1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

dokumen-dokumen yang mirip
Semantik NORDIN BIN TAHIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Pengenalan. Sinonim kata 2/28/2017. Kepelbagaian makna : Sinonim Antonim Homonim Polisemi Hiponim Homofon

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

BAB SATU PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan. Istilah merupakan perkataan atau paduan perkataan-perkataan yang

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Teori Semantik

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

MAKLUMAT KURIKULUM DARJAH 5. Cikgu Sharifah Maznah

BAB II TINJAUAN PUSTAKA. sekunder yang akan mendukung penelitian, juga diperlukan untuk mengetahui sampai

Tugasan II akan menyumbangkan 20 % markah kepada kursus BBM3212

BAB V PENUTUP. aspek tersebut akan dipaparkan sebagai berikut. ini terdiri atas tiga, yakni (1) struktur dan keterpaduan Antarunsur dalam Wacana

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

TATARAN LINGUISTIK (4) : SEMANTIK. meskipun sifat kehadirannya pada tiap tataran itu tidak sama.

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

BAHASA INDONESIA UMB. Penulisan Kata (Diksi) Dra. Hj. Winarmi. M. Pd. Modul ke: Fakultas Psikologi. Program Studi Psikologi.

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VII TATARAN LINGUISTIK(4) SEMANTIK

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pelajar Aktif, Pengguna Cekap Bahasa Kita, Gunakanlah

Simpulan bahasa Bandingan Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat

Objektif taklimat ini :

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

DINAMIKA BAHASA MELAYU VARIASI BAHASA (Soalan Sebenar STPM: )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Bidang linguistik yang mempelajari makna tanda bahasa.

ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

PERATURAN DAN PANDUAN PERATURAN KHUSUS BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

BBM 3206 Semantik. Sambung. Semantik leksikal menekankan kajian makna pada tingkat kata.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2011

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

BENTUK KATA DAN MAKNA

PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

SEMANTIK (Soalan sebenar STPM: )

HMT Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik

BAB I PENDAHULUAN. tidak dapat hidup bermasyarakat. Dengan bahasa orang dapat. lambang bunyi, suara yang dihasilkan oleh alat ucap manusia (Keraf,

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

WD1113 : Metodologi Kajian Ilmiah Minggu 6

HMT 321 SEMANTIK BAHASA MALAYSIA

Bahasa Malaysia (910)

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

Bab 11. Ganti Nama Diri dan Deiksis

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

7. TATARAN LINGUISTIK (4) SEMANTIK

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

ANALISIS SOALAN 3 : PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV.2005 JUN 2017)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

BAB I PENDAHULUAN. Manusia merupakan makhluk sosial yang selalu berinteraksi antara satu

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

BAB I PENDAHULUAN. alam pikiran sehingga terwujud suatu aktivitas. dalam pikiran pendengar atau pembaca.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB 5 KESIMPULAN. yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan berkaitan dengan hasil kajian. Fokus

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

Kata dan Gagasan a) Adaptasi dari Gorys Keraff. Pilihan Kata

ARAHAN: ( )

Transkripsi:

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu A.Sifat makna B.Kelas makna C.Lewah dalam makna A.Sifat makna Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis-boleh berubah-rubah Evolusi-boleh berkembang Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri. 2.tanggapan penutur 3.perluasan makna 4.pembatasan/penyempitan makna 5.tujuan simbolik dan stilistik B.kelas makna 1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing. C.lewah dalam makna Lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. Contohnya seperti : -mereka semua -kasut boot -papa kedana -demi untuk Terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna; 1. Pengulangan -mereka-mereka -ibu bapa-ibu bapa 2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan -memperbesarkan, sepatutnya memperbesar -dipersetujui, sepatutnya disetujui -diperhalusi, sepatutnya dihalusi 3.kata sendi yang berturut-turut -demi untuk -selain daripada itu

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu Makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat). Untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. Terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu: A.sinonim dan antonim B.hiponim dan homonim C.polisem A.sinonim dan antonim Sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza. Terdapat empat jenis sinonim iaitu: 1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'. 2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. Contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan. 3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. Contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara. 4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

Antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan. Terdapat tiga jenis antonim iaitu: 1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit. 2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besarkecil,tebal-nipis,panjang-pendek. 3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja. B.hiponim dan homonim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan katakata yang lebih khusus. Contohnya: Bunga - melur - orkid - kekwa - anggerik Homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. Hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna. Terdapat dua jenis hiponim iaitu: 1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. Contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu. 2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. Contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

C.polisem Polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah. Faktor kata mempunyai banyak makna ialah: 1.keadaan semula jadi (polisem tulen) 2.konteks (polisem konteks) Contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat Contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna Tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati. Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat 2. Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, Contoh lain adalah seperti berikut: 3. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna Tersirat Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.