Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

dokumen-dokumen yang mirip
KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN 1

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Kurikulum Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHUN DUA

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN LIMA

PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA

PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA

PANDUAN GURU (Sekolah Jenis Kebangsaan) BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

PANDUAN GURU (Seklah Kebangsaan)

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN EMPAT DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) BAHASA MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA TAHUN LIMA DRAF KURIKULUM STANDARD (MASALAH PENDENGARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA. Terbitan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Kurikulum Standard Sekolah Rendah PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA. (Sekolah Kebangsaan) TAHUN 4.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahasa Melayu. Tahun 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH. SEKOLAH KEBANGSAAN Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Sekolah Jenis Kebangsaan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS BAHASA MALAYSIA (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Bahasa Melayu. Tahun 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Jenis Kebangsaan

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

TEMA / UNIT FOKUS UTAMA FOKUS SAMPINGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) BAHASA MALAYSIA TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

BAB 3: PANDUAN GURU

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

Matlamat Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid:- berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Objektif Umum Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk : i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; ii. iii. iv. mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila; v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas;

vi. vii. viii. ix. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila; berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila; membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang betul dan intonasi yang jelas; membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul; x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan; xi. Objektif Umum membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

Fokus Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ini bermakna konsep asas berbahasa diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur. Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa.

Standard Kandungan: Standard Kurikulum Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. Standard Pembelajaran: Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur Murid patut mengetahui dan boleh: 1. Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul 2. Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. 3. Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 4. Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 5. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. 6. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan yang betul dan tepat. 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap soalan yang mengandungi kata tanya. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan dengan betul. 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai ayat dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan yang sesuai bagi kalangan bukan ahli keluarga dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri dengan betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan menggunakan kata dan ayat yang sesuai tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila. 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti berikut: Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur i. mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat; ii. iii. iv. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul; mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul; berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila;

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur v. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vi. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vii.berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila; dan viii.berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul secara bertatasusila.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa; ii. iii. iv. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas; Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur; Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut; v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; dan vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

Kaitan Antara Konsep TEORI MODEL STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Kaitan Antara Konsep Teori Pendekatan Kaedah Model Strategi Teknik

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK P&P

Kaitan Antara Konsep Pendekatan Teori Pembelajaran Kaedah Strategi Pengajaran Teknik

KONSEP STRATEGI Kebijaksanaan Memilih Pendekatan Kecekapan Merancang Kaedah Dan Teknik Berdasarkan Objektif / Hasil Pembelajaran

STRATEGI 1 BERPUSATKAN GURU 2 BERPUSATKAN MURID 3 BERASASKAN BAHAN 4 BERASASKAN PROJEK/TUGASAN

Klasifikasi Strategi Pengajaran & Pembelajaran Pemusatan Guru Pemusatan Murid Pemusatan Bahan Kaedah & Teknik *Demonstrasi *Syarahan *Pengajaran Berkumpulan *Pengajaran Mikro *Bercerita *Keseluruhan Kelas Kaedah & Teknik *Projek *Inkuiri Penemuan *Perbincangan *Penyoalan *Penyelesaian Masalah *Simulasi *Sumbangsaran *Kumpulan *Pembelajaran Melalui Pengalaman Kaedah & Teknik *Audio-Visual *Penggunaan Komputer *Penggunaan Bahan Cetak *Penggunaan Buku Teks *Penggunaan Buku Rujukan *Modul Berkaitan

BERSEPADU TEMATIK INDUKTIF PENDEKATAN EKLEKTIK DEDUKTIF

PENDEKATAN BERSEPADU PELBAGAI AKTIVITI PERKEMBANG AN POTENSI BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN KOMPUTER PENERAPAN NILAI KECINTAAN TERHADAP ILMU PERENTASAN ILMU GABUNG JALIN

INDUKTIF CONTOH- CONTOH KHUSUS MEMERHATI, MENGKAJI, MENGENAL PASTI DAN MENTAFSIR MEMBUAT GENERALISASI

DEDUKTIF Memperkenalkan Teori/ Rumusan/ Prinsip/ Hukum Atau Peraturan Umum Menganalisis Atau Mengaplikasi Teori/ Rumusan/ Prinsip/ Hukum Atau Peraturan Yang Telah Diketahui Gunakan Contoh-contoh Berkaitan Membuat Kesimpulan Tentang Fakta Daripada Umum Kepada Spesifik

EKLEKTIK INDUKTIF DEDUKTIF EKLEKTIK KELAS => PELAJAR PELBAGAI KEBOLEHAN

TEMATIK Penglibatan Aktif Pelajaran Pencetus Idea Membina Aktiviti Berkesinambungan Antara Aktiviti Minat, Kebolehan, Pengalaman TEMA Gabung Pelbagai Kemahiran

KAEDAH & TEKNIK Pembelajaran Melalui Permainan Main Peranan Sumbangs aran Bercerita Perbincangan Inkuiri Demonstrasi Pembelajaran Masteri Tematik Simulasi

Permainan Manipulatif Permainan (Games) PEMBELAJARAN MELALUI PERMAINAN Permainan Fizikal Permainan Dramatik

MAIN PERANAN Peluang Penerokaan Lebih Peka Terhadap Perasaan Orang Lain Perbincangan Berpandu Aktiviti Berkumpulan Berfikir, Merasa Dan Bertindak Balas

Menjana Idea Beberapa Cara Penyelesaian Penilaian, Perbincangan Dan Kritikan Selepas Percambahan Ide SUMBANGSARAN

PERBINCANGAN Mengeluar Dan Mengulas Pendapat Tentang Sesuatu Tajuk Perbincangan Pelajar Dikawal Dan Diselia Oleh Guru Perbincangan Dalam Kumpulan Contoh Perbicangan : Mesyuarat, Forum, Bengkel, Debat Dan Seminar

TEKNIK INKUIRI Tinjau Dan Siasat: Mengkaji Masalah Mengkaji Ramalan Mengumpul Maklumat Menganalisis Dan Membuat Rumusan

TEKNIK DEMONSTRASI Murid Memerhati Murid Mengenal Pasti Prosedur Berpusatkan Guru Tunjuk Cara

SIMULASI Kemahiran Mengumpul Maklumat, Temuramah Dan Mencatat Isi Penting Pelajar Memberi Pendapat, Cadangan, Membuat Keputusan Dan Menyelesai Masalah Situasi Menyerupai Keadaan Sebenar Interaksi Antara Pelajar Utk Menyelesai Masalah Wujud Pelbagai Kemahiran Dan Aktiviti Menarik

1. Penggabungjalinan: PRINSIP 5P Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan.

2. Penyerapan: Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada matamata pelajaran lain. 3. Penilaian: Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.

4. Pemulihan: Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. 5. Pengayaan: Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Pendekatan Tematik Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

1. Kekeluargaan: Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga. 2. Kemasyarakatan: Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormatmenghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.

3. Kesihatan dan Kebersihan: Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat. 4. Keselamatan: Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan. 5. Perpaduan: Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.

6. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika: Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia. 7. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan: Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.

8. Sains, Teknologi dan Inovasi: Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi. 9. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau: Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

10. Pertanian dan Penternakan: Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan. 11. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan: Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan yang betul dan tepat. 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap soalan yang mengandungi kata tanya. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan dengan betul.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur 1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai ayat dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan yang sesuai bagi kalangan bukan ahli keluarga dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri dengan betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan menggunakan kata dan ayat yang sesuai tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila. 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila. 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.