Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

dokumen-dokumen yang mirip
5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

KANDUNGAN. Perakuan Keaslian Penulisan. Abstract Penghargaan Kandungan Singkatan Panduan Sebutan Senarai Jadual. 1.1 Pengenalan 1

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KANDUNGAN ABSTRACT PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Permasalahan Kajian 3

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB I PENGENALAN. Mandarin di Kelantan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pada zaman moden ini,

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

LAPORAN PENYELIDIKAN

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

ARAHAN: ( )

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Reka Bentuk Kajian

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PROSES PEMBENTUKAN KATA

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Sustainable Education 54

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Penilaian Pengguna Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Modul

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Transkripsi:

3.0 Pengenalan Bab ini menerangkan kaedah kajian yang meliputi reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, tatacara pemerolehan data dan tatacara penganalisaan data. Kaedah yang sesuai dirancang supaya data kajian yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Trudgill (1974:172), dalam pernyataannya berpendapat bahawa kajian terhadap fenomena perlakuan bahasa dalam suatu komuniti, menurut perspektif sosiolinguistik, memerlukan penggunaan metodologi empirkal, iaitu kajian lapangan di mana penglibatan diri pengkaji bahasa dalam komuniti bahasa yang dikajinya adalah penting. Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab ini menerangkan bagaimana data kajian dikumpulkan, ditranskripsikan dan dianalisis. 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif mudah. Kajian ini hanya memfokus dan membincangkan fenomena penukaran kod dan pembauran kod yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah khasnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda Kuala Lumpur. Jadi kaedah kajian lapangan juga digunakan dalam kajian ini. Pengkaji akan memerhati, mendengar, merakam pertuturan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kuantitatif mudah juga digunakan bagi tujuan mencari peratusan untuk memastikan kekerapan penukaran kod yang berlaku. 50

3.2 Kerangka Teoritis Penukaran kod dan pembauran kod tidak akan berlaku dalam masyarakat monolingual. Ini bererti penukaran kod dan pembauran kod akan hanya berlaku apabila berlakunya pertembungan bahasa dalam situasi bilingual atau multilingual. Oleh itu, konteks situasi merupakan salah satu variable yang mempengaruhi darjah amalan penukaran dan percampuran kod(asmah,1985). Status sesuatu bahasa dari segi nilai ekonomi yang tinggi juga menyebabkan bahasa itu digunakan secara meluas oleh sesuatu masyarakat yang bukan penutur asli bahasa tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengubah sikap penutur asli sesuatu bahasa untuk mengalih ke dalam bahasa lain. Oleh itu, dapatan dan pendapat para pengkaji dapat dirumuskan sebagai satu teori bahawa penukaran dan pembauraan kod sudah pasti berlaku dalam kalangan masyarakat bilingual atau multilingual. Akan tetapi kepesatan berlakunya penukaran kod dan pembauran kod itu turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti status bahasa dan sikap penutur. Kerangka ini akan menjadi landasan bagi menjalankan kajian ini. 3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini beberapa instrumen kajian akan digunakan. Antaranya ialah soal selidik, tajuk-tajuk perbincangan dan panduan temubual semi- berstruktur. 3.3.1 Soal selidik 51

Soal selidik lampiran ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat demografi responden seperti nama, tingkatan, dan nama sekolah rendah. Bahagian B soal selidik mengandungi 10 soalan tertutup yang perlu dijawab mengikut skala Likert. Soalan-soalan ini menjurus ke arah mendapatkan maklumat dari responden mengenai adakah ketiadaan kosa kata dalam bahasa matrix atau bahasa utama menyebabkan responden untuk menggunakan bahasa asing, adakah fenomena ini berlaku kerana perbincangan itu bertemakan sesuatu topik yang hangat diperbincangkan dan isu bukan dari unsur budaya sesuatu masyarakat bahasa, adakah pengetahuan atau penggunaan pelbagai bahasa pengantar untuk mempelajari mata pelajaran tertentu di sekolah menengah menjadi salah satu faktor berlakunya penukaran dan pembauran kod. Soal selidik ditadbirkan kepada 35 responden kajian ini yang merupakan pelajar-pelajar kelas bahasa Tamil. Pengkaji sendiri telah mentadbirkan soal selidik ini pada masa yang telah ditentukan dan mengumpulkannya. 3.3.1.1 Ujian Rintis Tujuan kajian rintis dijalankan dengan tujuan untuk memastikan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden melalui borang soal selidik adalah sesuai dan mudah difahami. Ujian ini dijalankan bagi memperolehi keesahan dan kebolehpercayaan terhadap item-item yang terdapat dalam dalam soal selidik. 52

Kepentingan sesuatu kajian rintis atau alat penilaian mencerminkan keupayaannya. Maka dapat dirumuskan bahawa ujian yang berkesan mempunyai kebolehpercayaan. Tujuan ujian rintis ini diadakan bagi memastikan : (i) Bahasa dan struktur yang digunakan dalam soal selidik adalah mudah difahami oleh responden. (ii) Pernyataan yang dikemukakan dalam soal selidik adalah menepati dan sesuai dengan pengalaman responden. (iii) Soalan-soalan yang dikemukakan boleh menghasilkan maklumat yang ingin diperolehi oleh pengkaji daripada responden. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar iaitu lima orang lelaki dan lima orang pelajar perempuan. Hasilnya didapati bahawa terdapat beberapa responden yang terasa sukar untuk menjawab beberapa soalan. Maka pengkaji telah mempermudah dengan menstrukturkan semula beberapa soalan yang sedia ada bagi mendapatkan maklumat tambahan dengan melakukan sedikit penambahan dalam soalan serta melakukan pengubah suaian terhadap soalan yang sedia ada. 3.3.2 Panduan Temu bual Semi Berstruktur Satu panduan temu bual semi berstruktur telah disediakan ( Lampiran 2 ) untuk mengadakan temu bual dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang memfokuskan pada perkara-perkara berikut:- i) Pengetahuan tentang penukaran kod ii) iii) Perasaan semasa menukar kod Sebab-sebab menukar kod 53

iv) Kesedaran tentang kesan penukaran kod 3.3.3 Tajuk tajuk Perbualan Sebanyak 5 tajuk perbincangan mengenai isu-isu semasa, seni, penulisan kreatif dan masalah soasial remaja telah disediakan.tajuk-tajuk tersebut adalah seperti berikut:- Panduan temu bual yang digunakan oleh pengkaji mengandungi lapan soalan. Soalansoalan ini berkait rapat dengan aspek-aspek seperti di bawah:- 1) Wayang Gambar. 2) Pendidikan Kraftangan lebih baik daripada pendidikan akademik. 3) Kesan-kesan minnggu suai kenal yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Negara kita. 4) Ucapan tentang langkah-langkah menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja. 5) Menulis cerpen yang bertemakan PENUTUP 3.4 Latar tempat kajian Tempat kajian yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Tempat ini dipilih kerana mempunyai ramai perlajar berbangsa India. Daripada pemerhatian pengkaji didapati bahawa kebanyakan pelajar sekolah ini 54

menggunakan bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian semasa berkomunikasi antara rakan-rakan mereka. 3.5 Sampel Kajian Sampel kajian meliputi 35 pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010. Sampel kajian ini dipilih kerana kesemua mereka akan mengambil matapelajaran bahasa Tamil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengkaji telah memastikan bahawa kesemua 35 responden ini telah menerima pendidikan awal selama enam tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), di mana bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar utama. Responden juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi. Latarbelakang sosio-ekonomi dan tahap penguasaan atau pencapaian pelajar dalam matapelajaran bahasa Tamil tidak diambil kira semasa pemilihan sampel kajian. 3.6 Pengumpulan Data Data kajian ini telah dikumpulkan melalui empat cara, iaitu melalui soal selidik, rakaman, pemerhatian dan temubual. 3.6.1 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik Semasa mengedarkan borang, responden kajian telah diterangkan tentang konsep penukaran kod. Ini adalah kerana semasa ujian rintis dijalankan didapati ramai 55

responden tidak mengetahui konsep penukaran kod walaupun mereka melakukan amalan penukaran kod dalam komunikasi harian dengan rakan. 3.6.2 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Rakaman Perbualan pelajar dirakamkan dengan menggunakan alat perakaman. Para pelajar telah diberitahu tentang objektif kajian ini dan persetujuan mereka telah diperoleh untuk menjadi responden kajian. Pada peringkat awal pengkaji telah membuat beberapa rakaman percubaan di mana datanya tidak digunakan bagia tujuan kajian. Langkah ini diambil untuk membiasakan responden dengan proses rakaman supaya perbualan itu menjadi lebih normal. Sebanyak 10 rakaman perbualan pelajar mengenai sesuatu topik yang dibincangkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Tamil dirakamkan. Setiap satu rakaman itu dilakukan selama 80 minit. Ia ditunjukkan oleh jadual 3.1 56

Jadual 3.1 Jadual Rakaman Pengajaran dan Pembelajaran Tarikh Masa Rakaman Kelas Bilangan Pelajar 28.6.2010 2.00-3.20 1 5S1, 5S2 & 5A1 18 1.7.2010 2.00-3.20 2 5A2, 5A3 & 5A4 17 5.7.2010 2.00-3.20 3 5S1, 5S2 & 5A1 18 8.7.2010 2.00-3.20 4 5A2, 5A3& 5A4 17 12.7.2010 2.00-3.20 5 5S1, 5S2 & 5A1 18 15.7.2010 2.00-3.20 6 5A2, 5A3 & 5A4 17 19.7.2010 2.00-3.20 7 5S1, 5S2 & 5A1 18 22.7.2010 2.00-3.20 8 5A2, 5A3 & 5A4 17 26.7.2010 2.00-3.20 9 5S1, 5S2, 5A1, 5A2, 5A3 & 5A4 29.7.2010 2.00-3.20 10 5S1, 5S2, 5A1, 5A2, 5A3 & 5A4 35 35 3.6.3 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Pemerhatian Pengkaji telah membuat nota pemerhatian semasa responden-responden kajian sedang berbincang mengenai sesuatu topik karangan. Beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan kaedah ini kerana beliau sendiri adalah guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Oleh itu pengkaji telah mendapatkan maklumat dan data masa beliau mengajar kelas tersebut. Pengkaji telah memerhati dan mencatatkan maklumat dalam perbualan pelajar. Peranan beliau tidak diketahui oleh responden kajian. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji memperoleh data dan maklumat yang banyak daripada responden kajian. 57

3.6.4 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Temu bual Kaedah ini digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat tambahan yang perlu bagi tujuan kajian ini. Temubual diadakan dengan beberapa responden terpilih yang banyak melakukan penukaran dan pembauran kod semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada tujuh orang sampel. Temubual dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang diri mereka dan fenomena penukaran dan pembauran kod. Soalan-soalan temubual difokuskan pada aspek-aspek berikut. i) Pengetahuan sampel tentang penukaran kod ii) iii) iv) Perasaan semasa menukar kod Sebab-sebab yang mendorong penukaran kod. Kesedaran tentang kesan penukaran kod Berdasarkan aspek-aspek di atas pengkaji telah mengemukakan soalan-soalannya semasa menemu bual responden untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi melicinkan proses pengumpulan data. Panduan Temu Bual Semi Berstruktur (Lampiran 2 ) telah digunakan. 3.7 Penganalisisan Data Data yang dikumpulkan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif mudah. Semua data diperolehi melalui pemerhatian, borang soal selidik dan rakaman audio dikumpulkan. Data-data yang dikumpulkan itu dianalisis secara manual. Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara kiraan mudah berdasarkan bilangan responden yang menjawab mengikut Skala Likert. Melalui penganalisisan ini pengkaji dapat menentukan faktor-faktor berlakunya penukaran dan pembauran kod. 58

3.7.1 Penganalisisan Data dari Rakaman Perbualan Sebanyak 10 sesi rakaman pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selama 80 minit setiap satu telah ditranskripsikan. Penganalisisan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah penukaran dan pembauran kod berlaku dalam kalangan responden. Penganalisisan ini juga bertujuan menentukan pembauran kod pada peringkat kata dan frasa dan ayat. Ujaran individu setiap responden dinomborkan seperti berikut: UJ 2 : [..ok..namba school pillaińkala etuttukkuvo:me: vellikilamaia:yidda: po:tum, kaņtippa..atule vantu enna:nna: dialogue sonna: athai appatiye: puttu puttu vaikkira:ńke ] UJ 4 : [[..atukkappuram black and white vantukittirinticcu, appuram colour filem vanticcu, ippa neraya: technologi use panni romba demo pannikittu irukka:ńke.] UJ6 : [.. cinema:vaip pa:rpa:ńka pala manithargal. cinema:vaik kaņtiruppa:ńke...namba. Super star rajnikanth avure etutukkitta:ńke na:kka: avaru.bas tiket.] 3.7.2 Penganalisisan Data Secara Kuantitatif Pengkaji telah menganalisis data secara kuantitatif untuk mengkaji peringkat berlakunya penukaran kod dalam kalangan pelajar- pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur. Kaedah penganlisisan ini digunakan bagi mencari peratusan penukaran kod dan percampuran kod secara umum. Kaedah ini juga digunakan bagi mencari peratus terperinci penukaran kod dan percampuran yang berlaku pada peringkat perkataan, frasa dan ayat serta mencari golongan kata yang mengalami penukaran kod. Iaitu sama ada kata nama, kata kerja atau kata adjektif. 59

3.7.3 Penganalisisan Data Secara Kualitatif Pengkaji telah menggunakan kaedah deskriptif kualitatif untuk menganalisis transkripsi perbualan responden. Data kajian dianalisis untuk melihat perubahan yang kerap berlaku sama ada pada peringkat kata, frasa atau ayat. Selain itu kaedah ini juga digunakan untuk menentukan pola-pola pembauran yang wujud dalam perbualan responden. Menentukan pola-pola pembauran bererti menganalisis perbualan responden untuk melihat apakah kod yang digunakan responden semasa memulakan pertuturan dan apa pula kod yang digunakan semasa penukaran atau pembauran. Sebagai contohnya:- Bahasa Tamil Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Bahasa Tamil Bahasa Malaysia Kesimpulan Secara kesimpulannya bab ini menjelaskan reka bentuk kajian, kerangka teoritis, kaedah penyelidikan, instrumen pengumpulan data dan penganalisisan data. Latar belakang dan lokasi kajian juga telah dibincangkan. Dua kaedah yang digunakan untuk menganalisis data juga dibincangkan iaitu kaedah kualitatif dan kuantitaf. 60