniagaan tidak formal berskala kecil adalah merupakan salah satu cabang daripada sistem ekonomi penting dan menjadi faktor ekonomi yang membantu

Lebih terperinci

3 / 4 / Cik Zarina binti Za bar

3 / 4 / Cik Zarina binti Za bar UNIVERSITITEKNOLOGI MARA FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR JABATAN SENIBINA DALAMAN APRIL 2009 Adalah disyorkan bahawa Laporan Penyelidikan Projek ini yang disediakan oleh NADIA BINTI HASSIM bertajuk

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

PENILAIAN PRESTASI EST

PENILAIAN PRESTASI EST PENILAIAN PRESTASI Penilaian prestasi adalah salah satu aktiviti terpenting dalam amalan pengurusan sumber manusia. Impak dari sistem penilaian prestasi adalah sangat signifikan kepada pekerja kerana kaitan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kehidupan manusia pada masa kini saling berkaitan dengan Teknologi Maklumat. Perkembangan Teknologi Maklumat yang berkembang pesat membolehkan kehidupan pada masa kini

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

Reka Bentuk Struktur Gaji

Reka Bentuk Struktur Gaji Topik 7 Reka Bentuk Struktur Gaji HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan tujuh langkah dalam proses pengurusan pampasan sesuatu organisasi; 2. Mengaplikasikan enam

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Keperluan asas dalam kehidupan manusia boleh dihasilkan melalui tanah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Semua keperluan ini dapat diperolehi melalui usaha-usaha

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan bagi membolehkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pencapaian negara pada hari ini telah membawa banyak perubahan kepada corak pembangunan negara. Kesan ini turut dirasai terutamanya dalam industri pembinaan di mana pelbagai

Lebih terperinci

BAB SATU PENDAHULUAN

BAB SATU PENDAHULUAN 1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di bawah Ordinan (Undang-undang) Kemajuan Tanah (Akta No. 20, 1956), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang dikenali dengan singkatan FELDA adalah sebuah Badan Berkanun

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Keteguhan ekonomi Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara telah menyaksikan pelbagai konsep pembangunan dilaksanakan dengan bangunan pencakar langit mewarnai Pusat

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan ekonomi yang terus meningkat menuntut adanya pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan berkesan. Hal ini mengakibatkan peningkatan permintaan ke atas keluaran

Lebih terperinci

HHO CONSULTING LIMITED Nombor Pendaftaran: Trust Company Complex, Ajeltake Road, Ajeltake Island, Majuro, Republik Kepulauan Marshall MH 96960

HHO CONSULTING LIMITED Nombor Pendaftaran: Trust Company Complex, Ajeltake Road, Ajeltake Island, Majuro, Republik Kepulauan Marshall MH 96960 Amaran Risiko HHO Consulting Ltd. adalah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Kepulauan Marshall, dengan nombor pendaftaran 70801. 1. AMARAN RISIKO Anda bersetuju untuk menggunakan Laman

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 14 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semenjak penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1933 semua keperluan senggaraan kem-kem dan fasilitas infrastrukturnya telah diuruskan oleh Public Works

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hakmilik strata menurut kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 (Akta 318) adalah manifestasi pecah bahagi bangunan berbilang tingkat kepada petak-petak strata dalam

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang meningkat pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2012 berdasarkan pertumbuhan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia telah menjadi

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Pembangunan E-Shopping di kedai buku Koperasi UTM Berhad merupakan satu aplikasi yang direkabentuk berdasarkan kajian trust dalam aplikasi Perdagangan Elektronik. Beberapa

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di negara ini dan merupakan salah satu komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Lebih terperinci

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN ix SENARAI KANDUNGAN BAB PENDAHULUAN HALAMAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN ii iv v vi vii

Lebih terperinci

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan BAB ENAM PENUTUP 6.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis kajian dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan bagi

Lebih terperinci

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR JABATAN SENIBINA DALAMAN OKTOBER 2009

UNIVERSITITEKNOLOGI MARA FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR JABATAN SENIBINA DALAMAN OKTOBER 2009 UNIVERSITITEKNOLOGI MARA FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR JABATAN SENIBINA DALAMAN OKTOBER 2009 Adalah disyorkan bahawa Laporan Projek Penyelidikan ini yang disediakan oleh MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi telah menggerakkan perubahan positif di dalam syarikat sepanjang tempoh sedekad yang lalu. Hal-hal berkaitan teknologi maklumat (IT) kian penting dalam menentukan

Lebih terperinci

Pemasaran di Era Baru

Pemasaran di Era Baru Topik 1 Pemasaran di Era Baru HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti elemen-elemen dalam campuran pemasaran iaitu 4Ps dan 7Ps serta skop pengurusan pemasaran;

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan secara menyeluruh mengenai kajian yang dijalankan dalam membangunkan Model Kepuasan Pelanggan Untuk Laman Web E-Runcit. Melihat kepada kepesatan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 16 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dalam bidang pembangunan hartanah terdapat beberapa siri aktiviti yang menjuruskan kepada pembentukkan struktur atau bangunan yang mana fungsinya untuk meningkatkan taraf

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan komuniti berpagar merupakan tren pembangunan semasa yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran hartanah. Konsep ini menjadi popular kerana ia menyediakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU)

BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Proses pembandaran telah menimbulkan pelbagai

Lebih terperinci

Sokongan Teknologi Maklumat dan Strategi dalam Organisasi

Sokongan Teknologi Maklumat dan Strategi dalam Organisasi Topik 3 Sokongan Teknologi Maklumat dan Strategi dalam Organisasi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan seni bina dan infrastruktur teknologi maklumat; 2. Menerangkan

Lebih terperinci

CADANGAN MODEL SIMULASI BAGI MENGURANGKAN MASA MENUNGGU PESAKIT. Nur Niswah Hasina Binti Mohammad Amin Muriati Binti Mukhtar

CADANGAN MODEL SIMULASI BAGI MENGURANGKAN MASA MENUNGGU PESAKIT. Nur Niswah Hasina Binti Mohammad Amin Muriati Binti Mukhtar CADANGAN MODEL SIMULASI BAGI MENGURANGKAN MASA MENUNGGU PESAKIT Nur Niswah Hasina Binti Mohammad Amin Muriati Binti Mukhtar Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pada

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian

BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang

Lebih terperinci

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI DR. JAMILAH DIN NORHAZILINA ABDUL HALIM AZMALIZA ARIFIN RINGKASAN EKSEKUTIF Pelancongan Berasas Komuniti (PBK) telah banyak dipromosi sebagai satu kaedah pembangunan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya.

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Naib Canselor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Inovasi Naib Canselor UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Anugerah Inovasi Naib Canselor ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR I. PENGENALAN Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada warga Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian/Unit UKM dengan

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Terdapat pelbagai definisi kualiti yang diutarakan oleh guru-guru kualiti dalam disiplin ilmu kualiti. Akan tetapi secara umumnya, kualiti boleh dirujuk sebagai sebagai

Lebih terperinci

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS) SEKTOR PERKHIDMATAN BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para

Lebih terperinci

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia

Wacana Ilmu ICT Servis Awan UTM. Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia Wacana Ilmu ICT 2017 Servis Awan UTM Pembuka Revolusi Industri 4.0 Perspektif Universiti Teknologi Malaysia Zaiton Salimon Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Unit Pengurusan Bisnes & Projek Bahagian Pengurusan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pada zaman era globalisasi yang menuju ke arah pemodenan teknologi, komunikasi, dan rangkaian pengkomputeran, negara kita telah melalui suatu titik penting dalam

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan proses yang perlu diselaraskan dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data mentah untuk kajian ini. Langkah-langkah

Lebih terperinci

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN CATATAN ANALISIS KANDUNGAN LAMPIRAN C Butiran Dokumen KERJA PROJEK SEJARAH KST TAHUN 2006 NAMA PELAJAR : P1 TAJUK : PERISTIWA 13 MEI BILANGAN : 1 Catatan Analisis Kandungan Soalan/ Komen Semakan secara

Lebih terperinci

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej

CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej CoLMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Kepimpinan Kolej Zuraini Ali Shah 1, Syarifah Zyurina Nordin 2 dan Norhanim Abdul Samat 3 Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Takzim 1 zuraini@fsksm.utm.my,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Perkembangan teknologi yang semakin pesat memainkan peranan penting kepada keupayaan sesebuah negara untuk diuruskan dengan cemerlang. Pengangkutan juga terlibat sama

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

Perspektif dan Pendekatan dalam Perhubungan Industri

Perspektif dan Pendekatan dalam Perhubungan Industri Topik 2 Perspektif dan Pendekatan dalam Perhubungan Industri HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan perspektif unitari, pluralistik dan Marxist; 2. Mengenal pasti

Lebih terperinci

Menurut bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Musa Mohamed, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan

Menurut bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Musa Mohamed, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu kepentingan BAB 1 PENDAHULUAN Pelaksanaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains merupakan satu dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Guru yang merupakan pelaksana kepada dasar ini perlu melaksanakan

Lebih terperinci

PENGAKUAN. Tandatangan : : NORHAYATI BINTI MOHAMAD AISA. No. Matrik : EDMB 2-16 : DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN)

PENGAKUAN. Tandatangan : : NORHAYATI BINTI MOHAMAD AISA. No. Matrik : EDMB 2-16 : DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN) PENGAKUAN Saya mengakui kertas kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan luar yang digunakan, setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumbernya. UMCCed tidak akan menanggung segala

Lebih terperinci

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN

PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN Asas PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN Jom Mula! Apa yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Usahawan Berjaya? Adakah Anda Seorang Peniaga atau Usahawan? Kenalpasti Jurang Anda Dalam Menjadi Seorang Usahawan 0 0

Lebih terperinci

Pembuatan Keputusan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pembuatan Keputusan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 3 Pembuatan Keputusan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti jenis-jenis persekitaran untuk pembuatan keputusan; 2. Membincangkan proses-proses yang terlibat

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM 1.1 Pengenalan Perkhidmatan penyenggaraan fasiliti adalah satu aktiviti sokongan yang penting bagi

Lebih terperinci