SPK ISO 912 KEPERLUAN UMUM DAN DOKUMENTASI SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 912
15 daripada 83 No. Rujukan 4. SISTEM PENGURUSAN KUALITI FPPSM 4.1 Keperluan Umum Pengurusan Atasan FPPSM hendaklah membangun, mendokumen, melaksana dan mengekalkan SPK serta meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan piawaian MS ISO 912 dan objektif FPPSM. Bagi tujuan ini, FPPSM hendaklah a. mengenal pasti proses untuk pelaksanaan SPK termasuk Bahagian/Jabatan yang terlibat dan aplikasinya di seluruh FPPSM meliputi proses dalam tanggungjawab pengurusan, peruntukan sumber, penzahiran produk dan pengukuran, analisis dan pembaikan. b. menentukan urutan dan interaksi proses SPK tersebut. c. menentukan kriteria dan kaedah yang perlu untuk melaksana dan mengawal proses SPK secara efektif. d. memastikan ketersediaan sumber dan informasi yang bersesuaian untuk menyokong operasi dan pengawasan proses SPK. e. memantau, mengukur dan menganalisis proses SPK. f. melaksana tindakan yang bersesuaian untuk memenuhi perancangan yang ditetapkan. g. menambah baik proses SPK secara berterusan.
16 daripada 83 No. Rujukan Bagi skop pendaftaran SPK ISO 912 P & P FPPSM, proses, urutan dan interaksi proses merangkumi aktiviti tanggungjawab pengurusan, peruntukan sumber, penzahiran produk, kaedah pemantauan, pengukuran dan analisis SPK serta semua keperluan umum (a g) didokumenkan dalam - Model SPK FPPSM - Interaksi Proses Bisnes di Lampiran 4.1 - Perancangan Kualiti Proses P&P di Lampiran 5.1 - Perancangan Penzahiran Kawalan Proses P&P dan Graduan FPPSM di Lampiran 7.1 Semua proses SPK yang dinyatakan dalam Model SPK FPPSM Interaksi Proses Bisnes, Perancangan Kualiti Proses P&P dan Perancangan Penzahiran Kawalan Proses P&P dan Graduan FPPSM hendaklah dipatuhi dan diuruskan menurut keperluan MS ISO 912. Pengurusan Atasan FPPSM hendaklah memantau dan menilai semua dokumen proses SPK melalui mesyuarat Pengurusan, aktiviti jawatankuasa ISO 912 dan sebagainya untuk menjamin kesesuaiannya dengan operasi semasa, keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan serta meningkatkan keberkesanan proses dan SPK ISO 912 FPPSM. Sebarang aktiviti yang memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan FPPSM di bawah SPK ISO 912 yang dibuat secara outsource hendaklah dikenal pasti dan dikawal bagi menjamin integriti SPK FPPSM dan semua keperluan yang ditetapkan dipenuhi. Kawalan ini hendaklah meliputi yang mana berkenaan, penilaian dan pemilihan pembekal, verifikasi terhadap produk/perkhidmatan yang dibekalkan, pematuhan kepada spesifikasi atau perancangan kualiti, arahan penghantaran dan sebagainya.
17 daripada 83 No. Rujukan Dalam konteks SPK ISO 912 FPPSM, proses P&P dilaksanakan sepenuhnya oleh FPPSM. Oleh itu, tiada aktiviti outsource yang dijalankan. Penglibatan pensyarah sambilan, pemeriksa luar dan sebagainya adalah dikawal menurut proses perolehan. Prosedur rujukan - No. Rujukan -
18 daripada 83 No. Rujukan 4.2 Keperluan Dokumentasi SPK ISO 91 2 FPPSM 4.2.1 Keperluan Umum Dokumentasi SPK ISO 912 FPPSM hendaklah meliputi dokumen berikut a. pernyataan Dasar Kualiti FPPSM dan objektif kualiti Bahagian dan Jabatan yang terlibat dengan skop pendaftaran SPK ISO 912 (Rujuk Klausa 5.4.1, Klausa 5.4.2 dan Para 2.6) b. Manual Kualiti FPPSM (Rujuk Klausa 4.2.2) c. Prosedur SPK yang ditetapkan oleh MS ISO 912 dan FPPSM d. Prosedur Aktiviti, Arahan Kerja, Dokumen Rujukan dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk perancangan, operasi dan kawalan proses SPK FPPSM yang efektif (Rujuk Matriks SPK ISO 912 FPPSM) e. Rekod kualiti yang ditetapkan oleh MS ISO 912 dan FPPSM.
19 daripada 83 No. Rujukan Struktur dokumentasi SPK ISO 912 FPPSM mengambil kira keperluan dokumentasi di atas dengan melibatkan empat peringkat berikut. MANUAL KUALITI PROSEDUR SPK PROSEDUR AKTIVITI DAN ARAHAN REKOD/DOKUMEN SOKONGAN Dasar, Objektif Kualiti FPPSM dan garis kasar SPK FPPSM yang menjadi panduan melaksana dan mengekalkan sistem kualiti serta keperluan MS ISO 912 Prosedur SPK yang ditetapkan oleh ISO 912 dan pengurusan FPPSM Prosedur Aktiviti dan Arahan Kerja berkaitan dengan perkhidmatan FPPSM Dokumen sokongan dan rekod kualiti FPPSM yang dinyatakan dalam setiap Prosedur dan Arahan Kerja Prosedur rujukan - No. Rujukan -
2 daripada 83 No. Rujukan 4.2.2 Manual Kualiti FPPSM Manual Kualiti FPPSM hendaklah menyatakan a. skop SPK ISO 912 FPPSM (Rujuk para 1.2). b. pengecualian keperluan MS ISO 912 dan justifikasi bagi pengecualian (rujuk para 1.3). c. prosedur yang didokumenkan termasuk rujukan berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam setiap klausa berkaitan serta matriks SPK ISO 912 FPPSM. d. deskripsi interaksi proses SPK (Rujuk Lampiran 4.1 Model SPK FPPSM Interaksi Proses Bisnes dan para iaitu 1.2 iaitu Model input Proses P&P output SPK ISO 91 2 FPPSM. Dasar dan garis kasar yang dinyatakan dalam Manual Kualiti FPPSM hendaklah dinilai dari masa ke semasa untuk menentukan kesesuaian dengan perubahan keperluan pelanggan, kaedah P&P, penilai pelajar, standard dan kriteria jaminan kualiti (QA). Prosedur rujukan - No. Rujukan -
21 daripada 83 No. Rujukan 4.2.3 Kawalan Dokumen FPPSM hendaklah membangun dan mengekalkan prosedur untuk mengawal dokumen SPK ISO 912 FPPSM dalam bentuk cetak dan elektronik bagi menjamin hanya dokumen yang sah sahaja dirujuk oleh staf. Kawalan dokumen FPPSM hendaklah meliputi identifikasi dan rujukan dokumen. penyediaan, semakan dan kelulusan dokumen bagi mempastikan kecukupan dan kesahan maklumat. kemaskini dan kelulusan semula dokumen. ketersediaan dokumen dan penentuan dokumen berada dilokasi ditetapkan. penentuan dokumen yang mudah dibaca dan dirujuk. kawalan pindaan dan penentuan status terkini dokumen. penggunaan dokumen rujukan luaran dan kawalan pengedarannya. pelupusan dokumen usang termasuk identifikasi dokumen usang yang perlu disimpan. Kawalan Senarai Induk Dokumen FPPSM. Pengendalian semua dokumen rujukan dalaman dan luaran SPK ISO 912 FPPSM hendaklah mematuhi Prosedur Kawalan Dokumen. Prosedur rujukan Prosedur Kawalan Dokumen No. Rujukan PK(KD)/FPPSM - 1
22 daripada 83 No. Rujukan 4.2.4 Kawalan Rekod FPPSM hendaklah membangun dan menyenggara prosedur untuk mengawal rekod kualiti SPK ISO 912 FPPSM dalam bentuk cetak dan elektronik bagi membuktikan keberkesanan SPK dan pematuhan kepada MS ISO 912. Kawalan rekod kualiti FPPSM hendaklah meliputi identifikasi dan pengumpulan rekod pengindeksan urusan mengakses rekod tempoh simpanan rekod penyimpanan dan pemuliharaan rekod pelupusan rekod kawalan Senarai Induk Rekod Kualiti FPPSM Kawalan rekod SPK ISO 912 FPPSM hendaklah mematuhi Prosedur Kawalan Rekod. Prosedur rujukan Prosedur Kawalan No. rujukan PK(KR)/FPPSM-2 Rekod