Bil 08/2010 Edisi OGOS

dokumen-dokumen yang mirip
Bil 04/2010 Edisi APRIL

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Bil 07/2010 Edisi JULAI

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Program Doktor Pendidikan Tinggi

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

LPP(A)5/10 Jld.18 ( 12 ) LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG PEKELILING KETUA PENGARAH BILANGAN 3 TAHUN 2015

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA BERTULIS LI BARAN

Koperasi Pengangkutan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Model Pengurusan Strategik

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Budaya PERDANA. UiTM - Amalannya. Penerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

AMANAT TAHUN BARU 2016 KETUA PENGARAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

KURSUS PUSAT PENTADBIRAN, PERUNDANGAN DAN KEPIMPINAN KOPERASI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Koperasi Perkasa Ekonomi Belia

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

menyatakan bagaimana untuk membantu meningkatkan perniagaan terutamanya di Sabah yang telah mengalami kemerosotan akibat daripada kelembapan ekonomi.

Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) dalam menguruskan masalah

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

UCAPAN PENUTUP KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 17 Mei 2017 (Rabu) Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

Transkripsi:

Bil 08/2010 Edisi OGOS Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya Tarikh Keramat 6 Ogos Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh

Berita Transformasi Pertanian Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya Oleh: Rosly Abdul Rahman rosly@lpp.gov.my Sumber manusia atau modal insan merupakan aset terpenting dan paling berharga dalam pembangunan sesuatu organisasi atau sesebuah kumpulan. Baik penjawat awam mahu pun ahli masyarakat, ilmu dan kemahiran hendaklah sentiasa dikuasai bagi membolehkan individu itu sendiri atau kumpulan yang dinaunginya terus mengecapi kejayaan sebagaimana diharapkan. Demikian saranan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Arpan Shah bin Satu, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia kepada penjawat LPP dan masyarakat peladang seluruh negara. Tuan Haji Arpan Shah memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah LPP yang ke-10 setelah dilantik ke jawatan tersebut mulai 4 Julai 2010. Menerima pelantikan ini dengan hati yang terbuka, beliau melahirkan rasa kesyukuran dan seterusnya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana memberikan kepercayaan kepada beliau menjawat jawatan tertinggi dalam LPP. Tugas yang diamanahkan kepadanya merupakan satu tanggungjawab yang amat besar yang perlu dipikul untuk memartabatkan masyarakat peladang. Beliau berjanji untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya bersama komitmen yang tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan terhadap penubuhan LPP. Atas pengalaman selama 32 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan LPP di pelbagai tempat dan jawatan, akan membantu beliau menerajui LPP ke tahap yang membanggakan. Tugas sebagai Ketua Pengarah menuntut pengorbanan yang besar untuk menerajui sebuah organisasi yang mempunyai kekuatan anggota melebihi 4,000 orang bagi merencanakan hala tuju pergerakan Pertubuhan Peladang (PP). Beliau yakin mendapat sokongan daripada penjawat LPP disemua peringkat bagi merealisasi wawasan untuk 2

menjadi peneraju pembangunan PP yang unggul dan cemerlang. Semua PP dibangunkan sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah mewujudkan ahli peladang komersil yang berdaya saing dan dapat memberi sumbangan kepada sektor pertanian selaras dengan matlamat transformasi pertanian melalui pergerakan PP. Untuk itu, LPP melaksanakan tiga fungsi utama iaitu sebagai Agensi Pengurusan, Agensi Pembangunan dan fungsi Pendaftar Pertubuhan Peladang. Dengan pelantikan sebagai Ketua Pengarah LPP, Tuan Haji Arpan Shah turut memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pendaftar PP. Atas kapasiti sebagai Ketua Pendaftar, beliau menjalankan tugas meliputi tiga bidang kuasa utama iaitu Mendaftar, Mengawal dan Menyelia PP serta mengadakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengannya. Sebagai Ketua Pengarah, Tuan Haji Arpan Shah turut bertanggungjawab kepada Ahli Lembaga LPP yang dilantik oleh Menteri. Lembaga LPP diberikan kuasa untuk meluluskan dasar dan peraturan bagi membolehkan tugas LPP dapat dilaksanakan dengan lancar dan menyeluruh selaras dengan dasar semasa Kerajaan. Sementara itu, Ketua Pengarah LPP juga terlibat secara langsung dalam Majlis Penasihat Peladang yang mempunyai keahlian terdiri dari wakil beberapa Kementerian, Jabatan Perdana Menteri, Perbendaharaan dan wakil setiap negeri dalam Malaysia. Tugas utama Majlis Penasihat Peladang adalah untuk menasihati Menteri atas perkara yang berkaitan dengan kemajuan PP atau apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Menteri. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada LPP menuntut kesungguhan yang tinggi daripada semua pihak. Oleh yang demikian, hanya dengan kekuatan modal insan yang dimiliki oleh LPP dan PP akan dapat melestarikan pembangunan sosio dan ekonomi masyarakat peladang khususnya di luar-luar bandar bagi mengharungi masa hadapan yang semakin mencabar. Beliau mengharapkan modal insan yang ada di LPP dan PP dapat menguasai ilmu pengetahuan dan memantapkan kemahiran bagi menghasilkan kejayaan yang lebih membanggakan. Dengan mengambil contoh negara seperti Korea dan Jepun yang memiliki modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi sehinggakan negara tersebut tidak banyak bergantung kepada kepakaran luar untuk berjaya dalam pembangunan sektor agro-makanan mereka. Dengan penguasaan ilmu akan memberikan kelebihan kepada seseorang dalam merencanakan sesuatu perancangan dengan mengambil kira kekuatan dan kelebihan yang dimiliki berbanding kelemahan serta berani mengambil sepenuhnya peluang yang ada. Dalam memantapkan pergerakan PP, Tuan Haji Arpan Shah mengajak golongan muda di kalangan anak-anak ahli PP agar terlibat secara langsung dengan menjadi ahli PP. Golongan ini terdedah kepada pelbagai kemajuan teknologi maklumat terkini dan mempunyai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang, diharap dapat menyumbang sesuatu yang bermakna dalam pergerakan PP. Ini akan menjadi generasi pelapis bakal menerajui kepimpinan PP suatu masa nanti. Mereka ini juga merupakan golongan yang kreatif, berkebolehan berfikir dan membuat keputusan bijak untuk membangunkan PP mengikut perkembangan semasa yang penuh dengan persaingan. http://www.lpp.gov.my 3

Berita Transformasi Pertanian Ketua Pengarah seterusnya berharap golongan muda ini dapat melibatkan diri dalam pergerakan PP sebagai peladang usahawan. Ini kerana LPP sedang giat membangunkan peladang usahawan disemua peringkat PP. Peladang usahawan merupakan merupakan kumpulan peladang yang melibatkan diri dengan mengusahakan bidang pertanian serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9), LPP mensasarkan untuk mewujudkan seramai 10,000 orang peladang usahawan. Mereka ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan aktiviti PP, pengaktifan Unit-Unit Peladang dan pembimbing kepada ahli peladang aktif yang lain. Program Pembangunan Usahawan Peladang mula diperkenalkan oleh LPP sejak tahun 1991 iaitu dalam RMKe-6. Setelah menampakkan kejayaan dan meyakinkan agensi pusat, maka program ini diteruskan dalam RMKe-7, RMKe-8, RMKe-9 dan termasuk dalam perancangan RMKe-10 nanti. Program ini selaras dengan matlamat Kerajaan bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dengan sasaran kepada peladang yang berpotensi serta mampu menguruskan bidang pertanian secara moden, cekap dan beroriantasikan pasaran. Program yang diperkenalkan ini akan menjadikan sektor pertanian sebagai nadi menyokong pertumbuhan ekonomi Negara di mana Kerajaan telah mengiktiraf sektor pertanian sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi Negara. Tuan Haji Arpan Shah mengingatkan peladang usahawan supaya bijak merebut peluang dalam bidangbidang pertanian yang menjadi tumpuan kerajaan ekoran pertumbuhan ekonomi Negara yang memberangsangkan ketika ini. Pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2010 membuktikan pengurusan ekonomi Negara pada masa ini berada pada landasan yang betul. Tambahan pula, Kerajaan bertekad supaya nikmat hasil daripada pembangunan ekonomi Negara dapat dirasai oleh semua rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Kerajaan turut menetapkan sasaran untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya enam peratus selama 10 tahun sehingga tahun 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara maju pada tahun 2020 tercapai. Oleh yang demikian, peladang usahawan perlu memantapkan ilmu dan kemahiran bagi merebut peluang dari limpahan kemajuan ekonomi Malaysia. Walaupun peladang usahawan mempunyai latar belakang yang berbeza dan menceburi pelbagai bidang, namun mereka mempunyai kesamaan dari segi semangat juang yang kental untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang usaha masing-masing. Peladang usahawan merupakan agen utama proses inovasi. Mereka dituntut supaya lebih kreatif dan inovatif dalam segala aspek bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang bernilai tambah dan berkualiti dengan kos yang minima. Dengan ini peladang usahawan disaran agar bersama masyarakat lain menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. 4

Peladang usahawan yang berjaya seharusnya mempunyai wawasan, kekuatan mental, berani, berkeyakinan, berilmu dan berkemahiran bagi mengecapi kejayaan yang mapan dalam menguruskan perniagaan yang semakin kompleks dan mencabar. Keadaan ekonomi sekarang menuntut peladang usahawan lebih bersedia dengan perubahan persekitaran perniagaan dan persaingan sengit serta berusaha mencari kelainan dalam menyediakan perkhidmatan. Peladang usahawan perlu berani berfikir di luar kotak yang lazim bagi menterjemahkan hasil keluaran dan perkhidmatan supaya dapat kekal bersaing. Akhirnya Ketua Pengarah LPP meminta agar pemimpinpemimpin peladang dapat memainkan peranan yang besar bagi memantapkan pergerakan PP. Pemimpin peladang disaran menggunakan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PP sebagai medium melaksanakan program transformasi pertanian. Dalam suasana persekitaran masa kini, mereka dituntut menawarkan lebih banyak kreativiti dan memberi sumbangan bermakna bagi memartabatkan pergerakan PP. http://www.lpp.gov.my 5