PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

dokumen-dokumen yang mirip
KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

S I K A P PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 07 OKTOBER 2015 SJKC PEI YANG, BAKRI

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

2.0 PENYATAAN MASALAH

FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

015/025/035 MATEMATIK

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PELAN BERTINDAK MATEMATIK UPSR 2009 SK. JLN. SG. BESI ( 1 )

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Pemilihan Pakej Mata Pelajaran Tingkatan Empat Tahun 2011 dan SPM tahun 2012

GARIS PANDUAN KEBERHASILAN

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

dibina dan diserah kunci kepada pemilik dari penubuhan PR1MA hingga Jun Nyatakan mengikut negeri.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

Pendidikan dan Teknologi di Malaysia

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS GRADUASI KE - 21

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

STANDARD 1 KEPEMIMPINAN

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM. ASSAMUALAIKUM WRT WBKTH DAN SALAM SEJAHTERA

O N.aurL. 2. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran. 3. Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS BAWAH & ARAS 2, NO 2251, JALAN USAHAWAN 1, CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

Ruj. Kami : 20684/135 (/? ) r it W November 2010

Pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012

1. Salam kesejahteraan kepada semua ahli mesyuarat/hadirin yg dihormati. 2. Berikut akan dibentangkan beberapa maklumat penting berhubung peluasan

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

Pelan Perancangan Strategik : Bidang Pentadbiran

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2011

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Transkripsi:

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2011 Oleh Y.BHG. DATO SRI ABD. GHAFAR BIN MAHMUD KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 17 NOVEMBER 2011 21 ZULHIJJAH 1432 DI BILIK MESYUARAT UTAMA TINGKAT 6, BLOK E8 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDAHULUAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratnya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah. Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang. Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah. 2

UPSR Tahun 2011 Para hadirin sekalian, Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif. Keputusan UPSR 2011 Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. 3

Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun. Pencapaian Calon Para hadirin yang dihormati sekalian, Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%. Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini. 4

Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011 Pencapaian Calon 2008 2009 2010 2011 Beza antara 2011 dengan 2010 Bil. Duduki 507,320 506,620 482,334 485,160 2,826 Cemerlang (Semua A) 46,641 9.19% 48,171 9.51% 48,327 10.02% 46,012 9.48% -2,315-0.54% Baik (Minimum C tidak termasuk semua A) 270,763 53.37% 271,165 53.52% 262,278 54.38% 269,021 55.45% 6,743 1.07% Di bawah tahap penguasaan minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) 18,753 3.70% 20,216 3.99% 16,334 3.39% 13,958 2.88% -2,376-0.51% Lain-lain Kombinasi 171,163 33.74% 167,068 32.98% 155,395 32.22% 156,169 32.19% 774 0.03% Gred Purata Nasional 2.36 2.33 2.31 2.30-0.01 Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar Para hadirin sekalian, Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010. 5

Jadual 2: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar Pada Tahun 2011 Berbanding 2010 Cemerlang (Semua A) Pencapaian Calon Tahun Bandar Baik (Minimum C tidak termasuk semua A) Di bawah tahap penguasaan minimum (semua D/E atau kombinasi keduaduanya) Lain-lain kombinasi 2011 29,462 11.06% 2010 30,613 11.43% Beza -1,151-0.37% 2011 148,265 55.66% 2010 147,801 55.17% Beza 464 0.49% 2011 6,615 2.48% 2010 7,633 2.85% Beza -1,018-0.37% 2011 82,039 30.80% 2010 81,916 30.58% Beza 123 0.22% Luar Bandar 16,244 7.56% 17,609 8.28% -1,365-0.72% 118,543 55.14% 114,121 53.44% 4,422 1.70% 7,225 3.36% 8,621 4.04% -1,396-0.68% 72,969 33.94% 73,352 34.27% -383-0.33% Jurang 13,218 3.50% 13,004 3.15% 214 0.35% 29,722 0.52% 33,680 1.73% -3,958-1.21-610 -0.88% -988-1.19% 378 0.31% 9,070-3.14 8,564-3.69 506 0.55% 2011 266,383 214,981 51,402 Bilangan Duduki 2010 267,908 213,551 54,499 Beza -1,525 1,430-3,097 2011 2.23 2.38-0.15 Gred Purata Nasional (GPN) 2010 2.24 2.40-0.16 Beza -0.01-0.02 0.01 Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan 6

1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%. Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01. Pencapaian Calon Berkeperluan Khas Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01. 7

Jadual 3: Pencapaian Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010 Pencapaian Calon 2011 2010 Beza Bil. Duduki 1,329 1,270 59 Cemerlang (Semua A) 17 1.28% 12 0.94% 5 0.34% Baik (Minimum C tidak termasuk semua A) 218 16.40% 232 18.27% -14-1.87% Di bawah tahap penguasaan minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) 391 29.42% 392 30.87% -1-1.45% Lain-lain kombinasi 703 52.90% 634 49.92% 69 2.98% Gred Purata Nasional (GPN) 3.74 3.73 0.01 Prestasi Mata Pelajaran Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT). Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan. Lampiran A menunjukkan analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan 8

minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011. Jadual 4: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SK bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 011 Bahasa Melayu Pemahaman 012 Bahasa Melayu Penulisan 2010 370,731 47.5 20.8 24.7 93.0 4.5 2.5 1.94 2011 371,815 49.4 18.7 26.0 94.1 3.7 2.2 1.90 Beza 1,084 1.9-2.1 1.3 1.1-0.8-0.3-0.04 2010 370,724 49.5 21.8 12.7 84.0 9.0 7.0 2.02 2011 371,772 48.9 25.0 13.0 86.9 6.9 6.2 1.96 Beza 1,048-0.6 3.2 0.3 2.9-2.1-0.8-0.06 Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu Penulisan di SJK iaitu masing-masing 9

sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%. Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SJK bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 021+031 Bahasa Melayu Pemahaman 022+032 Bahasa Melayu Penulisan 2010 111,230 27.8 18.8 23.1 69.7 21.6 8.7 2.65 2011 113,161 29.1 18.8 23.0 70.9 21.0 8.1 2.60 Beza 1,931 1.3 0.0-0.1 1.2-0.6-0.6-0.05 2010 111,227 18.4 35.9 17.4 71.7 12.2 16.1 2.72 2011 113,154 20.3 34.4 16.2 70.9 11.8 17.3 2.71 Beza 1,927 1.9-1.5-1.2-0.8-0.4 1.2-0.01 Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%. Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 014 Bahasa Inggeris 024 + 034 Bahasa Inggeris 2010 369,408 17.3 24.4 32.6 74.3 18.6 7.1 2.74 2011 370,424 16.8 25.2 32.7 74.7 17.5 7.8 2.74 Beza 1,016-0.5 0.8 0.1 0.4-1.1 0.7 0.00 2010 112,596 25.0 23.1 24.2 72.3 13.7 14.0 2.69 2011 114,398 23.8 23.5 23.6 70.9 13.0 16.1 2.74 Beza 1,802-1.2 0.4-0.6-1.4-0.7 2.1 0.05 10

Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%. Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011. Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 015+025+035 Mathematics 018+028+038 Science 2010 482,198 37.2 19.3 29.3 85.8 7.4 6.8 2.27 2011 484,802 36.9 19.4 30.4 86.7 7.1 6.2 2.26 Beza 2,604-0.3 0.1 1.1 0.9-0.3-0.6-0.01 2010 481,964 26.3 37.0 25.3 88.6 5.7 5.7 2.27 2011 484,844 24.3 39.2 24.3 87.8 6.7 5.5 2.30 Beza 2,880-2.0 2.2-1.0-0.8 1.0-0.2 0.03 Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%. 11

Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Cina bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 026 Bahasa Cina Pemahaman 027 Bahasa Cina Penulisan 2010 95,831 30.9 29.2 26.3 86.4 8.0 5.6 2.28 2011 96,587 33.0 29.9 25.3 88.2 7.3 4.5 2.20 Beza 756 2.1 0.7-1.0 1.8-0.7-1.1-0.08 2010 95,828 33.0 33.1 18.6 84.7 5.8 9.5 2.26 2011 96,578 31.1 32.5 19.5 83.1 7.1 9.8 2.32 Beza 750-1.9-0.6 0.9-1.6 1.3 0.3 0.06 Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%. Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Tamil bagi Tahun 2010 dan 2011 Mata Pelajaran Tahun Bil. Duduki Peratus Calon A B C ABC D E GPMP 036 Bahasa Tamil Pemahaman 037 Bahasa Tamil Penulisan 2010 16,781 36.2 27.8 23.0 87.0 11.8 1.2 2.14 2011 17,838 40.1 27.0 22.9 90.0 8.4 1.6 2.04 Beza 1,057 3.9-0.8-0.1 3.0-3.4 0.4-0.10 2010 16,782 36.5 18.0 25.8 80.3 6.4 13.3 2.42 2011 17,832 37.2 18.2 25.7 81.1 6.5 12.4 2.38 Beza 1,050 0.7 0.2-0.1 0.8 0.1-0.9-0.04 12

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil Penulisan sebanyak 0.04 berbanding tahun 2010. Ujian Aptitud Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka. Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan. Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing. 13

Penutup Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat. Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini. Terima kasih. Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya 17 November 2011 14