PEKELILING TIMBALAN REKTOR KAMPUS HAL EHWAL AKADEMIK BIL 4/2013 Semua Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Bukit Ilmu 18500 Machang Saudara/Saudari PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SEMESTER DISEMBER 2013 APRIL 2014 TAHNIAH dan SELAMAT KEMBALI meneruskan pengajian di UiTM Kampus Cawangan Kelantan. Sukacita dimaklumkan pendaftaran pelajar semester Disember 2013 April 2014 akan diadakan seperti berikut : Perkara Sepenuh Masa (Kolej) Sepenuh Masa (NR) Tarikh 23 Nov 2013 (Sabtu) 24 Nov 2013 (Ahad) Daftar HEA 26 28 Nov 2013 (Selasa - Khamis) Masa 09.00 pg 04.00 ptg 09.00 pg 04.00 ptg 09.00 pg 04.00 ptg Tempat Kolej Kediaman masing-masing Pusat Pelajar Foyer Kompleks Akademik D Sukacita juga dimaklumkan Sistem Pendaftaran kursus secara online (termasuk tambah & gugur) melalui boleh dilakukan mulai 18 Nov 09 Dis 2013. Sekian, terima kasih. Yang benar PROFESOR MADYA HAJI ZULKARNAIN BIN YUSOFF, B.S.K TIMBALAN REKTOR AKADEMIK b.p. REKTOR s.k. - Timbalan Rektor Ketua Ketua Bahagian Ketua Pusat Pengajian/Koordinator Kursus Semua Pensyarah Surat Kami : 100-KK (HEA 6/7/1) Tarikh : 6 November 2013 1
1. SISTEM PENDAFTARAN KURSUS MELALUI I-STUDENT PORTAL Sistem Pendaftaran Kursus melalui dilaksanakan bagi memastikan kelancaran di dalam proses Pendaftaran Kursus Pelajar. Sistem ini akan memudahkan para pelajar untuk membuat pendaftaran kursus, Proses Gugur/Tambah dan Proses Validasi. Sila mohon pengecualian kredit daripada Koordinator Kursus (sekiranya layak) sebelum mendaftar kursus. Pastikan bahawa setiap kursus yang didaftarkan secara automatik ini mempunyai kumpulan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Koordinator Kursus. Sekiranya kursus yang didaftarkan tiada kumpulan, ianya akan DIGUGURKAN secara automatik. Sila rujuk kepada Koordinator Kursus atau Penasihat Akademik masingmasing sekiranya menghadapi sebarang masalah. 2. AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS A. PROSES PENDAFTARAN KURSUS i. Dapatkan Jadual Waktu kursus di:- http://icress.uitm.edu.my/timetable ii. Proses Pendaftaran Kursus (termasuk gugur/tambah) hendaklah dibuat pada 17 November- 09 Disember 2013. iii. Cetak 2 salinan Penyata Pendaftaran Kursus (Sementara) untuk diserahkan kepada Penasihat Akademik masing-masing dan simpanan pelajar. B. PROSES GUGUR/TAMBAH i. Proses tambah dan gugur kursus hendaklah dibuat sebelum atau pada 09 Disember 2013. ii. Kenalpasti kursus yang ingin ditambah/digugur. iii. Berbincang dengan Koordinator Kursus/Penasihat Akademik sebelum melakukan proses ini. iv. Log-in dan lakukan proses gugur/tambah. v. Cetak Transaksi Gugur/Tambah untuk salinan Penasihat Akademik dan simpanan pelajar. 2
C. PROSES PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS MUKTAMAD (VALIDASI) i. Proses Pengesahan Pendaftaran Kursus Muktamad (Validasi) hendaklah dibuat sebelum 22 Disember 2013 di dalam. ii. Log-in ke dalam. iii. Sahkan sekiranya kursus yang tersenarai adalah kursus yang telah didaftarkan dengan menekan butang Pengesahan. iv. Sekiranya terdapat perbezaan, JANGAN lakukan pengesahan. Bawa penyata pendaftaran kursus dan transaksi gugur / tambah yang telah anda cetak sebelum ini dan berjumpa dengan Koordinator Kursus/Penasihat Akademik untuk proses pembetulan. Tanpa kedua-dua cetakan ini sebagai bukti, proses pembetulan tidak akan diuruskan. v. Selepas pembetulan dan sekiranya anda pasti senarai kursus yang dipaparkan adalah betul, lakukan Pengesahan. NOTA PENTING a) Proses Gugur / Tambah dan Validasi hendaklah DIBUAT SENDIRI oleh pelajar menerusi dan bukan oleh Penasihat Akademik/Koordinator Kursus atau rakan-rakan. b) Pastikan setiap proses Pendaftaran Kursus (Gugur/Tambah/Validasi) diakhiri dengan CETAKAN dan bukannya anggapan atau andaian sebagai bukti proses telah dijalankan. c) PERINGATAN bahawa tiada staf yang akan melakukan pendaftaran kursus bagi pihak anda sama ada Pensyarah, Penasihat Akademik, Koordinator Kursus atau mana-mana staf UiTM. Ini kerana akses hanya menggunakan ID dan katalaluan pelajar sahaja. Segala masalah yang timbul hendaklah dibincangkan dengan Koordinator Kursus atau Penasihat Akademik sebelum dirujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik. d) Harus diingat bahawa kegagalan anda untuk melakukan pendaftaran pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diberi boleh dikenakan tindakan dan denda oleh pihak HEA. e) Panduan terperinci semua proses pendaftaran kursus boleh didapati di: http://icress.uitm.edu.my. 3
3. KEHADIRAN PELAJAR A. Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah serta aktiviti pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. B. Sekiranya kehadiran pelajar tidak mencapai 80% dari jumlah jam temu bagi setiap kursus tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Koordinator Kursus, maka pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut. Pelajar akan diberi Gred F dengan status ZZ. C. Sekiranya kehadiran pelajar tidak mencapai 80% dari jumlah jam temu bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir pula, kerja kursus tidak diberi penilaian. Pelajar akan diberi Gred F dengan status ZZ. 4. CUTI KHAS A. Cuti Khas boleh dipohon tidak lewat empat belas (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula iaitu sebelum atau pada 10 Mac 2014. B. Maksimum Cuti Khas adalah dua (2) semester sepanjang tempoh pengajian. C. Yuran pengajian yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dibawa ke semester hadapan. Ia dikira luput. D. Sekiranya yuran pengajian belum dibayar, pelajar dikehendaki membayar yuran pengekalan status sebanyak RM55.00 5. GUGUR TARAF SEBAGAI PELAJAR A. Pelajar akan DIGUGURKAN dari UiTM sekiranya :- i) Tidak mendaftar sebagai pelajar UiTM Kelantan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran rasmi. ii) iii) Tidak menjelaskan yuran pengajian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran rasmi pelajar UiTM Kelantansebelum 18 Disember 2013. Tidak mendaftar kursus untuk semester ini dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam Kalendar Akademik Disember 2013- April 2014 sebelum 09 Disember 2013. 4
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN KALENDAR AKADEMIK SESI DISEMBER 2013 APRIL 2014 Tarikh Aktiviti Tempat/Catatan 1. 16 November 2013 Pendaftaran Kolej Pelajar Baru UiTM Caw. Kelantan 2. 16 22 November 2013 Minggu Destini Siswa UiTM Caw. Kelantan 3. 18 Nov 09 Dis 2013 Pendaftaran Kursus Pelajar Lama 4. 23 November 2013 Pendaftaran Kolej Pelajar Lama Kolej masing- masing 5. 24 November 2013 Pendaftaran NR Pelajar Lama Pusat Pelajar 6. 25 Nov 22 Dis 2013 Kuliah Bermula 4 Minggu 7. 01 Disember 2013 Pendaftaran Pelajar Baru Tawaran Kedua Kaunter HEA 8. 22 Disember 2013 Tarikh Akhir Pengesahan Validasi 9. 23 Disember 2013 Gugur taraf muktamad 10. 23 Dis 2013 05 Jan 2014 Cuti Pertengahan Semester (Krismas : 25 Disember 2013) 11. 07 Januari 2014 Tarikh mula cetak Slip Menduduki Peperiksaan 2 Minggu 12. 06 Jan 16 Mac 2014 Kuliah Bersambung 10 Minggu 13. 17 23 Mac 2014 Cuti Ulangkaji 1 Minggu 14. 24 Mac 11 April 2014 Peperiksaan Dalaman 3 Minggu 15. 12 April 08 Jun 2014 Cuti Semester 8 Minggu 16. Akan Dimaklumkan Keputusan Peperiksaan April 2014 Sebarang pertanyaan sila hubungi:- Pejabat Am HEA - 09-9762162 / 09-9762115 En. Imran Mohamed @ Ismail (Penolong Pendaftar HEA) - 09-9762157 Puan Kamarul Hayati Mohd Yusoff (Pegawai Eksekutif- Rekod) - 09-9762184 panduan terperinci kalendar akademik boleh didapati http://hea.uitm.edu.my 5