Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

dokumen-dokumen yang mirip
Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

Undang-Undang Malaysia

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BELIMBING SETIA DURIAN TUNGGAL, MELAKA

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Undang-Undang Malaysia

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Undang-Undang Malaysia

Undang-Undang Malaysia

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Undang-Undang Malaysia

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Tatakelakuan. Pembekal

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Kesetiaan kepada Syarikat

PENJALANAN IHAN MALAYSIA BERITAPUBLISHINGSDN.BHD.

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JAWATANKUASA PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

AKTA PILIHAN RAYA 1958

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

D.R. 35/2009 RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara D.R. 6/2015

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN SPINAL MALAYSIA

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

Perdagangan Strategik 1 D.R. 4/2010

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Transkripsi:

Topik 8 Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti jenis pertikaian yang kebiasaannya timbul antara majikan dan pekerja; 2. Membezakan antara tindakan pertikaian perdagangan yang sah di sisi undang-undang dan tindakan yang dilarang oleh undangundang; 3. Mengenal pasti dua cara penyelesaian pertikaian perdagangan; 4. Menerangkan takrif, wakil dan langkah dalam proses pendamaian; dan 5. Menerangkan komposisi dan tanggungjawab lembaga penyelidikan dan jawatankuasa penyiasatan. PENGENALAN Topik ini membincangkan perkara penting berhubung dengan pertikaian perdagangan atau pertikaian perusahaan. Pertikaian sebegini merujuk kepada pertikaian yang timbul antara majikan dan pekerja berkenaan dengan pelbagai aspek dalam perhubungan pekerjaan iaitu amalan buruh yang tidak adil,

162 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN pengiktirafan kesatuan sekerja, pentakrifan perjanjian kolektif atau ketidakpuasan hati individu. Pertikaian ini kemudiannya membawa kepada tindakan perusahaan oleh sama ada pihak majikan atau pekerja dalam pertikaian itu. Tindakan perusahaan yang dimulakan oleh pekerja ialah mogok dan piket. Manakala tindakan perusahaan yang boleh dibuat oleh majikan pula ialah sekat masuk. Perkara yang berhubung dengan tindakan perusahaan yang dilarang oleh undang-undang juga dibincangkan. Di samping itu, topik ini meliputi perbincangan tentang jenis resolusi bagi pertikaian perusahaan yang diperuntukkan oleh undang-undang perusahaan iaitu dengan penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan dan Lembaga Penyelidikan oleh Menteri Sumber Manusia. Tumpuan perbincangan adalah tentang struktur dan tanggungjawab dua badan ini. Proses pendamaian dan komposisi keahlian, tatacara dan peranan ketua pengarah yang berkenaan atau wakilnya untuk bertindak sebagai pendamai juga akan dibincangkan dalam topik ini. 8.1 DEFINISI PERTIKAIAN PERDAGANGAN Mari kita meneruskan pembacaan untuk mengetahui definisi bagi pertikaian perdagangan. Definisi Menurut S. 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA 1967 International Relationship Act 1967), pertikaian perdagangan bermaksud pertikaian antara majikan dan pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan, atau syarat pekerjaan atau peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut. Dalam kes Teluk Anson Agricultural Enterprise Sdn Bhd (Arcadia Estate) lwn National Union of Plantation Workers (Award 139/1984), mahkamah menerangkan maksud perkataan bukan pekerjaan iaitu hal yang timbul berkaitan dengan pemecatan pekerja jika pekerja merasakan bahawa pemecatan itu sebagai tidak adil dan membawa perkara berkenaan ke mahkamah. Dalam tempoh prosiding perundangan itulah yang dikatakan sebagai bukan pekerjaan kerana pada masa itu, pekerja berkenaan pada pandangan majikan bukan pekerjanya. Namun, dari sudut undang-undang, pekerja itu masih berhak untuk mengemukakan tuntutannya.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 163 Perkataan pihak dalam konteks pertikaian perdagangan dihuraikan dalam Rajah 8.1: Rajah 8.1: Pihak dalam pertikaian perdagangan Ada banyak pertikaian yang boleh timbul antara majikan dan pekerja. Contohnya, pertikaian yang berlaku akibat kegagalan majikan dan pekerja mencapai persetujuan berhubung dengan perkara dalam perjanjian kolektif, pertikaian yang berbangkit kerana isu pentakrifan syarat yang terkandung dalam perjanjian kolektif atau ketidakpatuhan dengan terma yang dinyatakan dalam perjanjian kolektif atau award Mahkamah Perusahaan. Selain itu, pertikaian mungkin timbul apabila pekerja mempunyai ketidakpuasan hati atau aduan dan diwakili oleh kesatuan sekerja pekerja yang disertainya. Pertikaian biasanya diselesaikan secara baik iaitu melalui rundingan langsung antara pihak yang bertelagah. Jika kaedah ini tidak berkesan, kesatuan sekerja pekerja yang berdaftar dibenarkan untuk memulakan tindakan perusahaan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959 (TUA 1959 Trade Unions Act 1959) dan Akta Perhubungan Perusahaan (IRA 1967 Industrial Relations Act 1967). Tindakan perusahaan yang dibenarkan oleh undang-undang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Mogok oleh pekerja; Sekat masuk oleh majikan; dan Berpiket oleh pekerja.

164 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 8.2 DEFINISI MOGOK, SEKAT MASUK DAN PIKET (S. 2 TUA 1959) Berikut merupakan definisi bagi mogok. Mari kita pelajarinya. Definisi Mogok ialah tindakan: (d) Memberhentikan kerja yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersama-sama; Secara bersama-sama, mereka enggan meneruskan kerja; Secara bersama-sama, mereka enggan menerima kerja dengan persefahaman biasa; atau Termasuklah sebarang tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak bersama-sama dan dengan persefahaman yang sama. Iaitu tindakan dalam,, dan (d) menyebabkan apa-apa batasan, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan perlakuan atau perlaksanaan kesemua, atau mana-mana bahagian tugas yang bersangkutan dengan pekerjaan. Definisi Sekat masuk adalah tindakan: Penutupan tempat kerja; Penggantungan kerja; atau Keengganan majikan untuk terus membenarkan pekerja bekerja dengannya. Dalam meneruskan pertikaian perdagangan yang berlaku untuk memaksa pekerja berkenaan supaya bersetuju menerima syarat dan peraturan pekerjaan.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 165 Definisi piket atau tunjuk perasaan walau bagaimanapun tidak diperuntukkan oleh TUA 1959 atau IRA 1967 tetapi hak untuk mengadakan piket yang sah dinyatakan dengan jelas dalam S. 40 IRA 1967. Definisi yang berikut difahami melalui perbincangan tentang tindakan perusahaan ini oleh kebanyakan penulis dalam undang-undang perusahaan. Definisi Piket atau tunjuk perasaan pula merujuk kepada tindakan seseorang atau lebih pekerja berkumpul di tempat kerja atau berhampiran dengan manamana tempat kerja yang dilakukan secara aman bagi mendapatkan, menyampaikan maklumat, memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau menegah daripada bekerja. Dengan kata lain, tindakan mogok dan piket merujuk kepada tindakan perusahaan yang diambil oleh pekerja, manakala sekat masuk ialah tindakan oleh pihak majikan. Ia adalah sah jika mematuhi syarat dan tatacara yang telah ditetapkan. Tindakan perusahaan ini secara umumnya dibenarkan untuk memaksa suatu resolusi dalam mana-mana pertikaian perdagangan. AKTIVITI 8.1 1. Pada pendapat anda, apakah kesan tindakan piket atau mogok terhadap ekonomi negara dan tanggapan orang ramai serta majikan terhadap orang yang terlibat? 2. Terangkan perbezaan antara mogok, sekat masuk dan piket. 8.3 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG DENGAN MOGOK, SEKAT MASUK DAN PIKET Di Malaysia, undang-undang membenarkan mogok, piket dan sekat masuk selagi ia tidak bertentangan dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sekiranya berlaku suatu mogok atau sekat masuk yang tidak sah, pekerja diberikan hak untuk menolak daripada melibatkan diri dalam tindakan perusahaan tersebut.

166 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN Peruntukan S. 49 IRA 1967 memperuntukkan mana-mana pekerja tidak boleh dipecat dari mana-mana kesatuan sekerja, atau dikenakan denda atau penalti, atau dilucutkan hak atau faedah yang beliau berhak ke atasnya, atau diperlakukan dengan layanan yang buruk secara langsung atau tidak langsung jika dibandingkan dengan ahli-ahli kesatuan yang lain atas alasan pekerja terbabit enggan menyertai atau meneruskan penyertaan dalam sebarang mogok atau sekat masuk yang bertentangan dengan undang-undang. Dalam kes Hotel Malaya Sendirian Bhd lwn National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (Award 157/1982), mahkamah memutuskan bahawa menjadi kebiasaan apabila pekerja tidak boleh dipecat daripada pekerjaannya semata-mata atas alasan pekerja berkenaan tidak hadir bekerja kerana terlibat dengan mogok dalam pertikaian perdagangan. Dalam kes HM Shah Enterprises Sdn Bhd lwn The National Union of Hotel Bar and Restaurant Workers (Award 148/1988), mahkamah membuat kenyataan berikut: Di negara ini, berpiket, mogok dan sekat masuk dibenarkan tetapi dalam batasan Bahagian IX IRA 1967. Tiada kesatuan akan mengambil tindakan apabila berpiket atau mogok serta-merta, tanpa berunding terlebih dahulu mengenainya. Apa yang kesatuan dalam kes ini telah lakukan dalam bentuk rundingan dan berpiket tersebut, juga ada dalam undang-undang dan tidak boleh dianggap sebagai paksaan. Jika undang-undang dan mahkamah tidak berpuas hati apabila tindakan yang sah diambil, ia merupakan hari demokrasi mula runtuh. 8.3.1 Kesan Tindakan Perusahaan yang Menyalahi Undang-undang Mari kita meneruskan pembacaan mengenai kesan tindakan perusahaan yang menyalahi undang-undang.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 167 Peruntukan S. 45 IRA 1967 memperuntukkan bahawa mogok atau sekat masuk akan menyalahi undang-undang sekiranya: Ia bertentangan dengan Seksyen 43 dan 44 atau apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau Ia mempunyai objektif selain daripada bertujuan untuk mencapai suatu penyelesaian bagi suatu pertikaian perdagangan. S. 43 IRA 1967 Mengehadkan mogok dan sekat masuk dalam perkhidmatan perlu iaitu dengan mengenakan tatacara khusus untuk dipatuhi. S. 44 IRA 1967 Melarang mogok dan sekat masuk dalam keadaan tertentu iaitu semasa dalam tempoh menunggu prosiding yang dijalankan oleh Lembaga Siasatan atau selepas pertikaian perdagangan dirujuk ke Mahkamah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jika sekat masuk yang dilancarkan hasil daripada mogok yang menyalahi undang-undang atau mogok yang dibuat akibat daripada sekat masuk yang menyalahi undang-undang, maka ia tidak boleh disifatkan sebagai menyalahi undang-undang (S. 45(2) IRA 1967). Pekerja yang memulakan, meneruskan atau bertindak bagi mencapai mogok yang menyalahi undang-undang, boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak melebihi RM1,000, atau keduaduanya. Denda tambahan juga akan dikenakan iaitu sebanyak RM50 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan (S. 46(1) IRA 1967). Begitu juga jika majikan yang memulakan, meneruskan atau bertindak bagi mencapai sekat masuk yang menyalahi undang-undang, boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. Suatu denda tambahan sebanyak RM50 juga akan dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan (S. 46[2] IRA 1967).

168 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN Peruntukan S. 44 IRA 1967 memperuntukkan bahawa tiada pekerja boleh melancarkan mogok dan tiada majikan boleh memulakan sekat masuk dalam keadaan yang berikut: (d) (e) Semasa menunggu keputusan prosiding Lembaga Siasatan yang dilantik oleh Menteri yang melibatkan pekerja itu dan majikan, dan tujuh hari selepas konklusi prosiding berkenaan; Selepas suatu pertikaian perdagangan atau perkara yang melibatkan pekerja dan majikan itu telah dirujuk ke Mahkamah dan pihak telah dimaklumkan berhubung dengan rujukan berkenaan; Selepas Yang di-pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri dalam hal pertikaian perdagangan yang berhubung dengan perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa berkanun, telah enggan memberi persetujuan untuk membuat rujukan tentang pertikaian itu ke mahkamah di bawah S. 26(2) dan pihak terbabit telah dimaklumkan mengenainya; Berkenaan apa-apa perkara yang diliputi oleh perjanjian kolektif yang diiktiraf oleh mahkamah mengikut S. 16 atau oleh award; atau Berkenaan apa-apa perkara yang diliputi di bawah Seksyen 13(3) IRA 1967. Peruntukan Seksyen 38 IRA 1967 menyatakan bahawa pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertikaian perdagangan. Sekiranya peruntukan undang-undang ini dilanggar, pelajar berkenaan boleh dibuang sekolah. S. 40 (1) IRA 1967 memperuntukkan bahawa piket atau tunjuk perasaan dikatakan menyalahi undang-undang jika ia bertujuan untuk: Mengancam mana-mana orang; Menghalang kemasukan kepada tempat atau peredaran keluar daripadanya; atau Mengganggu keamanan.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 169 Sesiapa yang bertindak melakukan piket secara tidak sah dan disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya (S. 40[3] IRA 1967). Ia merupakan kesalahan bagi menghasut orang lain untuk menyertai mogok atau sekat masuk yang menyalahi undang-undang. Sesiapa yang terlibat, boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya (S. 47 IRA 1967). Peruntukan Seksyen 48 IRA 1967 memperuntukkan bahawa mana-mana orang secara sengaja atau dengan niat membelanjakan atau menggunakan wang bagi mencapai atau menyokong secara langsung mana-mana mogok atau sekat masuk yang menyalahi undang-undang telah melakukan kesalahan. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan, denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya. Tindakan lain yang dilarang oleh undang-undang ialah mengancam atau menakutkan seseorang yang enggan menyertai mana-mana mogok atau sekat masuk. Peruntukan Menurut Seksyen 39 IRA 1967, ancaman atau intimidasi yang salah boleh dibahagikan kepada perbuatan yang berikut: (d) (e) Menggunakan kekerasan atau mengancam mana-mana orang lain atau mana-mana ahli rumahnya, atau merosakkan hartanya; Mengikut orang lain secara kerap dari satu tempat ke satu tempat lain; Menyembunyikan alatan, pakaian atau lain-lain harta yang dipunyai atau digunakan oleh orang lain itu atau menyekatnya atau menghalangnya daripada menggunakannya; Memerhati atau melihat rumah atau tempat lain di mana orang itu diami atau bekerja atau menjalankan perniagaan atau mendekati rumah atau tempat tersebut; atau Mengikut orang lain dengan dua orang atau lebih secara tidak teratur atau melalui mana-mana laluan atau jalan.

170 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN Pihak yang melakukan tindakan sedemikian jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi satu tahun, didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya. S. 59 IRA 1967 menyatakan bahawa menjadi kesalahan untuk memecat pekerja atau mencederakan atau mengancam untuk mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan alasan keadaan pekerja itu: (d) (e) (f) Adalah atau dicadangkan untuk menjadi pegawai atau ahli kesatuan sekerja atau pertubuhan yang telah memohon supaya didaftarkan sebagai kesatuan sekerja; Berhak terhadap faedah suatu perjanjian kolektif atau suatu award; Telah hadir atau dicadangkan untuk hadir sebagai saksi atau telah memberi atau dicadangkan untuk memberi apa-apa keterangan dalam mana-mana prosiding; Menjadi ahli kesatuan sekerja yang sedang berusaha supaya diperbaiki syarat kerja, tidak berpuas hati dengan syarat kerja itu; Adalah ahli kesatuan sekerja yang telah menyampaikan tawaran menurut Seksyen 13 atau menjadi pihak kepada perundingan atau dalam pertikaian perdagangan yang telah dilaporkan kepada Menteri mengikut peruntukan dalam Bahagian V atau VII; Tidak hadir tanpa cuti bagi maksud menjalankan tugasnya atau haknya sebagai pegawai kesatuan sekerja di mana dia telah memohon cuti menurut Seksyen 6 sebelum tidak hadir itu telah secara yang tidak munasabah ditangguhkan atau ditolak; atau (g) Merupakan ahli daripada panel yang dilantik di bawah Seksyen 21 tidak hadir kerja kerana menjalankan fungsi dan tugasnya sebagai ahli mahkamah dan telah memberitahu majikan sebelum hadir. Jika disabitkan kesalahan, majikan yang tidak mematuhi peruntukan ini boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000, atau kedua-duanya sekali. Majikan juga boleh diarahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran ganti rugi kepada pekerjanya atau mengambil semula pekerja itu bekerja jika pekerja itu dipecat akibat terlibat dalam hal yang disebutkan tadi.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 171 AKTIVITI 8.2 Terangkan tindakan mogok dan sekat masuk yang dilarang oleh undangundang dan hukumannya. 8.3.2 Tatacara Mogok dan Sekat Masuk bagi Perkhidmatan Perlu Ada sekatan tertentu dikenakan oleh undang-undang bagi memulakan mogok dan sekat masuk oleh pihak berkenaan yang terlibat dengan perkhidmatan perlu. Perkhidmatan perlu disenaraikan dalam Jadual Pertama IRA 1967 Seksyen 2 adalah merujuk kepada: (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) Perkhidmatan bank; Perkhidmatan elektrik; Perkhidmatan bomba; Perkhidmatan pelabuhan (port), limbungan, pelabuhan (harbour) dan lapangan terbang, termasuklah memuat dan memunggah di kapal, pengangkatan, pengendalian kargo, penundaan dan penyimpanan atau memukal komoditi; Perkhidmatan pos; Perkhidmatan penjara; Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan minyak pelincir; Perkhidmatan kesihatan awam; Perkhidmatan pengurusan sisa bahan buangan awam; Perkhidmatan komunikasi radio termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen; Perkhidmatan telegraf, telefon dan telekomunikasi; Perkhidmatan pengangkutan darat, air dan udara; Perkhidmatan bekalan air;

172 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN (n) Sebarang perkhidmatan oleh jabatan kerajaan yang mengendalikan hal berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Kimia; Penerbangan awam; Kastam dan eksais; Imigresen; Marin; Meteorologi; dan Percetakan. (o) (p) (q) (r) Perkhidmatan berkaitan dengan penyelenggaraan dan menjalankan tugas Angkatan Tentera dan Angkatan Polis Diraja Malaysia; Perniagaan dan industri yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan Malaysia; Mana-mana bahagian dalam perkhidmatan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerjanya atau penubuhannya; dan Industri yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai industri perlu kepada ekonomi Malaysia. Pekerja dalam perkhidmatan yang penting tidak boleh melancarkan mogok (S. 43[1] IRA 1967): Memberi notis tentang mogok dalam tempoh 42 hari sebelum mogok dilancarkan; Dalam tempoh 21 hari dari tarikh memberi notis tersebut; atau Sebelum berakhir tempoh tarikh mogok yang dinyatakan dalam manamana notis yang disebut tadi. Majikan dalam perkhidmatan penting juga tidak boleh menyekat masuk manamana pekerja sebelum mematuhi peraturan yang serupa (S. 43[2] IRA 1967).

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 173 AKTIVITI 8.3 Bincangkan jenis perkhidmatan perlu dan syarat yang mesti dipatuhi untuk mengadakan mogok dan sekat masuk bagi perkhidmatan jenis itu. 8.4 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN RESOLUSI PERTIKAIAN PERDAGANGAN? Biasanya pertikaian perdagangan diselesaikan secara rundingan terus antara pihak yang terlibat. Jika ia tidak dapat menemui jalan penyelesaian, pihak berkenaan boleh mengguna pakai mekanisme yang diperuntukkan oleh statut iaitu IRA 1967. Kaedah berkenaan adalah seperti yang berikut: Pendamaian (S. 18 IRA 1967); dan Penyelidikan dan siasatan (S. 34 IRA 1967). 8.5 PENDAMAIAN Tahukah anda apakah definisi bagi pendamaian? Definisi Pendamaian bermaksud membawa kedua-dua pihak iaitu: Majikan atau kesatuan sekerja majikan yang merupakan dalam pertikaian; dan Kesatuan sekerja pekerja yang menjadi pihak dalam satu lagi dalam pertikaian itu untuk berdamai dan mencapai kata sepakat terhadap perkara yang dipertikaikan. Dalam proses pendamaian, akan ada pihak ketiga yang tidak sebelah, dikenali sebagai pendamai, yang dilantik untuk membantu pihak yang bertelingkah mencapai penyelesaian. Pendamai yang dilantik akan bertindak sebagai fasilitator iaitu membantu pihak yang terlibat mencapai persetujuan dengan

174 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN menggunakan kemahiran dan kepakarannya. Pendamai tidak berfungsi sebagai pembuat keputusan. ketua pengarah perhubungan perusahaan atau Menteri mempunyai kuasa sebagai pendamai. 8.5.1 Perwakilan dalam Prosiding Pendamaian (S. 19B IRA 1967) Perwakilan dalam prosiding pendamaian adalah seperti yang berikut: Pendamai; Majikan atau pegawai atau pekerja kesatuan sekerja majikan atau kakitangan pertubuhan majikan yang didaftarkan di Malaysia (yang bukanlah kesatuan sekerja majikan); dan Kesatuan sekerja pekerja atau sebarang pekerja dari mana-mana badan pekerja yang didaftarkan di Malaysia. Peguam bela, penasihat, perunding atau pihak lain tidak dibenarkan dalam prosiding pendamaian. AKTIVITI 8.4 Pada pendapat anda, kenapakah peguam bela, penasihat dan perunding tidak dibenarkan terlibat dalam prosiding pendamaian? 8.5.2 Proses Pendamaian Langkah dalam proses pendamaian ditunjukkan dalam Rajah 8.2. Seksyen 19A IRA 1967 juga memberi kuasa kepada Menteri jika difikirkan perlu dan sesuai untuk mengambil langkah yang wajar untuk mendamaikan sebarang pertikaian perdagangan. Seperti yang dinyatakan tadi, peranan pendamai hanyalah sebagai fasilitator dan bukannya hakim. Sila rujuk kes Wix Corporation South East Asia Sdn Bhd v. Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat (1980).

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 175 Peruntukan S. 54 IRA 1967 memperuntukkan bahawa jika pertikaian perdagangan itu berkaitan dengan prosiding perundingan atau pendamaian yang berlaku berdasarkan akta ini, tiada keterangan boleh diberi dalam prosiding mahkamah berhubung prosiding itu, selain daripada pernyataan bertulis berkaitan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak dalam pertikaian berkenaan. Rajah 8.2: Langkah dalam proses pendamaian

176 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN AKTIVITI 8.5 Bincangkan peranan pendamai dalam prosiding pendamaian bagi menyelesaikan pertikaian perdagangan. 8.6 PENYIASATAN DAN PENYELIDIKAN Proses penyiasatan dan penyelidikan berlaku apabila pertikaian perdagangan wujud atau dijangkakan. Menteri boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan atau Lembaga Penyelidikan. Rujukan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Penyiasatan atau Lembaga Penyelidikan tentang sebarang perkara yang didapati berkaitan dengan atau relevan kepada pertikaian itu (S. 34 IRA 1967). 8.6.1 Komposisi Keahlian dan Tanggungjawab Jawatankuasa Penyiasatan dan Lembaga Penyelidikan Jawatankuasa Penyiasatan boleh terdiri daripada seorang atau lebih yang dilantik oleh Menteri. Selepas dilantik, badan ini hendaklah menyelidik sebab dan keadaan bagi sebarang pertikaian perdagangan atau perkara yang dirujuk kepadanya, dan melaporkannya kepada Menteri (S. 35 IRA 1967). Sementara itu, bagi Lembaga Penyelidikan, Seksyen 36 IRA 1967 memperuntukkan bahawa Lembaga Penyelidikan boleh terdiri daripada pengerusi dan beberapa orang lain yang difikirkan patut oleh Menteri atau boleh terdiri daripada seorang ahli. Lembaga boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keahliannya. Menteri mempunyai kuasa membuat peraturan yang mengawal selia tatacara sebarang Lembaga termasuklah peraturan tentang memanggil dan membayar perbelanjaan saksi, korum dan meminta dokumen. Seseorang boleh diwakili dalam prosiding di hadapan lembaga dengan kebenaran pengerusi oleh: Mana-mana pegawai atau pekerja kesatuan sekerja majikan atau pekerja; atau Mana-mana pegawai suatu pertubuhan majikan atau pekerja yang didaftarkan di Malaysia; atau Peguam bela.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 177 Lembaga mempunyai kuasa untuk mengehendaki sesiapa mengemukakan secara bertulis atau selainnya, sebarang butiran seperti yang dikehendaki oleh lembaga dan untuk menghadirkan diri di hadapan lembaga dan memberikan keterangan atas sumpah dan ikrar. 8.6.2 Tanggungjawab Lembaga Penyelidikan untuk Menyediakan Laporan (S. 37 IRA 1967) Tanggungjawab Lembaga Penyelidikan berkaitan dengan penyediaan laporan adalah seperti yang berikut: (d) Lembaga hendaklah menjalankan siasatan secara umum atau persendirian bagi sebarang perkara yang dirujukkan kepadanya dan melaporkannya kepada Menteri; Jika difikirkan patut, lembaga perlu membuat laporan interim; Sebarang laporan hendaklah dibentangkan dengan secepat mungkin dalam Parlimen; dan Menteri boleh menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan dari semasa ke semasa dengan cara yang difikirkan sesuai sebarang maklumat yang diperoleh atau kesimpulan yang dicapai oleh Lembaga hasil daripada dan semasa siasatannya. Walau bagaimanapun, dengan syarat tidak boleh dimasukkan dalam sebarang laporan atau penerbitan yang dibuat, atau diberi kuasa oleh Lembaga atau Menteri, sebarang maklumat yang diperoleh oleh Lembaga semasa siasatannya tentang sebarang kesatuan sekerja, perniagaan atau pertubuhan yang didapati selain daripada keterangan yang diberikan semasa penyiasatan, kecuali dengan persetujuan pihak yang berkenaan. AKTIVITI 8.6 1. Kenapakah penyiasatan dan penyelidikan perlu dijalankan apabila wujudnya pertikaian perdagangan? 2. Nyatakan perbezaan dari segi komposisi keahlian bagi Jawatankuasa Penyiasatan dan Lembaga Penyelidikan.

178 TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 8.7 TIMBANG TARA Dalam konteks resolusi pertikaian perdagangan dan menurut IRA 1967, mahkamah perusahaan ialah timbang tara. Hal ini diperincikan dalam Bahagian IV IRA 1967 (S. 21 hingga S. 33B). Nota terperinci telah dibincangkan dalam Topik 2. Anda boleh merujuk topik berkenaan semula. Jenis tindakan perusahaan yang kebiasaannya diambil oleh sama ada majikan atau pekerja ialah mogok dan piket bagi pekerja manakala, sekat masuk bagi majikan. Ia adalah sah jika mematuhi syarat dan tatacara yang telah ditetapkan. Tindakan perusahaan ini secara umumnya dibenarkan untuk memaksa suatu resolusi dalam mana-mana pertikaian perdagangan. Dua kaedah bagi menyelesaikan pertikaian perdagangan ialah pendamaian (S. 18 IRA 1967) dan penyelidikan dan siasatan (S. 34 IRA 1967). Pendamaian bermaksud membawa kedua-dua pihak iaitu majikan atau kesatuan sekerja majikan yang merupakan parti dalam pertikaian dan kesatuan sekerja pekerja yang menjadi pihak satu lagi dalam pertikaian itu untuk berdamai dan mencapai kata sepakat terhadap perkara yang dipertikaikan. Perwakilan dalam prosiding pendamaian merupakan pendamai, majikan atau pegawai atau pekerja kesatuan sekerja majikan atau kakitangan sesuatu pertubuhan majikan yang didaftarkan di Malaysia (yang bukan kesatuan sekerja majikan) dan kesatuan sekerja -pekerja atau pegawai atau pekerja kesatuan sekerja pekerja, atau mana-mana kakitangan pertubuhan pekerja yang didaftarkan di Malaysia. Ada enam langkah dalam proses pendamaian.

TOPIK 8 PERTIKAIAN PERDAGANGAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 179 Jawatankuasa Penyiasatan boleh terdiri daripada seorang atau lebih yang dilantik oleh Menteri. Selepas dilantik, badan ini hendaklah menyelidik sebab dan keadaan bagi sebarang pertikaian perdagangan atau perkara yang dirujuk kepadanya, dan melaporkannya kepada Menteri (S. 35 IRA 1967). Sementara itu, bagi Lembaga Penyelidikan Seksyen 36 IRA 1967 memperuntukkan bahawa Lembaga Penyelidikan boleh terdiri daripada pengerusi dan beberapa orang lain yang difikirkan patut oleh Menteri atau boleh terdiri daripada seorang ahli. Lembaga boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keahliannya. Tanggungjawab Lembaga Penyelidikan berkaitan dengan penyediaan laporan adalah seperti yang berikut: Lembaga hendaklah menjalankan siasatan secara umum atau persendirian terhadap perkara yang dirujukkan kepadanya dan melaporkan kepada Menteri; Jika difikirkan patut, lembaga perlu membuat laporan interim; Sebarang laporan hendaklah dibentangkan dengan secepat mungkin dalam Parlimen; dan Menteri boleh menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan dari semasa ke semasa dengan cara yang difikirkan sesuai sebarang maklumat yang diperoleh atau kesimpulan yang dicapai oleh Lembaga hasil daripada dan semasa siasatannya. Mogok Pendamaian Pertikaian perdagangan Resolusi pertikaian perdagangan Sekat masuk Timbang tara Piket