Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

dokumen-dokumen yang mirip
Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Indeks Pembangunan Manusia. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menginstitusikan TPP. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Pengenalan Makroekonomi

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Pengenalan kepada Ekonomi

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Koperasi Pengangkutan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

LITERASI MAKLUMAT. Rasional :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KOM 3364: KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB 8 MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PENGAJIAN TINGGI NEGARA BAB MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

SESI 4: PENDAFTARAN JURNAL ILMIAH. Oleh: Maizan Ismail Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

Transkripsi:

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia masih perlu ditingkatkan selaras dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju. Menurut satu kajian pada tahun 2010, secara purata seorang rakyat Malaysia yang berusia 10 hingga 40 tahun cuma membaca lapan buah buku setahun. Walaupun ini satu peningkatan berbanding dengan purata dua buah buku setahun pada tahun 2005 mengikut kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). PNM juga melaporkan bahawa rakyat Malaysia lebih gemar membaca bahan bacaan yang kurang nilai ilmiah, yakni yang berbentuk santai. Membentuk satu masyarakat yang gemar membaca, bukan sahaja mampu memartabatkan satu bangsa yang bertamadun tinggi, malahan ianya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tabiat membaca secara langsung menggalakkan permintaan untuk bahan bacaan, yang seterusnya mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri penerbitan. Industri ini mempunyai kesan pengganda yang akhirnya mampu meningkatkan pendapatan negara. Manakala secara tidak langsung sumbangan tabiat membaca di kalangan rakyat jelata kepada ekonomi negara adalah melalui peningkatan kualiti tenaga kerja, yang seterusnya meningkatkan produktiviti pengeluaran. Teori pembangunan konvensional mengaitkan pertumbuhan ekonomi dengan pengumpulan modal. Sebuah ekonomi yang mampu mengumpul stok modal fizikal yang banyak mampu tumbuh dengan lebih cepat berbanding dengan sebuah ekonomi yang mempunyai stok modal fizikal yang kurang. Namun teori modal insan yang diperkenalkan kemudian juga membabitkan modal insan di dalam pengumpulan stok modal yang perlu untuk pertumbuhan ekonomi di samping modal fizikal. 1 Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya mewakili pandangan MIER.

Modal insan dikaitkan dengan peningkatan kualiti buruh. Justeru, sumbangan tenaga kerja sebagai faktor pengeluaran tidak hanya terbatas kepada sumbangan buruhnya tetapi juga bergantung kepada kepakaran, ilmu dan pengalaman yang dimilikinya. Kepakaran, ilmu dan pengalaman inilah yang menyumbang kepada peningkatan kualiti buruh dan inilah yang dikenali sebagai modal insan. Oleh yang demikian, pengumpulan stok modal insan adalah dikaitkan dengan peningkatan kepakaran, ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh para pekerja di dalam sesebuah ekonomi. Di dalam konteks peningkatan kualiti tenaga kerja, ianya mampu dicapai dengan pelbagai cara, tetapi lazimnya dikaitkan dengan latihan dan pendidikan formal. Tabiat membaca merupakan sebahagian penting dari proses pendidikan ini. Lebih-lebih lagi melalui pembacaan yang lebih berbentuk ilmiah. Interaksi antara permintaan untuk bahan bacaan dan penawaran bahan bacaan adalah amat penting dari kedua-dua aspek, memupuk minat membaca di kalangan masyarakat dan pertumbuhan industri penerbitan. Tanpa minat membaca, tiada permintaan terhadap bahan bacaan yang seterusnya tidak mampu menggalakkan pertumbuhan industri penerbitan. Jika minat membaca tidak ditingkatkan, kualiti bahan bacaan yang dikeluarkan juga tidak akan meningkat. Justeru, masyarakat akan terperangkap di dalam kitaran sebuah sistem di mana masyarakat terus membaca bahan bacaan yang tidak meningkat dari segi kualitinya. Strategi serampang dua mata perlu digembleng untuk mengeluarkan masyarakat dari terjebak di dalam kitaran ini. Pertama, minat membaca di kalangan masyarakat perlu di pupuk. Semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan masing-masing, bermula dari individu, keluarga, sistem pendidikan hinggalah ke peringkat kerajaan melalui preskripsi dasar. Matlamat akhir merupakan pembentukan masyarakat yang berpengetahuan ilmiah yang tinggi. Ini seterusnya mendorong kepada budaya penulisan ilmiah yang tinggi. Jika di imbau ketamadunan Islam, budaya berkarya tumbuh begitu pesat di kalangan masyarakat Islam. Malahan hasil karya mereka masih menjadi bahan rujukan dan kajian sehingga kini. Dalam pada itu, industri penerbitan kini melalui fasa yang amat mencabar. Ianya mengalami perubahan struktur yang jelas. Media cetak yang mungkin satu-satunya

cara bahan bacaan diterbitkan pada masa dahulu, kini cuma merupakan salah satu dari caranya. Media elektronik mungkin mendominasi industri penerbitan. Lebih ramai orang yang mengalih ke media elektronik untuk membaca terutama di dalam proses mendapatkan maklumat. Persoalan tentang buruk baiknya perubahan struktur ini tidak perlu digusarkan. Apa yang jelas, perubahan struktur ini memberi cabaran tertentu kepada semua pihak dan ianya perlu ditangani dengan cara yang optimum. Dari sudut permintaan, pihak pembaca disajikan dengan ledakan maklumat. Manakala dari sudut penawaran pula, pihak pengeluar menghadapi saingan yang lebih getir. Kedua-dua implikasi ini, iaitu ledakan maklumat untuk pengguna dan persaingan yang getir untuk pengeluar, masingmasing mempunyai buruk-baiknya. Pengguna kini memilih bahan bacaan umpama mereka di dalam keadaan bersiar-siar di lebuh raya yang luas. Mereka dihidangkan dengan pelbagai produk bacaan di sepanjang lebuh raya. Keadaannya berbeza di era pra teknologi maklumat, di mana pengguna terpaksa memilih jalan tertentu yang hendak dilalui untuk mendapatkan maklumat tertentu. Malahan pemilihan jalan tersebut sendiri merupakan satu kemahiran. Sudah tentu kebaikan ledakan maklumat adalah dari segi kemudahan mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Namun demikian kemudahan ini mempunyai kesan negatif jika tidak di tangani dengan baik. Sesetengah maklumat mentah yang disajikan meragukan tentang kesahihannya. Mengambil maklumat yang meragukan sebegini sama ada akan memberi pengajaran yang salah atau pengajaran yang betul tetapi tidak beretika. Pihak pengguna perlu mempunyai kemahiran untuk menangani isu ini. Dari sudut pendidikan, bukan sahaja kemahiran yang perlu diterapkan, tetapi yang lebih penting adalah untuk menerapkan nilai-nilai etika yang bertepatan dengan norma masyarakat. Sudah tentu penyedia maklumat, atau pengarang, merupakan punca penyebaran maklumat yang meragukan. Di era pra teknologi maklumat, proses penerbitan melalui kaedah pemantauan diri, di mana maklumat-maklumat yang diragui kesahihannya tidak mempunyai ruang untuk diterbitkan. Kedua-dua pihak, pengarang dan penerbit, lebih

berdisiplin dan bahan terbitan kurang diragui tentang kesahihannya. Manakala pada era teknologi maklumat kini, pengarang mempunyai kebebasan untuk menerbitkan apa sahaja yang ingin diterbitkan. Dari perspektif ekonomi, peningkatan persaingan adalah baik secara keseluruhannya. Pengeluar menjadi lebih produktif dan akhirnya pengguna mendapat manfaat dari segi pilihan, harga dan kualiti. Justeru, perubahan struktur ini perlu dihadapi bukan ditentang. Pendekatan pragmatik yang perlu diambil adalah menerbitkan buku yang berkualiti dari segi kandungannya mengikut tanda aras antarabangsa. Pada masa kini, Malaysia menerbitkan kurang dari 10,000 judul buku setahun, jauh di bawah paras piawaian antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang meletakan nisbah 1,000 penerbitan baharu setahun untuk setiap sejuta penduduk sebagai sebuah negara maju. Ini bermakna industri penerbitan Malaysia perlu meningkatkan pengeluaran judul baharu sebayak tiga kali ganda dari paras sekarang untuk meletakan kita sebaris dengan negara maju menjelang 2020. Sudah tentu usaha memupuk minat membaca wajib diteruskan kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi permintaan untuk buku. Dalam pada itu usaha ini juga perlu untuk membentuk modal insan yang mapan. Walau bagaimanapun, usaha juga perlu tertumpu kepada penerbitan buku yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, di samping pasaran domestik. Kunci utama untuk menembusi pasaran antarabangsa adalah kualiti. Jadi negara juga perlu berusaha mengeluarkan pengarang yang berkualiti. Isu bahasa adalah faktor kedua kerana buku yang berkualiti boleh diterjemahkan ke dalam apa bahasa sekali pun. Malahan, ini akan turut memakmurkan industri terjemahan yang turut merancakkan pertumbuhan industri penerbitan.