Pendekatan Psikoanilitik

dokumen-dokumen yang mirip
Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson Perubahan personaliti individu berdasarkan Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson.

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

PEPERIKSAAN AKHIR ARAHAN

;[ l. ..v.nive ITI I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I ,, ---=-!, PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2015/2016. UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

Psikologi Kepribadian I Sejarah Psikoanalisa Dasar & Teori Sigmund Freud

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PSIKOLOGI UMUM 1. Aliran Psikoanalisa

PENDIDIKAN KESIHATAN

Bab 2. Landasan Teori. Tokoh-tokoh tersebut tidak saja berfungsi untuk memainkan cerita, tetapi juga berperan

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

BAB II KAJIAN PUSTAKA, KONSEP, KERANGKA TEORI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Teknik berkesan mendidik anak. Sinopsis:

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Modal insan: membentuk keluarga berkesan. Sinopsis:

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Estim kendiri remaja. Sinopsis:

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Psikologi Kepribadian I. Psikologi Psikologi

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

KONSEP KENDIRI (Part 5)

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

Pendekatan Humanistik : Teori Hierarki Keperluan Maslow

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB I PENDAHULUAN. terkenal adalah Senseijutsu Satsujin Jiken. Novel ini berhasil menjadi finalis dalam

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI PROJEK FILEM PENDEK BABAK TERAKHIR: PENDEKATAN GENRE PSYCHOLOGICAL THRILLER

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Pandangan Teori Perkembangan Psikoanalisis menurut Sigmund Freuds

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Pembangunan kendiri. Kandungan: Prakata BAB 1 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI. Pengenalan. Konsep Kendiri. Aspek aspek Konsep Kendiri

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Kaedah-Kaedah Pengkajian Personaliti (Minggu 3)

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Teori dan praktis kaunseling kelompok kontemporari. Sinopsis:

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

STRATEGI DAYA TINDAK DIKALANGAN PELAJAR DAN BAGAIMANA MEMUPUKNYA DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KB;PA SEKOLAH PSIKOLOGI & KERJA SOSIAL, UMS

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

PENDIDIKAN KESIHATAN

BERBAGAI PENDEKATAN DALAM PSIKOLOGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

Emosi dan Perkembangan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 913 Kaedah Terapi Minggu 2

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

Teori Sigmund Freud. Sejarah hidup, Struktur Kepribadian dan Perkembangan Psikoseksual. Fitriani, S. Psi., MA. Modul ke: Fakultas PSIKOLOGI

Penangguhan (Wijaya Mala)

FASE PENGEMBANGAN KEPRIBADIAN MANUSIA

Freud s Psychoanalytic Theories

BINA INSAN GURU IPGK SULTAN ABDUL HALIM. Prof. Sidek Mohd Noah

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Mekanisme Pertahanan Fungsi Mekanisme Pertahanan Klasifikasi Mekanisme Pertahanan Mekanisme Pertahanan Ego yang Tergolong Matang(Mature)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

MODEL TERAPI KONSELING. Teori dan Praktek

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

Memilih Sikap Positif

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

BAB 2 LANDASAN TEORI. yang memuaskan sehingga banyak sastrawan yang mencoba membuat batasan-batasan

PENDIDIKAN KESIHATAN

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Personaliti dan Sistem Sosial (Minggu 4 & 5)

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

Transkripsi:

Pendekatan Psikoanilitik

Pengenalan Sigmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu.

Pandangan Tentang Manusia Berdasarkan pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam masyarakat sendiri.

Perkembangan Personaliti Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia dipengaruhi oleh tenaga psike (psyche). Tenaga psike meliputi konsep (i) Penentuan psike dan (ii) Tahap kesedaran.

a. Penentuan Psike Penentuan psike bermaksud bahawa semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu. Pada lazimnya ia berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam erti kata lain, terdapat perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakan emosi yang serta merta.

Fahaman tenaga psike dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konsep ini lebih merupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau EROS (life instinct). Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psike adalah desakan aggresi atau THANATOS (death instinct). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia.

Pembahagian Tenaga Dalam Psikoanalitik

b. Tahap Kesedaran Tahap kesedaran adalah sama pentingnya dengan konsep penentuan psike dalam perkembangan personaliti seseorang. Terdapat tiga tahap kesedaran yang dikemukakan dalam teori psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap sedar, tahap prasedar dan tahap bawah sedar. Peringkat sedar ini adalah peringkat yang disedari oleh seseorang. Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Peringkat prasedar pula, seseorang akan mengalami sedikit kesukaran untuk menyedari sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula.

Keseluruhannya peringkat ini lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusia mampu berfikir sejauh mana tahap kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman. Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling penting. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang. Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkah laku yang suka diterima oleh oleh orang ramai. Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif dan bertauliah contohnya kaunselor. Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang dihadapi disekat oleh kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa dia tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima kenyataan itu. Contohnya, khayalan seseorang atau mimpinya.

Struktur Personaliti Menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral.

Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripda interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk.

Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undangundang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku.

Struktur Personaliti - Id

Struktur Personaliti Ego

Struktur Personaliti Superego

Perkembangan Personaliti Manusia Menurut Frued, perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat yang berikut: a. Peringkat Mulut/Oral 0-1 Tahun b. Peringkat Dubur/Anal 1-3 Tahun c. Peringkat Falik 3-6 Tahun d. Peringkat Pendaman/Latency 6-12 Tahun e. Peringkat Shahwat/Genital 12 - Dewasa Pada setiap peringkat perkembangan psikoseksual tersebut individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi desakan nalurinya. Jika kepuasan dicapai maka individu akan membentuk sahsiah yang menepati norma masyarakat. Sebaliknya, jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila dewasa.

Peringkat Mulut/ Oral (Lahir Hingga 1 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak didorong oleh rasa laparkan susu ibu dan kepuasan diperoleh melalui aktiviti mulut dengan menyusu. Seharusnya kanak-kanak disusui dibelai dan dilayan mesra oleh ibunya. Jika tidak lekatan akan berlaku dan natijahnya terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan melalui mulut.

Peringkat Dubur/ Anal (1 hingga 3 tahun) Pada peringkat ini kepuasan diperoleh melalui aktiviti dubur dengan membuang air besar dan air kecil. Seharusnya kanak-kanak diajar cara-cara membuang air. Mereka tidak boleh dipukul atau dimarah secara keterlaluan jika berlaku kesilapan dari segi membuang air. Jika dimarah mereka akan rasa tertekan kerana keliru terhadap apakah cara sebenarnya membuang air dan ini akan menyebabkan lekatan perkembangan personaliti mereka. Implikasi letakan di peringkat ini akan membina tingkah laku yang kedekut, agresif dan pendendam, degil dan obsesif-kompulsif.

Peringkat Falik (3 hingga 6 tahun) Pada peringkat ini perkembangan motor, kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanak-kanak. Mereka telah beralih daripada penerima yang pasif (passive receptive) kepada penguasaan yang aktif (active mastery). Di peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka. Kecenderungan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak. Kepuasan diperoleh melalui khayalan memperoleh keinginan seksual. Introjeksi akan berlaku dalam mana anak lelaki akan berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dapat menawan hati ibunya manakala anak perempuan akan meniru tingkah laku ibunya agar dia dapat menawan hati ayahnya. Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan. Bagaimanapun, sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah. Gangguan atau kekaburan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik.

Peringkat Pendaman/Latency (6 hingga 12 tahun) Semasa melalui peringkat perkembangan pertama, kedua dan ketiga, individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman. Ego dan superego semakin terbina. Di peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah rendah. Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina. Di samping belajar, masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain. Kanak-kanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya. Kanak-kanak lelaki memainkan peranan sebagai bapa, manakala perempuan memainkan peranan sebagai ibu. Jika tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantina mereka. Proses pendaman ini berterusan hingga kanak-kanak dewasa atau baligh.

Peringkat Syahwat/Genital (Dewasa) Di peringkat ini individu telah dewasa dan boleh menyalurkan desakan syahwatnya melalui perkahwinan mengikut landasan agama dan moral. Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri, keluarga dan masyarakat. Kemudian mereka akan bergerak keluar dari alam remaja ke alam dewasa yang matang. Mereka kini lepas daripada pengaruh ibu bapa, membina hubungan dan mula membina hubungan yang intim. Kemahiran berhubung dan kecenderungan mementingkan orang lain mula terbina. Kepuasan dicapai melalui bekerja dan berkasih sayang.

Mekanisme Helah Bela Diri Menurut Freud, mekanisme bela diri ialah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah sedar. Menurut Schultz (1993) pula mekanisme bela diri sebagai satu proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna. Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego. Berikut adalah deskripsi ringkas dan contoh-contoh strategi mekanisme bela diri yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Represi (Repression) Represi adalah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan paling asas dalam teori personaliti Frued. Represi berlaku apabila seseorang itu menolak fikiran, keinginan dan kenangan yang tidak boleh diterima, dan mengusir mereka ke alam bawah sedar (motivated forgetting). Contohnya, kita cuba melupakan penderaan seksual yang berlaku semasa kanak-kanak kerana begitu traumatik.

Penafian (Denial) Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan (Ini tidak mungkin berlaku). Jika represi lebih merupakan motivated forgetting untuk melupakan maklumat, penafian pula adalah satu assertion bahawa maklumat tersebut salah. Contohnya, menafikan diagnosis doktor tentang kanser dan cuba mendapatkan pendapat daripada doktor yang lain.

Rasionalisasi (Rationalization) Apabila seseorang itu berusaha untuk membuktikan bahawa tindakan mereka adalah rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu wajar diterima, maka individu ini dikatakan menggunakan strategi rasionalisasi. Contohnya, seorang pelajar yang ingin pergi menonton wayang berkata...terlalu banyak baca buku pun bukannya elok sangat. Seseorang yang terlepas temuduga jawatan kosong akan berkata Saya sebenarnya tidak begitu inginkan pekerjaan tersebut.

Pindah Gantian (Displacement) Berbekalkan pengalihan perilaku atau fikiran jauh dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam, pindah gantian membolehkan orang terlibat dalam perilaku dengan kecemasan yang kurang. Contohnya, seseorang yang marah dengan ketua atau profesornya akan melepaskan kemarahannya kepada seseorang yang berstatus kurang mengancam kepadanya.

Regresi (Regression) Kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan yang tidak begitu matang, regresi merupakan usaha seseorang menghadapai peranannya untuk mengelakkan kecemasan. Dengan mengambil peranan keanak-anakkan, seseorang itu dapat melarikan diri dari tanggungjawab dan kembali ke hidup yang mungkin lebih selamat. Contohnya, mengasingkan diri, menangis, meronta-ronta apabila mendengar berita sedih.

Projeksi (Projection) Projeksi pula adalah perasaan bersalah tentang sesuatu tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Contohnya, seseorang terjumpa wang kertas yang bernilai RM 100 lalu beliau tidak menyerahkan kepada guru sebaliknya menggunakan wang tersebut. Beliau akan memberi alasan sekiranya orang lain terjumpa dengan wang sebanyak itu tentu mereka juga akan bertindak serupa.

Pembentukan Reaksi (Reaction Formation) Pembentukan reaksi ialah bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebati dengan jiwanya. Contohnya seorang pelajar yang mempunyai tingkah laku baik tetapi oleh sebab ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang baru dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun bertentangan dengan sifat asalnya. Oleh sebab ingin diterima sebagai rakan, mereka sanggup berubah sikap asal, seterusnya menghancurkan diri dan masa depan.

Sublimasi (Sublimation) Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan bermanfaat serta kreatif. Contohnya, menyanyi, melukis, drama dan semua kegiatan kreatif dan kesenian. Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak.