UTHM.PB/100-6/4/1(12 ) 04 November 2008 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2 / 2008

dokumen-dokumen yang mirip
UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BEN-PKL( 02/2007 )D PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/ 2007 PINDAAN TEMPOH BAYARAN DAN PENYENGGARAAN DAFTAR BIL

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

PEKELILING BENDAHARI BIL 01/2015 السلام علیكم

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

UTHM.PB/100-6/4/1(26) 8 Disember 2012 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2012

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2014 PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2014

UTHM/PB/100 6/4/1 (18) Tarikh: 19 Ogos 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 12 / 2008

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UTHM.PB/100-6/4/1( 15 ) 4 Februari 2009 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2009

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) TAHUN 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 (11 ) Tarikh: 6 April 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 08 ) 05 Februari 2014 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 02/2014

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS UNTUK DUA TAHUN (TAHUN 2008 DAN 2009) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Dan Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai

KEMENTERIAN KEWANGAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 7 TAHUN 2013 TATACARA DAN PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 14/1992 ( PENGURUSAN WANG ) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

JADUAL PENUTUPAN AKAUN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2012 BIL. PERKARA TARIKH AKHIR

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Tujuan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KUiTTHO.PB/10.12/04 Jld II (13 ) Tarikh: 29 September 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 06 / 2006

PEKELILING BENDAHARI BIL 5/2006 PEJABAT BENDAHARI

PENGENDALIAN PEMBAYARAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

PEJABAT BENDAHARI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

KUTKM.03/ 10.12/3/2 ( ) November 2004 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 13/2004 PENYEDIAAN CADANGAN BAJET MENGURUS TAHUN 2006 DAN 2007

PEMERIKSAAN MENGEJUT KUTIPAN HASIL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

2, Penjanaan sumber dalaman pada masa ini telah banyak dilaksanakan di PTj. Antaranya

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN PERKHIDMATAN (CBP/GST) DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 07/2006 PEJABAT BENDAHARI

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT BURSAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID

PEKELILING BENDAHARI BIL 05/2014

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PEKELILING BENDAHARI BIL : 6/2003 PEJABAT BENDAHARI PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2004

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen : UPM/OPR/BUR-BYR/P008 PROSEDUR PEMBAYARAN KEPADA PEMBEKAL

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW/P008. PROSEDUR PEMBAYARAN TUNTUTAN STAF Tarikh: 03/01/2011

SOKONGAN KEWANGAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BYR/P008. PROSEDUR PEMBAYARAN TUNTUTAN STAF Tarikh: 18/08/2016

UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SELF ASSESSMENT TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BJT/P002 PROSEDUR PERMOHONAN PINDAHAN PERUNTUKAN BELANJA MENGURUS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. SURAT IKATAN AKAUN AMANAH UNIVERSITI ( Untuk diisi dalam 2 salinan)

TATACARA PENGURUSAN TABUNG ENDOWMEN/WAKAF DAN TABUNG SUMBANGAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.APB.(P).09

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

KUiTTHO.PB/10.12/14( 39 ) 9 Januari 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2007 PINDAAN HARGA CIF BAGI PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

UTHM/PB/100 6/4/1 (14 ) Tarikh: 25Julai 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 8 / 2008

PENGURUSAN HASIL DAN TERIMAAN. Nordazarina Daud Bah.Gaji dan Kewangan Staf Pejabat Bendahari

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW/P010 PROSEDUR PENDAHULUAN DAN KAD KORPORAT

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

M / S : 1/12 TARIKH : 8 JANUARI 2016 PINDAAN : 01 TERIMAAN DAN AKAUN UPSI(ISO)/BEN/P07 KELUARAN : A 1.0 TUJUAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2009 KEMUDAHAN KAD KORPORAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMAKAN/TINDAKAN. b) Senarai Semak Tuntutan Bayaran Balik (SOK/KEW/SS009/BYR) PERAKUAN BAYARAN. b) Tuntutan/Arahan Bayaran Daripada PTJ

Transkripsi:

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BEN-SPKL( 02 /2008)D UTHM.PB/100-6/4/1(12 ) 04 November 2008 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2 / 2008 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan, PANDUAN PENUTUPAN AKAUN DI PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2008 1.0 TUJUAN 1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk menerangkan kepada semua Pengurus Bahagian mengenai Panduan Penutupan Akaun di Pusat Tanggungjawab Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2008 sebagaimana keperluan Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bil. 1 Tahun 1995 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2007 yang mengkehendaki Penyata Kewangan Universiti ditutup pada 31 Disember setiap tahun untuk dilaporkan kepada Kabinet. 1.2 Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mengemukakan tuntutan perbelanjaan bagi kerja/perkhidmatan yang telah disempurnakan atau bekalan yang telah diterima dan pelbagai tuntutan oleh staf/individu luar dalam tahun 2008 bagi membolehkan pembayaran diproses sebelum atau pada 31 Disember 2008. 1.3 Semua bil dan tuntutan bagi tahun 2008 yang lewat dikemukakan ke Pejabat Bendahari daripada tarikh yang telah ditetapkan akan dikenakan kepada peruntukan tahun berikutnya. Dokumen yang dikembalikan ke PTJ dan tidak diterima oleh Pejabat Bendahari dalam tempoh yang telah ditetapkan juga akan dikenakan kepada peruntukan tahun berikutnya. 1.4 Semua bil, tuntutan dan resit panjar bagi pembelian yang tidak mengikut peraturan seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Bendahari Bil. 3/2004 bertarikh 2 November 2004, akan dikembalikan untuk ditanggung sendiri oleh individu berkenaan.

2.0 TARIKH AKHIR MENGEMUKAKAN TUNTUTAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN 2008 2.1 Semua Pengurus Bahagian yang mengawal peruntukan adalah diingatkan supaya mengemukakan tuntutan pembayaran ke Pejabat Bendahari sepertimana berikut:- 2.1.1 Semua tuntutan staf dan individu luar hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 24 Disember 2008. 2.1.2 Semua bil dan inbois pembekal hendaklah diluluskan (Approved Invoice) dalam sistem SAGA dan dokumen dihantar selewat-lewatnya pada 31 Disember 2008. 2.2 Tuntutan seperti di para 2.1.1 yang diterima selepas 24 Disember 2008 dan jika tidak sempat diproses sehingga 31 Disember 2008, akan dikembalikan kepada PTJ untuk diberi nombor siri baru dan dikenakan kepada peruntukan tahun berikutnya. 2.3 Pembayaran seperti di para 2.1.2 yang tidak sempat di key-in dan diluluskan di peringkat PTJ hendaklah diproses dalam tahun 2009. 2.4 Semua bil dan inbois yang tidak melibatkan LO/Kontrak/Inden yang dibayar menggunakan peruntukan tahun berikutnya perlu mendapat kelulusan pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 58 sebagaimana Surat Pekeliling Bendahari Bil. 2/2003. Senarai pembayaran menerusi kelulusan Arahan Perbendaharaan (AP) 58 perlu dikemukakan seperti format dilampirkan dan perlu dihantar ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 31 Januari 2009. 2.5 Tuntutan perbelanjaan antara PTJ perlu dikemukakan ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 31 Disember 2008 untuk dijernalkan. 2.6 Laporan kewangan bagi pendahuluan untuk aktiviti/program yang telah dilaksanakan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 Disember 2008 untuk diselaraskan ke vot perbelanjaan PTJ berkenaan. 2.7 Permohonan pendahuluan diri staf, pendahuluan aktiviti pelajar dan pendahuluan aktiviti rasmi universiti hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 24 Disember 2008. Permohonan pendahuluan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

2.8 PTJ hendaklah memastikan kod aset dan inventori yang digunakan adalah betul dan tepat. Sekiranya berlaku kesilapan, dokumen akan dikembalikan untuk dikemaskini di dalam Sistem FAMS. PTJ perlu memaklumkan ke Pejabat Bendahari kod sebenar yang perlu diselaraskan. 3.0 REKUPMEN PANJAR WANG RUNCIT UNTUK PERBELANJAAN TAHUN 2008 3.1 Rekupmen panjar wang runcit bagi tahun 2008 hendaklah dikemukakan seperti berikut :- 3.1.1 Semua pemegang panjar wang runcit adalah dikehendaki memulangkan baki panjarnya ke Unit Akaun, Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 24 Disember 2008 bersama-sama dengan:- i. BEN/UA/010 Perakuan Panjar Wang Runcit/Pemandu ii. BEN/UA/011 Rekupmen Panjar Wang Runcit/Pemandu iii. Keratan Buku Panjar iv. Bil-bil atau resit tuntutan yang disahkan. 3.1.2 Baki wang panjar mestilah dihantar secara serahan tangan dan menurunkan tandatangan di borang yang disediakan. 3.1.3 Perbelanjaan menggunakan wang panjar dari 25-31 Disember 2008 adalah tidak dibenarkan. 3.1.4 Borang Perakuan dan Borang Rekupmen Panjar Wang Runcit mestilah ditandatangani oleh Pengurus Bahagian dan Pemegang Panjar dengan mencatatkan nama penuh penandatangan serta cop rasmi Pejabat (Borang BEN/UA/010 & BEN/UA/011 boleh dimuat turun dari laman web Pejabat Bendahari) 3.1.5 Perakuan Panjar Wang Runcit masih perlu dihantar ke Pejabat Bendahari walaupun tiada rekupmen dibuat. 3.1.6 Kelewatan mengembalikan baki panjar serta Perakuan Panjar Wang Runcit akan mengakibatkan peruntukan panjar ditarik balik daripada PTJ masing-masing.

3.2 Rekupmen panjar pemandu bagi tahun 2008 hendaklah dikemukakan seperti berikut :- 3.2.1 Pemegang panjar pemandu adalah dikehendaki memulangkan baki panjarnya ke Unit Tuntutan dan Pendahuluan, Pejabat Bendahari secara serahan tangan selewat-lewatnya pada 24 Disember 2008 bersama-sama dengan:- i. BEN/UA/010 Perakuan Panjar Wang Runcit/Pemandu ii. BEN/UA/011 Rekupmen Panjar Wang Runcit/Pemandu iii. Keratan Buku Panjar iv. Borang Permohonan Panjar Pemandu. (Pendahuluan Diri Perjalanan) 4.0 KUTIPAN HASIL OLEH PTJ 4.1 Semua pungutan hasil oleh PTJ yang diberi kuasa adalah dibenarkan sehingga 24 Disember 2008. Semua kutipan selepas dari tarikh tersebut hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat Bendahari. 4.2 PTJ yang diberi kuasa hendaklah menghantar semua jenis terimaan bersama-sama dengan buku resit yang dibekalkan sama ada telah digunakan atau belum ke Unit Hasil dan Pelaburan, Pejabat Bendahari sebelum jam 3.30 petang pada 24 Disember 2008 bagi membolehkan wang tersebut diakaunkan. 4.3 Kegagalan PTJ mengembalikan buku resit pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kuasa membuat kutipan ditarik balik. 4.4 Semua PTJ perlu menghantar maklumat tuntutan penggunaan kemudahan/peralatan/perkhidmatan ke Pejabat Bendahari selewatlewatnya pada 31 Disember 2008 untuk disediakan bil tuntutan/invois. 5.0 PEROLEHAN MELALUI PESANAN TEMPATAN/INDEN/KONTRAK 5.1 Tarikh akhir pengeluaran Pesanan Tempatan/Inden melalui sistem SAGA di PTJ adalah pada 31 Disember 2008. 5.2 Penyesuaian hendaklah dibuat antara baki komitmen dalam buku vot dengan laporan buku vot dan laporan komitmen dalam sistem SAGA dan perlu dikemukakan ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 5 Januari 2009.

5.3 Kegagalan PTJ membuat penyesuaian seperti di para 5.2 akan menyebabkan agihan peruntukan bagi tahun 2009 tidak dapat diproses. 6.0 PENGEMASKINIAN BUKU VOT 6.1 Penyesuaian Vot bulan Disember 2008 perlu dibuat antara baki dalam buku vot manual dengan laporan buku vot dalam sistem SAGA dan dikemukakan ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 7 Januari 2009. 6.2 Semua PTJ hendaklah mengemaskini buku vot bagi semua kumpulan wang yang melibatkan transaksi pembayaran / perolehan / pelarasan sehingga 31 Disember 2008. Buku vot yang telah dikemaskini dan ditandatangani oleh Pengurus Bahagian atau pegawai yang diberi kuasa perlu dihantar ke Unit Belanjawan, Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 31 Januari 2009. 7.0 PENGURUSAN STOR PUSAT DAN STOR KECIL PTJ 7.1 Tarikh akhir pengambilan barang di Stor Pusat oleh PTJ selewatlewatnya pada 19 Disember 2008. Semua PTJ adalah diminta membuat perancangan yang sewajarnya. 7.2 Stor Pusat akan ditutup mulai 22-31 Disember 2008 untuk tujuan pengiraan stok. 7.3 Semua PTJ hendaklah membuat pengiraan stok di Stor Kecil PTJ selewat-lewatnya pada 31 Disember 2008 dan mengemukakan senarai stok (KEW 300-S) yang telah disahkan oleh Pengurus Bahagian ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 5 Januari 2009. 7.4 Pengiraan stok di Stor Pusat dan Stor Kecil PTJ hendaklah dilakukan oleh pegawai yang tidak terlibat dengan pengurusan stor. Pegawai yang terlibat hendaklah dilantik secara rasmi oleh Pengurus Bahagian (Rujuk Pekeliling Bendahari Bil. 1/2007). 8.0 KUATKUASA Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Kerjasama dan perhatian Y. Bhg Prof/Tuan/Puan adalah sangat diharapkan supaya dapat memaklumkan perkara ini kepada pegawai dan staf di PTJ masing-masing dan seterusnya mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan. Sekian, terima kasih. DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA Yang benar HJ. ABU BAKAR BIN HUSSAIN Bendahari 4537050 s.k - Y. Bhg. Naib Canselor - Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) - Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) - Ketua Unit Audit Dalaman