KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

dokumen-dokumen yang mirip
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

PENDIDIKAN KESIHATAN

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

Model Pengurusan Strategik

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Unit 5 Pendekatan Tematik

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

PENGENALAN KEPADA PORTFOLIO

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Kurikulum Kebangsaan

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

PENDIDIKAN KESIHATAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

OBJEKTIF PENGENALAN

Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Transkripsi:

PANDUAN KURSUS xi DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani adalah salah satu kursus yang dikelolakan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN? Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani dengan kepujian. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan standard OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

xii PANDUAN KURSUS Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus Aktiviti Jam Pembelajaran Membaca modul dan menyiapkan latihan 70 Menghadiri tiga sesi tutorial pada kadar 3 jam 20 minit setiap satu sesi Capaian pada laman web 6 Menyiapkan satu (1) tugasan 24 Ulang kaji 10 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120 10 OBJEKTIF KURSUS Kursus Pengenalan Pendidikan Jasmani menggabungjalinkan dua bidang pengetahuan, iaitu asas Pendidikan Jasmani dan kurikulum Pendidikan Jasmani. Kursus ini bertujuan membantu pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Setelah mengikuti mata pelajaran ini, pelajar dapat: 1. Mengenal pasti struktur, matlamat dan tujuan rancangan Pendidikan Jasmani sekolah rendah; 2. Menyatakan peranan yang dimainkan oleh program Pendidikan Jasmani sekolah rendah terhadap perkembangan optima tiap-tiap pelajar dan kompetensi mereka dalam aktiviti fizikal sepanjang hayat; 3. Menerangkan konteks Pendidikan Jasmani sekolah rendah dalam sistem sekolah dan komuniti; 4. Mempamerkan kefahaman yang tinggi terhadap prinsip rekacipta kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah; 5. Menerangkan struktur matlamat dan halatuju Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR); dan 6. Mempamerkan pengetahuan yang mantap terhadap pengaplikasian kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah ke dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah.

PANDUAN KURSUS xiii SINOPSIS KURSUS Kursus ini mengandungi 10 topik. Topik 1 memperkenalkan pelajar kepada Pendidikan Jasmani serta sejarahnya. Perbincangan dalam topik ini berkisar kepada konsep dan falsafah, kepentingan Pendidikan Jasmani serta sejarah Pendidikan Jasmani. Topik 2 memperkenalkan pelajar kepada kepentingan Pendidikan Jasmani kepada kanak-kanak, remaja dan warga emas. Topik ini membincangkan kajian berkaitan gender dalam Pendidikan Jasmani dalam proses perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif serta pembentukan sahsiah. Topik 3 membincangkan tentang konsep pembentukan kurikulum secara am dan matlamat serta objektif kurikulum. Topik ini juga membincangkan tentang halatuju serta pengaruh dasar dan falsafah pendidikan negara terhadap kurikulum. Di akhir topik ini di bincang tentang proses berkaitan pembinaan kurikulum. Topik 4 memperkenalkan kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Topik ini membincangkan matlamat, objektif dan halatuju Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) umumnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani khasnya. Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani dikupas dan dijelas dalam topik ini. Topik 5 membimbing peserta kursus membuat rancangan kerja tahunan berdasarkan tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang di gunakan di sekolah rendah. Topik ini juga membincangkan tentang konsep kesepaduan dan gaya pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Topik 6 membincangkan teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta meperkenalkan peserta kepada corak pendekatan yang digunakan dalam mengajar Pendidikan Jasmani. Topik 7 meperkenalkan peserta kepada corak kaedah yang digunakan dalam mengajar Pendidikan Jasmani. Selain daripada itu topik ini juga membincangkan tentang spektrum pengajaran Mosston dan Ashworth dan Modul Teaching Games for Understanding (TgfU) yang selalu digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

xiv PANDUAN KURSUS Topik 8 memperkenalkan pelajar kepada corak dan kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani berdasarkan kepada faktor infrastruktur yang terdiri daripada kemudahan, peralatan dan kepakaran. Topik ini mengambilkira faktor perkembangan murid yang mempengaruhi kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani dalam pengajaran dan pembelajaran. Topik 9 mendedahkan peserta dengan konsep pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Topik ini memperkenalkan peserta dengan elemen-elemen yang terdapat dalam pembelajaran bestari serta contohcontoh perlaksanaan pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Topik 10 bertujuan membantu guru menggunakan teknik Pendidikan Jasmani suaian dalam mengajar Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak istimewa. Guru akan didedahkan dengan Keperluan Psikologi dan pengubahsuaian sikap orang kurang upaya dan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan- perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

PANDUAN KURSUS xv Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian- bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Tiada pengetahuan asas diperlukan. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myinspire.

xvi PANDUAN KURSUS PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.