KERTAS KERJA CAREER TALK TARIKH 8.11.2014 TEMPAT PUSAT AKTIVITI MAHASISWA FST (PMFST) ANJURAN KELAB OLEOKIMIA 1 P a g e
KERTAS KERJA CAREER TALK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan serta bantuan dana daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program Career Talk sesi 2014/2015, anjuran Kelab Oleokimia. 2.0 PENGENALAN Career Talk merupakan suatu program yang memberikan pendedahan kepada para mahasiswa khususnya pelajar tahun 1 Oleokimia untuk sesi 2014/2015 yang diadakan di Pusat Aktiviti Mahasiswa (PMFST) pada 8 November 2014. Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar tentang kos subjek yang diambil iaitu Oleokimia. Kebanyakan pelajar baru masih belum megenali atau faham secara mendalam tentang kos yang mereka minta atau dapat di UKM mahupun di Universiti lain. Melalui program sebegini, mereka akan lebih memahami kos yang mereka ambil dan tahu akan hala tuju mereka di sini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dalam Kelab Oleokimia bagi tahun 2 yang mengajurkan program ini sebagai Majlis Tertinggi mahupun ahli-jawatankuasa. Pelajar tahun 1 Oleokimia dapat mengenali dengan senior-senior mereka khususnya tahun 2 dan tahun 3 yang kebanyakkan akan turut hadir bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga, mereka juga dapat mengenali pensyarah-pensyarah Oleokimia di UKM dan meminta pendapat mereka bagi jurusan yang telah diambil. Seterusnya, dapat menaikkan semangat pelajar tahun 1 melalui kata-kata azimat dari pelajar-pelajar senior dan juga para pensyarah agar mereka memperoleh kejayaan untuk kos yang diambil. 2 P a g e
Pelajar tahun 1 juga dapat mengetahui tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka boleh tempuhi setalah bergelar graduan dalam jurusan Oleokimia. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dengan sedikit huluran bantuan kewangan daripada pihak JPPEL demi memastikan segala masalah yang berbentuk wang ringgit dapat diselesaikan. 3.0 MISI Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini dengan : Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin. Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan. Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan program. 4.0 MATLAMAT PROGRAM Pihak jawatan kuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah Memberi pendedehan kepada pelajar tahun 1 tentang jurusan Oleokimia yang diambil serta pekerjaan yang menanti mereka. Menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform bagi setiap pensyarah serta pelajar senior Oleokimia berinteraksi dan mengenali ahli-ahli baru. Memberi peluang kepada pelajar tahun 2 membentuk organisasi bagi menjayakan sesuatu program. 3 P a g e
5.0 OBJEKTIF Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai : Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya. Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi, membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri. Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan sebagainya. 4 P a g e
Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan dalam mencari dana bagi melancarkan majlis. Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan. Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan kebajikan pelajar. Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tepat. 6.0 TEMA Oleokimia : antara prospek dan cabaran 7.0 ANJURAN Kelab Oleokimia, Sesi 2014/2015, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 5 P a g e
8.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 8 November 2014 Hari : Sabtu Masa : 9.00-12.00 tengahari 9.0 TEMPAT PROGRAM Perjalanan program ini bertempat di Pusat Aktiviti Mahasiswa FST (PMFST) 10.0 PUBLISITI Bagi menghebahkan program ini, publisiti yang dicadangkan ialah menerusi Banner 11.0 CADANGAN PENCERAMAH Cadangan penceramah bagi program career talk sesi 2014/2015 adalah seperti berikut : 1. Dr. Muhammad Rahimi Bin Yusop Ketua Program Oleokimia Fakulti Sains dan Teknologi UKM 6 P a g e
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Bilangan ahli yang terlibat: Pelajar Oleokimia : Tahun 1, Tahun 2, sesi 2014/2015 Barisan tenaga pengajar Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan. 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 16.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,sila hubungi : Ketua Pengarah Program, Nama : Muhammad Hilman Bin Abdul Mustapa No Tel : 014-7575866 Email : yupy80@yahoo.com 7 P a g e
17.0 PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Career Talk sesi 2014/2015 ini mendapat kelulusan dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada barisan Jawatankuasa yang akan sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Melalui program ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar tahun 1 dan tahun 2 dan tidak lupa terhadap para pensyarah yang akan hadir ke program yang bermanfaat sebegini. Secara tidak langsung, pihak Universiti akan dapat melahirkan pemimpin yang berfikiran positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelengan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan sepenuhnya pada sesi 2014/2015 dapat dijayakan dengan sempurna. 8 P a g e
Disediakan Oleh, ( Norhida binti Risman ) Sentiausaha, Program Career Talk Oleochemistry, Sesi 2014/2015, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disemak Oleh,.. (Muhammad Hilman bin Abdul Mustapa ) Ketua Pengarah, Sesi 2014/2015, Universiti Kebangsaan Malaysia 9 P a g e
Disokong Oleh,. (Dr. Muhammad Rahimi bin Yusop) Penasihat Career Talk, Ketua Program Oleokimia, Sesi 2014/2015, Universiti Kebangsaan Malaysia. 10 P a g e
LAMPIRAN A SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM CAREER TALK Ketua Pengarah Muhammad Hilman Bin Abdul Mustapa FST/2 (A145954) 014-7575866 Timbalan Pengarah I Nur Athirah Binti Nor Azam FST/2 (A145950) 019-4460726 Setiausaha Norhida Binti Risman FST/2(A145952) 017-7364690 Bendahari Noribtisam binti Rosli FST/2(A145942) 017-4393403 11 P a g e
Penyelaras Pemasaran: Program & Protokol: Tugas-tugas Khas: Kebajikan & Jamuan: Jemputan: Publisiti: Cenderamata: Ketua- Noorsyahirah binti Ahmad FST/2(A145925) Pen. Ketua- Nabila binti ruslan FST/2(A145941) Ketua- Norhakimah binti Norhman FST/2(A145926) Pen. Ketua- Nurul Saadah binti Mohamad Zaid FST/2(A145933) Ketua-Fatin Nabilah Binti Sharifuddin FST/2(A145951) Ketua- Nursyaza Damia binti Zainal FST/2(A145939) Pen. Ketua- Nik Muslihuddin bin Nik Sulaiman FST/2(A145931) Ketua- Nor Asmira binti Mamat @ Razali FST/2(A145943) Pen. Ketua- Hafizah binti Ishak FST/2(A145922) Ketua- Syarifudin Bin Saroni FST/2(A145955) Ketua- Teh Chia Huei FST/2(A145936) Pen. Ketua- Nadhirah bt Ahmad Kamal FST/2(A145940) 12 P a g e
LAMPIRAN B TENTATIF CAREER TALK Tarikh : 8 November 2014 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi-12.00 tengahari Masa Perkara Tempat 9.00 pagi -Kedatangan para peserta. -Sarapan pagi. 9.30 pagi -Majlis dimulakan -Nyayian Lagu Negaraku -Nyayian Lagu Varsiti Kita 9.45 pagi -Bacaan Doa -Ucapan Ketua Pengarah -Ucapan Penasihat Program 10.15 pagi - Ceramah Career Talk PMFST 11.00 pagi - Sesi Soal Jawab 11.20 pagi -Jamuan makanan tengahari 12.00 tengahari Bersurai 13 P a g e
LAMPIRAN C BELANJAWAN CAREER TALK Anggaran Pendapatan BIL. PERKARA RM 1. Sumbangan Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPel ) 150.00 Pemasaran dan Sumbangan Falkulti 120.00 300.00 2. Bayaran Pelajar ( RM 6 X 59 orang ) 354.00 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 924.00 Anggaran Perbelanjaan BIL. PERKARA HARGA ( RM ) UNIT RM 1. Jamuan Tengahari Mahasiswa/i 6.00 59 354.00 Pensyarah 7.00 5 35.00 Vip 10.00 2 20.00 Sarapan pagi 3.10 66 204.60 613.60 2. Publisiti Banner 50.00 1 50.00 50.00 14 P a g e
3. Cenderamata Penceramah Jemputan Sijil 30.00 3.50 1 59 30.00 206.50 524.00 4. Protokol Kad Jemputan Pensyarah 3.00 5 15.00 15.00 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 915.10 15 P a g e