PELAKSANAAN UNDANG UNDANG BOLEH MEMBENTUK KEPERIBADIAN MASYARAKAT MERUPAKAN SUATU ISU Nama Pensyarah :- Encik Marzuki Bin Salim Nama Pembentang :- Sadeshwaran A/L Manimaran (12DEE15F1013) Yuveraajen A/L Sivapalan (12DEE15 F1019)
PENGENALAN Tiap-tiap individu mempunyai kehendak,sifat,kemahuan,kepentingan,pandangan, fikiran dan kebolehan yang tersendiri.jika tiap-tiap individu bertindak dan berkelakuan dengan tidak mengambil kira kepentingan atau sensitiviti individu lain dalam komunitinya,akan wujud keadaan kacaubilau.kita tidak akan menikmati keamanan,ketenangan,ataupun kesejahteraan.oleh itu,komuniti mempunyai norma komuniti,peraturan dan undang undang untuk mengawal kehidupan dan perilaku anggotanya.undang-undang mestilah diketuai dan dipatuhi.sesiapa yang melanggar undang-undang dikatakan telah melakukan kesalahan,dia boleh dan patut didenda oleh pihak yang berwajib.seseorang itu tidak boleh memberi sebarang alasan"saya tidak tahu" tentang sesuatu undang-undang untuk terlepas daripada melakukan kesalahan. Di negara kita,terdapat banyak undang-undang.misalnya untuk kepentingan golongan remaja yang belum matang,kerajaan mewujudkan pelbagai undang-undang seperti Akta Mahkamah Juvarna,Akta Perlindungan Kanak-kanak,Akta Penjara dan lainlain.salah laku juvenil yang merujuk kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang berusia di bawah 21 tahun akan didakwa di Mahkamah juvana.mereka yang sabit kesalahan dikategorikan sebagai banduan muda bagi mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun,manakala yang berusia antara 14 hingga 18 tahun dikategorikan sebagai banduan juvenil dan mereka yang berusia di bawah 14 tahun dikategorikan sebagai pesalah kanak-kanak.maka, lama kelamaan pelaksanaan undang undang mampu membentuk keperibadian masyarakat kita.
DEFINISI UNDANG UNDANG Undang-undang atau Legislasi adalah hukum yang telah disahkan oleh badan legislatif atau unsur pemerintahan yang lainnya.undang-undang berfungsi untuk digunakan sebagai otoritas, untuk mengatur, untuk menganjurkan, untuk menyediakan (dana), untuk menghukum, untuk memberikan, untuk mendeklarasikan, atau untuk membatasi sesuatu.suatu undang-undang biasanya diusulkan oleh anggota badan legislatif (misalnya anggota DPR), eksekutif (misalnya presiden), dan selanjutnya dibahas di antara anggota legislatif. Undangundang sering kali diubah sebelum akhirnya disahkan atau mungkin juga ditolak.undang-undang dipandang sebagai salah satu dari tiga fungsi utama pemerintahan yang berasal dari doktrin pemisahan kekuasaan. Kelompok yang memiliki kekuasaan formal untuk membuat legislasi disebut sebagai legislator (pembuat undang-undang), sedangkan badan yudikatif pemerintah memiliki kekuasaan formal untuk menafsirkan legislasi, dan badan eksekutif pemerintahan hanya dapat bertindak dalam batas-batas kekuasaan yang telah ditetapkan oleh hukum perundang-undangan.
Contoh undang undang yang mampu membentuk keperibadian masyarakat:- a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta ini diwujudkan di negara Malaysia dengan bertujuan untuk menjadikan negara bebas daripada ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhi hukuman mati. 1.)Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut. 2.Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran dadah berbahaya. Akta ini mampu mengelakkan masyarakat daripada terlibat dengan pengedaran dan penagihan dadah. Ini kerana hukuman yang diberikan dalam akta ini membuatkan seseorang itu melakukan jenayah yang berkaitan dengan dadah sebab hukuman dikandung dalam akta ini adalah hukuman yang berat. Maka, perlaksanaan akta ini mampu membentuk keperibadian masyarakat.
b) Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) Akta ini digubal bagi memboleh seseorang ini diseksa di atas kesabitan jenayah. Ada dua perkara yang membolehkan kanun ini digunapakai:- 1.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia. Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam Malaysia. 2.Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang dibicarakan di dalam Malaysia. Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia. Dengan adanya akta ini seseorang itu akan rasa takut untuk melakukan keseksaan ke atas orang lain. Ini kerana hukuman akan diberikan jika disabit kesalahan. Selanjutnya, maruah seseorang itu akan jika diberi hukuman seperti masuk penjara. Maka seseorang itu akan tidak melakukan penderaan kepada orang lain dengan adanya akta ini.
c) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act)Di dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula perkaraperkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam) d) Akta Jenayah Komputer 1997 Akta ini adalah berkaitn dgn kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer utk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apaapa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia. Akta ini membuatkan seseorang itu rasa bersalah melakukan jenayah-jenayah yang
berkaitan dengan penjenayah computer. Maka, seseorang itu sering menjauhkan diri daripada melakukan jenayah yang berkaitan dengan computer. e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Akta ini adalah akta Parlimen Malaysia bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai perlantikan ejen pilihan raya dan bagi mengawal belanja pilihan raya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya. Akta ini pertama kali dibuat pada 1954, dan kemudian disemak semula pada 1969. Dengan adanya akta ini pilihan raya boleh dijalankan secara lancar dan tidak akan ada sebarang penipuan berlaku.
Perundangan Dari Segi Perspektif Pelbagai Agama Undang-undang keagamaan adalah undang-undang yang terdapat di dalam sesuatuagama. Falsafah undang-undang keagamaan perlulah dibezakan dengan falsafah sistem undang-undang lain seperti sistem undang-undang Common Law dan sistem undang-undang komunis.di dalam ilmu kajian perbandingan undangundang, undang-undang keagamaan jugadikategorikan sebagai undang-undang diri ( personal law), iaitu undang-undang yang mengawalkehidupan seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akanmerujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan keesahan perkahwinan yang akandilangsungkan.setiap agama ada undang-undangnya. Contohnya, terdapat ajaran "Sepuluh Prinsip" (TheTen Commandments) di dalam agama Yahudi yang salah satunya melarang pembunuhan. Olehitu, sebahagian pengikut mungkin lebih taat mengikuti undang-undang agama, manakalasebahagian pengikut tidak berapa menghiraukan undang-undang agama.
Undang-Undang jenayah Islam 1.Undang-undang Jenayah Islam adalahciptaan Allah S.W.T. yang bersifat MahaBijaksana dan Maha Mengetahui tentangsesuatu. Oleh itu undang-undang yang dicipta- Nya itu sesuai untuk setiap masa dan tempat.maka undang-undang Islam dalam semua bidang tidak berubah dan bertukar mengikutmasa dan tempat 2.Undang-undang Islam memandang manusiaitu sama rata. Tidak ada bezanya di antara berpangkat tinggi atau rendah, miskin ataukaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahantetap akan menerima hukuman. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan diberikankepada pihak-pihak yang tertentu. Hukumandikenakan secara menyeluruh kepada semuagolongan masyarakat yang sudah mempunyaicukup tanggungjawab (mukallaf) terhadapkesalahan yang dilakukan. 3.Undang-undang Islam berhubung rapatdengan soal akhlak atau perasaan hati. Islammenganggap budi pekerti yang baik sebagaisendi masyarakat. Oleh kerana itu tiap-tiap perbuatan yang bertentangan dengan akhlak tetap akan menerima balasan dan hukuman sama ada di dunia atau di akhirat. Mana-manakes yang mempunyai bukti dan keteranganyang lengkap akan dihukum di dunia ini,manakala kes-kes yang tidak terang dantersembunyi, ia tetap akan menerima hukumandi hadapan Hakim Yang Maha Adil. Undang-Undang Ciptaan Manusia 1.Manakala U ndang-undang ciptaan manusiasentiasa menerima perubahan mengikutkeadaan, masa dan tempat serta kemahuanorang yang membuat undangundang. 2. Manakala dalam undang-undang ciptaanmanusia, walaupun pada umumnya untuk menjaga kepentingan orang ramai tetapisebaliknya, iadigubal untuk menjagakepentingan suatu golongan sahaja. Sebab itudalam mana-mana undang-undang positif (dunia) terdapat fasal-fasal yang memberikanhak keistimewaan kepada golongan tertentuataupun orang-orang perseorangan dengantidak ada undangundang yang boleh mendakwanya. 3. Berbanding dengan undang-undang duniayang boleh dikatakan mengetepikan langsungsoal akhlak.undang-undang dunia akanmengambil tindakan kepada seseorang hanyaapabila perbuatannya itu membawa kerosakansecara langsung kepada orang lain. Sebagai contohnya, perbuatan zina yang tidak dianggapsalah oleh undang-undang positif kecuali jikasekiranya dengan cara perkosaan atau tanpakerelaan sebelah pihak.
4. Begitu juga perbuatan minum arak, undang-undang Islam memandang perbuatan itu satukesalahan walaupun sipeminum itu tidak sampai mengganggu ketenteraman orangramai. 4.\Undang-undang ciptaan manusia tidak menganggap meminum arak satu kesalahanmelainkan jika peminum tersebut berada dikhalayak ramai dan mengganggu ketenteramanorang ramai. Pada lahirnya memanglah perbuatan itu tidak mencerobohi sesiapa, tetapi pada hakikatnya minuman arak itu bolehmerosakkan akal fikiran manusia. Apabila akalsudah rosak dengan sebab minum arak, ia boleh menjadi punca kepada perbuatan kejiyang akhirnya membahayakan masyarakat KESIMPULAN Akhirnya, memang benar perlaksanaan undang undang boleh membentuk keperibadian masyarakat. Disebabkan undang undang sama rata kepada semua masyarakat dan tidak pilih kasih, semua orang haruslah mematuhi undang undang
tidak kira dimana-mana dan bila-bila sahaja. Walaupun bukan semua rakyat mematuhinya tetapi terdapat juga kebanyakkan rakyat yang masih mematuhi dan akur pada undang undang. Maka, keperibadian boleh dibentuk dikalangan kebanyakkan rakyat. Dengan adanya undang undang negara juga akan aman dan harmoni. RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/undang-undang_malaysia https://id.wikipedia.org/wiki/legislasi http://chinjiayee30.blogspot.my/ https://ms.wikipedia.org/wiki/akta_kesalahan_pilihan_raya_1954
TAMAT