MUKADIMAH. Dokumen ini mengemukakan Visi dan Misi Keuskupan Agung Kuching.

dokumen-dokumen yang mirip
Rt. Rev. Sebastian Francis Bishop of Penang. Catatan: Sila kembalikan borang yang lengkap ke Pejabat Paroki.

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

M24/7 Bahan doa untuk Ogos 2015

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PEMBANGUNAN JANJI-JANJI SELANGOR. 2. Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Penjelasan:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

LAPORAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK GUAR NANGKA 2013

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Penubuhan Persatuan Penduduk Kampung

Mengapa Perlu Untuk Berjumpa Dengan Seorang Imam Untuk Membuat Pengakuan?

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

PERTANIAN DAN INDUSTRI

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) BAGI PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

FACT SHEET

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

Pembacaan Kitab: Filipi 2: 1-11, Mazmur 140: 12. Cepatkanlah tindak anda untuk membantunya Demi menyelesaikan kebimbangannya. --Puan E. E. William.

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Bab 7: Struktur Sistem

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

juta pengunjung ke acaraacara warisan di seluruh Singapura pada 2016 juta disumbangkan untuk kesenian dan warisan pada 2016 Lebih daripada

ARAHAN: ( )

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

CHIA CHONG YANG A143398

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SENARAI TUGAS GURU BESAR

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA) JABATAN PERDANA MENTERI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

RINGKASAN RELATIO SYNODI (Laporan III Sinode Luar Biasa) DAN BEBERAPA SOALAN PENTING DARI LINEAMENTA

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

PENDIDIKAN KESIHATAN

KELUARGA DAN PANGGILAN HIDUP BAKTI 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

MEMBANGUNKAN BUDAYA KESUKANAN

TANDA SALIB DAN SALAM Umat berdiri

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TAJUK PROJEK: AKTIVITI KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA DAN AUDIT TENAGA BAGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU WILAYAH UTARA MALAYSIA

Transkripsi:

KEUSKUPAN AGUNG KUCHING VISI DAN MISI MUKADIMAH Dokumen ini mengemukakan Visi dan Misi Keuskupan Agung Kuching. Visi dan Misi ini dirangka daripada saranan-saranan Kongres Pastoral Keuskupan Agung yang diadakan dari 19hb sehingga 21hb Ogos 2012. Kongres itu diadakan selepas program selama lima tahun Tumpuan Pastoral kepada Keluarga yang diatur dari 2007 sehingga 2011 selesai. Kongres tersebut mengguna-pakai Injil Yohanes sebagai asas bagi pertimbangan dan ketetapannya. Para peserta Kongres adalah ketua-ketua awam dari semua paroki, golongan religius dan paderi serta Uskup Agung Kuching. Semua cadangan daripada para peserta Kongres diluluskan dan merangkumi sebahagian besar dokumen ini. Uskup Agung menawarkan beberapa tambahan yang turut dimuatkan di dalam dokumen ini. Sebelum kelulusan muktamad oleh Uskup Agung, semua cadangan dan saranan ini dibentangkan dalam mesyuarat paderi selain Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pastoral Keuskupan Agung pada 20hb Oktober 2012 bagi ulasan lanjut. Visi dan Misi yang diluluskan bagi Keuskupan Agung Kuching dibentangkan dalam buku kecil ini. 1

VISI KAMI BERUSAHA UNTUK MENJADI GEREJA DENGAN MENJADI MURID-MURID FIRMAN DALAM KESATUAN (KOMUNI) BAGI MISI. MISI KAMI BERUSAHA UNTUK MENCAPAI VISI KAMI DALAM CARA-CARA BERIKUT. A. MURID-MURID FIRMAN 1. Menyediakan pembentukan berterusan mengenai Firman Allah dan ajaran Gereja selain menghidupkan dan menjadikan perayaan Sakramen-sakramen bermakna bagi semua paderi, religius dan umat pada pelbagai peringkat: a) Menerusi katekesis kanak-kanak, belia dan orang dewasa yang bernas. Bagi pelajar, kelas katekisme mesti disediakan di sekolah atau di paroki. b) Siri Kateketikal Malaysia yang telah diterbitkan dalam Bahas Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Melayu mesti digunakan. Sementara katekis memainkan peranan penting di sini, paderi dan religius mesti komited malah terlibat secara langsung dalam kerja kateketikal (dari Tambahan Uskup Agung ). c) Menerusi program-program yang membantu umat untuk mengalami Allah dan diurapi Roh Kudus contohnya Seminar Kehidupan dalam Roh Kudus; kursus Alpha; seminar perkembangan. d) Menerusi homili-homili yang mengemukakan dengan jelas ajaran-ajaran Gereja selain menangai isu-isu yang sukar dan sensitif. e) Menerusi penggunaan Firman Allah dalam Al-Kitab dalam setiap kesempatan contohnya rosari, doa-doa waktu kematian, harijadi, doa-doa bagi orang sakit. f) Dengan memiliki dan menggunakan Al-Kitab secara peribadi dalam doa-doa harian. g) Menerusi sokongan kepada satu sama lain selain membina rangkaian bagi menjalani kepercayaan Katolik. 2

2. Memilih, melengkapi dan memperkasakan lebih ramai ketua awam agar mereka menjadi ejen-ejen yang berkesan dan yakin bagi penginjilan baharu supaya mereka dapat menghasilkan murid-murid baharu bagi Tuhan: a) Dengan membantu mereka untuk memahami bahawa mereka memiliki, menjaga dan bertanggungjawab bagi Gereja. b) Menerusi program-program pembentukan dan latihan yang boleh dipusatkan. c) Menerusi proses penilaian untuk membantu mereka. 3. Membantu umat, terutamanya golongan muda, menangani kuasa dan falsafah sedia ada yang bertentangan dengan Injil: a) Menerusi pendidikan Katolik sehubungan ini, kita perlu melengkapi dan melatih para pendidik Katolik untuk mengajar kepercayaan Katolik dalam semua institusi pendidikan. b) Dengan membantu ibu bapa untuk menyedari mereka adalah katekis-katekis utama selain menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan serta alat-alat asas bagi menunaikan peranan mereka ini. 4. Mengurus dan menggunakan dengan bijak sumber yang kaya mengenai Al-Kitab dan ajaran-ajaran Gereja selain mengguna-pakai teknologi baharu, media cetak dan massa bagi pembentukan iman. a) Jadikan sumber-sumber ini mudah diperolehi dan dicari. b) Jika perlu, gunakan kakitangan yang dedikasi untuk menguruskan sumber-sumber ini. c) Galakkan penterjemahan Al-Kitab dan sumber-sumber ke dalam bahasa-bahasa tempatan. d) Sediakan homili Ahad dengan kandungan kateketikal dan gunakannya sebagai sumber untuk digunakan oleh ketua-ketua sembahyang dalam kebaktian Ahad. e) Atur program dan sediakan kemudahan serta kakitangan untuk melatih ketua-ketua awam bagi kerja Injil. 3

5. Mempromosikan dengan lebih bersemangat program-program pembentukan iman sedia ada yang berkesan contohnya kursus Alpha, Great Adventure, pengajian Al-Kitab Katolik dengan bimbingan dan menyerapkannya ke dalam strategi pastoral di semua paroki. B. KESATUAN (KOMUNI) 1. Mempromosikan komunikasi yang baik, kerjasama bermakna dan penyelarasan pelbagai pelayanan atau ministri di setiap paroki dan di kalangan pelbagai paroki, malah dengan keuskupan dan gereja Kristian lain. a) Dengan memupuk sikap yang berpandangan terbuka serta kesediaan untuk menyumbang kepada perkembangan paroki dan Keuskupan Agung (dari Tambahan Uskup Agung ). b) Dengan berkongsi sumber, kepakaran, bahan dan kemudahan. 2. Memupuk kesatuan dalam paroki. Majlis Paroki adalah badan rasmi manakala pada peringkat Keuskupan Agung, ia adalah Majlis Pastoral Keuskupan Agung, Dalam kesatuan ini, semua paderi dan ketua awam digesa untuk meniru Yesus Tuhan dan Guru kita yang mencuci kaki murid-murid-nya (cf. Yoh. 13:12-20). (Dari Tambahan Uskup Agung ) 3. Mengetengahkan dan membantu umat mengenali tanda-tanda kesatuan: a) Menerusi Ekaristi yang menjadi sumber dan tanda paling sempurna bagi kesatuan kita. Sehubungan itu, ia adalah perlu untuk mempromosikan dan memupuk panggilan kepada kepaderian. b) Dengan mengenali peranan Pope dan Uskup-uskup yang merupakan tanda-tanda kesatuan Gereja sejagat dan tempatan yang dapat dilihat. c) Dengan mengiktiraf sumbangan golongan religius dalam kehidupan Gereja. Ia adalah perlu untuk menggalakkan panggilan kepada kehidupan religius. 4

4. Melibatkan semua umat yang sudah dibaptis dan juga katekumen di dalam pelbagai pelayanan atau ministri gereja supaya mereka merasakan bahawa mereka adalah anggota jemaat. 5. Mewujudkan situasi yang kondusif bagi memupuk persahabatan dan persaudaraan di kalangan umat: a) Dengan membawa symbol-simbol kepercayaan dari rumah ke rumah bagi sembahyang berjemaat contohnya patung atau gambar Bonda Maria, salib, rosary. b) Menerusi amalan hospitaliti yang mesra atau ministri penyambut. c) Menerusi waktu persaudaraan tidak rasmi contohnya minum kopi pagi, hari keluarga, sukaneka. d) Dengan membina jemaat kecil contohnya kumpulan sel, komuniti perjanjian, kumpulan doa, kumpulan rosari blok keluarga, komuniti Kristian kecil, kumpulan kejiranan lain. e) Melayani orang yang mengalami kematian dengan menunjukkan kasih sayang, keprihatinan dan sokongan. C. MISI 1. Membentuk, melengkapi dan memperkasakan umat dan keluarga supaya menjadi penginjil di kejiranan, taman dan kampung mereka. 2. Mendekati pelbagai kumpulan sasaran termasuk golongan muda, orang Katolik yang sudah lama tidak mengamalkan ajaran agama, orang bukan Kristian, katekumen, neophyte, pendatang, mereka yang dipinggirkan dan memerlukan bantuan. a) Berjalan bersama mereka selain memberikan pembentukan iman, sokongan rohani dan emosi serta bantuan kebendaan kepada mereka. b) Menyediakan pengangkutan bagi mereka yang memerlukannya. 5

c) Lengkapi mereka untuk menangani masalah-masalah biasa yang mereka hadapi setiap hari contohnya menerusi ceramah mengenai penyediaan bajet, kemudahan bagi pemeriksaan kesihatan, membantu dengan permohonan pinjaman dan sebagainya. d) Dirikan sebuah pusat untuk membantu mereka yang memerlukan pekerjaan dengan menghubungkan mereka kepada majikan berpotensi. e) Di sini, sumbangan Legio Maria, pergerakan terbesar dalam Keuskupan Agung, kepada misi Gereja diiktiraf (dari Tambahan Uskup Agung ). 3. Memastikan Sakramen-sakramen mudah diterima. a) Paderi harus ada bagi Sakramen Pengakuan Dosa dan Sakramen Orang Sakit. b) Perkahwinan yang belum tetap (irregular) perlu disahkan (convalidated) di dalam Gereja. 4. Menggunakan acara pengebumian dan majlis perkahwinan sebagai peluang-peluang pastoral bagi penginjilan selain melayani mereka yang tidak lagi mengamalkan kepercayaan mereka. D. PEMBANGUNAN INSAN & KEADILAN SOSIAL 1. Memulakan pendekatan kukuh untuk mendidik jemaat kita tentang hak-hak di bawah perlembagaan termasuk kebebasan beragama. a) Mengambil pendirian berani bersama pelbagai Gereja Kristian mengenai penghakisan kebebasan beragama. b) Menggunakan kaedah politik yang ada dengan berhemat selain menjalankan hak untuk mengundi. 2. Memupuk, mengguna-pakai malah memperbaiki strukturstruktur sedia ada bagi melayani golongan muda contohnya Kuching Archdiocesan Youth Apostolate *, Young Christian 6

Students (Pelajar Kristian Muda), rangkaian kampus, selain mengguna-pakai kaedah Keluarga Angkat bagi pelajar dan muda-mudi yang berada di perantauan. (*K.A.Y.A. adalah satu pembentukan kerasulan live-in selama empat minggu khususnya bagi pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan awam SPM dan STPM). 3. Menubuhkan pasukan petugas pada peringkat Keuskupan Agung untuk membantu mangsa-mangsa kesalahan. 4. Menggalakkan umat untuk menubuhkan atau menyertai badan-badan bukan kerajaan (NGO), institusi atau organisasi yang dirasmikan atau disahkan. Ini boleh bertindak sebagai badan pemikir dan saluran untuk membantu orang Kristian pada peringkat akar umbi. 5. Menggalakkan orang awam untuk terlibat secara aktif dalam politik bagi menyediakan saluran untuk membawa keperluan Gereja kepada pucuk pimpinan negara; dan memastikan perbezaan politik tidak memecah-belahkan jemaat Gereja pada semua peringkat (Dari Tambahan Uskup Agung ). 6. Secara umumnya, kerja pembangunan insan dalam Keuskupan Agung telah dijalankan oleh Catholic Welfare Services (Khidmat Kebajikan Katolik) dan St. Vincent de Paul Society (dari Tambahan Uskup Agung). E. TAMBAHAN USKUP AGUNG 1. Meneruskan program Tumpuan kepada Keluarga dan mengukuhkan kehidupan keluarga sebagai Gereja domestik. a) Dengan menangani perkara-perkara di mana program tumpuan kita kepada keluarga selama lima tahun tidak dijalankan dengan begitu memuaskan. b) Menyediakan sokongan kepada pasangan suami isteri muda menerusi penajaan menurut model pembaptisan dan penguatan. c) Menggalakkan ibu bapa untuk melahirkan lebih ramai anak. 7

2. Berhubung pendidikan Katolik: a) Menubuhkan atau berusaha untuk menubuhkan tadika Katolik bagi menurunkan kepercayaan Katolik kepada kanak-kanak kita yang kecil. b) Meneliti kemungkinan untuk menyediakan asrama bagi pelajar kita di kawasan luar bandar berdekatan sekolah mereka dengan matlamat untuk menyelia pengajian mereka dan memupuk nilai-nilai Katolik dalam diri mereka. PERANAN ROH KUDUS Peranan Roh Kudus dalam pembentukan murid dan kesatuan kita selain usaha-usaha pastoral, penginjilan dan mubaligh sama sekali tidak boleh diketepikan. Kerana Dia memang ejen utama dalam kehidupan, pelayanan dan misi kita sebagai Gereja. Dengan jaminan bimbingan dan hadirat-nya, kita akan memulakan perjalanan kita menuju visi atau wawasan dengan melaksanakan ketetapan yang telah dibuat dalam Kongres. Diterbitkan dengan kebenaran dari Uskup Agung Kuching - 19 Mar 2013 8