(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM)

dokumen-dokumen yang mirip
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

TAJUK 1 : PENGGUNAANN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASAA MELAYU

LATIHAN PENGUKUHAN 4 1. Berikan perbezaan di antara wireframe dengan storyboard

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PEMBANGUNAN PUTRAMOOC

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

LAPORAN PENYELIDIKAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Sistem Perancangan Temujanji Bersama Pensyarah Berasaskan Aplikasi Android

SENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

10 Sumber-Sumber Di mana Peluang Perniagaan Tersembunyi

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

Polisi Privasi. Pengenalan

MODUL 3 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET. STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Pelajar Verbal lebih suka mendengar guru atau perbincangan yang dijalankan di kelas dan suka membaca kuat serta mengulanginya beberapa kali.

BAB 4 ANALISIS DATA. Pendahuluan. analisis keperluan. Fasa ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan M-Pembelajaran di

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Model Pengurusan Strategik

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

BUKU PANDUAN PENGGUNAAN MODULAR OBJECT-ORIENTED DYNAMIC LEARNING ENVIRONMENT (MOODLE)

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

FLEx. Panduan untuk Peserta V.1. Page 1 of 25

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

LAPORAN INOVASI INOVASI : FLIP NOTE

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Kelebihan Internet dalam P&P ::.

OSS Case Study. Sistem Penggiliran Agensi Pelancongan (SPAP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

REVOLUSI INDUSTRI KE - 4 DAN KESAN KEPADA WANITA PUSAT KEPIMPINAN WANITA TUN FATIMAH HASHIM

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

Transkripsi:

(LEARNING MANAGEMENT SYSTEM & COURSE MANAGEMENT SYSTEM) NAMA KUMPULAN : 3 AHLI KUMPULAN : NUR FARAH NABILAH BINTI SHAARI NORSYAZA AQILAH BINTI SAHAL NUR MUSFAIQAH BINTI MOHAMED MUSTAPA A153730 A153866 A152994 KERANGKA KANDUNGAN LAPORAN 1.0 PENGENALAN 2.0 APAKAH LEARNING MANAGEMENT SYSTEM 2.1 FUNGSI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM 3.0 APAKAH COURSE MANAGEMENT SYSTEM 3.1 FUNGSI COURSE MANAGEMENT SYSTEM 4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM 5.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN COURSE MANAGEMENT SYSTEM 6.0 APAKAH PERISIAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM 7.0 APAKAH PERISIAN COURSE MANAGEMENT SYSTEM 8.0 RUMUSAN 9.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN Pada zaman era yang berteknologi tinggi ini, komputer amatlah penting kepada generasi masa kini. Ini kerana pada zaman ini, segala urusan dilakukan di atas talian dari segi pendidikan, pentadbiran mahupun urusan seharian seperti membayar bil, membeli barang dan sebagainya. Oleh kerana itu, amatlah penting subjek Komputer Dalam Pendidikan ini kepada semua pelajar. Ini kerana komputer merupakan bahan utama pada masa ini kerana semua bahan pembelajaran menggunakan komputer dan semuanya melibatkan atas talian. Seperti subjek GE1155 Komputer Dalam Pendidikan ini, ianya telah banyak membuka mata kami pelajar bagaimana ingin menggunakan aplikasi Google. Ini kerana banyak perkara baru yang kami pelajari dan melalui aplikasi ini sebagai contoh boleh melakukan kerja kumpulan di atas talian iaitu di Google Drive dan berpeluang menghiasi blog kami sendiri. Elemen-elemen tersebut adalah penting kerana apabila kami keluar mengajar kelak kami dapat mengaplikasikan apa yang sudah kami pelajari. Bukan hanya untuk mengajar tetapi juga bagi urusan-urusan pentadbiran. Subjek Komputer Dalam Pendidikan ini juga memperkenalkan laman sesawang Weebly kepada kami kerana sebelum ini kami tidak tahu kewujudan laman sesawang tersebut. Weebly memberi peluang kepada kami untuk menghiasi laman tersebut dan me lihat bagaimana ia berfungsi serta meminta kami untuk berfikir secara kreatif. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.

2.0 DEFINISI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) Learning Management System (LMS) atau dalam bahasa melayu sistem pengurusan pembelajaran merupakan satu aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penghantaran teknologi elektronik pendidikan (juga dikenali sebagai e-learning) kursus pendidikan atau program latihan itu. Aplikasi ini meliputi kandungan dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. 2.1 FUNGSI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS) LMS berasaskan web merupakan asas kepada e-learning, bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran. E-Learning boleh dilihat dari dua sudut rangka kerja aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Pengurusan Bahan Pengajaran (LCMS). Sistem ini digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota. Pelajar juga dapat mengakses maklumat yang diberikan oleh pensyarah melalui aplikasi sistem ini. Melalui cara ini, pelajar yang pemalu boleh berinteraksi dengan pensyarah mereka dengan menggunakan sistem ini. Sistem ini dapat membantu pensyarah yang agak sibuk untuk berjumpa dengan pelajarnya. Pensyarah boleh menghubungi pelajarnya hanya dengan menggunakan aplikasi sistem ini. Capaian internet sangat penting di dalam aplikasi e-learning ini kerana ia digunakan sebagai alat untuk berhubung. Pengunaan Sistem E-Learning ini dapat membantu pihak pentadbiran dan guru dalam melaksanakan sistem pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, pembelajaran yang dibantu dengan teknologi ini dapat membantu pelajar untuk mencari maklumat dan juga berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 DEFINISI COURSE MANAGEMENT SYSTEM (CMS)Course management System yang dalam bahasa Malaysia dipanggil Kursus Sistem Pengurusan yang merupakan satu sistem yang direka untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik. CMS ini merupakan antara pilihan utama pengajar kerana dokumen boleh dimuat naik dalam format popular seperti Microsoft words, Microsoft power point dan lain lain tanpa perlu menukar ke format web. 3.1 FUNGSI COURSE MANAGEMENT SYSTEM Course Management System ini agak sempit skopnya. Ia hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan Learning Management System. CMS ini akan memberi tumpuan kepada pengurusan dan pengedaran e-learning dan pengajar diketuai kursus. Pengajar akan menghantar initipati kursus kepada pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang berbeza beza. Kemudiannya, pengajar akan menyelia perbincangan kursus melalui lembaga perbincangan. 4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM Perubahan fasa dalam pendidikan telah melahirkan pelbagai inovasi dan Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System sudah tentu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System merupakan perisian yang digunakan untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran unuk disampaikan kepada pelajar. Malah, ia juga adalah bagi memantau prestasi pelajar sama ada melibatkan diri atau tidak di dalam sesebuah perbincangan atas talian (online). Berikut adalah beberapa kelebihan sistem pengurusan pembelajaran terhadap pelajar, guru dan sistem pendidikan. Dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran ini, pelajar boleh mengakses kepada bahan-bahan bacaan kuliah dari mana-mana dan pada bila-bila masa, dan mereka hanya perlu mengakses internet untuk mereka memuat naik atau turun perisian yang berkaitan dengan pembelajatran mereka. Begitu juga dengan guru atau pensyarah di mana mereka boleh memuat naik semua bahan-bahan pembelajaran untuk pelajar-pelajar apabila diperlukan. Seterusnya adalah, dengan menggunakan Learning Management System ini ianya menjimatkan wang dan

memudahkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru atau pensyarah boleh memuat naik bahan-bahan pembelajaran dan pelajar boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut dari mana pun mereka berada dengan bantuan internet. Dengan cara ini, ianya boleh menjimatkan banyak kos terutamanya kos pentadbiran, iaitu kos perjalanan dan penginapan kerana dengan adanya sistem ini guru atau pensyarah boleh melakukan pengajaran dari rumah dan ini tidak melibatkan perjalanan yang jauh serta tiada kos penginapan diperlukan. Selain itu, ianya memudahkan guru atau pensyarah untuk melihat statistik dan laporan pelajar sama ada pelajar terlibat secara aktif atau tidak dalam sistem tersebut. Melalui sistem ini juga membolehkan guru mengadakan kuiz atau sesi soal jawab secara atas talian. Oleh kerana semua bahan pembelajaran dimuat naik di sistem tersebut, ia membolehkan pelajar dan guruguru untuk memuat naik bahan pembacaan yang baru atau pun boleh mengubah suai dokumen yand sedia ada. Di samping itu, pensyarah atau guru berpeluang untuk membangunkan kursus dalam talian interaktif menggunakan audio, video, imej dan teks yang sangat baik untuk meningkatkan pembelajaran. Komunikasi antara pensyarah atau guru dan pelajar dipermudahkan melalui perbincangan forum secara atas talian, sekali gus, menjadikan pembelajaran lebih interaktif. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan di dalam Learning Management System atau Sistem Pengurusan Pembelajaran ini dan antaranya adalah pelajar tidak akan mempelajari kemahiran yang seharusnya mereka pelajari. Sebagai contoh, kemahiran berkomunikasi, ini kerana kemahiran berkomunikasi harus dipraktikkan di dalam kelas dan perlu bersemuka dan kemahiran ini tidak terdapat di atas talian. Kemahiran berkomunikasi ini amat penting untuk pelajar apabila mereka mula bekerja kelak. Selain itu, masalah akan timbul apabila terlalu ramai pelajar yang ingin menyertai sesebuah perbincangan di atas talian. Bukan itu sahaja, sistem ini memerlukan internet dan bukan senang untuk semua pelajar mengakses internet kerana kelajuan internet yang berbeza dan ini akan menyebabkan ada pelajar yang ketinggalan. Dengan teknologi yang tinggi ini, sistem tersebut mudah di godam dan ini merupaka risiko tinggi bagi pelajar dan juga pensyarah.

5.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN COURSE MANAGEMENT SYSTEM. Course Management System adalah sebuah perisian kompuiter yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan sistem ini dan antaranya adalah pelajar dapat memilliki bahan bacaan seperti microsoft word, atau microsoft power point melalui atas talian ataupun secara online. Selain tiu, pelajar juga boleh mendapatkan jadual kursus dan sukatan pelajaran di sistem tersebut. Selain itu, melalui course management system atau Sistem Pengurusan Kursus ini juga membolehkan pelajar dinilai melalui kuiz dan ujian atas talian. Ini secara tidak langsung sebagai salah satu cara untuk pensyarah menilai pelajar mereka. Course Management System juga merupakan ruang bagi forum perbincangan di mana perbincangan boleh dijalankan secara atas talian dan pelajar dan pensyarah boleh bertukar pendapat dan boleh membincangkan pelbagai topik serta bertukar bahan ilmiah kuliah antara pelajar sendiri mahupun dengan pensyarah, Di samping itu, melalui sistem ini juga ianya mudah bagi menyebarkan sesuatu maklumat ataupun pengumuman kerana apabila pensyarah atau guru membuat pengumuan semua pelajar akan dapat hebahan tersebut. Melalui sistem ini juga pelajar boleh menyimpan tugasan kelas, nota kelas atau apa sahaja bahan ilmiah kuliah di dalam kotak kunci individu. Selain itu, ianya membolehkan pensyarah mengkaji semula statistik kursus mengenai maklumat pelajar yang menggunakan sesebuah laman sesawang CMS pada bila-bila sahaja. Namun begitu terdapat beberapa kekurangan dalam Course Management System ini dan antaranya adalah ianya bersifat kurang fleksibel. Ini kerana reka bentuk kursus ini seperti namanama dan bahagian-bahagian di dalam sistem tersebut adalah standard dan jarang boleh di tukar atau di ubah suai, Seterusnya adalah ketidak cekapan dalam menyediakan e -Pembelajaran interaktif di mana pembelajaran melalui alat pengarangan seperti Dreamweaver atau Flash tidak boleh dihantar melalui CMS. Bagi tujuan ini, pengajar perlu mengandungi pautan ke bahanbahan yang dicipta secara berasingan yang disimpan di tempat lain. Selain itu, kelemahan Course Management sistem ini juga kurang cekap dalam ujian dan pengesanan. Ini kerana ianya tidak dapat mengesahkan identiti pelajar yang mengambil ujian, dan tidak boleh menyimpan ujian sebelum pelajar menghantar kepada pengajar. Dan yang

terakhir sekali, Dalam usaha untuk membuat rayuan CMS bagi segmen korporat, penerbit telah menggunakan dan menambah ciri-ciri kompleks kepadanya dan ini menyebabkan ianya menjadi mahal. 6.0 PERISIAN LMS ( LEARNING MANAGMENT SYSTEM ) Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS), merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS di jalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus secara talian. LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Antara perisian LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM.Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota, malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah. Rajah 1. i-folio Selain itu, perisian LMS yang lain pula ialah MOODLE yang merupakan singkatan dari Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment yang bererti tempat belajar dinamis dengan menggunakan model berorientasi objek. MOODLE memberikan perisian yang lengkap

(MOODLE + Apache + MySQL + PHP). Ia merupakan aplikasi web yang diberikan secara PERCUMA kepada sesiapa yang ingin menggunakannya. Moodle adalah program yang membenarkan kelas pembelajaran diadakan dalam bentuk web ataupun pembelajaran atas talian. Antara kelebihan Moodle juga ialah ia membenarkan pengguna menghantar item berita, memberi dan menyemak tugasan, menghantar jurnal elektronik dan sumber-sumber pembelajaran. Rajah 2. Moodle Rajah 3. A-tutor

7.0 PERISIAN CMS (COURSE MANAGEMENT SYSTEM) Sistem pengurusan kandungan web yang digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Antara contoh perisian CMS : 1) wordpress Rajah 4. Wordpress 2) Drupal Drupal adalah platform nombor 1 untuk pengurusan kandungan web kalangan perusahaan global, kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan NGO. Drupal lebih fleksibel dan berskala besar, Selain itu, Drupal juga boleh menerbitkan pelbagai kandungan dalam laman web tunggal atau saham di dalam pelbagai bahasa. Drupal merupakan salah satu daripada komuniti sumber terbuka yang paling inovatif di dunia.

Rajah 5. Drupal 3) Joomla Merupakan satu sistem pengurusan kandungan (CMS), yang membolehkan anda untuk membina laman web dan aplikasi dalam talian. Contoh laman web yang menggunakan joomla ialah majalah dalam talian, surat khabar, penerbitan, E-dagang dan tempahan atas talian, aplikasi kerajaan dan laman web peribadi atau keluarga. Rajah 6. Joomla

8.0 RUMUSAN Tuntasnya, Aplikasi Learning Management System dan Course Management System merupakan salah satu aplikasi penting dalam menyumbang penggunaan komputer didalam proses pengajaran dan pembelajaran pada era masa kini. Seterusnya, kita sebagai bakal guru mestilah menguasai kandungan Learning Management System dan Course Management System dengan baik supaya dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. 9.0 RUJUKAN http://younginternetmaster.blogspot.my/2012/10/apakah-itu-cms-content-managementsystem.html https://ms.wikipedia.org/wiki/sistem_pengurusan_kandungan http://hairilhazlan.com/2009/12/16/apa-itu-cms/ http://www.capterra.com/learning-management-system-software/ http://www.contentmanagementnews.com/cms-and-lms-a-comparison-2007-02